• Tidak ada hasil yang ditemukan

Critical success factor bagi program keusahawanan di Jabatan Perdagangan Politeknik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Critical success factor bagi program keusahawanan di Jabatan Perdagangan Politeknik"

Copied!
46
0
0

Teks penuh

(1)

CRITICAL SUCCESS FACTOR BAGI PROGRAM KEUSAHAWANAN DI JABATAN PERDAGANGAN POLITEKNIK

SITI KHADIJAH BINTI MAT MOM

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

(2)

v

ABSTRAK

Konsep Critical Success Factor berkait rapat mengenai pengurusan dalam mencapai misi dan matlamat perniagaan dalam sesebuah organisasi. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji empat elemen Critical Success Factor di Jabatan Perdagangan Politeknik seterusnya melihat kecenderungan pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Kajian jenis kuantitatif ini telah dibuat ke atas pensyarah di Jabatan Perdagangan Politeknik bagi zon Utara. Seramai 190 sampel kajian yang terlibat dalam penyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik. Antara enam buah politeknik di zon Utara yang terlibat dalam penyelidikkan ini adalah Politeknik Politeknik Tunku Syed Sirajuddin, Perlis, Politeknik Sultan Abdul Halim Muazzam Shah, Kedah, Politeknik Tunku Sultanah Bahiyah, Kedah, Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang, Politeknik Ungku Omar, Perak dan Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak. Data yang diperolehi dianalisis mendapati nilai skor min bagi ketiga-tiga persoalan kajian iaitu, mengenalpasti elemen Critical Success Factor yang digunakan, cabaran dalam usaha melaksanakan elemen Critical Success Factor dan mengenalpasti tahap kecenderungan pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan adalah tinggi. Manakala bagi persoalan kajian keempat iaitu mencari hubungan korelasi Pearson antara elemen Critical Suceess Factor dengan kecenderungan pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan adalah berada pada tahap lemah, sekaligus menunjukkan Ho tidak diterima. Kesimpulannya, elemen Critical Success Factor ini memainkan peranan dalam pembentukkan organisasi yang berkesan supaya pembentukan matlamat dan objektif tercapai.

(3)

ABSTRACT

The concept of Critical Success Factors related to the management in achieving the mission and business goals of an organization. This study aims to examine four elements of Critical Success Factor in Polytechnic at Department of Commerce and participating student in entrepreneurship area. The quantitative methods was applied and conducted to lecturer in Polytechnic at the Department of Commerce for north area. Around 190 samples involved in this research by using distribute questionnaire as instruments. There are six Polytechnics are involved in this research such as Polytechnic Tunku Syed Sirajuddin, Perlis, Polytechnic Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah, Polytechnic Tunku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah, Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang, Polytechnic Ungku Omar, Perak and Polytechnic Sultan Azlan Shah, Perak. Result score min for three of research question which is, identify the element of Critical Success Factor, challenges in order to implement of element Critical Success Factor and students participation in entrepreneurship is high score min recorded. While for the fourth research question which to find out Pearson correlation between the elements involved Critical Success Factors and involvement student in entrepreneurship area is categorize as week, therefore Ho not accepted. As a conclusion, element of Critical Success Factor play important roles in efficient organization so that mission and objective of organization can achieve.

(4)

vii

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS PROJEK SARJANA

HALAMAN JUDUL i HALAMAN PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xi SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SIMBOL xiv SENARAI LAMPIRAN xvi 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Penyataan Masalah 9 1.4 Tujuan Kajian 10 1.5 Objektif Kajian 10 1.6 Persoalan Kajian 11 1.7 Hipotesis 11 1.8 Kepentingan Kajian 12

(5)

1.9 Skop kajian 14

1.10 Kerangka Konsep Kajian 15

1.11 Definisi Konsep dan Operasi 16

1.11.1 Keusahawanan 16

1.11.2 Critical Success Factor 17

1.11.3 People 17 1.11.4 Task 18 1.11.5 Structure 18 1.11.6 Technology 18 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 19

2.2 Model Leavitt Diamond 20

2.3 Keusahawanan 23 2.4 Pendidikan Keusahawanan di Jabatan Perdagangan 25

Politeknik 2.5 Critical Success Factor 28 2.5.1 Elemen-elemen Critical Success Factor 29 2.5.1.1 People 29 2.5.1.2 Task 30

2.5.1.3 Stucture 31

2.5.1.4 Technology 32

2.5.2 Cabaran dalam Usaha Melaksanakan Critical 34 Success Factor di Jabatan Perdagangan Politeknik 2.5.3 Kecenderungan Pelajar untuk melibatkan diri 34

dalam Bidang Keusahawanan

2.6 Kajian- kajian Terdahulu 35

(6)

ix

3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 37

3.2 Rekabentuk Kajian 38

3.3 Kerangka Operasi Kerja 39

3.4 Lokasi Kajian 41

3.5 Populasi Dan Sampel Kajian 41

3.6 Instrumen Kajian 42

3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan 45

3.7.1 Kesahan 45 3.7.2 Kebolehpercayaan 45 3.7.3 Kajian Rintis 46 3.8 Pengumpulan Data 48 3.9 Analisis Data 49 3.10 Rumusan 51 4 ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 53 4.2 Analisis Kajian 54 4.2.1 Analisis Demografi 55

4.2.2 Elemen Critical Success Factor 58 4.2.3 Cabaran dalam melaksanakan elemen 63 Critical Success Factor di Jabatan Perdagangan

4.2.4 Kecenderungan pelajar untuk melibatkan 66 diri dalam bidang keusahawanan 66 4.2.5 Hubungan elemen Critical Success Factor 67

dengan kecenderungan pelajar dalam bidang keusahawanan

(7)

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Ringkasan 74

5.2 Rumusan Kajian 75

5.2.1 Rumusan analisis faktor demografi 75 5.2.2 Rumusan Persoalan Kajian 76

5.3 Perbincangan 77

5.3.1 Perbincangan Elemen-elemen CSF yang 77 digunakan di Jabatan Perdagangan Politeknik

5.3.2 Perbincangan cabaran dalam melaksanakan 81 eleme-elemen CSF di Jabatan Perdagangan

Politeknik

5.3.3 Perbincangan Kecenderungan pelajar untuk 83 melibatkan diri dalam bidang keusahawanan

5.3.4 Perbincangaan Hubungan antara elemen- 85 eleme CSF dengan kecenderungan pelajar

untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan

5.4 Rumusan 86

5.5 Kerangka Cadangan Kecenderungan Pelajar untuk 87 melibatkan diri dalam bidang keusahawanan

5.6 Cadangan Kajian 91

5.7 Cadangan untuk Kajian Lanjutan 93

5.8 Kesimpulan 94

RUJUKAN

(8)

xi

SENARAI JADUAL

1.1 Pencapaian Graduan Politeknik 7

3.1 Populasi dan Sampel Kajian 43

3.2 Skor pemberatan skala Likert 45

3.3 Tahap kecenderungan keputusan 46

3.4 Skor Alpha Cronbach 47

3.5 Interpretasi Skor Alpha Cronbach 49

3.6 Pemilihan Kaedah Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 51

3.7 Kekuatan Nilai Korelasi 52

4.1 Tahap Skor Min Kajian 55

4.2 Julat Penentu Tahap Korelasi 55

4.3 Jantina Responden 57

4.4 Bilangan dan Peratusan Responden mengikut Umur 57 4.5 Bilangan dan Peratusan Responden mengikut Tempoh 58

Perkhidmatan

4.6 Analisis Min dan Sisihan Piawai bagi Item CSF (People) 59 4.7 Analisis Min dan Sisihan Piawai bagi Item CSF (Task) 60 4.8 Analisis Min dan Sisihan Piawai bagi Item CSF (Structure) 61 4.9 Analisis Min dan Sisihan Piawai bagi Item CSF 62

(Technology)

4.10 Elemen CSF secara keseluruhan 63

4.11 Analisis Min dan Sisihan Piawai bagi Cabaran yang dihadapi 64 Dalam Usaha Melaksanakan CSF (Pendedahan terhadap

Konsep CSF)

(9)

Dalam Usaha Melaksanakan CSF (Perubahan Arus Semasa)

4.13 Cabaran Dalam Usaha Melaksanakan CSF secara Keseluruhan 66 4.14 Analisis Min dan Sisihan Piawai bagi Tahap Kecenderungan 67

Pelajar untuk melibatkan diri dalam keusahawanan

4.15 Hubungan Kolerasi antara elemen CSF dengan kecenderungan 68 pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan

4.16 Hubungan Kolerasi antara elemen CSF (people) dengan 69 kecenderungan pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang

keusahawanan

4.17 Hubungan Kolerasi antara elemen CSF (structure) dengan 70 kecenderungan pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang

keusahawanan

4.18 Hubungan Kolerasi antara elemen CSF (task) dengan 71 kecenderungan pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang

keusahawanan

4.19 Hubungan Kolerasi antara elemen CSF (technology) dengan 72 kecenderungan pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang

(10)

xiii

SENARAI RAJAH

1.1 Kerangka Konsep Kajian 15

2.1 Model Leavitt’s Diamond 20

(11)

SENARAI SIMBOL

ABBM Alat Bantu Bahan Mengajar CSF Critical Success Factor

DEB Dasar Ekonomi Baru

DPN Dasar Pembangunan Nasional IPT Institusi Pengajian Tinggi

JP Jabatan Perdagangan

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia KPT Kementerian Pengajian Tinggi MARA Majlis Amanah Rakyat

MBE Model Baharu Ekonomi

PUNB Perbadanan Usahawan Nasional Berhad PSPTN Pelan Strategi Pengajian Tinggi Negara PTSS Politeknik Tunku Syed Sirajuddin, Perlis

POLISAS Politeknik Sultan Abdul Halim Muazzam Shah, Kedah PTSB Politeknik Tunku Sultanah Bahiyah, Kedah

PSP Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang PUO Politeknik Ungku Omar, Perak

(12)

xv

R&D Penyelidikan dan Pembangunan RMK-9 Rancangan Malaysia Ke 9

(13)

SENARAI LAMPIRAN

A CARTA GANTT

B JADUAL KREJCIE MORGAN

C BORANG PENGESAHAN PAKAR

D SURAT KEBENARAN

E BORANG SOAL SELIDIK

F KAJIAN RINTIS

G ANALISIS DATA

(14)

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pembentukkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah membuka lembaran baru dalam sistem ekonomi di Malaysia. Pelan untuk DEB ini bermatlamatkan untuk mengurangkan kadar kemiskinan tegar tanpa mengira bangsa melalui kenaikkan taraf pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia (Othman & Panniappan, 2012). Selain itu juga, penyusunan semula masyarakat bagi memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi yang sebelum ini dimanapoli sesetengah kaum (Unit Perancang Ekonomi). Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah membuktikan ketidakpuasan hati dan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum menyebabkan kegagalan integrasi nasional dibentuk. Melalui DEB dan kini diteruskan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah mewujudkan masyrakat yang lebih bersatu padu dan adil dalam mempertingkatkan ekonomi negara (Ibrahim & Ahmad, 2006). Strategi yang digunapakai adalah dalam memperkenalkan bidang keusahawanan itu kepada kaum Melayu yang terkebelakang dalam menerajui ekonomi Malaysia pada ketika itu. Bidang keusahawanan bukanlah suatu bidang yang asing lagi bagi masyarakat di Malaysia. Dalam masa yang sama, pihak kerajaan memainkan peranan dalam memberi tumpuan kepada aspek-aspek seperti penguasaan teknologi moden supaya dapat

(15)

melahirkan usahawan yang berpengetahuan dan berteknologi (technopreneur) untuk sama-sama bersaing maju dengan negara luar selaras cabaran perkembangan ekonomi negara. Menurut Basir, Che Pa & Raja Sulong (2009), cabaran yang dihadapi oleh usahawan adalah berbeza bagi negara yang membangun dan negara maju. Pasaran yang tidak menentu, kurangnya penyerapan teknologi dunia, kekurangan modal serta pentadbiran yang kurang cekap merupakan cabaran utama yang dihadapi dalam mengangkat naik bidang keusahawanan ini. Oleh itu, cabaran seperti ini perlu ditangani oleh usahawan-usahawan yang cekal dalam meneruskan perusahaan perniagaan mereka.

Seiring dengan istilah usaha itu sendiri yang bermaksud daya upaya termasuk ikhtiar, kegiatan, akal, kekuatan serta kebolehan dan lain-lain perkara untuk melaksanakan sesuatu perkerjaan. Manakala keusahawanan menurut perspektif peniaga, usahawan merupakan pesaing, rakan niaga, pembekal serta pelanggan kepada peniaga lain dan mencipta peluang pekerjaan. Secara keseluruhannya, keusahawanan adalah proses berdepan dengan risiko kewangan, fizikal dan sosial dalam usaha mendapatkan ganjaran, kepuasan hati serta kebebasan diri dalam menghasilkan sesuatu (Hisrich & Peters, 2008). Sehubungan dengan itu, bidang keusahawanan itu sendiri menjadi semakin disegani dan dilihat sebagai salah satu cara untuk mewujudkan peluang pekerjaan, tidak hanya pada semangat keusahawanan yang ada tetapi perlu seiring dengan komitmen, pendidikan yang berkualiti serta faktor kritikal untuk kejayaan usahawan bagi mana-mana negara di semua peringkat pembangunan ekonomi (Arthur & Hisrich, 2012).

Ilmu keusahawanan perlu diterapkan sejak dari peringkat sekolah rendah lagi untuk pembentukan dan dalam masa yang sama memupuk kesedaran nilai-nilai serta ciri-ciri seorang usahawan dalam diri pelajar (Harun, 2007). Bertepatan dengan ini, Kementerian Pelajaran telah pun mengorak langkah awal dengan memperkenalkan tajuk perdagangan dan keusahawanan di dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (teras dan elektif) bermula dari tingkatan satu hingga ke tingkatan tiga lagi (KPM, 2007). Pendidikan keusahawanan di peringkat pendidikan tinggi juga semakin berkembang di Malaysia dalam bentuk akademik dan kokurikulum. Pertambahan penawaran kursus akademik sebagai kursus teras, kursus elektif, program

(16)

3

keusahawanan, Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan dan juga kursus di peringkat pasca-siswazah (Ismail, 2005).

Sehubungan dengan itu, bidang keusahawanan menjadi semakin meluas setelah pelbagai galakkan dan peluang yang diberikan oleh pihak-pihak terlibat. Dalam masa yang sama potensi keusahawanan dalam kalangan pelajar kian juga meningkat dalam agenda negara di mana telah menarik minat institusi dan pendidik untuk memberi tumpuan kepada kajian terperinci ke dalam aktiviti keusahawanan yang boleh didedahkan kepada mereka (McLarty, 2004). Budaya ini telah mencerminkan perubahan dalam corak pekerjaan dan meningkatkan ekonomi negara. Menurut McLarty (2004), perniagaan yang dikendalikan oleh graduan adalah berjaya tetapi dipengaruhi oleh sejauh mana graduan menerima pelbagai perkhidmatan sokongan. Permintaan pelajar terhadap pendidikan keusahawanan mempunyai kesan yang kuat. Menurut Roudaki (2009), dalam tinjauannya sejumlah lima puluh peratus daripada pelajar-pelajar Universiti Lincoln menyatakan bahawa keusahawanan itu dibuat dan bukan dilahirkan menjadikan kualiti keusahawanan di kalangan graduan meningkat.

Oleh yang demikian, kerajaan memainkan peranan penting dalam mengorak langkah untuk memperkenalkan pelbagai usaha dalam menarik minat pelajar-pelajar yang masih lagi belajar tetapi dalam masa yang sama melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Tidak semua pelajar berminat untuk tampil ke depan tetapi dengan peranan yang dan galakan oleh pihak institusi bersama pihak kerajaan melalui program-program keusahawanan dapat sedikit sebanyak memupuk secara tidak sedar bidang keusahawanan dalam kalangan pelajar. Program-program pendidikan dan latihan keusahawanan yang ditawarkan oleh pelbagai agensi pengendali seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN), Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Perbadanan Produktiviti Negara dan institusi-institusi latihan swasta perlu dimanfaatkan oleh graduan yang berkencederungan dalam memulakan perusahaan mereka (Mohd Osman, 2007).

Pada Febuari 2010, Menteri Pengajian Tinggi telah melancarkan Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan tujuan untuk

(17)

menggalakkan dan memantapkan pembangunan keusahawanan yang lebih terancang dalam kalangan IPT tempatan (KPT, 2010). Dalam mencapai status negara maju menjelang 2020, adalah diharapkan untuk meramaikan lagi graduan-graduan yang bertindak sebagai pemangkin transformasi ekonomi negara kepada negara berpendapatan tinggi (KPT, 2010) termasuklah Politeknik di seluruh Malaysia. Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab Rahim Md Noor berkata, pelan yang diperkenalkan menerusi Pusat Keusahawanan Politeknik Malaysia (MPEC) iaitu pelan strategik itu terbahagi kepada dua, iaitu jangka masa pendek dan panjang. Ini kerana untuk melahirkan usahawan bukan perkara yang mudah jadi untuk permulaan pelan jangka pendek akan dilangsungkan dalam tempoh dua tahun bermula sekarang dan berakhir pada 2015. Selain telah memperuntukkan sejumlah 2.7 juta pada tahun 2013 untuk menambah baik bidang keusahawanan dalam kalangan pelajar kemahiran serta pelajar politeknik mempunyai pandangan yang lebih matang mengenai bidang keusahawanan (KPT, 2010).

