• Tidak ada hasil yang ditemukan

MODUL KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA MELAYU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2019

Membagikan "MODUL KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA MELAYU"

Copied!
63
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

i

MODUL

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME

GURU BAHASA MELAYU

PEDAGOGI BAHASA MALAYSIA abad 21

(3)

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

2015

Bahagian Pendidikan Guru

Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 2 – 6, Blok 13

Kompleks Kerajaan Parcel E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA

(4)

iii PENASIHAT

Rosnarizah binti Abdul Halim

Dr. Shariffah Sebran Jamila binti Syed Imam

Bahagian Pendidikan Guru, KPM

Bahagian Pendidikan Guru, KPM

PENYELARAS

Razlee bin Mohamad Bahagian Pendidikan Guru, KPM

PANEL MODUL

Dr. Maridah binti Alias IPG Kampus Raja Melewar

Zaleha binti Fadzil IPG Kampus Pendidikan Teknik

Mohd Asri bin Abdul Razak IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

Bakhtiar bin Omar IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

PANEL PEMURNI MODUL 2015

Ab. Rahim bin Md. Yasin IPG Kampus Pendidikan Teknik

Dr. Abd Khahar bin Saprani IPG Kampus Bahasa Melayu

Zawahir bin Ismail IPG Kampus Bahasa Melayu

Dr. Maridah binti Alias IPG Kampus Raja Melewar

Jalalludin bin Ibrahim IPG Kampus Raja Melewar

Datin Mastura binti Berawi IPG Kampus Raja Melewar

Nor Alizah binti Alias IPG Kampus Ilmu Khas

Hamidah binti Abd Hamid IPG Kampus Bahasa Melayu

Sarimah binti Ahamd IPG Kampus Perempuan Melayu

Dr. Habibah binti Mohd Samin IPG Kampus Ipoh

Noorliza binti Abdullah IPG Kampus Ipoh

Sharifah Noora binti Syed Tahir SMK Bukit Rahman Putra

Jasmi bin Bachik SMK Dang Anum

Dr. Noor Hayati binti Che’ Mat SK Sungai Kantan

Dr. Nazirah binti Mohd Nordin SK Sungai Serai

(5)

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

2015

PANEL PENILAI MODUL 2015

Nasri bin Ramli JPN Negeri Sembilan Mat Hassan bin Abdullah JPN Melaka

Mohd Hassany bin Hashim Zulkafly bin Othman

JPN Kelantan JPN Pulau Pinang Junaidah binti Kamarudin JPN Selangor

Mohd Rosle bin Said PPD Sabak Bernam, Selangor Nor Hayati binti Mohd Shaharim PPD Petaling Perdana

Noorazam binti Ahmad Nadzir PPD Port Dickson, Negeri Sembilan Dr. Hj. Raja Othman bin Raja Ismail PPD Petaling Perdana, Selangor DE Ibrahim bin Yunus PPD Jempol, Negeri Sembilan Jiani binti Jaman PPD Petaling Perdana, Selangor DE Mohd Zaki bin Abd Rahman PPD Hulu Langat, Selangor DE

Zaleha binti Md Jadi SMK Bandar Baru Sungai Long, Cheras Nor Azalina binti Mohamed Adam SMK Puteri, Seremban

(6)

v

KANDUNGAN

1.

Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

1

2.

Teknik dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

32

3.

K

emahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

49

4.

Didik Hibur

85

5.

Tatabahasa

117

(7)

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA MALAYSIA DI BAWAH DASAR

MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KERANGKA KURSUS

Tajuk Strategi Pengajaran Bahasa Malaysia Berkesan

Topik Pengenalan : Pembelajaran Abad 21 dalam Mata Pelajaran

Bahasa Malaysia

Personel Penceramah

A. Objektif

Pada akhir kursus ini, peserta dapat:

1. menjelaskan konsep pengajaran dan pembelajaran abad 21.

2. mengenal pasti, membina, mengurus sesuatu pengajaran dan pembelajaran dengan aplikasi pedagogi pembelajaran abad 21.

