Maruwiah Ahmat IDA 152 – ISLAM DAN PERADABAN
Menerangkan
perkembangan
tamadun Islam
zaman:
Nabi Muhammad
SAW
2.Perkembangan
Peradaban Islam
2.1 Peradaban Islam
di Zaman Awal
Islam
2Hasil Pembelajaran Kandungan
2.1
• Peradaban Islam di zaman awal Islam
2.2
• Zaman Bani Umayyah dan Abbasiyyah
2.3
• Zaman Kerajaan Mamluk dan
Uthmaniyyah
PERKEMBANGAN PERADABAN ISLAM
4
PENDAHULUAN
Kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Turki Seljuk, kerajaan Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan
Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia.
Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur.
Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 M apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t.
5
PENDAHULUAN
Pada kurun ke-18 dan ke-19 M, banyak
kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas
Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu
empayar Islam terakhir tumbang pada 1924.
Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan
satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains,
ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari
negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.
Zaman Awal
Zaman Nabi Muhammad
Zaman Perkembangan
Zaman Khulafa’ ar-Rasyidin
Zaman Kecemerlangan
Zaman kerajaan Bani Umayyah, Abbasiyah, Mamluk dan Uthmaniyah
PENDAHULUAN
6
Zaman Kejatuhan
7
PENDAHULUAN
8
Sistem pemerintahan
Tidak terdapat satu bentuk kerajaan yang teratur/sistem
pemerintahan yang kukuh.
Dikuasai oleh suku atau puak-puak Arab yang berpecah
mengikut sistem kabilah.
Sistem politik Arab Jahiliah tidak seragam - faktor
perbezaan daerah, keturunan yang memerintah atau kuasa
asing yang menjajah.
Sistem politik berkabilah - primitif di mana peraturan yang
diwujudkan hanyalah untuk kabilah mereka sendiri.
Ketua kabilah – Sheikh, adalah orang yang
bertanggungjawab terhadap kabilah.
9
Sosial
Terbahagi kepada dua kelompok iaitu masyarakat Arab Hadhari dan Arab Badwi
Memandang rendah kepada wanita (Tidak boleh mewarisi harta dan boleh dijual beli atau dijadikan hamba seks).
Menanam hidup-hidup bayi perempuan. Mengamalkan budaya tilik nasib
Kelebihan dan kepandaian dalam bidang kesenian dan sastera seperti sajak, puisi dan pidato.
Sikap positif: menghormati tetamu dan menepati janji
SEMENANJUNG ARAB SEBELUM ISLAM
10
Ekonomi
Selepas keruntuhan empangan Maarib dalam kerajaan Sabak
menyebabkan ketidakstabilan politik dan kemerosotan ekonomi masyarakat Arab.
Pengeluaran pertanian di selatan Semenanjung Tanah Arab
merosot dengan teruk akibat tiada sistem pengairan yang baik.
Aktiviti pertanian terhad, hanya tertumpu di kawasan subur yang
mempunyai oasis seperti di Yaman.
Mengusahakan pertanian dan juga perdagangan sebagai
sumber ekonomi sehingga ke negeri Syam dan Yaman.
Barang dagangan terdiri daripada buah-buahan binatang
ternakan, pakaian, hamba, patung berhala, rempah dan emas.
SEMENANJUNG ARAB SEBELUM ISLAM
11
Kepercayaan
Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada dua iaitu, kepercayaan agama dan kepercayaan adat. Kepercayaan agama ialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh bangsa Arab, sementara kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan tahyul dan tradisi lama yang diwarisi.
Kepercayaan adat tidak mempunyai konsep penyembahan sebaliknya membentuk sebahagian daripada budaya hidup mereka. Agama - Menyembah berhala dan kepercayaan lain
Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama wathani, iaitu agama sembah berhala yang diperbuat daripada batu, kayu atau emas. Terdapat 360 buah berhala di sekeliling kaabah. Antara yang popular ialah Al-Latta, Al-Uzza, Al-Manat, dan Al-Hubal.
