• Tidak ada hasil yang ditemukan

IMPAK PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MEDIA KE AT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "IMPAK PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MEDIA KE AT"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

1 PENGENALAN

Media adalah sebagai salah satu cabang sumber utama yang wujud dalam konteks komunikasi

massa. Ejen komunikasi seperti media cetak dan media elektronik serta media baru seperti

telefon bimbit dan internet memainkan peranan penting kepada sesebuah masyarakat dan

tamadun umat manusia. Dahulu media hanyalah sebagai suatu alat penghubung tetapi kini

media dilihat sebagai salah suatu kuasa yang sangat signifikan sehingga penguasaan media

dapat dianggap sebagai satu kuasa utama dalam pemerintahan sesebuah negara. Secara teori,

informasi yang tersebar secara tepat dan boleh dipercayai melalui media massa adalah

merupakan satu nadi dalam proses demokrasi. Kebebasan dan ketelusan media adalah amat

berperanan kepada masyarakat kini dalam sebuah sistem pemerintahan.

Selain itu, peranan media massa juga ditentukan melalui perkembangan tanggungjawab sosial

ke atas masyarakat melalui penyampai informasi yang tepat dan jitu. Maka dengan itu, peranan

media amatlah penting kerana ia dapat membantu membentuk sebuat Negara yang kukuh dari

segi ekonomi, politik dan sosial. Ini adalah kerana, segala maklumat yang dapat disalurkan

dengan mudah akan dapat membantu proses pembangunan dalam setiap industri sesebuah

negara.

Media kini sering dikaitkan dengan teknologi komukasi kerana ia adalah satu faktor penting

dalam sesebuah pembentukan media dan tanpanya, proses media akan menjadi lembab dan

tidak efisyen. Maka dengan itu, teknologi media sentiasa berkembang dan semakin berkualiti.

Suatu tika dulu, hanya majalah, surat khabar dan radio sebagai medan utama media tetapi kini

terdapat pelbagai jenis teknologi yang lahir hasil dari perkembangan pesat teknologi seperti

komputer, telefon digital, dan media sosial dan teknologi ini semakin dinamik sehingga muncul

satu fenomena dalam industri media komunikasi yang dikenali sebagai “New Media” ataupun “Media Baharu”.

Garrison (1996) dalam Ramli Mohamed & Aini Hayati Khalib (2006) mengatakan kedatangan

Teknologi Komunikasi Baharu (NCT) telah mewujudkan satu set peluang dan cabaran untuk

kerjaya media tradisional seperti kewartawanan kerana kebanyakan maklumat di dunia kini

boleh didapati melalui teknologi komputer.

Shankar Chelluri & Kiranjit Kaur (2012) berpendapat adalah penting untuk mengetahui

(2)

2 menangani cabaran dan menyesuaikan diri dengan keperluan industri ini. Dalam konteks ini,

penulis berpendapat adalah penting untuk memahami bagaimana industri komunikasi yang

didorong oleh teknologi seperti media baru memberi impak ke atas penerbitan media cetak di

(3)

3 IMPAK PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MEDIA KE ATAS PENERBITAN MEDIA CETAK DI MALAYSIA

1.0 Media Baharu Dalam Industri Penerbitan Media Cetak

Preston (2001) dalam Shahrul Nazmi Sannusi & Normah Mustaffa (2015) mengatakan bahawa

perkembangan teknologi media telah memberikan impak yang sangat besar keatas industri

penerbitan media cetak di negara ini. Teknologi yang telah berkembangan dari semasa ke

semasa sejak dekad 1980-an dan 1990-an telah berjaya menghubungkan sifat-sifat

telekomunikasi konvensional massive kepada teknologi komputer yang bersifat interaktif serta

melalui penggabungan teknologi ini telah mengakibatkan suatu fenomena yang dipanggil

konvergensi yang telah menyebabkan terhasilnya perubahan radikal dalam aspek penanganan,

penyediaan, pemprosesan serta pengedaran seluruh bentuk informasi, sama ada audio, visual,

dan sebagainya.

Dengan wujudnya pelbagai saluran yang bersifat lebih interaktif melalui teknologi internet

mendorang berlakunya migrasi dalam kalangan khalayak, khasnya dalam konteks akses kepada

maklumat. Maka dengan itu, peranan media konvensional sebagai medium penyampaian

maklumat kepada khalayak sejak dahulu kini berhadapan dengan situasi persaingan daripada

media baharu.

