• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hanya beberapa klik kemudian, pesanan anda sedia untuk dicetak. Bergantung di mana anda tinggal, dan jenis produk yang anda rekan, anda boleh:

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Hanya beberapa klik kemudian, pesanan anda sedia untuk dicetak. Bergantung di mana anda tinggal, dan jenis produk yang anda rekan, anda boleh:"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

Manual HP Photo Creations, v1.3 | Hak cipta ã2004–2010 Visan/RocketLife

Halaman 1 daripada 18

Selamat Datang!

HP Photo Creations, dikuasakan oleh RocketLife, adalah cara mudah dan pantas untuk

membuat tanda kenangan berkualiti yang profesional menggunakan foto anda. Hanya beberapa saat anda, anda boleh membuka buku foto elegan, kad ucapan, kalendar, cawan dan banyak lagi. Teknologi Smart Arrangement eksklusif seolah-olah memiliki pereka berpengalaman di sisi anda.

Ini bukan program ―wizard‖ atau ―isi-auto‖ biasa yang memasukkan foto anda ke dalam templat tetap. Pasukan rekaan melukis pada latar belakang menggunakan filem, televisyen dan kesan khas Hollywood untuk memberikan HP Photo Creations sentuhan artis. Perisian menganalisis setiap foto yang anda tambah dan susun menjadikan rekaan berwarna, berbilang lapisan dan menjadikannya sebuah kisah.

Hendak menjadi lebih kreatif? Anda boleh memperibadikan hampir setiap aspek susun atur dengan menggunakan teks, grafik dan kesan hebat seperti seri warna dan transparensi. Sebaiknya, apabila anda telah menyelesaikan rekaan anda, anda boleh mencubanya dengan serta-merta pada mana-mana item di dalam katalog — anda tidak perlu memulakan semula.

Pratonton 3D yang tampak hidup menunjukkan bagaimana projek anda akan kelihatanmuncul.

Hanya beberapa klik kemudian, pesanan anda sedia untuk dicetak. Bergantung di mana anda tinggal, dan jenis produk yang anda rekan, anda boleh:

 Cetak di rumah

 Dikirimkan kepada anda, atau

 Ambil di kedai tempatan yang mengambil bahagian.

(Pesanan sekarang ini dihantar ke AS dan Kanada, dan penghantaran antarabangsa akan beroperasi tidak lama lagi.)

Hari jadi, percutian, perkahwinan, pengijazahan, musim cuti, sukan... jangan biarkan kenangan anda berada di dalam komputer anda sahaja. Hidupkan kenangan itu!

Berikut apa yang dikatakan oleh pelanggan:

“Saya mahu kamu tahu bahawa saya telah menerima buku itu dan, ianya cantik sekali!” “Saya amat sukakan cawan yang saya buat dengan menggunakan perisian ini. Saya rasa ia sesuai untuk dijadikan hadiah.”

“Saya menghabiskan masa sehingga dua jam untuk ini — bukan kerana ia sukar, tetapi, ia sungguh mudah, seronok dan rapi! Saya mahu mencuba kesemuanya.”

“Saya tidak berminat untuk membuat kad cuti sehinggalah saya menemui perisian ini. Saya suka pilihannya, dan sekiranya saya kehabisan kertas besar, ia benarkan saya tukar kad saya menjadi saiz kecil dengan hanya satu klik. Sungguh mengagumkan!”

(2)

Keperluan Sistem Minimum

PC

 1 GHz pemproses Pentium 4

 256 MB RAM

 Ruang pemacu keras 15 MB

 Microsoft Windows XP, Vista, atau Windows 7

 Sambungan Internet Jalur Lebar

Mac

 pemproses Intel

 1 GB RAM

 Ruang pemacu keras 15 MB

Mac OS 10.5 (Leopard) or higher

(3)

Manual HP Photo Creations, v1.3 | Hak cipta ã2004–2010 Visan/RocketLife

Halaman 3 daripada 18

Mula Pantas

Langkah 1: Pilih Produk untuk Dibuat

1. Klik pada salah satu tab berikut: Cetak di Rumah, Ambil di Kedai, atau Dihantar ke Rumah. (Tidak semua pilihan akan tersedia.)

