• Tidak ada hasil yang ditemukan

SUMBANGAN INSTITUSI KEWANGAN KEPADA PEMBANGUNAN PERNIAGAAN FRANCAIS DI MALAYSIA: MITOS ATAU REALITI?

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SUMBANGAN INSTITUSI KEWANGAN KEPADA PEMBANGUNAN PERNIAGAAN FRANCAIS DI MALAYSIA: MITOS ATAU REALITI?"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

SUMBANGAN INSTITUSI KEWANGAN KEPADA PEMBANGUNAN PERNIAGAAN FRANCAIS DI MALAYSIA:

MITOS ATAU REALITI? Hoe Chee Hee* Nasruddm ~ a i n u d i n *

Sungguhpun kerajaan telah memainkan peranan utama dalam menvediakan pembiqaan kepada francaisi dun francaisor melalui pelbagai kemudahan dun skim bantuan, penglibatan dun pen.vertaan bank dun institusi kewangan dalam membangunkan sektor perniagaan francais ini amat mengecewakan. Selain sebilangan kecil bank perahgangan yang terbabit secara tidak langsung dengan pengeluaran pinjaman melalui skim jaminan kredit, institusi kewangan di Malaysia kelihatan seperti mengabaikan sektor ini. Justeru, kertas ini bertujuan untuk mengkaji dun menilui sumbangun institusi kewangan terhadap pembangunan francais di Malaysia serta mengupas isu-isu berkaitan dengan francais yang perlu dselesaikan sebelum sektor ini dapat mencapai tahap kemajuan yang boleh dibanggakan.

PENGENALAN

Francais telah dikenal pasti sebagai salah satu pendekatan perniagaan yang sesuai untuk membangunkan usahawa~l di kalangan bumiputera & Malaysia (Hoe dan Watts, 1999; Hoe, 2001a; 2001b). Pada tahun 1992, satu rangka tindakan telah dirulnuskan oleh kerajaan khusus untuk pembangunan perniagaan francais bagi menggalakkan usahawan bumiputera memilih bidang francais sebagai satu alternatif dalam menceburi perniagaan. Usaha tersebut merupakan titlk permulaan penglibatan aktif kerajaan secara langsung dalam menggalakkan masyarakat peniaga Malaysia. terutama usahawan bumiputera, mengambil peluang perniagaan fr5wais ini. Usaha gigh kerajaan memproinoslkan francais telah menampakkan hasil kerana terdapat peningkatan

J

. ,

Hoe Chee Hee, Pensyarah Pengurusan Keusahawanan, Sekolah Pengurusan, universiti Utara Malaysia

' Nasruddin Zainudin; Pensyarah Kewangan, Sekolah Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysla

(2)

yang ketara dalam bilangan mereka yailg berminat untuk menjah francaisor dan francaisi.

Walau bagain~anapun, minat &in semangat yang berkobar-kobar di kalangan usahawan untuk menjadi francaisi sahaja tidak inemadai. Satu sistem perklidmatan dan sokongan kewangan komprehensif dan berkesan yang inenjurus kepada memenuhi kepe&an perniagaan francais, sangat &perlukan. Masalah untuk mendapatkan pembiayaan segera, dan mencari premis yang bersesuaian dengan lokasi yang s t r a t e d merupakan antara rintangan yang dihadapi oleh usahawan dalam sektor francais di Malaysia. Membuat keputusan untuk menceburkan diri dengan perniagaan francais adalah satu perkara manakala mendapatbn dana yang secukupnya pula adalah satu perkara yang lain. Modal pembiayaan sering kali menjadi masalah kerana kos yang terlibat amat tinggi, khususnya bagi francais asing yang sudah ternama.

LATAR BELAKANG WDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA

Francais mula diperkenalkan di Malaysia sehtar 1940an ole11 Singer, diikuti dengan Bata, syarlkat minyak, dan pengedar kenderaan. Francais makanan segera, bagaimanapun, mula diperkenalkan sekitar 1960an oleh A & W, syarlkat francais makanan segera dari Arnerika Syarlkat. Ini disusuli oleh Kentucky Fried Chtcken (KFC) pada tahun 1976, McDonald pada tahun 1982 dan kemudian dituruti oleh francais asing lain yang kebanyakannya dari Amerika Syarlkat. Walaupun francais telah bertapak sejak 1940-an, namun sistem perniagaan ini tidak mendapat perhatian mahupun menarlk minat usahawan tempatan. Keadaan ini munglun akibat daripada ketidakfahaman bagaimana fiancais beroperasi. Satu lagi alasan terhadap sambutan dingin masyarakat peniaga tenlpatan munglun berpunca daripada kos yang terlalu mahal dan di luar kemampuan peniaga tempatan yang berminat. Hanya setelah Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad. secara peribad menunjukkan minat terhadap sistem fiancais pada tahun 1992, barulah perniagaan francais mula berkembang. Sungguhpun demikian, pada masa itu franca'is di Malaysia masih jauh berada d belakang berbandng dengan kemajuan francais d negara maju. Perbandingan ini digambarkan dalam Jadual 1 dan Jadual 2 yang menunjukkan kedudukan Malaysia dari segi bilangan francaisor dan francaisi berbandmg negara-negara lain.

