• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sejarah Olahraga Lari Pecut Tahun

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Sejarah Olahraga Lari Pecut Tahun"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 SEJARAH OLAHRAGA LARI PECUT

Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah pertandingan di kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19, lari pecut menjadi semakin popular. Acara ‘stade’ adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan.

Pada zaman Olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza-beza. Pagar permulaan yang dinamakan ‘husplex’ digunakan untuk memulakan perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad ke-19 terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan serta penjagaan masa yang tepat. Pelbagai cara permulaan digunakan sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan. Walau bagaimanapun persetujuan dibuat untuk menjadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak.

Pada tahun 1880-an, ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah ‘pencil start’, di mana para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensel. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujud gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai ‘kangaroo start’. Sebelum tahun 1921 kebanyakan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo. Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928 dalam acara 200 meter, rekod larian sebelum Olimpik moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh.

Lari pecut bererti berlari dengan pantas dan memerlukan koordinasi bahagian-bahagian anggota badan, iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat (100m, 200m, dan 400m) yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobik untuk membuat larian sepantas mungkin. Dalam pelajaran Pendidikan Jasmani, guru hendaklah menerangkan tentang cara pergerakan yang betul kepada pelajar mereka. Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti berikut:

(2)

b) Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut.

c) Tangan digerakkkan dengan pantas.

d) Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa ( tidak ditegangkan).

(3)

2.0 PERALATAN OLAHRAGA LARI PECUT a) Kasut

Kasut sukan atau lebih dikenali sebagai ‘spike’ merupakan peralatan penting bagi setiap atlet olahraga yang mengambil bahagian terutamanya acara pecut. Penggunaan kasut sukan ini amat penting dalam membantu larian serta meningkatkan prestasi sukan. Namun, pemilihan jenis kasut bergantung kepada keselesaan atlet secara individu Terdapat jenama kasut sukan yang dikenali dan mempunyai kualiti yang tinggi seperti Adidas, Asics, Puma, Mizuno dan sebagainya.

b) Blok permulaan

Blok permulaan merupakan sejenis alat yang digunakan di awal garisan permulaan untuk membantu pelari pecut membuat lonjakan yang pantas, maksimum dan secara eksplosif semasa memulakan larian. Blok permulaan digunakan di seluruh dunia dalam acara olahraga dan merupakan alatan penting yang digunakan terutamanya bagi catatan masa acara larian yang menggunakan ‘elektronik time’.

c) Pakaian sukan

(4)

3.0 FASA-FASA PERGERAKAN OLAHRAGA LARI PECUT

Olahraga lari pecut terdiri daripada tiga fasa larian iaitu fasa permulaan, fasa larian dan fasa penamat.

a. Fasa permulaan

Fasa permulaan terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu gaya peluru, gaya sederhana, dan gaya panjang. Terdapat juga dua jenis larian, iaitu memulakan larian tanpa blok permulaan serta memulakan larian dengan blok permulaan.

i. Memulakan larian tanpa blok permulaan ·  Gaya peluru

 berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki  hujung tapak kaki belakang selari dengan tumit tapak kaki hadapan  ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk. ·

 Gaya sederhana

 berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki  lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tapak kaki hadapan  ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk. ·

 Gaya panjang

 berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki  lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tumit kaki hadapan  ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

ii. Memulakan larian dengan blok permulaan ·  Gaya peluru

 blok permulaan adalah rapat dengan garisan permulaan

(5)

 Gaya sederhana

 letakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan

 blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan. ·

 Gaya panjang

 blok hadapan diletakkan dua tapak dari garis permulaan  blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

b. Fasa larian i. Pecutan ·

 Selepas arahan pelepas 'ke garisan' diberi, pelari mengambil tempat di blok permulaan. ·

 Tangan lurus dan dibuka seluas bahu. Ibu jari dan jari telunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain rapat di antara satu sama lain, diletakkan di belakang garisan mula. ·

 Kepala dan leher didongak iaitu sebahagian dari 'torso'. Mata pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan, pinggul diangkat tinggi dan badan condong ke hadapan. ·

