• Tidak ada hasil yang ditemukan

SYARAT PENYERTAAN SAYEMBARA RESENSI NOVEL ISLAMI PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "SYARAT PENYERTAAN SAYEMBARA RESENSI NOVEL ISLAMI PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

1 SYARAT PENYERTAAN

SAYEMBARA RESENSI NOVEL ISLAMI

PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018

A. PENDAHULUAN

Syarat pertandingan ini digubal bagi memberikan panduan kepada para peserta Sayembara Resensi Novel Islami Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2018. Ia dianjurkan oleh Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah Malaysia (PEKDIS) Tema sayembara pada kali ini adalah Resensi Novel Islami. Tema sayembara akan berubah setiap tahun. Sila baca syarat pertandingan dengan teliti.

A. DEFINISI RESENSI DAKWAH

1.1 ‘Resensi’ membawa maksud ‘pertimbangan atau pembicaraan mengenai buku atau bahasa yang lebih mudah ialah ulasan buku. Manakala ‘Novel Islami’ secara umumnya membawa maksud novel \ buku yang membawa mesej – mesej dan nilai Islam sama ada secara langsung mahupun tidak langsung kepada khalayak pembaca. Tuntasnya, ia ke arah menyeru, mengajak, memanggil umat manusia untuk beriman dan taat kepada Allah SWT yang Esa, serta kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

1.2 Maka, ‘Resensi Novel Islami’ yang dimaksudkan di sini boleh didefinasikan sebagai penulisan berbentuk ulasan / penilaian / pembicaraan mengenai buku yang bermatlamat menyeru dan mengajak pembaca untuk mengaplikasikan ketaatan kepada Allah serta memberi gambaran bahawa Islam itu indah dan syumul dalam aspek kehidupan seperti pembangunan sosial, pendidikan, ekonomi, sains dan teknologi.

1.3 Resensi Novel Islami ini menggunakan novel kanak – kanak dan remaja yang mempunyai nilai estetika tinggi terhadap aspek akhlak, adab, tauhid, muamalat, ibadah dan syariat serta boleh menjadi panduan ke arah tarbiyah ruhiyah yang fundamental untuk generasi awal kanak – kanak sehingga remaja.

(2)

2 B. SYARAT PERTANDINGAN

1.0 Syarat Am Pertandingan

1.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid yang berstatus warganegara Malaysia di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.2 Penyertaan terbahagi kepada dua (2) kategori:

1.2.1 Kategori A: Murid sekolah berumur 11 – 14 tahun (Novel kanak – kanak)

1.2.2 Kategori B: Murid sekolah berumur 15 – 17 tahun (Novel remaja)

1.3 Anak – anak pegawai dan kakitangan Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia, penerbit Ana Muslim dan Penulis Novel yang dipertandingkan, tidak dibenarkan menyertai sayembara ini.

1.4 Ulasan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu dan sesuai untuk bacaan umum.

1.5 Ulasan yang dihasilkan mestilah karya ASLI penulis. Sebarang ulasan plagiat, terjemahan, atau ulasan yang pernah disiarkan di mana-mana penerbitan cetak atau digital terbatal secara AUTOMATIK.

1.6 Ulasan tidak boleh menyentuh sensitiviti, subversif dan negatif mana- mana pihak.

1.7 Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu ulasan, tetapi hanya satu ulasan sahaja yang dipilih sebagai pemenang.

1.8 Sekiranya selepas keputusan diumumkan, urus setia mendapati peserta melanggar syarat pada 1.5, urus setia berhak menarik kembali hadiah pertandingan.

1.9 Ulasan yang dihantar hendaklah mendapat pengesahan daripada Pengetua/Guru Besar sekolah masing – masing.

1.10 Para peserta perlu mengisi borang penyertaan dan pengakuan keaslian karya yang dilampirkan. Ia perlu dihantar bersama dengan karya.

1.11 Ulasan yang dihantar menjadi hak milik penganjur. Pihak penganjur berhak menyunting, mencetak dan menerbitkan karya tersebut. Peserta, Penerbit dan Penulis Novel yang dipertandingkan tidak berhak untuk mengambil semula karya yang dihasilkan peserta dan tidak berhak

(3)

3 menerima sebarang royalti / honorarium daripada pihak Bahagian Pendidikan Islam, KPM.