2. Pilih produk dengan klik pada salah satu foto kecil di bahagian bawah skrin.

3. Pilih tema grafik daripada panel kategori di bahagian kiri. Semasa anda memilih setiap tema, anda dapat melihat ia dipratonton di bahagian kiri pratonton susun atur.

4. Klik butang Tambah Foto untuk meneruskan. (Petua: Anda boleh menukar tema dan produk kemudian dengan mudah jika anda mahu.)

Langkah 2: Tambah Foto

Petua: Lebih banyak foto yang anda tambah, lebih kreatif kemungkinan susun atur yang anda boleh pilih.

1. Untuk memuatkan foto daripada komputer anda, klik butang Komputer Saya. Untuk memuatkan fail dari pustaka dalam talian seperti Flickr.com (jika ada), klik butang

Pustaka Dalam Talian.

2. Apabila anda selesai menambah foto, klik butang Teruskan.

Langkah 3: Sahkan Foto

1. Perisian akan memaparkan versi kecil setiap foto. Untuk membesarkan foto sementara untuk melihat dengan lebih baik, klik pada foto.

o Semasa foto dibesarkan, anda boleh klik butang Putaran pada foto untuk memutarkannya ke kiri atau ke kanan jika perlu.

o Klik foto yang dibesarkan sekali lagi untuk menukarkannya ke saiz kecil. 2. Jika anda tidak mahu menggunakan foto tertentu, klik tanda semak hijau untuk

membatalkan pilihan.

3. Untuk produk buku foto dan kalendar, graf akan menunjukkan jarak ideal (bilangan) foto. Jika anda perlu mengimport foto tambahan, klik butang Tambah Foto.

4. Klik butang Teruskan untuk mula membuat susun atur anda.

Langkah 4: Sesuaikan Rekaan Anda

Enam tab akan muncul berdekatan sisi kiri pada skrin: Pratonton, Foto, Tema, Teks,

Kemasan, dan Rekaan. Klik pada mana-mana tab ini (kecuali Pratonton) akan membuka satu set alat edit. Perhatikan bahawa tiga butang Perubahan Pantas di bahagian kiri atas skrin:

Rekaan, Susun Atur, dan Putaran. Klik ini akan bertukar beberapa kepelbagaian rekaan anda. 1. Jika anda mahu, klik butang Pertukaran pantas untuk melihat kesan. (Klik butang Buat

Asal di bawah pratonton susun atur untuk pergi satu langkah ke belakang.) 2. Teroka alat edit lain. Untuk butiran, lihat bahagian berkaitan manual ini:

o Tab Foto o Tab Tema o Tab Teks o Tab Kemasan

(4)

o Tab Rekaan

o Mengedit Foto Secara Terus

3. Apabila anda selesai mengedit, klik butang Teruskan untuk memilih saiz dan kuantiti produk.

Langkah 5: Cetak atau Pesan

1. Pilih saiz produk (jika berkaitan) di bahagian kiri skrin, dan pilih produk khusus di bahagian kanan.

2. Untuk produk yang anda boleh cetak di rumah, klik butang Cetak hijau. Tetingkap persediaan pencetak akan terbuka. Selaraskan tetapan seperti yang dikehendaki dan cetak.

3. Untuk produk yang dihantar melalui mel atau ke kedai, klik butang (–) dan (+) di bawah imej produk untuk menetapkan kuantiti. Klik butang Tambah ke Kart apabila anda selesai. Anda boleh menyemak daripada kart membeli belah atau langkau ke Langkah 6

untuk membuat lebih banyak item.

Langkah 6: Cuba Rekaan Lain

Anda boleh menyalin rekaan penghasilan anda ke mana-mana produk. Sebagai contoh, anda boleh memindahkan buku foto anda ke beberapa cawan.

