• Tidak ada hasil yang ditemukan

isu dan cabaran dalam amalan etika profe

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "isu dan cabaran dalam amalan etika profe"

Copied!
27
0
0

Teks penuh

(1)

SEMESTER 2 SESI 2010/2011

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR

TAJUK

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID No Tel

MOHD GHAZALI BIN HJ ANUAR D20111050046 012-9797699

PUSAT PEMBELAJARAN: UPSI TANJUNG MALIM

NAMA TUTOR E-LEARNING:

ABU BAKAR BIN YUSUF 019 3260267

bakar675@gmail.com bkaq67@gmail.com

TARIKH SERAH: 30 APRIL 2012

(2)

Maksud Isu

Isu boleh dimaksudkan dengan ssesuatu perkara yang diperkatakan dan boleh menjadi sesuatu yang besar.Tidak banyak definasi yang dapat dinyatakan namun menurut satu laman web (ertikata.com),isu adalah suatu masalah yang dikedepankan (diperkatakan) untuk ditanggapi oleh orang ramai.Ia juga adalah suatu khabar yang tidak jelas usulnya dan tidak terjamin kebenarannya

Maksud Cabaran

Boleh dimaksudkan sesuatu unsur, faktor yang mencabar, menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi atau pekerjaan.

.

Maksud Etika

Etika berasal daripada perkataan Greek, ‘Ethos’ yang diertikan sebagai sikap adat yang menentukan tingkah laku iaitu penemuan baik buruk perbuatan manusia1.Etika berkait rapat dengan moral,akhlak dan nilai sungguhpun secara terperinci terdapat perbezaan ketara antara satu dengan yang lain.Menurut Grassian (1981) etika boleh ditakrifkan sebagai falsafah tentang moral iatu tetang kelakuan yang baik,kewajipan moral,sikap moral,tanggungjawab moral, keadilan sosial dan ciri-ciri kehidupan yang baik.

Cheringgton (1980) pula menyatakan bahawa etika kerja merujuk kepada sikap positif terhadap kerja.Individu yang berkerja dengan gembira mempunyai etika yang lebih baik daripada mereka yang tidak seronok dengan kerjayanya.

Rafik Issa (1998) pula menakrifkan etika sebagai satu set prinsip moral yang membezakan apa yang betul dengan apa yang salah. Beliau menyambung dengan menambah bahawa etika merupakan satu perkara yang normatif kerana menjelaskan apa yang perlu dilakukan atau perlu menahan diri daripada melakukannya.

(3)

Mengikut Kamus Dewan (2000 : 401) etika adalah prinsip moral atau akhlak atau nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau suatu kumpulan3.Menurut Institut Integriti Malaysia (2007 : 17) pula mendefinisi etika sebagai himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu,organisasi dan profesion.

Etika juga merupakan satu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi.Sistem dasar ini meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk,serta yang betul dan yang salah dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan.Dalam pergaulan hidup masyarakat,bernegara hingga pergaulan hidup peringkat global diperlukan suatu sistem yang mengatur bagaimana seharusnya manusia bertingkah laku.Hal ini yang mendasari kesuburan dan perkembangan etika dalam masyarakat kita.

Oleh itu berdasarkan pengertian di atas jelaslah bahawa etika berkaitan dengan pembuatan keputusan bagi semua jenis tindakan di mana tindakan-tindakan tersebut membawa seseorang itu untuk berinteraksi dengan orang lain secara protokol, berhemah dan berkesan.Di samping itu juga etika melihat secara khusus mengenai tingkah laku manusia yang dikira patut atau tidak patut dilakukan selaras dengan norma-norma dan nilai-nilai yang diterima oleh semua masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Maksud Profesional

Mengikut Kamus Dewan edisi ketiga menjelaskan bahawa profesionalisme bermaksud sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara perlaksanaan sesuatu dan lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh orang profesional. Menurut Mak Song Sang (1996), konsep profesionalisme boleh dirumuskan sebagai pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap, jujur,dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi yang mempunyai autonomi, bertugas serta mematuhi kod etika yang telah di tetapkan oleh organisasinya

(4)

Iaitu semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkahlaku profesion dalam masyarakat. Etika professional mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti mengemas rumah,berkebun dan sebagainya.Dalam Islam,etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertaqwa dalam keseluruhan hidupnya.

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia

Etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia adalah berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

1. Berdisiplin dan beradab 2. Pengerak ke arah kebaikan 3. Niat yang betul

4. Perlakuan yang baik

5. Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi 6. Memperkatakan apa yang dikatakan.

Nilai-nilai Utama Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia.

Antara nilai utama yang menjadi fokus etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:

1. Amanah 2. Benar 3. Bijaksana 4. Bersyukur 5. Dedikasi 6. Ikhlas

7. Tanggungjawab

(5)

Sukri dan Razali (2001) menyatakan etika Islam sebagai satu set nilai atau sistem kepercayaan yang dititipkan daripada al-Quran dan Al-sunnah mengenai kerja.Ali (1992) etika kerja Islam menyatakan nilai-nilai murni seperti memelihara kehormatan manusia,mementingkan ketaatan dan ketekunan kerja.Gaskill Thomas (1995) mendefinisikan etika kerja Islam sebagai amalan etika yang berhubungkait dengan Islam.Secara lebih tepat,etika kerja Islam merujuk kepada akhlak.Dari segi bahasa, akhlak didefinisikan sebagai budi pekerti,kelakuan,perangai,watak dan tabiat dalam diri manusia.