(3)

Jadual 1 menunjukkan Malaysia pada tahun 1995, dengan 125 francaisor. berada di teinpat ke-20. Walau bagaimanapun, apabila dibandingkan dengan negara-negara d i Asia, Malaysia mendudulu tempat kedua selepas Jepun. Memandangkan Malaysia lebh kecil daripada Jepun dari segi populasi dan ekonomi, dan hanya mula menerima sistem fiancais sebagai strategi penting &lam pembangunan keusahawanan pada tahun 1992, sistein pemiagaan francais di Malaysia mempunyai harapan dan prospek yang cerah untuk dunajukan. Potensi ini terserlah apabila terdapat peningkatan ketara bilangan francaisor kepada 268 dalam tahun 2001. Bilangan francaisi pula telah meningkat daripada 800 pada tahun 1995 kepada 2,723 bagi tahun 200 1. Perlu diberi perhatian bahawa angka yang dlpaparkan dalam Jadual 1 dan Jadual 2 terdiri daripada perniagaan francais yang berdaftar dengan Keinenterian Pembanguilan Usahawan (KPUn). Seandainya inereka yang tidak berdafiar diambil kira, sudah pasti jumlalmya menjadi leblh tinggi. Memandangkan francais satu fenomena yang mash berada di peringkat awal, negara bole11 menjangkakan perh~mbuhan dan perkembangan positif dalam sektor ini.

Jadual 1: Bilangan francaisor di pelbagai negara

AustraliaINZ Argentina Perancis 520 Singapura 500 24 Hong Kong Britain 25 Portugal 70 ltali 400 26 Finland 70

1

18

1

Switzerland

1

170

1

1- 12

I

Sepanyol

1

280

1

1

29 ) Colombia 48 150 125 (268) * 19 1 Belgium

E:

i

Mexico

1

Belanda Brazil 93 2 20

/

Malaysia 375 341 . 13

1

Austria 27 28

.,

.,

* Angka dalam kurungan adalah bilangan yang mendaitar dengan KPUn sehingga bulan Mac 200 1.

I

1

' 30

1

~ i g o s l a v , a I 45 14 15 16 17 , I D ~ m a r k I 68 Filipina 1 56 Hungary SW-N o y a y Afrika Selatan ' . 45 3 5 18 0 Chile -Republk Czech Israel Bulgaria

--

31

"

32 33 34 200 185 180 ' !

(4)

Jadual2: Bilangan9francaisi di pelbagai negara 3 '

.

Kanada

1

65,000

1

I '4

I

Brazil

1

60,000

1

1

5 Perancis 30,000

1

1

6 Britain 26,400

1

1

8

/

Mexico

1

18.724

1

1

' 18. Austria

1

3,000

1

i 19 Singapura 1,600

1

20

I

Denmark 1.210

1

1

21 ( Finland

1

900

1

22 Malaysia 800 (2723) ' 1

1

23 Yugoslavia

1

620

1

)

24 Colombia

1

300

1

1

25 Republik Czech 100

1

28

1

Israel 15

* A n g h dalam kurungan adalah bilangan yang mendafiar dengan KPUn sehingga bulan Mac 200 1 Sumber: Swartz (1995) Kedudukan - 12 13 14 15 16 17

LATAR BELAKANG DAN PERSOALAN DALAM MEMBANGUNKAN FRANCAIS

John Naisbitt dalam bukunya Megatrends, menerangkan bahawa francais sebagai "konsep pemasaran tunggal yang paling berjaya setakat mi...g elombang masa depan." Ramai penulis merujuk kepada sejarah perkembangan francais yang kaya dengan pelbagai gaya (Walker dan Etzel.

1973; Hoffman dan Preble, 199 1; Mendelsohn, 1992; Price. 1997). Negara Belanda Hungary

1

Sweden Norway Argentma Beleiurn

Memang tidak dapat dipertlkaikan lagi bahawa francais telah menjadi suatu fenomena perniagaan yang penting di seluruh duma. Tambahaa pula

Bil. Francaisi 1 1,975 10,000 9,000 3,500 3,500 Bil. Francaisi 7 Kedudukan

'

Negara 29 Bulgaria

(5)

pertumbuhan francais telah menjadi bualan dunia perniagaan, terutarnanya francais format perniagaan yailg telah tumbuh dengan pesat di Amerlka Syarikat dalan tahun-tahun 1950-an dan di United Kingdom dalam tahun-tahun 1980an (Price, 1997). Walau bagaimanapun, francais sering kall disalahtafsirkan (Rensi, 1995) dan tidak hairanlah jlka baru-baru ini sahaja sistem francais hamallcan oleh negara-negara membangun sebagai alat pemangkin kepada pembangunan keusahawanan. Sistem francais menawarkan pilihan menarik b a g n~emulaka~i perniagaan. Sehubungan itu, beberapa tahun kebelakangan ini, peranan francais sebagai salah satu aktiviti keusahawanan dalam membangunkan ekonomi mula menarik perhatian umum (Falbe dan Dandridge, 1994).

Pembangunan keusahawanan ialah salah satu bidang yang diutamakan &lam penggubalan Dasar Ekonon~i Baru (DEB, 1970-1990) dan Dasar Pembangunan Baru (1 99 1-2000). Sungguhpun berbagai-bagai strateg drtumpukan kepada pembangunan keusahawanan, namun usahawan atau bakal usalawan di Malaysia masih diselubung dengan pelbagai masalah (Aziz, Khan dan Asri, 2000). Antara masalah yang hhadapi terrnasuklah kesulitan mendapatkan modal dan kemudahan kredit, bekalan bahan mentall yang tekal dan terjamin, sumber tenaga yang mahir dan terlatih, capaian kepada saluran pemasaran dan maklumat pasaran, kesesuaian lokasi. pengurusan sumber manusia dan kemahiran tekmkal. Pengalaman Malaysia dalam~mempromosi penggunaan francais sebagai alat untuk membangunkan keusahawailan dalam mengatasi masalah-masalah ini telah menunjukkan bahawa sistem francais amat berguna, berkesan, malah menjadi "model perniagaan yang berkesan" bagi bakal usahawan (Adnan, 1994: Hoe dan Watts, 1999; Hoe, 2001a; 2001b). Walaupun beberapa kajian menunjukkan sistem francais mampu menggalakkan bumiputera menceburkan diri dalam dunia perniagaan dan keusahawanan, masih terdapat beberapa halangan yang perlu ditangani sebelum matlamat kerajaan dapat direalisasikan sepenuhnya. Antara kekangan yang disenaralkail oleh Hoe (2001b) ialah seperti berlhut:

