• Tidak ada hasil yang ditemukan

Diselaraskan oleh PN. NORHAYATI BINTI MAT ZAIN Guru Cemerlang Sejarah SMK Seri Bintang Selatan SKK Kuala Lumpur

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Diselaraskan oleh PN. NORHAYATI BINTI MAT ZAIN Guru Cemerlang Sejarah SMK Seri Bintang Selatan SKK Kuala Lumpur"

Copied!
32
0
0

Teks penuh

(1)

Diselaraskan oleh

PN. NORHAYATI BINTI MAT ZAIN Guru Cemerlang Sejarah

(2)

PENASIHAT

Tn. Hj. Ismail bin Musa

Timbalan Pengarah Pendidikan Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu Kuala Lumpur

PENGERUSI Cik Aziah binti Amir

PPD Kanan

Sektor Pengurusan Akademik PPW Bangsar & Pudu KL

PENYELARAS

Pn. Hjh. Besrah binti Bakar

Ketua Unit Sains Kemanusiaan PPW Bangsar dan Pudu KL

PANEL PENULIS EDITOR

Pn. Masariah binti Mispari Pn. Norhayati Binti Mat Zain

PANEL PENULIS Pn. Masariah binti Mispari

Guru Cemerlang Sejarah Sekolah Sultan Alam Shah

Pn. Norhayati binti Mat Zain

Guru Cemerlang Sejarah SMK Seri Bintang Selatan SKK

En. Sohaidie bin Mohd Zain

Guru Cemerlang Sejarah SMK Taman Maluri

Pn. Roshidah binti Ismail

Guru Sumber Sejarah SMK Bdr Tun Razak

Pn. Mardiana binti Md Nor

Guru Sumber Sejarah SMK Cochrane Perkasa

Pn. Sarina binti Mohd Burhan

Guru Sumber Sejarah SMK Seri Permaisuri

En. Aziz bin Ismail

Guru Sumber Sejarah SMK Puterijaya

En. Loganathan a/l S. Tarmalingam

Guru Cemerlang Sejarah SMK Vivekananda

Cik Norashikin bt Mat @ Muhammad

Guru Sumber Sejarah SMK Datok Lokman

Penghargaan Guru-guru Bahasa Melayu

SMK Seri Bintang Selatan SKK

ISI KANDUNGAN MODUL JAWAPAN

No. Perincian/Konstruk Markah Muka surat

1 Pengenalan 5 markah 5 – 8

2 Memahami 30 markah 9 – 12

3 Menganalisis 25 markah 13 – 15

4 Mengaplikasi 10 markah 16 – 20

5 Menilai 10 markah 21 – 26

6 Mencipta dan menjana idea 10 markah 27 – 30

7 Menghayati nilai/ Patriotisme 5 markah 31

8 Rumusan 5 markah 32

 Modul ini digubal khas untuk calon SPM tahun 2013.

 Modul ini disediakan untuk membantu calon menjawab soalan Sejarah Kertas 3 dengan baik dan mengikut format yang dikehendaki.

 Modul ini mengandungi 8 soalan ramalan (mengikut konstruk). Bagi soalan nombor 1, 4, 5 dan 6 disediakan empat cadangan jawapan.

 Calon dinasihatkan untuk membaca dengan teliti setiap soalan yang dicadangkan.

Untuk itu, calon perlu memahami kehendak soalan

sebenar yang bakal diperoleh semasa hari peperiksaan. Calon perlu membuat keputusan yang bijak dalam

memilih cadangan jawapan yang disediakan agar

bersesuaian dengan kehendak soalan sebenar.

 Cadangan jawapan yang disediakan adalah mengikut format penulisan esei.

 Calon dinasihatkan untuk mematuhi peruntukan masa ketika menjawab soalan. Pastikan masa menjawab mencukupi untuk semua soalan.

 Calon digalakkan untuk membaca soalan dan cadangan jawapan yang terdapat dalam modul ini sebelum hari peperiksaan (14 November 2013).

 Semoga penghasilan modul ini dapat membantu calon SPM menjawab dengan baik Sejarah Kertas 3 (1249/3) dan seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang

(3)

FORMAT SEJARAH SPM KERTAS 3 PANDUAN & TIP

1. Soalan Umum akan diberikan kepada pelajar 6 minggu lebih awal daripada tarikh peperiksaan. Gunakan peluang ini untuk mencari maklumat tambahan khususkan soalan bahagian KBKK.

2. Berbincang dengan guru dan rakan-rakan.

3. Susun nota-nota yang diperoleh dalam fail.

4. Gunakan sticky note sebagai penanda untuk memudahkan anda mencari jawapan ketika menulis. 5. Lakukan latihan menulis jawapan

seperti format menjawab sebenar. 6. Jadikan markah sebagai panduan

untuk anda kemukakan jawapan khususkan bagi soalan 1 hingga 3. 7. Jangan lupa bawa buku teks

(Sejarah Tingkatn 4 @ 5), fail nota dan contoh jawapan yang telah dirangka semasa hari peperiksaan. 8. Semasa hari peperiksaan, kenal

pasti kehendak soalan dan

gariskannya supaya lebih jelas. 9. Sila tuliskan jawapan dalam format

esei.

10. Pastikan anda menulis nombor

soalan yang dijawab yang betul

dengan jawapan yang diberi. 11. Mesti tulis pengenalan jawapan. 12. Tulislah dengan tulisan yang cantik

dan kemas.

Bentuk Soalan Tugasan (Esei)

Jumlah Soalan Tajuk Umum : akan

diberikan 6 minggu sebelum tarikh peperiksaan.

1 soalan khusus dengan 8

pecahan soalan.

