Malaysian Universities Transport Research Forum Conference 2013(23-24 Dec. 2013, Bangi, Malaysia)
LALUAN PEJALAN KAKI
Mohd Azizul Ladin*1,2, Muhamad Razuhanafi Mat Yazid1, Amiruddin Ismail1, Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat3
*1
Sustainable Urban Transport Research Centre, Universiti Kebangsaan Malaysia 2
School of Engineering & Information Technology, Universiti Malaysia Sabah 3
Centre for Academic Advancement, Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK
Pengangkutan tidak bermotor (PTB) yang juga dipanggil pengangkutan aktif dan pengangkutan berkuasa manusia merujuk kepada berjalan kaki, berbasikal, dan pelbagai varian pengangkutan seperti kerusi roda dan skuter. Berjalan kaki merupakan asas kepada mod pengangkutan yang lain dan juga merupakan mod pengangkutan yang paling utama. Strategi bagi menaik taraf kemudahan laluan pejalan kaki mampu menawarkan pelbagai manfaat kepada masyarakat; antaranya boleh meningkatkan keselamatan dan keselesaan pejalan kaki dan penunggang basikal, meluaskan pilihan perjalanan untuk bukan pemandu, mengurangkan konflik antara pemandu dan pengguna jalan raya yang lain, mengurangkan jumlah trafik kereta serta meningkatkan aktiviti rekreasi dan kesihatan. Berdasarkan keutamaan tersebut, kajian ini telah dijalankan khusus di UKM bagi mengkaji keperluan penanaman pokok di tepi jalan mempengaruhi kesudian pengguna jalan raya untuk berjalan kaki. Objektif utama kajian ini adalah untuk membentuk satu model pengangkutan bagi kesudian berjalan kaki jika terdapat pokok yang efisien di sepanjang laluan pejalan kaki. Kaedah regresi linear telah digunakan untuk menghasilkan model pengangkutan. Model ini boleh digunakan untuk menentukan kesesuaian penanaman pokok yang efisien. Hasil kajian menunjukkan jarak 400 m mencatatkan jumlah tertinggi kesudian pelajar untuk berjalan kaki disebabkan terdapat pokok yang efisien. Penanaman pokok yang efisien di laluan pejalan kaki membolehkan kesudian pejalan kaki di UKM bertindak untuk berjalan kaki dalam jarak 400 hingga 800 m, iaitu peningkatan dua kali ganda daripada keadaan biasa.
Keywords: pengangkutan tidak bermotor, berjalan kaki, pengangkutan aktif, laluan pejalan kaki
Malaysian Universities Transport Research Forum Conference 2013(Dec. 23-24, 2013, Bangi, Malaysia) 2
1. PENGENALAN
Pengangkutan Tidak Bermotor (PTB) yang juga dipanggil pengangkutan aktif dan pengangkutan berkuasa manusia merujuk kepada berjalan, berbasikal, dan pelbagai varian seperti kerusi roda dan skuter (Litman 2011).
Strategi PTB mampu menawarkan pelbagai manfaat kepada masyarakat; antaranya boleh meningkatkan keselamatan dan keselesaan pejalan kaki dan penunggang basikal, meluaskan pilihan perjalanan untuk bukan pemandu, mengurangkan konflik antara pemandu dan pengguna jalan raya yang lain, mengurangkan jumlah trafik kereta (Shaheen 2011) serta meningkatkan aktiviti rekreasi dan kesihatan (Andersen et al. 2000; Bassett Jr et al. 2008; Bauman et al. 2008; Huy et al. 2008; Ohta et al. 2007; Oja et al. 1998)
Selain itu ia juga mampu menggalakkan aktiviti pelancongan PTB, memberi keselesaan kepada orang kurang upaya, dan membantu mewujudkan masyarakat yang lebih selesa untuk didiami (Litman 2005; Love et al. 2012). Salah satu PTB yang paling utama dan asas bagi semua mod pengangkutan adalah berjalan kaki.
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menyelidik dan menganalisis kesudian warga
UKM untuk berjalan kaki dengan jarak yang lebih jauh kerana tertarik kepada pokok yang efisien yang ditanam di tepi laluan pejalan kaki. Pokok yang efisien ini merujuk kepada pokok yang mampu memberi teduhan kepada pejalan kaki daripada panas matahari.
