Mesyuarat Pelaksanaan Peperiksaan Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-quran (KKQ)

Loading....

Loading....

Loading....

Loading....

Loading....

Teks penuh

(1)

١

Mesyuarat Pelaksanaan Peperiksaan Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran (KKQ)

• Pelaksanaan Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran (KKQ)

• Carta Aliran Pelaksanaan Peperiksaan Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran (KKQ)

Bertempat di Bilik Mesyuarat Kenyalang, Aras 7, Blok E 9,Bahagian Pembangunan Kurikulum,

Kementerian Pelajaran Malaysia

2 April 2009

Disediakan oleh: Unit Pengajian Islam Elektif

Bidang Pendidikan Islam Bahagian Pembangunan Kurikulum

(2)

٢ Tajuk

1. Pelaksanaan Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran (KKQ) di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA),

Sekolah Berasrama Penuh (SBP Agama) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).

Tujuan

2. Kertas ini bertujuan untuk memohon ahli mesyuarat mengambil maklum dan mengambil tindakan sewajarnya ke arah pemantapan pelaksanaan KKQ di SMKA, SBP (Agama) dan KAA.

Latar belakang

3.1 Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran (KKQ) mula dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) sejak tahun 1986. Pelaksanaan ini berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pelajaran (JPP) pada tahun 1985. Program ini diperluaskan ke semua SMK KAA mulai 1992. KKQ merupakan salah satu daripada aktiviti kokurikulum di SMKA dan SMK (KAA).

3.2 Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pelajaran

KP(BPPP)Sulit/03/9/JPP/M(87) pada 25.3.1985 yang dipengerusikan oleh YB Datuk Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Menteri Pelajaran Malaysia, memutuskan bahawa kelas ini hendaklah dilaksanakan di sekolah – sekolah terpilih.

(3)

٣ Perkara yang hendak dimaklumkan

4.1 Status Dasar

KKQ merupakan salah satu aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di SMKA, SBP (AGAMA) SMK (KAA), seluruh negara. Ia dilaksanakan tiga jam dalam seminggu bagi setiap tingkatan mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Pihak pentadbir sekolah hendaklah memastikan pelaksanaan KKQ berjalan seperti yang digariskan oleh pihak KPM. Oleh kerana statusnya sebagai aktiviti kokurikulum, maka proses pembelajarannya dilaksanakan di luar jadual waktu rasmi. Ia merupakan tugas rasmi bagi guru KKQ .

4.2 Status guru

4.2.1 Jawatan Guru Al-Quran di SMKA dan SMK (KAA) telah diperuntukkan di dalam senarai perjawatan (B26) tahun 2002 berdasarkan MEMO daripada Bahagian Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia KP(PP)0050/Jld.43 (9) Bertarikh 8 Mac 2002. Status guru tersebut adalah over & above, Gred DG 41.

4.2.2 Tugas dan tanggungjawab guru KKQ ialah:

4.2.2.1 Melaksanakan sepenuhnya KKQ mengikut

panduan yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

4.2.2.2 Melaksanakan kelas pemulihan Al-Quran di sekolah masing-masing.

4.2.2.3 Melaksanakan projek-projek khas yang berkaitan dengan Al-Quran.

4.2.2.4 Menanam minat pelajar-pelajar dan warga sekolah kepada Al-Quran sehingga terbentuk masyarakat celik dan cinta Al-Quran.

4.2.2.5 Menjadi tempat rujukan warga sekolah berkaitan Al-Quran dan aspek kemahiran Al-Al-Quran.

(4)

٤

4.2.3 Mereka boleh (dengan budi bicara) diminta mengajar mata pelajaran lain seperti Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sekiranya masih terdapat kekosongan dalam jadual mereka. 4.2.4 Adalah dicadangkan Guru KKQ tidak diberi jawatan -

jawatan yang boleh menyebabkan terganggu tugas-tugas rasminya seperti guru tingkatan. Ini bagi membolehkan guru terbabit memberi tumpuan yang sepenuhnya agar kelas berkenaan dapat berjalan dengan baik.