SEMENANJUNG ARAB SEBELUM ISLAM
12
PERKEMBANGAN ISLAM DI MEKAH
Zaman Nabi Muhammad SAW
merupakan
asas kepada ajaran dan tamadun Islam.
Zaman Nabi Muhammad dan zaman
Khulafa’ al-Rashidin menjadi model
tamadun Islam.
Tamadun Islam telah berkembang pada
zaman Khulafa’ al-Rashidin walaupun bukan
berbentuk material.
Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan
prinsip asas yang lengkap untuk diikuti oleh
umatnya melalui Al-Quran dan Sunnah.
13
BIODATA NABI MUHAMMAD SAW
Nabi Muhammad SAW
dilahirkan pada 12 Rabiul
Awal Tahun Gajah.
Baginda lahir dalam kalangan bani Hasyim dari Arab
Quraisy.
Bapanya bernama Abdullah ibn Abdul Mutalib dan
ibunya Aminah bint Abdul Wahhab (dari suku Zuhrah).
Bapanya meninggal dunia ketika berusia 25 tahun
semasa dalam perjalanan dari Syam ke Mekah.
Ibunya meninggal dunia di Abwak ketika Nabi berusia
6 tahun.
PERKEMBANGAN ISLAM DI MEKAH
14
Setelah ibunya meninggal dunia baginda dijaga
oleh datuknya Abdul Mutalib.
Nabi Muhammad SAW pernah disusukan oleh
Suwaibah al-Aslamiyah
(hamba Abu Lahab) dan
Halimah al-Sakdiyah
.
Baginda dijaga didesa oleh Halimah sehingga
berusia lima tahun.
Setelah peristiwa pembedahan dada Nabi,
baginda dipulangkan ke Mekah.
15
Baginda berkahwin dengan Khadijah ketika umur
baginda 25 tahun.
Baginda dikurniakan 7 orang anak; 4 perempuan
dan 3 lelaki, semua anak lelaki meninggal waktu
kecil.
Pekerjaan baginda ialah
mengembala kambing
dan kemudian
berniaga
di Syam dan di
pasar-pasar sekitar Mekah.
Baginda pernah digelar
al-Amin
ketika berjaya
menyelesaikan perbalahan antara suku kaum di
Mekah tentang perletakan semula Hajar al-Aswad.
PERKEMBANGAN ISLAM DI MEKAH
16
Nabi Muhammad SAW Menerima Wahyu
Nabi Muhammad SAW gemar berkhalwat di Gua
Hira’ terutama semasa bulan Ramadhan.
Baginda menerima wahyu pertama pada
17
Ramadhan
– Surah al-Alaq, ayat 1-5 yang
meminta baginda mengenal tuhannya.
Surah yang kedua dialah Surah al-Mudaththir, ayat
1-4, yang secara rasminya menyeru agar baginda
berdakwah – bangunlah, berikan peringatan.
PERKEMBANGAN ISLAM DI MEKAH
AKHLAK AQIDAH
DAKWAH NABI MUHAMMAD SAW
Akidah
Mengubah kepercayaan kepada konsep kesaan kepada
Tuhan
Membasmi amalan khurafat
Akhlak
Menggalakkan amalan nilai murni –
tolong-menolong, hormat-menghormati
Menentang sikap fanatik kepada suku
kaum 17 18
Mekah
(610 -622
Masihi)
HIJRAHMadinah
(622-632
Masihi)
19
Mekah • 13 tahun
• Tujuan dakwah- Mengesakan Allah SWT • Bidang dakwah- Akidah dan Akhlak
Madinah • 10 tahun
• Tujuan dakwah – Mengesakan Allah dan mengembangkan ajaran Islam • Bidang dakwah – merangkumi semua
aspek kehidupan
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW
20
Hijrah berlaku pada
622 Masihi
Nabi Muhammad SAW berumur 53 tahun.
