PENGENALAN
Bank dunia (World Bank) dikenali sebagai Bank Antarabangsa untuk Pembinaan dan Pembangunan semula (International Bank for Reconstruction and Development). Bank dunia adalah salah sebuah agensi khas yang ditubuhkan di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.1
Bagi mengawal sistem kewangan dunia World Bank dan IMF ditubuhkan di bawah Bretton Woods System ketika Perang Dunia Kedua. Dua badan ini berperanan mengurus tadbir sistem kewangan dunia dan menjadi pemantau ekonomi yang utama. IMF memberikan pinjaman untuk jangka masa pendek iaitu sekiranya mengalami krisis matawang manakala World Bank pula menyediakan pinjaman untuk jangka masa panjang iaitu berbentuk pinjaman pembangunan.2
Pada Julai 1944, satu pertemuan telah diadakan melibatkan 44 buah negara dan membawa kepada Breeton Woods Conference serta penubuhan Tabung Kewangan Antarabangsa ( International Monetary Foundation) dan Bank Antarabangsa untuk Pembinaan dan Pembangunan Semula (Bank for Reconstruction and Development) juga dikenali sebagai Bank Dunia.3 Bank Dunia terbahagi kepada 5 bahagian iaitu International Bank for Reconstruction and Development (IBRD), International Finance Corporation (IFC), International Development Association (IDA), International Centre for Settlement of Investment Dispute (ICSID), dan The Multilateral Investment Guarantee Agency (MIGA).4
INTERNATIONAL BANK RECONSTRUCTION AND DEVELOPMENT (IBRD)
1 Charles, W.K, et. al, World Politics, Trend and Transformations (12th Edition), U.S: Wadsworth, 2010, Hal. 267. 2 Nurul Hasliza Mohd Razmin, et. al, Globalisasi Sebagai Satu Kolonialisme Bentuk Baru dan Kesan KepadaEkonomi Baru, Pdf, Kota Bharu : Universiti Malaysia Kelantan, Hal. 5.
IBRD merupakan salah satu daripada lima lembaga kewangan dibawah naungan Bank dunia dan ditubuhkan pada Julai 1994 semasa konferensi yang berlangsung di Bandar Bretton woods dan di mana bank dunia itu bertempat di Washington, D.C Amerika Syarikat.5 IBRD ini dibentuk
adalah dengan bertujuan sebagai satu usaha untuk memberikan dana pelaburan bagi jangka masa yang panjang.
Dalam artikel perjanjian dengan negara-negara anggota yang terlibat turut menyatakan bahawa untuk membantu pembangunan dan pembinaan semula wilayah negara anggota serta menggalakkan pertumbuhan jarak jauh yang seimbang dalam aktiviti perdagangan antarabangsa dan melakukan penyelenggaraan kepada pengekakalan keseimbangan dalam imbangan setiap pembayaran. Dengan demikian, ianya dapat membantu dalam meningkatkan produktiviti, taraf hidup dan keadan buruh di negara anggota yang kurang membangun (less Development Countries).6
Pada tahun 1963, sejumlah $437.5 juta diperuntukkan oleh IBRD untuk negara kurang membangun.7 Sejak tahun 1991, pinjaman jumlah yang diberikan oleh IBRD setiap tahun
berbeza iaitu antara $20 dan $24 juta. Daripada jumlah tersebut 25% diperuntukan untuk 46 negara kurang membangun8 . Tahun 2013, Usaha berterusan untuk meningkatkan taraf hidup,
kumpulan bank dunia telah menyediakan dana sebanyak $53 Billion untuk membantu
5 Cohn, Theodore H., Global political economy, London: Pearson Education, 2012, Hal 22.
6 Darrow, Mac, Between light and shadow the world bank, the international monetary fund and internationalhuman right law, Portland Oregon : NE Hassaid street , 2006, Hal 9.
