Usaha usaha yang dilakukan oleh pihak Br

20 

Loading....

Loading....

Loading....

Loading....

Loading....

Teks penuh

(1)

PENGENALAN

Negara-negara di Asia Selatan iaitu India khususnya telah lama terkenal dengan aktiviti ekonomi

seperti pertanian sejak sebelum kedatangan British lagi. Pertanian di India sangat bergantung pada cuaca dan

keadaan tanah. Oleh yang demikian, setiap daerah di India menjalankan pertanian yang berbeza bergantung

kepada iklim daerah masing-masing. Sebagai contoh, wilayah Barat-Laut India yang terdiri daripada dataran

subur telah ditanam dengan tanaman seperti gandum dan kentang. Bahagian wilayah Sungai Ganges pula

ditanam dengan tanaman seperti padi, jagung dan juga kekacang. Apabila melihat kepada bahagian wilayah

Timur-Laut India, tanaman yang begitu popular adalah teh. Hal ini demikian kerana terdapatnya kawasan

pinggiran Himalaya di kawasan tersebut yang merangkumi dataran Assam dan juga Darjeeling.1 Iklim

dikawasan ini dikatakan lebih sejuk dan sesuai untuk penanaman teh dilakukan.

Sebenarnya, teh ditanam di India secara besar-besaran bermula sejak tahun 1850-an. Penanaman teh

secara besar-besaran ini bukanlah dimulakan oleh masyarakat tempatan sebaliknya diterajui oleh pihak

British yang menguasai India pada ketika itu. Apabila menguasai India, banyak perubahan yang telah

dilakukan oleh British baik dari sektor politik, ekonomi dan juga sosial. Melihat kepada sektor ekonomi,

British telah memperkenalkan ekonomi komersial di India bagi menggantikan aktiviti sara diri yang selama

ini menjadi tulang belakang kepada masyarakat tempatan. Sistem ekonomi komersial yang dibawa oleh

British ke India adalah berorientasikan eksport dan menggunakan teknologi moden serta modal yang besar.2

Dapat dilihat dengan jelas, pengenalan ekonomi komersial di India ini berkait dengan revolusi perindustrian

yang berlaku di Eropah dan salah satu perkembangan ekonomi komersial di India dapat dilihat melalui

aktiviti pertanian terutamanya teh.

Pada mulanya teh hanyalah sejenis minuman yang hanya dinikmati oleh golongan elitis sahaja di

Eropah. Hal ini demikian kerana harganya yang mahal menyebabkan masyarakat dari kelas biasa di Eropah

tidak mampu untuk mendapatkan teh sebagai minuman mereka. Teh juga asalnya hanya terkenal di China

dan negara sekitarnya dan hanya China sahaja negara yang mempunyai pengetahuan mendalam dan

1 Elaine Jackson, India Mengenal Ragam Budaya dan Geografi, terjemahan Suryani, Solo: PT Tiga Serangkai Pustaka Mandiri, 2007, hlm. 12.

(2)

terperinci tentang teh. Teh kemudian mula dibawa ke Eropah menjelang abad ke-17 dan perniagaan teh

dimonopoli oleh syarikat SHTI. Harga teh menjadi mahal pada waktu tersebut berikutan jumlah pengeluaran

teh yang terbatas kerana hanya dapat diperoleh dari China sahaja di sampaing cukai yang dikenakan kerajaan

British ke atas teh adalah tinggi.

Harga pasaran teh yang begitu tinggi menyebabkan British memilih teh sebagai tanaman komersial di

India. Di samping itu, kelebihan teh yang dikatakan baik untuk kesihatan juga menjadi penyebab mengapa

British memlih teh sebagai tanaman komersial di India. Teh semakin meningkat popularitinya di Eropah

apabila ramai penyair-penyair di Eropah yang mengahsilkan syair mereka iaitu yang berkaitan dengan

kebaikan teh. Salah satu penyair tersebut ialah Duncan Campbell yang menghasilkan syair A Poem Upon

Tea pada tahun 1735.3 Pada tahun 1784, satu perbincangan antara pengusaha teh British yang diketuai oleh

Richard Twinings dengan pihak kerajaan British telah dijalankan. Ekoran daripada perbincangan tersebut

pihak pihak kerajaan bersetuju menurunkan cukai ke atas teh dan bertitik tolak dari persetujuan itulah yang

telah membawa teh begitu popular serta dipasarkan dengan meluas kepada masyarakat biasa.

Teh sudah mula dijual kepada masyarakat tempatan melalui kedai-kedai kopi seperti Tom’s

Coffehouse di Strand Street, London kepada orang ramai. Berikutan itu semakin ramai orang-orang di

Eropah khususnya di London begitu menggemari minuman teh. Budaya minum teh seperti high tea dan

afternoon tea juga tidak lagi terbatas untuk golongan elitis sahaja malah telah tersebar luas dalam kalangan

masyarakat biasa. Harga teh pada ketika itu tidak lagi mahal jika dibandingkan dengan harga teh sebelum

ini. Jika dahulu harga teh terlalu tinggi dan tidak mampu dibeli oleh masyarakat biasa sebagi contohnya 100

gram teh hijau dianggarkan bernilai 160 pounds, tetapi kini tidak lagi. Teh mampu dinikmati oleh semua

lapisan masyarakat di Eropah. Oleh yang demikian, British mula mengembangkan penanaman teh di India

sebagai tanaman komersial bagi mengurangkan pergantungannya dengan China untuk mendapatkan teh.

Dapat dilihat dengan jelas pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak British untuk menjayakan hasrat

mengembangkan penanaman teh di India.

Menurut Micheal Lipton and John Firn, di bawah pemerintahan British, India telah

berkembang menjadi pengeluar terbesar dan pengeksport teh di dunia dan Britain

(3)

menjadi pasaran utama bagi India.4 Pada tahun 1900, India telah menggantikan

negara China sebagai pengeluar utama teh di dunia. Kebanyakan ladang-ladang teh di

India telah dibuka di kawasan sesuai di kaki banjaran Himalaya, terutama di barat

Assam dan Darjeeling. Tanaman teh tumbuh di daerah yang taburan hujannya banyak,

pengaliran air yang baik dan tanah yang berteres untuk mengelak hakisan tanah.