Sahabat yang mengiringi baginda ialah Saidina
Abu Bakar as-Siddiq.
Tugas pertama ialah mendirikan masjid.
Masjid berperanan sebagai
tempat ibadah dan
penyebaran agama Islam.
21 Jemputan dari masyarakat Arab Yathrib/Madinah Selepas berlakunya perjanjian Aqabah
Setelah mendapat wahyu dari Allah SWT Setelah melihat umat Islam
ditekan dan dipulau oleh masyarakat Arab Mekah
Untuk meluaskan penyebaran Islam
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW
22
Hijrah adalah sebuah tonggak sejarah besar dalam
perjalanan dakwah Nabi Muhammad SAW.
Hijrah adalah peristiwa yang sangat menentukan bagi
kejayaan Nabi Muhammad SAW mengembang risalah
dalam rangka mengeluarkan manusia dari beraneka
kegelapan menuju cahaya kebenaran.
Sebelum peristiwa Hijrah terjadi, Nabi Muhammad
SAW telah berusaha sekuat tenaga untuk mengajak
manusia ke jalan Tuhan.
Akan tetapi, usaha beliau kurang membuahkan hasil
ketika di Makkah kerana masyarakat di situ
mempertahankan agama mereka atas faktor tertentu.
23
Kuasa dan
pengaruh
Persamaan
taraf
Sumber
ekonomi
Takut mati
Iri hati
Sebab
Dakwah
ditentang
di Mekah
HIKMAH HIJRAH
24Hikmah Hijrah
1.
Kegagalan tidak mesti menjadikan seseorang
berputus asa dalam berjuang mencapai maksud dan
tujuan yang telah ditetapkan. Jika manusia mengalami
kegagalan di suatu tempat, di sebuh metod dan cara,
maka hendaklah dia mencari tempat, cara atau metod
baharu dalam mencapai kejayaan.
2.
Dakwah di Makkah dilaksanakan secara personal,
peribadi, pintu ke pintu dan tidak didukung oleh kekuatan
politik. Di samping itu, memang Makkah bukanlah tempat
yang sesuai untuk berdakwah kerana percaturan politik
yang begitu tinggi. Dakwah selalu menerima tekanan
politik.
25
3.
Nabi diperintahkan hijrah oleh Allah SWT dan
meninggalkan Makkah untuk mencari tempat yang
lebih aman dan sihat untuk memulakan sesuatu yang
baik.
4.
Tiga tahun sebelum hijrah, Nabi Muhammad
SAW dilanda kesedihan yang amat berat sehingga
tahun itu disebut tahun duka cita (‘amul huzni). Dua
orang yang paling baginda cintai meninggal dunia,
iaitu isteri baginda, Khadijah dan bapa saudara
baginda, Abu Talib.
HIKMAH HIJRAH
Mempersaudara kan kaum Muhajirin dan Ansar Mengembalikan hak dan kedudukan wanita dan kanak-kanak Memberi jaminan keamanan kepada semua rakyat Pentadbiran negara di masjid Melaksanakan konsep syura Melantik pemimpin dalam pelbagai bidang pentadbiran Memperkasa strategi untuk meningkatkan ekonomi: • Mewujudkan baitulmal • Mengenakan cukai untuk tujuan pelbagai Membasmi amalan perniagaan Yahudi - penipuan dan penindasan Pejuang dari kalangan rakyat- secara sukarela Nabi Muhammad – Panglima tentera Menyusun pelbagai strategi untuk mempertahan-kan keamanan Madinah Menggunakan pendekatan secara lembut atau hikmah. Tidak memaksa dalam berdakwahSosial Politik Ekonomi Organisasi
Perjuangan Dakwah
ISLAM DI MADINAH
27
Nabi Muhammad SAW dalam merangka Piagam Madinah mengikut
bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu.
Langkah yang diambil oleh baginda dalam membentuk Piagam
Madinah.
