Soalan Latihan STPD2013 - Sains Tauhidik
(berdasarkan kepada kuliah 3 jam dan nota Prof. Shahidan Radiman) Jawab semua 25 soalan:
1. Pemuka ilmu Kalam yang pertama ialah _______ apabila beliau berdebat dengan puak Khawarij tentang janji dan ancaman Allah dan dengan puak Qadariyah tentang nasib dan ketentuan Allah, kehendak dan kebolehan diri. Sahabat lain seperti Abdullah Ibn Abbas r.a merupakan sahabat yang mendebat ketua puak Qadariyah iaitu Ma’bad al-Juhani. Ini kemudiannyanya diikuti oleh Umar Abdul Aziz, Zayd ibn Ali Ibn Hussein Ibn Ali bin Abi Talib kar dan kemudiannya oleh Imam Hasan Al-Basri (seperti yang dicatat dalam kitab Usul Ad Din oleh al-Khatib al Baghdadi )
a) Saidina Uthman r.a b) Saidina Ali kar. c) Saidina Talha r.a d) Saidina Abdullah Ibn Zubair r.a
2. Mazhab dari segi fekah terdiri daripada beberapa seperti Hanafi, Maliki, Syafie , Hanbali , Zaidiyah, Ja’fari tetapi mazhab dari segi aqaid terdiri daripada Muktazilah , Murji’ah, Syiah , Jabbariyah dan __________
a) ahli Sunnah wal jamaah b) Wahabi c) Ismaili d) Qadiyani
3. Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Malik bin Anas, Ibn Taimiyah dan Imam Suyuti menentang ilmu kalam kerana beranggapan bahawa ia ______________
a) banyak menggunakan akal atau logic b) dicampuri dengan ilmu Yunani c) banyak membuang masa berdebat d) satu bentuk falsafah
4. Imam al-Baqillani , seorang pemuka ahli sunnah wal jamaah menggunakan ____ dan tidak menggunakan takwil untuk ayat Quran yang mutasyabihat .
a) logik b) falsafah c) tafsir d) tafwid
5. Ahli Sunnah wal Jamaah merupakan pengikut ajaran Rasulullah s.a.w dan ikutan para sahabat yang diambil dan dirumus oleh ulama tabi’in yang meliputi ajaran Islam mengenai akidah , syariah dan __________
a) hukum hakam b) akhlak c) ilmu sains d) teknologi
6. Pada peringkat syariah, Alhi Sunnah wal jamaah mengikut empat Mazhab iaitu mazhab Syafie, Hanbali, Hanafi dan __________
a) Maliki b) Zaidi d) Syii d) Alawi
7. Mazhab Ahli Sunnah wal jamaah adalah mazhab yang didirikan oleh ____________ untuk _________________
a) Abu Hasan As Syaari , menentang fahaman Muktazilah b) Al Maturidi , menentang fahaman Jahmiyah
c) Al-Baqillani , menentang fahaman Mujassimah d) Ibn Taimiyah , menentang kaum Sufi
8. Ilmu ketuhanan yang dihurai secara rasional dalam ilmu kalam amat penting bagi ahli sains agar ahli sains Muslim moden tidak terjebak dengan pemikiran ____________
a) Saintisme b) Bucaillisme c) Atheisme d) Bahlulisme
9. Dua ulama’ terkenal sezaman dengan Abu Hasan As Syaari yang menjadi ikutan Mazhab Ahl Sunnah wal Jamaah adalah ___________ dan ___________
a) Fakhrudin al Razi ,Suhrawardi
b) Abu Mansur al Maturidi , Imam Thahawi c) Imam Haramain , Imam at Tabari
d) Ibn Furak , Ibn Hisham
10. Kitab Abu Hasan as Syaari yang terakhir berjudul Kitab al Ibanah an Ushul al Diyanah telah diubah suai oleh pihak Wahabi dan diterbitkan pada zaman moden ini. Kitab yang asal ditulis mengikut metodologi Ibn Kullab dan sama dengan pendapat al-Qalanisi dan Harits al-Muhasibi seperti yang disahkan oleh Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitab __________ yang menyebutkan: “ Metodologi Ibn Kullab diikuti oleh As Syaari dalam kitab Al-Ibanah “
a) Lisan al Hal b) Lisan al Mizan c) Tabaqat Shafiiyah d) Tabaqat Sufiyah
11. Ilmu Kalam yang membincangkan tentang sifat –sifat dan nama-nama Allah adalah penting untuk zaman moden kerana pada asasnya kewujudan alam semesta ini adalah merupakan tajalli Allah s.w.t dan alam semesta termasuk manusia menjadi __________ dalam bentuk hukum dan peraturanNya (sunnatullah)
a) mazharNya b) khalifahNya c) insanul kamil d) hambaNya
12. Occasionalisme yang didukong oleh ahli Kalam termasuk Imam al-Ghazali dapat dicerap pada skala kuantum dalam bentuk _________ yang memenuhi ruang vakum dan secara bentuk operator __________ yang mewakili cerapan (observable) dalam Mekanik Kuantum. a) zarah maya , ciptaan-kehancuran