Terdapat beberapa usaha yang dilakukan oleh pihak British untuk mengembangkan

penanaman the di India pada abad ke-19 dan 20. Antara usaha tersebut termasuklah

mewujudkan taman-taman botani, menghantar perisik ke China, mengimport buruh

China bekerja di ladang teh, membawa masuk pemodal Eropah ke India, menyediakan

kemudahan pengangkutan dan perhubungan, membuat akta berkaitan teh,

memperkenalkan sistem pemilikan tanah baru serta juga pengkhususan tanaman dan

system perladangan. Usaha-usaha ini akan dibincangkan dalam bahagian seterusnya.

USAHA-UASAHA BRITISH MENGEMBANGKAN PENANAMAN TEH DI INDIA PADA ABAD KE-19 DAN 20

MEWUJUDKAN TAMAN-TAMAN BOTANI

Dalam usaha mengembangkan penanaman teh di India, banyak usaha yang telah dilakukan oleh

British di India. Salah satu usaha tersebut ialah dengan mewujudkan taman-taman botani. Harus diketahui

bahawa hasil sektor pertanian yang dijalankan secara komersial seperti teh akan digunakan dalam sektor

perindustrian. Secara mudahnya dapat difahami, teh merupakan sejenis tumbuhan yang dijadikan sebagai

bahan mentah dalam sektor perindustrian seperti perkilangan teh. Oleh hal yang demikian, perlulah

diwujudkan institusi yang dapat mengetahui serba serbi tentang tanaman teh supaya dapat memberi faedah

(4)

kepada pihak British dalam menjalankan penanaman dan juga perniagaan teh. Satu-satunya institusi yang

dapat membantu pihak British dalam hal ini ialah taman-taman botani.

British telah mewujudkan taman-taman botani dengan tujuan untuk melakukan penyelidikan iaitu

bagi menentukan kawasan yang sesuai untuk penanaman pokok seperti teh dan getah, bertanggungjawab

menjalankan penyelidikan secara saintifik serta mengenal pasti jenis-jenis tanaman yang sesuai ditanam

secara komersial India.5 Jika Kew Garden merupakan taman botani yang begitu penting di London, maka

pada ketika itu British telah mewujudkan taman botani di India iaitu Royal Botanical Garden yang terletak

di Calcutta. Penyelidikan tentang teh yang dilakukan oleh taman botani ini membawa impak yang besar

kepada pihak British. Taman botani ini telah berjaya mengenal pasti kawasan yang sesuai iklimnya bagi

melakukan penanaman teh di India. Kawasan yang dimaksudkan ialah di kaki-kaki banjaran Himalaya

terutamanya di Assam dan Darjeeling.

Melihat kepada impak besar yang terhasil kesan daripada wujudnya taman botani ini, pihak British

mula mengambil inisiatif dengan mewujudkan pula jaringan taman-taman botani di kebanyakan kawasan

yang mereka kuasai. Selain daripada taman botani di Calcutta, pihak British juga telah mewujudkan banyak

lagi taman botani seperti di Taiping, Singapura dan Afrika Selatan yang sememangnya merupakan kawasan

penguasaan British. Bukan sahaja British malah kuasa-kuasa besar yang lain seperti Belanda dan Perancis

juga turut mewujudkan taman-taman botani sendiri. Taman-taman botani ini bukan sahaja melakukan

penyelidikan terhadap tanaman teh sahaja malah turut menjalankan kajian ke atas banyak tanaman lain

seperti getah dan juga chincona yang digunakan dalam penghasilan ubat penyakit malaria.

Taman botani ini diibaratkan sebagai institusi yang memainkan peranan penting dalam

perkembangan empayar dan ini ada dinyatakan melalui penulis Jayeeta Sharma yang menyatakan bahawa

“In recent years, the botanic garden has received intense scrutiny as a scientific institution that played a

critical role in the expansion of empire”.6 Pada 1786, seorang ahli botani British bernama Joseph Bank telah

mengembangkan kajian botani dan menjadikannya sebagai satu disiplin ilmu. Selari dengan perkembangan

itu, Robert Kyd seorang pegawai tentera di Benggal telah mencadangkan satu skim menanam pelbagai jenis

5 Dordon Johnson, Stewart Gordon, Chritopher Alan Bayly (ed.), The New Cambridge History of India : Volumes 3-5, New York: Cambridge University Press, 1989, hlm. 47.

(5)

tanaman termasuklah kapas, tembakau, tebu dan juga teh di India. Skim ini dikenali sebagai Garden of

Acclimatization untuk membolehkan British mendahului pesaing-pesaingnya dalam penghasilan

tanaman-tanaman komersial tersebut.7 Cadangan ini kemudiannya diluluskan dan membawa kepada pembinaan Royal

Botanical Garden di Calcutta pada 1787.

Kesan kewujudan taman botani juga dapat dilihat apabila eksport teh dari India telah meningkat.

Bukan itu sahaja, keluasan tanah bagi penanaman teh juga telah bertambah. Pada tahun 1853 dilihat kawasan

penanaman teh adalah seluas 2425 ekar iaitu dianggarkan bernila lebih kurang 366 700 Pounds. Keluasan

kawasan penanaman teh ini kemudiannya telah meningkat kepada 790 000 ekar yang membawa nilai lebih

kurang 4 330 000 Pounds. Peningkatan drastik ini sememangnya adalah kesan daripada kewujudan taman

botani antara lainnya. Apabila tanaman teh mengalami perkembangan pesat, banyak syarikat ditubuhkan

bagi menjalankan penanaman dan perniagaan berasaskan teh. Antara syarikat yang terlibat termasuklah

Syarikat Teh Assam yang ditubuhkan pada tahun 1840.

MENGHANTAR PERISIK KE CHINA

Individu terawal yang mengetahui potensi India sebagai kawasan penanaman teh ialah Robert Bruce.

