• Tidak ada hasil yang ditemukan

Amalan penyeliaan penyelidikan pelajar Pasca Ijazah di Universiti Teknologi Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Amalan penyeliaan penyelidikan pelajar Pasca Ijazah di Universiti Teknologi Malaysia"

Copied!
33
0
0

Teks penuh

(1)

AMALAN PENYELIAAN PENYELIDIKAN PELAJAR PASCA IJAZAH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NUR ATIKAH BINTI MUHAMMAD

(2)

AMALAN PENYELIAAN PENYELIDIKAN PELAJAR PASCA IJAZAH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NUR ATIKAH BINTI MUHAMMAD

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

(3)

iii

Dedikasi

“Untuk abah dan umi tersayang…”

En. Muhammad Bin Hussin & Puan Che Juhar Binti Mustafa “Untuk adik-beradik yang sentiasa memberi sokongan…”

Kak long dan abang ngah Puan Juleadiana dan En. Mohd Fairus

“Untuk insan teristimewa yang sangat memahami…” En. Zulhusmi Jamalus

Serta rakan-rakan yang banyak membantu saya Ribuan terima kasih saya ucapkan…

Saya amat menghargai segala bantuan dari anda semua…. Terima kasih…

(4)

iv

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, saya mengucapkan syukur kehadrat Ilahi, kerana berkat dari-NYA saya berjaya menyiapkan projek sarjana ini. Saya juga ingin merakamkan penghargaaan ikhlas kepada penyelia tesis saya iaitu Dr. Hamdan Said atas bimbingan dan dorongan yang diberi sepanjang tempoh penyelidikan ini.

Tidak lupa kerjasama daripada pihak pentadbir Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) yang telah memberi banyak maklumat tentang pelajar pasca ijazah UTM. Tidak ketinggalan juga kepada semua kawan-kawan yang telah banyak membantu saya dalam memberi sumber idea dan pendapat yang bernas, terima kasih saya ucapkan. Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya kerana secara tidak langsung telah membantu saya dari segi kewangan dan sebagainya. Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua yang terlibat dalam membantu menjayakan projek penyelidikan ini, terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

(5)

v

ABSTRAK

Penyeliaan penyelidikan adalah satu kegiatan akademik yang dirancang dan dilaksanakan untuk meningkatkan pembelajaran dan memaksimumkan pengalaman pembelajaran pelajar di peringkat pasca ijazah. Amalan penyeliaan penyelidikan mempunyai hubungan yang rapat dengan faktor-faktor yang mempengaruhi proses penyeliaan. Apakah bentuk penyeliaan penyelidikan yang menjadi amalan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)? Kajian ini bertujuan untuk menilai amalan penyeliaan penyelidikan dalam kalangan pelajar pasca ijazah yang sedang mengikuti pengajian di UTM dan mengenal pasti kesan amalan penyeliaan terhadap kualiti penyelidikan yang dijalankan. Oleh yang demikian, kajian ini melibatkan sebelas prinsip amalan penyeliaan dan sebelas faktor yang mempengaruhi penyeliaan. Antara faktor-faktornya adalah seperti pentadbiran dan persekitaran kerja, budaya penyelidikan, sumber dan kemudahan, pemilihan tajuk dan program pengajian, perhubungan dan penglibatan dalam penyelidikan, bimbingan kepada pelajar, komunikasi interpersonal antara penyelia dan pelajar, maklum balas daripada penyelia, kepakaran penyelia, penulisan tesis dan pembangunan professional. Kajian dijalankan dengan menggunakan soal selidik yang diubah suai daripada Evaluation of Postgraduate Supervision (SEPS) yang dihasilkan oleh Queensland University of Technology. Data dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) dan dapatan dilaporkan dalam bentuk statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian mendapati bahawa pelajar kurang dilibatkan dengan aktiviti jabatan dan fakulti tidak menyediakan sumber dan kemudahan yang mencukupi kepada pelajar. Namun begitu, kebanyakan pelajar amat bersetuju bahawa penyelia bijak menilai dan memantau projek akhir serta pembentangan akhir penyelidikan. Faktor hubungan dan penglibatan antara penyelia dan pelajar juga berada pada tahap yang paling tinggi. Selain itu, daripada analisis T-test dan ANOVA yang dijalankan berdasarkan enam kategori demografi, didapati bahawa terdapat dua kategori demografi sahaja yang mempunyai perbezaan paling signifikan terhadap prinsip amalan penyeliaan dan faktor yang mempengaruhi penyeliaan iaitu jenis jantina dan fakulti.

(6)

vi

ABSTRACT

Supervision of research is an academic activity that is designed and implemented to enhance learning and maximize the learning experience of students at postgraduate level. Research supervision practices have a close relationship with the factors that influence the supervisory process. What sort of research supervision being practiced at the Universiti Teknologi Malaysia (UTM)? This study aimed to evaluate supervisory practices in research among students pursuing postgraduate studies at UTM and supervisory practices to identify the impact on the quality of research undertaken. Therefore, this study involves eleven principles and practices of supervision of eleven factors that affect supervision. Among other factors such factor is the administration and the work environment, culture, research, resources and facilities, the selection of topics and programs, communication and involvement in research, mentoring students, interpersonal communication between supervisors and students, feedback from supervisors, supervisory skills, writing thesis and professional development. The study was conducted using a questionnaire modified from the Evaluation of Postgraduate Supervision (SEPS), which is produced by the Queensland University of Technology. Data analyzed use Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) and retrieval are reported in descriptive statistics form and inference. The findings revealed that students less involved with the activities of the department and the faculty did not provide adequate resources and facilities to students. However, most students agreed that the supervisor is wise to evaluate and monitor the final project and final presentation of the research. Factors and relationships between supervisors and student participation were also at the highest level. In addition, the T-test and ANOVA analysis conducted on six categories of demographics, it was found that there were only two demographic categories that have the most significant differences in supervisory principles and practices of supervision of the factors that influence the type of gender and faculty.