Etika kerja Islam merujuk kepada satu set nilai atau sistem kepercayaan yang dititip daripada al-Quran dan Al-sunnah mengenai kerja.Sememangnya budaya kerja Islam menuntut hubungan secara multi-deminsional dengan pelbagai aspek kehidupan termasuk aspek sosial politik dan ekonomi.Islam adalah satu cara hidup yang menyeluruh,bersifat fitrah dan sederhana.Islam juga adalah satu agama yang menggalakkan manusia bekerja.Al-Quran serta Sunnah itu sendiri telah mencirikan etika kerja Islam yang berbeza dengan etika kerja lain secara ketara. daripada al-Quran dan Al-sunnah

Dasar kerajaan yang digubal hanya mengambil 11 nilai-nilai murni Islam untuk diamalkan dalam pentadbiran dan sekali gus membentuk etika kerja Islam yang dipraktikkan dalam pentadbiran awam diikuti dengan sektor korporat.Antara nilai-nilai yang diamalkan ialah:

1. Amanah

2. Tanggungjawab 3. Ikhlas

(6)

Maksud Perguruan

Menurut Modul KKD Pembangunan Sahsiah perguruan bermaksud pekerjaan sebagai guru.Menurut Kamus Dewan (1970) ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika dihuraika dengan lebih mendalam, pendidik bermaksud orang memelihara dan melatih. Pengajar ialah orang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakla pengasuh member makna orang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti di sekolah, tempat belajar pengajaran dan pembelajaran dan perkara yang berkaitan dengan guru. Perguruan adalah salah satu kerjaya (profesion) sebagaimana halnya dengan kerjaya-kerjaya yang lain dalam masyarakat seperti guaman , akuantan, perubatan, kaunseling, kejuruteraan, perniagaan dan sebagainya.Sebagai sebuah kerjaya keguruan,ia tertakluk kepada pelbagai syarat yang dikenakan seperti kod etika dan sebagainya yang bertujuan melahirkan modal insan yang berkualiti, berketerampilan, terpuji dan dapat menjadi model yang unggul kepada pelajar-pelajarnya (Hasan,2002).

Guru perlu mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugas sebagai pendidik yang baik. Banyak keruntuhan moral dilaporkan di akhbar-akhbar tempatan yang membabitkan guru.Antaranya ialah sumbang mahram dan bersekedudukan.Media juga turut melaporkan kes-kes lain seperti guru memukul murid,guru besar/pengetua menyembunyikan kes-kes disiplin,guru menyebarkan ajaran anti kerajaan dan sebagainya yang telah menarik perhatian umum serta menguji kredibiliti profesion perguruan.

(7)

Etika yang dipegang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ialah berlandaskan “Tatasusila Profesion Perguruan”. Etika inilah yang menjadi landasan yang perlu diikut dan dihayati oleh guru di Malaysia. Penghayatan dan pengamalan etika-etika ini akan memertabatkan lagi kedudukan guru sebagai profesion yang dimuliakan oleh masyarakat sejak dulu. Kejayaan dalam melahirkan guru yang beretikabergantung kepada sejauh mana guru komited kepada etika perguruan yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Persoalannya sekarang adakah guru tahu dan mengamalkan etika perguruan yang ada.

ETIKA PROFESION PERGURUAN

Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan Negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.Setiap badan professional mempunyai kod etika masing-masing.Setiap profesion menetapkan nilai-nilai asas yang perlu ditaati oleh semua insan yang menjalankan pekerjaan tersebut. Kementerian Pelajaran telah berusaha sejak dari dahulu lagi untuk menjadikan bidang perguruan ini sebagai satu kerjaya yang professional. Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), telah mencadangkan supaya diadakan Etika Perguruan bagi Pembentukan Tatasusila Guru.

Antara etika profesion perguruan yang perlu diikuti dan ditaati adalah:

1. Seorang guru tidak harus bertingkah laku sebegitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang akn menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.

2. Seorang guru tidak bertingkah laku begitu rupa yng boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubungan dengan kewangan.

3. Dalam semua hubungan dan tugas seorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur. 4. Tanggungjawab seorang guru adalah terhadap murid nya. Kepentingan

murid-muridnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan-kepentingan masyarakat persatuan atau persendirian

(8)

6. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa dan agama dan kepercayaan.

7. Guru haruslah bertugas sebagai ‘penganti ibu bapa’ dalam usaha membentuk tingkah laku murid-murid ke arah matlama-matlamat yang diterima oleh masyarakat.

8. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain.

9. Guru harus mengesan dan menerima perbezaan individu dalam kalangan murid-muridnya dan memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani.

10. Guru harus menghormati hak tiap-tiap murid supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri murid-murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan. 11. Guru haruslah bertingkah laku terhadap murid-muridnya sebegitui rupa yang boleh

membawa jatuhnya darjat perguruan.

12. Guru haruslah tidak mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid-murid, masyarakat awam dan negara.

13. Guru haruslah menanam sikap yang baik terhadap murid-muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat setia dan berguna.