Kurangnya pendedahan dan k e f a h , , a n terhadap konsep francais

I

Dominasi francais asing yang melibatkan kos yang tinggi

Kurangnjla sistem frandais.~efnpatan

(home-grown franchise

system) Tiada format yang hterima d k p m bagi menentukan nilai bersih sesuatu sistem francais

Taburadtumpuan outlet francais di kawasail bandar Kurang lokasi yang sesuai untuk frdncais bumiputera

(6)

Kurangnya sokongan kewangan daripada bank

!

Kurangnya pakarlteknologi tempatan dalam industri francais

Antara kekangan tersenarai '&. atas, kekurangan sokongan kewangan I

daripada bank dan institusi kewangai lain merupakait. antara perkara yang sering ditimbulkan oleh kedua-dua golongan francaisi sedia ada dan juga

.-'-.

mereka yang bercadang untuk menjadl francaisi. Maklum balas yang diterima daripada mereka yang pernah m e n m t i kursus-kursus peinbangunan francais anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia, dan dlkendalikan ole11 h~stitut Pembangunan Keusahawanan, Universiti Utara Malaysia (Nasruddin, 1999a; 1999b; 200 la; 2001b; 2002a; 2002b; Hoe, 2001a; 2001b; 2001c; 2002) antara lain menyatakan bahawa kekurangan dana persendlrian merupakan halangan utama bagi nlereka untuk menceburkan diri dalarn perniagaan francais. Hal ini menjadl lebih bennasalah dengan ketiadaan bahagian atau jabatan tertentu di bank-bank bagi menguruskan keperluan khusus untuk perniagaan berbentuk francais. Selain itu bank dan pegawai-pegawai n~ereka tidak mendapat. pendedahan kepada sistem francais dan seterusnya tidak dapat memahami francais dan perkhldrnatan kewangan yang diperlukan oleh sektor ini. Sambutan dinpn dan ketidakprihatinan bank terhadap sistenl francais telah menjadi batu penghalang bagi bakal-bakal francaisi untuk memillki perrliagaan sendiri melalui sistem francais. Justeru, usaha kerajaan menjadl sia-sia apabila plhak lain, seperti bank dan institusi kewangan, tidak memainkan peranan mereka bagi melengkapi usaha kerajaan mempromosi dan menggalakkan pertumbuhan dan pengembangan francais di Malaysia.

Selain bakal francaisi, usahawan yang telahpun menjadi francaisi turut bersetuju mengatakan kurangnya kefahaman institusi kewangail terhadap keperluan kewangail sistem francais merupakan perkara yang perlu dtberi perhatian. Penemuan kajian kes dalam tesis kedoktoran yang sedang berjalan (Hoe, 1999), menyatakan penglibatan dan peranan institusi kewangan terhadap sistem francais di Malaysia masih belunl diberi perhatian atau pengiktirafan yang selay aknya. Hasil kajian yang dkumpulkan oleh Hoe menunjukkan wujud sambutan yang berbagai-bagai daripada pihak bank terhadap permohonan pinjaman oleh fiancaisi. Dalam sesetengah keadaan, responden mengadu bahawa sesetengah bank tidak begitu berminat untuk menilai permohonan pinjaman y ang dlkemukakan oleh francaisi. Terdapat francaisi yang mendakwa

bahawa bank tidak mengetahui apa-apa tentang sistem francais. Walaupun terdapat sebilangan bank yang peka terhadap perkembangan semasa perrliagaan

(7)

francais, dan bersedia untuk menimbang dan rnernberikan pinjarnan kepada francaisi, namun bilangannya rnaslh kecil. Dalam keadaan lain pula, terdapat bank yang hanya mernberika~l pinjaman kepada francaisi setelah mereka diperkenal atau disokong oleh usahawan bebas lain b a n g bukan francaisi). Dengan itu; apakah garnbaran yang luta dapat tentang peranan yang dimainkan oleh institusi kecvangan terhadap sistern francais di Malaysia? Adakah bank mash belun mempunyai kesedaran terhadap sumbangan dan peranall sistem francais? Atau, seandainya mereka mengetallui tentang francais, tetapi rnasih enggan mernberi pinjaman kepada kedua-dua francaisor dan francaisi memandangkan francais belurn begitu dikenali dan mash di peringkat awal pertumbuhan? Persoalan-persoalan penting ini perlu diberi perhatian jlka sistenl francais ingin diperkembang dan dimajukan sebagai satu cara nlenjalankan perniagaan di Malaysia.

Berbandng dengan negara-negara barat, bank memalnkan peranan penting dan merupakan sumber pembiayaa~i yang utama bagi kedua-dua francaisor dan francaisi. Malah, memang telah clketahui umum bahawa bank leblh cenderung untuk mengutan~akan perniagaan francais berbanding perniagaan konvensional lain dari segi modal dan kemudahan lcredit lain. Keadaan sedemlkian munglun kerana penyelidikan yang telah dibuat menmjukkan kadar kejayaan penuagaan francais lebih tingg berbandmg perniagaan lain yang diusahakan sendiri. Senlentara bank d negara barat mempunyai bahagian yang khas untuk sektor francais, perkara yang sama tidak berlaku di negara-negara membangun.