New York Times (2009) dalam Shahrul Nazmi Sannusi & Normah Mustaffa (2015)

melaporkan bahawa kajian yang dilakukan oleh Rich Edmund iaitu penganalisis media dari

Poynter Institute mengatakan petunjuk jualan media cetak sejak kebelakangan ini

menunjukkan tanda-tanda yang lebih teruk daripada yang dijangka. Data yang diperolehi

menunjukkan bahawa berlaku penghijrahan yang besar di kalangan pembaca daripada media

konvensional kepada media berteknologi. Malah, beliau telah menjangkakan pengedaran lebih

daripada 1,200 akhbar dan majalah di Amerika Syarikat keseluruhannya akan terus mengalami

kemerosotan secara purata 5.5 peratus serta semakin banyak syarikat penerbitan akan mula

(4)

4 Jadual 1: Penggunaan Internet di Malaysia Mengikut Kategori Umur 2013

Umur Peratus %

Shahrul Nazmi Sannusi & Normah Mustaffa (2015) melaporkan berdasarkan data statistik yang

diperolehi daripada Buku Maklumat Statistik 2014 terbitan Suruhanjaya Komunikasi dan

Multimedia (SKMM) seperti Jadual 1 berkaitan penggunaan internet di kalangan generasi

muda menunjukkan sejumlah 21.4 peratus pengguna internet terbesar dalam negara ini adalah

di kalangan mereka yang berumur antara 20 hingga 24 tahun, diikuti dengan kumpulan berumur

daripada 25 hingga 29 tahun iaitu sebanyak 20.3 peratus. Manakala kumpulan yang berumur

daripada 30 hingga 34 tahun pula sebanyak 13.9 peratus dan kumpulan umur di antara 15

hingga 19 tahun sekitar sebanyak 14.2 peratus. Bagi golongan umur bawah 15 tahun adalah

kumpulan yang paling kecil sekali yang menggunakan internet. Dengan ini, jelas menunjukkan

bahawa gaya penggunaan internet di Malaysia dan menunjukkan bahawa mereka yang berumur

di kalangan 20 hingga 40 tahun mewakili sebanyak 65 peratus daripada jumlah keseluruhan

penggunaan internet di Malaysia pada tahun 2014.

Media berteknologi yang bersifat lebih interaktif dalam pelbagai bentuk gajet komunikasi serta

kos yang ditawarkan adalah lebih rendah dan mudah kepada pengguna akan menyebabkan

penguasaan media cetak dalam jangkamasa panjang akan terancam. Seperti yang berlaku di

negara barat, perkembangan Internet yang semakin meningkat telah memberi impak kepada

industri penerbitan di Malaysia. Laman-laman web, blog, dan jaringan sosial dalam talian,

khususnya yang berkaitan berita dan hiburan semakin menjadi tumpuan pengguna Internet.

(5)

5 pilihan utama pengguna Internet di Malaysia sepanjang tahun 2008 seperti yang dilaporkan

oleh laman audit web Alexa.com. (Shahrul Nazmi Sannusi & Normah Mustaffa 2015)

2.0 Perkembangan Teknologi Internet di Malaysia 2.1 Teknologi Internet

Teknologi internet bermula daripada jaringan yang dibentuk oleh Pertahanan Amerika Syarikat

pada tahun 1969 melalui projek ARPA yang dikenali sebagai ARPHANET (Advanced

Research Project Agency Network) untuk proses komunikasi. Menurut Shankar Chelurri &

Kiranjit Kaur (2012) kemunculan media sosial yang telah berlaku sejak beberapa tahun dahulu

bermula dengan segelintir (web 2.0) yang direka khas untuk pengguna dan penggunaannya

menjadi semakin meluas dan seterusnya menarik pelbagai jenis teknologi. Namun, menurutnya

lagi tidak semua teknologi dalam talian diklasifikasikan sebagai “Media Sosial” dan amatlah

penting untuk membezakan antara media sosial dan lain-lain jenis media digital.

“Sosial” mentakrifkan hubungan “dua hala” di antara beberapa orang dan destinasi terbaik

untuk interaksi sosial adalah laman web “rangkaian sosial” yang dibina untuk membolehkan

interaksi sosial melalui pelbagai media. Media sosial adalah berbeza daripada konvensional

media seperti surat khabar atau televisyen dan ianya agak murah untuk diakses serta

membolehkan sesiapa sahaja untuk menerbitkan serta mengakses maklumat, berbanding media

perindustrian yang secara amnya memerlukan sumber yang besar untuk menerbitkan

maklumat.