B. Kandungan Kursus

1. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam PdP Bahasa Malaysia

2. Pembelajaran Secara Kontekstual

3. Merentas Kurikulum

4. Kolaboratif

5. Teknologi Maklumat dan Media

6. Pembelajaran Berasaskan Projek/Modul

7. Penyelesaian Masalah

8. Pentaksiran secara Telus

C. Kaedah 1. Syarahan

2. Perbincangan

3. Aktiviti latih amal (hands-on)

(8)

2 D. Bahan Pengajaran

1. Modul

2. Nota

3. Slaid Perisian Persembahan

4. LCD

5. Komputer

6. Papan putih

7. Pen Papan Putih

8. Kertas sebak

E. Rumusan / Refleksi

(9)

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

1.0 Latar Belakang

‘Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persekitaran persaingan global yang semakin sengit, kita tidak boleh lalai. Oleh itu, Malaysia perlu melaksanakan perubahan besar terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa untuk melonjakkan pencapaian semua murid. Tidak dinafikan bahawa proses pelaksanaan transformasi pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad 21. Oleh yang demikian, transformasi pendidikan bukan sekadar menambah bilangan kakitangan dan kemudahan, malah perlu menjurus kepada usaha untuk memahami dan menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran. – (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013)

Sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, pembelajaran abad 21 merupakan suatu bentuk transformasi dalam sistem pendidikan negara yang menuntut perubahan, terutamanya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran abad 21 ini bermatlamat untuk menganjak paradigma kehidupan masyarakat dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau Asia dan juga di peringkat antarabangsa (Tan Sri Datuk Dr. Madinah Mohamad, 2014).

“Kerajaan komited melaksanakan transformasi sistem pendidikan negara untuk tempoh 15 tahun akan datang. Tranformasi pendidikan ini bermatlamat melengkapkan setiap murid di negara kita dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan oleh mereka untuk merebut peluang dan menangani cabaran abad 21. Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara termaju didunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi dengan berkesan diperingkat global.”

- YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin

1.1 Definisi Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) abad 21 merujuk kepada beberapa kompetensi teras, iaitu kolaboratif, celik digital, kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah. Bernet Berry (2011) menjelaskan pembelajaran abad 21 sebagai suatu bentuk pembelajaran yang memerlukan pelajar menguasai isi kandungan dan menghasilkan, mensintesis (penyatuan/penggabungan) dan menilai maklumat daripada pelbagai mata pelajaran dan sumber yang luas dengan memahami dan menghormati budaya yang berbeza. Mereka (murid) diharap dapat mencipta, berkomunikasi, bekerjasama serta celik digital selain mempunyai tanggungjawab sivik.

(10)

4

Hasil pendidikan abad 21 adalah seperti yang berikut.

1.2 Perbandingan Ciri Pengajaran dan Pembelajaran Abad 20 dan Abad 21

1.2.1 Banding Beza Ciri-Ciri Kelas a) Kelas Tradisional

a. Susunan kerusi meja adalah rigid dan mengikut baris demi baris Interaksi guru-murid hanya boleh dilakukan sehala

b. Menggunakan kaedah syarahan dan kaedah secara kelas c. Penglibatan murid dalam aktiviti PdP amat kurang

d. Potensi JERI+S sukar untuk dikembangkan

b) Kelas Futuristik

i. Mempunyai ruang pembelajaran termasuk ruang persendirian untuk murid-murid, ruang untuk aktiviti dan ruang untuk bahan-bahan pembelajaran

ii. Persekitaran bilik darjah yang positif supaya murid dapat melalui proses pembelajaran dengan baik.

(11)

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

1.2.2 Contoh Bilik Darjah Pendidikan Abad 21

Konsep bilik darjah abad 21 yang akan dibangunkan adalah dengan:-

 Mentransformasikan bilik darjah dengan ruang pembelajaran kreatif hasil usaha murid supaya menarik dan bermakna

 Suasana atau iklim bilik darjah dapat merangsang murid untuk bersaing, belajar secara koperatif dan memperoleh kemahiran kolaboratif.

(12)
(13)
(14)

8

 Fizikal bilik darjah abad 21 yang dicadangkan ialah

i. Murid duduk dalam kumpulan (empat hingga enam orang). ii. Sudut OPEM dan Kriteria Kejayaan di papan tulis.

(15)
(16)

10

1.3 Peranan Guru dalam Pembelajaran Abad 21

i. Bina persekitaran pembelajaran kondusif yang konstruktif.

ii. Merangsang pemikiran kritis secara latih amal (hands-on) & latih minda (minds-on).

iii. Menggalak pembelajaran aktif pelajar secara koperatif dan kolaboratif.

iv. Menggalak kreativiti & inovasi pelajar berbantukan TMK. v. Menyerap inovasi dalam PdP berbantukan TMK.

vi. Memberi maklum balas dan penilaian secara berkesan dan berterusan.

(17)
(18)
(19)
(20)

27

1.5 Elemen Pendidikan Abad 21

Terdapat beberapa elemen dalam kemahiran abad 21 seperti yang berikut.