Wajib Jawab Semua soalan

No. soalan dan Markah

Soalan 1 hingga 8. Markah ditunjukkan dalam [ ] bagi setiap soalan.

Jenis/Pecahan Soalan

1-3 (Rujukan Buku Teks) 4-8 (Soalan KBKK)

Cakupan Sukatan

Tingkatan 4 dan 5

Markah 60% Buku Teks 40% Soalan KBKK =100 markah

Wajaran

(4)

TEMA UMUM: Malaysia dan Kerjasama Antarabangsa

Sejak mencapai kemerdekaan Malaysia telah menyertai dan bergerak aktif dalam pertubuhan serantau.

(5)

SOALAN (1) PENGENALAN

PENGENALAN : PILIHAN 1

Nyatakan secara ringkas apakah yang anda faham dengan maksud pertubuhan serantau yang dianggotai oleh Malaysia.

[5 markah]

CADANGAN JAWAPAN

(1) Pertubuhan serantau merupakan satu pertubuhan yang

keanggotaannya terdiri daripada negara-negara yang berjiran antara satu sama lain. Pembentukan pertubuhan ini adalah untuk kepentingan ekonomi, politik dan sosial. Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, terdapat tiga pertubuhan serantau yang telah dibentuk dan disertai oleh Malaysia, iaitu Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961, MAPHILINDO pada tahun 1963 dan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) pada tahun 1967.

(6)

PENGENALAN : PILIHAN 2

Nyatakan asas-asas penggubalan dasar luar Malaysia.

[5 markah]

CADANGAN JAWAPAN

(1) Asas-asas penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh

beberapa faktor yang menentukan corak dan arah dasar luar negara Malaysia. Antara faktor tersebut adalah faktor sejarah. Contohnya, sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka telah terjalin hubungan dengan negara China, Arab dan Siam. Selain itu, dari segi ekonomi, Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas dan menjalin hubungan baik dengan negara-negara lain di dunia. Seterusnya, dari segi politik, Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Malaysia berhak menentukan masa depannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat.

Di samping itu, dari segi geografi, kedudukan Malaysia yang strategik dan bersempadan dengan hampir kebanyakan negara di rantau Asia Tenggara. Faktor demografi juga menjadi asas kepada penggubalan dasar luar Malaysia, iaitu menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara Islam kerana majoriti penduduknya beragama Islam.

(7)

PENGENALAN : PILIHAN 3

Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain. Nyatakan bentuk hubungan luar tersebut.

[5 markah]

CADANGAN JAWAPAN

(1) Antara bentuk hubungan yang dijalinkan oleh Malaysia dengan

negara-negara lain adalah hubungan bilateral, iaitu merujuk kepada hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu. Contohnya, Malaysia mengutamakan hubungan dengan negara-negara jiran termasuklah Singapura dan Indonesia.

Selain itu, Malaysia juga menjalinkan hubungan berbentuk multilateral iaitu merujuk kapada hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).

(8)

PENGENALAN : PILIHAN 4

Malaysia mengamalkan hubungan berbaik-baik dengan semua negara. Nyatakan matlamat yang ingin dicapai oleh Malaysia dalam hubungan tersebut.

[5 markah]

CADANGAN JAWAPAN

(1) Matlamat yang ingin dicapai oleh Malaysia dalam menjalinkan

hubungan dengan negara-negara lain adalah untuk menjamin keselamatan rakyat dan negara. Selain itu, hubungan tersebut juga bertujuan untuk memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara.

Seterusnya, untuk menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi Malaysia. Akhir sekali, matlamat dasar luar Malaysia adalah untuk menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia.

(9)

SOALAN (2) MEMAHAMI

SOALAN 2

Jelaskan matlamat dan organisasi yang disertai oleh

Malaysia sehingga kini di peringkat serantau

.

[30 markah]

CADANGAN JAWAPAN

(2) Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, terdapat tiga

pertubuhan serantau yang telah disertainya iaitu ASA pada tahun 1961, MAPHILINDO pada tahun 1963 dan ASEAN pada tahun 1967.

Antara matlamat Malaysia menyertai Persatuan

Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) adalah ancaman komunis. Setelah

mencapai kemerdekaan, negara kita dan negara-negara

serantau diancam hebat oleh pengaruh komunis. Di Malaysia,

pergerakan PKM telah memainkan peranan penting menyebarkan fahaman komunis dalam kalangan rakyat. PKM telah diharamkan oleh kerajaan. Ahli PKM telah melancarkan gerakan gerila bagi menjatuhkan kerajaan. Ancaman komunis juga berlaku di Thailand yang bersempadan dengan Malaysia. Tindakan PKM menggunakan sempadan Malaysia-Thailand sebagai pangkalan gerila mereka menyukarkan usaha untuk melemahkan mereka. Malaysia ingin mengadakan kerjasama dengan negara jiran. Oleh itu, Tunku Abdul Rahman mencadangkan penubuhan ASA.

Pada 31 Julai 1961, satu mesyuarat diadakan di Bangkok antara Malaysia dengan Thailand dan Filipina. Hasilnya ASA telah ditubuhkan. Antara matlamat lain penubuhan ASA ialah menjalinkan

(10)

kerjasama antara negara anggota dalam bidang sains, ekonomi dan sosial. Memberikan dan menyediakan kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi. Mengekalkan serta menjamin keselamatan dan kestabilan politik serantau.

ASA dianggap sebagai pertubuhan antipemerintahan Presiden Soekarno di Indonesia. Kesangsian ini timbul kerana Malaysia mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Britain sementara Thailand dan Filipina mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Amerika Syarikat. Thailand dan Filipina mempunyai perjanjian pertahanan

dengan Amerika Syarikat. Pertelingkahan antara Malaysia

denganFilipina tentang penubuhan Persekutuan Malaysia telah membawa kepada pembubaran ASA dibubarkan pada tahun 1963.