2.2 Teknologi Penjanaan Kandungan Digital Melalui Media Sosial dan Blog

Legard (2000) dalam Faridah Ibrahim (2011) menunjukkan kemunculan internet di Malaysia

mempunyai beberapa kesan yang mendalam kepada landskap media di negara in dan juga

profesion kewartawanan pendidikan. Perkhidmatan Internet yang pertama di Malaysia (ISP),

JARING (Joint Advance Integrated Network) telah dilancarkan pada awal tahun 1990 oleh

MIMOS. Kemudian muncul pula ISP kedua iaitu TMNet yang telah dilancarkan pada Julai

1996. Menjelang November 2000 terdapat tiga ISP lain di Malaysia iaitu Maxis, Digi dan Time

Telecommunication Sdn Bhd (Time Telekom). Hanya terdapat 90 penggunaan internet pada

pelancarannya di tahun 1992 namun pada akhir tahun 2000 dianggarkan jumlah bilangan

(6)

6 Khalid Mohamad (2000) iaitu bekas Ketua Editor Utusan dalam Faridah Ibrahim (2011)

mengatakan telah meramalkan bahawa hanya menunggu waktu dan ketika sebelum organisasi

berita di negara ini sepenuhnya menggunakan teknologi komunikasi ICT kerana buat masa

sekarang ICT adalah sebahagian daripada budaya bilik berita dan teknologi membawa kita

lebih jauh ke dalam ruang siber dan kita pasti menuju ke arah bilik berita maya “virtual” dalam

masa yang terdekat. Ketika itu, bekas Ketua Editor Utusan itu berbicara mengenai akhbar

tabloid dan kapsul hari ini yang boleh didapati pada setiap telefon mudah alih dan iPad yang

dibawa oleh teknologi Internet.

2.3 Teknologi Telefon Pintar

Jo-Ann Ding, Lay Chin Koh & Jacqueline Ann Surin (2013) mengatakan wartawan dan editor

terpaksa menukar proses kerja mereka dengan mengikuti perkembangan digital. Sebelum ini

pengamal media tradisional hanya bergantung kepada arkib mereka, buku dan temubual secara

langsung untuk menulis berita tetapi kini wartawan lebih banyak mendapatkan maklumat

daripada pelbagai platform internet dan media sosial serta bekerja dengan lebih cepat dan

pantas. Media tradisioanl terpaksa membuat banyak perubahan disebabkan oleh persaingan

daripada media dalam talian, rangkaian sosial dan wartawan tempatan. Walau bagaimanapun,

pertumbuhan ini juga bermakna untuk peningkatan trafik pembaca dan wartawan di Malaysia

memainkan peranan yang penting untuk menyampaikan berita dengan lebih berfakta.

Pendigitan dan media baru telah mengubah amalan bilik berita di Malaysia dan wartawan

tempatan harus menghadapi pelbagai cabaran baru. Wartawan dan editor dalam akhbar arus

perdana terutamanya telah melihat perubahan proses kerja mereka berubah mengikut kitaran

berita 24 jam dan juga persaingan dari media dalam talian dan juga media sosial.

Sebelum ini, wartawan mempunyai 8 hingga 12 jam untuk menghasilkan cerita mereka untuk

akhbar hari berikutnya tetapi kini tidak lagi kerana pembaca mengharapakan berita yang lebih

cepat dan pantas. Wartawan juga harus memberi tumpuan kepada pelbagai peranan selepas

lima tahun bertugas terutamanya wartawan media cetak tradisional yang terpaksa memikul

tanggungjawab lain yang bukan dalam skop kerja yang biasa. Antara lain mereka harus

menyelaras komponen multimedia untuk cerita mereka seperti menyediakan video atau grafik

serta cerita pendek atau petikan untuk isyarat teks, twitter atau laman berita dalam talian.

(7)

7 Perkembangan Teknologi Media melalui Internet, Kandungan Digital dan Telefon Pintar telah

memberikan impak yang amat kuat terhadap media bercetak di Malaysia. Terdapat lima (5)

impak utama yang dapat dilihat, iaitu:

1. Pengurangan edaran/sirkulasi akhbar bercetak

2. Penjanaan pendapatan dari iklan terjejas

3. Cabaran merangka strategi pendapatan melalui media baharu

4. Blogger sebagai pesaing –“Citizen Journalist” versus“Professional Journalist”

5. Strategi menjana kandungan digital –“embrace or perish”

3.1 Pengurangan edaran/sirkulasi akhbar bercetak

Shahrul Nazmi Sannusi dan Normah Mustaffa (2015) telah melaporkan bahawa Tan Sri

Hashim Makaruddin, Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (M) Berhad pernah mengakui realiti

ketika ini adalah penerbit media bercetak menghadapi saingan yang kuat daripada media

baharu dalam mendapatkan perhatian pembaca. Beliau juga mengakui bahawa pembaca lebih

menerima media baharu yang ditawarkan melalui internet dan telefon bimbit berbanding

majalah dan akhbar keluaran Kumpulan Utusan.

