• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kenali budaya kita

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kenali budaya kita"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENGENALAN

Tema yang dipilih adalah ‘Kenali Budaya Malaysia’ bagi pelajaran Tahun 4. Dalam tema ini kemahiran yang dipilih ialah kenali dan apresiasi kekayaan pelbagai warisan badaya Malaysia dari segi pakaian dan makanan.

Sejarah silam Malaysia yang menarik sebagi tempat persinggahan dalam laluan perdagangan rempah ratusan tahun dahulu telah menjadikannya Malaysia sebuah pusat gabungan pelbagai budaya. Segala aspek Negara dari latar belakang penduduknya hinggalah kekayaan senibinanya mencerminkan penggabungan warisan dan budaya yang pelbagai. Malaysia juga merupakan sebuah Negara yang penduduknya terdiri dari pelbagai kebudayaan. Kebudayaan Kebangsaan Malayisa adalah berasaskan kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia.

Malaysia terdiri dari 13 buah negeri dan tiga Wilayah Persekutuan. Penduduknya kini mencecah hampir 27 juta orang. Penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa. Penduduk Melayu terdiri daripada 61% , kaum Cina 30% , kaum India 8% dan pelbagai kaum etnik yang lain 1% telah hidup bersama sejak beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi antara satu sama lain dan menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik. Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India. Negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik peribumi masing-masing dengan budaya serta warisan yang unik dan tersendiri. Setiap kaum mempunyai budaya masing-masing yang mana kesemua kaum ini mengutamakan nilai-nilai sopan-santun, kesederhanaan, keindahan dan keharmonian hidup antara alhi-ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat tanpa mengira apa bangsa, kaum, budaya dan agama. Sikap tolak ansur antara kaum juga menjadi pegangan. Semua bentuk kebudayaan serta agama-agama lain adalah sentiasa dihormati.

(2)

Penduduk Malaysia juga terdiri daripada pelbagai keturunan dan menganuti berbagai agama, khususnya agama Islam, Buddha, Hindu, Tao dan Nasrani (Kristian), di samping lain-lain sistem kepercayaan yang diamalkan oleh berbagai kumpulan etnik yang terdapat di negara ini. Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi di Malaysia, sementara agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan bebas. Begitu juga Bahasa Melayu pula dijadikan sebagai bahasa kebangsaan tetapi bahasa-bahasa lain boleh digunakan dengan meluas. Ini semua telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Mari kita lihat serba sedikit budaya bagi kaum-kaum yang terdapat di Malaysia.

(3)

2.0 KAUM-KAUM DAN BUDAYA DI MALAYSIA

2.1 KAUM MELAYU

Hari ini, kaum Melayu adalah kumpulan etnik yang terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih 60 peratus penduduk di Negara Malaysia ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu menunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Pada asalnya masayarakat Melayu ni merupakan penganut Therayada Buddha dan Hindu pada kurun ke 1400-an.bNamun, pada ketika itu, pengaruh Istana Melaka ketika itu telah mula menganut agama Islam. Maka dari situlah tersebarnya agama Islam di Malaysia hinggalah kini. Orang Melayu terkenal kerana sikap peramah dan budaya seni mereka sangat kaya.

Bagi orang Melayu selaku umat Islam, tiga perayaan utama diraikan, iaitu Hari Raya Puasa (Aidilfitri), Hari Raya Haji (Aidiladha) dan Maulidul Rasul. Hari Raya Puasa diraikan bagi menandakan berakhirnya sebulan berpuasa pada bulan Ramadan. Hari Raya Haji (Aidiladha) dirayakan pada hari ke-10 bulan Zulhijjah (bulan Islam) ketika umat Islam yang mengerjakan ibadat Haji di Mekah berada di peringkat akhir ibadah mereka. Pada pagi hari tersebut umat Islam menunaikan sembahyang Hari Raya Aidiladha di masjid-masjid. Mereka yang berkemampuan akan mengerjakan ibadat korban. Perayaan Maulidur Rasul pada bulan Rabiulawal, dirayakan bagi memperingati perjuangan Nabi Muhammad S.A.W.