Manakala MAPHILINDO pula disertai Malaysia bagi

menyelesaikan isu penubuhan persekutuan Malaysia. MAPHILINDO

merupakan cantuman tiga buah negara iaitu Malaysia, Filipina dan Indonesia. Matlamat penubuhannya adalah untuk meningkatkan

hubungan persahabatan dan menyelesaikan pertingkahan antara Malaysia-Filipina dan Malaysia-Indonesia.

Pertelingkahan yang timbul antara Malaysia dengan kedua-dua negara tersebut adalah disebabkan oleh cadangan berhubung dengan

pembentukan Malaysia. Indonesia tidak bersetuju dengan

pembentukan Malaysia kerana Presiden Soekarno menganggap pembentukan Malaysia sebagai satu neokolonialisme. Tentangan Filipina pula adalah kerana menuntut hak ke atas Sabah yang didakwanya mendakwanya masih menjadi hak milik negara mereka.

(11)

Bagi menyelesaikan masalah ini, Malaysia mengamil langkah

mengadakan rundingan dengan kedua-dua negara tersebut.

Rundingan itu akhirnya membawa kepada penubuhan MAPHILINDO. Ketiga-tiga negara itu mencapai kata sepakat memohon bantuan PBB untuk mendapatkan pandangan rakyat Sabah dan Sarawak tentang cadangan penubuhan persekutuan Malaysia. Pada tahun 1963, PBB telah hantar wakilnya yang diketuai oleh Lawrence V. Michael More untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak. Hasilnya majoriti rakyat menyokong pembentukan Malaysia. Namun begitu, Indonesia dan Filipina tidak puas hati dengan hasil tinjauan PBB dan terus menentang pembentukan Malaysia. Persengketaan yang berpanjangan menyebabkan MAPHILINDO tidak berperanan lagi.

Pertubuhan seterusnya yang disertai Malaysia ialah Persatuan Negara-negara Asia Tenggara ( ASEAN ). ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok. Antara matlamat pembentukan ASEAN termasuklah mengekalkan kestabilan politik rantau Asia Tenggara, membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan, meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian, membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan serta mengadakan hubungan erat dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa.

Keanggotaan ASEAN awal penubuhannya terdiri daripada 5 buah negara iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura. Jumlah anggotanya menjadi 10 apabila semua negara AT menjadi ahli. Negara-negara berkenaan ialah Vietnam, Myammar, Brunei, Laos dan Kampuchea. Negara Papua New Guinea telah dilantik menjadi pemerhati kerana negara ini terletak bersempadan dengan Indonesia tetapi bukan di dalam zon Asia Tenggara.

(12)

Logo ASEAN menggunakan sepuluh tangkai padi sebagai simbol bagi mempamerkan impian pengasasan ASEAN, iaitu sepuluh buah negara di Asia Tenggara yang diikat oleh semangat perpaduan dan perpaduan. Simbol bulatan pula membayangkan semangat bersatu padu. Moto ASEAN ialah “Keamanan, Kestabilan, Kegigihan, Kedinamikan, Kesucian, Kemakmuran”.

Bagi memastikan perjalanannya yang lancar struktur

pentadbiran ASEAN dibentuk. Persidangan Menteri-Menteri Luar ASEAN diadakan setahun sekali. Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAn diadakan setahun dua kali. Sidang Kemuncak ASEAN pula diadakan mengikut keperluan. Sekretariat Tetap ASEAN beribu pejabat di Jakarta, Indonesia.

Terdapat dua Jawatankuasa Tetap iaitu Jawatankuasa Tetap Sosial yang meliputi Jawatankuasa Kebudayaan dan Penerangan, Jawatankuasa Sains dan Teknologi serta Jawatankuasa Pembanguan dan Sosial. Manakala Jawatankuasa Tetap Ekonomi pula merangkumi

Jawatankuasa Kewangan dan Urusan Bank, Jawatankuasaa

Perindustrian, Galian dan Tenaga, Jawatankuasa Makanan, Pertanian dan Perhutanan serta Jawatankuasa Perhubungan dan Pengangkutan.

(13)

SOALAN (3) MENGANALISIS

SOALAN 3

Terangkan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau.

[25 markah]

CADANGAN JAWAPAN

(3) Antara sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau

khususnya dalam pertubuhan ASEAN adalah dengan menjalinkan kerjasama serantau yang erat dan banyak menjayakan rancangan yang dilaksanakan bersama. Selain itu, Malaysia juga menjadi tuan rumah bagi menjayakan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada 1971. Satu deklarasi bersama telah ditandatangani oleh semua negara anggota termasuk Malaysia yang dikenali sebagai Deklarasi Kuala Lumpur. Kata sepakat telah dicapai dalam mengisytiharkan negara ASEAN menjadi kawasan zon aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN) Tujuan utama ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan rantau Asia Tenggara, tidak bersekongkol dengan Blok Barat atau Blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar.

Sumbangan Malaysia seterusnya adalah kesanggupan menjadi tuan rumah bagi mengadakan mesyuarat bagi memulihkan hubungan Vietnam dan Kampuchea. Mesyuarat ini diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1982. Isu ini timbul apabila berlaku pencerobohan Vietnam ke atas Kemboja pada tahun 1978 dan menjatuhkan kerajaan Khmer Rouge. ASEAN telah berusaha mengatasi masalah ini dengan mengadakan satu mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera Norodom Sihanouk.