1. Klik butang Terus Membeli belah.

2. Pilih produk daripada skrin katalog produk dan klik butang Gunakan Rekaan.

Petua: Anda boleh menggunakan butang Lihat Kart di bahagian atas kanan untuk melengkapkan pembelian anda pada bila-bila masa.

(5)

Manual HP Photo Creations, v1.3 | Hak cipta ã2004–2010 Visan/RocketLife

Halaman 5 daripada 18

Tab Pratonton

Dengan klik tab ini menunjukkan projek anda dalam mod 3D dan skrin penuh. Klik butang Kecil, Besar, atau Penuh di bawah pratonton susun atur untuk melihat projek mengikut saiz yang berbeza. Dalam mod Kecil, dengan projek berbilang halaman seperti buku foto, anda juga boleh menyeret imej lakaran kenit di bawah pratonton susun atur kiri atau kanan untuk menukar susunan halaman.

(6)

Tab Foto

Tab ini memberikan anda akses pantas ke foto yang anda muatkan, serta grafik unik untuk setiap tema.

Petua: Anda juga boleh menggantikan satu foto dengan foto yang lain. Hanya klik pada foto di dalam paparan susun atur untuk memilihnya, dan seret kawalan Roda Pilihan Foto di

bahagian bawah kiri foto.

Tab Foto Yang Digunakan

Kawasan ini menunjukkan foto yang digunakan di dalam projek anda. Klik foto untuk menambahnya ke halaman sekarang.

Tab Foto Yang Tidak Digunakan

Kawasan ini menunjukkan foto yang anda muatkan tetapi tidak digunakan. Klik foto untuk menambahnya ke halaman sekarang.

Tab Elemen Grafik

Kawalan ini menunjukkan grafik yang boleh diletakkan, sama seperti pelekat yang anda boleh tampal pada halaman untuk menghiasnya. Klik grafik untuk menambahnya ke halaman sekarang.

(7)

Manual HP Photo Creations, v1.3 | Hak cipta ã2004–2010 Visan/RocketLife

Halaman 7 daripada 18

Tab Tema

Tab ini memberikan akses pantas ke beratus-ratus tema grafik di dalam HP Photo Creations.

Menggunakan Tema

Pilih kategori (sebagai contoh, Hari Cuti) di bahagian kiri skrin, dan gunakan tema dengan klik salah satu butang Gunakan Tema ke kanan. Anda boleh menggunakan tema pada satu halaman, luas (dua halaman bersebelahan), atau keseluruhan projek dengan klik butang di bawah pratonton susun atur.

Petua: Setiap kategori tema mengandungi sebilangan kepelbagaian dan grafik. Anda boleh mencubanya dengan klik Tab Rekaan.

Tema Dalam Talian mlwn Luar Talian

Untuk mengurangkan saiz program dan memudahkan kemas kini, banyak grafik tema disimpan secara dalam talian. Klik butang Jadikan Tema Tersedia Apabila Di luar Talian di bahagian bawah kiri skrin untuk menyimpan salinan data tema ke komputer anda di masa anda tidak disambungkan ke Internet.

(8)

Tab Teks

Tab ini menawarkan alat untuk menambah tajuk, sari kata, dan teks yang besar ke foto anda dan susun atur anda. (Nota: Anda boleh menambah sehingga lapan objek dala sesuatu halaamn.)

Menambah Teks

Tajuk

Untuk menambah tajuk pada halaman, klik butang Tambah Tajuk Halaman Baru dan taipkan perkataan di dalam medan input teks di bawah pratonton susun atur.

Kotak Teks

Untuk menambah kotak teks ke halaman, klik butang Tambah Kotak Baru dan taipkan perkataan di dalam medan input teks.

Sari kata

Untuk menambah sari kata pada foto, klik pada foto untuk memilihnya dan kemudian taip perkataan di dalam medan input teks.