14. Guru haruslah tidak menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid-muridnya dan ibu bapa pelajar.

15. Guru haruslah bertingkah laku sebegitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap murid-murid.

16. Guru haruslah tidak menerima apa-apa bayaran daripada murid-muridnya untuk pelajaran ataupun pengajaran tambahan yang telah diajarkan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan

17. Guru haruslah tidak mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.

18. Guru haruslah tidak memaksa kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap murid-muridnya.

(9)

20. Guru tidak boleh menjatuhkan nama baik guru-guru lain.

21. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat guru haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja, iaitu berdasarkan kecekapan.

22. Guru tidak harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.

Kepentingan Etika Perguruan.

Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memertabatkan profesion perguruan. Kod etika penting kerana:

1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan.Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.

2. Kod etika perguruan menyatakan dengan jelas tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan.Guru faham dan jelas dan tanggungjawab mereka. 3. Kandungan yang dinyatakan dalam kod etika perguruan di Negara ini menunjukkkan

perbezaan tertentu berbanding dengan kod etika di negara luar.Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.

4. Kod etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dil;akukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.

5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi emej perguruan secara hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.

6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk kerjasama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi.

(10)

Pendidikan merupakan salah satu faktor utama dalam dalam mencapai Misi Nasional dan guru memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan ini. Jesteru itu guru perlu memahami , memberi komitmen dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan inisiatif dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan.

Peredaran masa membawa kepada perubahan dan cabaran terhadap profesion perguruan termasuk pengubahsuaian fungsi dan peranan guru. Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan kepada pelajar telah bertukar kepada guru sebagai pemudahcara dalam P&P, egen perubahan dan sumber inspirasi kepada pelajar. Guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem penyampaian P&P menjadi efektif, menarik dan menyeronokkan.

Pada awal-awal tahun 60 an, guru dianggap insan terpilih yang didatangkan untuk membawa ilmu dan kemajuan kepada masyarakat setempat. Sumbangan guru sangat besar dan menjadi pemangkin kepada pembangunan negara. Pada masa ini, kaum guru bukan sahaja memberi ilmu kepada masyarakat malah menjadi panduan dan rujukan. Kaum guru mengajar masyarakat melayu berorganisasi dalam bidang sosial dan arena politik. Guru-guru sekolah melayu meniup, menanam dan menyemarakkan semangat nasionalisme.Melalui tulisan yang banyak diterbitkan dalam majalah-,majalah yang terhad bilangannya, suara guru dibaca sehingga menimbulkan kesedaran tentang untung nasib dan survival bangsanya yang ketinggalan dalam bidang ekonomi dan politik, tentang kesedaran maha pentingnya pendidikan tinggi sebagai satu jaminan masa depan yang cerah.

Kini profesion perguruan dianggap sebagai profesion peringkat pertengahan di bawah profesion profesional yang lain seperti doktor, jurutera, peguam dan lain-lain. Ramai yang menganggap tanpa latihan asaspun mereka masih boleh menjadiguru sandaran/sementara dan adakalanya lebih baik daripada guru yang sedia ada.

DASAR DAN MATLAMAT

(11)

menjadikan profesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul dalam pembinaan genarasi masa hadapan negara.

Bagi mencapai matlamat dan dasar tersebut, fokus memartabatkan profesiona keguruan adalah:  Menambahbaik system pemilihan calon guru;

 Memantapkan latihan perguruan;  Memantabkan kerjaya guru;

 Menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru dan;  Memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia.

KPM bukan sahaja melahirkan guru yang berkualiti, tetapi juga memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam system pendidikan negara dan berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan.Mulai tahun 2005, syarat-syarat pengambilan calon guru diperketatkan bagi memastikan KPM mendapat hanya calon yang berkualiti bagi profesioan ini. Usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru-guru berkualiti dalm profesion keguruan ini dimantapkan dengan menaiktaraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) , dan meneruskan pelbagai latihan dalam perkhidmatan di Institut Aminuddin Baki (IAB). Dalam masa yang sama usaha diteruskan bagi menambah baik laluan kerjaya dan kebajikan guru.

ISU SEMASA DAN CABARAN.

Kini cabaran menjadi seorang guru tidak seperti yang dilihat dengan mata kasar. Cabaran dalam wawasan 2020 adalah antara yang perlu ditangani oleh para pendidik untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berilmu pengetahuan dan berdaya saing. Ini kerana masyarakat kini adalah masyarakat berilmu pengetahuan.Pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama,iaitu untuk mengajar, mendidik dan mengubah manusia yang bernama pelajar dari keadaan tidak kenal huruf , tidak tahu mengira dan tidak boleh membaca kepada celik huruf, bijak mengira dan menjadi manusia yang berjaya.

(12)

terpinggir dan sudah berada dan sudah berada dalam ketogori terakhir pemilihan kerja.Ada juga seringkali para guru sering menjadi sasaran jika berlaku kepincangan dalam masyarakat

Dapatan yang dibuat oleh Shuib dan Johari (2001) melaui pemerhatian, temubual dan pengalaman, mereka mendapati bahawa ada beberapa sebab mengapa bidang keguruan ini kurang mendapat tempat pada pandangan masyarakat dan remaja yang memilih kerjaya:

 Profesion perguruan adalah profesion yang statik, kutang masa dan peluang terlalu kecil. Bakhtiar Mansor (1993) mengambil beberapa stastistik mengenai perbandingan peluang kenaikan pangkat di kalangan beberapa profesion utama,antaranya;

Pendidikan 3.5 %

Jurutera Awam (Kerja Raya) 27.1 %

Pegawai Perubatan 15.1 %

Polis 18.6 %

Pegawai Pertanian 13.4 %

Pegawai Tadbir & Diplomatik 38.4 %

 Berhadapan dengan berbagai kerenah pelajar yang begitu ramai yang datang dari pelbagai keturunan,adat resam,sosio ekonomi, peringkat umur, masalah disiplin yang perlu di tangani. Malah guru juga perlu melayani kernah ibu bapa, masyarakat, pihak atasan, kerajaan, pertubuhan dan masalah peribadi.