(7)

vi

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v KANDUNGAN vi SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 2

1.3 Penyataan Masalah 7

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Objektif Kajian 8

(8)

vii

1.7 Skop Kajian 11

1.8 Batasan Kajian 11

1.9 Definisi Konseptual Dan Operasional 12

1.10 Kesimpulan 13

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 14 2.2 Konsep Penyeliaan 2.2.1 Peranan Penyelia 2.2.2 Proses Penyeliaan 14 16 17 2.2.3 Halangan dan Masalah dalam Penyeliaan 18

2.3 Amalan Penyeliaan 21

2.3.1 Prinsip Amalan Penyeliaan 21

2.4 Faktor yang Mempengaruhi Penyeliaan 37

2.5 Tinjauan Kajian Lepas 2.5.1 Kajian Dalam Negara

44 45

2.5.2 Kajian Luar Negara 46

2.6 Kesimpulan 48

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 49

3.2 Reka Bentuk Kajian 49

3.3 Populasi Kajian 50

3.4 Instrumen Kajian 51

3.5 Kaedah Pengumpulan Data 51

3.6 Kajian Rintis 54

(9)

viii

3.7.1 Statistik Deskriptif 55

3.7.2 Statistik Inferensi 56

3.8 Model Kajian 57

3.9 Kesimpulan 58

BAB 4 PENGANALISISAN DATA

4.1 Pengenalan 59

4.2 Analisis Bahagian A: Demografi 60

4.2.1 Taburan Mengikut Jantina 60

4.2.2 Taburan Mengikut Fakulti 60

4.2.3 Taburan Mengikut Kumpulan Etnik 61 4.2.4 Taburan Mengikut Tahap Pengajian 62 4.2.5 Taburan Mengikut Jenis Pengajian 62 4.2.6 Taburan Mengikut Bentuk Pendaftaran 63

4.3 Analisis Keseluruhan Bahagian B 64

4.4 Analisis Keseluruhan Bahagian C 65

4.5 Analisis Bahagian B: Prinsip Penyeliaan 66 4.6 Analisis Bahagian C: Faktor Penyeliaan 70 4.6.1 Pentadbiran dan Persekitaran Kerja 70

4.6.2 Budaya Penyelidikan 72

4.6.3 Sumber dan Kemudahan yang Disediakan 74 4.6.4 Pemilihan Topik dan Program Pengajian 76 4.6.5 Hubungan dan Penglibatan

Penyelia-Pelajar

77

4.6.6 Bimbingan Penyelia 79

4.6.7 Komunikasi Interpersonal Penyelia 81

4.6.8 Maklum Balas Penyelia 84

4.6.9 Kepakaran Penyelia 86

(10)

ix 4.6.11 Perkembangan Professional Pelajar 89

4.7 Analisis Inferensi 91

4.8 Kesimpulan 114

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 115

5.2 Rumusan dan Perbincangan 115

5.2.1 Maklumat Demografi Responden 116 5.2.2 Amalan Penyeliaan yang Dipraktikkan 118 5.2.3 Faktor yang Mempengaruhi Penyeliaan 120 5.2.4 Analisis Keseluruhan T-test dan ANOVA

bagi Prinsip Amalan Penyeliaan

124 5.2.5 Analisis Keseluruhan T-test dan ANOVA

bagi Faktor yang Mempengaruhi Penyeliaan

126

5.3 Cadangan 129

5.3.1 Cadangan Kepada Pelajar 129

5.3.2 Cadangan Kepada Penyelia 130

5.3.3 Cadangan Kepada Pihak Fakulti dan Universiti

131

5.3.4 Cadangan Kajian Lanjutan 132

5.4 Kesimpulan 133

SENARAI RUJUKAN 135

(11)

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK HALAMAN

Jadual 3.5.1.1 Bilangan Item Soalan Soal Selidik 52

Jadual 3.5.1.2 Skala Likert: Bahagian B 53

Jadual 3.5.1.3 Skala Likert: Bahagian C 53

Jadual 4.2.1 Taburan mengikut Jantina 60

Jadual 4.2.2 Taburan mengikut Jenis Fakulti 60

Jadual 4.2.3 Taburan mengikut Kumpulan Etnik 61

Jadual 4.2.4 Taburan mengikut Tahap Pengajian 62

Jadual 4.2.5 Taburan mengikut Jenis Pengajian 62

Jadual 4.2.6 Taburan mengikut Bentuk Pendaftaran 63

Jadual 4.3.1 Analisis Keseluruhan Bahagian B: Prinsip

Amalan Penyeliaan 64

Jadual 4.4.1 Analisis Keseluruhan Bahagian C: Faktor yang

Mempengaruhi Penyeliaan 65

Jadual 4.5.1 Bahagian B: Analisis Prinsip Amalan

Penyeliaan 66

Jadual 4.6.1 Analisis Faktor Pentadbiran dan Persekitaran

Kerja 70

Jadual 4.6.2 Analisis Faktor Budaya Penyelidikan 72

Jadual 4.6.3 Analisis Faktor Sumber dan Kemudahan yang

Disediakan 74

Jadual 4.6.4 Analisis Faktor Pemilihan Topik dan Program

Pengajian 76

Jadual 4.6.5 Analisis Faktor Hubungan dan Penglibatan

Penyelia 77

Jadual 4.6.6 Analisis Faktor Bimbingan Penyelia 79

Jadual 4.6.7 Analisis Faktor Komunikasi Interpersonal 81 Jadual 4.6.8 Analisis Faktor Maklum Balas Penyelia 84

(12)

xi

Jadual 4.6.10 Analisis Faktor Penulisan Tesis 88

Jadual 4.6.11 Analisis Faktor Perkembangan Professional 89 Jadual 4.7.1 Analisis T-test Prinsip Amalan mengikut