PERANAN INSTITUSI KEWANGAN DALAM PEMBANGUNAN FRANCAIS

Francais dkenali sebagai kaedah yang lebih selamat dalam penubuhan sebuah perniagaan baru (Mendelsolu~, 1992). Dengan itu, tidak hairanlah bank menghargai segala kebalkan memberi pinjarnan kepada francaisi. Bank-bank di United Kmgdom, Ireland, Pera~cllis, Sepanyol, Belanda, Australia, Afrlka Selatan dan Kanada telah ierbabit secara serius dalam pehbiayaim francais. Bagaimanapun, di Anerlka Syarlkat, pe&biayaan bank untuk francais belum begitu berkemba~g seperti yang berlaku di negara-negara yang hsebut t a h . Keadaan ini adalah disebabkan undang-ulldang perbankan yang amat ketat. ..

.

Seperti yang dinyatakan, salah satu sebab kenapa bank melibatkan diri &lam bidang francais ialah kerana francais telah diiktirafkan sebagai satu

(8)

kaedah yang lebih selamat untuk menubuhkan sebuah perniagaan baru. Pendapat ini berasaskan konsep pemiagaan yang telah terbukti serta 'konsep payung' di bawah organisasi fiancaisor. keupayaan dan kemampuan perniagaan fiancais untuk menjanakan k e ~ n ~ g a n yang secukupnya bagi membolehkan fiancaisi membayar semula o b l i g a ~ kewangannya dan mengekalkan perniagaannya, lebh diterirna. Faktor lnilah yang membolehkan bank memberi pertimbangan yang lebh wajar S p a d a permohonan pinjaman bagi membiayai sebahagian besat daripada kos p e ~ u l a a n fiancaisi berbandmg dengan keadaan biasa (Mendelsohn, 1992).

Berbanchng dengan kos permulaan untuk perniagaan konvensional, pemberian pinjaman kepada perniagaan francais merupakan suatu bentuk sokongan bank yang lebh selamat. Walaupun kadar sebenar kegagalan antara outlet francais sukar untuk dianggarkan, namun, kadar kegagalan secara keseluruhan kehhatan lebih rendah berbanhng perniagaan kecil (Stem dan Stanworth. 1994). Keadaan ini mungkin dsebabkan oleh pilxik bank yang terlalu menghalusi pemberian pinjaman kepada francais bagi memastikan Lwaliti khidmat sokongan daripada francaisor memandangkan kemampuan fiancaisi untuk memenuhi obligasi kewangannya kepada bank turut bergantung kepada keupayaan francaisor menangani masalah sebelum masalah tersebut menjadi lebh serius.

PENGALAMAN INSTITUSI KEWANGAN DI UNITED KINGDOM DALAM PEMBANGUNAN FRANCAIS

Menurut Stern dan Stanworth (1994), pemailgkin utama kepada prospek francais di Britain ialah pengiktirafan dan sokongan yang diberikan ole11 bank- bank penjelasan. Bagi bank-bank seperti National Westminster Bank dan Bank of Scotland, yang telahpun berada dalam pasaran francais, pendekatan yang chambil ialah melantik seorang pengurus francais yang menjadi pusat penggerak dan membangunkan jabatan francais di bank tersebut. Pengurus yang khusus ini menubuhkan pasukan dan pelaksanaannya membolehkan bank membangunkan hubungail kepakaran berkenaan francais dan hpertanggungjawabkan kepada mereka y ang menganggotai jabatan berkenaan. Dengan modzts operandi ini, terdapat apllkasi m a h terhadap pengetahuan yang hperoleh yang membolehkan penilaian segera ke atas cadangan dan pembentukan sikap yang tekal terhadap setiap sistem fiancais. Manfaat daripada pendekatan ini ialah pendedahan yang chterima oleh pengurus

(9)

tempatan tentang fiancaisi yang bakal menjadi peminjam bukan sahaja tentang francais secara am tetapi juga tentang cadangan yang leblh spesfik yang sedang ditimbang.

Objektif utanla bank-bank British menubuhkan bahagian francais dalam struktur organisasi masing-masing (Mendelsohn, 1992; Stanworth dan Stem, 1994) ialah:

1. Membantu cawangan-cawangan bank berkaitan leblh memahami fiancais secara am dan mendapat pengetahuan khusus berkenaan sebarang peluang francais yang timbul apabila inembincangkan tentang keperluan kewangan sesuatu francais yang berpotensi.

2.

Memberi maklumat kepada pelanggan serta orang awarn, perincian tentang format perniagaail francias dan untuk lneinberi nasihat secara umum kepada bakal francaisor tentang keperluan industri serta inembincangkan cadangan mereka terhadap pembangunan francais. 3. Mencapai penembusan pasaran serta menyelenggarakan satu

pangkalan maklumat melalui hubungan yang te j a h antara golongan yang terbabit dengan perniagaan francais seperti Persatuan Francais British (BFA), peguam, akauntan dan pakar perunding, bagi membantu dalam memperuntukkan pembiayaan kepada francaisi.

4. Membentuk portfolio perniagaan kecil bank berkenaan dengan memberi pinjaman yang Iebih selamat kepada perniagaan kecil yang berdaya maju yang terbentuk melalui rangkaian francais yang ternama.