(14)

Vietnam telah bersetuju dengan cadangan berkenaan dan bersetuju membincangkannya dalam mesyuarat tersebut.

Sumbangan lain adalah Malaysia bersama negara anggota ASEAN yang lain bersetuju memutuskan bahawa ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear. Rantau ini tidak akan membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan dan pelabuhannya untuk

mengangkut bahan atau senjata nuklear. Pengistiharan ini

menunjukkan komitmen negara Malaysia dan anggota ASEAN terhadap konsep ZOPFAN.

Malaysia juga telah memberi sumbangan dalam meningkatkan kerjasama ekonomi dalam kalangan negara ASEAN. Negara-Negara ASEAN telah membentuk kerjasama dalam projek-projek perindustrian contohnya projek baja urea di Bintulu (Sarawak) serta di Aceh (Indonesia). Kerjasama ekonomi melalui zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN atau ASEAN Free Trade Area (AFTA) diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura pada tahun 1992. AFTA bertujuan menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan kerjasama ekonomi dalam kalangan negara ASEAN. Ini akan mewujudkan satu jumlah pasaran yang luas kerana penduduk ASEAN begitu ramai. Peningkatan barangan keluaran negara-negara ASEAN akan mengembangkan industri terbabit dan seterusnya akan meningkatkan ekonomi negara-negara ASEAN.

Seterusnya Malaysia juga turut memberi sumbangan dan dalam mengemukakan idea untuk memperluas skop kerjasama ekonomi bagi rantau sebelah sini yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan. Idea itu ialah penubuhan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) yang telah dikemukakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Walaupun idea itu ditentang oleh negara maju seperti Amerika Syarikat tetapi usaha ini diteruskan melalui kerjasama tidak rasmi melalui konsep ASEAN+3.

(15)

Sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau juga dapat dilihat dalam aspek pendidikan. Penubuhan Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) yang memberikan tumpuan ke arah kerjasama dalam semua bidang yang berkaitan. Selain itu, pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.

Malaysia juga turut memberi sumbangan dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menyokong usaha penubuhan Tabung Kebudayaan. Selain itu, Malaysia juga turut terlibat dalam pertukaran rancangan televisyen dan radio dijalankan. Malaysia juga memberi sumbangan dengan menjadi tuan rumah bagi penganjuran Sukan SEA pada tahun 2002. Akhir sekali, Malaysia juga turut memberi sumbangan dalam menjadikan kerjasama dalam bidang perlancongan dengan menyokong usaha Tahun Melaawat ASEAN pada tahun 1992.

(16)

SOALAN (4) MENGAPLIKASI

SOALAN 4 : PILIHAN 1

Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau telah bermula sejak tahun 1961.

Bagaimanakah hubungan tersebut dapat dimanfaatkan untuk memajukan Malaysia?

[10 markah]

CADANGAN JAWAPAN

(4) Antara manfaat yang diperoleh memajukan Malaysia dalam

pertubuhan serantau adalah dapat mengekalkan keamanaan dan kestabilan politik negara. Malaysia juga dapat bersama-sama dengan negara-negara serantau dapat mengekalkan keamanan di rantau Asia Tenggara.

Selain itu, Malaysia juga dapat bertukar-tukar kemahiran teknologi dalam bidang ICT dengan negara-negara di rantau Asia Tenggara. Malaysia juga dapat membantu antara satu sama lain dalam bidang pendidikan. Contohnya penubuhan RECSAM di Pulau Pinang.

Seterusnya, Malaysia dapat mengurangkan kebergantungan

perdagangan dua hala Malaysia dengan Amerika Syarikat. Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau juga dapat membentuk kerjasama dalam aspek pertahanan dan keselamatan.

Di samping itu, keamanan yang diperoleh Malaysia melalui penyertaan Malaysia dalam pertubuhan ini juga dapat menarik pelaburan asing ke negara ini. Semangat kerjasama dalam bidang kebudayaan sesama negara anggota dapat merapatkan hubungan antara negara di rantau Asia Tenggara. Sukan SEA juga terbukti dapat

(17)

mengeratkan hubungan sesama negara anggota. Akhir sekali, penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau dapat menyelesaikan masalah sesama negara anggota melalui rundingan dan diplomasi.

SOALAN 4 : PILIHAN 2

Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau telah bermula sejak tahun 1961.

Bagaimanakah hubungan tersebut dapat dimanfaatkan untuk membangunkan ekonomi Malaysia?

[10 markah]

CADANGAN JAWAPAN

(4) Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau dapat

meningkatkan ekonomi negara melalui kerjasama dalam projek-projek pertanian seperti projek baja urea di Bintulu dan Acheh. Seterusnya, ASEAN diiktiraf sebagai Zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN

(AFTA) yang dapat menghapuskan sekatan dagangan dan

menggalakkan kerjasama ekonomi dalam kalangan negara ASEAN. Selain itu, kerjasama ekonomi ini akan mewujudkan pasaran yang luas kepada Malaysia. Hal ini secara tidak langsung akan menggalakkan peningkatan pengeluaran barangan negara-negara ASEAN yang akan mengembangkan lagi sektor perindustrian negara. Seterusnya kerjasama diperluaskan dengan melibatkan negara China, Jepun dan Korea Selatan melalui ASEAN +3. Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) telah ditentang oleh Amerika Syarikat, tetapi kerjasama secara tidak rasmi tetap diteruskan melalui konsep ASEAN+3. ASEAN+3 ini merujuk kepada kerjasama yang ingin diwujudkan antara negara ASEAN dengan negara-negara Timur.