Jantina 91

Jadual 4.7.2 Analisis ANOVA Prinsip Amalan mengikut

Jenis Fakulti 93

Jadual 4.7.3 Analisis ANOVA Prinsip Amalan mengikut

Kumpulan Etnik 95

Jadual 4.7.4 Analisis T-test Prinsip Amalan mengikut

Tahap Pengajian 97

Jadual 4.7.5 Analisis ANOVA Prinsip Amalan mengikut

Jenis Pengajian 99

Jadual 4.7.6 Analisis T-test Prinsip Amalan mengikut

Bentuk Pendaftaran 101

Jadual 4.7.7 Analisis T-test Faktor Penyeliaan mengikut

Jantina 103

Jadual 4.7.8 Analisis ANOVA Faktor Penyeliaan mengikut

Jenis Fakulti 105

Jadual 4.7.9 Analisis ANOVA Faktor Penyeliaan mengikut

Kumpulan Etnik 107

Jadual 4.7.10 Analisis T-test Faktor Penyeliaan mengikut

Tahap Pengajian 109

Jadual 4.7.11 Analisis ANOVA Faktor Penyeliaan mengikut

Jenis Pengajian 111

Jadual 4.7.12 Analisis T-test Faktor Penyeliaan mengikut

(13)

xii

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK HALAMAN

(14)

xiii

SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN

% - Peratus

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

f - Frekuensi

SPSS - Statistical Packages for Social Sciences

ANOVA - Analysis of Variance

UP - Universiti Penyelidikan

KPTM - Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia IPT - Institusi Pengajian Tinggi

(15)

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 139

(16)

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Matlamat pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan yang baik melalui sistem pendidikan yang mampu menggarap dan membina potensi akal, jasmani, emosi dan rohani para pelajar dan mahasiswa secara holistik (Berita Harian, 2010). Matlamat inilah yang melandasi setiap dasar dan perancangan pendidikan yang digubal dan dilaksanakan di Malaysia. Justeru itu, dalam mencapai matlamat melahirkan modal insan yang akan mengisi keperluan untuk memajukan ekonomi negara di masa hadapan, Pendidikan bukan sahaja menekankan aspek penguasaan ilmu dan kemahiran, tetapi juga keterampilan dan keperibadian insan yang mulia.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) kini memberi peluang kepada graduan-graduan yang belum mendapat pekerjaan tetap atau pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah lanjutan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melalui Pakej Ransangan Ekonomi Kedua. Ijazah lanjutan terdiri daripada pengajian pasca ijazah di peringkat Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD). Tujuaannya adalah untuk menyediakan kepakaran modal insan yang berkualiti pada masa hadapan.

(17)

2 Di samping itu, institusi pengajian tinggi (IPT) awam atau swasta memberi penekanan kepada penyelidikan sebagai salah satu subjek atau mata pelajaran yang diwajibkan kepada para pelajar. Tujuannya adalah untuk memberi pengukuhan terhadap teori-teori pembelajaran yang dipelajari sepanjang pengajian. Sebagai organisasi pembelajaran, proses pengajaran dan pembelajaran adalah meliputi interaksi antara pensyarah sebagai pengajar dengan pelajar bukan sahaja secara individu tetapi dalam kelompok yang ramai. Konsep ini memfokus kepada perkembangan potensi diri para pelajar. Dalam proses tersebut, proses penyeliaan berlaku di mana proses ini melibatkan seseorang pensyarah berperanan sebagai penyelia, manakala pelajar adalah individu atau kelompok yang diselia.

Penyelidikan adalah sinonim instititusi pengajian tinggi (IPT). Pengurusan dan pentadbiran universiti memberi perhatian kepada pelaksanaan sistem pengurusan penyelidikan yang lebih efektif. Sistem ini membabitkan penyediaan prasarana, sumber manusia dan dana khusus untuk urusan penyelidikan (Berita Harian, 2010). Sistem penilaian dan pemantauan dijadikan alat asas untuk memupuk dan memperkukuhkan ‘budaya penyelidikan’ dan ‘budaya akademik cemerlang’. Untuk mewujudkan budaya penyelidikan yang unggul, proses penyeliaan dijalankan dalam usaha menghasilkan suatu penyelidikan yang berkualiti, berkesan dan dapatan kajian boleh digunakan sebagai suatu bentuk inovasi dalam bidang pendidikan.

1.2 Latar Belakang Kajian

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah diiktiraf sebagai sebuah universiti penyelidikan (UP) pada tanggal 10 Jun 2010. Kini, peranan UTM tidak sekadar menyediakan program akademik untuk memenuhi keperluan modal insan terutama dalam bidang teknologi dan kejuruteraan tetapi turut membantu menyediakan ekosistem intelektual yang boleh memperkayakan kreativiti dan inovasi (Berita Harian, 2010). Ini menunjukkan transformasi yang dilakukan secara

(18)

3 menyeluruh telah mengangkat UTM ke martabat yang lebih tinggi sehingga kepentingan UTM dirasakan oleh semua pihak.

Sebagai Universiti Penyelidikan (UP), insentif yang diwujudkan kepada UTM merupakan insentif dalam bentuk kewangan, bukan kewangan dan peluang mengadakan kerjasama strategik bersama pihak industri. Bagi insentif kewangan, sebaik sahaja sesebuah universiti diiktiraf sebagai UP, kerajaan akan menyediakan dana insentif (melebihi dari apa yang dipeolehi masa kini) berpandukan formula yang ditetapkan. Dana yang diberikan untuk tiga tahun berasaskan nilai tertentu dan dana tambahan akan diberi berdasarkan kepada prestasi UP. Dana yang diberi akan ditadbir urus oleh UP dan akan digunakan bagi tujuan perolehan alat, pelantikan staf dan sebagai insentif kepada penyelidik yang berusaha mendapatkan geran (Berita Harian, 2010).