Seterusnya, masyarakat Melayu kaya dan terkenal masakan yang enak. Makanan Melayu ini terkenal kerana rasanya yang pedas dan lauknya yang berempah. Jikalau di perhatikan secara teliti, makanan Melayu banyak dipengaruhi oleh makanan

(4)

negara-negara jiran seperti India dan China. Pada waktu dahulu, Asia Tenggara didatangi ramai peniaga-peniaga dari negera India, China dan juga negara-negara Arab yang datang dengan tujuan untuk berdagang. Mereka memperkenalkan makanan tradisional mereka dan makanan ini mempengaruhi makanan Melayu sekarang. Antara makanan tradisional yang masih dinikmati hingga ke hari ini seperti nasi lemak, dodol, ketupat, lemang, wajik, tempoyak, otak-otak, nasi ulam, nasi kerabu, lontong, pecal dan sebagainya.

Selain itu, masyarakat Melayu di Malaysia juga mempunyai pelbagai jenis pakaian tradisional yang telah pun dipakai sebelum zaman kesultanan Melayu Melaka lagi. Semua pakaian ini masih lagi mengekalkan ciri-ciri keasliannya seperti mana ia mula dipakai pada zaman dahulu. Ada di antara pakaian tersebut mendapat pengaruh daripada budaya bangsa asing seperti Arab, Cina, India dan juga dari Kepulauan Indonesia. Antara pakaian tradisional Melayu di Malaysia ialah baju kurung, baju kebaya, baju melayu, baju Riau Pahang dan sebagainya. Pakaian-pakaian ini sudah menjadi pakaian harian yang hanya dipakai oleh orang Melayu tetapi dari semua kaum.

2.2 KAUM CINA

Kaum Cina merupakan kumpulan etnik kedua terbesar, yang mana kaum Cina merangkumi hampir 30 peratus populasi. Kebanyakan keturunan kaum Cina hari ini berasal daripada pendatang China yag datang berdagang ke negara ini pada kurun ke-19. Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandai berniaga. Kebanyakan masyarakat Cina ini beragama Buddha.

Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling

(5)

menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat resam dan pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina seperti kaum Hakkien, Kantonis, Mendarin dan sebagainya.

Rakyat Malaysia berketurunan Cina merayakan Tahun Baru Cina pada hari pertama di dalam bulan pertama kalendar Cina pada bulan Januari atau Februari setiap tahun. Perayaan bermula dengan kaum keluarga berkumpul untuk makan malam bersama. Perayaan ini berlanjutan selama 15 hari hingga hari Chap Goh Mei yang dirayakan pada malam ke-15. Seperti biasa di perayaan ini, pemberian bungkusan merah "angpow" memeriahkan lagi suasana, terutama kepada kanak-kanak. Selain itu, terdapat juga perayaan Kuih Bulan yang ada kaitannya dengan legenda bidadari dari bulan lapan kalendar Cina. Kuih-kuih bulan dan tanglung-tanglung adalah ciri-ciri utama perayaan tersebut. Bagi para penganut agama Buddha, bulan Mei menandakan tibanya Hari Wesak sebagai memperingati tiga peristiwa penting di dalam hidup Buddha, iaitu hari keputeraannya, hari mencapai kemantapan fikirannya dan juga hari kemangkatannya. Di perayaan tersebut, upacara-upacara bersembahyang dan perarakan diadakan.

Dari segi makanan pula, masyarakat Cina lebih mengutamakan kesegaran. Bahan utama dalam masakan mereka ialah bahan soya seperti tauhu, taucu mahupun kicap soya. Selain itu, cendawan, biji bijan dan lain-lain. Biasanya bahan-bahan ini akan diolah bersama rempah seperti ketumbar, kayu manis, jintan dan sebagainya. Kebanyakan masakan Cina di Negara kita ini, sebahagian besar resipinya berasal dari Negara China, contohnya yong tau foo, char koay teow, dim sum, jiaozi dan lain-lain. Masyarakat Cina juga, gemar makan sayur-sayuran dan sup. Mereka lebih suka makanan tersebut direbus bagi menjamin kesegaran makanan tersebut. Ramai masyarakat Melayu dan India gemar makanan seperti ini.