SENARIO INSTITUSI PERBANKAN DALAM PEMBANGUNAN FRANCAIS DI MALAYSIA

Walaupun bank-bank

d~

United IGngdom, Belanda dan Denmark telah menubuhkan jabatan atau bahagian frhcais yang menyediakan memenuhi keperluan dan perkhldrnatan khusus untuQektor francais, keadaan yang serupa tidak berlaku di Malaysia. Seballknya, sambutan bank terhadap penyaluran dana kepada usdhawan yang berpinat untuk menceburi perniagaan sebagai francaisi ataupun francaisor tidak iiknggalakkan (Utusan Melayu, 1998). Pada tahun 1998, Menteri Pembangunan ~ s a h a w a n ketlka itu membidas bank-bank yang tidak memberikan perhatian. terhadap sektor francais walaupun Kementerian Pembangunan Usaluwan (KPWn) telah mengadakan perbincangall

(10)

dan sesi dialog dengan institusi-institusi kewangan. Daripada maklum balas yang dterima oleh KPUn, tidak banyak bank yang berminat untuk menyedakan bantuan kewailgan kepada usahawan francais. Selain itu, nlaklum balas juga bterinla yang menuniukkan tidak banyak bank memahami sepeiluhnya sektor francais. Satu alasan yang kuat tentang ikeadaan ini ialah kerana industri fiancais

d~

Malaysia masih belum berkembang sepenuhnya. ~usteru, langkah untuk mqndidik institusi kewangan kllasnya, dan orang awam amnya merupakan langkall awal yang perlu diambil. Peranan ini telah diserahkan kepada KPUn dan Persatuan Frailcais Malaysia untuk mendidlk, mempromosi dan menggalakkan pertumbuhan clan perkembangan industri francais.

Walaupun prospek francais adalah cerah kerana Malaysia berpotensi untuli menjadi pusat francais bagi kawasan Asia Tenggara, masih terdapat rintangan apabila merujuk kepada capaian dalam pembiayaan francais (Ganesan, 2001). Iilstitusi kewangan dkatakan telah gaga1 untuk menilai syarikat-syarikat berdasarkan potensi perniagaan. Umurnnya, penolakan permohonan bagi perniagaan yang baru htubuhkan mungkin dapat dfahami. Bagairnanapun, adalah menghairankan apabila penolakan sedemlkian juga dalami oleh outlet-outlet yang telah lama wujud (ibid).

Dalam tahun 1998, hanya sejumlah 19 pinjaman yang dipohon oleh frailcaisi dengan nilai RM4.9 juta telah diluluskan oleh beberapa buah bank tempatan (Utusan Malaysia. 1998). Ini menunjukkan bahawa anlaun dan bilangan pinjaman yang diluluskan oleh bank untuk sektor francais masih terlalu rendah. mlgguhpun potensi sepenuhnya indushi francais belun~ dicapai, namun hasil yang disumbangkan melalui francais berjumlah RM3.2 bilion bagi tahun 1999 daii RM3.5 bilion bagi tahun 2000. Walaupun angka-angka ini serta jumlah bilangan clan amaun pinjaman diluluskan ole11 bank-bank di Malaysia, kelihatan masih banyak ruang untuk penambahbaikan peranan institusi kewangan dalam memberi pinjaman kepada sektor francais. Kerajaan telahpun meramalkan bahawa sistem francais akan menghasilkan pendnpatan antara RM5 bilion hmgga RM8 bilion setahun. Adakah ini akan njenarik perhatian institusi kewangan?

Dana untuk Peniagaan Francais di Malaysia

Dalam usaha nleIllpromosl dan men~ngkatkan pembangvnan francais dl Malaysia, kerajaan telah mewujudkan beberapa kemudahan tertentu khusus

(11)

untuk membantu usahawan yang berminat untuk menceburi dalam perniagaan francais. Antara kemudahan-kemudahan ini ialah seperti berlkut:

i) Skim Pembiayaan Francais (SPF)

Skim ini melibatkan Credit Guarantee Corporation (CGC) dengan bantuan Kenleixterian Pembangunan .Usahawan (KPUn) dan hsalurkan melalui Maybank, Bank Bumiputra Malaysia ~ e r h a d ' dan Bank of Commerce'. SPF yang inerupakan kemudahan pinjaman yang istinlewa kepada usahawan yang terlibat dalam perniagaan francais kerana proses mendapatkm pembiayaan yang mudali dail cepat. Di bawah skim ini, usaluwan boleh memohon pinjaman berpenggal untuk pembelian aset atau memohon overdraf dan pembiayaan perdagangan untuk menlenuhi keperluan modal pusingall.

Mereka yang layak mendapat kemudahan ini terdiri daripada syarlkat tempatan dengan nilai berslh atau dana pemegang saham tidak melebhi RM1.5 juta, serta jumlah kemudahax kredit sedia ada tidak melebihi RM7.5 juta (Malaysian Enterprise, 1998; Miranda and Hoe, 2001). Bergantung pada keperluan perniagaan mereka, usahawan boleh memohon pinjaman sehingga RM7.5 juta. Peminjanx perlu membayar semula dengan kadar faedah tidak melebihi 1.5 peratus dl atas kadar pinjaman asas (BLR). Ini dapat menjimatkan francaisi antara 2 peratus hingga 6 peratus.

ii) Slum Bantuan Pembangunan Francais

Skim ini ~nerupakan insentlf bagi menyokong pembangunan fiancais tempatan serta membiayai pemerolehan francais induk dari luar negara. Sejumlah RM6 juta telalx diperultukkan bagi skin1 ini. Kemudahan ini ialah dalam bentuk geran berdasarkan jadual kelayakan bantuan vang telah dtetapkan, atau 90 peratus daripada junllah kos. yang mana lebih rendah, tidak meleblhi RM100,OOO bagi setiap perniagaan atau produk francais.

'

Bank ~ u m i ~ u t r a " ~ e r h a d

'

Bank of Commerce; Bank Bumipuwa Berhad dan Bank of Commerce telah bergabung dan kini dikenali sebagai Burniputra-Commerce Bank Berhad, dan ini menjadikan penglibatan bank perdagangan dalam skim pembiayaan francas kepada dua buah saha.ja.