Beliau merupakan individu bertanggungjawab yang dilantik oleh pihak British sebagai ketua dalam

penanaman teh di India. Hal ini tidak lain tidak bukan adalah kerana ingin menjadikan teh sebagai satu

tanaman yang komersial yang membawa keuntungan kepada British. Teh kemudian mula di tanam di

kawasan Assam dan Darjeeling seperti yang telah dinyatakan sebelumnya kerana kawasan tersebut berhawa

sederhana serta mempunyai saliran yang baik. British juga turut menggunakan propaganda dengan

menyatakan bahawa teh dari China tidak sihat jika dibandingkan dengan teh dari India. Hal ini demikian

kerana menurut pihak British teh yang ditanam di China menggunakan najis-najis sebagai baja. Namun

segala usaha yang dilakukan ini masih lagi tidak dapat menyaingi kualiti teh dari China.

Akibat tidak dapat menyaingi teh dari China, pihak British telah menghantar James Gordon ke China.

Penghantaran beliau ke China adalah dengan tujuan untuk mendapatkan anak benih, peralatan membuat teh

(6)

dan juga pakar-pakar pembuat teh.8 Namun malangnya, James Gordon membawa anak benih yang kurang

bermutu. Malah, orang-orang Cina yang dibawa oleh beliau ke India dengan harapan dapat membantu dalam

penanaman teh juga bukanlah orang Cina yang benar-benar tahu tentang tanaman teh. Sebagai penyelesaian,

buruh-buruh tempatan terpaksa dibawa dari Calcutta bagi membantu proses penanaman teh ini. Pihak British

iaitu syarikat SHTI terutamanya tidak berpuas hati dengan perkembangan teh di India dan juga masalah

buruh yang dihadapi telah memburukkan lagi keadaan. Oleh yang demikian, keputusan untuk menghantar

perisik ke China bagi mengetahui tentang rahsia teh China yang sebenar.

Rentetan daripada itu, pihak British telah mengambil usaha untuk menghantar perisik ke China bagi

mengetahui rahsia sebenar teh di sana. Pihak British memilih individu yang tahu berbahasa Cina dan selari

dengan itu Robert Fortune telah dilantik. Robert Fortune ditugaskan menyelidik tentang tanaman serta

proses pembuatan teh di China sehingga dapat menghasilkan pelbagai variasi rasa. Selama menjadi perisik

Robert Fortune menyamar sebagai orang China untuk mendapatkan pelbagai bantuan. Hal ini menyebabkan

beliau berjaya untuk masuk ke kawasan Bohei iaitu kawasan pengeluaran teh utama di China. Beliau

dihantar sebanyak dua kali ke China iaitu sekitar tahun 1940-an dan juga 1950-an. Usaha ini membuahkan

hasil apabila akhirnya beliau berjaya membongkar rahsia teh di China.

Selain kejayaan membawa benih teh yang bermutu dari China ke India, kejayaan Robert Fortune

yang paling besar juga adalah dalam merungkai berkaitan penghasilan variasi teh. Beliau dapat mengetahui

bahawa sebenarnya proses penyediaan teh pada peringkat akhir yang membuatkan teh tersebut terhasil

dalam pelbagai rasa seperti teh hitam dan teh hijau. Andaian pihak British selama ini yang beranggapan

bahawa penghasilan pelbagai variasi teh adalah disebabkan oleh cara penanaman dan pemprosesan yang

berbeza adalah meleset sama sekali. Robert Fortune memperbetulkan andaian ini kerana menurutnya hanya

proses terakhir penyediaan teh sahaja yang menghasilkan variasi rasa teh tersebut. Contohnya seperti teh

perlu dibakar di terik mentari bagi menghasilkan teh hitam. Penemuan ini merupakan aset terpenting bagi

British dalam menyaingi China sebagai pengeluar teh utama dunia ketika itu.

Bertitik tolak daripada hasil perisikan tersebut, pihak British mula menanam teh di India

menggunakan benih yang dibawa dari China. Benih-benih yang dibawa dari China ini juga turut diuji di

(7)

dilihat berjaya kerana teh-teh yang ditanam di kawasan Darjeeling dan Assam akhirnya dikatakan

mempunyai kualiti yang setanding dengan teh di China. British pada ketika itu dapat dikatakan tidak lagi

bergantung harap sepenuhnya dengan pihak China bagi mendapatkan teh. Hal ini demikian kerana teh-teh

yang ditanam secara meluas di India dapat menampung keperluan perdagangan teh mereka. Usaha

penanaman teh ini juga turut diteruskan di Ceylon kerana Ceylon juga berada dibawah penguasaan British

pada ketika itu.

MEMBAWA MASUK PEMODAL EROPAH

Rentetan berjayanya usaha British menghantar perisik ke China bagi mengetahui rahsia sebenar teh,

maka pihak British semakin yakin bahawa aktiviti penanaman teh perlu dilakukan dengan meluas.

Penanaman teh yang meluas sememangnya disedari oleh British akan membawa keuntungan kepada mereka.

Oleh hal yang demikian, untuk melaksanakan hasrat British menanam teh dengan lebih meluas mereka

memerlukan modal yang banyak. Modal ini hanya boleh didapati dari pengusaha-pengusaha di Eropah iaitu

melalui syarikat-syarikat yang ada di sana. Pihak British berusaha keras bagi menarik perhatian

pemodal-pemodal dari Eropah untuk melibatkan mereka dalam usaha penanaman teh di India. Modal-modal dari

pengusaha Eropah sememangnya sangat penting kepada British kerana dengan modal yang banyak, pihak

British berpeluang mengusahakan tanaman teh dengan lebih meluas di samping mengatasi pasaran teh yang

sekian lama didominasi oleh China.

Antara yang dilakukan oleh pihak British bagi menarik minat pemodal dari Eropah dalam

penanaman teh ialah dengan menyediakan tanah kepada pemodal. Pemodal yang berminat untuk melibatkan

diri dengan penanaman teh di India akan diberikan tanah dan tanah tersebut perlu dibayar dengan kadar yang

murah. Pada masa yang sama juga pihak British telah menetapkan syarat bahawa tanah yang diberikan

mestilah ditanam dengan tanaman teh dan jika tidak pun perlu ditanam dengan tanaman komersial lain

sekurang-kurangnya. Usaha pihak British itu dilihat telah membawa impak positif kerana ramai pemodal

Eropah tertarik dengan tawaran itu. Mereka mula menanam modal dalam perusahaan teh di samping itu ada

(8)

England. Kehadiran pemodal-pemodal Eropah ini tidak dapat dinafikan telah merancakkan lagi aktiviti

penaman teh di India.