Rajah 1: Trend Sirkulasi Akhbar Bercetak 2012-2014

Kajian yang dijalankan oleh Shahrul Nazmi Sannusi dan Normah Mustaffa (2015) telah

merumuskan bahawa secara purata, terdapat penurunan dalam sirkulasi akhbar bercetak di

(8)

8 pada tahun 2013 dan 2014. Kajian itu juga mendapati bahawa akhbar Harian Metro mencatat

kejatuhan yang tinggi iaitu sebanyak 25 peratus menjadi 342,689 naskhah sehari.

3.2 Penjanaan pendapatan dari iklan terjejas

Tan Sri Hashim Makaruddin dalam Shahrul Nazmi Sannusi dan Normah Mustaffa (2015) juga

mendedahkan ketika pembentangan kertas kerja di seminar “Cabaran Media” di Universiti

Kebangsaan Malaysia yang berlangsung pada 15 Oktober 2009 bahawa Kumpulan Karangkraf

juga mengalami pengurangan jumlah jualan bagi majalah dan pendapatan iklan disebabkan

kemunculan dan peningkatan minat pembaca dan seterusnya pengiklan ke arah medium

Internet.

Secara logiknya, media bercetak tidak akan dapat bersaing secara berhadapan dengan cabaran

daripada media baharu kerana ia tidak mampu menandingi keupayaan media baharu yang

menawarkan pengalaman interaktif dan persembahan visual bersama audio.

Eric Schmidt, Ketua Pegawai Eksekutif Google dalam Jennifer Alejandro (2010) dilaporkan

berkata bahawa dalam jangkamasa lima (5) hingga sepuluh (10) tahun akan datang, berita akan

dilaporkan melalui sejenis peranti elektronik, mudah alih dan mempunyai skrin yang

berwarna-warni. Aplikasi berita akan menunjukkan apa berita yang dibaca oleh kawan-kawan anda serta

apakah berita yang “hot”. Adalah nyata bahawa akan berlaku peralihan yang pantas dari segi

langganan dan pengiklanan daripada media bercetak kepada media baharu.

3.3 Cabaran merangka strategi pendapatan melalui media baharu

Meskipun pada dasarnya akses kepada akhbar versi digital di Malaysia adalah diberikan

percuma, pemain-pemain utama iaitu penerbit akhbar media arus perdana seperti Kumpulan

Utusan dan Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) telah lama bereksperimentasi terhadap

taktik dan strategi terbaik bagaimana untuk mengenakan bayaran kepada pelanggan atau

pembaca untuk mendapatkan akses kepada berita, salah satunya adalah melalui langganan

(9)

9 Rajah 2: Trend Langganan Akhbar Digital 2012-2014

Shahrul Nazmi Sannusi dan Normah Mustaffa (2015) telah mendapati bahawa mengikut

laporan Audit Bureau of Circulation Malaysia 2014 (ABC Malaysia 2014), langganan akhbar

digital The Star meningkat kepada 81,367 dan edisi mingguannya Sunday Star versi digital

mempunyai langganan sebanyak 81,498, iaitu peningkatan sebanyak 64 peratus. Akhbar digital

Utusan Malaysia pula dilaporkan menerima peningkatan langganan sebanyak 60 peratus

kepada 201,302 naskhah.

Penjanaan pendapatan melalui iklan sering kali dilihat sebagai pendapatan tradisi penerbit

akhbar. Walau bagaimanapun, cabaran kini adalah untuk memanfaatkan teknologi bagi

membolehkan penerbit akhbar lebih proaktif dalam mensasarkan iklan yang paling sesuai

kepada pembacanya. Jennifer Alejandro (2010) menulis bahawa teknologi baharu akan

membantu penerbit akhbar untuk memahami khalayaknya dengan lebih berkesan melalui

penggunaan data mining, algoritma dan perisian analisis jangkaan serta mobile apps. Beliau

juga menyatakan bahawa model bisnes syarikat akhbar dan pengiklan mereka akan tertakluk

kepada kepergantungan terhadap pola dan trend tindakan dan penglibatan atas talian dan media

sosial pembaca berita pada masa akan datang.