Kerjasama antara Malaysia dan negara-negara di rantau Asia Tenggara juga telah berjaya menarik minat pelabur-pelabur asing untuk

(18)

melabur modal di negara kita. Ekonomi negara juga dapat ditingkatkan melalui pertukaran teknologi antara negara-negara di rantau Asia Tenggara.Akhir sekali, ekonomi Malaysia juga berjaya ditingkatkan melalui pertukaran tenaga kerja antara negara-negara di rantau Asia Tenggara.

SOALAN 4 : PILIHAN 3

Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau telah bermula sejak tahun 1961.

Bagaimanakah hubungan tersebut dapat dimanfaatkan untuk mewujudkan kerjasama dalam bidang sosial?

[10 markah]

CADANGAN JAWAPAN

(4) Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau dapat

dimanfaatkan untuk mewujudkan kerjasama dalam bidang sosial dengan terbentuknya Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) yang memberikan tumpuan dalam bidang pendidikan. Malaysia juga mendapat manfaat dalam bidang pendidikan dengan penubuhan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.

Dalam bidang kebudayaan, Malaysia juga mengadakan kerjasama dengan negara-negara di rantau Asia Tenggara melalui aktiviti kebudayaan seperti Festival Kebudayaan dan Kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN. Selain itu, pertukaran rancangan televisyen dan radio dijalankan. Selain itu, Sukan SEA pula diadakan untuk merapatkan hubungan antara negara-negara ASEAN melalui semangat kesukanan. Dalam bidang pelancongan pula, kerjasama juga dijalinkan dengan mengadakan Tahun Melawat ASEAN.

(19)

Malaysia juga telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan kerjasama serantau melalui dasar berbaik-baik dengan negara jiran. Masalah hak tuntutan pertindihan kawasan juga dapat diselesaikan melalui rundingan yang diadakan. Hubungan erat antara negara-negara di rantau Asia Tenggara juga dapat mengurangkan masalah sosial yang perlu dihadapi bersama seperti masalah penyalahgunaan dadah.

Akhir sekali hasil kerjasama yang erat antara negara-negara di rantau Asia Tenggara telah dapat mewujudkan keamanan di rantau Asia Tenggara. Hal ini menyebabkan negara-negara di rantau Asia Tenggara menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia.

SOALAN 4 : PILIHAN 4

Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau telah bermula sejak tahun 1961. Bagaimanakah hubungan tersebut dapat dimanfaatkan dapat meningkatkan kecemerlangan rakyat Malaysia?

[10 markah]

CADANGAN JAWAPAN

(4) Antara manfaat yang diperoleh untuk meningkatkan

kecemerlangan rakyat Malaysia ialah dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan adanya kerjasama antara negara di rantau Asia Tenggara.

Selain itu, rakyat Malaysia juga dapat mempelajari kemajuan teknologi daripada negara di rantau Asia Tenggara. Rakyat Malaysia juga dapat bertukar-tukar kemahiran teknologi dalam bidang ICT dengan rakyat dari negara di rantau Asia Tenggara.

(20)

Di samping itu, rakyat Malaysia juga berpeluang bekerja di negara-negara di rantau Asia Tenggara. Seterusnya, para peniaga di Malaysia juga dapat memasarkan barangan mereka ke antara negara-negara Asia Tenggara.

Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau juga dapat menjalinkan hubungan persahabatan dan persaudaraan antara negara di rantau Asia Tenggara. Keamanan yang diperoleh Malaysia melalui penyertaan Malaysia dalam pertubuhan ini juga dapat menarik pelaburan rakyat negara asing ke negara ini.

Semangat kerjasama dalam bidang kebudayaan sesama negara anggota dapat merapatkan hubungan antara negara di rantau Asia Tenggara. Sukan SEA juga terbukti dapat mencungkil bakat sukan rakyat negara di rantau Asia Tenggara.

Akhir sekali, Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau dapat meningkatkan daya saing dan jati diri dalam kalangan rakyat antara negara di rantau Asia Tenggara.

(21)

SOALAN (5) MENILAI

SOALAN 5 : PILIHAN 1

Penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau telah membawa banyak kejayaan kepada negara kita.Buktikan.

[10 markah]

CADANGAN JAWAPAN

(5) Antara kejayaan yang dicapai oleh Malaysia dalam pertubuhan

serantau ialah penubuhan Zon aman, bebas, dan berkecuali atau ZOPFAN. Tujuan ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan serantau, mengekalkan kestabilan politik serantau, dan menjadikan rantau ASEAN sebagai Zon Bebas Senjata Nuklear.

Selain itu, dapat mengadakan kerjasama dari segi ekonomi. Contohnya projek baja urea di Bintulu Sarawak. Seterusnya, berjaya mewujudkan Kawasan Perdagangan Bebas atau AFTA. AFTA bertujuan menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan kerjasama ekonomi ASEAN.

Manakala, konsep ASEAN+3 dikemukakan oleh Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad pula telah berjaya mewujudkan kerjasama antara negara ASEAN dengan negara Timur iaitu China, Jepun dan Korea.

Di samping itu, kejayaan dalam bidang pendidikan. Misalnya tertubuhnya Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO). SEAMEO memberi tumpuan ke arah kerjasama dalam semua bidang yang berkaitan dengan pendidikan. Kejayaan hasil kerjasama ini membolehkan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik ( RESCAM) ditubuhkan di Pulau Pinang. Seterusnya, kejayaan menjalinkan

(22)

kerjasama seperti pertukaran pelajar dari negara-negara ASEAN di peringkat sekolah dan universiti.

Selain itu, kejayaan mewujudkan semangat kerjasama ASEAN dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN. Seterusnya, kejayaan mengadakan pertukaran rancangan televisyen dan radio antara negara ASEAN.