4.3 Status Murid

4.3.1 Pelajar-pelajar KKQ adalah dipilih dalam kalangan pelajar SMKA,SBP (Agama) dan KAA.

4.3.2 Satu kelas KKQ diwujudkan bagi setiap tingkatan.

4.3.3 Bagi tingkatan yang melebihi satu kelas, pelajar KKQ hendaklah dipilih daripada mereka yang benar-benar berkelayakan. Ujian kelayakan boleh dilaksanakan jika perlu.

4.4 Peruntukan waktu

4.4.1 Peruntukan waktu bagi setiap kelas adalah tiga jam seminggu sebagaimana yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Perancangan Pelajaran (JPP).

4.4.2 Penyusunan jadual waktu bagi perlaksanaan KKQ hendaklah disusun dengan teliti dan bersifat fleksibel bagi memastikan KKQ dapat dilaksanakan dengan sempurna. Ini bertujuan memastikan KKQ tidak berlaku pertembungan dengan sebarang aktiviti di sekolah.

4.4.3 Jadual waktu guru KKQ adalah termasuk dalam jadual waktu rasmi guru berkenaan dan disahkan oleh pentadbir.

(5)

٥ 4.5 Penilaian dan Persijilan

4.5.1 Penilaian akhir tingkatan tiga dan lima dikendalikan oleh Bidang Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM (BPI BPK KPM)

(lihat lampiran ).

4.5.2 Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan untuk tingkatan satu, dua dan empat.

4.5.3 Pelajar yang mencapai kelulusan minima bagi penilaian kendalian BPI BPK KPM layak dianugerahkan Sijil Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran Kementerian Pelajaran Malaysia.

4.5.4 Adalah dicadangkan pihak sekolah menganugerahkan sijil penglibatan Kokurikulum KKQ kepada pelajar yang tamat tingkatan tiga dan lima.

4.6 Program Peningkatan Profesionalisme Guru

Bagi meningkatkan kompetensi dan profesionalisme guru-guru KKQ Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan-jabatan Pelajaran Negeri melaksanakan program Latihan Dalam Perkhidmatan dari masa ke semasa. Antaranya:

(6)

٦ 4.6.1 KAA

Kursus dijalankan mengikut semakan kurikulum KKQ tahun 2002.

Tahun

Kursus Sukatan Pelajaran Kursus Sasaran 2002 Tingkatan 1 Guru-guru KKQ KAA 2003 Tingkatan 2 Guru-guru KKQ KAA 2004 Tingkatan 3 Guru-guru KKQ KAA 2005 Tingkatan 4 Guru-guru KKQ KAA 2006 Tingkatan 5 Guru-guru KKQ KAA 2007 Pemantapan Keseluruhan Guru-guru KKQ KAA 2008 Kursus kepada guru – guru

baru

Guru-guru KKQ KAA

4.6.2 SMKA dan SBP (Agama)

Kursus dijalankan mengikut semakan kurikulum KKQ tahun 2002.

Tahun

Kursus Sukatan Pelajaran Kursus Sasaran 2004 Tingkatan 1 & 2 Guru-guru KKQ

SMKA 2005 Tingkatan 3 & 4 Guru-guru KKQ

SMKA 2006 Tingkatan 5 dan

Pemantapan

Guru-guru KKQ SMKA 2007 Telah diadakan Penilaian

Tahriri (Objektif) –diberi sijil pada yang lulus

Guru-guru KKQ SMKA

2008 Kursus kepada guru – guru baru

Guru-guru KKQ SMKA

(7)

٧

4.6.3 Kursus yang akan dijalankan pada sesi 2010 hingga 2017 (Kumpulan sasaran: Gabungan guru baru KAA, SMKA, SBP (Agama), pertukaran guru, guru pencen dan ganti guru sambung belajar).

Tahun

Kursus Sukatan Pelajaran Kursus

2010 Tingkatan 1 2011 Tingkatan 2 2012 Tingkatan 3 2013 Tingkatan 4 2014 Tingkatan 5 2015 Pemantapan

2016 Akan diadakan Penilaian Tahriri (Objektif) –diberi sijil pada yang lulus

2017 Akan diadakan Penilaian Syafawi (Lisan) –diberi sijil pada yang lulus

4.7 Penerbitan

4.7.1 Kurikulum KKQ tingkatan 1-3. 4.7.2 Kurikulum KKQ tingkatan 4-5. 4.7.3 Buku Panduan KKQ tingkatan 1-3. 4.7.4 Buku Panduan KKQ tingkatan 4-5.