Terdapat tiga jenis program pengajian di peringkat pasca ijazah yang ditawarkan di UTM, antaranya ialah seperti berikut:

a. Pengajian jenis kerja kursus - Jenis pengajian siswazah yang dilakukan secara kerja kursus sepenuhnya. Lazimnya, pelajar dikehendaki menyelesaikan projek sarjana yang merupakan latihan penyelidikan atau tugasan bagi memenuhi syarat kurikulum pengajian berkenaan. Bagi pelajar yang menjalani pengajian jenis ini, 3 hingga 8 jam kredit dikhususkan ke atas penyelidikan.

b. Pengajian jenis kerja kursus dan penyelidikan - Jenis pengajian siswazah yang dilaksanakan secara gabungan sesi kuliah dan penyelidikan. Penyelidikan lazimnya dilaksanakan setelah pelajar berjaya menyelesaikan semua sesi kuliah atau kerja kursus yang telah ditetapkan dalam kurikulum program pengajian. Pelajar yang mengikuti pengajian jenis ini akan melaksanakan penyelidikan sebanyak 21 jam kredit.

(19)

4 c. Pengajian jenis penyelidikan - Jenis pengajian siswazah yang dijalankan secara penyelidikan sepenuhnya mempunyai 40 jam kredit yang sememangnya fokus secara langsung kepada penyelidikan. Pelajar tidak perlu mengikuti mana-mana kerja kursus.

Bond (1991) menyatakan bahawa amalan penyeliaan penyelidikan yang berkesan adalah penting termasuklah membimbing, memotivasi dan menasihati pelajar. Ini kerana tanpa penyeliaan, pelajar tidak dapat merancang penyelidikan mereka dengan baik. Ini membuktikan peranan penyelia amat diperlukan untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar yang berguna kepada pelajar agar mereka dapat menyiapkan penyelidikan mereka tepat pada masanya (Bond, 1991). Walau bagaimanapun, fungsi konvensional ini telah mengalami sedikit perubahan dan penyesuaian. Individu yang dibimbing oleh penyelia tidak semestinya mengikut telunjuk sahaja, mereka diberi peluang untuk menyuarakan pendapat. Minda mereka dilatih untuk mengembangkan idea dan meningkatkan daya pemikiran secara kreatif.

Kriteria yang diperlukan daripada seorang penyelia yang berwibawa, sedia mendengar, membimbing, melatih, membantu dan boleh dipercayai. Peranan penyelia ialah menyediakan kemudahan asas kepada pelajar, mengawalselia dan memantau perkembangan penyeliaan supaya pelajar dapat melakukan tugas dengan cemerlang. Mereka wajar diberi peluang untuk mengembangkan bakat dan kebolehan serta menentukan matlamat kajian, didorong bagi mencapai prestasi yang membanggakan juga menaikkan imej pelajar. Oleh yang demikian, amalan penyeliaan yang berkesan dan bersistematik akan membantu kemajuan penyelidikan pelajar khususnya dalam pengajian pasca ijazah iaitu pada peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).

Terdapat pelbagai amalan penyeliaan yang biasa dipraktikkan. Namun sejauh mana berkesan atau tidak, penyeliaan itu sebenarnya bergantung kepada penyelia dan pelajar itu sendiri. Pertemuan untuk perbincangan penyelidikan antara penyelia dan pelajar adalah salah satu amalan yang biasa dipraktikkan di mana-mana universiti.

(20)

5 Biasanya, penyelia akan mengaturkan masa yang sesuai untuk mengadakan perbincangan. Namun demikian, disebabkan kekangan masa dan kesibukan peribadi, dari segi penyelia mahupun pelajar, menyebabkan kurangnya proses interaksi dan perbincangan (The Moses, 1994). Oleh sebab itu, tahap amalan penyeliaan adalah rendah dan tidak menyokong disebabkan kekangan masa yang mengehadkan proses dan perkembangan penyeliaan antara kedua belah pihak.

Daripada situasi tersebut, banyak masalah yang timbul kerana para pelajar kurang pendedahan yang khusus berkaitan penyelidikan. Kedua-dua pihak hendaklah saling bekerjasama antara satu sama lain dalam menyiapkan sesuatu penyelidikan. Kerjasama ini adakalanya sangat menarik, akan tetapi ada kalanya ia menjadi terlalu sukar dan berisiko (Salmon, 1992). Menurut The Moses (1994), kajian mendapati bahawa terdapat kadar yang tinggi pelajar pasca ijazah yang gagal menyelesaikan kajian mereka dan kebanyakan alasan adalah berkaitan dengan masalah penyeliaan. Masalah penyeliaan ini sebenarnya mempengaruhi tahap motivasi pelajar. Kajian perlu dilakukan untuk melihat tahap amalan penyeliaan dalam kalangan pelajar pasca ijazah sama ada pada peringkat Ijazah Sarjana (Master) ataupun peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di UTM.

Di samping itu, amalan penyeliaan sebenarnya dipengaruhi oleh beberapa faktor lain yang memberi kesan kepada proses penyeliaan antara penyelia dengan pelajar. Faktor-faktor tersebut bergantung kepada situasi dan persekitaran dalaman serta luaran sebelum dan semasa menjalan suatu penyelidikan. Menurut Zuber-Skerritt (1994), faktor-faktor yang mempengaruhi amalan penyeliaan yang tidak diurus dengan sempurna boleh menyebabkan isu-isu berkaitan masalah dalam penyeliaan. Antaranya seperti penyelia kurang berpengalaman, kurang komitmen atau kurang meluangkan masa untuk memberi maklum balas hasil penulisan kajian pelajarnya. Keadaan ini menjejaskan emosi dan mendatangkan masalah psikologi seperti kurangnya hubungan kerjasama antara pelajar dan penyelia; pelajar tidak mampu memenuhi piawaian atau kurang berkeyakinan dalam keupayaan menyelesaikan tesis dalam masa yang ditetapkan.

(21)

6 Faktor lain seperti kurang persefahaman ketika berkomunikasi antara penyelia dan pelajar serta pelajar kekurangan pengetahuan, kemahiran, latihan dan pengalaman dalam kaedah-kaedah kajian menyebabkan amalan penyeliaan terjejas. Aspek komunikasi dan cara berinteraksi juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi penyeliaan. Dalam menyediakan penyelidikan, penyelia dan pelajar perlu saling berkomunikasi dengan baik dan jelas agar tidak berlaku konflik dan kekeliruan antara mana-mana belah pihak. Kajian ini cuba meninjau faktor-faktor yang boleh mempengaruhi tahap amalan penyeliaan antara penyelia dengan pelajar pasca ijazah di UTM.