Langkah pertama
Dilakukan oleh Rasulullah dengan mendirikan sebuah masjid sebagai
tempat orang Islam beribadat dan tempat baginda menyampaikan ajaran Islam serta tempat pentadbiran.
Langkah kedua
Mengikat tali persaudaraan antara kaum Ansar dan Muhajirin, bagi
mewujudkan persefahaman dan untuk membantu kaum Muhajirin memulakan hidup baru dengan pertolongan kaum Ansar.
Langkah ketiga
Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama
mempertahankan Madinah dari ancaman luar.
ISLAM DI MADINAH
28
Piagam Madinah telah digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w.
pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia.
Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal.
23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin.
24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi.
ISLAM DI MADINAH
29
KANDUNGAN PERJANJIAN
Penerimaan ajaran Islam oleh kaum Ansar di Madinah (puak Aus dan Khazraj) di peringkat awal kedatangan Nabi Muhammad dan para sahabat baginda ke Madinah.
Perjanjian kebebasan yang diwujudkan oleh Nabi Muhammad -Setiap manusia yang hidup dijamin hak asasi mrk
Perjanjian keadilan dan keamanan – jenayah diharamkan, menghalang penceroboh/perampas
Persefahaman dalam kalangan penduduk
- Yahudi dan Muslim adalah warganegara Madinah. - Memberikan peluang kepada orang Yahudi/bukan Islam
menyumbang idea/pendapat/tenaga kerja/penglibatan dalam organisasi/aktiviti ekonomi Madinah.
Sistem organisasi yang amat kukuh berlandaskan prinsip Syura
ISLAM DI MADINAH
30
Perkara utama yang terkandung dalam Piagam Madinah adalah:
Nabi Muhammad s.a.w. adalah ketua negara untuk semua
penduduk Madinah dan segala pertelingkaran hendaklah merujuk kepada baginda.
Perpaduan- Semua penduduk Madinah ditegah bermusuhan atau
menanam hasad dengki sesama sendiri, sebaliknya mereka hendaklah bersatu dalam satu bangsa iaitu bangsa Madinah.
Kebebasan - Semua penduduk Madinah bebas mengamal adat
istiadat upacara keagamaan masing-masing.
Kerjasama- Semua penduduk Madinah hendaklah bekerjasama
dalam masalah ekonomi dan mempertahankan Kota Madinah dari serangan oleh musuh-musuh dari luar Madinah.
Keamanan- Keselamatan orang Yahudi adalah terjamin selagi
mereka taat kepada perjanjian yang tercatat dalam piagam tersebut.
Perkara Huraian
Keturunan Bani Quraisy ialah keturunan Nabi Ibrahim
Gelaran / Keperibadian al-Amin pada usia remaja – oleh masyarakat Mekah Salah seorang Nabi Ulul al-Azmi
Seorang yang zuhud Dilantik menjadi Rasul Ketika berusia 40 tahun
Perkahwinan Pada usia 25 tahun dengan Saidatina Khadijah (usahawan terkenal) yang berusia 40 tahun Berlangsung selama 20 (kerana Saidatina Khadijah wafat)
Pekerjaan yang dilakukan Pengembala kambing Ahli perniagaan
KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD
31
Perkara Huraian
Pemimpin masyarakat
Mewujudkan kemesraan tidak kira masyarakat muslim atau bukan muslim dengan akhlaknya
Konsep persamaan taraf sesama manusia. Antara strategi yang dilakukan untuk menghapuskan konsep perhambaan : - membeli hamba - melaksanakan konsep kaffarah
Menjadi pendamai bagi puak yang bertelagah contoh peristiwa: meletakkan batu Hajr al-Aswad.