 Pembelaan pula kurang dan masih tidak memuaskan hati guru sehingga ada cadangan meletakkan Pegawai Tadbir Dipolmatik (PTD) di bahagian pengurusan sama ada di sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah ataupun di Jabatan Pelajaran Negeri

(13)

 Beban kerja dan kurang insentif yang diterima oleh para guru. Masyarakat melihat kerja guru mudah, masa kerja yang pendek dan banyak cuti. Guru pula merasa beban kerja terlalu banyak sehingga membawa ke bilik tidur. Kerja lebih masa tidak dihargai. Pandangan dan persepsi yang berbeza akan menyebabkan segelintir guru kecewa.

Pada tahun 2005, terdapat lebih kurang 327,000 orang guru iaitu 58.2 % di sekolah rendah dan 41.8 % di sekolah menengah.Dari segi kelulusan ekademik, 38.0 % adalah guru siswazah dan 56.4 % guru bukan siswazah. Manakala 5.6 % adalah guru ambilan secara kontrak atau mereka yang tidak mempunyai latihan perguruan. Sebanyak 6.1 % guru sekolah rendah dan 82.4 % guru sekolah menengah adalah guru siswazah. Cabaran KPM adalah untuk meningkatkan kelayakan guru dan sasaran 50 % guru di sekolah rendah dan 100 % guru di sekolah menengah terdiri daripada siswazah terlatih menjelang 2010.

KPM telah mencipta sejarah baru dengan menaik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru seperti yang diluluskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Julai 2005. Dalam usaha meningkatkan bilangan guru berijazah dan menyediakan guru yang berkualiti, peranan IPG telah diperkembangkan untuk melatih guru pada peringkat ijazah berbanding dengan dengan hanya pada peringkat sijil dan diploma. IPG memainkan peranan penting dalam menyediakan latihan pra dan dalam perkhidmatan. Kini terdapat 27 buah IPG di seluruh negara dengan bilangan pensyarah seramai 3129 orang dan enrolmen 28,755. Dalam usaha untuk meningkatkan kelayakan guru ke tahap siswazah dan memastikan tenaga pengajar berkualiti, satu garis panduan iaitu Malaysia Quality Framework digunakan. Cabaran KPM untuk menjenamakan dan merangkaikan IPG dengan university dan kolej terkenal di luar negara serta dalam negeri seperti mewujudkan Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Program Berkembar Praperkhidmatan (B.Ed TESL) dan Program Bahasa-Bahasa Antarabangsa.

(14)

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Julai 2006 telah meluluskan Memorandum Bersama KPM dan KPTM yang bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dan penyelarasan antara Kementerian dalam latihan keguruan dan keluaran guru. Memoradum ini juga telah meluluskan norma guru dari 1.5n yang diguna pakai sejak 1982 kepada 1.7n (n ialah bilangan kelas). Peningkatan norma ini adalah satu kejayaan kepada KPM dalam usaha mengurangkan beban tugas guru seperti yang disyorkan dalam Laporan Kajian Tugas dan Tanggungjawab Guru yang dijalankan oleh KPM.

KPM juga berusaha untuk menangani masalah ketidaksepadanan (mismatch) antara opsyen semasa latihan dengan keperluan mata pelajaran yang diajar di sekolah terutama mata pelajaran kritikal. Cabaran KPM adalah untuk memastikan jurang ketidaksepadanan ini diatasi. Antara usaha yang diambil adalah dengan mengawal jumlah pengambilan ke program bidang pendidikan di IPG dan IPT.Pendekatan ini juga untuk memastikan tidak berlakunya masalah garaduan mengganggur.

Kerajaan sentiasa berusaha agar keperluan dan kemudahan guru dipenuhi. Bagi memastikan keselesaan ketika menjalankan tugas, persekitaran kerja dipertingkatkan supaya lebih kondusif. Kesanggupan dan pengorbanan guru untuk mendidik anak luar bandar juga perlu diberi pengikhtirafan dan sokongan.Kemudahan tempat tinggal terutama di kawasan pedalaman dan bandar besar akan disediakan secukupnya.Cabaran KPM adalah untuk membina lebih banyak rumah guru dan menyediakan kemudahan asas terutamanya kawasan pedalaman.

Bagi menjaga kebajikan guru, pada tahun 2005 KPM telah melancarkan dasar pemberian Skim Pinjaman Buku Teks kepada anak-anak guru dan Pegawai Peerkhidmatan Pendidikan termasuk yang telah bersara atau meninggal dunia. Cabaran KPM adalah untuk memastikan kebajikan guru sentiasa diberikan perhatian.

(15)

orang iaitu 1,086 adalah siswazah.dan 453 bukan siswazah.Bilangan pegawai PPPS di JPN dan PPD/G adalah seramai 2,730 orang iaitu 1884 siswazah dan 846 bukan siswazah. Cabaran KPM adalah untuk memastikan pegawai-pegawai diberi peluang menikmati laluan kerjaya yang lebih menarik dan peluang melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi.