Amalan penyeliaan bergantung kepada prinsip penyeliaan yang perlu dipatuhi. Selain itu, penyeliaan juga bergantung kepada faktor-faktor persekitaran penyelia dan pelajar. Ini menunjukkan hubungan antara amalan penyeliaan dengan faktor yang mempengaruhi proses penyeliaan sememangnya ada. Namun, tidak dapat dikenalpasti sejauh mana kedua-duanya mempunyai hubungkait. Jadi, kajian ini akan memdedahkan segala amalan penyeliaan dan faktor utama yang mempengaruhi penyeliaan. Sistem pembelajaran untuk pelajar Ijazah Sarjana (Master) dan pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD) adalah bersifat kajian atau penyelidikan yang berorientasikan pemikiran secara kreatif dan global, bukan berorientasikan peperiksaaan.

Hubungan antara amalan dan faktor yang mepengaruhi penyeliaan dapat dibuktikan apabila penyelia memainkan peranan dan pelajar memberi kerjasama yang sewajarnya. Penyelidikan menyumbang kepada penigkatan pengetahuan pelajar dan keseluruhan proses direka bentuk dan dipandu oleh seorang penyelia (Cryer, 2000). Pihak pelajar dan penyelia mestilah boleh menerima hubungan di antara mereka ketika melaksanakan penyelidikan. Jika tidak, masalah-masalah yang berkaitan dengan hubungan itu boleh menjejaskan kemajuan pelajar. Buckley dan Hooley (1988), membuktikan bahawa hubungan pelajar penyelia adalah amat penting untuk satu proses penyeliaan dan penyelidikan. Cryer (2000) menyatakan bahawa hanya pelajar yang sangat komited akan menyudahkan penyelidikan mereka

(22)

7 dengan jayanya walaupun mengalami masalah hubungan dengan penyelia yang kurang memberi kerjasama.

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini bertujuan untuk menilai amalan penyeliaan penyelidikan dalam kalangan pelajar pasca ijazah di UTM. Kajian ini juga meliputi aspek yang berkaitan dengan prinsip amalan penyeliaan dan faktor-faktor yang mempengaruhi penyeliaan.

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan kajian adalah seperti berikut:

i. Apakah prinsip amalan penyeliaan yang dipraktikkan terhadap pelajar pasca ijazah?

ii. Apakah bentuk penerangan yang diberikan tentang pentadbiran dan persekitaran universiti yang diberikan kepada pelajar pasca ijazah?

iii. Apakah bentuk budaya penyelidikan yang ditonjolkan kepada pelajar pasca ijazah?

iv. Apakah bentuk sumber dan kemudahan penyelidikan yang diberikan kepada pelajar pasca ijazah?

v. Apakah peranan penyelia dalam pemilihan tajuk penyelidikan dan pemilihan program pengajian?

vi. Apakah bentuk hubungan dan penglibatan yang diberikan oleh penyelia kepada pelajar pasca ijazah?

(23)

8 vii. Apakah bentuk bimbingan yang diberikan oleh penyelia kepada pelajar pasca

ijazah?

viii. Apakah bentuk komunikasi interpersonal berlaku antara penyelia dan pelajar pasca ijazah?

ix. Apakah pelajar pasca ijazah berpuas hati dengan maklum balas daripada penyelia berkaitan dengan penyelidikan mereka?

x. Apakah pelajar pasca ijazah berpuas hati dengan kepakaran penyelia mereka berkenaan dengan penulisan tesis?

xi. Apakah bentuk penulisan tesis yang didedahkan kepada pelajar pasca ijazah? xii. Apakah bentuk bantuan yang diberikan oleh penyelia dalam meningkatkan

perkembangan profesional pelajar pasca ijazah?

xiii. Apakah terdapat perbezaan amalan penyeliaan berdasarkan jantina, fakulti, kumpulan etnik, tahap pengajian, jenis pengajian dan bentuk pendaftaran?

1.5 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk meninjau amalan penyeliaan penyelidikan dalam kalangan pelajar pasca ijazah di Universiti Teknologi Malaysia dan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penyeliaan. Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

i. Mengenalpasti amalan penyeliaan yang dipraktikkan terhadap pelajar pasca ijazah.

ii. Meninjau penerangan yang berkaitan dengan pentadbiran dan persekitaran universiti kepada pelajar pasca ijazah.

iii. Mengenalpasti budaya penyelidikan yang ditonjolkan kepada pelajar pasca ijazah.

iv. Mengenalpasti sumber dan kemudahan penyelidikan yang diberikan kepada pelajar pasca ijazah di sepanjang pengajian mereka.

v. Mengenalpasti peranan penyelia dalam pemilihan tajuk penyelidikan dan pemilihan program pengajian.

(24)

9 vi. Mengenalpasti perhubungan dan penglibatan yang diberikan oleh penyelia

kepada pelajar pasca ijazah.

vii. Mengenalpasti bimbingan yang diberikan oleh penyelia kepada pelajar pasca ijazah.

viii. Mengenalpasti komunikasi interpersonal yang berlaku antara penyelia dan pelajar pasca ijazah.

ix. Mengenalpasti tahap kepuasan pelajar pasca ijazah terhadap maklum balas daripada penyelia berkaitan dengan penyelidikan.

x. Mengenalpasti tahap kepuasan pelajar pasca ijazah terhadap kepakaran penyelia mereka.

xi. Mengenalpasti bentuk penulisan tesis yang didedahkan kepada pelajar pasca ijazah.

xii. Mengenalpasti bantuan yang diberikan oleh penyelia dalam peningkatan perkembangan profesional pelajar pasca ijazah.