(12)

iii) New Principal Guarantee Scheme

Skun ini diperkenalkan untuk membantu industri kecil dan sederhana (IKS) mendapatkan kemudahan kredt dengan kos y ang berpatutan serta dijamin oleh CGC. Had kemudahan di bav(rah skim ini secarajagregat ialah R M j juta bagi sektor yang tidak menjadi keutakaan, dan RM7.5 juta bagi sektor yang diutamakan dan R M N juta bagi sektor pengeluaran manakala periindungan.maksimum melalui jaminan ialah RM 1 juta, RM1.5 juta dan RM2.5 juta masing-masing untuk sektor bukan keutarnaan: sektor keutamaan dan sektor pengeluaran.

iv) Skim Tabung Usahawan Baru

Dana yang dperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 1989 sbertujuan membantu usahawan burniputera yang bercita-cita untuk meneroka perniagaan membekalkan komponen dan bahan mentah kepada syarikat besar, serta syarikat yang berada di bawah skim "payung" syarikat-syarlkat besar dan ternama, dengan kemudahan kredit pada kadar yang berpatutan.

Jurnlah keseluruhan yang dperuntukkan oleh kerajaan untuk skim ini adalah RM250 juta. Di bawah skim ini, saiz maksimum pinjaman bagi setiap peminjam adalah RM2 juta atau 80 peratus daripada kos projek dengan kadar faedah 5 peratus setahun. Kemudahan ini tersedia untuk IKS Bumiputera yang membabitkan diri dengan francais, pengilangan, pembuatan, industri berorientasikan eksport, pelancongan, dan pertanian.

v) Dana Pembiayaan Usahawan Kecil

Kemudahan pembiayaan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan telah melibatkan h i dalam perniagaan tidak kurang daripada tiga bulan. Kemudahan yang hsediakan ialah antara RM10,OOO dan RM50,OOO. Bagaimanapun, pemohon diperlukan mengihti program latlhan selarna luna hari yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan.

KPUn merancang untuk membelaniakan RM70 juta daripada dana yang berjumlah RM240 juta bagi membantu usahawan burniputera sehingga

(13)

tahutl 2000. Sehingga tahun 1997, sebanyak RM16 juta telah diaghkan kepada 400 orang peminjam.

vi) Dana Brancais

Kerajaan telah rneluluskan RMlOO juta dl bawah Dana Francais yang diletakkan di bawah pengurusan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). Pcnubuhan dana ini ialah untuk membangunkan perniagaan francais

d~

kalangan usahawan bumiputera. Dana ini ditawarkan melalui dua pakej pembiayaan, iaitu satu untuk francaisi dan satu lagi untuk francaisor dan francaisor induk. Kemudahall ini ditawarkan melalui kaedah teroka modal (dengan PTJNB memegang 30 peratus daripada ekuiti syarlkar peminjam) ataupun menggunakan stok pinjaman (dengan kadar faedah yang konlpetibf ditawarkan). PUNB juga menyedakan bantuan dalarn bentuk lathan dan kaunseling perniagaan.

vii) Skim Usahawarl Sisw azah

Skim ini diwujudkan khusus untuk menyediakan peluang kepada siswazah untuk meneroka bidang perniagaan termasuk sektor fi-ancais. Dengan peruntukan sebanyak RMlO juta di bawah skun ini. Kementcrian Penlbangunan Usahawan, melalui Bank Penlbangunan Malaysia, meaawarkan peinbiayaan antara RM20,000 dan RM100,OOO dengan kadar faedah tahunan sebanyak 8 peratus.

viii) Pembiayaan Islam

Pembiayaan secara Islam ini disedakail untuk usahawail tempatan dan dkeluarkail oleh Skim Pengeluaran dan Francais Khas KPUn nlelalui Majlis Ananah Rakyat (MARA). Bantuan kewangan sehingga RM1 juta hsediakan dengan kadar keuntungtin antara 7 pgatus hngga 9 peratus. Faedah kewangau yang digunakaii berasaskail prinsip Syariah seperti

d

berlkut:

Al-Bni Bithaman Ajil u n t ~ k p ~ m b e l i a n aset kekal, modal kerja, belanja mengurus dan jaminan bank;

Al-Murabahah untuk bahan mentah, produk separuh siap, dan pembelian bahan gantian;

(14)

A/-ljarah untuk pajckan peralatan seperti mesin, aset-aset pengangkutan dan mudah allhi dan

Bai AI-Inah untuk menguruskan perbelanjaan, modal kerja dan jaminan bank bagi emas/perak, konwak, stesen minyak, perniagaan kecil dan

pelancongan. , .

i x ) DanaUsahawan Wanit&

Satu dana khas sebanyak RMS juta telah diperuntukkan bagi membantu wanita yang berpotensi untuk menjadi usahawan. Amaun ini diwujudkan dengan tujuan untuk menggalak, m e n h h k dan mendedahkan wanita kepada cabaran dunia perniagaan dan keusahawanan melalui pelbagai aktiviti l a ~ a n . Sehingga bulan Jun 2002, sebanyak RM84.9 juta telah dipinjamkan kepada 22,85 1 usahawan wanita. Bilangan usahawan wanita yang menjalan perniagaan mereka setakat bulan Mei 2002 ialah seramai 4,892 orang.