b) medan , Hamiltonian c) medan tolok , Hermitian d) cerapan selanjar , selanjar
13. Atomisme yang menjadi salah satu doktrin utama ahli Kalam dapat dibuktikan dalam Model Lazim Fizik sebagai ___________ dan dalam teori supertali sebagai ____________
a) atom , nukleon b) neutrino , neutrilano
c) 3 famili lepton-quark , supertali d) hadron , meson
14. Pemisahan di antara jirim dan sifatnya seperti yang dihurai oleh Imam al-Ghazali dalam bab 17 Tahafut al-Falasifah mengenai api dan sifat membakarnya telah terbukti dalam Mekanik Kuantum sebagai fenomena kesan _____________
a) Bohm -Aharonov b) Zeno
c) Kucing Schrodinger d) kucing Cheshire
15. Teori Letupan Besar (Big Bang) adalah selari dengan pandangan ahli Kalam bahawa kewujudan alam semesta ini adalah wujud ___________
a) ceteris paribus b)ad nauseam c) ex situ d) ex nihilo
16. Kewujudan alam semesta tanpa masa ( sarmadi) mula ditulis oleh ahli Falsafah Islam Mir Damad (guru kepada Mulla Sadra) dan ini bersesuaiannya dengan pengkuantuman alam semesta dalam bentuk persamaan _______________ dalam kosmologi Kuantum
a) Wheeler-De Wit b) Gross-Pitaevski c) Newton- Schrodinger d) Klein-Gordon
17. Kewujudan alam mitsal iaitu alam perantara di antara alam ketetapan Allah dan alam fizikal disokong oleh Interpretasi ___________ dalam Mekanik Kuantum.
a) Alam selari b) Copenhagen c) De Broglie-Bohm d) Tekal –sejarah
18. Bahawa alam ini terdiri dari sesuatu yang tidak konkrit dan merupakan “ senda gurau” atau “alam mimpi” dibuktikan oleh sains moden yang menyatakan bahawa jisim yang wujud dalam alam ini hanyalah dalam bentuk medan dan tenaga contohnya jisim _______ dan
_________boleh terhasil dari interaksi gandingan spin-orbit di antara quark dan anti-quark.
a) meson, baryon b)pion, antipion c) nucleon-antinucleon d) proton, neutron 19. Ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan alam fizikal dipanggil ayat ________
a) mutasyabihat b) muhkamat c) kauniyah d) tijarah
20. Perjalanan hidup Imam al-Ghazali seperti yang dihurai dalam kitabnya Al Muqib min Ad Dholal menunjukan perubahan dalam pandangan hidupnya daripada dunia syariat kepada dunia ________
a) akhirat b) pengalaman hidup c) tareqat d) hakikat atau tasawuf
21. Ilmu Kalam perlu dikaji dan dihidupkan semua dalam zaman ini agar dapat memberi __________ penyelidikan batasan dan bukan memalui kaedah falsafah tertentu yang kurang meyakinkan.
a) reformasi b) halatuju c) nilas tapak d) nilai tambah
22. Kosmologi moden Islam bermula dengan Al-Kindi diikuti Al Farabi dan Ibn Sina yang banyak meminjam daripada falsafah Yunani , namun kemudiannya kosmologi ini menjadi mantap
apabila kosmologi fizikal yang diterokai oleh Al Battani dan Al-Fargaani digabungkan dengan kosmologi tasawuf yang bersumberkan ilmu ______
a) dzauqi /hudhuri b) ladunni c) hadith d) alam malakut
23. Prinsip Anthropik dalam Kosmologi Moden (lihat buku oleh Barrow dan Tipler) sangat bersesuaian dengan penciptaan manusia sebagai _____________ di muka bumi.
a) Insanul kamil b) khalifah Allah c) hamba Allah d) penerima amanah
24. Bahawa alam semesta ini sentiasa dalam peliharaan Allah s.w.t terbukti oleh fakta bahawa : (i) tenaga yang cukop besar diperlukan untuk berlakunya Letupan Besar (ii) sehingga kini alam masih mengembang dan galaksi serta jirim baru masih diciptakan di alam semesta tanpa
diketahui dari mana asal jirim itu (iii) wujud “ jisim gelap” dan “tenaga gelap” yang menyelubungi alam semesta ini melebihi >90 % dari segi jisim yang masih belum diketahui sifat mahupun dapat dicerap secara langsung dan lamanya alam semesta ini yang sudah wujud semenjak __________ tahun
a) 2 billion b) 8 billion c) 13 billion d) 20 billion
25. Menurut tafsiran astrofizik moden “bintang yang menembus” seperti yang disebut dalam surah An Najm bersifat fenomenal dan dipanggil ___________
a) bintang kerdil b) bintang neutron/pulsar c) supernova d) supergalaksi
END