Strategi Kerajaan Untuk Memartabatkan Profesion Perguruan.

Yazid Abdul Manap (2001) mengariskan beberapa strategi yang telah diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha mereka memartabatkan profesion di samping menjadikan profesion ini sebagai pilihan utama bagi bekas lulusan garduan. Antara usaha yang telah dilakukan oleh KPM ialah:

1. Menambah baik sistem pemilihan calon guru.

Faktor keupayaan menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dalam bentuk kesesuaian jenis personaliti seseorang dengan persekitaran itu. Apa jenis personaliti tersebut tidak sepadan dengan persekitarannya, maka berlakulah punca kepada sikap tidak berminat terhadap kerja mahupun perkembangannya. Sekiranya profesion ini adalah pilihan terakhir bagi guru,minat utama terhadap profesion ini sebenarnya hanya sedikit sahaja dan akibatnya selepas 2 atau 3 tahun menjadi guru, kebosanan terhadap tugas akan berlaku.Kajian yang dijalankan terhadap beberapa orang guru mengenai kejadian ‘burn-out’ terhadap guru jelas menunjukkan faktor bahawa guru yang seringkali menghadapi

(16)

2. Meningkatkan Tahap Profesionalisme.

Wan Zahid (1996) menyarankan bahawa untuk membentuk persekitaran kerja yang baik, guru perlulah meningkatkan pengetahuan dan memperbaiki kemahiran mereka. Dengan kepakaran dan kelayakan yang tinggi guru-guru akan dilihat sebagai lebih berkemampuan dalam memberi sumbangan terhadap pembentukan persekitaran yang sesuai dan kondusif.

a) Program Diploma Perguruan Khas

Diperkenalkan pada tahun 1996 bertujuan untuk menjamin kualiti di peringkat menengah dengan menyediakan guru siswazah di semua sekolah menengah menjelang tahun 2005.

b) Program Diploma Perguruan Malaysia

KPM telah mengantikan Sijil Perguruan Asas (SPA) kepada Diploma Perguruan Malaysia ( DPM) demi untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara kita selaras dengan cabaran dalam dunia pendidikan hari ini.

c) Program Pensiswazah Guru

Kursus-kursus seperti Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) yang dimulakan pada tahun 1999 telah menambahkan bilangan guru siswazah di samping kursus-kursus yang diadakan secara usahasama dengan Universiti Terbuka Malaysia ( Open University) untuk guru-guru bukan siswazah serta Institut Aminuddin Baki untuk

guru besar.

d) Program Berkembar IAB Dengan Pihak Universiti

(17)

terus dikawal dan sentiasa berada pada paras yang maksimum telah menjalankan beberapa program khas untuk memastikan ianya terus berkembang.

Latihan pendidikan yang dijalankan dengan usaha sama Institut Aminuddin Baki dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan harus dipuji. Antara latihan dan program yang disediakan ialah program kembar sarjana antara Institut Aminuddin Baki dengan university-universiti di Britain, Amerika Syarikat dan Australia.

e) Skim Latihan Pegawai.

Skim yang dikelolakan oleh bahagian Biasiswa untuk membolehkan pegawai-pegawai p[endidikan mendapat kelayakan tambahan dengan mengikuti program kedoktoran dan sarjana dengan menawarkan biasiswa penuh dan cuti belajar bergaji penuh.

f) Program Pensarjanaan Pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG).

Di samping meletakkan guru-guru di tahap yang paling tinggi dengan memberikan kursus dan latihan yang sesuai, pensyarah-pensyarah IPG juga diberi peluang menambahbaik kelulusan ikhtisas mereka dengan cabaran dalam dunia pendidikan masa kini.

3. Memantapkan Latihan Perguruan

KPM telah menaik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) yang menawarkan program pada peringkat ijazah sarjana muda pendidikan.

KPM melalui Bahagian Pendidikan Guru telah mereka bentuk dan menggubal kurikulum IPG secara berpusat dan mendapat kelulusan Majlis Kurikulum Pendidikan Guru. Antara perubahan dan penekanan yang dibuat ialah:

a) Memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru.

b) Membangunkan infrastruktur yang meliputi Pusat Maklumat Latihan Keguruan,

(18)

c) Memantapkan profesionalisme keguruan dengan memberi latihan dalam aspek pedagogi, kokurikulum, ICT, penyelidikan dan pastoral care

d) Memastikan setiap IPG mempunyai pengkhususan bidang tertentu iaitu Teknologi Maklumat, Bahasa, Sains dan Matematik, Sains Sosial, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam, Teknik dan Vokasional, dan Pendidikan Khas.

e) Memberi penekanan kepada Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi menjadikan penyelidikan sebagai budaya kerja pendidikan guru.

f) Mempereratkan kerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan semua IPT yang menawarkan program ijazah pendidikan untuk memastikan penggubalan kurikulum pendidikan guru dibuat menepati kehendak dan keperluan sistem pendidikan negara.

g) Memperkasakan peranan IAB untuk kursus dalam perkhidmatan bagi membina sumber tenaga pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang terbaik kea rah meningkatkan profesionalisme guru.

h) Meningkatkan kelayakan tenaga pengajar IPG dengan mengadakan Program Peningkatan Akedemik PPP yang dijalankan secara sepenuh masa,Pendidikan Jarak jauh (PJJ) serta gabungan PJJ dan sepenuh masa.

i) Meningkatkan pemantapan dan perluasan kursus dan latihan j) Meluaskan dan meningkatkan R&D.