2. KEUTAMAAN BERJALAN KAKI
Kita semua adalah pejalan kaki. Baik apa saja jenis perjalanan dengan apa jua cara, sekurang-kurangnya kita perlu kepada berjalan kaki pada setiap awal dan akhir perjalanan. Berjalan merupakan asas pengangkutan bagi manusia dan merupakan pengangkutan bandar utama yang telah membenarkan penempatan bandar untuk beroperasi selama beribu-ribu tahun. Poin-poin berikut menjelaskan keutamaan berjalan kaki (Grava 2003):
(a) Ekonomi
Mod berjalan kaki melibatkan perbelanjaan yang sangat sedikit. Laluan pejalan kaki biasanya dibina bersama-sama dengan pembinaan jalan biasa dan sekiranya melibatkan perbelanjaan tertentu ia masih lagi agak minimum. Kos yang minimum ini disebabkan pembinaan laluan adalah lebih ringkas berbanding mod pengangkutan yang lain kerana tidak perlu membawa dan menampung beban yang berat. Namun, ia perlu cukup kuat untuk menampung kenderaan penyelenggaraan.
Malaysian Universities Transport Research Forum Conference 2013(Dec. 23-24, 2013, Bangi, Malaysia) 3
(b) Kesihatan
Berjalan kaki adalah senaman yang mudah, murah dan selamat untuk dilakukan. Ia merupakan satu kaedah senaman yang sesuai bagi semua lapisan peringkat umur. Senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja sama ada di rumah, di pejabat, di kompleks membeli-belah dan lain-lain lagi. Mengamalkan senaman berjalan kaki memberi manfaat kepada kesihatan kita seperti menyihatkan jantung, mengurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan paras kolesterol. Selain itu, ia juga dapat mengawal tekanan darah dan mencegah risiko penyakit darah tinggi dan strok. Selanjutnya, berjalan mampu mengurangkan risiko penyakit diabetes. Berjalan meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah.
(c) Ketersediaan
Tidak perlu menunggu untuk kenderaan transit atau untuk menghidupkan enjin; mod sentiasa hadir dan sedia untuk digunakan. Kebayakan bandar-bandar utama di seluruh dunia telah menyediakan rangkaian pejalan kaki. Malah sistem rangkaian ini telah dipisahkan daripada jalan untuk laluan trafik dengan curb untuk memberi keselesaan kepada pejalan kaki.
(d) Kognisi
Pejalan kaki menyokong hubungan secara langsung dengan alam sekitar. Tindakan berjalan adalah automatik dan tidak memerlukan perhatian atau penjagaan yang terlalu rumit untuk mengelakkan rintangan dan bahaya. Manakala deria dan minda boleh terus digunakan untuk menghargai laluan atau landskap bagi melanjutkan pemikiran bebas.
(e) Mesra alam sekitar
Berjalan kaki adalah mod pengangkutan mesra alam yang muktamad. (Tidak perlu bimbang tentang haba yang dihasilkan oleh badan dan peluh tersejat.)
2.1 Kekangan Untuk Berjalan Kaki
Berjalan kaki, begitu menyenangkan dan digalakkan kerana menawarkan pelbagai kelebihan. Namun, perlu diketahui berjalan kaki bukanlah mod pengangkutan untuk semua tujuan kerana terdapat pelbagai lagi batasan fungsi . Poin-poin berikut mengemukakan keterbatasan untuk berjalan kaki (Grava 2003):
(a) Jarak
Manusia mudah dan cepat menjadi letih. Manusia yang memiliki fikiran juga akan sentiasa mencari jalan yang kurang rintangan atau jalan pintas (shortcut) bertujuan untuk memelihara tenaga peribadi.
Malaysian Universities Transport Research Forum Conference 2013(Dec. 23-24, 2013, Bangi, Malaysia) 4
Kelajuan seorang manusia adalah tidak cepat. kadar berjalan normal manusia adalah 15 minit per batu yang boleh dilanjutkan kepada 20 minit. Ini diterjemahkan ke dalam 4 atau 3 mph (6.4 atau 4.8 kilometer sejam). Untuk jarak yang pendek, kerana berjalan tidak melibatkan permulaan atau kehilangan masa terminal, kelajuan pejalan kaki yang perlahan tidak penting, tetapi ia menjadi satu faktor dengan perjalanan yang lebih panjang.
