EMOSI DAN STRESS DI TEMPAT KERJA

23 

Teks penuh

(1)

EMOSI DAN STRESS DI TEMPAT KERJA

1Liley Afzani Saidi 2Norsuraya Hassan & 3Nur Azmina Paslan

Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia

Abstrak : Artikel ini menerangkan secara terperinci mengenai aspek hubungan antara emosi dan stress yang berlaku di tempat kerja yang mana ianya mempengaruhi perkembangan individu bagi produktiviti kerja. Selain itu, ianya juga memfokuskan kepada beberapa aspek penting seperti konsep sifat kepada pembentukan stress (nature of stress), kaitan antara punca stress dengan bentuk personaliti yang ada pada seseorang individu iaitu dengan menekankan kepada bentuk personaliti A yang mempunyai kaitan khusus dalam penyumbang kepada tekanan dan ketidakstabilan emosi di tempat kerja. Selain itu juga, aspek seperti penilaian kompetensi turut dibicangkan bagi melihat apakah punca-punca kepada stress dan apakah impak stress dan emosi kepada kesihatan dan prestasi pekerjaan. Kegagalan mengawal emosi dan stress juga mampu membentuk situasi burnout yang akhirnya akan memberi impak kepada diri individu. Oleh itu artikel ini secara khususnya membincangkan pelbagai aspek yang khusus bagi mengenalpasti akibat ketidakstabilan emosi dan stress di tempat kerja mampu memberi kesan psikologi dan psikososial kepada individu dalam kehidupan seharian.

Kata Kunci : Ketidakstabilan Emosi, Stress, Nature of Stress, Personaliti, Burnout & Punca Stress

1.0 DEFINISI KONSEP STRESS DAN EMOSI

(2)

maksud tidak dapat menyesuaikan diri ataupun merosakan diri. Oleh itu, berdasarkan kepada dua jenis definisi yang diberikan maka stres dapat didefinisikan kepada stres mampu terbahagi kepada 2 aspek yang masing-masing memberi kesan atau impak kepada fisiologi manusia (Harussani Zakaria, 2004).

Menurut Hatta Sidi & Mohamad Hatta Shahrom (2002) telah menjelaskan bahawa stres pada umumnya ditakrifkan sebagai tindakbalas minda dan fizikal yang terhasil daripada permintaam ataupun cabaran mengikut keadaan dan tempat. Oleh itu, maka tidak hairanlah bahawa konsep stres melibatkan perasaan yang berbentuk subjektif iaitu pada awalnya mampu diterima dengan baik tetapi lama-kelamaan ianya mampu menjadi penyakit dan emncetuskan perubahan dalam interaksi dengan alam sekitar. Namun dalam konteks ini, penumpuan diberikan kepada stres kerja yang mana kebiasaannya adalah sesuatu yang menjadi kebiasaan dan merupakan masalah utama di tempat kerja.

Menurut Don & John (2009) menyatakan bahawa terdapat pelbagai kajian yang dilakukan yang berkait dengan stres di tempat kerja & ketidakstabilan emosi yang dilaporkan dan antaranya adalah:

i. 65% daripada pekerja menyatakan stres di tempat kerja menyebabkan kesan kepada fizikal dan kebolehan psikologikal dan lebih daripada 10% menyatakan bahawa stres di tempat kerja akan memberikan kesan yang besar dalam diri individu.

ii. 25% menyatakan bahawa kerjaya individu adalah penyebab utama stres mereka dalam kehidupan.

iii. Stres di tempat kerja adalah berkaitan kuat dengan masalah kesihatan berbanding masalah lain iaitu masalah kewangan dan juga masalah keluarga.

Oleh itu, dalam menangani stres di tempat kerja dan ketidakstabilan emosi maka peranan dan tanggungjawab majikan di tempat kerja dilihat sangat penting bagi membantu pekerja dalam mengurangkan stres.

1.1 SIFAT PEMBENTUKAN STRES

(3)

perasaan kebimbangan, dan tekanan fizikal yang akan berlaku apabila permintaan kepada individu melebihi kemampuan individu tersebut. Oleh itu dalam bahagian ini, perbincangan mengenai konsep stres yang bersifat positif dan nagetif akan dibicangkan dengan lebih lanjut. Secara umumnya terdapat dua jenis stres iaitu “distress” yang juga dikenali sebagai nagetif stres dan juga stres yang berbentuk positif. Menurut Yerkes & Dodson (1908) telah menerangkan mengenai aspek konsep Eustress dan Distress bagi diaplikasikan dalam runaglingkup kerjaya dan situasi di tempat kerja. Berdasarkan gambarajah 1.0 ianya adalah satu model daripada Yerkes & Dodson dalam artikel beliau mengenai hubungan dan kekuatan stimulus dalam perubahan sikap seseorang individu.

Gambarajah 1.0

Berdasarkan kepada model tersebut , maka terdapat penanda aras dalam setiap pembahagian tahap stres iaitu stres yang berbentuk positif dan juga yang berbentuk nagetif. Dalam situasi perkerjaan, juga, konsep ini digunakan bagi menerangkan mengenai aspek prestasi pekerja dan juga beban atau kesakitan yang dialami oleh pekerja dalam situasi di tempat kerja.