Akhir sekali, kejayaan lain ialah penganjuran Sukan SEA dan mengadakan Tahun Melawat ASEAN serta Tahun Melawat Malaysia SEA memberi impak yang baik dalam merapatkan hubungan antara negara ASEAN dan seterusnya melonjakkan ekonomi negara Asia Tenggara.

SOALAN 5 : PILIHAN 2

Apakah kejayaan yang dicapai oleh pertubuhan ASEAN sehingga kini?

[10 markah]

CADANGAN JAWAPAN

(5) Pelbagai kejayaan telah dicapai oleh pertubuhan ASEAN

antaranya ialah kejayaan mengekalkan keamanan, keselamatan dan kestabilan politik serantau. Kejayaan ini hasil daripada pengisytiharan ASEAN sebagai zon aman, bebas, dan berkecuali atau dikenali sebagai Zone of Peace, Free dan Neutrality (ZOPFAN).

Selain itu, Menteri-Menteri Luar ASEAN juga berjaya mencapai kata sepakat dalam memutuskan bahawa ASEAN merupakan Zon Bebas Senjata Nuklear. Ini bermakna rantau Asia Tenggara terjamin

(23)

keselamatannya dengan tidak akan membenarkan mana-mana kapal

menggunakan perairan dan kemudahan pelabuhannya untuk

mengangkut bahan aatau senjata nuklear.

Seterusnya, kejayaan meningkatkan kerjasama dari segi ekonomi. Negara-negara ASEAN berjaya membentuk kerjasama dalam projek-projek perindustrian contohnya projek baja urea di Bintulu Sarawak dan di Aceh Indonesia. Kejayaan ASEAN menwujudkan zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN atau AFTA. AFTA bertujuan menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan kerjasama ekonomi ASEAN. Konsep ASEAN+3 dikemukakan oleh Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad berjaya mewujudkan kerjasama antara ASEAN negara Timur iaitu China, Jepun dan Korea.

Di samping itu, kejayaan dalam bidang pendidikan. Misalnya tertubuhnya Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO). SEAMEO memberi tumpuan ke arah kerjasama dalam semua bidang yang berkaitan dengan pendidikan. Kejayaan hasil kerjasama ini membolehkan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik ( RESCAM) ditubuhkan di Pulau Pinang. Seterusnya, kejayaan menjalinkan kerjasama seperti pertukaran pelajar dari negara-negara ASEAN di peringkat sekolah dan universiti.

Selain itu, kejayaan mewujudkan semangat kerjasama ASEAN dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN. Seterusnya, kejayaan mengadakan pertukaran rancangan televisyen dan radio antara negara ASEAN. Akhir sekali, kejayaan lain ialah penganjuran Sukan SEA dan mengadakan Tahun Melawat ASEAN serta Tahun Melawat Malaysia SEA memberi impak yang baik dalam merapatkan hubungan antara negara ASEAN dan seterusnya melonjakkan ekonomi negara Asia Tenggara.

(24)

SOALAN 5 : PILIHAN 3

Apakah kejayaan yang dicapai oleh pertubuhan ASEAN dalam meningkatkan ekonomi negara anggota?

[10 markah]

CADANGAN JAWAPAN

(5) Hubungan kerjasama ASEAN dapat meningkatkan ekonomi

negara-negara anggota misalnya menerusi projek-projek perindustrian seperti projek baja urea di Bintulu dan Acheh. Seterusnya, ASEAN diiktiraf sebagai zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) yang dapat menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan kerjasama ekonomi dalam kalangan negara ASEAN.

Secara tidak langsung kerjasama ekonomi ini akan

mewujudkan pasaran yang luas kepada semua negara anggota. Maka ini akan meningkatkan produktiviti atau pengeluaran barangan negara-negara ASEAN. Perkara ini akan memberikan impak yang besar dalam mengembangkan sektor perindustrian di negara anggota.

Kerjasama ekonomi yang diperluaskan dengan melibatkan negara China, Jepun dan Korea Selatan melalui ASEAN+3 secara tidak langsung berjaya meningkatkan pelaburan dan memacu ekonomi negara anggota. Walaupun Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) telah ditentang oleh Amerika Syarikat, namun kerjasama secara tidak rasmi tetap diteruskan melalui konsep ASEAN+3.

Kerjasama erat yang terjalin antara negara di rantau Asia Tenggara juga telah berjaya menarik minat pelabur-pelabur asing untuk melabur modal. Ekonomi negara juga dapat ditingkatkan melalui pertukaran teknologi antara negara di rantau Asia Tenggara.

(25)

Selain itu kerjasama ASEAN dalam bidang perkongsian teknologi pertanian seperti bioteknologi berjaya meningkatkan ekonomi negara anggota. Di samping itu peningkatan ekonomi juga dapat dilihat dari segi kerjasama dalam industri perfileman.

Akhir sekali, ekonomi negara ASEAN juga berjaya ditingkatkan melalui pertukaran tenaga kerja antara negara di rantau Asia Tenggara.

SOALAN 5 : PILIHAN 4

Buktikan kejayaan ASEAN dalam mengekalkan keamanan serantau.

[10 markah]

CADANGAN JAWAPAN

(5) Antara kejayaan ASEAN dalam mengekalkan keamanan

serantau ialah bersepakat mengisytiharkan negara-negara Asia Tenggara sebagai zon aman, bebas dan berkecuali( ZOPFAN). ZOPFAN telah berjaya mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.

Pendirian ASEAN tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat atau blok Timur dapat mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar.

Keamanan rantau Asia Tenggara teruji dengan pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea pada tahun 1978. Tetapi ASEAN berjaya mengatasi masalah tersebut untuk membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea dengan mengadakan rundingan di Kuala Lumpur pada 1982.