Saiz dan Penjajaran Teks

Saiz

Untuk menukar saiz teks, klik butang Teks Besar dan Teks Kecil di bahagian kiri atas medan input teks.

Petua: Anda juga boleh menukar saiz kotak teks dan tajuk dengan menyeret butang Saiz semula di bahagian kanan bawah objek.

Penjajaran

Untuk menukar penjajaran menegak atau mendatar teks yang dipilih di dalam sempadannya, klik butang di bahagian kiri medan input teks. Untuk menggerakkan blok teks di sekitar halaman, klik padanya dan seret.

Fon Seni

HP Photo Creations termasuk 32 permukaan jenis khusus dipanggil Fon Seni. Untuk menukar fon kotak teks yang dipilih ke Fon Seni, klik kategori Fon Seni dalam panel kategori di

bahagian kiri halaman, dan pilih fon daripada senarai ke kanan.

Fon Sistem

untuk menukar fon kotak teks yang dipilih bagi fon yang dipasangkan pada komputer anda, klik kategori Fon Sistem di dalam panel kategori di bahagian kiri halaman, dan pilih fon daripada senarai ke kanan.

(9)

Manual HP Photo Creations, v1.3 | Hak cipta ã2004–2010 Visan/RocketLife

Halaman 9 daripada 18

Warna Teks

Untuk menukar warna kotak teks yang dipilih, klik kategori Warna Teks dalam panel kategori

di bahagian kiri halaman, dan pilih warna daripada senarai bersebelahan. Anda boleh menyelaraskan transparensi teks dengan klik butang Lebih Legap dan Lebih Jelas ke kiri

medan input teks.

Latar Belakang Teks

Untuk menggunakan warna latar belakang ke kotak teks yang dipilih, klik kategori Latar Belakang Teks dalam panel kategori di bahagian kiri halaman, dan pilih warna daripada senarai bersebelahan. Anda boleh menyelaraskan transparensi latar belakang dengan klik butang Lebih Legap dan Lebih Jelas ke kiri medan input teks.

(10)

Tab Kemasan

Tab ini menawarkan sebilangan alat untuk meningkatkan dan menggayakan foto anda. Daripada aturan asas ke kesan kreatif, alat ini menjadikan projek anda bersifat peribadi.

Petua: Lihat bahagian Mengedit Foto Secara Terus untuk alat foto yang lain.

Kategori Kemasan

Pangkas

Alat ini membetulkan sisi imej. Pilih foto atau grafik, klik kategori Kemasan, dan klik butang

Pangkas. Imej anda akan muncul dalam tetingkap pratonton baru dengan pemegang pangkas di sisi. Seret pemegang untuk menukar sisi. Klik butang Selesai untuk menggunakan

perubahan anda.

Petua: Pemangkasan tidak mengubah foto asal, jadi anda boleh menukar sisi lain kemudian.

Kecerahan

Alat ini membetulkan kecerahan imej. Pilih foto atau grafik, klik kategori Kemasan, dan klik butang Kecerahan. Klik butang Lebih Gelap dan Lebih Cerah untuk menukar penampilan. Klik butang Selesai untuk menggunakan perubahan anda.

Mata Merah

Alat ini membetulkan anak mata merah di dalam foto denyar. Pilih foto atau grafik, klik kategori

Kemasan, dan klik butang Mata Merah. Pilih saiz berus, dan cat mata merah di dalam foto untuk mengembalikannya warna hitam. Klik butang Selesai untuk menggunakan perubahan anda.

Kategori Kesan Berus Angin

Monokrom & Ton sepia

Dua-dua alat ini membolehkan anda menukar sebilangan imej ke warna kelabu atau coklat untuk menonjolkan dengan lebih baik. Pilih foto atau grafik dan klik kategori Kesan Berus Angin. Klik butang Monokrom atau Ton sepia, pilih saiz berus angin, dan cat foto anda. Klik butang Selesai untuk menggunakan perubahan anda.