1.2 KONSEP TINDAKBALAS “FIGHT- OR-FLIGHT”

Terdapat pelbagai jenis tindakbalas atau respons yang akan mempengaruhi individu apabila berhadapan dengan stres dalam kehidupan mereka. Menurut Anthony Yeo (1996)

Rendah Baik

Prestasi Maksimum

Kes akit an Prest

as i

Eustress Distress

Prestasi Lema Prestasi Lemah

(4)

menyatakan bahawa asal usul stres berpunca kepada tiga aspek iaitu peristiwa dalam kehiduapan, keadaan dan juga persekitaran seseorang. Membincangkan konsp ini, ianya haruslah memahami kepada konsep stresor atau dikenali sebagai punca kepada stres. Sebelum seseorang individu mengalami masalah stres, individu tersebut akan mengalami stresor iaitu keadaan-keadaan yang menyebabkan terjadinya stres dan dianggap merbahaya kepada kesejahteraan individu (Hatta Sidi, 2003).

Dalam konteks ini ianya juga berkait rapat dengan definisi atau istilah yang digunakan iaitu fight-or-flight. Untuk memahami konsep ini ianya adalah tindakbalas yang akan membantu individu berfikir mengenai peranan emosi dalam kehidupan seharian. Kebanyakan daripada kita pada hari ini lebih mengfokuskan kepada aspek logikal, pemikiran semulajadi dan mengabaikan aspek pembentukan emosi daripada seseorang individu. Maka pembentukan emosi tersebut hasil daripada rangsangan neuron dalam badan individu semasa stres dan ianya berubah dan dapat dikesan melalui cara pernafasan dan degupan jantung individu. Maka rangsang tersebut akan memberikan kesan secara tidak langsung kepada individu yang mengalami stres. Maka istilah yang lebih tepat megenai konsep fight-or-flight yang diberikan oleh Olson (2006) adalah merujuk kepada perubahan biochemical dan badan yang menunjukan reaksi semulajadi akibat daripada persekitaran stresor.

(5)

Oleh itu, dalam konsep stres di tempat kerja merupakan sesuatu yang tidak boleh dipisahkan kepada individu yang terlibat secara lansung dalam dunia kerjaya. Menurut Brief, Schuler & Van Sell (1981) menyatakan bahawa stres di tempat kerja merupakan tindakbalas individu terhadap perkara-perkara yang berlaku dalam persekitaran kerja, iaitu situasi yang mengecam individu tersebut dan individu tersebut tidak mampu untuk menyesuaikan diri dalam keadaan persekitran kerja tersebut. Walau bagaimanapun terdapat beberapa aspek yang dilihat turut mempengaruhi konsep stres dalam kerjaya pada hari ini. Terdapat beberapa faktor yang sebenarnya mempengaruhi individu untuk mengalami tekanan.

Berdasarkan kepada konsep yang diterangkan oleh Hellriegel & Slocum (2009) menyatakan bahawa pengalaman lepas akan dipengaruhi oleh persepsi serta sokongan sosial yang pernah terjadi kepada seseorang individu. Maka kitaran tersebut akan turut dipengaruhi oleh sumber lain iatu tekanan atau stres daaripada aspek persekitaran dan akhirnya akan menghasilkan stres kepada seseorang individu. Namun konsep yang lebih mudah ditunjukan oleh satu konsep yang dipanggil Sindrom Penyesuaian Umum (General Adaptation Syndrome-GAS) yang pada kebiasaaannya menerangkan penyebab kepada stres. Berdasarkan kepada gambarajah 2.0 menerangkan bahawa terdapat tiga tahap yang diperkatakan oleh H. Selye (1956) iaitu peringkat pertama amaran, peringkat kedua adalah penentangan dan peringkat ketiga adalah keletihan.

Gambarajah 1.0

Peringakat 1:

AMARAN

Tahap normal penentangan terhadap ransangan persekitaran Peringakat 3:

KELETIHAN

Peringakat 2:

(6)

(Sindrom Penyesuaian Umum)

Menurut peringkat dalam model ini, pada fasa pertama iaitu amaran (alarm stage), individu akanmengenalpasti dan menyedari ancaman yang wujud daripada penyebab stres. Maka dalam fasa ini persepsi akan menghantar mesej ke otak dan memberi kesan bio-mekanikal yang akhirnya membawa kesan kepada pernafasan dan juga jantung. Pada peringkat ini juga badan akan mula memberi tindakbalas dan jika tidak dapat dikawal maka akan berlaku proses kedua dalam model ini iaitu penentangan. Pada fasa kedua iaitu penentangan (resisitance stage) iaitu jika individu tidak dapat mengawal tekanan yang dihadapi maka perasaan tertekan akan mula dirasai. Peringkat penentangan masih lagi akan berlaku pada tahap hormon dilindungi oleh kelenjar pituitari dan korteks adrenal (Zafir, 2010). Pada peringkat ini juga jika pendedehan kepada stres masih berlaku maka individu akan mengalami tahap keletihan akibat daripada simptom fisiologi yang berterusan dan ianya akan terus berulang dan boleh membahayakan diri individu jika gagal mengatasi stres yang ada.