xiii. Mengenalpasti perbezaan amalan penyeliaan berdasarkan jantina, jenis fakulti, kumpulan etnik, tahap pengajian, jenis pengajian dan bentuk pendaftaran.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini memberi manfaat kepada pelajar, penyelia, fakulti dan pihak universiti. Antara kepentingan kajian ini adalah seperti berikut:

1.6.1 Kepentingan Kajian Kepada Pelajar

Kajian ini penting kepada pelajar kerana dengan dapatan kajian ini pelajar boleh mengenalpasti hak sebenar sebagai seorang pelajar semasa diselia seperti pemilihan penyelia ataupun pemilihan topik kajian yang diminati. Pelajar juga diberi peluang untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap penyeliaan yang diterima. Selain itu, kajian ini dapat mendedahkan masalah yang sering dihadapi oleh pelajar semasa diselia. Di samping itu, pelajar dapat bersedia dari segi mental dan

(25)

10 fizikal sebelum melaksanakan penyelidikan. Dengan itu, pelajar akan lebih cenderung untuk menghasilkan penyelidikan yang lebih baik dan berkualiti.

1.6.2 Kepentingan Kajian Kepada Penyelia

Kajian ini juga memberi banyak kepentingan kepada penyelia. Ini kerana penyelia dapat memperbaiki kaedah penyeliaan yang dilaksanakan ke atas pelajar untuk meningkatkan kepuasan pelajar di samping meningkatkan lagi kualiti penyeliaan. Penyelia juga mampu memperbaiki cara penyeliaan mereka baik dari segi hubungan dengan pelajar, bimbingan, komunikasi, maklum balas dan sebagainya supaya pelajar lebih selesa ketika diselia. Selain itu, penyelia akan memastikan pelajar lebih berminat dengan aktiviti jabatan.

1.6.3 Kepentingan Kajian Kepada Pihak Fakulti dan Universiti

Kajian ini memberi peluang kepada pihak fakulti dan universiti mengenalpasti masalah sebenar penyeliaan yang dialami oleh pelajar pasca ijazah yang sedang melaksanakan penyelidikan. Kajian ini dapat menyedarkan ramai pihak betapa pentingnya penyeliaan semasa melaksanakan penyelidikan. Justeru itu, aspek yang mempunyai kelemahan perlu diperbaiki untuk mempertingkatkan lagi mutu dan kualiti penyeliaan. Pihak fakulti dan universiti juga dapat mengenalpasti keperluan pelajar terhadap sumber dan kemudahan yang disediakan. Di samping itu juga, kajian ini penting untuk dijadikan sumber rujukan dan pencetus kepada kemunculan idea-idea baru para penyelidik lain pada masa akan datang.

(26)

11 1.7 Skop kajian

Kajian ini tertumpu kepada amalan penyeliaan dalam kalangan pelajar pasca ijazah. Responden dipilih secara rawak mudah mengikut fakulti di UTM, Skudai. Kajian ini hanya melibatkan responden yang dipilih daripada 12 buah fakulti di UTM (tidak termasuk Fakulti Tamadun Islam, FTI). Responden kajian ini hanya melibatkan pelajar pasca ijazah yang telah menjalankan penyelidikan dan pelajar yang sedang menjalankan penyelidikan. Selain daripada itu, kajian ini juga memfokus kepada faktor-faktor yang mempengaruhi amalan penyeliaan di UTM.

Skop kajian ini adalah melibatkan faktor-faktor seperti 1) Pentadbiran dan persekitaran kerja; 2) Budaya penyelidikan; 3) Sumber dan kemudahan yang disediakan; 4) Pemilihan topik dan program pengajian; 5) Hubungan dan penglibatan penyelia; 6) Bimbingan penyelia; 7) Komunikasi interpersonal penyelia; 8) Maklum balas penyelia; 9) Kepakaran penyelia; dan 10) Penulisan tesis;

dan 11) Pembangunan profesional pelajar.

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini dilaksanakan ke atas pelajar pasca ijazah yang sedang dan telah melaksanakan penyelidikan, sama ada di peringkat ijazah sarjana (Master) mahupun di peringkat ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai (UTM).

(27)

12 1.9 Definisi Konseptual dan Operational

Definisi istilah yang diberikan dalam bahagian ini merupakan istilah-istilah yang bersesuaian dengan konteks kajian ini sahaja.

1.9.1 Amalan Penyeliaan

Dalam konteks pendidikan, pelbagai istilah berikut digunakan untuk penyeliaan: penyeliaan pengajaran (instructional supervision), penyeliaan pendidikan (educational supervision), dan penyeliaan pelajar (student supervision). Definisi yang diberi oleh Glickman, Carl D., Gordon, Stephen P. & Ross-Gordon, Jovita, M. (1998), juga menekankan bahawa penyeliaan dalam konteks pendidikan adalah bertujuan mempertingkatkan keberkesanan pengajaran. Dalam kajian ini, amalan penyeliaan merujuk kepada prinsip dan faktor yang mempengaruhi penyeliaan yang mana peranan penyelia merangkumi faktor bimbangan, maklum balas, komunikasi, hubungan antara penyelia-pelajar dan sebagainya. Manakala, salah satu prinsip amalan penyeliaan memerlukan penyelia memberi semangat dan motivasi kepada pelajar agar dapat menyiapkan penyelidikan tepat pada masanya.

1.9.3 Penyelia

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2000), penyelia ditakrifkan sebagai individu yang melakukan tugas-tugas penyeliaan sama ada dalam bentuk pengawasan ataupun pemerhatian. Dalam kajian ini, penyelia merujuk kepada mereka yang terdiri daripada kakitangan akademik atau pensyarah yang diberi tanggungjawab untuk memantau, membimbing dan menyelia pelajar dalam menyiapkan tesis, disertasi atau projek sarjana muda dan projek sarjana.