(c) Aras ketinggian
Kebiasaannya manusia yang berjalan enggan untuk menukar aras ketinggian (elevation), kerana umum mengetahui bahawa ia melibatkan penggunaan tenaga yang besar, berbanding dengan berjalan kaki dalam aras yang sama. Oleh itu, dalam mana-mana reka bentuk pejalan kaki untuk perubahan keadaan aras yang agak besar, aspek ini memerlukan perhatian khusus. Antara alternatif bagi mengatasi perubahan aras ini adalah dengan menyediakan perkhidmatan lif, eskalator dan lain-lain.
(d) Perubahan cuaca
Cuaca yang buruk, sama ada hujan, salji, angin kuat, atau panas terik matahari, akan mengurangkan dengan ketara apa-apa kecenderungan untuk berjalan. Ini adalah salah satu sebab-sebab utama mengapa persekitaran pejalan kaki tertutup telah begitu berjaya. Penanaman pokok yang mampu memberi teduhan daripada panas terik mentari di sepanjang laluan pejalan kaki juga merupakan salah satu kelebihan kepada pengguna.
(e) Mengangkut barang
Sekali lagi, pejalan kaki adalah terbatas, antaranya jumlah berat beban yang mampu dibawa bersama dengan mereka. Beg bimbit dan buku-buku poket adalah satu perkara, namun beg membeli-belah akan memberi masalah kepada pejalan kaki kerana keterbatasan manusia.
(f) Mobiliti kepada golongan kelainan upaya
Mana-mana masyarakat mempunyai peratusan tertentu daripada orang-orang yang mempunyai masalah yang lebih besar atau lebih kecil atau golongan kelainan upaya yang akan mengurangkan tahap penyertaan mereka dalam mod berjalan. Mereka ini mungkin terdiri daripada orang yang sakit sementara, seperti terseliuh buku lali, atau sakit kekal, seperti anggota badan yang hilang. Selain itu, masyarakat juga sentiasa ada golongan yang sangat muda dan sangat tua.
Malaysian Universities Transport Research Forum Conference 2013(Dec. 23-24, 2013, Bangi, Malaysia) 5
3. PROGRAM PENANAMAN POKOK
Pokok-pokok dan tumbuhan memberikan keindahan dan banyak faedah kepada penduduk terutama penduduk bandar. Pokok-pokok yang terdapat di tepi jalan, taman rekreasi, kawasan perumahan dan kawasan hutan semula jadi menyediakan kualiti air dan udara yang baik kepada manusia. Penanaman pokok memainkan peranan yang sangat penting dalam menghijaukan bandar-bandar. Di Malaysia, perkara ini mula disedari bermula pada kurun ke-18 sehingga pembentukan Taman Negara (Garden Nation) pada masa kini. Program penanaman pokok di kawasan bandar di Malaysia yang terawal telah direkodkan lebih dari satu kurun yang lepas. Pokok angsana atau nama botaninya pterocarsindus dilaporkan telah ditanam pada tahun 1778 dalam program penanaman pokok di tepi jalan raya. Manakala spesies pokok tempatan lain seperti syzygium grande (kelat jambu), millettia atropurpera (tulang daing), mesua ferrea (penaga lilin) telah ditanam secara meluas di kawasan bandar dalam tahun 1920 dan 1930.
Pada tahun 1973, rancangan program penghijauan yang pertama di Malaysia telah diadakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan penubuhan Unit Keindahan. Agenda pertama yang
dijalankan dalam program tersebut adalah “Tiada Jalan Tanpa Pokok”. Program ini telah berjaya
dijalankan dengan baik mengikut rancangan yang ditetapkan. Berdasarkan kejayaan program
tersebut pihak Dewan Bandar raya Kuala Lumpur telah mengambil langkah serius dalam
menjalankan program penanaman pokok di bandar dengan menjalankan program “Penanaman Pokok Segera”. Program ini telah dilaksanakan menggunakan konsep: dahan pokok besar yang di
potong digunakan untuk aktiviti penanaman. Program ini telah menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar hijau (Ladin 2008).