2.0 PERBEZAAN PERSONALITI DAN STRES

Terdapat pelbagai jenis personaliti yang berkait secara langsung dengan situasi stres dan ini termasuklah berkaitan keyakinan kendiri dan kemampuan mengawal diri. Personaliti secara umumnya boleh memberi kesan bagaimana individu menerima dan menunjukan riaksi kepada sesuatu situasi yang berlaku seperti stresor. Seperti contohnya, individu yang mempunyai keyakinan kendiri yang rendah akan memilih pekerjaan yang diyakini bahawa ianya mampu dibawa oleh dirinya berbanding individu yang mempunyai kawalan kendiri yang baik mampu menerima cabaran dalam pemberian tugas yang diberikan. Keadaan ini menunjukan bahawa individu yang mempunayi keyakinan kendiri yang tinggi mempunyai tahap kepercayaan yang tinggi terhadap kemampuan yang dimiliki olehnya. Oleh itu dalam bahagian ini, ianya akan membincangkan secara lebih terperinci mengenai personaliti yang menyumbang kepada tahap stres kepada individu.

2.1 PERSONALITI JENIS A

(7)

mempunyai jangka masa yang panjang untuk melihat sesuatu aspek (Hellriegel, 2009). Berikut adalah beberapa karekteristik personaliti A iaitu:

i. Tindakbalas yang cepat mengenai ketetapan masa

ii. Lebih bersifat extrem dalam persaingan dan ianya lebih bersifat permusuhan iii. Lebih memikirkan sesuatu berbanding memikirkan seseorang

Menurut kajian yang dilakukan oleh Turnipseed (1993) menyatakan bahawa mereka yang mempunyai personaliti A mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapai masalah janting. Pada kebiasaanya, individu A selalu bersikap seperti bercakap dengan laju dan tidak puas dengan apa yang mereka miliki. Mereka yang memiliki personaliti ini cenderung untuk berdebat pada sesuatu perkara dan akan menjawab persoalan yang diajukan sebelum persolan tersebut habis diajukan. Oleh itu, ada kajian yang menyokong seperti kajian yang dilakukan oleh Clarke (2003) mengenai tahap tekanan di dalam organisasi mengaitkan bahawa personaliti A akan menunjukkan seseorang individu berada dalam keadaan marah, bermusuhan, agresif serta tingkahlaku dalam kehidupan mereka akan cenderung untuk berada dalam keadaan tertekan.

Selain itu, menurut kajian yang di lakukan oleh Janice (1995), beliau mengkaji antara jenis personaliti iaitu personaliti jenis A dan jenis B, persepsi stres dan serta psikologi yang baik. Kajian ini melibatkan 143 orang daripada perbankan, kewangan dan syarikat insurans di Singapura bagi mengetahui tahap stres individu tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik bagi mengumpulkan maklumat dan data. Berdasarkan kajian ini dapat ditaktifkan bahawa individu yang mempunyai personaliti jenis A lebih terdedah kepada tahap stres yang tinggi. Walau bagaimanapun, individu personaliti jenis A terjejas kesihatan mereka akibat dari tahap stres yang tinggi. Walaubagaimana pun menurut kajian yang dilakukan oleh Irwan (2005) yang mengkaji hubungan personaliti dengan stres telah mendapati bahawa faktor yang mungkin dipengaruhi oleh personaliti seperti faktor keterbukaan, lokus kawalan, pengawalan diri dan Machiavellisme. Hasil dapatan yang menggunakan kaedah ujian statistik korelasi Spearman telah mendapati bahawa hubungan personaliti dengan stres adalah sangat lemah.

2.2 PERSONALITI TAHAN LASAK (THE HARDY PERSONALITY)

(8)

mempunyai kawalan ke atas kehidupannya sendiri (Fisher, 2007). Personaliti tahan lasak juga mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

- mempunyai kawalan diri sendiri (personal control) terhadap peristiwa-peristiwa dalam kehidupan mereka;

- kecenderungan untuk mengaitkan tingkah laku sendiri dengan faktor-faktor dalaman berbanding dengan faktor-faktor luaran

- komitmen yang tinggi dalam kerja-kerja dan hubungan peribadi mereka; tidak mengasingkan diri mereka apabila sesuatu menjadi sukar; dan

- berkeupayaan untuk melihat perubahan yang tidak dijangka atau ancaman yang berpotensi sebagai cabaran dan peluang untuk pertumbuhan.

Tahap ketahanan yang tinggi mengurangkan kesan negatif dalam keadaan-keadaan tekanan. Ianya mengurangkan tekanan dengan mengubah cara di mana seseorang melihat penyebab tekanan tersebut. Konsep personaliti yang tahan lasak memberikan pandangan yang berguna dalam peranan perbezaan individu dalam tindak balas kepada tekanan. Seorang individu yang mempunyai tahap ketahanan yang rendah menganggap banyak peristiwa atau situasi yang memberi tekanan; manakala seorang individu yang mempunyai tahap ketahanan yang tinggi pula menganggap kurang peristiwa atau keadaan yang boleh menyebabkan tekanan.