 Kreatif dan inovatif

 Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah  Komunikasi dan kolaborasi

 Literasi maklumat

 Literasi teknologi maklumat dan komunikasi  Fleksibiliti dan keupayaan menyesuaikan diri  Berinisiatif dan mempunyai haluan diri  Kemahiran sosial dan antara budaya  Produktiviti dan akauntabiliti

 Kepimpinan dan tanggungjawab

1.6 Ciri-ciri Guru Abad 21

Dalam abad 21, banyak kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru. Menurut Zamri Mahamod (2011), sering kali terdapat kegagalan guru untuk menerapkan pelbagai kemahiran yang diajar, terutamanya kemahiran-kemahiran alaf 21. Di samping itu, para guru juga perlu beralih kepada beberapa aspek memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk abad 21 amat mencabar. Guru-guru untuk abad 21 memerlukan beberapa ciri tertentu seperti berikut:

1. Guru perlu menguasai subjek iaitu penguasaan kandungan kurikulum. 2. Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi semasa sesi pengajaran

dan pembelajaran.

3. Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi murid. 4. Memahami psikologi pembelajaran iaitu “Cognitive Psychology”. 5. Memiliki kemahiran kaunseling.

6. Menggunakan teknologi terkini tidak kira semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mahupun di luar sesi tersebut.

(21)

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

1.7 Ciri-ciri Murid Abad 21

1. Berupaya menghubung kait pelajaran dengan keadaan sekeliling. 2. Bijak menyoal guru ketika berada di dalam bilik darjah.

3. Yakin untuk berkomunikasi.

4. Berani untuk mengambil risiko untuk belajar dan membuat kerja yang diberikan oleh guru dan juga berani mencuba.

5. Dahagakan ilmu dan sentiasa ingin untuk menimba ilmu. 6. Mempunyai perasaan ingin tahu.

7. Bijak dan kreatif menjana idea serta fleksibel. 8. Tidak pernah berputus asa.

9. Sentiasa mendengar dan membuat refleksi

10. Berkemahiran kritis dan mampu menguasai kemahiran literasi. 11. Mampu berfikir sendiri dan membuat inisiatif.

12. Mampu bekerja dengan orang lain dan membuat perubahan.

(22)

29 1.8 Kemahiran Alaf 21 enGauge Skills

Pandangan tentang kemahiran-kemahiran alaf 21 daripada perspektif enGauge Skills (NCREL & Metiri Group 2003) boleh dikongsi bersama-sama dan empat komponen kemahiran alaf 21 yang perlu dikuasai oleh guru dan murid. Guru-guru boleh memberikan penekanan kepada kemahiran alaf 21 yang diketengahkan. Kemahiran alaf 21 enGauge Skills digambarkan seperti rajah yang berikut;

Rajah : Kemahiran Alaf 21 enGauge Skills

Kemahiran Alaf 21 dilandaskan kepada Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan yang menuntut sistem pendidikan kita untuk menyediakan sumber manusia berkualiti dan cemerlang. Antara ciri pendidik yang berkualiti ialah:

 kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi),  kekuatan minda,

 menguasai subjek / kepakaran dalam sesuatu bidang (subject matter expert)  mahir dan berketerampilan dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran), dan  menggunakan teknologi maklumat terkini.

1.9 Kemahiran Pengajaran Abad 21

PdP alaf 21 juga mengambil kira kemahiran yang dicadangkan oleh The Partnerships 21st Century Skills (2008) untuk memupuk kemahiran generik dalam kalangan murid. Kepekaan guru-guru terhadap kemahiran ini amat penting bagi memastikan semua kemahiran dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai adalah seperti berikut;

i.

Kemahiran mengubah suai dan bertanggungjawab.

ii.

Mengamalkan sifat bertanggungjawab, fleksibel dan toleransi

iii.

Kemahiran berkomunikasi

iv.

Mahir menggunakan alat-alat telekomunikasi.

v.

Kemahiran kreativiti dan sifat ingin tahu yang kuat

vi.

Dapat menjana, melaksanakan dan menyampaikan idea baharu

(23)

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

viii.

Kemahiran berfikir secara sistematik dan kritikal

ix.

Berkebolehan menganalisis dan membuat hubung kait fakta yang diberikan.

x.

Kemahiran literasi media dan informasi.

xi.

Berkebolehan mengakses maklumat, menganalisis, mengurus, menilai dan mengintegrasikan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai media.

xii.

Kemahiran interpersonal dan kerjasama. mempunyai sifat kepimpinan, dapat mengadaptasi dan bekerja dengan produktif di samping itu mengamalkan sikap empati dan menghormati kelainan pendapat.

xiii.

Kemahiran mengenal pasti masalah dan penyelesaiannya.

xiv.

Kebolehan untuk mengenal pasti, menganalisis dan menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi.

xv.