Boleh dikatakan pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 dilihat ramai pemodal-pemodal Eropah

menanam modal di India dalam usaha menanam tanaman komersial terutamanya teh. Kehadiran

pemodal-pemodal ini tidak hanya tertumpu kepada penaman teh semata-mata. Mereka juga terlibat secara langsung

menguruskan syarikat teh yang diusahakan atas nama mereka. Sebagai contoh ialah Syarikat Teh Assam

yang dimiliki oleh pemodal Eropah sepenuhnya.9 Bukan itu sahaja, pemodal-pemodal dari Eropah ini juga

terlibat dengan aktiviti perkapalan, insurans dan juga perbankan. Hal ini demikian kerana aktiviti seperti

perkapalan, perbankan dan insurans merupakan elemen penting dalam sesebuah perniagaan termasuklah

perniagaan yang melibatkan teh. Oleh itu, kehadiran pemodal Eropah dilihat bukan sahaja merancakkan lagi

usaha penanaman teh di India malah turut menyumbang kepada aktiviti ekonomi yang lain termasuklah

perdagangan.

PENGENALAN SISTEM PEMILIKAN TANAH BARU

Selain daripada menarik minat pihak luar seperti pemodal Eropah dalam usaha penanaman teh,

British juga tidak ketinggalan melakukan perkara yang sama di peringkat tempatan. Dengan itu, sistem

pemilikan tanah baru telah diperkenalkan di India. Sistem pemilikan tanah baru ini diperkenalkan bagi

menggantikan sistem tanah yang sedia ada. Sistem pemilikan tanah baru ini adalah berkonsepkan tanah

secara persendirian. Hal ini bermaksud, hanya individu-individu tertentu yang mampu sahaja akan dapat

memiliki tanah. Golongan yang mampu ini biasanya terdiri daripada golongan kaya yang kemudiannya

dipanggil sebagai “tuan tanah baru” atau zamindar. Kekuasaan zamindar begitu ketara dan dibuktikan

melalui penulisan Judith E. Walsh seperti “The British goverment was now master of the land, the

Zamindars were settled with land, though not owners but gradually they came to exercise all powers and

right of ownership”.10

9 Abdullah Zakaria Ghazali, et. al., Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan Dan Asia Timur 1800-1963, Shah Alam: Fajar Bakti, 2000, hlm. 151.

(9)

Tujuan British mewujudkan sistem pemilikan tanah baru ini pada tahun 1793 adalah supaya

penanaman teh dan tanaman komersial lain dapat dilakukan dengan meluas di bawah penyeliaan zamindar.

Kelas zamindar akan diisytiharkan oleh British sebagai tuan tanah yang mempunyai hak ke atas ladangnya.

Seterusnya, zamindar bertanggungjawab untuk menjelaskan cukai ladangnya di mana 45% hasilnya dengan

9/10 diserahkan kepada kerajaan dan 1/10 disimpan oleh zamindar sebagai ganjaran. Cukai untuk setiap

ladang milikan zamindar kekal sepanjang masa dan perlu dijelaskan dalam bentuk wang tunai. Selain itu,

zamindar yang gagal menjelaskan cukainya akan dilucutkan tanahnya dan boleh dipenjara. Bagi petani yang

menyewa tanah dari zamindar, mereka akan dihalau sekiranya gagal membayar sewa. Zamindar berhak

menaikkan sewa jika kadar cukai ladangnya jatuh atau jika ia menyediakan kemudahan atau jika hasil

tanahnya bertambah.

Kesan pemilikan tanah baru ini jelas dapat dilihat di Benggal apabila hak pemilikan tanah telah

diberikan kepada golongan zamindar. Pada tahun 1950-an melalui kaji selidik yang dilakukan kira-kira 75%

daripada petani hanya mempunyai kurang daripada lima ekar tanah manakala 23% lagi tidak mempunyai

tanah sama sekali.11 Zamindar juga bukan sahaja menawarkan tanah kepada petani untuk disewa akan tetapi

mereka juga menawarkan pinjaman modal untuk para petani mengusahakan tanaman komersial seperti yang

disarankan oleh pihak British terutamanya teh, kopi dan kapas. Secara tidak langsung dapat dilihat zamindar

adalah orang pertengahan antara British dengan penduduk tempatan.12 Zamindar juga digunakan oleh British

hanya untuk mengaut keuntungan di samping menekan para petani untuk menanam tanaman yang menjadi

keutamaan mereka. Melalui usaha British memperkenalkan sistem pemilikan tanah baru ini, secara langsung

dapat memenuhi hasrat British sendiri yang ingin menguasai tanaman komersial terutamanya teh.

PENYEDIAAN KEMUDAHAN PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN

11 Judith E. Walsh, A Brief History of India, New York: An Imprint Of Infobase Publishing, 2006, hlm. 143.

(10)

Pengangkutan dan perhubungan merupakan elemen penting dalam perkembangan ekonomi

komersial. Oleh yang demikian pihak British telah menyedari bahawa untuk mengembangkan penanaman

teh di India dan menjadikan teh sebagai satu komoditi penting dalam perdagangan, adalah perlu bagi mereka

untuk menyediakan kemudahan pengangkutan dan perhubungan. Bagi pihak British juga usaha

meningkatkan kemudahan pengangkutan seperti kapal wap dan kereta api adalah untuk memudahkan serta

melicinkan kerja-kerja yang melibatkan penanaman teh untuk dieksport sebagai tanaman komersial. Hal ini

demikian kerana kebanyakan kawasan penanaman teh dan juga tanaman komersial yang lain seperti kapas,

kopi, jut dan gandum terletak di kawasan pedalaman. Tanpa kemudahan pengangkutan dan perhubungan

yang efisien sudah tentu akan menyukarkan proses penghantaran tanaman-tanaman ini ke tempat-tempat

tertentu.