Seseorang dengan tahap ketahanan yang tinggi tidak mudah terpengaruh dengan situasi yang mencabar atau sukar. Sebaliknya, berhadapan dengan tekanan tersebut, personaliti tahan lasak cuba mengatasi permasalahannya atau memberi maklum balas secara membina dengan cuba untuk mencari penyelesaian untuk mengawal atau mempengaruhi peristiwa dan situasi. Respon tingkah laku ini biasanya mengurangkan reaksi tekanan, peningkatan tekanan darah secara sederhana, dan mengurangkan kebarangkalian kesan kesihatan yang buruk. Kecekapan diri melibatkan keupayaan untuk menilai kekuatan sendiri dan kelemahan, menetapkan dan mencapai matlamat profesional dan peribadi, menyeimbangkan kerja dan kehidupan peribadi, dan melibatkan diri dalam pembelajaran baru dan perubahan dalam kemahiran, tingkah laku, dan sikap.

3.0PUNCA-PUNCA UTAMA STRES

(9)

Pekerja biasanya berhadapan dengan stres samada berkaitan dengan kehidupan mereka ataupun dunia pekerjaan itu sendiri. Oleh itu, memahami interaksi antara kedua-dua punca tekanan ini adalah amat penting. Punca-punca tekanan yang berkaitan dengan pekerjaan terdapat dalam pelbagai bentuk. Gmbarajah 3.0 menunjukkan rangka kerja bagaimana faktor-faktor dalaman individu itu sendiri mempengaruhi pekerja dalam mengalami tekanan.

Gambarajah 3.0

Terdapat tujuh penyebab utama tekanan yang berkaitan dengan kerja, ini termasuklah; i. Beban Kerja

Penyebab stres berkaitan pekerjaan

Dipengaruhi oleh diri pekerja sendiri

Stres yang dialami oleh pekerja Beban Kerja

Keadaan Pekerjaan

Konflik dan Kesamaran Peranan

Pembangunan Kerjaya

Perhubungan Interpersonal

Kekerasan di Tempat Kerja

Konflik diantara Peranan Kerja dan

Kehidupan

Persepsi-persepsi

Pengalaman-pengalaman lepas

Sokongan Sosial

(10)

Untuk sesetengah pekerja, mempunyai terlampau banyak kerja untuk dilakukan dan tidak mempunyai cukup waktu atau sumber untuk melakukannya menjadi penyebab utama stres. Beban peranan (role overload) muncul apabila tuntutan kerja melebihi kapasiti seorang pengurus atau pekerja untuk memenuhi kesemuatuntutan tersebut dengan secukupnya. Sesetengan pekerja mungkin akan berterusan dalam keadaan tersebut. Kajian mendapati bahawa beban kerja atau “ terpaksa bekerja dengan kuat” merupakan punca utama stres (Brinson & Benoit, 1999).

Mempunyai kerja yang terlalu sedikit juga adakalanya boleh mendatangkan stres. Pengurus kadangkala cuba untuk melakukan kerja-kerja pekerja bawahan mereka, ataupun micromanage, apabila pekerjaan mereka sendiri tidak cukup mencabar. Micromanage ini mungkin mengurangkan tekanan pengurus tersebut yang disebabkan oleh kebosanan yang dialami, tetapi ia juga mungkin meningkatkan tekanan para pekerja pebawahan kerana orang atasan sentiasa mememerhatikan mereka atau mengkritik keputusan mereka.

ii. Keadaan Pekerjaan

Keadaan kerja yang kurang baik juga merupakan salah satu penyebab tekanan di tempat kerja. Ini termasuklah suhu yang melampau, bunyi bising yang kuat, terlalu banyak atau terlalu sedikit pencahayaan, radiasi, dan pencemaran udara disekeliling pekerja tersebut. Keperluan perjalanan luar stesen yang terlalu kerap atau perlu berulang alik dalam jarak jauh dari rumah ke tempat kerja merupakan antara aspek lain pekerjaan yang mendatangkan stres kepada pekerja. Kesemua keadaan persekitaran pekerjaan, perjalanan yang terlalu kerap, dan mengambil masa yang lama ini akan menyebabkan peningkatan stres dan penurunan prestasi pekerja itu sendiri.

(11)

(Spitberg & Cupach, 2007). Namun bagi sesetengah pekerja, ini menjadikan mereka agak sukar untuk meletakkan sempadan mental antara kerja dan rumah.

iii. Konflik dan Kesamaran Peranan

Konflik dan kesamaran peranan ini juga merupakan punca kepada stres berkaitan pekerjaan. Konflik peranan merujuk kepada jangkaan yang berbeza tentang sesuatu atau tuntutan yang berlebihan ke atas seseorang di tempat kerja. Kesamaran peranan pula berlaku apabila seseorang pekerja tidak pasti mengenai tugas-tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Konflik peranan dan kesamaran peranan ini banyak berlaku pada pekerja, manakala konflik jangkaan yang bercanggah pula berlaku kepada pengurus. Tanggungjawab bagi tingkah laku orang lain dan kekurangan peluang untuk turut serta dalam membuat keputusan yang penting melibatkan kerja adalah aspek lain dalam peranan pekerja yang boleh memberi tekanan (Marshak, 2007).