1.12 Keputusan panel juri adalah muktamad.

2.0 Senarai Buku.

2.1 Buku yang diulas hendaklah mengikut kategori umur masing – masing sebgaimana yang telah ditetapkan oleh pihak urus setia.

2.2 Ulasan yang dihasilkan menggunakan konsep ‘1 buku 1 ulasan’ iaitu berdasarkan salah satu buku yang telah disenaraikan. Sekiranya peserta mengulas buku selain daripada buku yang disenaraikan maka penyertaannya akan ditolak

2.3 Peserta boleh menghantar lebih dari satu (1) karya atau ulasan, namun pemenang akan dinilai mana – mana ulasan atau karya yang terbaik sahaja.

KATEGORI TAJUK BUKU PENERBIT

A: 11 – 14 Tahun

Maaf, Aku Sudah Bertudung (Abdul Ghani Che Hasan)

Ana Muslim Manisnya Senyumanmu (Nur Shamsiah On)

Mama, Maafkan Ameera (Nhia Dheera) Sesuci Hati Humaira (Amir Hamzah) Dia, Mama Tiriku (Nur Shamsiah On) Arigato Bumi Sakura (Fatimah Bunyamin)

B: 15 – 17 Tahun

Aku Maafkan Kamu (Jun Aina) Andai Ku Tahu (Jun Aina) Kasih Terakhir (Iman Aira)

Teman Selamanya (Junainah Jumaat) Saranghae Ana (Nur Shamsiah On) Tiada Duka yang Abadi (Natrah Shafiei)

(4)

4 3.0 Format Penulisan

Format penulisan resensi adalah seperti berikut:

Kertas : A4.

Lay out : Potrait (halaman menegak).

Font : Arial (saiz 12).

Langkau : 2.0 (dua baris).

Patah Perkataan : Kategori A (100 – 200 patah perkataan) Kategori B (200 – 300 patah perkataan)

Nota penting : Sila catatkan bilangan patah perkataan pada halaman akhir karya / ulasan

4.0 Syarat Khas Pertandingan

4.1 Ulasan mesti menggunakan buku – buku yang telah disenaraikan oleh pihak urus setia.

4.2 Karya yang dihasilkan mesti mengandungi mesej dakwah dan nilai - nilai murni Islam. Sebaiknya ia disokong oleh dalil – dalil daripada al-Quran atau al-Sunnah secara terjemahan.

4.3 Sila nyatakan sumber rujukan pada halaman akhir karya (jika ada).

4.4 Nama pengarang dan judul buku yang diulas perlu dinyatakan dengan jelas dalam borang penyertaan.

C. INSENTIF

1.1 Kategori hadiah kepada pemenang:

1.1.1 Hadiah utama:

Tempat pertama: Wang tunai / produk Tempat kedua: Wang tunai / produk Tempat ketiga: Wang tunai / produk

Hadiah iringan: Piala, Sijil Penyertaan dan Koleksi Buku.

1.1.2 Penghargaan : 7 tempat bagi setiap kategori (wang tunai / produk) Hadiah iringan: Piala, Sijil Penyertaan dan Buku.

1.2 Setiap penyertaan yang menepati syarat akan menerima sijil penyertaan.

(5)

5 1.3 Pemenang akan dimaklumkan melalui telefon. Hadiah akan disampaikan dalam

satu majlis rasmi yang akan ditentukan kemudian.

D. PENGHANTARAN KARYA

1.0 Karya perlu dihantar dalam dua bentuk:

1.1 .1 Salinan keras (hard copy) diposkan kepada : Urus setia Sayembara Resensi Novel Islami,

Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Islam,

Kementerian Pendidikan Malaysia,

No. 2251, Aras 2, Bangunan Mustafa Kamal, Jalan Usahawan 1,

63000, Cyberjaya Selangor Darul Ehsan.

(U.P. Encik Mohammad Shariffuddin b. Jahuri, Penolong Pengarah Unit Kepimpinan)

*Urus setia tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan atau kerosakan karya yang dikirim melalui pos.

