• Tidak ada hasil yang ditemukan

Krisis di Sudan Selatan Pergelutan Polit

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Krisis di Sudan Selatan Pergelutan Polit"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

KRISIS DI SUDAN SELATAN: PERGELUTAN POLITIK- KUASA MENGUBAH IMPIAN (HARAPAN) SEBUAH NEGARA BARU KEPADA MIMPI BURUK OLEH SHAFIY MAZLAN (APR 2014)

9 Julai 2011, ribuan penduduk selatan bersorak ‘kebebasan’ bagi meraikan kelahiran sebuah negara baru. Penhisytiharan kemerdekaan selatan yang turut disambut oleh pemimpin- pemimpin politik di Selatan, termasuklah, Presiden Salva Kiir bukan sahaja meraikan penamatan penguasaan dominasi Arab Utara tetapi juga lebih menunjukkan peristiwa yang amat signifikan dalam menamatkan konflik berpanjangan yang telah mengorbankan hampir 2.5 juta manusia dan ribuan lagi menjadi pelarian. Namun kini, harapan telah bertukar kepada mimpi buruk apabila krisis politik dalaman telah membantutkan usaha pembangunan di Selatan Sudan dan menurut kenyataan PBB, angka korban akibat konflik dijangka akan terus

meningkat disamping jumlah pelarian yang hampir mencecah 1 juta orang. Memetik laporan VOA (Voice of America) pada 1 April 2014, lebih 1 juta orang dipaksa

meninggalkan kediaman masing- masing akibat konflik, disamping itu, dianggarkan 254600 orang melarikan diri ke negara jiran dan 803000 orang menjadi pelarian di negara sendiri.

Krisis di Sudan selatan semakin meruncing apabila dilaporkan bahawa dalam tempoh 100 hari semenjak tercetusnya konflik, dianggarkan lebih 1 juta orang telah menjadi pelarian bagi mendapatkan perlindungan, manakala 3.7 juta orang

diancam kebuluran. Lebih menyayat hati apabila terdapat laporan media yang menyebut bahawa pelarian terpaksa memakan rumput bagi semata- mata untuk meneruskan hidup. Krisis kemanusiaan di sudan selatan berlaku disebabkan pergelutan kuasa antara pemimpin- pemimpin elit selatan terutamanya

membabitkan penguasaan dalam SPLA. Pertelingkahan politik dan perebutan kuasa adalah masalah yang diperhatikan oleh para penganalisis sebagai krisis yang

mampu mengugat kebebasan dan legitimasi kemerdekaan selatan. Insiden pada 15 Disember 2013 bermula setelah berlaku pertelingkahan politik yang ketara apabila Dr. Riek Machar, Pagan Amum dan Rabecca Nyandeng de Mabior yang membuat keputusan untuk memboikot mesyuarat National Liberation Council yang diadakan di Nyakuron. Episod konflik di selatan tidak berkesudahan di situ sahaja, malah pertelingkahan antara Presiden Kiir dan Riek Machar menjadi semakin serius selepas berlaku pertempuran bersenjata antara Dinka dan Nuer.

(2)

Disember 2013, kumpulan Machar merancang untuk mengadakan protes jalanan bagi menentang apa yang didakwanya sebagai pencabulan kuasa oleh Kiir. Pada 15 Disember, Machar, Amum dan Rebecca Nyandeng telah memboikot mesyuarat NLC. SItuasi semakin tegang apabila Kiir telah mengarahkan Major General Marial

Ciennoung balik ke HQ bagi melaksanakan perlucutan senjata kepada semua anggota tentera Dinka dan Nuer. Namun, pertikaian telah berlaku setelah tentera Nuer tidak berpuas hati apabila hanya tentera Dinka sahaja yang diarahkan

mengangkat senjata. Tentera Nuer dilaporkan telah menceroboh masuk stor senjata dan insiden ini telah mencetuskan pertempuran antara etnik yang berlaku di Juba dan meluas ke wilayah Jonglei. Pada 16 Disember 2013, Kiir mendakwa Machar cuba untuk merampas kuasa, tetapi Machar telah menafikan tuduhan tersebut.

Konflik di Selatan telah menggambarkan pergelutan politik antara etnik. Tambahan pula, para penganalisis telah mengjangkakan bahawa masalah

pergelutan politik dan keganasan etnik dianggap sebagai masalah utama di Sudan Selatan selepas tiga tahun mengecapi kemerdekaan. Pergelutan kuasa dalam SPLM/A bukanlah isu baru dalam sejarah penubuhan Sudan Selatan, pada tahun 1991 (semasa Perang Utara- Selatan sedang meletus) Machar (Komander SPLM/A Nuer) telah berpecah dari organisasi tersebut yang ketika itu diketuai oleh John Garang. Machar bertindak demikian kerana mendakwa Garang telah mencabuli hak asasi manusia dalam objektif menentang Khartoum. Permainan politik oleh kerajaan Sudan juga dengan membiayai pergerakan kumpulan- kumpulan yang berpecah dari SPLM/A dilihat sebagai faktor perpecahan dalam SPLM/A. Pada Disember 2014, Kiir juga telah merujuk perpecahan 1991 sebagai amaran kepada tindakan Machar yang cuba mencabar kuasa eksekutif presiden.

Pergelutan kuasa di Selatan juga menunjukkan pergelutan kelas yang menunjukkan perebutan antara etnik untuk menguasai kekayaan minyak

terutamanya di kawasan konflik seperti Upper Nile dan Unity. Laporan BBC pada 22 Disember 2013, melaporkan Machar menguasai kawasan- kawasan penting

Referensi

Dokumen terkait

Berkaitan dengan hal tersebut, Polisi Resort Bungo seyogyanya melaksanakan peran dan fungsi Polri tersebut, salah satu programnya adalah dalam bentuk Patroli

1) Dengan memasukan nilai yang diperoleh setiap Karyawan kedalam sistem, secara otomatis sistem akan menampilkan nama Karyawan yang di Rekomendasi dan Tidak Rekomendasi,

Orang yang membeli ditempat saya tidak hanya pendaki saja, banyak para warga yang juga membeli karena lokasi tempat jualan saya juga dipinggir jalan dan di

Tujuan yang ingin dicapai dalam pengawasan harus jelas karena akan memberikan arah yang pasti terhadap segala tindakan pengawasan yang dilakukan. Sasaran pengawasan merupakan obyek

Sistem plumbing adalah bagian yang tidak dapat dipisahkan dari bangunan gedung, oleh karena itu perencanaan sistem plambing haruslah dilakukan bersamaan dan sesuai

Temuan penelitian tersebut bahwa untuk membangun kepuasan klien maka kualitas layanan yang diberikan harus bisa diandalkan (reliability), daya tanggap penyaji jasa

Sehingga dalam penelitian ini diangkat bagaimana merencanakan, membuat skedul proyek pembangunan yang effisien memiliki waktu yang pendek dengan biaya terkendali, serta mengevaluasi

Hasil uji wilcoxon untuk tingkat ketimpangan perkembangan masing-masing daerah di Ciayumajakuning tahun 2000 dan 2009 menunjukan tidak terdapat perbedaan tingkat ketimpangan