iv. Peningkatan Kerjaya

Penyebab tekanan yang utama berkaitan dengan perancangan dan peningkatan kerjaya adalah melibatkan keselamatan kerja, kenaikan pangkat, perpindahan, dan peluang peningkatan kerjaya. Seorang pekerja boleh merasa tertekan disebabkan underpromotion (kegagalan untuk maju secepat yang dikehendaki) atau overpromotion (promosi kepada pekerjaan yang melebihi kecekapan individu). Penyusunan semula (reorganizatios) dan pengurangan pekerja (downsizings) boleh mengancam kerjaya dan merupakan punca tekanan yang serius. Pengurangan tenaga kerja merupakan satu usaha untuk menjimatkan wang, meningkatkan kecekapan dan juga untuk keuntungan (Keil et. al, 2007). Apabila sesuatu pekerjaan, pasukan, jabatan, atau keseluruhan organisasi disusun semula, pekerja sering mempunyai pelbagai masalah berkaitan kerjaya cth; Bolehkah saya melaksanakan tugas dengan cekap dalam keadaan yang baru? Bolehkah saya memajukan syarikat? Adakah tugas baru saya selamat?. Biasanya pekerja akan merasa tertekan terhadap perkara-perkara ini.

v. Perhubungan Interpersonal

(12)

membantu pekerja mencapai matlamat peribadi dan organisasi. Apabila berlaku hubungan yang tidak baik, ianya boleh menjadi punca tekanan. Dalam satu tinjauan kebangsaan baru-baru ini, 90 peratus daripada responden berkata mereka telah berhadapan dengan ketidaksopanan di tempat kerja. Daripada jumlah ini, sebanyak 50 peratus kehilangan masa bekerja disebabkan kebimbangan mengenai kejadian tersebut, dan 50 peratus lagi mempertimbangkan untuk bertukar kerja untuk mengelakkan berulangnya perkara tersebut (Vigoda-Gadur & Drory, 2006). Ketidaksopanan merujuk kepada kekasaran dan kekurangan pekerja mengambil berat terhadap satu sama lain. Ia termasuk pelanggaran norma kerja untuk saling menghormati (Beamer & varner, 2008).

Tahap tingkah laku politik yang tinggi, atau "politik pejabat", juga boleh mewujudkan tekanan terhadap pengurus dan pekerja. Sifat perhubungan dengan orang lain boleh mempengaruhi bagaimana pekerja bertindak balas terhadap penyebab stres yang lain. Dalam erti kata lain, hubungan interpersonal boleh menjadi sebagai sama ada punca tekanan ataupun sokongan sosial yang membantu pekerja menghadapi tekanan.

vi. Kekerasan di Tempat Kerja

Kekerasan di tempat kerja ini termasuklah buli, gangguan seksual, keganasan di tempat kerja (cth; mencederakan, menendang, membaling objek, menggigit, memukul, meludah mengancam), dan pencerobohan terhadap organisasi itu sendiri (cth; kecurian peralatan/ bekalan/ wang, merosakkan atau memusnahkan peralatan atau kemudahan tempat kerja). Ini semua boleh mendatangkan stres kepada pekerja.

vii. Konflik di antara Peranan Kerja dan Kehidupan

(13)

Matlamat dan keperluan lain mungkin bercanggah dengan matlamat kerjaya, yang mana ianya boleh menjadi sumber tambahan kepada tekanan. Sebagai contoh, keinginan peribadi pekerja untuk menghabiskan masa atau mempunyai lebih banyak masa lapang dengan keluarga mereka mungkin bercanggah dengan waktu tambahan yang diperlukan untuk mereka berusaha untuk memajukan kerjaya mereka. Pasangan yang mempunyai dwi-kerjaya yang mana mempunyai anak telah membawa kepada konflik peranan kerja dan keluarga. Sebagai contoh, apabila anak-anak sakit, siapakah yang akan mengambil tanggungjawab utama untuk membawa mereka berjumpa doktor atau tinggal di rumah dengan mereka?

3.2 PUNCA-PUNCA STRES BERKAITAN KEHIDUPAN

Sumber utama stres bagi kebanyakan pekerja jelas merupakan tekanan diantara tuntutan kerja dan keluarga (Gudykusnt, 2005). Gambarajah 4 menunjukkan, kedua-dua tekanan kerja dan keluarga yang boleh menyumbang kepada stres kerja-keluarga kerana tekanan di satu kawasan boleh mengurangkan kemampuan seseorang untuk menghadapi tekanan dalam kawasan lain. Tekanan yang tidak bersesuaian mencetuskan stres, yang, seterusnya membawa kepada konflik kerja-keluarga. Konflik-konflik ini mungkin mendatangkan rasa tidak puas hati, kekecewaan, dan kemurungan.

(14)

Gambarajah 4.0

Aliran Tekanan Kerja-Keluarga, Stres dan Konflik

4.0 KESAN STRES

Stres di tempat kerja memberikan kesan kepada kesihatan individu dan sesebuah organisasi. Kesan tekanan tersebut dapat dilihat daripada aspek fizikal, emosi dan tingkah laku. Kesan stres kepada fizikal individu termasuklah peningkatan tekanan darah, serangan jantung, berpeluh, kesukaran bernafas dan kesukaran untuk bernafas manakala kesan stress kepada emosi termasuklah kemarahan, kebimbangan, kemurungan, penghargaan kendiri yang rendah, ketidakupayaan untuk memberikan perhatian dan membuat keputusan, gemuruh dan tiada kepuasan dalam bekerja. Kesan stress kepada tingkah laku termasuklah prestasi kerja yang lemah, ponteng kerja, penyalahgunaan bahan seperti pengambilan minuman beralkohol dan kesukaran untuk berkomunikasi.