Melalui pelan pembangunan seperti ini dapat meningkatkan semangat dan memberi peluang untuk pelajar menceburkan diri dalam bidang keusahawanan selain daripada mendapat pendidikan keusahawanan di dalam setiap kursus yang ditawarkan di Politeknik. Penawaran khusus keusahawanan dalam pendidikan di Politeknik tidak lagi asing kepada pelajar-pelajar untuk menyediakan asas keusahawanan sebagai langkah persediaan awal untuk menghadapi realiti kehidupan selepas belajar (Rosli, 2013). Untuk setiap khursus yang ditawarkan semestinya mempunyai kebaikan dan keutamaan dalam pembangunan pendidikan keusahawanan dan untuk mencapai kejayaan dalam setiap perancangan, perlu ada visi dan misi yang jelas serta Critical Success Factor yang dapat dijadikan sebagai hala tuju supaya setiap objektif tercapai (Trkman, 2010). Dalam hal ini, terdapat beberapa elemen Critical Success Factor yang boleh digunapakai supaya setiap tindakan dalam membangunkan dan menjayakan kursus keusahawanan ini kerjaya dalam kalangan pelajar Politeknik.

Konsep Critical Success Factor telah dibangunkan oleh Ronald Daniel McKinsey & Company pada tahun 1961. Ismail (2005) menyatakan dalam tulisan Licker (1997) bahawa analisis bermula dengan menyenaraikan critical success kepada

(18)

5

kejayaan success. Faktor ini akan dianalisis terhadap penyumbangan maklumat kepada maklumat dalam menentukan untuk membuat keputusan bagi mencapai Critical Success Factor sesebuah organisasi. Melalui konsep Critical Success Factor yang dicadangkan untuk menentukan kejayaan sesuatu perkara, terdapat beberapa elemen penting dalam membangunkannya termasuk dalam bidang pendidikan (Dexter, 2010). People, task,, structure, technology merupakan elemen penting dalam menentukan Critical Success Factor sesuatu perkara dan menurut Ibrahim, Basir, Daud (2012) elemen ini penting dalam mengenalpasti faktor- faktor yang utama supaya dapat memberi fokus dalam kejayaan projek atau sesebuah organisasi.

Justeru itu, kajian ini adalah untuk mengenalpasti elemen Critical Success Factor yang digunakan serta cabaran dalam melaksanakan elemen ini oleh pihak Jabatan Perdagangan Politeknik untuk menjayakan pendidikan keusahawanan dalam mencari titik kejayaan supaya dengan bidang keusahawanan ini dapat membangun selaras dengan penglibatan pelajar dan usaha kerajaan dalam mewujudkan konsep ekonomi berdikari dan mengurangkan perkerjaan secara makan gaji (Santos, 2012)

1.2 Latar Belakang Masalah

Matlamat kerajaan untuk melahirkan insan yang perindustrian dan perdagangan negara adalah berkait rapat dengan elemen pendidikan yang didedahkan. Pendidikan yang menyeluruh adalah merangkumi kesemua aspek, iaitu aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dikaitan adalah nilai keusahawanan dan jati diri dalam seseorang pelajar itu. Walaubagaimanapun, ilmu dan kemahiran secara berdikari masih tidak dapat digunapakai setelah tamat pengajian (Sufean, 2004). Disebabkan keadaan inilah yang menjadi punca peningkatan masalah penganguran dalam kalangan pelajar graduan IPTA termasuklah graduan Politeknik yang mana tiada kesanggupan untuk menceburi bidang seperti keusahawanan.

(19)

Sehingga bulan Januari 2012 adalah sebanyak 3.2 peratus telah mencatatkan jumlah penganguran berdasarkan perangkaan pengganguran yang telah dibuat oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (2012). Mengikut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2009, mencatatkan peratusan graduan yang menganggur adalah 3.2 peratus iaitu seramai 63, 000 graduan yang gagal mendapat pekerjaan. Menurut Yusof (2008), para majikan sering kali menyuarakan rungutan dan kebimbangan terhadap graduan yang mana tidak dilengkapi dengan ilmu dan kemahiran yang secukupnya untuk melangkah ke alam pekerjaan. Isu pengangguran dalam kalangan graduan adalah bukan suatu pekara yang baru malah memberi masalah besar kepada negara. Fokus utama kerajaan adalah untuk mengatasi masalah graduan dan pengangguran (Nordin, 2010). Menurut Mohd Osman (2007), bidang keusahawanan yang dipelopori oleh graduan dapat membendung dan sekali gus mengurangkan masalah pengangguran di negara ini. Menghasilkan graduan yang mendapat pekerjaan yang sesuai adalah matlamat utama KPT, graduan yang berjaya membawa ilmu dan kemahiran yang telah diterapkan semasa proses pembelajaran beserta mempunyai nilai tambah dari segi soft skill adalah sangat memenuhi kehendak pasaran (KPT, 2009)

Pendedahan terhadap budaya keusahawan ini adalah menepati hasrat dan objektif kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang berdaya saing dan berdaya tahan dalam pembangunan modal insan negara. Bidang keusahawanan merupakan landasan utama kepada pembangunan insan dengan melahirkan sumber tenaga manusia yang dapat memelihara kestabilan ekonomi, sosial dan politik negara (Esa, Hassan, Hassim & Hadi, 2012). Menurut Omar (2011) untuk menjayakan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar, pihak institusi pengajian perlu mempunyai pelan tindakan kerana keusahawanan merupakan salah satu bidang yang sangat penting di Malaysia ketika ini. Sehubungan dengan itu, pihak institusi seperti Politeknik perlu untuk memantapkan kurikulum dan kokurikulum yang berkaitan keusahawanan di semua aliran pengajian yang mana telah dicadangkan dalam kajian Warman, Roddin, Esa, Awang, Mohamed, Ab. Rahman (2010). Dalam kajian beliau menyimpulkan bahawa pelbagai program yang dijalankan bagi menggalakkan pernyertaan pelajar-pelajar dan alternatif kepada mereka untuk

(20)

7

peluang keusahawanan selaras dengaan ilmu yang telah dibekalkan semasa di Politeknik.

Melalui perancangan yang sistematik dan berencana, minat serta kecenderungan pelajar terhadap bidang keusahawanan ini dapat dipupuk dan diterapkan dengan lebih berkesan. Manakala penubuhan Pusat Pembangunan Usahawan PUO (PEDEC) adalah merupakan satu percubaan untuk mencapai hasrat tersebut. Pada tahun 2013 ini, tedapat 20 buah IPT awam bertaraf Universiti, 32 buah Politeknik, 37 buah Kolej Komuniti dan 32 buah Universiti dan Kolej Universiti wasta di Malaysia. Pihak IPT perlu menyediakan tenaga pengajar atau kakitangan akademik yang berkelayakkan dan terlatih bagi menjamin kualiti serta keberkesanan pendidikan dalam meningkatkan minat dan kebolehpasaran pekerjaan pelajar yang telah tamat pengajian terutamanya menceburi bidang keusahawanan sebagai kerjaya mereka.

Kajian Pengesanan Graduan Politeknik yang mana dilaksanakan pada setiap tahun merupakan satu usaha berterusan dilaksanakan oleh Jabatan Pengajian Politeknik bagi mengukur serta mendapatkan maklum balas daripada graduan Politeknik supaya hasil dapatan dapat dijadikan penambahbaikkan dalam usaha memberi petunjuk yang baik terhadap kebolehan pelajar dalam kebolehpasaran mendapatkan pekerjaan. Dalam tempoh beberapa tahun menunjukkan peratusan bagi pilihan bekerja, tidak bekerja dan lanjutan pengajian. Jadual 1.1 menunjukkan Pencapaian Graduan Politeknik dari tahun 2006 sehingga 2009.

Jadual 1.1: Pencapaian Graduan Politeknik Tahun Kajian

Pengesahan Graduan

Peratusan Responden(%)

Bekerja Lanjutan Pengajian Tidak Bekerja

2006 50.8 18.4 30.8

2007 46.5 20.8 32.7

2008 53.9 19.8 26.3

2009 50.2 7.8 37.1

(21)

Melalui Akta Universiti dan Kolej Universiti 1996, telah menyebabkan perluasan pendidikan dengan peningkatan institusi swasta (KPTM, 2006). Menurut Sufean (2004), menyifatkan lebih banyak peluang pendidikan di peringkat tinggi terhadap perubahan pendidikan yang dijana untuk menjadikan negara ini sebagai pusat pendidikan antarabangsa. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (2012), telah menunjukkan graduan Politeknik yang terlibat dalam bidang keusahawanan. Bidang keushawanan dijadikan sebagai pilihan terakhir atau pekerjaan sementara sahaja. Ini bermakna, setelah gagal untuk mendapatkan pekerjaan, bidang keusahawanan barulah menjadi pilihan mereka dan menganggap pekerjaan selain keushawanan adalah lebih stabil dan membanggakan. Situasi ini ternyata tidak selaras dengan aspirasi dan cabaran dalam mewujudkan pembangunan modal insan yang berterusan dalam negara (Harun & Nasharudin, 2010)

Menurut Mohamed (2005), adalah sangat penting dalam melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri usahawan dan boleh berdikari dalam pasaran kerja serta biasa dengan dunia perniagaan dalam program pendidikan dan latihan keusahawanan seperti penawaran kursus dan program keusahawanan yang dijalankan oleh pihak institusi pengajian. Oleh itu, untuk seseorang itu mula meminati bidang keusahawanan, persediaan pendidikan keusahawanan merupakan langkah awal dalam memulakan kerjaya mereka berdasarkan keinginan dan persediaan yang wujud dalam diri mereka. Pendidikan keusahawanan yang diterapkan dalam program yang mereka ikuti adalah memudahkan mereka untuk mendalami ilmu dalam bidang keusahawanan ini.