7 Ian Malcolm David Littl, et. al, International Aid: The Flow of Public Resources from Rich to Poor Countries,1966, Transaction Publisher, Hal. 56.
perkembangan negara-negara yang sedang membangun. Daripada jumlah itu, $15.2 Billion telah diperuntukkan untuk IBRD bagi merencana projek di negara-negara.9
Bank Dunia banyak memainkan peranan bagi perkembangan dunia antarabangsa sejak ditubuhkan. Sebagaimana tujuan awal Bank dunia di dirikan adalah membantu negara-negara mangsa perang terutama di wilayah Eropah untuk membina semula infrastruktur dan ekonomi yang hancur selepas perang dunia kedua.10 Setelah proses pembinaan semula selepas perang
selesai, Bank Dunia memulakan peranan baru sebagai institusi pemberi pinjaman wang yang mempunyai kadar faedah yang rendah untuk negara-negara yang memerlukan terutamanya kepada negara-negara kurang maju.11
INTERNATIONAL CENTRE FOR SETTLEMENT OF INVESTMENT DISPUTE (ICSID)
Bank ini telah ditubuhkan pada tahun 1966 sebagai sebuah organisasi yang aktif di bawah kawalan Bank Dunia dengan 159 ahli telah menandatangani perjanjian konvensyen tersebut. Daripada jumlah tersebut, 150 negara telah mendepositkan bahagian ratifikasi, penerimaan atau pengesahan daripada konvensyen. Pada tahun 1964, ahli Lembaga Pengelola IBRD asalnya telah mengambil langkah untuk meminta kebenaran Pengarah Eksekutif untuk mengformulasi satu penghasilan konvensyen berkaitan keperluan kemudahan dan prosedur.12
9 Improve Lives World Poor World Bank Group Delivers Nearly 53 Billion Support Developing Countries Fy13(atas talian), http://www.worldbank.org/en/news/press-release/2013/07/23/improve-lives-world-poor-world
bank-group delivers-nearly-53-billion-support-developing-countries-fy13, (18/4/2014)
10 Peet, Richard, The World Bank, Unholy Trinity: The IMF, World Bank and WTO, London: Zed Books, 2003, Hal. 111-113.
11 Ibid, Hal. 116.
ICSID telah mengemukakan alternatif penyelesaian terhadap beberapa pertikaian. Antaranya ialah menyelesaikan pertikaian antara pelabur dan sesebuah negara. Hal ini terjadi apabila seseorang pelabur dan juga sesebuah negara mahu mengekalkan projek pelaburan walaupun munculnya pertikaian.13 Konvensyen ICSID telah menyediakan satu perdamaian
sebagai satu cara menyelesaikan konflik pelaburan. Tambahan lagi, ICSID adalah tentunya sebahagian daripada kumpulan Bank Dunia dan institusi multilateral yang lain.
Tambahan lagi, ICSID berfungsi dalam membantu pembangunan ekonomi negara sedang membangun dan negara kurang maju dengan lebih berkesan. Penubuhan ini bertujuan membantu pembangunan ekonomi Less Development Countries (LDCs) serta berperanan sebagai pihak tengah dalam menyelesaikan pertikaian seperti yang telah dinyatakan. Penubuhan ICSID secara langsung telah meningkatkan keyakinan kedua-dua pihak terutamanya pelabur asing. Ia telah membantu pelabur asing melabur di negara LDCs tanpa sebarang keraguan.
Sebagaimana yang telah digambarkan, ICSID melengkapi keseluruhan objektifnya dengan membantu masyarakat dari segi penyediaan sumber, perkongsian maklumat, pembinaan kapasiti dan menjalin perkongsian dalam sektor awam dan persendirian. Jelasnya, ICSID
memberikan impak positif kepada negara-negara membangun bukan sahaja kepada negara maju. Hal ini demikian kerana tujuan utama ICSID ialah untuk menyumbang kepada iklim pelaburan yang stabil dan positif.14 Tambahan lagi, Bilateral Investment Treaties (BITs) merupakan satu
cara untuk pelabur asing mendapat perlidungan tertentu terhadap tindakan atau tingkah laku negara tuan rumah iaitu negara yang mana mereka membuat pelaburan di kawasan jajahan.