Mewujudkan Stres Kerja dan Keluarga

terhadap Pekerja Membawa kepada

Konflik Kerja-Keluarga

Mencetuskan Kemungkinan:

 Ketidakpuasan hati

 Kekecewaan

 Kemurugan

(15)

4.1 KESAN KEPADA KESIHATAN

Masalah kesihatan yang disebabkan oleh stres termasuklah sakit tulang belakang, sakit kepala, sakit perut, masalah pencernaan dan masalah mental. Penyakit yang disebabkan stres menjadi beban kepada individu dan sesebuah organisasi. Kemurungan yang berpunca daripada stress boleh menjejaskan tahap kesihatan individu. (Zafir dan Fazilah, 2006). Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia menunjukkan empat penyebab utama masalah kesihatan mental iaitu kemurungan selain daripada penyakit jantung yang boleh menjejaskan kos pengurusan sesebuah industri. (Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia, 2006).

Kementerian Kesihatan melalui Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga turut melaporkan bahawa stress di tempat kerja adalah penyumbang kepada peningkatan masalah kesihatan mental di Malaysia. Masalah kesihatan yang kronik ini berlaku dikaitkan dengan tekanan darah yang meningkat akibat daripada dinding arteri yang sempit disebabkan terhalang dengan kolestrol dalam darah sehingga menyukarkan darah melalui arteri yang menjadi semakin sempit dan akhirnya menyebabkan tekanan darah menjadi semakin tinggi. (Rollinson D, 2005). Apabila individu mengalami stress, tekanan darah akan meningkat dan menurun dengan tidak stabil.

Stres di tempat kerja mempunyai kaitan dengan penyakit jantung dan seterusnya menjadi penyebab kepada masalah kesihatan yang lain seperti ketegangan mata, telinga berdengung, batuk yang teruk, sakit dada, masalah perut dan sakit kepala. (Y-Cheng, 2001). Masalah kesihatan ini boleh memberikan kesan kepada sesebuah organisasi seperti ketidakhadiran, penurunan prestasi kerja, kemalangan di tempat kerja dan juga pengambilan dadah dan alkohol.

4.2 KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA

(16)

Berdasarkan laporan dari tahun 1999 sehingga 2003 bagi sektor perkilangan yang mencatatkan jumlah kemalangan yang tertinggi berbanding sektor lain. Stres dalam kalangan pekerja dapat dilihat apabila pekerja mengalami kurang daya ketahanan terhadap penyakit, menganggu tidur serta menghilangkan daya tumpuan. Stres yang berpanjangan akan menyebabkan pekerja cenderung untuk melakukan kesilapan dan kecuaian yang membawa kepada kemalangan, kecederaan, kualiti kerja yang rendah dan menjejaskan produktiviti sesebuah organisasi.

4.3 KESAN KEPADA KOS KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA

Stres yang berpanjangan akan meningkatkan kos keselamatan dan kesihatan pekerja secara keseluruhannya. Keadaan ini memberi kesan kepada produktiviti sesebuah organisasi. Tuntutan berhubung dengan kecederaan dan kesakitam disebabkan stres di tempat kerja telah meningkat sebanyak 33 % di United Kingdom. Malah stres di tempat kerja telah menyebabkan kehilangan 13.4 juta hari dalam setahun akibat ketidakhadiran ke tempat kerja yang membawa kepada kerugian terhadap ekonomi sebanyak sebanyak 3.8 billion di Great Britain.

Di Amerika Syarikat pula, hamper sejuta pekerja tidak hadir bekerja dalam mana-mana hari akibat stress di tempat kerja lantas menyumbang kepada peningkatan aduan pampasan bekerja, kos penjagaan kesihatan, kecacatan, ketidakhadiran dan pengurangan produktiviti. Di Amerika Syarikat, stress di tempat kerja menyumbang kepada 90% gangguan kesihatan yang melibatkan seramai 60 juta sehingga 120 juta pekerja di seluruh dunia berisiko menghadapi kecederaan di tempat kerja.

4.4 KESAN KEPADA GANGGUAN TRAUMA KUMULATIF (CTD)

(17)

4.5 KESAN KEPADA PRESTASI KERJA

Stres di tempat kerja menyebabkan seseorang pekerja tidak dapat menunjukkan prestasi kerja yang terbaik. Prestasi kerja semakin merosot Malah seseorang pekerja menghadapi masalah ketidahadiran ke tempat kerja disebabkan bosan dengan kerja yang sedikit atau tertekan dengan bebanan tugas yang berat selain daripada mengalami kecederaan disebabkan tidak dapat fokus kepada kerja yang dilakukan.

Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan kepada diri sendiri tetapi turut memberi kesan kepada sesebuah organisasi dan seterusnya kepada negara. Pekerja yang mengalami kecederaan disebabkan stress, boleh menjejaskan prestasi kerja dan memberi kesan kepada produktiviti organisasi. Oleh yang demikian, masalah ini seharusnya tidak diabaikan oleh sesebuah organisasi kerana ia menyebabkan sumber manusia sesebuah negara kehilangan daya saing. Pekerja yang mempunyai masalah kerja akan menjejaskan prestasi kerja yang akan mendorong kepada kegagalan menggunakan sepenuh kreativiti dan melakukan pekerjaan dengan kadar yang minimum.