Langkah utama dalam menanam kecenderungan pelajar terhadap keusahawanan adalah dalam pendidikan keusahawanan itu sendiri. Sesetengah institusi pengajian tinggi tidak memberi penekanan dalam usaha mendedahkan bidang keusahawanan ini kepada pelajar. Menurut Rosli (2013), kurikulum dan program-program yang berkait rapat dengan pembentukkan kecenderungan keusahawanan perlu dilaksanankan untuk menjayakan pembudayaan bidang keusahawanan. Justeru itu, pihak institusi Politeknik memainkan peranan untuk mencipta kaedah-kaedah dan langkah-langkah yang dapat menarik pelajar dalam bidang keushawanan ini supaya pelajar berkecenderungan dalam menjayakan program keusahahwanan setelah tamat pengajian kelak. Tenaga pengajar di

(22)

9

Politeknik perlu mencari faktor kejayaan supaya dapat melihat kecenderungan pelajar dalam pendidikan keusahawanan.

Antara Critical Success Factor yang telah dikenalpasti akan mempengaruhi hasil perlaksanaan dalam sesebuah organisasi ialah pembolehubah people seperti keperluan, gaya kognitif, personaliti, demografi, gaya-keputusan, dan jangka sumbangan, pembolehubah structure seperti pembezaan atau integrasi, tahap pemusatan, autonomi unit, budaya, norma-norma kumpulan, sistem ganjaran, dan pengagihan kuasa, pembolehubah task seperti penglibatan pengguna, sifat komunikasi penganalisis-pengguna, kesahihan organisasi, dan kewujudan jisim kritikal dan pembolehubah technology yang termasuk jenis teknologi (MIS, TPS, alat CASE, EMS, dan lain-lain), dan ciri-ciri teknologi seperti pemindahan, pelaksanaan, dan kandungan budaya (Sarker, 2000).

1.3 Penyataan Masalah

Politeknik merupakan salah sebuah Institusi pengajian tinggi yang bertujuan untuk melahirkan juruteknik dan pekerja mahir peringkat pertengahan untuk keperluan kilang dan industri (KPT, 2010). Walaupun begitu, hasrat kerajaan untuk memperluaskan penglibatan pelajar dalam program keusahawanan tidak terkecuali kepada pelajar di Politeknik. Oleh itu, pihak pengurusan dan pentadbir pendidikan bertanggungjawab dalam membentuk budaya keusahawanan kepada pelajar untuk mempertingkatkan kemajuan negara. (Warman et al, 2010). Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan oleh pihak universiti dalam membantu pelajar menceburi bidang keusahawanan ini dan seorang pelajar memerlukan kemahiran keusahawanan untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya. Ini boleh dirujuk pada ciri-ciri usahawan itu sendiri, di mana seorang usahawan perlulah kreatif, mempunyai daya imaginasi yang tinggi, inisiatif dan mampu membuat perubahan dan menggunakan peluang yang ada dengan baik (Dabson, 2005).

(23)

Menurut Harun & Nasharudin (2010) lagi, institut pengajian tinggi boleh melakukan pelbagai cara untuk membantu pelajar-pelajar melibatkan diri secara langsung atau tidak dalam bidang keusahawanan ini seperti menubuhkan kelab usahawan untuk pelajar, penerapan ilmu keusahawanan dalam kurikulum institut pengajian tinggi, menganjurkan seminar keusahawanan dan banyak lagi. Oleh itu, kajian ini adalah perlu untuk mengkaji apakah elemen Critical Success Factor yang digunakan di Jabatan Perdagangan, mengkaji apakah cabaran dalam melaksanakan elemen Crtical Success Factor di Politeknik Jabatan Perdagangan, mengkaji kecenderungan pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan untuk mengurangkan bilangan lepasan pelajar Politeknik menganggur dan menjadikan bidang keusahawanan ini sebagai salah satu cabang kerjaya mereka.

1.4 Tujuan kajian

Selaras dengan penyataan masalah yang dinyatakan di atas, maka kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti elemen Critical Success Factor yang digunakan di Jabatan Perdagangan Politeknik, cabaran melaksanakan elemen Critical Success Factor di Jabatan Perdagangan Politeknik, tahap kecenderungan pelajar dalam melibatkan diri dalam bidang keusahawanan serta mencari hubungan antara elemen Critical Success Factor dengan tahap kecenderungan pelajar dalam melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.

1.5 Objektif Kajian

i) Mengenalpasti elemen Critical Success Factor yang digunakan di Jabatan Perdagangan Politeknik.

(24)

11

ii) Mengenalpasti cabaran dalam usaha melaksanakan elemen Critical Success Factor di Jabatan Perdagangan Politeknik.

iii) Mengenalpasti tahap kecenderungan pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.

iv) Mengenalpasti hubungan antara elemen Critical Success Factor di Jabatan Perdagangan Politeknik dengan tahap kecenderungan pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.

1.6 Persoalan Kajian

i) Apakah elemen Critical Success Factor yang digunakan di Jabatan Perdagangan Politeknik?

ii) Apakah cabaran yang dihadapi dalam usaha melaksanakan elemen Critical Success Factor di Jabatan Perdagangan Politeknik?

iii) Apakah tahap kecenderungan pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan?

iv) Apakah hubungan antara elemen Crtitical Success Factor di Jabatan Perdagangan Politeknik dengan tahap kecenderungan pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan?

1.7 Hipotesis

Berdasarkan persoalan kajian yang dibina, hipotesis yang boleh dibentuk adalah:

Ho: Tidak wujud hubungan antara elemen Critical Success Factor (people,task, structure dan technology) dengan tahap kecenderungan pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.

(25)

H1: Wujud perhubungan antara elemen Critical Success Factor (people,task, structure dan technology) dengan tahap kecenderungan pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.

1.8 Kepentingan kajian

Kajian ini penting dalam membawa usaha kepada penglibatan pelajar dalam program-program keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak Politeknik. Tidak semua pelajar berminat dalam program yang dianjurkan oleh tetapi pihak institusi perlu mencari titik permulaan yang berkesan supaya dapat membentuk pelajar-pelajar ini cenderung dan melahirkan produk-produk usahawan yang berjaya dimasa hadapan. Selain itu, keseimbangan dalam diri pelajar berkaitan keperluan ilmu keusahawanan perlu diterapkan semasa masih lagi dalam proses pembelajaran supaya pelajar tidak keluar dengan tangan kosong tanpa ilmu keusahawanan. Sekurang-kurangnya, pelajar-pelajar dapat mempraktikkan pelajaran keusahawanan itu dalam tempoh mereka berada di institusi.

Sehubungan dengan itu, kerajaan telah menyedari kepentingan bidang keusahawanan ini dalam kalangan belia, turut memberi peruntukkan yang besar untuk melahirkan usahawan-usahawan yang berwawasan, kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar-pelajar teknikal. Usaha kerajaan itu dilihat dapat meningkatkan persaingan yang sihat antara pelajar yang mana mempunyai latar belakang keusahawanan dalam diri pelajar. Seperti mempunyai keluarga yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Daripada program-program yang dicetuskan oleh pihak pengurusan institusi Politeknik ini, dapat membantu memantapkan ilmu dan pengalaman yang sedia ada tanpa merugikan peruntukkan yang telah diberi.

Dasar Pembangunan Keusahawanan Institut Pengajian Tinggi (IPT) adalah bertujuan untuk menggalakkan dan memantapkan pembangunan keusahawanan yang

(26)

13

lebih terancang dan holistik di kalangan IPT tempatan dalam usaha untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai pemikiran, atribut dan nilai keusahawanan. Selain dari untuk melahirkan lebih ramai lagi usahawan yang akan bertindak sebagai pemangkin kepada transformasi ekonomi negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan berpaksikan inovasi ke arah pencapaian status negara maju menjelang 2020.

Selain dari pihak kerajaan, pihak industri yang menjalankan perusahaan yang berjaya dan mempunyai organisasi yang kukuh perlu memainkan peranan penting dalam memberi galakkan dan tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Dalam masa yang sama mereka boleh mempromosikan produk serta berkongsi ilmu dengan bekerjasama pihak institusi. Pengurusan pihak institusi juga dimudahkan dalam membawa matlamat kerajaan untuk memacu pelajar-pelajar teknikal terlibat sama dalam bidang keusahawanan untuk menjalankan program yang dijalankan.