(6)

Dari segi pakaian pula, masyarakat Cina mempunyai pakaian tradisional mereka sendiri. Pakaian tradisional bagi kaum perempuan cina ialah cheongsam. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, setin dan jenis kain lembut. Manakala, samfoo pula adalah baju pendek yang biasa dipadankan dengan seluar..Pakaian ini sesuai digunakan oleh lelaki dan perempuan cina. Kaum lelaki pula lebih gemar berjubah labuh. Pakaian ini sesuai digunakan dalam majlis dan upacara. Satu lagi baju tradisional kaum cina ialah baju shanghai, iaitu baju pendek yang dipakai oleh golongan wanita. Ianya dipadankan bersama skirt atau kain labuh.

2.3 KAUM INDIA

Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan utama di Negara ini ialah kaum India yang mana merangkumi lapan peratus populasi. Kebanyakan masyarakat India berasal daripada pendatang dari Selatan India yang berbahasa Tamil. Mereka datang ke Malaysia sewaktu zaman penjajahah British dahulu. Mereka ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik iaitu luar daripada sistem kasta yang diamalkan di India. Kebanyakan kaum India ini beragama Hindu. Mereka turut membawa budaya mereka yang unik serta pembinaan kuil, makanan pedas dan pakaian sari yang mewah.

Masyarakat India yang merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia ini juga adalah salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan

(7)

dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum seperti malyalam, urddu, parya dan sebagainya.

Bagi penganut agama Hindu, Deepavali atau perayaan Cahaya pada bulan Aippasi mengikut kalendar keturunan Tamil (Oktober atau November) merupakan masa untuk kaum keluarga dan sanak-saudara bergembira. la menandakan kemenangan, kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Perayaan bermula dengan upacara sembahyang dan diikuti dengan kunjungan ke rumah sanak saudara. Di waktu malam, pelita-pelita dipasang untuk memeriahkan lagi perayaan. Para penganut agama Hindu di Malaysia juga merayakan Hari Thaipusam pada bulan Januari sebagai penghormatan kepada Dewa Muruga. Di perayaan tersebutlah, Batu Caves yang terletak di Kuala Lumpur menjadi tumpuan para penganut yang membawa persembahan-persembahan di atas kavadi untuk dipersembahkan kepada dewa tersebut.

Dari segi makanan pula, makanan tradisional masyarakat India tidak asing lagi bagi penduduk Malaysia. Roti canai atau peratha dan puri ini pada asalnya ialah makanan kegemaran kaum India. Namun kini, ia semakin digemari oleh sesiapa sahaja tidak kira bangsa dan agama. Capati dan tosai juga tidak ketinggalan kerana dikenali mempunyai banyak khasiat. Roti-roti ini biasanya sedap dimakan sekiranya dicicah bersama dal, kari dan sambal. Selain itu, makanan lain yang menjadi makanan tradisional masyarakat India ialah seperti wadeh, meruku, suji, nasi beriani dan sebagainya. Memang banyak makanan tradisional kaum India yang diminati dan disukai oleh semua kaum di Malaysia ini.

(8)

Pakaian tradisional masyarakat India pula, memang sudah dikenali ramai. Pakaian utama masyarakat ini ialah sari. Pakaian tradisional ini sering dipakai oleh wanita-wanita India. Untuk memakainya, kain sari akan dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletakkan di atas bahu kiri. Selain itu, pakaian salwar kameez atau baju Punjabi juga merupakan salah satu pakaian tradisional India. Pakaian ini terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai warnanya. Bagi kaum lelaki India pula, pakaian tradisional yang dipakai dinamakan kurta. Ia merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut.

2.4 KAUM-KAUM LAIN DI MALAYSIA

2.4.1 ORANG ASLI

Orang Asli adalah terma yang digunakan untuk kumpulan etnik pribumi yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Mereka dibahagi kepada tiga kumpulan utama: Negrito, Senoi dan Proto-Melayu. Kumpulan Negrito biasanya tinggal di utara, Senoi di pertengahan dan Proto-Melayu di selatan. Setiap kumpulan dan kumpulan etnik kecil mempunyai bahasa dan budaya tersendiri. Ada yang menjadi nelayan, peladang dan ada yang kerap berpindah-randah. Kebanyakan daripada mereka beragama Kristian. Terdapat juga yang beragama Islam dan Buddha. Namun begitu, masih ramai yang mengekalkan ajaran anamisme. Mereka ini merayakan setiap perayaan yang dirayakan oleh rakyat Malaysia tanpa mengira dari kaum apa pun. Dari segi makanan pula mereka makan mengikut apa yang tersaji sahaja.