Sapu

Alat ini memasukkan imej di belakang foto atau grafik yang dipilih, dan membenarkan anda memadam bahagian lapisan atas untuk menggabungkan dua imej. Pilih foto atau grafik dan klik kategori Kesan Berus Angin. Klik butang Sapu. Tetingkap penyemak fail terbuka. muatkan foto untuk lapisan latar belakang dan pilih saiz berus. Cat pada foto depan untuk menunjukkan latar belakang satu. Klik butang Selesai untuk menggunakan perubahan anda.

(11)

Manual HP Photo Creations, v1.3 | Hak cipta ã2004–2010 Visan/RocketLife

Halaman 11 daripada 18

Kabur

Alat ini membolehkan anda mengaburkan bahagian imej untuk menonjolkan selainnya. Pilih foto atau grafik dan klik kategori Kesan Berus Angin. Klik butang Kabur, pilih saiz berus angin, dan cat foto anda. Klik butang Selesai untuk menggunakan perubahan anda.

Kategori Jidar Foto

Alat ini membolehkan anda menggunakan jenis jidar yang berbeza ke foto anda. Pilih foto dan klik butang Jidar Foto, dan pilih kesan sempadan.

Petua: Anda boleh menukar sempadan semua foto pada halaman sekali dalam bahagian Tab Rekaan.

Kategori Seri Warna Foto

Alat ini menukar keseluruhan imej ke warna kelabu, coklat atau warna lain yang melengkapkan tema. Pilih foto atau grafik dan klik kategori Seri Warna Foto. Kemudian klik salah satu segi empat tepar berwarna di dalam bahagian Gunakan Kesan untuk menambah seri warna.

Kategori Transparensi

Alat ini mengubah transparensi imej, membenarkan latar belakang ditunjukkan. Pilih foto atau grafik dan klik kategori Transparensi. Kemudian pilih tetapan transparensi daripada 0–100

(12)

Tab Rekaan

Tab ini menawarkan alat untuk membuat penyelarasan pantas ke keseluruhan teks. Bahagian kiri skrin memberikan akses ke semua tema. Bahagian bawah skrin menawarkan enam tab yang lain, setiap dengan beberapa butang:

Kepelbagaian Tema

Butang ini menggunakan warna dan tekstur yang berbeza ke latar belakang halaman. Butang dengan ikon orang menyalin ―foto kegemaran‖ secara automatik di dalam susun atur ke latar belakang.

Grafik Boleh Letak

Butang ini menambah grafik apung ke halaman. (Nota: Terdapat maksimum lapan elemen setiap halaman.)

Jidar Foto

Butang ini menukar jidar pada semua foto pada satu halaman sekali.

Latar Belakang Warna atau Foto

Butang ini menukar warna latar belakang halaman, atau salin ―Foto Kegemaran‖ ke latar belakang.

Latar Belakang Seri Warna Foto

Butang ini menukar seri warna foto latar belakang.

Latar Belakang Kabur Foto

(13)

Manual HP Photo Creations, v1.3 | Hak cipta ã2004–2010 Visan/RocketLife

Halaman 13 daripada 18

Mengedit Foto Secara Terus

Apabila anda memilih foto, grafik boleh diganti, atau kotak teks di dalam paparan susun atur, kawalan berikut muncul di setiap sisi:

Putar Pemegang (atas kanan)

Seret kawalan ini untuk memutarkan foto sehingga 15° ke kiri atau ke kanan.

Petua: Simpan foto di dalam Kawasan Selamat Foto untuk menghalang sisinya dipotong semasa proses percetakan.

Saiz Semula Pemegang (bawah kanan)

Seret kawalan ini untuk membesarkan atau mengecilkan foto.

Petua: Jika anda menjadikan foto terlalu besar, Amaran Resolusi Rendah muncul, menunjukkan bahawa foto mungkin tidak dicetak dengan jelas. Untuk membetulkannya, kecilkan foto atau gantikan dengan resolusi tinggi.