Institusi Pengajian Tinggi diberi mandat untuk mempertingkatkan usaha menarik pelajar dalam bidang keusahawanan dengan memberi sejumlah peruntukkan. Oleh itu, pihak pentadbiran Politeknik hendaklah membawa perubahan dalam bidang keusahawanan mengikut bentuk acuan permintaan dari masyarakat selaras dengan ciri seorang usahawan yang berjaya. Dengan ini, Politeknik bukan sahaja melahirkan tenaga pekerja mahir tetapi juga mempunyai kemahiran keusahawanan dapat dipupuk di kalangan pelajar Politeknik. Kepentingan juga dapat dilihat daripada pihak organisasi yang terdiri daripada pihak pengurusan dan tenaga pengajar. Dalam hal ini, pensyarah merupakan tunjang utama dalam memastikan hasil dapatan yang telah ditargetkan dalam menyampaikan hasil pembelajaran secara berkesan.

Dalam sesebuah organisasi yang telah lengkap dengan tugas dan peranan serta kepakaran masing-masing menjadikan strategi yang dirancang teratur sebelum memulakan sesuatu matlamat. Setiap hala tuju, misi, visi dan objektif adalah sejajar supaya pensyarah memberikan sepenuh komitmen dalam melaksanakan tugas mereka selaras dengan profesion akademik mereka. Profesionalisme akademik merujuk kepada keupayaan dan kecekapan melaksanakan tanggungjawab berdasarkan kepada panduan ilmu, kepakaran dan juga amalan akademik

(27)

Etika bekerja di mana-mana sektor termasuk sektor pengajian tinggi adalah penting untuk mencapai kecemerlangan yang hakiki. Penerapan nilai integriti dalam etika bekerja di IPT akan menjurus Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi menjelang 2020 seperti yang digariskan dalam Pelan Strategi Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Institusi pengajian tinggi (IPT), harus menerap dan memperkasakan nilai integriti dikalangan akademia, pegawai tadbir, kakitangan sokongan serta para pelajar kerana IPT adalah pusat perkembangan ilmu yang akan melahirkan generasi cerdik pandai, Untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi serta berakhlak mulia, maka akademia semestinya menjalankan tugas dengan beretika dan berintegriti. Kepincangan masyarakat dari aspek integriti dan etika boleh dibaiki sekiranya suasana kondusif yang bermoral, beretika dan berintegriti dapat dihidupkan disetiap kampus IPT

1.9 Skop Kajian

Skop kajian yang dilakukan ini menekankan kepada elemen Critical Success Factor yang digunakan di Jabatan Perdagangan Politeknik, cabaran dalam melaksanakannya, tahap kecenderungan pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang keusahwanan serta mencari hubungan elemen Critical Success Factor dengan kecenderungan pelajar dalam melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.

(28)

15

1.10 Kerangka KonsepKajian

Tenaga Pengajar Jabatan Perdagangan Politeknik

Elemen:

i) People:

- gabungan tenaga pengajar (kemahiran asas,peranan)

- Kesanggupan tenaga pengajar untuk belajar, menerima maklum balas

- Bekerjasama dalam kumpulan, menerima pandangan orang lain

ii) Task:

- Bagaimana melakukan sesuatu - Apa yang cuba dicapai

- Berasaskan komuniti, bermakna dan sebenar - Tumpuan dengan jelas, pelajar dinilai iii) Stucture:

- Hubungan

- Corak komunikasi bekerja - Penyelarasan tahap pengurusan iv) Technology:

- Penggunan teknologi yang sesuai mengikut keperluan dan membantu serta memudahkan dalam melaksanakan tugas

-Cabaran perlaksanaan:

i) Pendedahan terhadap konsep Critical Success Factor ii) Perubahan arus semasa

Kecenderungan pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan

Rajah 1.1: Kerangka Konsep Kajian

(Adaptasi dan ubahsuai daripada: Dexter, B., 2010; Bergman, I., Gunnarson, S. dan Ra¨isa¨nen, S., 2013.)

(29)

Kerangka konsep pada Rajah 1.1 telah diadaptasi daripada yang mana menunjukkan input yang terdiri daripada tenaga pengajar di Jabatan Perdagangan Politeknik, antara elemen yang dikaji dalam Critical Success Factor dan juga cabaran perlaksanaannya. Dalam konteks elemen Critical Success Factor empat perkara telah dikenalpasti iaitu people, task, structure, technology mejadi perkara yang ingin dikaji di dalam sesebuah Jabatan Perdagangan Politeknik sama ada mengambil kira elemen tersebut atau tidak sebagai matlamat dalam sesebuah organisasi. Dalam konteks cabaran pula, dilihat dari beberapa kengkangan dalam menyampaikan dan melaksanakan iaitu dari segi pendedahan terhadap konsep Critical Success Factor dan perubahan arus semasa. Manakala sebagai output yang dikeluarkan adalah kecenderungan pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.

1.11 Definisi Konsep Dan Operasi

1.11.1 Keusahawanan

Keusahawanan ditakrifkan sebagai peri laku atau gaya usahawan bertindak terhadap peluang, memulakan perniagaan, mengembang dan mempertahankan daya maju perniagaan yang telah diterokainya (Othman & Panniapan, 2012). Dalam konteks kajian ini, keusahawanan dalam kalangan pelajar adalah untuk membawa pelajar mendalami bagaimana untuk mencapai matlamat menjadi seorang usahawan yang berjaya dengan berbekalkan ilmu dan foktor kejayaan kritikal yang sebenar.

(30)

17

1.11.2 Critical Success Factor

Pertama kali dibentang oleh Ronald D. Daniel pada 1960-an yang berkait rapat dengan misi dan matlamat strategi perniagaan atau projek. Dengan mengenalpasti Critical Success Factor itu, dapat membuat titik rujukan untuk membantu mengarahkan dan mengukur kejayaan perniagaan atau sesuatu projek. Critical Success Factor juga membantu ahli dalam organisasi untuk setiap fungsi dan kepentingan masing-masing dan dapat melaksanakan kerja dalam konteks yang betul dan keseluruhan. Pengenalan kriteria kejayaan yang sesuai adalah penting bagi pemilik projek dan pengurus, yang mana memerlukan satu rangka kerja khursus dan boleh diukur untuk mengesan hasil projek utama. Critical Success Factor juga perlu bagi peruntukan yang sesuai daripada pelbagai sumber (Abdul Manaf, Omar & Kuan Yee, 2012). Ini kerana untuk memahami faktor-faktor kejayaan projek sahaja tidak mencukupi untuk kejayaan projek (Pheng & Chuan, 2006), tetapi perlu menjelaskan tentang Critical Success Factor sesuatu projek, terutama apabila projek adalah sangat kompleks dan tidak menentu. Terdapat empat elemen yang dikaji dimana melibatkan people, task, structure dan technology dalam mencari Critical Success Factor yang ideal merangkumi setiap misi, visi, objektif sesebuah organisasi (Dexter, 2010).

1.11.3 People

People merujuk kepada pekerja dalam sesebuah organisasi dan apabila pendekatan ini tidak hanya dilihat pekerja sebagai akauntan, penyambut tetamu, pengurus dan lain-lain sebaliknya perlu dilihat dari segi kecekapan, pengetahuan dan produktiviti (Dexter, 2010). Dalam konteks kajian ini, people merujuk kepada peranan utama seorang pensyarah di Jabatan Perdagangan Politeknik.

(31)

1.11.4 Task

Task merupakan elemen yang menjelaskan mengenai tugasan yang perlu dilakukan seseorang mengikut peranan dalam sesebuah organisasi (Dexter, 2010). Dalam konteks kajian ini, task dilihat sebagai tugasan pensyarah selain mengajar. Tugasan yang berasaskan komuniti ini perlu ada supaya setiap pensyarah memegang skop tugasan yang lain selain mengajar.

1.11.5 Structure

Elemen structure bukan hanya pada struktur hierarki, tetapi juga termasuklah hubungan, corak komunikasi dan penyelarasan tahap pengurusan yang berbeza, jabatan dan pekerja serta aliran tanggungjawab dalam organisasi (Thakur, 2013). Dalam konteks kajian ini, structure dilihat sebagai organisasi Jabatan Perdagangan Politeknik. Hubungan serta corak komunikasi bekerja adalah penting supaya struktur ini selaras dan mudah dipahami oleh ahli-ahlinya (pensyarah).

1.11.6 Technology

Technology merupakan elemen yang membantu atau memudahkan orang ramai untuk melaksanakan tuga-tugas (Dexter, 2010). Dalam konteks kajian ini, penggunaan teknologi dalam merealisasikan perlaksanaan tugas adalah lebih mudah dan berkesan. Pengetahuan asas dalam penggunaan ICT perlu ada dalam seseorang pensyarah supaya dapat melaksanakan tugas sebagai pengajar dan juga tugas lain dalam organisasi tersebut.

(32)

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini memfokuskan kepada beberapa sub tajuk yang berkaitan dengan kajian ini. Kajian literatur ataupun sorotan kajian amat penting dalam sesuatu kajian. Chua (2006) menyatakan bahawa kajian literatur adalah dengan membuat rujukan secara kritikal dan sistematik ke atas dokumen-dokumen yang mengandungi maklumat, idea, data dan kaedah memperoleh maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian yang akan dilaksanakan. Tujuan bab ini adalah untuk mengetahui lebih mendalam tentang kajian yang dilakukan ini dan sebagai panduan kepada pengkaji yang melakukan kajian ini. Penyelidik membuat rujukan ke atas dokumen-dokumen yang mengandungi maklumat, idea, data dan kaedah memperoleh maklumat yang berkaitan dengan tajuk Critical Success Factor bagi program keusahawanan di Jabatan Perdagangan Politeknik.