4. METODOLOGI
Kajian ini telah dijalankan di kampus utama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor. Responden bagi kajian ini adalah pelajar yang menetap di kolej-kolej di kampus utama UKM, Bangi. Mereka adalah terdiri daripada pelajar siswazah dan prasiswazah. Pemilihan mereka dibuat kerana bilangan mereka adalah yang paling ramai selain kebanyakan mereka adalah pejalan kaki. Dalam kajian ini kaedah stated preference survey (SPS) telah digunakan untuk mendapatkan data-data.
Malaysian Universities Transport Research Forum Conference 2013(Dec. 23-24, 2013, Bangi, Malaysia) 6
Rajah 1 menunjukkan peratusan berjalan kaki berdasarkan jarak. Berdasarkan rajah tersebut bacaan peratusan mencatatkan bacaan sebanyak 100% responden sudi berjalan kurang atau sama 100m, 68% responden memilih kurang atau sama 200m, 49% memilih kurang atau sama 300m, 18 % untuk kurang atau sama 500m manakala hanya 1% sahaja memilih untuk berjalan pada jarak 800m ke bawah. Beza peratusan antara jarak optimum dan minimum adalah 99%. Secara keseluruhan responden cenderung memilih jarak yang dekat untuk berjalan kaki.
Rajah 1 Peratusan berjalan kaki berdasarkan jarak
Malaysian Universities Transport Research Forum Conference 2013(Dec. 23-24, 2013, Bangi, Malaysia) 7
Peratusan Berjalan Kaki Berdasarkan Jarak Jika Terdapat Pokok Efisien
Jadual 1 Peratusan berjalan kaki berdasarkan jarak perjalanan jika terdapat pokok efisien
Jarak
Perjalanan ≤100m ≤200m ≤300m ≤400m ≤500m ≤600m ≤700m ≤800 m Bilangan 150 126 104 84 56 33 21 7 Peratusan 100% 84% 69% 56% 37% 22% 14% 5%
Malaysian Universities Transport Research Forum Conference 2013(Dec. 23-24, 2013, Bangi, Malaysia) 8
Data yang diperoleh ini kemudian dianalisis menggunakan analisis model logistik dan analisis regresi linear untuk model logistik. Fungsi logistik yang biasa digunakan dalam pemodelan pengangkutan adalah seperti dalam persamaan 1:
..) (
1
1
x yDe
P (1)
Di mana; P ialah kebarangkalian,
x dan y adalah pemboleh ubah tidak bersandar,
α danβ adalah pekali yang perlu ditentukur
D ialah pemalar
Keputusan analisis bagi nilai model logistik bagi keadaan laluan pejalan kaki tanpa pokok dan terdapat pokok ditunjukkan dalam Jadual 2. Manakala graf perbandingan kedua-dua keadaan ditunjuk dalam Rajah 3. Didapati bagi jarak 300m hingga 700m peratusan kesudian meningkat satu kali ganda jika terdapat pokok yang efisien di sepanjang laluan pejalan kaki. Ini menunjukkan aktiviti berjalan kaki boleh bertambah sekiranya terdapat pokok yang efisien yang dapat memberi teduhan kepada pejalan kaki semasa mereka berjalan.
Jadual 2 Perbandingan model logistik berdasarkan jarak perjalanan.
Jarak (m) P model (tanpa pokok) P model (pokok efisien)
100 0.72809 0.7910
200 0.57365 0.6954
300 0.40340 0.5794
400 0.25361 0.4539
500 0.14585 0.3340
600 0.07903 0.2323
700 0.04134 0.1544
Malaysian Universities Transport Research Forum Conference 2013(Dec. 23-24, 2013, Bangi, Malaysia) 9
100 200 300 400 500 600 700 800
P
Perbandingan P Model Bagi Keadaan Biasa & Terdapat Pokok
P Model (Keadaan Biasa) P Model (Pokok)
Rajah 3 Perbandingan P model bagi keadaan biasa dan jika terdapat pokok
5. KESIMPULAN
Hasil daripada kajian yang dijalankan, dua model kesudian berjalan telah dibina dalam dua keadaan yang berbeza. Pertama adalah keadaan di mana responden berjalan kaki dalam keadaan biasa manakala kedua dalam keadaan di mana terdapat pokok yang efisien yang dapat memberi teduhan kepada pejalan kaki.