13 Reed L., Paulsson J., Guide to ICSID Arbitration, Kluwer Law International, 2011, Hal. 21.
MULTILATERAL INVESTMENT GUARANTEE AGENCY (MIGA)
MIGA merupakan ahli baru Bank dunia yang dibentuk pada tahun 1988. Tujuan MIGA untuk mempromosikan pelaburan asing secara langsung ke negara membangun. Terdapat dua fungsi utama, iaitu, jaminan pelaburan terhadap noncommercial risks, dan yang kedua khidmat nasihat.15
Sejak ditubuhkan pada 1998, Miga telah membelanjakan sejumlah $22 billion dalam menjamin (PRI) lebih 600 projek di 100 negara membangun. Projek yang disokong oleh MIGA mempunyai faedah yan luas, seperti menghasilkan kerja dan mewujudkan kemahiran yang baru. Disamping itu, penduduk tempatan akan menerima faedah melalui pembangunan kemudahan. projek yang dibangunkan oleh MIGA dapat menggalakkan pelaburan tempatan yang serupa dan merangsang pertumbuhan perniagaan tempatan. MIGA akan memastikan projek yang dilaksanakan adalah sejajar dengan Strategi Bantuan Negara Kumpulan Bank Dunia dan mengintegrasikan amalan terbaik alam sekitar, sosial dan dalam hal tadbir urus.
MIGA membantu negara yang terlibat menentukan dan melaksanakan strategi untuk menggalakkan pelaburan melalui perkhidmatan bantuan teknikal yang diuruskan oleh khidmat nasihat pelaburan asing kumpulan bank dunia. MIGA akan menyediakan bantuan teknikal yang bertujuan untuk mencari pelaburan baru dalam beberapa persekitaran perniagaan yang berdaya saing di dunia.16
Perlindungan mengikut wilayah pada tahun 2013, meliputi 41% perlindungan pelaburan di Kawasan Eropah dan Asia Tengah, di ikuti perlindungan pelaburan di Kawasan Sub-Saharan 15 Akira Iida, MIGA: The Standard-setter, Washington: The World Bank Publications, 1997, Hal. 80.
Afrika berjumlah 26%, 15% di kawasan asia dan Pasifik, 10% di kawasan Amerika Latin dan Karibbean, dan yang terakhir 8% di kawasan utara Afrika. Tumpuan projek MIGA adalah negara Afrika, kerana rantau ini mengalami masalah ekonomi yang krtikal. Antara projek utama ialah menyediakan polisi insuran kepada Daye Water Investment BV (Sojitz Corporation) investment
di Ghana. Projek ini merangkumi perlindungan pelaburan sejumlah US$179.2 juta. Selain itu, memberi polisi insuran kepada sektor tenaga oleh Thika Power Ltd. Projek ini adalah untuk membina fuel oil plant di kawasan Nairobi, Kenya. Perjanjian dalam bekerjasama selama 20 tahun, yang melibatkan pelaburan U$62 juta.17
INTERNATIONAL DEVELOPMENT ASSOCIATION (IDA)
IDA dibentuk pada tahun 1960 iaitu ketika perang dingin yakni pada ketika itu tanah jajahan barat telah banyak mencapai kemerdekaan. Geran IDA lebih banyak disumbangkan kepada negara yang baru merdeka dan lebih tertumpu kepada bantuan mengurangkan beban khususnya kepada negara yang mengalami bebanan hutang yang tinggi. Selain untuk memperbaharui sistem perbersihan dan bekalan air, IDA turut membantu dalam program imunisasi bagi mengurangkan masalah kesihatan seperti malaria, mencegah penyebaran HIV/AIDS. IDA juga terlibat dalam secara langsung dalam merangka inisiatif bagi mengurangkan pencemaran gas rumah hijau, membantu menjaga hutan simpan dan manusia yang tinggal di kawasan tersebut.18
IDA adalah salah badan yang terbesar dalam memberi bantuan kepada 82 negara termiskin di dunia , 40 daripadanya adalah di Afrika. Operasi IDA dibiayai untuk melihat perubahan positif untuk 2.5 bilion orang, yang majoritinya hidup dengan pendapatan kurang
17 Multilateral Investment Guarantee Agency Enhancing Investments in Africa, Pdf.
daripada $2 sehari. IDA menyediakan perkhidmatan pinjaman wang dalam terma konsesi. Kelayakan untuk bantuan IDA bergantung kepada tahap kemiskinan negara secara relatif, iaitu PNK per kapita di bawah tahap $1205 setahun. Ini bermakna IDA mengenakan faedah yang sedikit atau tiada dan pembayaran balik adalah menjangkau lebih 25 hingga 40 tahun, termasuk bayaran untuk tempoh 5-10 tahun. IDA juga menyediakan geran kepada negara-negara berisiko menanggung hutang.