(33)

2.2 Model Leavitt Diamond

Rajah di bawah menjelaskan hubungan antara elemen yang terdapat dalam model Leavitt’s Diamond yang mana terdiri daripada people, tasks, structure dan technology.

Rajah 2.1: Model Leavitt’s Diamond (Leavitt, H., 1965; Sarker, S., 2000; Radnor, Z. J., Boaden, R., 2004)

Model Leavitt Diamond merupakan pendekatan baru untuk membentuk sesebuah organisasi pada 1965 melalui empat elemen interaktif. Pendekatan ini telah digunakan secara meluas untuk membuat perubahan sesebuah organisasi yang lebih berkesan (Thakur, 2013). Menurut kajian Radnor & Boaden (2004) Leavitt telah mencadangkan untuk setiap sistem organisasi terdiri daripada empat elemen utama iaitu people, task, structure dan technology. Keempat-empat elemen ini saling berinteraksi dan saling bergantung antara satu sama lain yang mana akan menentukan nasib sesebuah organisasi. Elemen yang telah diilhamkan oleh Dr Harold Leavitt ini menekankan bahawa setiap perubahan yang terdapat dalam salah satu elemen ini akan mempunyai kesan ke atas elemen lain dan perlu mengagak untuk menampung perubahan yang berlaku (Sarker, 2000). Model Leavitt ini merupakan salah satu pendekatan bersepadu dan digunakan secara meluas untuk mengurus perubahan organisasi.

(34)

21

People

Menurut kajian Dexter (2010), people merujuk kepada pekerja dalam sesebuah organisasi dan apabila pendekatan ini tidak hanya dilihat pekerja sebagai akauntan, penyambut tetamu, pengurus dan lain-lain sebaliknya perlu dilihat dari segi kecekapan, pengetahuan dan produktiviti. Perubahan task dilihat dalam konteks bagaimana sesuatu tugasan itu dilakukan. Sekiranya penukaran tugas berlaku, selaku ketua dalam sesebuah organisasi perlu untuk mendidik dan melatih pekerja untuk pekerja melaksanakan tugasan. Perubahan dalam structure menjelaskan bahawa perubahan peranan kerja seseorang. Sebagai pekerja, perlu mengetahui peranannya tentang tugas-tugas baru dan bertanggungjawab terhadap peranan yang digalasnya. Manakala perubahan dalam technology akan melibatkan latihan yang banyak, supaya setiap pekerja boleh mengendalikan teknologi yang baru dengan cekap tanpa menyebabkan keosakkan kepada diri sendiri atau teknologi itu sendiri, ini juga akan melibatkan pekerja baru yang mahir untuk mengendalikan teknologi baru tersebut (Thakur, 2013).

Task

Task merupakan elemen yang menjelaskan mengenai tugasan yang perlu dilakukan seseorang mengikut peranan dalam sesebuah organisasi (Dexter, 2010). Melibatkan persoalan bagaimana untuk melakukan sesuatu dan apa yang cuba dicapai. Perubahan dalam elemen people berlaku apabila menukar tenaga kerja selaras perlu mengubah suai tugas-tugas serta matlamat untuk menggunakan kemahiran yang optimum daripada pekerja baru tersebut. Perubahan dalam elemen structure pula menimbulkan persoalan mengenai apakah yang akan berlaku jika sesebuah organisasi untuk beralih sistem pengurusan, semestinya ia akan melibatkan perubahan tugasan untuk setiap pekerja. Perubahan dalam elemen technology yang lebih maju memerlukan perubahan cara kerja (Thakur, 2013).

(35)

Structure

Elemen structure bukan hanya pada struktur hierarki, tetapi juga termasuklah hubungan, corak komunikasi dan penyelarasan tahap pengurusan yang berbeza, jabatan dan pekerja serta aliran tanggungjawab dalam organisasi (Thakur, 2013). Perubahan pada people berlaku apabila mengambil pekerja yang lebih mahir dan berkelayakkan akan memudahkan dalam penyeliaan dan pengawasan. Perubahan pada task pula menerangkan bagaimana struktur perlu ditukar dengan pengubahsuaian dalam matlamat untuk setiap tugasan. Perubahan dalam elemen technology yang memerlukan penyusunan semula struktur organisasi hasil daripada menaik taraf teknologi dari segi pengkomputeran dan automasi (Sarker, 2000).

Technology

Technology merupakan elemen yang membantu atau memudahkan orang ramai untuk melaksanakan tuga-tugas (Thakur, 2013). Peralatan seperti komputer, pembaca kod bar, aplikasi perisian dan sebagainya adalah berkaitan dengan technology. Perubahan dalam elemen people, sekiranya pekerja yang berkerja mempunyai tahap pendidikan yang tinggi, sudah pasti teknologi yang digunakan harus selaras dengan kepakaran pekerja tadi. Sesebuah organisasi juga perlu mengikut perubahan dalam pengetahuan, kelayakkan dan kemahiran tenaga pekerja dengan teknologi supaya hasil kerja pekerja adalah berkualiti. Perubahan dalam elemen task ialah perubahan dalam bentuk tugasan atau matlamat yang memaksa untuk perubahan teknologi berlaku. Manakalan perubahan dalam elemen structure pula berlaku apabila mahu mengurangkan kakitangan dari jabatan tertentu, perlu melakukan pengautomasian beberapa proses untuk mengekalkan tahap pengeluaran yang sama. Sama ada cuba untuk mengecilkan struktur organisasi atau mengembangkan organisasi, perubahan teknologi diperlukan untuk menyokong struktur yang baru.

(36)

23 2.3 Keusahawanan

Usahawan adalah merupakan kata dasar kepada keusahawanan yang bermaksud individu atau sekumpulan individu yang menubuhkan atau menerajui perniagaan sendiri serta mengembangkannya dari masa ke semasa demi kemakmuran masyarakat dan Negara. Keusahawanan dalam perkataan Inggeris ialah entrepreneur yang berasal dari perkataan Perancis iaitu entrepredre yang membawa maksud to undertake atau dalam Bahasa Melayu boleh dimaksudkan sebagai memikul tugas atau tanggungjawab. Richard Cantillon iaitu seorang pelopor ekonomi di Austri telah menggunakan perkataan entrepreneur yang merujuk kepada kegiatan dalam keusahawanan sejak tahun 1775.

Kemahiran keusahawanan adalah kemahiran seseorang itu untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan baik secara besar-besaran mahupun kecil-kecilan. Menurut Abu Bakar, Md Ali, Omar, Md Som, Muktar, (2007) keusahawanan adalah suatu proses mencipta perniagaan yang mampu menembusi pasaran dalam membangunkan sumber-sumber dan amnesia kearah pendekatan yang lebih unik untuk membangunkan suatu organisasi yang baru. Bagi Yusuf (2007) keusahawanan adalah membawa maksud kesediaan seseorang individu untuk merebut peluang tanpa mengambil kira sumber semasa yang ada dalam kawalannya.

Keusahawanan adalah merupakan suatu bidang yang masih baru dan masih belum sepenuhnya dikaji, namun prinsip-prinsip dan asasnya semakin hari semakin berkembang dan mencapai perhatian daripada pelbagai golongan masyarakat. Dalam Rancangan Malaysia ke-9 ada menyatakan bahawa bagi memenuhi permintaan ekonomi berasaskan pengetahuan serta membina pemikiran dan sikap positif serta kepimpinan dan kemahiran keusahawanan. Antara elemen-elemen yang terkandung dalam keusahawanan adalah seperti kebolehan mengenalpasti dan mencari peluang pekerjaan, yang kedua kobolehan merangka perangcangan bagi sesebuah pernigaan, kebolehan membina, meneroka dan merebut peluang pernigaan dan pekerjaan, dan kebolehan untuk bekerja sendiri (JPN)

Yusuf (2007) menyenaraikan ciri-ciri asas yang dikatakan sebagai keusahawanan adalah seperti mengenalpasti peranan, berkemampuan, bermotivasi, dan kesedian

(37)

melakukan perubahan. Dalam mengenalpasti perananan adalah dikatakan sebagai sebagai suatu keberkesanan iaitu merupakan suatu jaringan proses secara berkelompok dan bukannya secara bersendirian. Ini termasuklah, membuahkan, menilai, membangun dan melaksanakan idea yang telah terbentuk. Berkemampuan pula membawa maksud mempunyai kemampuan untuk berfikir secara kritis, kreatif, dan juga rasional namun elemen yang paling penting bagi berkemampuan adalah memiliki kemahiran berfikir secara inisiatif ataupun secara gerak hati yang akan menggerakkannya untuk peka terhadap keperluan persekitaran.

