TEKANAN STRESS AND COPING STRESS

Teks penuh

(1)

BAHAGIAN C. PENULISAN REFLEKSI : Secara Individu Anda Dikehendaki Menulis Satu Refleksi Tentang Bagaimana Anda Menurus Tekanan Emosi Yang Dihadapi Semasa Belajar Di Institut Pendidikan Guru Kampus Di Malaysia.

Tekanan atau stress merupakan sebarang jenis perubahan yang menyebabkan rasa tegang fizikal, emosional dan psikologi. Ianya adalah biasa. Semua insan mengalami tekan yang berkaitan dengan kerja, keluarga, keputusan , masa depan, dan sebagainya. Atlanta Reproductive Health Centre (1995) mendefinisikan stres sebagai ’wear and tear’ bagi pengalaman badan kita semasa kita menyesuaikan diri dengan persekitaran yang terus berubah. Keadaan sebegini memberi kesan fizikal dan emosi yang dapat mencetuskan rasa negatif dan positif. Stres guru menurut Kyriacou dan Sutcliffe (1978) ialah tindak balas ke atas kesan negatif seperti marah atau tertekan yang biasanya diikuti oleh kesan fisiologi dan perubahan biokimia seperti peningkatan kadar denyutan jantung dan pelepasan hormon adrenocorticotrophic ke dalam saluran darah. Kyriacou (1987) juga mendefinisikan stres sebagai pengalaman guru yang mengalami emosi yang tidak stabil seperti tension, kecewa, marah dan tertekan akibat aspek-aspek yang timbul daripada kerjaya guru. Menurut Asmah Bee (2004), stres adalah suatu perasaan yang muncul disebabkan daripada ketidakseimbangan fisiologikal yang memberikan kesan emosi yang tidak menyenangkan dan gangguan kepada komponen kognitif.

Menurut Anthony Yeo (1993), satu bentuk tekanan yang boleh membawa kesan kepada kehidupan seseorang secara positif atau negatif. Stres dianggap positif sekiranya dilihat sebagai cabaran yang boleh meningkatkan potensi diri dan produktiviti. Beliau juga membahagikan simton stress seperti di bawah :

Simtom Stress Jangka Pendek / Jangka panjang Fizikal Emosi Tingkahlak

(2)

marah berselera pernafasa

Seperti dinyatakan dalam jadual tersebut saya juga mengalami beberapa simton stress seperti tidak selera makan, menyindiri, kurang member tumpuan, pening dan sebagainya. Hal ini menunjukkan bahawa saya sebagai penuntut Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) juga tidak terlepas daripada stress ini. Stress boleh timbul kepada sesiapa pada setiap peringkat usia. Pelbagai keadaan boleh menimbulkan kepada setiap individu. Bagi saya punca-punca yang menyebababkan saya yang selalu mengalami stress ialah suasana keluarga dan alam pembelajaran saya, masalah pergaulan, kekurangan pada diri serta tekanan menghadapi peperiksaan. Oleh itu, saya selalu mengambil pelbagai usaha dan insentif atau langkah yang positif untuk menghadapi tekanan-tekanan yang menganggu emosi saya ini. Pelbagai amalan positif saya amalkan dalam pengurusan stress ini.

Antara langkah mudah mengurangkan stres adalah dengan mengamalkan senaman pernafasan. Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang membangunkan otak, melegakan otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan penuh. Semasa menghadapi tekanan, pernafasan menjadi lemah dan pantas. Bernafas dengan kuat merupakan satu cara yang efektif untuk mengekekalkan keadaan tenang. Pada kebiasaanya, saya ke kawasan yang luas dan terbuka seperti padang IPGM untuk melakukan senaman pernafasan. Senaman pernafasan seperti ini membawa kesan positif dengan serta merta. Selepas senaman ini, fikiran dan perasaan saya berasa tenang manakala sakit kepala hilang begitu sahaja tanpa mengambil ubat. Kita hendaklah menjadikan senaman sebagai satu tabiat harian.