Senarai kemudalm dan pembiayaan dl atas disediakan untuk perniagaan francais. Terdapat sebahagian yang dlkhususkan bagi perniagaan francais manakala sebalmgian lagi untuk perniagaan umum, termasuk francais. Jlka hperhatikan senarai tersebut, kita mendapati penglibatan institusi kewangan, khususnya institusi perbankan, adalah amat mininlum. Selain kemudahan kredit biasa yang ditawarkan kepada pelanggan, institusi perbankan tidak menyedlakan kemudahan untuk francais secara langsung dan secara bersendirian. Selain dana yang diperuntukkan oleh Bank Negara Malaysia atau Kenlenterian Pembangunan Keusahawanan, bank tidak menggunakan dana mereka sendiri untuk dilaburkan ke atas perniagaan francais. Mereka sekadar bertindak sebagai pengagih dana yang disediakan oleh p h a k kerajaan dan agensi-agensinya, itupun dengan peilglibatan bersama Credit Guarantee Corporation (CGC). Sebagai pengantara utama dalam sistem kewangan di Malaysia, institusi kewangan seharusnya memalnkan peranan yang lebih besax dalam membangunkan francais, seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.

KESIMPULAN

Dari perbincangan

d

atas, dapat diperhatikan bahawa m a s h terdapat pelbagai masalah dalam sektor francais di Malaysia. Salah satu daripada isu yang perlu ditangani sebelum sisten~ francais dapat hmajukan seperti yang h a n c a n g oleh kerajaan, ialah peranan yang dlmamkan oleh institusi kewangan.

(15)

Whittemore et al. (1993) menyatakan bahawa seseorang itu perlu pergi dari bank ke bank untuk mendapatkan dana bagi membiayai sesuatu projek francais. Keadaan ini berlaku kerana tidak semua bank memahami sistem francais, malah ada yang tidak men~punyai kakitangan khusus bagi mengendahkan pinjaman untuk francais. Bank-bank British dan Kanada berada lebih ke hadapan berbanding bank-bank di Amerika Syarrkat. Bank-bank di kedua-dua negara ini mempunyai jabatan atau bahagian yang khusus untuk memberi khidmat yang diperlukan oleh sektor francais. Justeru, b a g meningkatkan pertumbuhan dan kemajuan francais ke tahap yang setara dengan United IGngdom. Kanada dail Belanda; Kerajaan Malaysia perlu mendapatkan sokongan lllstitusi kewangail untuk leblh terlibat dan peka dalam menyediakan kemudahan kewangan dan bantuan kepakaran dalam pelbagai aspek pengurusan perniagaan francais. Bank-bank di Malaysia seharusilya mencontohi rakan-rakan British mereka sekiranya berhasrat untuk menyumbang secara positif kepada sektor francais. Bank dan institusi kewangan mungkin boleh menilai kembali peranan mereka dengan meneliti persoalan-persoalan berlkut:

1. Adakah bank menyedari tentang francais? Jika bank mengetahui tentang francais, adakah bahagian tertentu dalain bank yang dikhususkan untuk menyediakan keperluan sistem francais?

2 . Adakah terdapat kakitangan bank yang terlatlh untuk memenuhi

keperluan sistem francais?

3. Adakah bank menggalakkan francais?

4. Adakah bank memberlkan layanan istimewa kepada perniagaan francais berbanding perniagaan dalam bentuk lain seperti perniagaan kecil lain?

5 . Apakah peratusan pinjaman, kemudahan dan p e r h d m a t a n kewangan lain yang hkeluarkan kepada pemiagaan francais berbanding pemiagaan bukan francais?

Walaupun bank dan institusi kewangan masih enggan mengkaji semula peranan rnereka dalam . sektor francais di Malaysia, persoalan di atas boleh dijadikan titlk permulaan bagi plhak b e r e s a yang berkaitan untuk diberi perhatian. Kementerian Pembangunan Usahawan perlu bekerjasama dengan kementerian dan aiensi kerajaan' lain seperti Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia, Syarlkat Jaminan.. Kredit, MARA dan perbadanan- perbadanan kemajuan negeri. Agensi-agensi lain bersama-sama francaisor dan francaisi bole11 membentuk satu platform untuk menyampailan pandangan mereka kepada institusi-institusi kewangan yang berkenaan. Satu saluran yang

(16)

baik untuk menyuarakan mereka ialah melalui Persatuan Francais Malaysia. Sebagai salah satu asas kepada sistem fiancais untuk me~vujudkan situasi win- win kepada semua plhak yang terlibat, lnaka penting bagi mereka yang berkenaan untuk mengambil perhatiin terhadap dapatan di atas.

, .

6

Auz, A. L., Khan, M. J & Asri, 'M. A. (2000). Support system for small and medium entrepreneurs in Malaysia. Asian Small Business Review, 3(1),167-180.

Adnail, I. (1994). Developing local franchse: Strategic perspective and model. Journal ofEnterprising Culture, 1(1), January, 237-244.

Dandridge, T. C. & Falbe, C. M. (1994). The influence of franchsees beyond their local domains, International Small Business. 2(2),39-49.

Ganesan, V. (2001). Malaysia has potential to be franchise hub in next 10 years, Buslness Times, June 8", Kuala Lumpur.

Hoe, C. H. (1999). Franchising and entrepreneurial development: An exploralion of franchisee learning, Ongoing Doctoral Thesis, The Management School. Lancaster Uiliversity.

Hoe, C. H. (2001a). What makes franchising a powerful business model.? Paper presented at the National Franchise Exposition and Conference, Mirror Your Business Success: A Blueprint, 23rd August 2001. Kuala Lumpur.

Hoe, C. H. (2001b). Franch~slng as a vehlcle for entrepreneurlal developmeni

m

Malgys~a, Paper presented at the Persidangan Kebangsaan Pertama Keusahawan dan Per~uagaan Kecil, 8-9 September, Langkawl.