Sejak penubuhannya, IDA telah menyokong aktiviti di 108 buah negara . Komitmen tahunan telah meningkat dengan mantap dan purata kira-kira $ 1.6 billion dalam tempoh tiga tahun yang lalu, dengan kira-kira 50 peratus daripada yang pergi ke Afrika . Untuk tahun fiskal yang berakhir pada 30 Jun , 2013, komitmen IDA mencapai $ 1.63 billion. Perkembangan ini telah menyebabkan 160 projek baru dirancang. Antara sumbangan-sumbangan IDA ialah seperti sumbangan kepada pendidikan, lebih daripada 2 juta bilik darjah telah dibina atau dibaik pulih telah memberi faedah kepada lebih 105 juta kanak-kanak setiap tahun. Selain itu, IDA juga telah memberi sumbangan dari aspek kesihatan yakni lebih kurang 23 000 kemudahan perubatan, pembaharuan dan kelengkapan disediakan . Hampir 1.8 juta orang pelatih perubatan disediakan bagi memperbaiki kualiti penerimaan khidmat kesihatan.19
KESIMPULAN
RUJUKAN
A Guide to the World Bank. 3rd Edition. 2011. Washington: The World Bank Publications.
Akira Iida. 1997. MIGA: The Standard-setter. Washington: The World Bank Publications.
Buckley, Adrian. 2012. International Finance a Practicle Perspectiv, London : Pearson Education Limited.
Charles, W.K. & Shannon, L.B. 2010. World Politics, Trend and Transformations (12th
Edition). U.S: Wadsworth, Cengage Learning.
Cohn, Theodore H. 2012. Global political economy. London: Pearson Education.
Darrow, Mac. 2006. Between light and shadow the world bank, the international monetary fund and international human right law. Portland Oregon : NE Hassaid street.
Frey, Claude. 1997. Activities of the Bretton Woods institutions (World Bank and International Monetary Fund). Switzerland: Liberal Democratic and Reformers Group. Report (1), Doc. 7835.
Gélinas, Jacques. 1998. Freedom from Debt: The Reappropriation of Development Through Financial Self-reliance. London: Zed Book.
Ian Malcolm David Litti. 1966. International Aid: The Flow of Public Resources from Rich to Poor Countries. Transaction Publisher.
Improve Lives World Poor World Bank Group Delivers Nearly 53 Billion Support Developing Countries Fy13 (atas talian). http://www.worldbank.org/en/news/press
release/2013/07/23/improve-lives-world-poor-worldbank-group delivers-nearly-53
billion-support-developing-countries-fy13. (18/4/2014)
Multilateral Investment Guarantee Agency Enhancing Investments in Africa. Pdf.
Nurul Hasliza Mohd Razmin, Nur Izzati Mohamad Anuar, Nur Dalila bt Mat Yusoff & Nik Malini Nik Mahdi. Globalisasi Sebagai Satu Kolonialisme Bentuk Baru dan Kesan Kepada Ekonomi Baru. Pdf. Kota Bharu : Universiti Malaysia Kelantan.
Parra R.A. 2012. The History of ISCID. London: Oxford University Press.
Peet, Richard. 2003. The World Bank, Unholy Trinity: The IMF, World Bank and WTO, London: Zed Books.
Reed L., Paulsson J. 2011. Guide to ICSID Arbitration, Kluwer Law International.
Schifferes, Steve. 2008. How Bretton Woods reshaped the world. BBC.
What Is IDA. (atas talian). http://www.worldbank.org/ida/what-is-ida.html. (28 April 2014) Waibei, Michael. 2011. Sovereign Defaults before International Courts and Tribunals,