Selain itu, langkah yang paling mudah yang saya amalkan dalam menangani stres adalah dengan tidur sejenak. Tidur sejenak pada waktu siang, minda dan perasaan saya akan menjadi lebih tenang daripada stres sebaik bangun daripada tidur dan bersedia untuk melaksanakan kerja dengan lebih produktif dan berkesan. Ia juga menyegarkan tubuh saya kembali. Pada masa yang sama, idea-idea baru juga saya dapat difikirkan untuk melaksanakan tugasan saya tanpa sebarang gangguan emosi. Saya kebiasaannya melakukan tidur sejenak ini selama 30 hingga 45 minit.

(3)

lebih menggembirakan apabila saya meluangkan masa bersama rakan-rakan yang lain pergi beriadah. Ikatan persahabatan kami juga bertambah erat dan kukuh. Permainan yang kami biasa bermain pada waktu itu adalah bola jaring. Saya suka sangat untuk bermain permainan bola jarring sama ada secara perseorangan ataupun secara kumpulan. Permainan seperti ini memang mendatangkan manfaat kepada saya seperti menenangkan fikirikan serta tekanan saya.

Saya juga akan menangis sekiranya terdedah kepada tekanan. Hal ini berlaku tanpa kawalan saya tetapi ia memang menyebabkan saya berasa tenang dan rileks. Menangis dengan sepuas hati merupakan amalan saya yang selalu buat semasa berasa tertekan. Tekanan yang dihadapi dapat diredakan melalui luahan hati saya dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati saya itu dalam sehelai kertas. Sebelum ini, sikap saya yang cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati menyebabkan diri saya merana. Oleh hal yang demikian, saya memilih tempat yang sesuai seperti kawasan landskap IPG yang aman dan tidak mempunyai gangguan orang lain untuk menangis dengan sepuas hati. Saya mempercayai sangat terhadap menangis dengan sepuas hati ini boleh mengurangkan tekanan yang dihadapi.

Cara yang saya akan ketengahkan inilah cara pengurusan tekanan emosi yang saya paling sukai iaitu mendengar lagu atau muzik. Terapi muzik mendatangkan banyak faedah kesihatan bagi saya yang mengalami tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Saya memilih lagu atau muzik yang digemari untuk mengurangkan tekanan serta untuk mententeramkan minda anda. Antara lagu atau muzik yang saya gemari adalah seperti memilih muzik ringan dan dan melodi setiap hari.

Setiap hari saya kenalpasti kerja harian saya mengikut keutamaan dan menetapkan satu jadual supaya saya dapat menyiapkannya mengikut keutamaan dengan tanpa melengah-lengahkan. Selain itu, saya juga kenalpasti kerja yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti gossip kosong, perbualan telefon dan yang memebazirkan masa saya. Buku yang berjudul ‘Pempertingkatkan Kualiti Peribadi’ hasil tulisan pengarah urusan dan konsultan Utama TQM Consultants Sdn. Bhd iaitu Dr Ranjit Singh Malhi telah banyak membantu saya dalam menguruskan masa saya secara efektif. Kalam karya beliau, beliau mencadangkan pelbagai cara untuk menguruskan masa secara efisien. Dengan ini saya tidak memaksa diri dan minda saya melaksanakan tugasan atau apa jua kerja pada saat saat akhir.

(4)

Antara cara atau teknik lain yang boleh mengamalkan untuk mengatasi tekanan ialah

:-o Pengurutan

Kita juga boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu.

o Mengekspresikan diri secara artistic

Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi secara positif. Kita boleh cuba untuk belajar akting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres.

o Kerap ketawa

Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda.

o Bersikap lembut terhadap diri sendiri

Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Kita boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri kita sendiri. Malahan pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimiawi tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.

Pada pendapat saya, tekanan perasaan atau stress boleh dihindari jika kita berupaya

meningkatkan kemampuan dan keyakinan diri untuk mengatasinya.

(5)

Figur

Memperbarui...

Referensi

Memperbarui...