Perkara Huraian
Pemimpin keluarga
Bersifat penyayang dan pemurah, bertimbang rasa, ringan tulang – membantu kerja-kerja rumah Sangat dihormati dan disayangi termasuk bapa saudaranya Abu Talib (yang tidak sempat memeluk Islam)
KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD
KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD
Perkara Huraian
Sistem kepimpinan- sebagai Ketua Negara
Strategi dalam mewujudkan hubungan antarabangsa
Berdasarkan wahyu Allah SWT
Konsep Syura (dengan beberapa proses perbincangan dan permuafakatan) sama ada dalam sistem organisasi negara atau sistem pertahanan negara.
Melaksanakan dasar turun padang sebagai contoh teladan kepada masyarakat.
Memberikan jaminan hak asasi kepada rakyat Membebaskan negara dari penjajahan Rom dan
Parsi
Menjalinkan hubungan diplomatik - menghantar perwakilan ke negara luar seperti Mesir, Parsi dan Byzantine.
33
34
Perkara Huraian
Akhlak di Medan Perang
Menjadi Panglima Angkatan Tentera. Menjadikan matlamat peperangan untuk
mempertahankan agama Islam.
Membalas serangan daripada pihak musuh Melarang keras membunuh/memerangi
kanak-kanak, wanita dan orang tua. Lebih banyak mengadakan jalan
diplomasi/perdamaian Tidak menceroboh pihak lawan
Membahagikan harta rampasan perang dengan adil
35
Sosial
Mengubah masyarakat yang sering berbalah kepada
aman dengan konsep persaudaraan yang dibawa oleh
Nabi Muhammad SAW.
Mewujudkan institusi masjid.
Kedudukan wanita diperbaiki.
Menyusun pelbagai aktiviti harian.
Mengurangkan penggunaan hamba.
Memeterai perjanjian dengan mana-mana pihak
berbalah seperti Yahudi untuk memastikan keamanan
Madinah dan kawasan sekitar.
PERUBAHAN OLEH NABI MUHAMMAD
36
Politik
Madinah sebagai ibu negeri.
Masjid Nabi menjadi pusat pentadbiran negara
Islam Madinah.
Membentuk Piagam Madinah
Melantik sahabat sebagai gabenor, pemungut cukai
dan hakim bagi melicinkan pentadbiran.
Pembahagian wilayah: Yaman, Uman, Najran,
Bahrayan, dan Hadramaut.
Mengasaskan sistem syura.
37
Ekonomi
Memperkenalkan dasar percukaian Islam- zakat, jizyah,
kharaj, fai’, usyur dan ghanimah.
Menghapuskan amalan riba.
Ukuran kewangan menggunakan mata wang dinar dan
dirham.
Menentukan setiap unit mata wang yang digunakan mesti
mengikut nilaian semasa.
Mewajibkan penimbangan yang tepat.
Mewujudkan pasar bebas individu dan pasar kawalan
kerajaan.
Menubuhkan Baitul Mal dengan setiausaha pertama
bernama Hanzalah.
PERUBAHAN OLEH NABI MUHAMMAD
38
Pendidikan
Menjadikan masjid pusat pendidikan.
Nabi Muhammad SAW sendiri bertindak sebagai
guru.
Menghantar guru-guru ke seluruh kawasan Islam
untuk mengajar.
Ilmu paling utama ialah memahami Al-Quran.
Madinah mempunyai 9 buah masjid pada masa itu
yang turut berperanan sebagai sekolah.
39
Berlaku di Mekkah ketika baginda kembali dari
menunaikan haji (Hajjat al-Wida’) pada tahun
ke-10 Hijrah/632 M.
Isi amanat:
Semua umat manusia adalah dari nabi Adam.
Semua manusia adalah sama kecuali taqwanya.
Manusia tidak akan sesat selagi berpegang kepada
kitab Allah dan Sunnah rasul-nya.
AMANAT TERAKHIR NABI MUHAMMAD
40
Berikan contoh tingkah laku atau tindakan Nabi Muhammad SAW dalam perkara-perkara berikut:
Masyarakat – persaudaraan
Pemimpin tentera – tolak ansur
Ketua negara – keadilan
Pemimpin agama – silaturrahim
Hubungan antarabangsa - diplomatik