• Tidak ada hasil yang ditemukan

Negara yang mementingkan kebebasan dan h

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Negara yang mementingkan kebebasan dan h"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Negara yang mementingkan kebebasan dan hak asasi manusia akan memperuntukkan perkara-perkara berkenaan di dalam perlembagaannya. Sebegitu juga jika negara yang mengutamakan nilai kerohanian dan keagamaan akan memuatkan fasal berkenaan agama di dalam perlembagaannya itu.

Terdapat 2 jenis perlembagaan:

Perlembagaan Bertulis; dan Perlembagaan Tidak Bertulis. Perlembagaan Bertulis

Perlembagan bertulis merupakan perlembagaan yang telah dikodifikasi atau diluluskan badan bertanggungjawab dalam satu dokumen. Daripada dokumen ini, undang-undang lain diluluskan atau amalan-amalan berperlembagaan (constitutional practices and conventions) dilahirkan. Berdasarkan perlembagaan inilah pihak kehakiman akan menguji kesahihan tindakan kerajaan.

▸ Baca selengkapnya: kesan tidak mementingkan pendidikan

(2)

Constitution), Amerika Syarikat (U.S. Constitution) dan India (Constitution of India).

Perlembagaan Amerika Syarikat boleh dikategorikan sebagai perlembagaan “pendek” apabila dibandingkan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan India. Perlembagaan India mempunyai Mukadimah (Preamble), 22 Bahagian yang mengandungi 448 perkara, 12 jadual, 5 lampiran dan 107 pindaan. Tahukah anda bagaimana struktur Perlembagaan Persekutuan?

Setiap perlembagaan bertulis memperuntukan kaedah pindaannya. Sungguhpun sesuatu perlembagaan merupakan undang-undang asas (gurdnorm), namun ia tetap boleh dipinda dari masa ke semasa. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan 4 kaedah pindaan. Kaedah-kaedah ini akan dibincangkan di dalam entry seterusnya.

Perlembagaan Tidak Bertulis

(3)

United Kingdom, New Zealand, Israel dan San Marino merupakan antara negara-negara masa kini yang tidak mempunyai perlembagaan bertulis.

Secara teori, perlembagaan tidak bertulis boleh dipinda dengan undi majoriti mudah badan legislatif negara berkenaan. Selain itu, skandal atau penyalahgunaan kuasa oleh pihak kerajaan juga boleh menukar penerimaan rakyat negara berkenaan, lebih-lebih lagi melalui proses pilihanraya.

Mengapa perlembagaan dipertahankan

(4)

kewarganegaraan, agama, bahasa, kedudukan istimewa orang Melayu dan kebebasan asasi.

7.2.1 Hak-Hak Asasi

Kebebasan asasi seseorang individu adalah diperuntukan dalam Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan asasi boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kebebasan mutlak dan kebebasan terhad . Kebebasan asasi hanya boleh diubah dengan majorit dua pertiga daripada jumlah kesemua ahli Dewan Perundangan. Perkara-perkara kebebasan asasi adalah seperti berikut:

a. Kebebasan diri

(5)

olehnya sendiri. Selain itu, seseorang yang ditangkap dan tidak dilepaskan hendaklah dibawa kehadapan seorang majistret dalam masa 24 jam.

b. Keabdian dan kerja paksa

Perkara 6 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, memperuntukkan bahawa tidak seorang pun boleh ditahan sebab abdi dan kerja paksa.[2] Segala jenis kerja paksa adalah dilarang tetapi parlimen boleh dengan undang-undang, membuat peruntukan bagi perkhidmatan kerahan untuk maksud-maksud Negara. Kerja yang berkaitan dengan menjalankan hukuman penjara tidaklah dianggap sebagai kerja paksa.

c. Kesamarataan di sisi undang-undang

(6)

warganegara itu tidak boleh dibezakan semata-mata atas sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir. Walaubagaimanapun pengecualian terdapat dalam Perkara 153 yang memperuntukan layanan istimewa bagi orang Melayu dan kaum bumiputera yang lain di Sabah dan Sarawak dalam beberapa lapangan seperti pemegangan jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa-biasiswa dan pengeluaran permit serta lesen.

d. Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak

(7)

e. Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan

Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan kebebasan kepada semua warganegara untuk bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan[3]. Namun demikian, parlimen boleh mengenakan sekatan tertentu bagi kepentingan keselamatan, ketenteraman awam atau moral. Adalah menjadi satu kesalahan untuk menyoal perkara-perkara sensitif seperti hak-hak keistimewaan orang Melayu dan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

f. Kebebasan beragama

(8)

dikalangan orang yang menganut agama Islam. Walau bagaimanapun, kebebasan diberikan kepada kerja-kerja mubaligh di kalangan orang bukan Islam.[4]

Manakala di Sabah dan Sarawak pula, undang-undang negeri yang ingin menyekat apa-apa agama, iktikad dan kepercayaan di kalangan orang Islam berkehendakkan undi sebanyak 23 daripada jumlah bilangan anggota Dewan Undangan Negeri. Tiap-tiap kumpulan agama berhak untuk:

i. Menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri.

ii. Menubuh dan menyelenggara yayasan-yayasan bagi maksud agama dan khairat.

iii. Memperoleh dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.

(9)

Perkara 12 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan tentang hak mengenai pelajaran. Tidak terdapat sebarang perbezaan terhadap mana-mana warganegara semata-mata kerana agama, kaum, keturunan, tempat lahir untuk mendapatkan pendidikan, iaitu:

i. Dalam pentadbiran mana-mana yayasan pelajaran yang diselenggara oleh suatu pihak berkuasa awam tentang kemasukan murid-murid atau pelajar mengenai bayaran.

ii. Tentang memperuntukkan kewangan dan bantuan kewangan pihak berkuasa awam bagi menanggung atau membiayai murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana yayasan pelajar tertakluk kepada Perkara 153.[5]

(10)

upacara atau sembahyang bagi sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri.

h. Hak untuk berharta

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan tidak seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali menurut undang-undang. Undang-undang juga tidak boleh membuat peruntukan untuk mengambil atau menggunakan harta dengan paksa tanpa pampasan yang mencukupi[6].

i. Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang

(11)

di sisi undang-undang pada masa perbuatan itu dilakukan dan tidak sesiapa juga boleh menanggung hukuman yang lebih berat bagi sesuatu kesalahan daripada yang telah ditetapkan oleh undang-undang pada masa kesalahan itu dilakukan.

Referensi

Dokumen terkait

Persoalan kebebasan beragama dalam Islam bahkan tidak sebatas membiarkan seorang manusia memilih terhadap suatu agama, namun lebih dari itu, memberi kebebasan kepada pemeluk

Singh & Seorang Lagi v Pendakwa Raya 34 yang mana telah diputuskan bahawa kuasa budi bicara Peguam Negara di bawah Perkara 145 Fasal (3) itu adalah muktamad

•Dalam Perkara 76 Parlimen boleh membuat undang-undang dalam Senarai Negeri yang melibatkan perlaksanaan persetiaan, perjanjian atau konvonsyen antara persekutuan

Hakim tidak boleh berfikir secara rasionil melainkan harus memakai nalar dan perasaan, tetapi bukan nalar manusiawi tetapi nalar sosial. Apabila seorang hakim melakukan