4. Menambah Baik Persekitaran Kerja dan Kebajikan Guru.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha menyediakan persekitaran kerja yang kondusif kepada guru-guru.Antaranya ialah;

a) Menyediakan kemudahan tempat tinggal yang mencukupi untuk guru-guru di kawasan pendalaman , luar bandar dan bandar melalui pembinaan rumah guru baru dan membaik pulih rumah guru sedia ada.

(19)

c) Mewujudkan tambahan jawatan kumpulan sokongan bagi mengurangkan beban tugas dan tanggungjawab guru dalam kerja-kerja pentadbiran .Pembantu Hal Ehwal murid diwujudkan bagi membantu guru dikelas pra sekolah dan kelas pendidikan khas. d) Mengkaji keperluan kemudahan ansurans bagi guru-guru yang berkhidmat di

kawasan pendalaman.

e) Memantapkan pelaksanaan Guru Simpanan.

f) Mengurangkan Penempatan Guru Sandaran Tidak Terlatih(GSTT)

Kekosongan jawatan guru sama ada di sekolah rendah mahupun menengah biasanya diisi oleh guru sandaran yang tidak mendapat latihan secara formal sama ada di IPG ataupun universiti. Kita tidak dapa menafikan mengenai keperluan mengisi kekosongan tersebut atas dasar pendidikan pelajar di sekolah. Tetapi pandangan masyarakat terhadap profesion keguruan ini akan menjadi lebih pudar lagi apabila ada sesetengah pihak yang menganggap tanpa mengikuti latihan perguruan di tempat-tempat tertentu, mereka masih boleh menjadi seorang guru.

Sepatutnya, Bahagian Dasar dan Penyelidikan Pendidikan mengambil langkah yang proaktif terhadap masalah yang dihadapi .Lambakan guru-guru sandaran tidak terlatih di sekolah dengan sendirinya akan merendahkan martabat profesion keguruan tersebut. Sepatutnya kekosongan jawatan guru di sekolah menengah diisi dengan kehadiran guru-guru yang telah menamatkan pengajian secara sepenuh masa atau PJJ yang terlalu ramai di sekolah rendah, manakala di peringkat sekolah rendah iainya diisi dengan guru-guru lepasan dari IPG.

(20)

sebagainya di samping memajukan ekonomi warga pendidik melalui aktiviti perniagaan terutama dalam bidang kewangan, pengurusan dana, pembinaan dan pembangunan harta tanah, pelancongan dan perhotelan, pembekalan dan sebaginya.

h) Kesatuan Guru.

Penyertaan guru dalam kesatuan-kesatuan guru yang berdaftar diyakini dapat menguat dan mengukuhkan penyatuan perjuangan guru secara permaufakatan selaras dengan kehendak profesion perguruan. Inilah resolusi pertama Persidangan Permaufakatan Pendidikan Kesatuan dan Persatuan Guru Malaysia (PPKPGM) yang menyeru agar setiap warga pendidik menyertai salah satu kesatuan guru yang terdapat di negara ini. Namun mengikut kajian yang dijalankan oleh kesatuan guru (samada KPPK atau KGMMB), hampie 60 % guru-guru di Malaysia tidak mendaftar sebagai ahli di mana-mana kestuan gurupun. Ini menunjukkan bahawa guru sendiripun tidak berminat terhadap kesatuan yang dibentuk oleh guru untuk kebajikan guru-guru itu sendiri. Segala masalah yang bersabit dengan bidang perguruan samada dari segi perjawatan, ganjaran mahupun kebajikan sepatutnya disalurkan melalui kesatuan adan akhirnya akan disampaikan kepada pihak KPM supaya diambil tindakan.Sekiranya kesatuan guru sendiri tidakmendapat sokongan padu dari kalangan guru sendiri, bagaimanakah nasib guru hendak terbela dan apakah martabatnya profesion keguruan twersebut.

i) Hari Guru

16 Mei setiap tahun diikhtiraf sebagai Hari Guru peringkat kebangsaan untuk menghargai sumbangan dan jasa para guru.Pada hari tersebut, tokoh-tokoh guru diisytiharkan sebagai member pengikhtirafan penuh kepada sumbangan dan jasa mereka. Walaupun yang diberikan gelaran tersebut tidaklah ramai tetapi ingatan kerajaan dan masyarakat negara ini di atas pengorbanan para pendidik dapat memberikan sumbangan yang besar dalam dunia pendidikan.

(21)

menyediakan data dan unjuran bilangan guru yang tidak mencukupi mengikut opsyen dan lokasi.

k) Ganjaran dan Kenaikan Pangkat.

Selain dari meningkatkan diri dengan ilmu dengan penambaikkan dalam bidang ilmu, dan persekitaran kerja yang kondusif para pendidik juga ditawarkan dengan ganjaran- ganjaran dan kenaikan pangkat bagi mereka yang benar-benar layak.

i) Pengetua Cemerlang

Jawatan Pengetua cemerlang telah diwujudkan oleh KPM dengan tujuan untuk melantik pengetua-pengetua cemerlang yang akan membawa kecemerlangan kepada sekolah tempat mereka ditugaskan.Program ini adalah merupakan program pemilihan Pengetua DGA48 ke DGA52 dan seterusnya DGA54.

ii) Guru Besar Cemerlang

Jawatan ini diwujudkan sebagai member peluang dan mengikhtiraf pengorbanan dan hasil usaha guru besar untuk menaikkan prestasi sekolah.Mereka dinaikkan pangkat dari DGA34 kepada DGA38.

iii) Guru Cemerlang.