Hoe,

C. H. (2001~). Evaluation the franchise opportunities. Kursus

i

Pengurusan Francais Conducted in collaboration wid1 the Kementerian Pembangunan Usahawan and, the lnstitut Pembailgunan Keusahawanan,

1

Universiti Utara Malaysia, 28-3 1 December, Gentiilg Highlands.

I

(17)

Hoe, C. H. (2002). Evaluation the franchise opportunities. Kursus Pengurusan Francais Conducted in collabora~on with the Kementerian Pembangunan Usal~awan and, the Institut Pembangunan Keusahawanan, Universiti Utara Malaysia, 8- 10 February, Kuching.

Hoe, C . H. & Watts, G. (1999). Learning $ - o m franchising: The personal

development of' rnalqsian franchisees, Paper presented at the 3'" Enterprise and Learning Conference. 11-12 November, Paisely, Scotland. Hoffman. R.C. & Preble. J.F. (1991). Franchising: selecting a strategy for rapid

growth, Long Range Plmning, 24(4),74-85.

Malaysian Enterprise (1998). Fund7 for Franchising. 45-46.

Mendelsolm, M. (1992). The guide to franchising (5th Ed.). London: Cassell. Mirinda, G. (2002). Franchising: A guide to a successfi~l franchise business.

Kuala Lumpur: Leeds Publications.

Miranda, G. & Hoe, C. S. (2001). Anticipating pitfalls and developrng

solutions. Paper presented at the National Franchise Exposition and Conference. Mirror Your Business Success: A Blueprint, 23'd August 2001 : Kuala Lunlpur.

Nasruddm Zau~udin (1999a). Kursus Pengurusan Francals anjwan bersama Kementerian Pembangunan Usahawan. Instihlt Pembangunan Keusahawanan UUM dan Persatuan Francais Malaysia, 9-11 April, Genting Highlands.

Nasruddm Zainudin (1999b). Kursus Asas Pengurusan Francais anjuran bersama Institut Pembangunan Keusahawanan, Univers~ti Utara Malaysia dan Persatuan Francais Malaysia, 24-26 Jun, Sungai Petani.

4-

Nasruddm Zamudn (2001a). Kursus Asas Pernlagaan Francais anjuran bersama 'kementerian Pemb<angunan Usahawan, Persatuan Francals Malaysla dan Perbadanan Nas~onal Berhad. 2-4 Februari. Port D~ckson. Nasruddm Zainudin (2001b). Kursus Pengurusan Francais aniuran bersama Kementeriall Pembangunan USahawan, Institut Pembangunan

(18)

Keusahawanan UUM dan, Persatuan Francais Malaysia, 23-25 Mac, Kuantan.

Nasruddm Zainudin (2002). ~ u r s u s " ' ~ s a s Perniagaan Francais bagi Bakal Francaisi, anjuran bersama ~emeAterian Pe~nbanguflan Usahawan dan Persatuan Fr ancais Malaysia dengan kerjasama Perbadanan

4-

Pembangunan Ekonomi Sarawak, 15-1 7 April, Miri.

Persatuan Francais Malaysia (1998) Direktori Francais Malaysia, Kuala Lumpur: Persatuau Francais Malaysia.

Price, S. (1997). The Franchise Paradox. London: Cassell.

Rensi, E. (1995). Viewpoint - franchsing: American business in high gear. Franchising World, Jan./Feb,7-8, 10.

Stern, P. & Stanworth, J. (1994). Inlproving small business rates via franchising - The role of banks in Europe. international Small Business Journal, 12(2), 15-25.

Utusan Malaysia. (1998). Franchise: Banks's cold reception (Francais: Bank sambut dingin). June 7 .

Walker, B. J. & Etzel, M. J. (1973). The internationalisation of US franchise system: Progress and procedures. Journal ofMarkctlng. 37, 38-46. Whittemore, M., Sherman, A. & Hotch, R. (1993). Financing your franchise.

McGraw-Hill. Inc.

Swartz, L. N. (1995). Worldwide ,franchising:statistics: 2 stuh, ofw~orldwide

franchise associations. Document updated on 30' June 1996 by the Ir~terilational Franchise Research Centre, University of Westminster, London.

Referensi

Dokumen terkait

Bab I pasal 9 ayat 3 kerangka dasar dan struktur kurikulum dikemangkan oleh PT yang bersangkutan untuksetiap program studi; bab I pasal 15 ayat 1 beban SKS minimal dan

Dalam bab ini diuraikan secara jelas kajian pustaka yang melandasi timbulnya gagasan dan permasalahan yang akan diteliti dengan menguraikan teori, temuan, dan

Peraturan Pemerintah Nomor 19 Tahun 2005 tentang Standar Nasional Pendidikan sebagaimana telah diubah dengan Peraturan Pemerintah Nomor 32 Tahun 2013 tentang Perubahan

Work permit/tax

Paket pengadaan ini terbuka untuk penyedia yang teregistrasi pada Layanan Pengadaan Secara Elektronik (LPSE) dan memenuhi persyaratan sebagai berikut :5. Bentuk :

Maka dengan ini kami mengundang Bapak/Ibu sebagai pemenang lelang kegiatan pekerjaan tersebut diatas untuk mengikuti Klarifikasi dan Negosiasi Teknis dan Biaya pada :. 19 Agustus

penerimaan pendapat an asli daerah, serta sesuai dengan ketentuan Undang-Undang Nomor 34 Tahun 2000 tentang Perubahan atas Undang-Undang Nomor 18 Tahun 1997

(2) Jumlah kekurangan pajak yang terutang dalam SKPDKB sebagaimana dimaksud pada ayat (1) huruf a angka 1 dan angka 2 dikenakan sanksi administratif berupa