Tujuan lain pihak British menyediakan kemudahan pengangkutan dan perhubungan adalah untuk

memudahkan mereka untuk mengurus dan memantau keadaan pertanian yang dijalankan di

kawasan-kawasan pertanian.13 Peciptaan kapal wap pada ketika itu dapat mengangkut barangan dengan lebih banyak

dan cepat dari India ke England. Kapal-kapal wap ini membolehkan perjalanan laut lebih selamat dan cepat

kerana tidak perlu bergantung pada angin. Bukan itu sahaja, penggunaan kapal wap dapat menjadikan kos

pengangkutan pula rendah serta jarak masa perjalanan dapat dipendekkan. Penggunaan kapal wap menjadi

semakin rancak dengan pembukaan Terusan Suez pada 1869. Terusan Suez begitu penting kepada British

bukan sahaja kerana dapat memendekkan tempoh perjalanan akan tetapi terusan ini merupakan jaringan laut

bagi pihak British dengan tanah jajahannya di India dan juga Timur Jauh termasuklah Australia serta New

Zealand.

Jika kapal wap kelihatan penting dari segi pengangkutan laut, di darat pula kereta api adalah

pengangkutan utama bagi British. Perkembangan kereta api dilihat berlaku sekitar tahun 1850-an dan

sesungguhnya perkembangan ini sangat merangsang pertumbuhan ekonomi komersial di India.

Perkembangan sistem pengangkutan kereta api ini dapat dibuktikan apabila menjelang tahun 1913, terdapat

34 000 batu jalan kereta api dibina di India. Jalan kereta api ini pada waktu tersebut merupakan jalan kereta

api terpanjang di dunia. Antara syarikat British yang awal terlibat dalam pembinaan jalan kereta api ini

(11)

Railway yang ditubuhkan pada 1849. Pembinaan jalan-jalan kereta api ini sememangnya sangat penting

kepada pihak British untuk tujuan memantau di samping pada masa yang sama dijadikan pengangkutan

utama untuk mengangkut segala hasil pertanian di India.

Sehubungan dengan perkembangan pesat sistem pengangkutan di India, telah wujud banyak

kilang-kilang yang mengusahakan tanaman komersial muncul di India. Antaranya ialah kilang-kilang-kilang-kilang teh, kapas dan

juga jut. Kilang-kilang teh banyak terdapat di Assam yang mana kilang-kilang ini berada di bawah

penyeliaan syarikat-syarikat milik pemodal Eropah seperti Syarikat Teh Assam. Kilang-kilang kapas pula

bertumpu di Mumbai serta Ahmadabad yang menjadi pusat pengeluaran kapas terpenting di India. Kilang jut

pula didirikan di Serampore oleh George Acland untuk dieksport ke Amerika dan Australia. Jelas sekali

bahawa tanpa sistem pengangkutan yang baik, tidak akan terbina kilang-kilang yang memproses

tanaman-tanaman komersial ini dalam skala yang besar. Jika difokuskan kepada teh, maka dapatlah dikatakan bahawa

British telah berjaya menjadikan teh sebagai satu komiditi perdagangan yang sangat menguntungkan dengan

adanya sistem pengangkutan dan perhubungan yang efisien. Hal ini dibuktikan apabila menjelang awal abad

ke-20 iaitu sekitar tahun 1905, pengeluaran teh di India telah pun mengatasi pengeluaran teh di China dan ini

menunjukkan bahawa British telah berjaya dalam usahanya menyaingi China dalam pengeluaran teh setelah

sekian lama.

PENGKHUSUSAN TANAMAN DAN SISTEM PERLADANGAN

Seperti yang diketahui, British telah memulakan usaha menanam tanaman komersial di India sejak

awal abad ke-19 lagi.14 Antara tanaman komersial yang diberikan perhatian kerana memberikan keuntungan

yang tinggi kepada British ialah tanaman teh. Dengan itu, bagi mengembangkan tanaman ini di India British

telah mengambil usaha melakukan pengkhususan tanaman. Pengkhususan tanaman ini dilakukan mengikut

kawasan di India untuk mengelompokkan hasil pertanian. Pihak British hanya menjalankan aktiviti

penanaman teh di kawasan yang benar-benar berpotensi dan mempunyai ciri-ciri kawasan penanaman teh

yang baik bagi mengelakkan kerugian berlaku. Kawasan yang dikhususkan untuk tanaman teh di India ialah

(12)

sendiri. Pihak British juga menggunakan khidmat buruh paksa yang kebanyakkannya terdiri daripada

masyarakat tempatan bagi mengerjakan kawasan penanaman ini.

Selain pengkhususan tanaman, sistem perladangan juga telah diperkenalkan sebagai satu usaha untuk

mengembangkan penanaman teh di India. Sistem perladangan ini wujud ekoran daripada kehadiran daripada

pemodal Eropah yang dibawa oleh pihak British ke India. Pemodal-pemodal Eropah ini tidak sebagaimana

petani tempatan, mereka telah menjalankan aktiviti penanaman secara besar-besaran dalam bentuk ladang.15

Menurut D. R Gadgil dalam bukunya iaitu The Industrial Evolution of India in Recent Times, 1860-1939,

telah menjelaskan bahawa sistem perladangan ialah satu kegiatan baru di India yang dibawa dan

diperkenalkan oleh orang Eropah yang bertujuan untuk mengembangkan sektor perindustrian dan juga

perdagangan. Sistem perladangan ini diaplikasikan dalam penanaman teh supaya teh dapat ditanam dengan

terancang serta memberikan pulangan yang lumayan. Sistem perladangan juga dapat memberikan hasil yang

berskala besar berbanding jika ditanam secara persendirian. Sistem perladangan bukan sahaja diaplikasikan

untuk tanaman teh malah tanaman lain seperti kopi dan gandum juga turut diusahakan secara perladangan.

Sistem perladangan teh ini kemudiannya diteruskan di kawasan-kawasan yang berada di bawah penguasaan

British termasuk di Tanah Melayu yang turut mempunyai ladang teh iaitu apabila diperkenalkan oleh James

Cameron di Cameron Highland.