Masyarakat Orang Asli yang lazimnya tinggal di kawasan hutan di Malaysia, memakai pakaian yang diperbuat dari bahan semulajadi seperti kulit pokok terap dan skirt

(9)

rumput. Perhiasan yang dipakai oleh mereka termasuklah lilit kepala yang diperbuat daripada daun yang dianyam dengan pelbagai corak.

2.4.2 PENDUDUK DI SARAWAK

Di Sarawak, secara kolektifnya kumpulan etnik di Sarawak dikenali sebagi Dayak, Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. Kumpulan terbesar di Sarawak ialah kaum Iban yang merangkumi 30 peratus populasi negeri ini.Kebanyakan mereka kini beragama kristian, namum mereka masih mengamalkan amalan tradisi. Manakala, kaum ‘Dayak’ yang bermakna ‘hulu’ atau ‘pedalaman’, digunakan sebagai istilah umum oleh penduduk Islam pinggir pantai bagi merujuk kepada lebih 200 kumpulan suku peribumi yang tinggal di kawasan pedalaman. Lazimnya mereka tinggak di rumah panjang iaitu rumah komuniti tradisional yang boleh memuatkan antara 20 hingga 100 buah keluarga.

Kaum Bidayuh juga terkenal di Sarawak kerana keramahan budaya mereka. Kebanyakan mereka merupakan peladang dan pemburu. Mereka jiga terkenal kerana minum tuak atau air beras. Asalnya mereka mengamalkan ajaran animisme tetapi kini ramai yang telah memeluk agama Kristian. Orang Ulu pula, dikenali sebagi kaum hulu sungai Sarawak. Kira-kira 5.5 peratus populasi Sarawak terdiri daripada etnik ini. Mereka adalah antara kaum pribumi Borneo yang paling artistik dengan penggunaan perlaratan yang dihiasi seni tangan manik yang halus dan menghiasi tubuh mereka dengan seni lukis tatu. Sebahagian besar beragama Kristian.

Perayaan-perayaan tradisi orang-orang Dayak di Sarawak pula terdiri daripada Gawai Batu (permulaan musim menuai padi), Gawai Burung (perayaan berkaitan dengan sesuatu tanda atau mimpi yang tidak baik), Gawai Bersimpan (kesyukuran setelah

(10)

selesai menuai) dan Gawai Antu ( perayaan untuk roh orang-ornag yang sudah meninggal dunia ). Paling penting ialah Gawai Kenyalang dan Gawai Antu. Tarikh 1 Jun setiap tahun adalah Hari Gawai di mana beberapa gawai dirayakan di negeri tersebut. Negeri terbesar di Malaysia yang mempunyai pelbagai suku kaum ini mempunyai barisan pakaian tradisional yang tidak terkira jumlahnya. Pakaian yang lazim dilihat pada Orang Ulu menggunakan pelbagai corak dan motif, dan menggunakan kain tenunan tangan, kain kulit pokok, bulu ayam dan manik. Sarawak terkenal dengan pua kumbu Iban, kain songket Melayu Sarawak, pelbagai perhiasan tradisional, serta tengkolok bulu burung.

2.4.3 PENDUDUK DI SABAH

Di Sabah pula, kaum etnik terbesar adalah Kadazan Dusun, Bajau dan murut. Kadazan Dusun membentuk 30 peratus populasi negeri ini. Terdiri daripada dua kaum iaitu Kadazan dan Dusun dimana mereka digabungkan besama kerana berkongsi bahasa dan budaya yang serupa. Bajau pula merupakan etnik yang kedua terbesar di Sabah. Di mana 15 peratus populasi penduduk di negeri ini. Mereka asalnya adalah keturunan pelaut yang menyembah Ombak Dilaut (Tuhan Laut) dan sering dikenali sebagi gipsi laut.

Murut pula adalah kaum ketiga terbesar di Sabah yang merangkumi 3 peratus penduduk Sabah. Mereka adalah antara etnik Sabah terakhir yntuk membuang amalan memburu kepala. Kini mereka adalah penanam padi huma dan ubi kayu. Seperti kebanyakan kaum pribumi di Sabah, pakaian tradisi mereka turut dihiasi dengan hasil seni manik yang menarik.