Roda Pemilihan Foto (bawah kiri)

Seret kawalan ini untuk menggantikan foto lain untuk yang dipilih. (Kawalan ini tidak muncul pada kotak teks.)

Menu Alat (atas kiri)

Klik pada butang ini untuk membuka menu tarik turun mengandungi perintah berikut. (Perintah tersedia berbeza dengan jenis objek yang dipilih.)

Putar

Putar objek yang dipilih 90° kiri atau kanan.

Lapisan

Menggerakkan objek yang dipilih di hadapan atau di belakang objek lain. (Perintah ini tidak dikenakan pada foto latar belakang.)

Pangkas

Membenarkan anda merapikan sisi foto atau grafik yang dipilih.

Petua: Jika anda merapikan terlalu banyak, Amaran Resolusi Rendah muncul, menunjukkan bahawa foto mungkin tidak dicetak dengan jelas. Untuk membetulkannya, kurangkan jumlah pemangkasan.

Tambah Kapsyen Foto

Buka Panel Teks, anda boleh menaip atau menampal kapsyen, dan selaraskan penjajaran, saiz, fon, warna dan transparensi teks.

Buat Foto Kegemaran

(14)

Buat Foto Halaman Penuh

Mengeluarkan semua foto, grafik dan kepelbagaian tema, dan melebarkan foto yang dipilih untuk mengisi halaman.

Salin ke Latar Belakang

Salin foto atau grafik yang dipilih ke latar belakang, menggabungkannya dengan tema sekarang.

Mengeluarkan Foto/Grafik/Kotak Teks

Mengeluarkan item yang dipilih daripada susun atur. foto yang dikeluarkan dikembalikan ke tab

Foto Yang Tidak Digunakan dalam Panel Foto dan Grafik.

Keluarkan Grafik & FX

Perintah ini dikenakan hanya pada foto latar belakang. Ia mengeluarkan sebarang kesan (seperti kabur dan seri warna) dikenakan pada foto latar belakang.

(15)

Manual HP Photo Creations, v1.3 | Hak cipta ã2004–2010 Visan/RocketLife

Halaman 15 daripada 18

Menambah, Memadam & menggerakkan

Halaman

Untuk menambah, memadam atau menggerakkan halaman daripada rekaan anda klik sama ada tab Foto atau Kemasan. Butang Tambah dan Keluarkan akan muncul di bawah pratonton susun atur.

 Untuk menambah halaman atau halaman bersebelahan (dua halaman bertemu di dalam buku), klik butang Tambah.

 Untuk mengeluarkan halaman atau halaman bersebelahan, pilih dan klik butang

Keluarkan.

 Untuk menggerakkan halaman atau halaman bersebelahan di dalam awal atau akhir buku, pilih halaman bersebelahan dan seret ke kiri atau ke kanan ke lokasi yang dikehendaki.

Petua: Gunakan butang Buka kunci berpusat di antara setiap halaman bersebelahan untuk mengakses halaman individu.

(16)

Menyimpan & Membuka

Menyimpan

Klik butang Simpan di bahagian atas kiri skrin untuk menyimpan projek anda. lebih baik jika anda kerap menyimpan kerja anda. Untuk menyimpan versi lain projek anda, masukkan nama baru semasa proses penyimpanan.

Petua: Fail projek boleh mengandungi berbilang item, jadi anda tidak perlu membuat fail baru jika anda mereka buku foto, kalendar dan keychain daripada set gambar yang sama. Setiap item baru anda reka — kecuali cetakan asas — ditambah secara automatik ke senarai Projek Saya di atas senarai tema.

Membuka

Untuk membuka projek, kembali ke skrin katalog produk,kemudian klik butang Buka dan semak imbas fail anda.

(17)

Manual HP Photo Creations, v1.3 | Hak cipta ã2004–2010 Visan/RocketLife

Halaman 17 daripada 18

Mencetak

Anda boleh mencetak projek anda pada bila-bila masa dengan klik butang Cetak di bahagian atas kiri skrin. Tetingkap persediaan pencetak akan terbuka. Selaraskan tetapan seperti yang dikehendaki dan cetak.