 Selepas bunyi tembakan pistol, pergerakan ke hadapan dimulakan dengan hayunan pergerakan yang kuat pada bahagian tangan dan kaki. ·

 Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan hayunan ke hadapan. Tangan lain digerakkan ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan pada sudut 90. ·

 Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.

ii. Kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan ·

(6)

 95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada jarak kira-kira 18 meter. ·  Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya ditentukan

oleh tahap kecergasan fizikal atlet.

iii. Larian di selekoh ·

 Pada bahagian selekoh, semakin laju atlet berlari, semakin kuat kuasa 'centrifugal'. ·

 Pelari perlu merendahkan badan ke dalam sedikit untuk memastikan larian selekoh berkesan untuk mengimbangi kuasa 'centrifugal'.·

 Tangan kiri dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan mengarah ke dalam.

c. Fasa penamat

 Berlari dengan 10 meter lebih dari jarak lariannya.

 Pelari perlu berlari pecut sehingga melewati garisan penamat.

 Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah menonjolkan bahagian dada ke hadapan.

4.0 LATIHAN ANSUR MAJU OLAHRAGA LARI PECUT

Latihan ansur maju terbahagi kepada latihan mendorong, larian teknik pecut, latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan.

a) Latihan mendorong

- Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan. - Berlari mengutip pundi saga/ kacang secara berganti-ganti dalam kumpulan.

- Larian bayang-bayang: secara berpasangan, seorang mengejar dan seorang lagi berlari untuk mengelakkan diri disentuh.

- Lari berganti-ganti ulang-alik: larian 20 meter berkumpulan.

b) Larian teknik pecut

- Berlari dengan melangkah panjang.

- Berjalan dengan lutut tinggi; berlari dalam kumpulan, mengangkat lutut.

(7)

- Berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan.

- Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan. - Berlari menyepak ke belakang.

- Berlari dengan lutut tinggi dan memecut.

- Latihan pergerakan tangan; berkumpulan berlatih menggerakkan tangan 90 darjah di siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung.

c) Latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan - Melonjak untuk jarak.

- Melangkah panjang (bounding)

- Melonjak dan melangkah melepasi halangan. - Melompat, memusing, mendekam, dan memecut.

- Berpasangan: berlari dengan halangan oleh tarikan rakan.

http://laripecut.blogspot.my/p/sejarah-lari-pecut.html

https://www.scribd.com/doc/49749878/PENGENALAN-ACARA-LARI-PECUT

(8)

Referensi

Dokumen terkait

Dalam proses pembangunan jalan tersebut, pemakaian alat berat sangatlah diperlukan dalam mempercepat proses pelaksanaan pekerjaan sesuai dengan target yang telah ditentukan

Pada tahap ini dilakukan pembelajaran dan pengumpulan teori-teori yang berkaitan dengan desain deck cargo barge menjadi Arena Konser Apung, standar konser, kapasitas konser,

Jalur sistem kamera yang terhubung dengan switch, yaitu kamera terhubung dengan switch yang ada di dalam panel box dengan menggunakan kabel UTP yang kemudian dari switch

Screen Description: Tampilan ini adalah mode level editor di mana developer dapat merancang level dengan memilih untuk menghilangkan atau menambahkan elemen ke sebuah

Hal ini menggambarkan bahwa aktivitas pertanian di Sungai Umbulrejo yang menggunakan pestisida organofosfat (profenofos) telah mencemari sungai tersebut.. Kata kunci :

Berdasarkan hasil analisis nilai signifikansi untuk pengaruh struktur modal dan pertumbuhan aset terhadap profitabilitas adalah sebesar signifikansi 0,390, dan nilai

A total of 247 alleles from the 12 microsa- tellite loci were detected in Qinchuan cattle with the mean allele number per locus being 21, which was considerably higher than

Jabatan : Kepala Sub Bagian (Kepala Sub Bagian Minat, Penalaran dan Informasi Kemahasiswaan Bagian Kemahasiswaan BAAKK ). Status Studi Lanjut : Tidak sedang