Model yang pertama boleh digunakan untuk merancang jarak di antara dua kemudahan. Contohnya, jarak antara pusat kemudahan atau pusat aktiviti pelajar dengan kolej kediaman pelajar. Jika pelajar sudi berjalan 400m, maka jarak antara dua pusat kemudahan tersebut adalah 800m. Model logistik bagi kesudian berjalan kaki berdasarkan jarak perjalanan yang dibina adalah sebagaimana berikut:
x yang efisien di sepanjang laluan pejalan kaki diperlukan atau tidak. Dalam kajian ini, faktor pokok yang dapat memberi teduhan dikaji. Model yang diperoleh bagi kesudian berjalan kaki berdasarkan jarak perjalanan jika terdapat pokok yang dibina adalah sebagaimana berikut:
Malaysian Universities Transport Research Forum Conference 2013(Dec. 23-24, 2013, Bangi, Malaysia) 10
Model ini boleh memberi panduan kepada jurutera pengangkutan dalam membuat perancangan. Jika faktor pokok yang efisien yang dapat memberi teduhan ini mampu untuk menarik pengguna jalan raya untuk berjalan kaki, maka para jurutera boleh menjimatkan kos daripada menyediakan laluan berbumbung yang mananya kosnya adalah lebih tinggi dan memerlukan kos tambahan untuk penyelenggaraan. Di samping itu, pokok juga mampu mengindahkan dan menceriakan lagi persekitaran kawasan.
Selain itu, daripada Jadual 1 juga didapati jarak perjalanan sebanyak 400m adalah jarak yang paling sesuai untuk penanaman pokok yang efisien kerana paling ramai responden yang memilih untuk berjalan pada jarak tersebut. Kajian ini secara keseluruhannya berjaya mencapai matlamat dan objektif kajian dalam memperlihatkan perkaitan antara jarak berjalan kaki dengan penanaman pokok sebagai teduhan di laluan pejalan kaki. Kesimpulannya, penanaman pokok yang efisien di sepanjang laluan pejalan kaki mampu menarik perhatian pengguna untuk berjalan kaki pada jarak yang lebih jauh.
6. RUJUKAN
Andersen, L. B., Schnohr, P., Schroll, M. & Hein, H. O. 2000. All-Cause Mortality Associated with Physical Activity During Leisure Time, Work, Sports, and Cycling to Work. Archives of internal medicine 160(11): 1621.
Bassett Jr, D. R., Pucher, J., Buehler, R., Thompson, D. L. & Crouter, S. E. 2008. Walking, Cycling, and Obesity Rates in Europe, North America, and Australia. Journal of Physical Activity and Health 5(6): 795-814.
Bauman, A., Rissel, C., Garrard, J., Ker, I., Speidel, R. & Fishman, E. 2008. Cycling: Getting Australia Moving: Barriers, Facilitators and Interventions to Get More Australians Physically Active through Cycling. Melbourne: Cycling Promotion Fund
Grava, S. 2003. Urban Transportation Systems Choices for Communities. McGraw-Hill.
Huy, C., Becker, S., Gomolinsky, U., Klein, T. & Thiel, A. 2008. Health, Medical Risk Factors, and Bicycle Use in Everyday Life in the over-50 Population. Journal of aging and physical activity 16(4): 454.
Ladin, M. A. 2008. Kajian Terhadap Penanaman Pokok Bunga Yang Harum Dan Efisien Di Tepi Jalan Kawasan Ukm. Tesis Universiti Kebangsaan Malaysia.
Litman, T. 2005. Well Measured-Developing Indicators for Comprehensive and Sustainable Transport Planning.
Litman, T. 2011. Evaluating Non-Motorized Transportation Benefits and Costs. Victoria: Victoria Transport Policy Institute
Love, D. C., Breaud, A., Burns, S., Margulies, J., Romano, M. & Lawrence, R. 2012. Is the Three-Foot Bicycle Passing Law Working in Baltimore, Maryland? Accident Analysis & Prevention
Ohta, M., Mizoue, T., Mishima, N. & Ikeda, M. 2007. Effect of the Physical Activities in Leisure Time and Commuting to Work on Mental Health. Journal of occupational health 49(1): 46-52.
Malaysian Universities Transport Research Forum Conference 2013(Dec. 23-24, 2013, Bangi, Malaysia) 11