Manakala bermotivasi pula merupakan elemen yang penting kerana motivasi adalah suatu daya penggerak yang akan membezakan antara seorang usahawan yang berjaya dengan usahawan lelap (Rosli, 2013). Elemen yang terakhir ialah kesedian melakukan perubahan yang boleh membawa maksud seseorang yang mampu dan bersedia untuk menangani perubahan malah mampu mengadaptasi segala perubahan yang berlaku seperti perubahan perkembangan perniagaan dan perubahan teknologi yang memungkinkan berlakunya perubahan dalam dasar perniagaan tersebut (Yusuf, 2007). Merujuk kepada data Jabatan Perangkaan Malaysia 2009, bilangan usahawan di Malaysia menunjukkan peningkatan yang marginal. Bilangan usahawan dalam tempoh 1982 hingga 2003 adalah di antara 1.2 hingaa 1.9 juta orang. Mulai tahun 2004, bilangannya antara 2.0 hingga 2.2 juta orang. Pertambahan bilangan usahawan ini sejajar dengan peningkatan bilangan penduduk bekerja daripada 5.25 juta pada 1982 kepada 10.66 juta pada tahun 2008. Namun demikian, peratusan usahawan di Malaysia agak kecil iaitu tidak melebihi 26 peratus daripada keseluruhan penduduk bekerja dalam tempoh 25 tahun. Peratusan tersebut didapati menunjukkan trend yang menurun daripada 25.1 peratus pada 1982 kepada 20.9 peratus pada tahun 2008. Secara keseluruhannya, bilangan usahawan di Malaysia pada tahun 2008 adalah sebanyak 25.2 peratus dan usahawan wanita sebanyak 13.1 peratus.

Hal ini menunjukkan langkah yang lebih efektif perlu dikaji dan dilaksanakan oleh kerajaan bagi menarik lebih ramai penduduk bekerja di Malaysia menceburi bidang keusahawanan sejajar dengan keaddan ekonomi yang tidak menentu. Sehubungan dengan itu. Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) telah ditubuhkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan adalah merupakan satu

(38)

95

RUJUKAN

Abd Ghaffar, M. N. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Abdul Ghani, F., & Ahmad Kamil, N. R. (2011). Tret Personaliti dan Faktor Pemilihan

Kerjaya dalam Bidang Perguruan di Kalangan Pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.

Abdul Manaf, A., Omar N. H., & Kuan Yee, L., (2012) Faktor Kritikal Kejayaan Usahawan Dalam Perniagaan. Journal of Social Sciences and Humanities. 7(1). pp. 34-45

Abu Bakar, N. N., Hamzah, R. & Udin, A. (2011), Cabaran-Cabaran Dalam Pendidikan Teknik Dan Vokasional Dalam Membangunkan Sumber Manusia. Journal of Edupre. 1. Pp. 159-164.

Abu Bakar, S., Md Ali, A., Omar, R., Md Som, H., Muktar, S. N., (2007) Penglibatan Kaum Wanita Dalam Aktiviti Keusahawanan Di Negeri Johor: Kajian Terhadap Faktor-Faktor Kritikal Kejayaandan Kegagalan Pengendalian Perniagaan. Universiti Teknologi Malaysia

Ambotang, A. S. (1 Mei 2013) Cabaran Transformasi Agenda Pendidikan Negara. Utusan Malaysia.

Ames, C. (1992). Classroom Goals, Structures and Student Motivation. Journal of Education Psychology, 84, 261-271.

Andrej Bertoncelj A., Kovacˇ, D., Bertoncel, R. (2009) Success factors and competencies in organisational evolution.

(39)

Arthur, J. S. & Hisrich, R. D., (2012). The importance of education in the entrepreneurial process:a world view. Journal of Small Business and Enterprise Development. 19 (3). pp. 500-514.

Azizi Y. et al. (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Basir S. A., Che Pa B., Raja Sulong R. H., (2009). Prinsip-prinsip kualiti kearah melahirkan usahawan muslim yg berjaya. Jurnal Syariah.17(2). pp. 327-352. Charles Banfe (1991). Entrepreneur:From Zero To Hero. New York: Van Nostrand

Reinhold.

Caroline N. Daniels (1994). Information Technology: The Management Challenge. England. Addison-Wesley Publishing Company.

Chua Y. P. (2006). Kaedah penyelidikan . Kuala Lumpur : McGraw-Hill.

Chua, Y. P. (2006). “Asas Statistik Penyelidikan”. Malaysia: McGraw Hill (Malaysia) Sdn Bhd.166 – 172.

Dabson, B. (2005). The Meaning of Entrepreneurship. Texas: Rural Policy Research Institute.

Dexter, B. (2010). Critical Success Factor for Development Team Project. Journal of Team Performance Management. 10. pp343-358.

Esa, A., Hassan, R., Hashim, J., Hadi, M. Y. (2012). Cabaran Pendidikan Teknik & Vokasional (PTV) Di Malaysia : Peranan UTHM Dalam Melahirkan Pendidik Berketrampilan. Seminar JPPG 2009. Hotel Impiana Casuarina, Ipoh. Fakulti Pendidikan Teknikal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Gudienėa, N., Banaitisa A, Banaitienėa, N., Lopes, J. (2013) Development of a Conceptual Critical Success Factors Model for Construction Projects: a Case of Lithuania. 11th International Conference on Modern Building Materials, Structures and Techniques, MBMST 2013.

Hart, M. and Harrison, R. (1992) Encouraging Enterprise In Northern Ireland: Constraints And Opportunities. Irish Business and Administrative Research.13, 104-116.

Harun, L. (2005). Graduan Menganggur: Sambung Belajar di Kolej Komuniti :Marzita Abdullah. http://Tutor.com.my/Tutor. Dipetik pada November 13 2013.

(40)

97 Harun, H. (2007). Keusahawanan Remaja Malaysia. 1st ed Serdang: Universiti Putra

Malaysia.

Hashim, M. K. & Wafa, S. A., 2002. Small and Medium-Sized Enterprises in Malaysia: Development Issues. Kuala Lumpur: Prentice Hall Pearson Malaysia.

Hisrich, R.D., Peters, M.P & Shephard D.A. (2008). Entrepreneurship (International Edition). Singapore: The McGraw-Hill Education Asia.

Hussein, R. (2003). Pembudayaan Keusahawanan Merentas Aliran Pengajian. Prosiding Persidangan Pendidikan Teknikal Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia. pp. 104-109.

Ibrahim, P., Basir, S. A., Daud, N. (2012). Critical Success Factors (Csf) Of Zakah-Financed Small- Scale Entrepreneurs (Zfse): Malaysian Experience. Proceedings International Conference of Technology Management, Business and Entrepreneurship. Renaissance Hotel, Melaka, Malaysia.

Ibrahim, Y., Ahmad, N. (2006). Keusahawanan Dan Daya Saing Usahawan Melayu Di Sektor Pelancongan, Jurnal Pengajian Melayu, 17.

Ismail, A., Kecenderungan Pelajar Semester Akhir Diploma Kejuteraan KUiTTHO dalam Menceburi Bidang Keusahawanan. Tesis Sarjana. KUiTTHO; 2005 Jamaluddin, M. K. A. M. (2001). Sistem Pendidikan di Malaysia: Dasar, Cabaran, dan

Perlaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional. Jurnal Sosiohumanika. 4

Johari, S., Bakar, F. A. A., Ahmad, S. F. (2009). Kajian mengenai Kecenderungan Pelajar Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan Azlan Shah dalam Menjalankan Perniagaan atas Talian.

JPP. (2009). Hala Tuju Transformasi Politeknik: kea rah Kelestrarian penghasilan Modal Insan Negara. Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

JPM. (2013). Dicapai pada 11 November 2013, daripada

http://www.statistics.gov.my/portal/download_Labour/files/BPTMS/PERANGK AAN_%20SISWAZAH_2011.pdf

Joseph, C. P. & Terese, V. M., (2006). Engineering Student and Entrepreneurship Education: Satisfaction Career Path and Propensity to Venture. Boston: Brock Universiti

(41)

Jusoh, N., Esa, A., Alwi, M. F. & Khalid, K. (2012) Keusahawanan Membangunkan Kemahiran Insaniah. Seminar Amalan Terbaik Aplikasi Softskills IPTA Malaysia. UNIMAS: Pusat Kokurikulum

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1995. Program Pembudayaan Keusahawanan Kementerian Pendidikan Malaysia Ke Arah Pewujudan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Keogh, W., Galloway, L. (2004). Teaching Enterprise In Vocational Discipline: Reflecting On Positive Experience. Management Decision. 42(3). pp. 531-541. Knoll, R. (2005) Critical Success Factor (CSF) Analysis for the Establishment of Home

Networks using Plastic Optical Fiber.