(28)

13 19.4 Penyelidikan

Penyelidikan oleh ditakrifkan sebagai sesuatu yang melibatkan analisis sistematik untuk mencapai objektif kajian serta catatan pemerhatian yang boleh membawa kepada perkembangan generalisasi, prinsip-prinsip atau teori untuk membuat ramalan terhadap hasil dapatan kajian (Kamus Dewan, 1998). Menurut, Michael (1994) dari segi istilah penyelidikan adalah suatu susunan aktiviti pengumpulan dan analisis data yang dirancang dengan teliti untuk mendapatkan dan memperkembangkan pengetahuan. Dalam kajian ini istilah penyelidikan merujuk kepada tesis/ projek sarjana/ disertasi yang merupakan satu penulisan akademik yang dikemukakan oleh setiap pelajar pasca ijazah bagi memenuhi syarat keperluan program pengajian siswazah.

1.9.5 Pelajar Pasca Ijazah

Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2000) mentakrifkan pelajar pasca ijazah adalah penuntut yang meneruskan pengajian pada peringkat yang lebih tinggi selepas menamatkan ijazah pertama. Dalam kajian ini, pelajar pasca ijazah merujuk kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (Master) atau Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.

1.10 Kesimpulan

Bab ini telah membincangkan mengenai pengenalan, latar belakang masalah, penyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian dan definisi istilah yang digunakan dalam kajian ini. Kajian ini juga diharap dapat membantu pihak penyelia, pelajar, fakulti dan institusi pengajian supaya tahap penyeliaan yang diterima lebih berkesan kepada pelajar pada masa akan datang.

(29)

135

SENARAI RUJUKAN Buku

Ballard, B. dan Clanchy, J. (1993).Stepping Up to Supervision.USA: Penn Well Publishing Co.

Bell, J. (2005).Doing Your Research Project. Canada: Addison Wesley Publishing Co., Inc.

Bond, F. (1991).Supervision: Concept and Practice of Management. (4thedition). USA: South-western Publishing co.

Brown, G. & Adkins, M. (1988).Effective Teaching in Higher Education. London: Routledge.

Buckley, A. D. dan Hooley, W. A. (1988).Postgraduate Supervision Evaluation. London: Routledge.

Burke, R. J. dan McKeen, C. A. (1996).Education Based On Gender. England: Open University Press. .

Chek Mat, S. (2001).Penyeliaan Berkesan. (1stedition ). Selangor : Utusan Publication and Distributors Sdn.Bhd

Clarke, R. (2000).Highways to Postgraduate Supervision: A Compilation of Resources for Those Who Supervise Postgraduate Research Students at the University of Western Sydney,Hawkesbury. Australia: The Staff

Development Centre, UWS.

Claxton, P. D. (1989).How’s the Thesis Going?.Melbourne, Australia: Centre for the Study of Higher Education.

Cooper, D.R. dan Schindler, P.S. (2001).Business Research Methods. (7thedition). Boston: McGraw-Hill.

Cryer, B. (2000).The Research Student’s Guide to Success. Buckingham: Open University Press.

Eley. A.R. & Jenning R. (2005).Effective Postgraduates Supervision: Improving Student/ Supervisor Relationship. Berkshire, England: Open University Press. Elphinstone, L. dan Schweitzer, R. (1998).How to get a Research Degree. Australia:

Allen& Unwin.

Frischer, B. dan Larsson, F. (2000).The Practice of Supervision: Making Experience Pay. (2ndedition). Canada: Addison Wesley Publishing Co., Inc.

(30)

136

Flanders, E. P. (2000).Good Practice in Postgraduate Supervision. Seda Paper 106, Birmingham: Seda Publications.

Garis Panduan Standard dan Kriteria Kursus Pengajian Peringkat Pascasiswazah (2004). Lembaga Akreditasi Negara.

Glickman, Carl D., Gordon, Stephen P. & Ross-Gordon, Jovita, M. (1998).

Supervision of Instruction: A Developmental Approach. (4thedition). Boston, MA: Allyn & Bacon.

Hasyim, F. (2006).Kemahiran Berkomunikasi.Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Hazil, A. H. (1991). “Prinsip Asas Kurikulum dan Pengajaran” Cetakan Pertama. Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Healey, J. F. (2007).The Essential Of Statistics, A Tool For Social Research. USA: Thomson Wadsworth.

Hockey, W. (1996).Supervising the PhD: A Guide to Success. Buckingham, UK: The Open University Press.

Ismail, K. (1995).Konsep penyeliaan. Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Kelinger, F. N. (2008).Foundation of Behavioral Research. Winston: Allyn &

Bacon.

Knowles, M. (1973).The Adult Learner: A Neglected Species. (4thedition). Houston: Gulf Pub. Co.

Lawson, K. (2001).The Trainer’s Handbook.San Francisco, California: Jossey-Bass/Pfeiffer.

Lovitt, Barbara E. (2001).Leaving the Ivory Tower:The causes and Consequences of Departure from doctoral study. New York: Rowman& Littlefield.

Michael, J. R. (1994).Introduction of Education Research. Winston: Allyn & Bacon. Mohamad Najib, A. G. (1999).Penyelidikan Pendidikan. Skudai, Johor: Universiti

Teknologi Malaysia.

Mohd. Najib, A. G. (2003).Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Moses, I. (1985).Supervising Postgraduates. Green Guide No. 3. Australia: Higher Education Research and Development Society of Australia, c/o University of South Wales.

(31)

137

Power, B. dan Rothwell, W. J.( 2007).Excellence Instructor, Mastering The Delivery of Training.(2ndedition). San Francisco: Pfeiffer.

Pugh, D.S. dan Phillips, E.M. (2000).How to get a PhD: A handbook for students and their supervisors. Buckingham, England: Open University Press. Queensland University of Technology Postgraduate Students Association (1995).

Postgraduate Handbook. Brisbane: QUT.

Raymond, B. Cattell (2003).Essential OF 16PF Assessment. N.J: John Wiley & Sons.

Roland, E. (1981).Establishing effective PhD supervision. New York: AGPS, Canberra.