4.7.5 Buku Panduan KKQ tingkatan 1-3 edisi semakan. 4.7.6 Buku Panduan KKQ tingkatan 4-5 edisi semakan. 4.7.7 CD Panduan Taranum dan Qiraat.

4.7.8 CD Panduan Taranum dan Qiraat edisi semakan.

4.7.9 Nota Kursus Peningkatan Kemahiran Al-Quran Guru-guru KAA 2005, 2006 dan 2007.

(8)

٨ 4.8 Pengurusan Fail

Butiran yang boleh dimasukkan dalam Pengurusan Fail KKQ ialah; 4.8.1 Biodata Guru.

4.8.2 Jadual Waktu . 4.8.3 Kurikulum KKQ.

4.8.4 Huraian Kurikulum KKQ. 4.8.5 Senarai Buku-Buku Rujukan . 4.8.6 Minit Mesyuarat .

4.8.7 Senarai Pelajar . 4.8.8 Penilaian KKQ . 4.8.9 Bank soalan .

4.8.10 Markah penilaian (tahriri & syafawi). 4.8.11 Salinan Keputusan Penilaian .

4.8.12 Surat-surat dari KPM, JPN, PPD dan Sekolah

4.9 Pemantauan Dan Penyeliaan

Pemantauan dan penyeliaan dilaksanakan dari semasa ke semasa oleh pihak-pihak berikut:

4.9.1 Jemaah Nazir Sekolah.

4.9.2 Kementerian Pelajaran Malaysia. 4.9.3 Jabatan Pelajaran Negeri.

4.9.4 Pejabat Pelajaran Bahagian/Daerah. 4.9.5 Pentadbiran Sekolah.

PENUTUP

5. Ahli mesyuarat adalah dipohon untuk mengambil maklum dan mengambil tindakan sewajarnya mengenai pelaksanaan Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran di SMKA,SBP (Agama) dan KAA.

Unit Pengajian Islam Elektif Bidang Pendidikan Islam

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

(9)

٩

SPI JPN mengedarkan surat kepada semua sekolah yang terlibat. Sekolah mendaftarkan calon yang layak dengan mengisi borang yang disediakan dan dihantar terus ke SPI.

Taklimat Peperiksaan oleh BPK kepada SPI dan penyerahan Borang Pendaftaran Peperiksaan oleh Penolong Pengarah Kurikulum SPI kepada BPK.

Percetakan dan penghantaran Soalan Peperiksaan dari BPK ke JPN

Taklimat Pelaksanaan Peperiksaan oleh SPI kepada PPD/PPG.

Taklimat Pelaksanaan Peperiksaan dan penyerahan Soalan Peperiksaan oleh PPD/PPG kepada SU Peperiksaan setiap sekolah.

Peperiksaan Kelas Khas Kemahiran Membaca & Menghafaz Al-Quran (KKQ). (Pemantauan oleh BPK, SPI, PPD/PPG)

Pemeriksaan Skrip OMR () dan Pentaksiran Lisan (). Dilaksanakan oleh guru KKQ di sekolah terbabit.

Penghantaran Markah Peperiksaan KKQ daripada sekolah kepada SPI

Penyerahan Markah Peperiksaan KKQ yang lengkap daripada SPI pada BPK

Percetakan dan penghantaran Sijil Peperiksaan KKQ kepada JPN. BPK KPM mengeluarkan Surat Makluman Pendaftaran

Peperiksaan kepada semua SPI JPN. FEB FEB/ MAC APR/ MEI JUN JUL/ OGS OGS SEP

OKT Penyerahan Sijil Peperiksaan KKQ kepada sekolah terlibat.

Lampiran 1 CARTA ALIRA PELAKSAAA PEPERIKSAA KELAS KHAS

Figur

Memperbarui...

Referensi

Memperbarui...

Related subjects :