MEWUJUDKAN AKTA PENANAMAN TEH

Seperti yang telah diketahui, Assam merupakan antara kawasan terpenting dalam penanaman teh. Hal

ini adalah rentetan daripada Robert Bruce yang telah menemui daun teh di kawasan Assam yang

(13)

dihidangkan oleh kaum Singpho pada tahun 1820.16 Rentetan daripada itu pihak British melalui SHTI mulai

menyedari bahawa kawasan Assam perlu dikuasai supaya penanaman teh dapat dijalankan dengan lebih

meluas dan menyeluruh di bawah pantauan mereka sendiri. Assam pada ketika itu berada di bawah Raja

Ahom yang sering kali diancam oleh Myanmar. Pada ketika itu juga Perang Inggeris-Myanmar 1 di antara

pihak British dengan Myanmar sedang berlaku. Perang tersebut berkesudahan dengan kekalahan di pihak

Myanmar. Dengan itu satu perjanjian telah dilakukan yang dinamakan Perjanjian Yandaboo.

Perjanjian ini menetapkan bahawa kawasan Assam jatuh ke tangan British dan Myanmar sama sekali

tidak lagi boleh campur tangan di kawasan tersebut. Melalui Perjanjian Yandaboo ini dapat dilihat bahawa

British semakin mengukuhkan kedudukan dan kekuasaannya di Assam dan hal ini membolehkan pihak

British melakukan apa sahaja termasuklah menjalankan usaha penanaman teh secara besar-besaran di

Assam. Selepas dapat menguasai Assam sepenuhnya, banyak ladang-ladang teh dibuka seperti di Chabua,

Dibrugarh iaitu di daerah Assam pada tahun 1837. Penubuhan syarikat-syarikat teh seperti Syarikat Teh

Assam pada tahun 1840 telah mengembangkan lagi usaha penanaman teh. Industri teh dilihat berkembang

pesat dari tahun 1850-an sehingga tahun-tahun berikutnya.17

British dilihat semakin komited dalam mengembangkan penanaman teh di India apabila akta

penanaman teh iaitu The Assam Tea Clearance Act digubal pada tahun 1854. Akta ini menetapkan bahawa

pihak British akan memberi 3000 ekar tanah kepada pemodal dan pengusaha dari Eropah yang berjanji untuk

menanam teh sebagai komoditi eksport.18 Kesan daripada akta tersebut, usaha penanaman teh di India dapat

diperluaskan di samping menjadikan Assam sebagai sebuah kawasan yang terkenal dalam penanaman dan

juga penghasilan teh di India. Keperluan bagi memenuhi pasaran teh yang semakin bertambah di Eropah

juga dapat dipenuhi kerana semakin ramai pemodal dan penguasaha dari Eropah yang tertarik dengan akta

ini. Akta ini bukan sahaja telah memperluaskan penanaman teh di Assam malah penanaman teh semakin

berkembang pesat ke kawasan-kawasan lain.

16 Sharit K. Bhowmik, ‘Inequalities among the Working Class : a Historical Perspective,’ dalam T. K Oommen, Classess, Citizenship, and Inequality : Emerging Perspective, India: Dorling Kindersley, 2010, hlm. 37.

17 Rana P. Behal, ‘Power Structure, Discipline, and Labour in Assam Tea Plantation During Colonial,’ dalam Rana P. Behal, Marcel Van Der Linden, Coolies, Capital, and Colonialism : Studies in Labour History, Cambridge: University of Cambridge, 2006, hlm. 145.

(14)

Jika pada tahun 1850 dapat dilihat British hanya mampu menghasilkan teh yang berjumlah 200 000

Pounds sahaja menerusi sebuah ladang teh akan tetapi setelah akta ini diperkenalkan, keadaan tersebut telah

berubah. Selepas tahun 1871, terdapat kira-kira 295 ladang teh yang dapat menghasilkan pengeluaran teh

sebanyak 6.25 juta Pounds. Peningkatan hasil penanaman teh ini adalah sangat menggalakkan dan memberi

impak positif dalam usaha British mengembangkan penanaman teh di India. Jika sebelum ini penanaman dan

perusahaan teh hanya bertumpu di Assam, kini ianya telah berkembang pesat hingga ke wilayah-wilayah

pergunungan Punjab di sekitar Kangra, selatan pergunungan Nilgiri yang berdekatan dengan Mysore

sebelum berpindah ke Darjeeling pada tahun 1873.19

Selari dengan perkembangan pesat ini, keluasan tanah untuk penanaman teh juga semakin bertambah

dengan mendadak. Pada akhir suku abad ke-19 dilihat bahawa keluasan tanah untuk penanaman teh

meningkat daripada 27 000 ekar kepada 204 000 ekar. Pada masa yang sama juga permintaan buruh untuk

menjalankan aktiviti penanaman dan pemprosesan teh dilihat semakin meningkat. Permintaan buruh

meningkat daripada 107 847 orang pada tahun 1885 kepada 247 760 pada tahun 1900.20 Bukti-bukti ini telah

menunjukkan bahawasanya akta The Assam Tea Clearance Act yang digubal oleh pihak British telah

membuahkan hasil dalam usaha mengembangkan penanaman teh di India.

MENGIMPORT BURUH DARI CHINA

Apabila penanaman teh semakin pesat di India, permintaan terhadap buruh juga semakin meningkat

pada waktu yang sama. Hal ini demikian kerana ramai buruh diperlukan bukan sahaja bagi melakukan

kerja-19 Stanley Wolpert, A New History of India (6th Edition), New York: Oxford University Press, 2000, hlm. 247.