Petua: Untuk keputusan terbaik, pilih mod Foto atau Kualiti Tinggi (nama sebenar berbeza dengan setiap pencetak) dan gunakan kertas berkualiti tinggi.

(18)

Maklumat, Harga & Pesanan

Maklumat & Harga

Untuk melihat penerangan dan harga untuk sebarang item, klik butang Maklumat & Harga ke bahagian kiri pratonton. Tetingkap dengan dua tab akan terbuka: Maklumat Produk dan Harga & Pilihan. Klik tab ini untuk melihat maklumat seperti minimum halaman dan waktu

penghantaran.

Saiz & Kualiti

Selepas anda selesai mereka projek anda, klik butang Teruskan. Pilih kepelbagaian produk seperti saiz dan warna pelindungan, dan klik butang (+) dan (–) untuk menukar kuantiti. Kos item muncul di bahagian kiri skrin. Selepas membuat pilihan anda klik butang Tambah ke Kart

untuk mula proses semakan.

Proses Pesanan

1. Selepas anda klik butang Tambah ke Kart, perisian memberikan anda rekaan di dalam resolusi tinggi untuk memastikan kualiti tinggi. Ia memaparkan senarai item di dalam susunan anda. (Nota: Jika satu atau banyak foto di dalam rekaan anda terlalu kecil untuk dicetak dengan jelas, perisian akan memaparkan Amaran Resolusi Rendah, bersama-sama arahan untuk membetulkan masalah.)

2. Klik butang Tunjukkan Butiran di bawah mana-mana item untuk melihat pratonton item dan tukar kuantiti.

3. Apabila anda bersedia untuk memesan, klik butang Semakan.

4. Perisian memuat naik kerja seni sedia produksi dan memaparkan skrin Pesanan, di mana anda memasukkan maklumat penghantaran dan pembayaran.

5. Klik butang Lengkapkan Pesanan Ini untuk memuat naik pesanan anda. Anda boleh mencetak resit untuk rekod anda. (Perisian ini akan menghantar resit e-mel juga, diikuti dengan mesej e-mel lain apabila pesanan anda telah dikirimkan.)

Referensi

Dokumen terkait

fase proliferasi TAH Tunggal Endometrium atrofi fase proliferasi TAH Tunggal Endometrium atrofi tdp - virgo TAH Tunggal Hiperplasia kompleks Atipik radang kronis TAH Tunggal

Data yang sudah terkumpul dianalisis dengan metode Miles dan Huberman (2006). Tahapan analisis ini terdiri dari reduksi data, penyajian data, pengambilan kesimpulan dan

Pada proses katabolisme, molekul tersebut dipecah dan hewan melepaskan molekul air dan karbondisoksida (suatu molekul yang memiliki energi kimia lebih kecil dari pada molekul

Manfaat yang ingin dicapai dari hasil penelitian ini adalah dengan diketahuinya efek bakterisid minyak cengkeh dalam sediaan obat kumur maka dapat dibuat formula

kualitas karena jelas tidak benar atau salah. Sebuah percakapan dalam ilmu pragmatik diatur oleh sebuah prinsip yaitu prinsip percakapan. Prinsip percakapan merupakan prinsip

15.30 - 15.50 Z7 Meningkatkan Hasil Belajar Matematika Siswa Melalui Penerapan Model Pembelajaran Penemuan Terbimbing Berbantuan Software Cabri-3D Materi Irisan Bidang Dengan

Sebagai peneraju Rangkaian Tindak Balas Bencana Syarikat Berkaitan Kerajaan atau GLC Disaster Response Network (GDRN), TM turut bangkit menyahut cabaran menyelaras misi

Website ini dapat bermanfaat sebagai media atau sistem yang dapat memberikan informasi kepada masyarakat luas tentang pengolahan bibit unggul kakao Kantor