Konting, M. M. (1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Konting, M. M. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

KPT. (2010). Laporan Eksekutif Kajian Pengesahan Graduan IPT (2009). Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

KPT. (2011). Laporan Eksekutif Kajian Pengesahan Graduan IPT (2010). Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

KPT. (2012). Asas Pengajaran dan Pembelajaran Institusi Pengajian Tinggi (2012). Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

KPT. (2012). Laporan Eksekutif Kajian Pengesahan Graduan IPT (2010). Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

KPT (2009). Laporan Eksekutif Kajian Pengesahan Graduan IPT (2008). Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

KPT. (2010). Hala Tuju Transformasi Politeknik: Ke Arah Kelestearian Penghasilan Modal Insan Negara (2009). Kementerian Pengajian Tinggi.

KPM [Kementerian Pelajaran Malaysia]. (2007b). Sekolah Bestari dan Sekolah Kluster di Malaysia: Konsep, Cabaran, dan Pelaksanaan. Putra Jaya: KPM.

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.

(42)

99 Lope Pihie, Z. A. & Elias, H. (2000). Pengajaran-Pembelajaran Perdagangan, Keusahawanan dan Ekonomi Asas, Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Lope, Pihie. Rahim, Bakar, K. L., (2002), Entrepreneurial Aspirations of Secondary

School Student Enrolled In Vocational and Technical Subject, Faculty of Education Studies, Universiti Putra Malaysia

Laman Web Unit Perancang Ekonomi. Dicapai pada 23 November 2013, daripada

http://www.epu.gov.my/economic-history

McLarty, R., (2004) Entrepreneurship among graduates: towards a measured response. Journal of Management Development. 24(3). pp. 223-238.

Mat Arif, N. (2012). Pelaksanaan Transformasi Politeknik Premier di Malaysia. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.

MdYasin, A. Y., NikMahmood, N. A. A., NikJaafar, N. A. (2010).TheEntrepreneurialInclinationofKotaBharuPolytechnicStudents:A

PreliminaryInvestigation. Prosiding Seminar Transformasi Pendidikan Teknikal Mytedt. Hotel Emerald Puteri , Sungai Petani.

Minghat, A. D., & Mansor, N. Z. (2010). Pemilihan Bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik sebagai Pembentukan Awal Kerjaya di Sekolah Menengah Teknik Daerah Seberang Perai, Pulau Pinang. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.

Minghat, A. D., Selamat, K., & Mohd Rejab, H. (2010). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kesediaan Pelajar-Pelajar Aliran Vokasional untuk Memilih Kerjaya dalam Bidang yang Dipelajari. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.

Mohammad, S. H. (2008). Faktor Penghalang Penerapan Ciri Keusahawanan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah Mengikut Perspektif Guru. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Mohamad, A., Amir, A. R. & Abdulallah, S., (2005). Kepentingan Pendidikan Keusahawanan kepada Organisasi dan Negara. National Conference on Skills and Competencies in Education. 2005. ms. 101 – 106.

Mohamed, A.(2005), Kepentingan Pendidikan Kepada Organisasi dan Negara, Universiti Utara Malaysia, Sintok

(43)

Mohd, Osman, M., H., (2007), Faktor-Faktor Yang Telah Mendorong Graduan Dan Alumni Universiti Teknologi Malaysia Menceburi Bidang Keusahawanan

Mohd. Osman, M. H., Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kejayaan Usahawan Kredit Mikro Di Negeri Johor. Vot Penyelidikan. Universiti Teknologi Malaysia; 2007. Mohd Rosli, F. 2013. Pembudayaan Keusahawanan Ke Arah Mempengaruhi

Kecenderungan Menceburi Bidang Keusahawanan Dalam Kalangan Bakal Graduan Di UTHM.

Nordin, M. K. (2010). Teks Ucapan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Dicapai pada

Disember 16, 2011 dari

http://www.mohe.gov.my/portal/Images/info/kpt/ucapan/menteri/ucapan psptn

fasa2.pdf

Omar, N (2011). Teks Ucapan. Minggu Perkasa Puta Pelajar Baharu Semester Pertama Sesi 2011/2012. Dicapai pada Disember1, 2013 dari http://www.moa.gov.my/c/dokument_library/get_file?uuid=201151aa-14d9-4b2d-8a37-0c9987803ee&groupId=10149

Othman, N., Panniapan, S. (2012). Profil Keusahawanan Peniaga India di Malaysia. Akademik. 82(1). pp. 103-111.

Othman, S. S., Buang, Z., Tompang, L. (2001). Pengurusan Teknologi: Pengaruh Komunikasi Strategi Terhadap Prestasi Organisasi.

PSPTN. (2010). Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara (2007-2010) Fasa 1. Dicapai pada 2013, Disember 29 dari Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara:

http://www.mohe.gov.my/transformasi/fasa2/psptn-fasa2.pdf

PTPTN. (2006). PelamTindakan Pengajian Tinggi Negara (2007-2010) Fasa 1. Dicapai pada 2014, Mei 30 dari Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi: http://jpt.mohe.gov.my/DASAR/bab%20PTPTN/2_bm.pdf

PTPTN. (2010). Projek Agenda Kritikal iaitu Transformasi Politeknik. Dicapai pada 2014, Mei 30 dari Kementerian Pengajian Tinggi:

(44)

101 Radnor, Z. J., Boaden, R. (2004). Developing An Understanding Of Corporate Anorexia. International Journal of operations & Production Management.24(4). pp. 424-440.

Rahman, F. A. A., Kamarolzaman, N., Azmi, S. A. (2007). Tahap Penggunaan ICT dan Teknologi dalam Pengurusan Masjid dan Surau.

Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) (2001-2005), Jabatan Penerangan Malaysia Roudaki, J. (2009), University students’ perceptions on entrepreneurship: commerce

students’ attitudes at Lincoln University, Journal of Accounting – Business & Management, 16 (2), pp. 36-53.

Sanholtz, K. (1990) MBA: Attitudes. The College Edition of the National Business Employment Weekly, Spring, 14-15.

Santos, J. (2012, Mei 30). Mentaliti ‘Makan Gaji’ Punca Ramai Menganggur. Utusan Borneo.

Sarker, S. (2000). Toward A Methodology For Managing Information Systems Implementation: A Social Constructivist Perspective. 3(4).

Sequeira, J., Muller, S. L., & McGee, J.E. (2007). The Influence of Social Ties and Self Effecacy in Forming Entrepreneurial Intentions and Motivating Nascent Behavior, Journal Of Development Entrepreneurship. 12(3). pp 257-279.

Sidharth Thakur. (2013). A Look at the Components of Leavitt's Diamond. Dicapai pada Disember 1, 2013, dari http://www.brighthubpm.com/change-management/122495-a-look-at-the-components-of-leavitts-diamond/

Som, H. M. (2005). “Panduan Mudah Analisis Data Menggunakan SPSS Windows”. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia,

Sufean H. 2004. Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sufean, R., (2004), Perancangan Kurikulum Bersepadu Untuk Industri Masa Hadapan, Pembangunan Sumber Manusia Pendidikan, Johor: Universiti Teknologi Malaysia

Talib, H. (2003). Aplikasi Teknologi Maklumat (IT) dalam Pengurusan Organisasi: Sorotan Kajian. 1.

(45)

Thakur, D. (2013). Critical Success Factors In Implementation Of Information Systems. Dicapai pada 2013, November 20 dari ComputerNotes:

http://ecomputernotes.com/mis/implementation-and evaluation/criticalsuccessfactorsinmis

Trkman, P. (2010), The critical success factors of business process management International Journal of Information Management. pp. 125–134.

Ujang, Z., (2009). Mengangkasa Pengajian Tinggi. 1st ed. Universiti Teknologi Malaysia.

Weihe, H.J and Reich, F.R. (1993). Entrepreneurial Interest Among Business Students: Results Of An International Study. Entrepreneurship and business Development, Ed. Klandt,H. Avebury.

Warman, S., Roddin, R., Esa, A., Awang, H., Mohamed, M., Ab. Rahman, A. (2010). Penerapan Kemahiran Keusahawanan Dalam Kalangan Pelajar Di Politeknik. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Kejuruteraan dan Keusahawanan. 25-26 September.

Watisin, W., Hashim M. M. H. (2008). Cabaran Perlaksanaan Program Pembelajaran Berasakan Kerja di Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka.

Wiersma, W. (2000) “Research Method in Education: An Introduction” Boston: Allyn & Bacon.

Yahya, N. F. (2004), Persepsi pelajar Terhadap Keberkesanan Pengajaran Guru Pengajian Keusahawanan: Satu Kajian Di Sekolah Menengah Teknik Alor Setar, Kedah.

Yee, C. Y. & Mustaffa N. E., (2012). Analysis of factors critical to construction project success in Malaysia. Journal of Engineering, Construction and Architural Management.19(5). pp. 543-556.

Yusof, I., Ismail, R. & Sidin, R. (2008). Graduan dan Alam Pekerjaan: Kes Siswazah UKM Graduates and Employment. The Case of UKM’s Graduate. Akademika 72 (Januari) 2008. Dicapai pada November, 30, 2013 dari

http://www.ukm.my/penerbit/akademika/ACROBATAKADEMIKA72/akademi ka72[01].pdf

(46)

103 Yusuf, A. A. (2007). Prinsip Keusahawanan Edisi ke Dua. Petaling Jaya: Prentice Hall,

Referensi

Dokumen terkait