(15)

kerja penanaman teh malah kerja-kerja pemprosesan teh juga memerlukan buruh yang ramai. Seperti sedia

maklum bahawasanya China merupakan satu-satunya negara yang mahir dengan tanaman teh dan hal ini

menyebabkan British beranggapan yang kesemua orang-orang di China turut mahir dalam hal-hal yang

berkaitan dengan teh. Ekoran daripada anggapan itu, pihak British telah menghantar James Gordon ke China

untuk membawa buruh-buruh dari sana ke India. Buruh-buruh ini diharapkan dapat membantu dalam

kerja-kerja penanaman dan pemprosesan teh di India. Pembawaan buruh-buruh China ke India ini dilihat sebagai

salah satu usaha pihak British untuk mengembangkan penanaman teh di India terutamanya di Assam.21

Anggapan pihak British sebenarnya adalah meleset sama sekali. Hal ini kerana buruh-buruh yang

dibawa oleh James Gordon ke India merupakan buruh-buruh yang dibawa dari selatan China. Sedangkan,

hakikat sebenar ialah kawasan-kawasan di China yang benar-benar berpengetahuan dalam tanaman teh

berada di kawasan utara, bukan selatan. Oleh hal yang demikian ternyata buruh-buruh yang dibawa oleh

James Gordon ke India tidaklah begitu tahu tentang tanaman teh. Dalam hal ini dilihat antara usaha-usaha

yang dilakukan oleh pihak British bagi mengembangkan penanaman teh di India, usaha mengimport buruh

China boleh dikatakan usaha yang tidak berjaya sama sekali berbanding usaha-usaha yang lain. Buruh-buruh

China yang dibawa ini juga mendatangkan masalah kepada pihak British pada masa yang sama.

Buruh-buruh yang telah diketahui tidak berkemahiran dalam penanaman teh ini dikatakan tidak dapat

mengadaptasikan diri mereka dengan apa yang berlaku di India.22 Berlakunya penularan penyakit seperti

malaria yang telah mengganggu tahap kesihatan buruh dan menyebabkan mereka tidak dapat bekerja dengan

baik. Selain itu juga berlakunya pertelingkahan antara buruh-buruh China yang dibawa dengan masyarakat

tempatan. Perkara ini telah menggusarkan pihak British dan akhirnya pihak British mengambil keputusan

untuk mengambil buruh-buruh tempatan untuk menjalankan kerja-kerja penanaman teh. Buruh-buruh

tempatan ini dibawa dari Calcutta. Buruh dari Bihar juga turut diambil bekerja di ladang-ladang teh di

Assam.23 Bukan dari Calcutta dan Bihar sahaja, malah buruh-buruh tempatan juga turut dibawa dari Benggal

menerusi kontraktor.24 Namun masih juga terdapat beberapa masalah yang berlaku.

21 John S. Bowman, Chronologies of Asian History and Culture, Columbia: Columbia University Press, 2000, hlm. 657.

22 Sharit K. Bhowmik, ‘Inequalities among the Working Class : a Historical Perspective,’ dalam T. K Oommen, Classess, Citizenship, and Inequality : Emerging Perspective, India: Dorling Kindersley, 2010, hlm. 39.

23 Lucile H. Brockway, Science and Colonial Expansion, The Role of the British Royal Botanic Gardens, London: Academic Press Inc. (London) Ltd., 1979, hlm. 52.

(16)

Pihak British tidak menyediakan kemudahan pengangkutan yang sempurna untuk membawa

buruh-buruh ini dan hal ini telah menyebabkan ramai di antara mereka yang mati dalam perjalanan. Ada di antara

mereka juga yang didera serta ditipu dari segi prospek kerja.25 Mereka turut dijadikan hamba mutlak oleh

pihak British. Keengganan mereka untuk bekerja boleh menyebabkan mereka dihukum penjara dan juga

sebatan oleh pihak British. Keadaan buruh-buruh pada ketika itu sememangnya sangat tertindas dan tidak

ada satu akta mahupun undang-undang yang dapat membela serta menegakkan hak mereka sebagai pekerja.

Menjelang sekitar tahun 1800-1900, terdapat sedikit perubahan yang berlaku dalam sistem pengambilan

buruh di India akan tetapi ianya masih lagi dianggap sebagai sistem yang menghina masyarakat India

terutamanya menurut sesetengah penulis buku seperti T. B. Desai.

Persekitan tempat kerja buruh ini terutamnya di Assam juga adalah tidak sihat dan

buruh-buruh ini juga terpaksa tinggal jauh dari rumah mereka. Gambaran realistik tentang keadaan buruh-buruh-buruh-buruh

yang terlibat dalam penanaman teh di India dapat dilihat melalui karya novel yang ditulis oleh Mulk Raj

Anand yang berjudul Two Leaves and a Bud. Pada tahun 1932 dapat dilihat Tea District Emigrant Labour

Act telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan tempatan di Assam. Hal ini telah memberikan hak kepada kerajaan

tempatan iaitu di Assam dalam mengawal pengambilan buruh-buruh secara berlesen. Buruh-buruh ini juga

mendapat hak untuk dihantar pulang ke tempat asal selepas tiga tahun bekerja dengan pihak majikan. Selain

itu, jika mereka dipecat dan mengalami masalah kesihatan semasa bekerja, mereka turut akan dihantar balik

oleh pihak majikan.26 Dapat dilihat, akta menyeluruh yang menjaga kebajikan serta menegakkan hak-hak

buruh dalam perladangan, bukan sahaja teh malah kopi, getah dan chincona telah dilakukan secara

komprehensif selepas tahun 1951.

KESIMPULAN

Kedatangan pihak British ke India telah membawa begitu banyak perubahan yang ketara terutamanya

dalam aspek ekonomi. Dapat dilihat bahawa pihak British telah menentukan setiap dasar dan perincian

dalam bidang ekonomi terhadap negara yang dijajah oleh mereka iaitu India sehinggalah India mencapai

25 Ibid.

(17)

kemerdekaan pada tahun 1947. Dasar ekonomi British yang berpegang kepada doktrin laissez-faire atau

ekonomi bebas dilihat telah diamalkan di India. Dasar ini sesungguhnya melambangkan motif pihak British

yang hanya ingin mengaut keuntungan terhadap negara yang dijajah oleh mereka. Keuntungan ini

sebenarnya digunakan bukan untuk membangunkan negara yang dijajah sebaliknya digunakan untuk

membangunkan ekonomi negara mereka sendiri di samping membiayai keperluan mereka dalam

menghadapi masalah di peringkat tempatan.

