• Tidak ada hasil yang ditemukan

TEKS UCAPAN PERASMIAN DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MERANGKAP PRESIDEN ASEAN CO- OPERATIVE ORGANIZATION (ACO)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "TEKS UCAPAN PERASMIAN DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MERANGKAP PRESIDEN ASEAN CO- OPERATIVE ORGANIZATION (ACO)"

Copied!
44
0
0

Teks penuh

(1)

TEKS UCAPAN PERASMIAN

DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA

MERANGKAP PRESIDEN ASEAN CO- OPERATIVE ORGANIZATION (ACO)

(2)

WEBINAR

HALA TUJU GERAKAN KOPERASI SISWA INSTITUT PENGAJIAN TINGGI

10 SEPTEMBER 2021 (JUMAAT) 9.30 PAGI

(3)

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum Warahmatullahi

Ta’alla Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

(4)

YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Hj. Abdul Rahman Abdul

Razak Shaik,

Naib Presiden ANGKASA Merangkap

Penolong Naib Canselor Universiti Pertahanan Malaysia

(5)

Barisan Panelis:

YBhg. Dato’ Shaharuddin Abu Sohot

Setiausaha Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Dasar, Kementerian Pengajian Tinggi

(6)

YBrs. Encik Azam Sulaiman

Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan

Pembangunan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia

(7)

YBrs. Encik Muhammad Syahid Aiman Muhammad Bazlan

Pengerusi Koperasi Siswa UiTM Selangor Berhad

(8)

YBhg. Barisan Pengarah Pusat Keusahawanan

Universiti-universiti Awam

YBhg. Naib-naib Presiden ANGKASA

Barisan Ahli Jawatankuasa Bahagian Wanita dan

(9)

Komuniti, ANGKASA

Pengerusi-Pengerusi Perhubungan ANGKASA

Negeri

(10)

Yang Berbahagia Barisan Pengurusan Tertinggi

ANGKASA yang turut mengikuti program ini

Wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wakil Institut Koperasi Malaysia

(11)

Pensyarah-pensyarah, mahasiswa, mahasiswi dari

seluruh koperasi siswa Malaysia

Dato’-Dato’/Datin-Datin/tuan-tuan dan puan-puan,

(12)

koperator-koperator siswa yang dihormati sekalian.

________________________________________

1. Alhamdulillah, saya merafak setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya kita dapat bersama – sama menyertai program webinar ‘Hala Tuju Gerakan

(13)

Koperasi Siswa Institut Pengajian Tinggi’

yang dijayakan Unit IPT, Bahagian Wanita dan Komuniti pada pagi yang berbahagia ini.

2. Dalam kesempatan ini, saya merakamkan ucapan terima kasih dan

(14)

mengalu-alukan kehadiran semua peserta, moderator dan barisan panelis yang memberi komitmen tinggi menjayakan program ini.

Hadirin yang dihormati sekalian.

3. Tahun 2020 sememangnya sangat

(15)

mencabar kepada sektor koperasi berikutan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Hal ini sangat merisaukan ramai pihak termasuklah graduan yang sedang mencari pekerjaan. Namun jika dilihat dari sudut positif, pandemik ini membuka

(16)

peluang luas dalam pelbagai aspek antaranya dalam bidang keusahawan dan digitalisasi.

4. Pandemik COVID-19 juga secara tidak langsung telah mendorong kita semua untuk mengadaptasi norma baharu dalam aspek kehidupan. Justeru, kita

(17)

perlu peka dan bersedia untuk berubah kepada yang lebih baik, lebih produktif dan lebih kompetitif.

5. Selain mengadaptasi digitalisasi dan norma baharu dalam operasi perniagaan dan sistem penyampaian

(18)

untuk kekal kompetitif dan relevan, gerakan koperasi perlu berganding

bahu bersama-sama Institusi Pendidikan Tinggi bertaraf universiti

untuk memberi fokus kepada

pendidikan koperasi dan keusahawanan. Institusi ini akan

bertindak sebagai platform bagi

(19)

membentuk generasi peneraju baharu

gerakan koperasi yang berpengetahuan dan mempunyai

kemahiran perniagaan dan keusahawanan.

6. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan

(20)

oleh SKM, hanya terdapat 208 buah koperasi siswa dengan keanggotaan seramai 161,662 orang; modal syer/yuran melebihi RM 170.3 juta; aset

melebihi RM579.4 juta dan menyumbang perolehan melebihi RM192.1 juta. Ini membuktikan masih banyak IPTA, IPTS dan kolej yang ada di

(21)

negara ini, belum menubuhkan koperasi. Ini dibandingkan statistik IPT

yang dikeluarkan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia merekodkan bilangan IPTA berjumlah

20; IPTS, 437 buah; Kolej Komuniti, 104 buah dan Politeknik, 36 buah. Kita

(22)

ambil contoh IPTS, pada 2020 hanya 10 buat IPTS ataupun 2.2 peratus sahaja menubuhkan koperasi berbanding bilangannya yang berjumlah 437 buah. Sehubungan itu, usaha bersama daripada Kementerian Pengajian Tinggi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan ANGKASA perlu dalam

(23)

melahirkan usahawan sosial yang boleh mengimbangi usahawan korporat di masa hadapan.

Hadirin yang dihormati sekalian.

7. ANGKASA sebagai badan Apeks

(24)

gerakan koperasi negara yang bermatlamat memperjuangkan,

mengawasi dan menjaga kepentingan dan pembangunan

koperasi sentiasa berusaha dan mencari inisiatif untuk membangun

dan memperkasakan gerakan koperasi keseluruhannya termasuklah

(25)

Koperasi Siswa. ANGKASA ingin melihat Koperasi Siswa berkembang maju bukan sahaja dalam aktiviti perniagaan koperasi malah dapat melahirkan graduan yang berjiwa keusahawanan dan berpengalaman

dalam pengurusan sesebuah

(26)

organisasi (koperasi).

8. Hasrat ANGKASA agar setiap Universiti Awam mahupun Swasta serta Institusi

Pendidikan Tinggi yang lain menubuhkan Koperasi Siswa dengan

kerjasama daripada pihak pentadbir universiti dan juga Suruhanjaya

(27)

Koperasi Malaysia (SKM) supaya dapat memberi manfaat kepada siswa serta memperkasakan Koperasi Siswa sedia ada agar lebih berdaya maju serta mampan.

9. Matlamat penubuhan Koperasi Siswa

(28)

adalah selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 yang berhasrat untuk membudayakan keusahawanan dan melahirkan lebih ramai belia berkerja sendiri berbanding makan gaji. Oleh yang demikian, gerakan koperasi siswa menjadi penyokong agenda pembangunan

(29)

sosioekonomi negara, yang seterusnya akan menyumbang secara langsung kepada hasrat menjadikan Malaysia sebagai Negara Keusahawanan Unggul menjelang tahun 2030.

Hadirin yang dihormati sekalian.

(30)

10. Selaras dengan pelaksanaan Pengajian Keusahawanan di Universiti,

saya yakin koperasi Siswa mampu

menjadi persekitaran terbaik menyokong siswa untuk terlibat dalam

dunia pernigaan dengan cara bekerjasama. ANGKASA akan membantu koperasi siswa untuk

(31)

merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi agar koperasi mampu dan bersedia untuk melibatkan diri dalam perniagaan yang berimpak tinggi.

(32)

11. Saya juga menyeru supaya lebih ramai generasi muda terutamanya golongan belia serta graduan malahan siswazah untuk turut sama menggembleng idea dan tenaga bagi memperkasakan gerakan koperasi kerana andalah pelapis dalam memacu pembangunan sosioekonomi

(33)

negara. Penglibatan aktif serta komitmen anggota-anggota dalam koperasi pula adalah kritikal bagi kelangsungan dan penentu kejayaan koperasi.

(34)

12. Koperasi memerlukan sentuhan inovasi daripada golongan belia bagi memberi nafas baharu kepada gerakan koperasi di Malaysia agar kekal relevan sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi yang dinamik

yang bukan sahaja mampu menstabilkan ekonomi malahan turut

(35)

menawarkan kestabilan sosial.