Malah seseorang pekerja cenderung untuk mengalami kecederaan dan kemalangan di tempat kerja kerana tidak dapat fokus terhadap pekerjaan yang dilakukan. Keadaan ini akan menjejaskan organisasi dan akhirnya memberi kesan buruk kepada produktiviti negara. Sewajarnya seorang majikan perlu peka tentang tekanan yang dihadapi oleh pekerja dengan memberikan semangat untuk meningkatkan prestasi kerja adalah sangat penting. Keadaan ini dapat dilihat apabila semakin tinggi tahap tekanan yang dihadapi oleh pekerja maka semakin rendah produktiviti prestasi pekerja dalam sesebuah organisasi.

4.6 KESAN KEPADA KEHIDUPAN SOSIAL

(18)

4.7 KESAN KEPADA STRES KERJA YANG MELAMPAU

Stres kerja yang melampau adalah disebabkan kesan bekerja dalam keadaan stres yang tidak dapat dielakkan. Keadaan ini membawa kepada ketidakpuasan dalam bekerja. Simptom yang dialami disebabkan stress kerja yang melampau adalah dapat dilihat dengan keletihan emosi yang dialami seperti keletihan yang kronik, sinis, negative dan marah terhadap orang lain. Selain itu, mengalami perasaan kurang keyakinan diri seperti hilang minat dan motivasi untuk meningkatkan prestasi kerja, ketidaupayaan untuk memberi tumpuan dan menjadi pelupa.

Kebarangkalian yang tinggi berlakunya stres melampau adalah daripada golongan individu yang mempunyai intensiti tinggi dalam hubungan interpersonal. Hubungan interpersonal ini membawa kepada keletihan emosi. Risiko stres kerja yang melampau cenderung dihadapi oleh golongan pekerja social, jururawat, polis dan guru. Malah turut dirasai oleh pemilik perusahaan dan pengurus yang memberikan stres untuk mengurangkan kos, meningkatkan keuntungan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

Individu yang bekerja dibawah stres, persaingan, konflik, masalah kewangan, kesunyian dan lain-lain menghasilkan sesuatu yang tidak memenuhi target yang ditetapkan, beban kerja yang melampau, lemah dalam membuat keputusan dan kurang kawalan diri. Keadaan ini membawa kepada tekanan, keletihan, kekecewaan dan tidak berdaya.

5.0 PENGURUSAN STRES

5.1 GARIS PANDUAN INDIVIDU

Tujuan garis panduan ini adalah untuk mengawal faktor-faktor yang membawa kepada stres dan mendorong individu supaya dapat bertahan dan dapat menyesuaikan diri dengan sebarang bentuk tekanan. (Norlida & Rohayu, 2013)

(19)

Individu perlu melakukan senarai aktiviti seharian yang perlu dilakukan, mengutamakan perkara penting yang perlu dilakukan, merancang aktiviti dan tahu kemampuan dan produktiviti diri dalam melakukan aktiviti.

5.1.2 MENINGKATKAN AKTIVITI FIZIKAL

Individu boleh melakukan aktiviti senaman, aerobik, berjalan, bersukan, berenang dan berbasikal sebagai aktiviti harian. Aktiviti fizikal ini dapat membantu meningkatkan kemampuan jantung untuk berfungsi dengan baik dan memberikan terapi kepada minda daripada tekanan kerja. Malah aktiviti ini dapat memberikan kesegaran kepada minda dan tubuh badan.

5.1.3 MELAKUKAN AKTIVITI RELAKSASI

Aktiviti seperti meditasi, yoga dan tai chi mampu untuk memberikan ketenangan pada tubuh badan dan minda seseorang individu. Meditasi mampu untuk mengeluarkan diri individu daripada kehidupan yang stress dan memberikan ketenangan pada minda. AKtiviti relaksasi selama 15 minit hingga 30 minit setiap hari mampu untuk mengurangkan stress yang dihadapi oleh seseorang individu.

5.1.4 MENGEMBANGKAN HUBUNGAN SOSIAL

Hubungan sosial termasuklah rakan, keluarga dan rakan sekerja. Seseorang individu memerlukan teman untuk berbual dan berkongsi masalah untuk mengurangkan stress yang dihadapi. Berbual dan berkongsi masalah dapat meringankan beban yang ditanggung oleh seseorang seterusnya dapat mengurangkan tahap stress yang dihadapi.

(20)

menyeimbangkan antara kerjaya dan kehidupan peribadi kerana diri sendiri juga memerlukan rehat dan bergembira.

5.2 GARIS PANDUAN ORGANISASI

5.2.1 PEMILIHAN KAKITANGAN YANG BERSESUAI DAN PENGGANTIAN KERJA

Bahagian pengurusan bagi sesebuah organisasi perlu memilih individu yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi. Hal ini adalah supaya individu tersebut mampu untuk menangani stress yang dihadapi dan mampu untuk bekerja tanpa dalam pengaruh stress.