3.4 Blogger sebagai pesaing –“Citizen Journalist” versus “Professional Journalist” Chamil Wariah (2012) dalam Rani Ann Balaraman & Faridah Ibrahim (2013) menyatakan

(10)

10 yang tidak dapat dinafikan lagi. Nazli Ismail @ Nawang (2012) merumuskan bahawa penulis

blog boleh dikategorikan sebagai Jurnalis Amatur kerana mereka menjalankan tugas-tugas

sepertimana Jurnalis Profesional.

Penggunaan meluas aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram yang

mempunyai fungsi “follow” atau “ikut” memberikan impak besar terhadap accessibility pembaca kepada berita-berita yang ditonjolkan di blog-blog. Perkembangan terkini mendapati

bahawa blog-blog seperti Siakapkeli, Beautiful Nara dan Oh Bulan! diikuti oleh ribuan

pengguna merentasi peranti elektronik terutamanya melalui telefon pintar.

Meskipun ada kalanya blog-blog ini mengitar semula berita daripada media arus perdana, Ali

Salman & Mohd Safar Hashim (2011) dalam Rani Ann Balaraman & Faridah Ibrahim (2013)

mendapati bahawa pembaca melihat media arus perdana sebagai gagal untuk melaporkan berita

secara “adil dalam beberapa bidang” dan menyebabkan pembaca lebih “percaya” kepada blog -blog untuk menonjolkan isu-isu tertentu.

3.5 Strategi menjana kandungan digital –“embrace or perish”

Setelah akhbar The Star mewujudkan kadungan digital melalui akhbar digitalnya pada

pertengahan tahun 1990an (Faridah Ibrahim 2011), semua media bercetak arus perdana kini

mempunyai edisi digital masing-masing. Istilah-istilah baharu seperti “trending” dan “viral”

kini menjadi sasaran penggiat media dengan penumpuan diberikan kepada sumber-sumber

berita melalui media sosial.

Shankar Chelluri & Kiranjit Kaur (2014) menulis bahawa berita kematian penyanyi terkenal

Whitney Houston mula-mula “viral” di Twitter, dan selepas itu barulah diambil oleh agensi

berita, stesen televisyen dan akhirnya oleh media bercetak. Jennifer Alejandro (2010) menulis

bahawa bermula tahun 2009, agensi berita antarabangsa seperti New York Times, Sky News

dan British Broadcasting Corporation (BBC) telah menumpukan sumber dengan lebih serius

kepada media sosial seperti Twitter sebagai satu saluran berita dan interaksi dengan pembaca

(11)

11 RUJUKAN

Ramli Mohamed & Aini Hayati Khalib (2006). Engaging and Applying New Communication Technology: A Case Study of The Usage of Internet as a Search Practice among BERNAMA Journalists. Kajian Malaysia, Vol. XXIV, (1 & 2)

Shankar Chelluri & Kiranjit Kaur (2014). Social Media, Journalists, Public Relations: Trust or Distrust? Kertas Kerja dalam 21st AMIC Annual Conference on “Forty Years of Media and Communication in Asia: Retrospect, Introspect and Prospects,” Hotel Concorde, Shah Alam, 11-14 Julai 2012.

Shahrul Nazmi Sannusi & Normah Mustaffa (2015). Akhbar Versi Digital: Implikasi Terhadap Trend Sirkulasi Akhbar Bercetak di Malaysia. Malaysian Journal of Communication, Jilid 31 (2), 687-701

Faridah Ibrahim (2011). Cyber Journalism: Bridging the Gap between Professionalism and Epistemology. Journal of Media and Information Warfare, Vol. 4, 47-58

Jo-Ann Ding, Lay Chin Koh & Jacqueline Ann Surin (2013). Mapping Digital Media:

Malaysia. Open Society Foundations: London.

Jennifer Alejandro (2010). Journalism in The Age of Social Media. Reuters Institute Fellowship Paper, University of Oxford

Nazli Ismail @ Nawang (2012). Blogger sebagai Wartawan Amatur dan Kedudukan Mereka di bawah Sistem Pengawalseliaan Akhbar di United Kingdom. Jurnal Undang-undang

& Masyarakat, 16, 69 - 78

Rani Ann Balaraman & Faridah Ibrahim (2013). Kewartawanan Dari Warga Kepada Warga: Punca Kewujudan dan Perkembangannya Di Malaysia. Malaysian Journal of

Referensi

Dokumen terkait