ASEAN telah memutuskan bahawa rantau Asia Tenggara ialah Zon Bebas Senjata Nuklear. Untuk itu, ASEAN tidak membenarkan

(26)

mana-mana kapal menggunakan perairan dan kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan senjata nuklear bagi menjamin keselamatan dan keamanan di rantau Asia Tenggara.

Di samping itu keamanan di rantau ini membolehkan para pelabur asing berminat untuk menanam modal di negara-negara Asia Tenggara. Seterusnya, keamanan di rantau ini juga menggamit para pelancong asing untuk datang melancong di rantau ini. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan negara anggota.

Akhir sekali, kerjasama ASEAN juga dapat menjamin keamanan serantau misalnya melalui perkongsian pakar dalam aspek ketenteraan dan kerjasama dalam membanteras kes-kes jenayah. Konklusinya, kerjasama yang terjalin itu dapat meningkatkan ekonomi negara seterusnya taraf hidup rakyat terbela.

(27)

SOALAN (6) MENCIPTA / MENJANA IDEA

SOALAN 6 : PILIHAN 1

Nyatakan cabaran yang dihadapi oleh pertubuhan serantau dalam mengekalkan keamanan/ hubungan serantau sejagat.

[10 markah]

CADANGAN JAWAPAN

(6) Antara cabaran yang dihadapi oleh pertubuhan serantau dalam

mengekalkan keamanan sejagat ialah bagi mengatasi ancaman seperti masalah pendatang tanpa izin, jenayah antarabangsa, pencerobahan negara oleh pengganas, perang saudara, dan gejala dadah yang berleluasa.

Pertubuhan serantau juga menghadapi cabaran dalam mengekalkan hubungan baik negara anggota seperti pertikaian dalam menuntut kawasan bertindih. Isu alam sekitar seperti jerebu juga jika tidak ditangani dengan baik boleh meretakkan hubungan baik negara anggota.

Faktor ekonomi juga boleh memberi kesan kepada keamanan rantau Asia Tenggara. Keamanan akan terjejas sekiranya negara serantau mengalami kemelesetan ekonomi, ketidakstabilan nilai mata wang, dan isu pengangguran yang tinggi.

Akhir sekali, keamanan juga tidak dapat dikekalkan sekiranya negara serantau masih bergantung kepada negara-negara maju dan melibatkan campur tangan kuasa asing.

(28)

SOALAN 6 : PILIHAN 2

Berikan cadangan anda bagaimanakah ASEAN boleh menjadi sebuah pertubuhan yang lebih berkesan pada masa akan datang.

[10 markah]

CADANGAN JAWAPAN

(6) Antara cadangan bagi menjadikan ASEAN sebagai sebuah

pertubuhan yang lebih berkesan pada masa akan datang ialah memilih pemimpin yang bijak membuat keputusan, pemimpin yang berilmu pengetahuan, pemimpin yang berpandangan jauh dan pemimpin yang mengutamakan rundingan dan perdamaian.

Selain itu, ASEAN perlu terus mengekalkan perjuangannya yang berkesan dalam memelihara keamanan serantau seperti konsep ZOPFAN dan ASEAN sebagai Zon Bebas Senjata Nuklear. Di samping itu, kerjasama yang erat antara pasukan keselamatan negara anggota juga perlu diperhebatkan lagi bagi membanteras jenayah serantau.

Seterusnya, ASEAN perlu terus mempertingkatkan lagi kerjasama dalam bidang ekonomi seperti pengkongsian teknologi dan

kepakaran dalam sektor industri, dan pertanian serta

mempertingkatkan kecekapan pemasaran produk-produk negara anggota.

Akhir sekali, hubungan yang erat antara negara anggota melalui pengamalan nilai-nilai yang baik seperti kerjasama, tolong-menolong, permuafakatan, tolak ansur, dan bersatu padu dalam kalangan negara anggota merupakan pemangkin kepada kejayaan ASEAN sebagai sebuah pertubuhan yang berkesan.

(29)

SOALAN 6 : PILIHAN 3

Nyatakan cabaran yang dihadapi dalam pertubuhan serantau bagi meningkatkan kerjasama ekonomi.

[10 markah]

CADANGAN JAWAPAN

(6) Antara cabaran yang dihadapi oleh pertubuhan serantau dalam

meningkatkan kerjasama ekonomi ialah cabaran berkaitan dengan hubungan diplomatik dua hala. Terdapat percanggahan pendapat dalam menyelesaikan masalah berhubung dengan isu tenaga kerja asing.

Cabaran seterusnya ialah mewujudkan keseimbangan mata wang negara anggota yang kebanyakannya bergantung kepada mata wang dolar Amerika Syarikat. Cabaran untuk meningkatkan rangkaian perdagangan antara negara anggota. Cabaran isu pergantungan eksport komoditi utama seperti getah ke negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jepun dan sebagainya.

Selain itu, cabaran yang dihadapi ialah berkaitan isu mendapatkan bantuan modal untuk membina rangkaian pelaburan yang besar dalam anggota pertubuhan serantau. Isu kemelesetan ekonomi dunia juga memberi cabaran dan banyak mempengaruhi situasi ekonomi negara serantau.

Pertubuhan negara serantau juga berhadapan dengan cabaran berkaitan dengan kerjasama dalam mendapatkan kepakaran dan juga pertukaran teknologi dalam bidang ekonomi .

Akhir sekali, cabaran yang perlu dihadapi oleh negara pertubuhan serantau ialah isu berkaitan dengan penjenamaan produk yang belum sukar menembusi pasaran antarabangsa.