(22)

iv) Jawatan Naik Pangkat.

Guru-guru yang tidak berpeluang menjawab jawatan yang lebih kanan dalam bidang pentadbiran, guru-guru ini berpeluang menikmati kenaikan pangkat secara “Time Based ”. Antara kelayakannya ialah dengan dengan berkhidmat sekurang-kurangnya

10 tahun digred DGA29 atau DGA 41 dan berada di mata tangga maksimum.

AMALAN ETIKA PROFESIONAL

1. Pengetahuan dan Kemahiran

Sebelum seseorang calon itu menjadi guru, calon tersebut perlulah menerima latihan dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah.sebagai contoh seseorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum ia boleh mengajar di sekolah kerajaan. Walaubagaimanapun, seseorang itu menerima latihan perguruan atau tidak, dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya. Gurujuga mesti mengetahui kaedah atau cara penyampaian dalam pelajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Di samping itu guru mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok,bersabar,bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang.

Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalh hasil daripada latihan yang membolehkan sesorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan.Latihan ini termasuklah kefahaman terhadap sifar kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran. Selain tugas di bilik darjah, guru-guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibu bapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat.

(23)

Sebagai guru yang bertangungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik genarasi yang akan menerajui negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai kaedah-kaedah pendidikan harus harus diperkemas dari hari ke hari. Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kukrikulum berkenaan, guru hendak berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sehubung dengan kehendak tersebut guru-guru hendaklah mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Sebagai contoh para guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan. Kursus-kursus yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan komplek ini. Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan diharapkan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu pengetahuan dan pemikiran.

3 Berupaya Membuat Keputusan Dan Menyelesaikan Masalah Serta Berfikiran Kritis dan

Kreatif

Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya. Sebagai pentadbir atau pengurus, guru harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan. Perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan juga memerlukan guru untuk menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Pendekatan ini bukan sahaja perlu digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, tetapi jika perlu kaedah berfikir secara kritis dan kreatif boleh diaplikasikan dalam pentadbiran, mengurus ataupun perancangan sesuatu program.

4 Mahir Menggunakan Kemudahan ICT

(24)

globalisasi dunia telah banyak membawa cabaran kepada kita.Kita tidak dapat menyangkal betapa cepatnya IT merubah dunia pembelajaran umpamanya muncul pembelajaran melalui “online”. Para guru pada hari ini telah bersikap produktif, proaktif dan responsive terhadap perkembangan kecanggihan teknologi yang banyak mengajar anak bangsa kita supaya menjadi satu bangsa yang maju. Ilmu dan kemahiran dalam bidang teknologi info-komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemangkin ke arah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti. Sebagai pemangkin, guru menggunakan teknologi info-komunikasi bukan hanya untuk menyampaikan ilmu di dunia semata-mata tetapi juga untuk meraih kepentingan ilmu akhirat kerana pendidikan berkualiti hanya akan dapat dicapai melalui keseimbangan dalam kedua-dua ilmu tersebut.

Hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, menyebabkan pembangunan negara bergerak dengan rancak.Pelbagai usaha dijalankan oleh kerajaan untuk membangunkan teknologi maklumat seperti koridor raya multimedia MSC yang menjadi pusat telekomunikasi dan penyiaran serantau dan antarabangsa.Hal yang sama juga berlaku dalam kurikulum pendidikan di negara ini, komputer telah dijadikan sebagai satu kurikulum di sekolah.Penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer merupakan salah satu bentuk kurikulum yang memerlukan profesion keguruan tahu dan menguasai teknologi maklumat. Penggunaan komputer dalam pedidikan membawa satu reformasi serta perkembangan baru dalm pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori-teori pengajaran-pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem pentadbiran pendidikan serta kemahiran dan latihan guru (Mok Song Sang,1996).

Dalam era teknologi maklumat seperti sekarang, kita berhadapan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian malah kemudahan teknologi telah menjadi satu cara hidup seperti penggunaan pengangkutan berasaskan teknologi(LRT), perkhidmatan bank (kad ATM), telekomunikasi(telefon bimbit) hiburan (video,VCD) dan lain-lain.Jadi rakyat negara ini harus dapt menangani kehidupan di erateknologi maklumat sehingga teknologi itu menjadi sebahagian daripada amalan biasa tanpa disedari.Oleh itu, profesion keguruan harus melengkapkan diri secara global dalam pekembangan penggunaan teknologi maklumat dalam kurikulum di sekolah.

(25)

Seseorang guru dalam profesion keguruan ini perlu serba tahu.Guru diharapkan dapat membawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-sama pelajar di dalam kelas. Melalui pembacaan guru dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai isu-isu semasa, samaada yang berkaitan dengan kekeluargaan, komuniti,jenayah seperti peras ugut, pecah rumah, penculikan dan seumpamanya; ekonomi: urusan perniagaan, jual beli saham, hartanah dan sebagainya; politik: hubungan negara di peringkat antarabangsa dan juga pergolakkan politik di sesebuah negara. Dalam hal seperti ini guru diharapkan dapat menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri dalam menggunakan isu-isu semasa untuk dikaji dan dibincangkan dengan pelajar.