Russell, T. (1996).Constructive and Supportive Postgraduate Supervision: A Guide for Supervisors.Centre for the Enhancement of Learning Teaching and Scholarship: Canberra.

Salmon, R. (1992).A Guide for Students and Supervisors. Australian National University: Canberra.

Salkind, N. J. (2006).Exploring Research.(6th edition). United States: Pearson, Prentice Hall.

Sekolah Pengajian Siswazah (2000).Panduan Tugas dan Tanggungjawab Penyelia. Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia

Samuel, C. C. (1997).Supervision: Quality, Diversity, and Technology. US: The Time Mirror Higher Education Group.

Sullivan,S. and Glanz,J. (2000).Teaching and Supervision. London: Sage Pub. Taylor, S. & Beasley, N. (2005).A Handbook For Doctoral Supervisors. Abingdon,

Newyork: Routledge.

Teitelbaum, D. H. (2003).How to Write a Thesis. Canada: Thomson Arco. Thordike, R.L. (1997).Measurement and Evaluation in Psychological and

Education.(6thedition). New Jersey: Prentice Hall.

Wilson, K. A.(2007). Asking Question:Data Collection and Analysis.San Franciso: Pfreiffer.

Wilkinson, D. (2005).The Essential Guide for Postgraduates Study. Great Britain: Sage Publications.

Wisker, G. (2007).The Postgraduate Research Handbook: Succeed with Your Master and PhD, (2ndedition). New York: Palgrave Macmillan.

Zemke, Z. (2001).The Psychology of Personal Constructs.New Jersey: Prentice Hall.

(32)

138

Zuber-Skerritt, O. dan Ryan, Y. (1994).Quality in Postgraduate Education. London: Kogan Page.

Jurnal

Anderson. C. K. dan McLaughlin. P. (2006). Mastering the Dissertation: Lecturers' Representations of the Purposes and Processes of Master's Level Dissertation Supervision.Studies in Higher Education. 31(2): 20.

Armstrong. S. J. (2004). The Impact of Supervisors' Cognitive Styles on the Quality of Research Supervision in Management Education.British Journal of Educational Psychology. 74(4): 18.

Bell. C. (2005). Managing Learners’ Expectation, Developing Learner-Centered Approaches.Development And Learning In Organizations. 19(1): 12. Krejcie. R.V. dan Morgan. D. W. (1970). Determining Sample Size For Research

Activities.Educational and Psychological Measurement. 30(9): 607-610. Pearson. M. dan Kayrooz. C. (2004). Enabling Critical Reflection on Research

Supervisory Practice. International Journal for Academic Development. 9(1): 18.

Tesis

Goh Wei Siang (2002).Persepsi Pekerja terhadap Ciri-ciri dan Pola Penyeliaan: WPM Technology Sdn.Bhd., Senai. Sarjana,Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Rokiah Abdul Aziz (2002).Persepsi Guru Pelatih terhadap Bimbingan Penyelia Bersekutu. Sarjana,Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Keratan Akbar

Ibrahim Kamoo (2010, Februari 23). Universiti Penyelidikan (UP) Mampu Pertingkat Pembangunan Negara, Malaysia.Berita Harian. p. 12-13. Kamus

Kamus Dewan(2000). Kamus Dewan. (4thedition). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(33)

139

Laman Web

James, R. and Baldwin, G. (1999, September 2). Eleven Practices of Effective Postgraduates Supervisors. Melbourne: University of Melbourne. Retrieve September 7, 2010, from

http://www.cshe.unimelb.edu.au/pdfs/11practices.pdf

Mason, G. dan Roger, B. (2009, Mac 13). Using a Blended Approach to Facilitate Postgraduate Supervision. Retrieve July 18, 2010, from http://www.Using a Blended Approach to Facilitate Postgraduate Supervision (EJ857329)

Queensland University of Technology postgraduates Supervision Evaluation Project Team (1995, September 20).Tracking Postgraduates Supervision. Brisbane: QUT. Retrieve September 26, 2010, from

http://www.rcs.qut.edu.au/pdf/candidature/supervisors/tracking supervision.pdf

Repak, N. (2002, May19). Professor/ Grad Relationships: Maximizing the Mentoring Potential. Retrieve on September 24, 2010, from http:// gradresources.org/ articles/ prof_grad.shtml.

Soliman, R. (1999, September 8). Post Graduates Supervision.Retrieve September 10, 2009, from http://www.une.edu.au/tlc/staff/publications/

postgraduates.pdf.

The University of Exeter, The Queen’s Drive, Exeter, Devon, UK (2008, April 4). Handbook for PhD/MPhil Students. Retrieve on July 18, 2010, from

Referensi

Dokumen terkait

Pajak merupakan sumber utama penerimaan negara.Tanpa pajak, sebagian besar kegiatan negara sulit untuk dapat dilaksanakan.PPh Pasal 22 Impor adalah pajak

Aroma yang menyengat yang dihasilkan water kefir teh pecut Kuda berasal dari proses metabolisme yang terjadi selama fermentasi dalam kefir grain sehingga

[r]

Berdasarkan hasil penelitian yang telah dilaku- kan maka yang menjadi kesimpulan dalam peneli- tian ini adalah tidak terdapat hubungan antara tingkat pengetahuan dan personal hygiene

Desain PBMR didasarkan pada prinsip-prinsip operasi dan perbaikan yang sangat sederhana, keselamatan tinggi, waktu pembangunan relatif pendek, biaya investasi kecil, biaya

Untuk melengkapi beban mengajar 24 jam tatap muka, sebagai guru SMA N 1 Klaten yang merupakan sekolah eks RSBI yang penuh dengan fasilitas sarana prasarana merasa terpanggil untuk

Pada Gambar 4.4 sistem menampilkan halaman utama level admin yang memiliki menu untuk home, user, data master kota, material, jenis pekerja, satuan, rumus, biaya pekerja, jenis

Perumahan adalah k elompok rumah yang berfungsi sebagai lingkungan tempat tinggal atau hunian yang dilengkapi dengan prasarana lingkungan yaitu kelengkapan dasar