5.2.2 MENYEDIAKAN LATIHAN

Seseorang pekerja menghadapi stress di tempat kerja adalah disebabkan mereka tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang mencukupi terhadap tugasan yang dilakukan. Latihan perlu disediakan untuk memberi pengetahuan terhadap pekerja dengan kemahiran yang diperlukan untuk mengurangkan tahap stres pekerja.

5.2.3 MENETAPKAN MATLAMAT YANG REALISTIK

Seseorang pekerja mampu untuk memberikan prestasi yang baik terhadap sesebuah organisasi apabila mempunyai matlamat yang realistik untuk bekerja dengan produktif dan memberikan keuntungan kepada sesebuah organisasi.

5.2.4 MENINGKATKAN PENGLIBATAN PEKERJA

Langkah ini boleh dilakukan dengan memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada pekerja untuk menguruskan kerja mereka bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh pekerja. Malah pekerja lebih bebas dalam membuat keputusan terhadap tugasan mereka berbanding bergantung kepada rakan sekerja yang lain.

(21)

Kemahiran komunikasi yang lemah menyebabkan individu dalam sesebuah organisasi mudah menghadapi stress di tempat kerja di mana pekerja tidak jelas tugasan yang perlu dilakukan disebabkan kurang maklumat diberikan. Oleh yang demikian, komunikasi mampu memberikan maklumat yang tepat kepada pekerja.

5.2.6 MENYEDIAKAN CUTI SABATIKAL PEKERJA

Cuti sabatikal perlu diberikan kepada pekerja untuk membolehkan pekerja berehat dan melancong disamping mengikuti projek peribadi. Contohnya dapat dilihat apabila pekerja dalam university awam ditawarkan cuti sabatikal selama tiga tahun dengan berbayar untuk memberikan fokus kepada pelajaran. Keadaan ini membolehkan pekerja memberikan sepenuh tumpuan kepada pelajaran.

5.2.7 PROGRAM KESIHATAN KORPORAT

Program kesihatan diwujudkan untuk membantu pekerja mengamalkan gaya hidup yang sihat yang akan memberikan kesan positif terhadap kebaikan sesebuah organisasi. Keadaan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan pekerja yang menghadapi penyakit yang kronik disebabkan stres di tempat kerja.

6.0 KESIMPULAN

Stress di tempat kerja yang berlebihan boleh menjejaskan keselamatan dan kesihatan seseorang individu yang berpunca daripada gangguan psikologi dan fisiologi. Gangguan yang berpanjangan akan menjejaskan produktiviti seseorang individu dalam sesebuah organisasi dan negara. Masalah berkaitan emosi dan stres di tempat kerja perlu diberi perhatian oleh semua pihak demi memastikan tidak memberikan impak yang negatif kepada pekerja, keluarga, organisasi dan negara.

RUJUKAN

(22)

2. Beamer, L., & Varner, I. (2008). International Communication in the Global Workplace 4th ed. New York: McGrew-Hill.

3. Brinson, S. L., & Benoit, W. L. (1999). The Tarnishing Star. Mangement Communication Quarterly, 12, 483-510.

4. Dorner, D., & Pfeifer, E. (1993). Strategic thinking and stress. Ergonomics, 36(11), 1345–1360

5. Eckert, G. (2005). Intercultural Communication. Mason, OH: Thomsons/ South-Western.

6. Gudykunst, W. B. (2005). Theorizing about Intercultural Communication. Thousand Oaks, CA: Sage.

7. Harussani Zakaria. 2004. Stress Mengikut Pandangan Islam. Stress management seminar papers - a Survey by the Islamic perspective, IKIM, Kuala Lumpur. 18-19 May, 2004

8. Hatta Sidi & Mohamed Hatta Shaharom (2002). Mengurus Stres : Pendekatan Yang Praktikal. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka

9. Keil, M., Im, G. P., & Mahring, M. (2007). Reporting Bad News On Software Projects: The Effects of Culturally Constituted Views of Fee-saving. Information System Journal, 17, 59-87.

10. Marshak, R. J. (2007). Covert Process at Work: Managing The Five Hidden Dimensions of Organizational Change. San Fransisco: Berrett-Koehler.

11. Matterson, M.T. & Ivanchevich, J.M. (1989). Controlling Work Stress: Effective Human Resource and Management Strategies. San Francisco: Jossey-Bass Publishers

12. Norlida Kamaludin & Rohayu Mohd Hussein. (2013). Organizational Behaviour, Oxford Fajar Sdn.Bhd, 212-223.

13. Selye, H. (2007). Stress Without Distress. United State of America : Penguin Group. 14. Selye, H. 1976. The Stress of Life. Review Edition: New York: McGraw-Hill Book Co 15. Slavin,L.A., Rainer,K.L., McCreary. M.L., & Gow&,K.K. (1991)Toward a

Multicultural Model of the Stress Process. Journal of Counseling & Development. 70. 156-162

(23)

17. Spitberg, B. H., & Cupach, W. R. (2007). The Dark Side of Interpersonal Communication. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.

18. Thompson, L. A., Williams, K. L., L'Esperance, P. R., & Cornelius, J. (2001). Context dependent memory under stressful conditions: The case of skydiving. Human Factors, 43, 611–619.

Figur

Memperbarui...

Referensi

Memperbarui...