Hadirin yang dihormati sekalian.

13. Program hari ini adalah sebahagian daripada usaha ANGKASA dalam menggerakkan kerjasama antara

(36)

koperasi dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi memastikan hala tuju Koperasi Siswa jelas dalam pertumbuhan sosioekonomi yang inklusif dan lestari.

14. Belia negara harus bangkit dan sedar

(37)

bahawa peranan mereka amat diperlukan untuk membantu

membangunkan semula sektor ekonomi yang terkesan akibat pandemic Covid-19.

15. Rebutlah peluang yang ada untuk

(38)

membantu membangunkan ekonomi rakyat khususnya di kawasan luar bandar. Aktiviti berkoperasi bukan sahaja perlu diwujudkan di IPT, malah perlu diteruskan mengikut kawasan masing-masing demi menjamin pertubuhan koperasi selaras dengan

kehendak golongan belia agar dapat

(39)

menjana ekonomi dalam kalangan belia-belia di daerah masing-masing.

16. Penglibatan belia dalam sektor koperasi juga diharap dapat mengurangkan masalah sosial secara tidak langsung menerusi aktiviti dan

(40)

projek yang menjana ekonomi dan menggalakkan lebih banyak sektor pekerjaan dalam sektor pertanian,

perladangan, pelancongan, penternakan, perkhidmatan, perindustrian dan sebagainya.

Peluang sebegini bukan sahaja memberi impak kepada golongan

(41)

belia bahkan masyarakat setempat.

17.Diharapkan Koperasi Siswa dapat mencapai matlamat Kerajaan dalam melahirkan modal insan yang berkualiti

dan mempunyai pemikiran keusahawanan serta melahirkan lebih

(42)

ramai usahawan siswazah.

18. Semoga webinar ini memberi manfaat kepada semua pihak dalam menjayakan dan membangunkan koperasi siswa di univerisiti masing- masing. Akhir kata, tahniah kepada Jawatankuasa Bahagian & Komuniti,

(43)

ANGKASA dan semua terlibat dalam menjayakan webinar ini.

19. Saya dengan lafaz suci bismillahirahmanirahim merasmikan webinar “HALA TUJU GERAKAN KOPERASI SISWA INSTITUT PENGAJIAN

(44)

TINGGI” anjuran Bahagian Wanita dan Komuniti ANGKASA.

Sekian terima kasih.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil penelitian menunjukkan bahwa (1) model pengembangan Borg and Gall (2003) sesuai digunakan untuk pengembangan e- modul berbasis kontekstual berupa flipbook

Mata kuliah Program pendidikan Institusi/ Jurusan/ Program studi Semester/ tahun akademik Tenis Dasar Pendidikan Kepelatihan Fakultas Ilmu Keolahragaan 1987 s/d sekarang

Usulan alternatif perbaikan yang dihasilkan dari kedua permasalahan kontradiksi diatas adalah yang pertama membuat pisau yang tajam dan tipis agar dapat meminimalisir gaya

Beliau adalah Naib Presiden ANGKASA (2018-sekarang), Ahli International Cooperative Banking Association (ICBA) (2021 - sekarang), Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri

Konsep tersebut mengacu pada aplikasi kaligrafi Arab sebagai seni hias yang menyesuaikan pada karya penerapannya, sebab memiliki nilai-nilai ke-Islaman dan dapat

Hasil dari penelitian ini relevan dengan hasil penelitian yang dilakukan oleh Wahyudi (2019: 68) yang meneliti tentang pengaruh variasi kuat arus SMAW terhadap kekuatan impak

Proses removal dari work equipment yaitu pembongkaran bagian attachement yang meliputi Blade, Lift Cylinder, Tilt Cylinder, Straight Frame dan sebagainya pembongkaran ini

7 KBK (Competency Based Curriculum) dijadikan acuhan dan pedoman bagi pelaksanaan pendidikan dengan mencakup kompetensi sikap, pengetahuan, dan keterampilan