(11)

Di Sabah, terdapat perayaan-perayaan tradisi orang Kadazan dan Dayak yang memperkayakan lagi kebudayaan masyarakat Malaysia. Pada bulan Mei setiap tahun di Sabah orang-orang Kadazan mengadakan Perayaan menuai yang merupakan satu acara penting untuk para petani mereka. Kemuncak perayaan ialah persembahan tarian Sumazau. Tamu Besar atau pasar tahunan pula merupakan satu pesta di mana acara-acara sukan tradisional diadakan.

Dari segi pakaian pula, di Sabah penggunaan pakaian-pakaian tradisional tersebut bileh dilihat dari dua sudut zaman iaitu zaman klasik dan zaman moden. Di zaman klasik, pakaian-pakaian tradisional ini dipakai semasa upacara-upacara ritual, hari perkahwinan dan sebagai pakaian seharian. Kebanyakan suku kaum di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian tradisional mereka. Penggunaan warna hitam asalnya daripada keprcayaan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang mana dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk halus yang jahat. Setiap suku kaum mempunyai pakaian serta perhiasan unik masing-masing. Bagaimanapun, suku kaum berbeza yang tinggal di kawasan yang berdekatan lazimnya memakai pakaian tradisional yang serupa. Antara perhiasan yang paling menarik termasuklah topi anyaman wanita Kadazan-Dusun, dastar kaum Bajau, dan tengkolok suku kaum Lotud yang menandakan jumlah isteri lelaki yang memakainya.

Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazan Dusun ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan, Bosou, Tuhau dan sebagainya. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagi cara mengiut kebiasaan amalan tradisi kaum Kadazan Dusun ini.

(12)

2.5 KESIMPULANNYA

Sebagai sebuah Negara yang kosmopolitan, Malaysia mempunyai potpuri budaya yang agak unik. Gabungan kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum berjaya menyatupadukan pelbagai kaum dalam sebuah Negara yang aman dan damai. Selaku rakyat Malaysia kita harus berbangga dengan apa yang ada di Negara kita. Sebagai masyarakat Malaysia juga kita haruslah lestarikan budaya tradisional kita dan menyesuaikan diri dengan budaya semua masyakarat yang ada Malaysia. Mempunyai makanan, pakaian dan perayaan tradisional tersendiri adalah sesuatu yang harus dibanggakan kerana ia dapat mencerminkan keunikan budaya Negara kita. Semoga segala budaya ini berkekalan popularitinya dan yang tidak begitu popular pula, harap kita sama-sama ‘menghidupkan’ kembali budaya tersebut.

Dengan cara ini, akan menjadi satu tarikan kepada pelancong luar untuk datang ke Malaysia. Penduduk di Malaysia ini juga dikatakan banyak menghabiskan masa di meja makanan dan menjadikan masa menikmati makanan itu sebagai aktiviti kebangsaan. Kaum Cina, India dan Melayu di Malaysia ini sentiasa kreatif berganding bahu menggabungkan pinjam meminjam tradisi budaya masing-masing. Maka kini, wujudkan budaya 1 Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Persentase hasil pengawasan lintas sektor yang disampaikan ke Pusat Sesuai dengan PP Nomor 60 Tahun 2008 tentang Sistem Pengendalian Intern Pemerintah (SPIP) mandat yang

Oleh sebab itu, diperlukan usaha penyuluhan dan pelatihan bagi masyarakat mengenai “Budidaya Itik pada Lokasi Kolam Jaring Apung melalui Teknik Formulasi dan Produksi

Berdasarkan hasil penelitian, analisis, serta pembahasan yang telah diuraikan penulis maka dapat disimpulkan bahwa, (1) Ada hubungan negatif yang tidak signifikan

Pengujian pemberian seduhan kopi pada keliling bone island antar kelompok penelitian pada daerah tekanan menunjukkan tidak terdapat perbedaan yang bermakna

Pada media perlakuan selain kontrol (PDA) pertumbuhan miselium tidak dapat tumbuh radial karena pada media perlakuan alternatif (bekatul padi, jagung dan kulit ari biji

Para pembina maupun pelatih dalam melatih dribble shooting sepakbola dapat menggunakan pendekatan pembelajaran praktik drill dan bermain yang disesuaikan dengan koordinasi

Koefisien jalur (ρ) adalah koefisien regresi standar yang menunjukkan pengaruh langsung dari suatu variabel bebas terhadap variabel tergantung dalam suatu model