• Tidak ada hasil yang ditemukan

Melayu Islam Beraja di Negara Brunei Dar

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Melayu Islam Beraja di Negara Brunei Dar"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Kedudukan Melayu Didalam Melayu Islam Beraja

Di dalam meniti arus kemodenan dunia, Negara Brunei Darussalam masih tetap

mengamalkan satu falsafah yang menjadi tunggak pegangan negara, iaitu falsafah Melayu Islam Beraja. Falsafah ini secara rasminya telah diisytiharkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam pada 27 Rabiulawal 1404 Hijrah bersamaan dengan 1 Januari 1984 Masehi, seperti yang terkandung dalam Titah Perisytiharan Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam:

“…Negara Brunei Darussalam adalah dan dengan izin serta limpah kurnia Allah Subhanahu wa Ta’ala akan untuk selama-lamanya kekal menjadi sebuah Negara Melayu Islam Beraja yang merdeka, berdaulat dan demokratik, bersendikan kepada ajaran-ajaran

ugama Islam menurut Ahli Sunnah wal Jama’ah…”

Apabila falsafah Melayu Islam Beraja ini diperkenalkan dan diisytiharkan ia dijadikan sebagai matlamat, amalan, dasar, prinsip, pegangan, landasan dalam berfikir, bertindak, menilai dan merancang keseluruhan hidup berbangsa, bernegara dan berugama. Titah pemahsyuran kemerdekaan menggambarkan dengan jelas akan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadi sebuah Negara Melayu, Islam dan Beraja. Oleh itu, dengan dokongan dan sokongan padu seluruh rakyat dan penduduk, Negara akan dapat mengekalkan kekuasaan pemerintahan dan politik bangsa Melayu dan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara. Dengan itu, terbuktilah bahawa Melayu Islam Beraja teras kearah mencapai matlamat Negara Brunei Darussalam.

(2)

syarat-syarat tertentu antaranya tempoh bermastautin selama 25 tahun di Brunei dan diuji secara lisan atau tulisan oleh Lembaga Bahasa yang berpuas hati bahawa orang luar itu mempunyai darjah pengetahuan bahasa Melayu nya dianggap baik dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih serta berkelakuan baik. Dan ketiga, Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara yang termaktub dalam Perlembagaan 1959.Orang Melayu telah lama bernegarakan Brunei Darussalam, malah merekalah yang menjadi pengasas,penegak dan pejuang yang telah

menentukan keagungan dan keselamatan negara. Sistem pemerintahan Melayu iaitu Beraja telah diamalkan sejak berkurun-kurun lamanya. Nilai dan norma kebudayaan melayu sebagai

sandaran. Kedatangan Islam bukan saja merubah bentuk dan nilai kebudayaan Melayu malah kebanyakan orang Melayu telah mengubah kepercayaan mereka dan memeluk Islam.

Perlembagaan Negeri Brunei 1959 bukan saja mengiktiraf kedudukan bangsa Melayu sebagai pewaris sah bumi Darussalam ini malah tiga identity penting dan utama majority bangsa Melayu telah diangkat pada kedudukan yang tinggi dalam system politik dan social negara ini iaitu:

1.) Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi. 2.) Islam menjadi ugama rasmi negara.

3.) Sultan diletakkan sebagai kuasa pemerintah tertinggi negara.

Tamsilnya, Titah Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena menyambut ulangtahun Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-44 pada hari Sabtu 21 Julai 1990 yang berbunyi:

“Maka dalam hubungan inilah, Beta baru-baru ini telah memperkenankan penubuhan sebuah badan peringkat nasional, Konsep Melayu Islam Beraja. Konsep ini sebenarnya bukanlah baru,tetapi sudah lahir semenjak beberapa abad lagi. Ianya tidak lebih dari menunjukkan bentuk dan curak sebuah Kerajaan Brunei Darussalam yang tulin: Kerajaan

Melayu Islam yang Bersultan atau Beraja. Dan sebagai sifatnya sebuah Kerajaan Islam, maka ia adalah yang terbaik dan yang terunggul serta paling adil untuk semua lapisan rakyat

dan penduduk di negara ini, sama ada mereka itu berugama Islam atau pun tidak”.

(3)

efektif. Tanpa bahasa ini, kita tentunya tidak akan dikenali sebagai satu bangsa yang berdaulat lagi mempunyai identiti.”

Seterusnya, dalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien,Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pada hari Isnin 1 Oktober 1990 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1411 yang berbunyi:

“Sebagaimana Beta difahamkan, bahawa tema sambutan kita pada tahun ini ialah “sentiasa Mendukung Konsep Melayu Islam Beraja.” Beta berharap,tema ini bukan saja untuk ditulis

dan diucapkan,tetapi yang lebih penting ialah untuk dihayati dan disempurnakan.

Sebagai bangsa Melayu, kewajipan kita ialah memelayukan segala tingkah laku dan perangai kita, penuh dengan sopan santun, hormat menghormati, kasih saying terhadap kanak-kanak,belas kasihan kepada orang-orang lemah dan orang-orang tua. Kemudian dari sifat-sifat kemelayuan Brunei itu tergambar atau terpapar pula pada pakaiannya,pada cara bergaulnya,cara berfikir dan bertindaknya. Jangan kita lebih-lebihkan memakai cara orang, bergaul cara orang, berfikir dan bertindak cara orang. Kerana keempat-empat unsur ini,apabila sudah melebihi cara orang itu,nanti Brunei bukan lagi Brunei. Inilah yang kita tidak mahu.”