(30)

SOALAN 6 : PILIHAN 4

Nyatakan cabaran yang dihadapi dalam pertubuhan serantau bagi menangani masalah sosial serantau.

[10 markah]

CADANGAN JAWAPAN

(6) Antara cabaran yang dihadapi oleh pertubuhan serantau dalam

menangani masalah sosial ialah isu penyalahgunaan najis dadah, jenayah antarabangsa, pendatang asing yang akan membawa peningkatan jenayah dan juga masalah sosial.

Selain itu, pertubuhan serantau juga perlu berhadapan dengan isu rasuah yang menjejaskan kelemahan pencapaian sektor pengurusan kerajaan dan kelemahan penguatkuasaan undang-undang.

Pertubuhan serantau juga berhadapan dengan cabaran menangani isu cetak rompak dalam industri hiburan dan juga perfileman. Selain itu, negara anggota pertubuhan serantau berhadapan dengan cabaran menjadi hub industri makanan halal kerana dasar negara yang berlainan antara satu sama lain.

Akhir sekali, negara anggota pertubuhan serantau menghadapi cabaran dalam isu serumpun seperti budaya. Keadaan ini menimbulkan konflik hingga boleh menyebabkan hubungan negara anggota menjadi tegang dan berlarutan jika tidak ditangani dengan bijak.

(31)

SOALAN (7) MENGHAYATI NILAI / UNSUR PATRIOTISME

SOALAN 7

Iktibar yang boleh diambil/ dijadikan teladan daripada hubungan yang dijalankan Malaysia dengan pertubuhan serantau.

[5 markah]

CADANGAN JAWAPAN

(7) Iktibar yang boleh diambil daripada hubungan Malaysia dalam

pertubuhan serantau adalah dengan mengamalkan semangat ASEAN

seperti mengutamakan persahabatan, perpaduan, keamanan,

kestabilan, kegigihan, kedinamikan, kesucian dan kemakmuran.

Selain itu, kita hendaklah mengukuhkan kerjasama dan menunjukkan sikap kesungguhan menuntut ilmu dan melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran untuk memajukan negara. Jati diri rakyat Malaysia perlu diperkasakan. Kita juga hendaklah mempunyai semangat daya saing yang tinggi agar dapat setanding di peringkat global. Oleh itu, kita perlu mempunyai pemimpin yang bijak dan berwawasan untuk meningkatkan ekonomi dan mewujudkan kestabilan politik.

(32)

SOALAN (8) RUMUSAN

RUMUSAN

Rumuskan topik yang dipelajari berdasarkan:

Pengetahuan yang diperoleh.

Ikhtibar kepada diri, bangsa dan negara.

Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang. [5 markah]

CADANGAN JAWAPAN

(8) Rumusannya, pengetahuan yang diperoleh ialah Malaysia telah

memainkan peranan penting dalam mewujudkan kerjasama serantau melalui dasar berbaik-baik dengan negara jiran melalui penyertaan Malaysia yang aktif dalam pertubuhan serantau seperti ASA dan MAPHILINDA serta ASEAN khasnya. Sebagai warganegara Malaysia yang cinta akan negara, kita harus mengamalkan semangat ASEAN untuk memperkukuhkan perpaduan bagi memastikan keamanan rantau ini terus terjamin. Bangsa Malaysia harus mempunyai semangat berdaya saing tinggi bagi menghadapi cabaran serantau dan berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang. Negara kita harus mempunyai barisan kepimpinan yang mampu mengutamakan rundingan damai dalam menyelesaikan masalah dan berwawasan.

Konklusinya, Malaysia harus berperanan lebih aktif,

mengemukakan idea-dea yang bernas, dan terus menjalinkan hubungan baik dengan negara serantau supaya kerjasama yang erat dalam bidang politik, ekonomi dan sosial dapat terus kongsi bersama. Malaysia juga perlu terus mendokong memperkasakan prinsip ZOPFAN kerana ini memberi impak positif kepada keamanan sejagat,

Referensi

Dokumen terkait

Analisis terhadap konsumen sayuran segar ini dilatarbelakangi oleh penjualan sayuran lokal dan sayuran impor di supermarket Foodmart yang cenderung tidak stabil,

Implementasi Peraturan Pemerintah nomor 8 Tahun 2008 tentang Tahapan, Tata Cara Penyusunan, Pengendalian dan Evaluasi Pelaksanaan Rencana Pembangunan Daerah,

Setelah melalui tahap pemisahan khusus untuk gelombang QRS komplek maka akan diperoleh singleton untuk setiap QRS komplek yang muncul, dengan mengukur jarak

Alhamdulillah, puji dan syukur penulis panjatkan ke hadapan Tuhan Yang Maha Esa, atas segala bimbingan, rahmat, dan karunia-Nya sehingga skripsi yang berjudul “Perkembangan

Dalam Traceability System dengan solusi AutoID tadi, untuk menda- patkan informasi secara detail mengenai suatu produk dapat menggunakan label barcode untuk melakukan validasi

23 PEMANFAATAN PROGRAM GEOGEBRA DALAM UPAYA MENINGKATKAN PEMAHAMAN PADA POKOK BAHASAN SEGITIGA DITINJAU DARI HASIL BELAJAR SISWA KELAS VII. Adi

Grafik Peningkatan Nilai Daya Dukung dari Setiap Variasi Jumlah Perkuatan Sementara untuk rasio U/B atau jarak teratas lapisan Geogrid dengan dasar pondasi, penelitian

Maka dengan demikian dapat di ambil kesimpulan bahwa terdapat pengaruh Kualitas Pelayanan terhadap Kepuasan Pelanggan First Media di Indonesia dalam Layanan Triple