Dalam program transformasi pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan, nilai dana akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan peringkat rendah dan menengah telah ditegaskan nilai-nilai murni perlu diterapkan dalam pengajaran.Perlaksanaan penerapan nilai penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada negara pada masa hadapan. Hal yang sama juga perlu dihayati oleh guru. Enam belas nilai murni yang disarankan dalam kurikulum pendidikan perlu dimiliki oleh guru terlebih dahulu.

PENUTUP

(26)

penyampaian dan P&P menjadi efektif, menarik dan menyeronokkan. Kerajaan dan guru itu sendiri memainkan peranan dalam meningkatkan profesion perguruan.

Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai atau kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja.Hanya mereka yang mempunyai kualiti, keterampilan,kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik layak menjadi guru. Di samping menuntut kesungguhan dan tanggungjawab guru, pemantapan kebajikan dan kerjaya akan terus diberi penekananan. Bidang pendidikan berhadapan dengan masa hadapan yang mencabar yang memerlukan perancangan rapi, sistematik dan holistik.

Maka, kalangan warga pendidik serta semua pihak yang berkepentingan perlu berganding bahu untuk meningkatkan lagi profesionalisme guru demi memantapkan lagi sistem pendidikan di negara kita. Sistem pendidikan yang berwibawa akan menghasilkan modal insan berminda kelas pertama walaupun mengambil masa yang panjang.Peningkatan profesionalisme guru dapat membantu meningkatkan lagi sistem pendidikan di negara kita. Melalui pendidikan profesionalisme guru ia dapat melahirkan guru yang sanggup dan dapat melakukan apa sahaja yang diminta dalam skop yang telah ditetapkan tanpa sebarang runggutan di belakang.

Skim perkkidmatan guru akan terus diperbaiki bermula daripada pengambilan, latihan dan penempatan bagi memastikan guru-guru berpeluang menikmati skim yang setara atau lebih baik daripada skim perkhidmatan lain. Pendekatan ini akan meningkatkan persepsi masyarakat terhadap profesion keguruan dan sekali gus memartabatkan profesion ini.

Bibliografi

Yazid Abdul M anap (2001), “ M emart abat kan Profesion Keguruan Tanggungjaw ab Bersama” ,

Dalam Best ari Koleksi Guru Johor, Jpn Johor, Hlm 15-33.

Shuib Dirw an & Johari Seman (2001), “ Profesion Keguruan Di M alaysia, Sejauh M anakah

(27)

Wan M ohd Zahid Noordin, Sedut an Ucapan Sempena M ajlis Perasmian Seminar Pendidikan

Anjuran Jpn Johor Di Ut m Pada 23 M ac 1998.

Bakht iar M ansor (1993), “ Perguruan : Sat u Perspekt if Perkembangan Kerjaya” Dalam Jurnal

Pengurusan Pendidikan, Inst it ut Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.

Kamus Dew an Edisi Baru (1989), Dew an Bahasa Dan Pust aka, Kuala Lumpur.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (2006) Kement erian Pelajaran M alaysia,

Kuala Lumpur.

Elkind, D. (1976). Child Development And Educat ion . Oxford Universit y Press.

Erikson, E. H. (1950). Childhood An Societ y. New York: Longmans.

Hemlat a Talesra, M aneesha Shukul & Uma Shanker Sharma. (2003). Challenges Of Educat ion

Technology, Trends, Globalisat ion.New Delhi: Aut horspress.

M at hur, V. S. (1975). Teacher Educat ion - Some Thought s. Ambala Cit y: Aggarw al Prakashan.

M easor, L. & Sikes, P. (1992). Gender And Schools. London: Cassell.

M enon, L. (1999). Women Empowerment And Challenges Of Change,. New Delhi: Kanishka

Referensi

Dokumen terkait

Laboratorium Eco Material 57 Berdasarkan perhitungan berat, jika berat jenis beton normal diketahui berdasarkan pengalaman yang lalu, maka berat pasir yang dibutuhkan

Tujuan penelitian ini adalah membuktikan sarang semut (Myrmecodia sp.) dimanfaatkan secara tradisional sebagai obat antidiabetes oleh masyarakat Papua karena belum ada yang

160 Politeknik Gunakarya Indonesia Bekasi 161 Politeknik Kelapa Sawit Citra Widya EdukasI 201 Sekolah Tinggi Bahasa Asing Bina Dinamika Cianjur 162 Sekolah Tinggi llmu Ekonomi

Radiasi yang berbahaya untuk mikroorganisme adalah radiasi pengionisasi (ionizing radiation), yaitu radiasi dari panjang gelombang yang sangat pendek dan berenergi tinggi yang

Dari uraian diatas, maka penulis tertarik untuk melakukan penelitian tentang pengaruh pemberian herbisida paraquat diklorida per−oral terhadap pembengkakan hepatosit

Penelitian ini dilakukan untuk mengetahui pengaruh pemberian ekstrak jaloh (Salix tetrasperma Roxb) pada ayam pedaging yang diberi cekaman panas pada suhu 33 ± 1 o C selama 4 jam

Hasil pene- litiannya menunjukkan bahwa variabel pro- duk, tempat, harga, promosi, proses, bukti fisik, orang dan layanan pelanggan (marketing mix) memiliki pengaruh

Dengan pemahaman di atas dapat disimpulkan bahwa pegawai yang pernah mengikuti kegiatan pelatihan profesional diyakini memiliki kompetensi yang lebih baik daripada