1.1.2 Salinan digital (Soft copy), juga mestilah di E-Mel ke :

resensi2018@gmail.com

1.2 Nama dan alamat penulis tidak dibenarkan tertera dalam karya yang dihantar. Ia hanya perlu ditulis di Borang Penyertaan Dan Pengakuan Keaslian Karya sahaja.

1.3 Karya yang dihantar menjadi hak milik penganjur. Pihak penganjur berhak menyunting, mencetak dan menerbitkan bahan tersebut. Hak cipta karya yang dihantar menjadi milik penganjur.

1.4 Tarikh tutup sayembara ini adalah pada :

29 Jun 2018 (Jumaat).

1.5 Urus setia pertandingan tidak dibenarkan menyertai sayembara.

1.6 Sebarang pertanyaan mengenai sayembara, sila berhubung dengan En.

Mohammad Shariffuddin b. Jahuri, di talian 03-83217284 atau 019-2335007 atau e- mel ke : areef.ariatie@gmail.com

1.7 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

(6)

6 BORANG PENYERTAAN DAN PENGAKUAN KEASLIAN KARYA

SAYEMBARA RESENSI NOVEL ISLAMI

PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018

BORANG PENYERTAAN

NO PERKARA

1. Nama

2. Nombor Kad Pengenalan 3. Tajuk Buku

4. Penulis Buku

5. Nama dan Alamat Sekolah

6. No Telefon Sekolah 7. No Faksimile Jabatan 8. No Telefon Bimbit 9. E-mel

PERAKUAN PENULISAN

Saya (...) bernombor kad pengenalan (...) dengan ini mengakui bahawa:

1. Semua butiran diri yang diberikan adalah benar.

2. Karya yang dihantar adalah hasil tulisan saya sendiri sepenuhnya.

3. Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap karya yang dihantar dari segi kesahihan fakta dan bebas daripada unsur plagiat, terjemahan, atau karya yang pernah disiarkan di mana-mana penerbitan 4. Bersetuju bahawa hasil karya ini akan menjadi milik penganjur untuk disunting dicetak dan diterbitkan.

Pengesahan Pengetua / Guru Besar Tandatangan : ... Tandatangan : ...

Nama : ... Cop jawatan : No. Kad

Pengenalan : ... Untuk rekod Urus setia

Tarikh Terima :...

Nama penerima :...

Nombor Siri

(Untuk kegunaan urus setia):

NOTA KEPADA URUS SETIA:

1. SILA CATATKAN NOMBOR SIRI PADA BORANG PENYERTAAN DAN SKRIP KARYA 2. SILA ASINGKAN BORANG PENYERTAAN DARIPADA LEMBARAN SKRIP KARYA.

Referensi

Dokumen terkait

Rancangan penelitian menggunakan rancang acak lengkap (RAL) dengan perlakuan untuk mendapatkan ekstrak sawo mentah pada pelarut yang berbeda kepolarannya, yaitu

Namun setelah dilakukan massage effluerage pada bagian perut ibu didapatkan hasil bahwa sebgian besar pasien mengalami penurunan kecemasan saat persalinan kala 1

Dari berbagai proyek-proyek pembangunan prasarana dan sarana AMPL (Air Minum dan Penyehatan Lingkungan Berbasis Lembaga) yang selama ini dilakukan oleh Pemerintah, baik

Hasil uji Duncan untuk perlakuan coating diperoleh perlakuan E0 (tanpa coating), E1 (1 kali coating) dan E2 (2 kali coating) berbeda nyata terhadap satu dengan

Independent learning Adult learning Self-directed learning Autonomous learning Discovery learning Think-pair share Experiential learning Performance-based learning Task-based

Berdasarkan hasil penelitian dan analisis data dengan menggunakan rumus Wilcoxon menunjukkan bahwa nilai Zh = 2,20 lebih besar dari pada nilai kritis 5% Ztabel

Fungsi Acara Berita Islami Masa Kini Penggunaan media dakwah seperti tayangan berita islami masa kini dalam program Trans TV bertujuan untuk mempermudah

Salah satu masalah yang dapat terjadi pada terapi gen menggunakan retrovirus adalah ensim integrase dapat menginsersikan materi genetik virus pada tempat yang kurang sesuai