Pengenalan ekonomi komersial yang dilakukan di India sebenarnya tidak lain dan tidak bukan

hanyalah bertunjangkan keuntungan semata-mata. Bagi melaksanakan hasrat tersebut pelbagai tanaman

jualan yang mendapat permintaan tinggi di pasaran telah diperkenalkan di India. Tanaman yang

dimaksudkan tidak hanya bertumpu kepada teh seperti yang dibincangkan malah turut melibatkan gandum,

jut, kopi, getah, candu dan nila. Teh menjadi keutamaan kerana nilai komersialnya yang tinggi dalam

kalangan elitis di Eropah sebelum ianya turut menjadi kegemaran masyarakat biasa. Usaha penanaman teh

ini bukan sahaja melibatkan sektor pertanian semata-mata malah turut menggerakkan sektor ekonomi lain

seperti perdagangan dan perindustrian. Jelas-jelas dapat dilihat bahawa pengenalan ekonomi komersial ini

hanyalah menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu pihak British.

Hal ini demikian kerana corak ekonomi komersial itu sendiri yang memerlukan modal besar,

penggunaan teknologi moden serta pelaburan yang banyak ternyata tidak mampu dilakukan oleh masyarakat

tempatan. Masyarakat tempatan semakin tertindas apabila ekonomi komersial diperkenalkan terutamanya

dalam sektor pertanian dan mereka terpaksa bekerja di bawah syarikat-syarikat British bagi meneruskan

kelangsungan hidup. Kebajikan serta hak mereka ditindas di bumi sendiri. Dari sudut ini dapat dilihat

walaupun ekonomi komersial berjaya membangunkan India akan tetapi sifat penjajah yang hanya tahu

menindas serta mengutamakan keuntungan semata-mata telah dicerminkan oleh pihak British itu sendiri.

Mereka hanya menggunakan India sebagai tempat untuk mengaut keuntungan dan membelakangkan

tanggungjawab dalam membangunkan negara tersebut.

Usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak British untuk mengembangkan tanaman teh di India pada

(18)

mewujudkan taman-taman botani, menghantar perisik ke China, membawa masuk pemodal Eropah,

pengenalan sistem pemilikan tanah baru, penyediaan kemudahan pengangkutan dan perhubungan,

pengkhususan tanaman dan sistem perladangan, mewujudkan akta penanaman teh serta mengimport buruh

dari China. Dalam kelapan-lapan usaha ini kesemuanya membawa impak tersendiri dan hanya satu usaha

sahaja yang dilihat kurang berjaya iaitu usaha pihak British dalam mengimport buruh-buruh dari China.

Akan tetapi perkara itu berjaya diselesaikan dan ternyata impian pihak British untuk menyaingi China dalam

pengeluaran teh serta memecahkan monopoli China dalam perniagaan teh telah berjaya.

Walaupun usaha-usaha tersebut secara kasar dilihat dapat membantu masyarakat tempatan pada

waktu yang sama akan tetapi sebenarnya jika dilihat secara mendalam masyarakat tempatan telah tertindas

sama sekali. Mereka merupakan tenaga-tenaga yang diperlukan oleh British untuk dikerah dalam usaha

mengembangkan penanaman teh di India. India dilihat berjaya menyaingi China dalam pengeluaran teh dan

teh juga merupakan antara eksport India yang terpenting pada tahun 1890-an. Pihak British sememangnya

terbukti begitu komited terhadap pembangunan ekomoni komersial di India terutamanya dalam penanaman

teh tetapi ideanya sebagai sebuah kuasa penjajah tidak dapat disembunyikan iaitu dengan menjadikan India

sebagai tanah jajahan yang digunakan untuk mendapatkan sumber bahan mentah bagi mengaut keuntungan

sama seperti kuasa penjajah lain.

BIBLIOGRAFI

1. Abdullah Zakaria Ghazali, (et. al.), Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan Dan Asia Timur 1800-1963,

(19)

2. Desai T. B., Economic History of India Under the British, Bombay: Vora & Co., 1972.

3. Dordon Johnson, Stewart Gordon, Chritopher Alan Bayly (ed.), The New Cambridge History of India

: Volumes 3-5, New York: Cambridge University Press, 1989.

4. E. Walsh Judith, A Brief History of India, New York: An Imprint Of Infobase Publishing, 2006.

5. Elaine Jackson, India Mengenal Ragam Budaya dan Geografi, terjemahan Suryani, Solo: PT Tiga

Serangkai Pustaka Mandiri, 2007.

6. H. Brockway Lucile, Science and Colonial Expansion, The Role of the British Royal Botanic

Gardens, London: Academic Press Inc. (London) Ltd., 1979.

7. H. Mair Victor, Erling Hoh, The True History Of Tea, London: Thames & Hudson Ltd., 2009.

8. Jayeeta Sharma, ‘British science, Chinese skills and Assam tea : Making empire’s garden,’ Journal of

The Indian Economic Social History, Jil. 43, No. 4, 2006.

9. Jayeeta Sharma, Empire’s Garden Assam and the Making of India, London: Duke University Press.,

2011.

10. K. Bhowmik Sharit, ‘Inequalities among the Working Class : a Historical Perspective,’ dalam T. K

Oommen, Classess, Citizenship, and Inequality : Emerging Perspective, India: Dorling Kindersley,

2010.

11. Kenneth Pomeranz, Steven Topik, The World That Trade Created, Society, Culture and The World

Economy (3rd Edition), 1400 to the Present, New York: Routledge, 2015.

12. Micheal Lipton, John Firm, Erosion of a Relationship: India and Britain Since 1960, London:

Oxford University Press., 1975.

13. Mohammad Tarique, Modern Indian History, New Delhi: Tata McGraw-Hill Publishing Company

Limited, 2008.

14. P. Behal Rana, ‘Power Structure, Discipline, and Labour in Assam Tea Plantation During Colonial,’

dalam Rana P. Behal, Marcel Van Der Linden, Coolies, Capital, and Colonialism : Studies in Labour

History, Cambridge: University of Cambridge, 2006.

15. Panday S. N., Economis History of Modern India, India: Readworthy Publications, 2008.

16. Ratna Somantri, The Story in A Cup of Tea Secangkir Kisah Pencinta Teh, Jakarta: TransMedia

(20)

17. S. Bowman John, Chronologies of Asian History and Culture, Columbia: Columbia University Press,

2000.

Figur

Memperbarui...

Referensi

Memperbarui...