Dengan itu, terbuktilah bahawa dengan adanya ‘Melayu’ dalam konsep Melayu Islam Beraja sangat berguna kepada Negara Brunei Darussalam kerana sesungguhnya tidak lengkaplah Melayu Islam Beraja jika tidak ada Melayu.Sebaliknya ianya akan di namakan Islam Beraja saja. Tanpa Melayu tidak lengkap lah konsep Negara Brunei Darussalam yang berkonsepkan Negara Melayu Islam dan Beraja.

(4)

ada pada bangsa Melayu alam zaman sekarang, dengan tujuan supaya mereka menjadi tuan yang sebenarnya dan berkualiti, ada harga diri dan pemandai.

Melayu mempunyai dua pengertian iaitu identiti kebangsaan pada kumpulan masyarakat yang dominan dan identiti bahasa. Puak jati bangsa Melayu yang dimaksudkan itu ialah tujuh puak jati Brunei yang disebut dalam undang-undang iaitu Melayu Brunei, Melayu Belait, Melayu Bisaya, Melayu Dusun, Melayu Kedayan, Melayu Murut dan Melayu Tutong. Takrif Melayu dalam falsafah Melayu Islam Beraja bukanlah bermaksud untuk memalayukan orang yang bukan berbangsa Melayu; tetapi mereka dikehendaki mengetahui dan menghormati budaya Melayu Brunei dan bagi mereka yang sudah menjadi rakyat Brunei mereka hendaklah menghayati dan menyesuaikan diri dengan budaya tersebut.

Manakala, bahasa Melayu merupakan identiti yang lebih mengikat dan konkrit yang menggambarkan budaya orang Melayu Brunei. Penyampaian dalam bahasa Melayu dirasakan lebih mendekatkan perasaan dan minda orang Melayu daripada penyampaian dalam bahasa asing. Walaupun system pendidikan di Negara Brunei Darussalam menggunakan system dwibahasa, iaitu Melayu dan Inggeris, namun pemakaian bahasa Inggeris itu hendaklah hanya sebagai bahasa bagi maksud ilmu pengetahuan dan hubungan antarabangsa. Pengetahuan bahasa Melayu yang baik (serta kebudayaan Brunei) adalah juga menjadi syarat utama untuk mendapatkan taraf kerakyatan Negara Brunei Darussalam.

(5)

bangsa dan Negara termasuk nilai mengenai pemikiran, pertuturan, pentadbiran dan sebagainya hendaklah terus dipertahankan sehingga terbentuk satu bangsa Brunei yang dinamik, kemasyarakatan yang kukuh, bermuzakarah, bijaksana dalam membuat keputusan, menjiwai dan peka kepada kemajuan dan pembangunan dengan berlandaskan ajaran Islam.

Seterusnya, bagi kelanjutan hidup bangsa orang Melayu Brunei yang dihormati dan bermaruah ada bebrapa perkara yang perlu diperhatikan iaitu kemelayuan Brunei hendaklah menjadi budaya yang diamalkan, ia tergambar dalam akhlak, pakaian, cara bergaul, cara berfikir dan cara bertindak. Selain itu, mengukuhkan lagi kedudukan ekonomi orang Melayu Brunei. Seperti dalam petikan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seperti berikut :

“Sebagai bangsa Melayu, kewajipan kita ialah memelayukan segala tingkah laku dan perangai kita, penuh dengan sopan santun, hormat-menghormati, kasih sayang terhadap kanak-kanak, belas kasihan terhadap orang-orang lemah dan orang-orang tua. Kemudian daripada sifat-sifat kemelayuan Brunei it, tergambar atau terpapar pula pada pakaiannya, pada cara bergaulnya, cara berfikir dan bertindaknya. Jangan kita lebih-lebihkan memakai cara orang bergaul, cara berfikir dan bertindak cara orang. Kerana keempat-empat unsur ini, apabila sudah melebihi cara orang itu, nanti Brunei bukan lagi Brunei. Inilah yang kita tidak

Referensi

Dokumen terkait

Atau Loeb (1927) yang menyebutkan bahwa Orang Kubu sebagai pemakan segalanya dan menempati posisi yang lebih rendah bila dibandingkan dengan tetangga mereka, etnis Melayu...

1. Sebelum kedatangan British persoalan tanah tidak menjadi masalah kepada orang Melayu kerana tanah yang luas, penduduk rendah, urusan cukai dan kebenaran mengusahakan tanah

Islam bukan sahaja menjadi faktor yang mentakrifkan Melayu, tetapi Islam juga sebagai agama bagi persekutuan Malaysia (perkara 3(1), PPM), dan setiap raja

Pengaruh Islamisasi juga telah mengubah rantau alam Melayu menjadi pusat pengajian dan penyebaran agama Islam dan pusat kecemerlangan tamadun Melayu yang menjadi tumpuan para

Dengan perkembangan kesultanan di Kalimantan Barat pada abad 16-18, kesultanan menjadi pusat penyebaran agama Islam dan menjadi pusat budaya Melayu, sehingga orang Melayu

Masalah-masalah yang wujud termasuklah dasar kerajaan yang menggunakan empat bahasa rasmi di Singapura, sikap kerajaan terhadap penggunaan bahasa Melayu, sikap orang

Bukti yang jelas ialah cara sebutan huruf Arab orang Melayu tidak sama dengan cara sebutan orang India di India dan orang Islam tanah besar China.. 5.1 KEDATANGAN ISLAM KE

Bukti yang jelas ialah cara sebutan huruf Arab orang Melayu tidak sama dengan cara sebutan orang India di India dan orang Islam tanah besar China.. 5.1 KEDATANGAN ISLAM KE