Kemahiran pengurusan kendiri, iaitu mengawasi dan menilai keperluan kendiri serta mengenal pasti sumber-sumber yang diperlukan.

xvi.

Kemahiran tanggungjawab sosial

xvii.

Mengambil kira kepentingan masyarakat, beretika di sekolah dan dalam masyarakat.

1.10 Pedagogi Abad 21

Guru-guru dalam perkembangan profesionnya harus menguasai kemahiran pedagogi yang seiring dengan trend perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang terus berkembang. Pembangunan profesionalisme perlu ke arah pembinaan pengetahuan dan kemahiran Pedagogi Abad 21 dengan menjadikan diri sebagai guru yang resourceful seperti yang dirumuskan dalam rajah yang berikut;

(24)

31

1.11 Amalan Pengurusan dalam PdP Abad 21

1. Komunikasi Isyarat (The Quiet Signal)

2. Papan Putih Mini

(25)

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA MALAYSIA DI BAWAH DASAR

MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KERANGKA KURSUS

Tajuk Pedagogi Bahasa Malaysia Abad 21

Topik Teknik dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Personel Penceramah

A. Objektif

Pada akhir sesi peserta dapat;

1. memberikan penerangan tentang pelbagai teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia;

2. membimbing guru dalam proses pemerolehan ilmu dan penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi berdasarkan kaedah dan teknik yang dipelajari;

3. mencipta inovasi berdasarkan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang terdapat dalam modul.

B. Kandungan Pengajaran

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang kompleks. Amat penting bagi seorang guru mengambil kira beberapa perkara seperti pendekatan, kaedah dan teknik yang hendak digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam sesebuah kelas pada abad 21 ini. Guru yang kreatif akan memikirkan pelbagai kaedah pengajaran yang sesuai dan selaras dengan keperluan, minat, dan kebolehan murid.

C. Kaedah

3. Slaid Perisian Persembahan 4. Borang penilaian

5. LCD

(26)

33

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD 21 2.0 Pengenalan

Pengaplikasian pendekatan, kaedah, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran mestilah melihat kepada kepelbagaian pelajar di dalam sesebuah bilik darjah. Dalam konteks pendidikan, kaedah dan teknik merupakan satu perancangan atau siri tindakan guru semasa melaksanakan langkah-langkah pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang perlu dituruti dengan saksama bagi mencapai objektif pengajaran. Menurut Zamri Mahamod (2012), dalam melaksanakan kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran, guru Bahasa Melayu perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan. Selepas kaedah yang hendak digunakan dipilih, barulah guru merancang teknik yang boleh melengkapkan kaedah tersebut seperti teknik bercerita, latih tubi, menghafal dan seumpamanya. Usaha mengenal pasti dan memilih kaedah dan teknik yang sesuai dapat memenuhi pendekatan yang digunakan yang disebut sebagai strategi. Kaedah pengajaran membolehkan guru-guru mengajarkan bahasa mengikut cara yang betul lagi terancang. Kajian-kajian yang telah dilakukan sebelum ini menjelaskan bahawa pengajaran bahasa akan lebih berkesan apabila guru mampu menggunakan kaedah-kaedah dan teknik yang telah disarankan dalam bidang pengajaran bahasa.

Menurut Burton, Donelson, dan Haley (1975), pendekatan dan kaedah yang sesuai ialah pendekatan dan kaedah yang memberikan peluang kepada murid untuk berusaha sendiri dalam pembelajaran. Guru sebagai pembimbing manakala murid sebagai pelakon. Tujuannya ialah, murid-murid mendapat pengalaman dan berpeluang menerima, menerapkan dan menyatukan nilai-nilai yang dipelajari itu kepada personaliti mereka melalui pengalaman yang dialami.

Perkara ini jelas terbukti apabila Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang memberikan penekanan kepada kemahiran berfikir murid. Setiap murid perlu mempunyai semangat ingin tahu dan belajar tentang cara untuk terus mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat, mampu menghubung kait pelbagai pengetahuan bagi mewujudkan pengetahuan baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting:

 Pemikiran Kreatif dan Inovatif: kemampuan menginovasikan, menjanakan kemungkinan baharu, mencipta idea atau pengetahuan baharu;

 Penyelesaian Masalah dan Penaakulan: keupayaan meramal masalah dan mendekati isu secara kritis, logik, induktif, dan deduktif bagi mencari penyelesaian, dan akhirnya membuat keputusan; dan

 Keupayaan Belajar: keupayaan memacu pembelajaran sendiri, dengan kemampuan menghargai nilai pembelajaran sepanjang hayat.

Yang berikut ialah pelbagai kaedah dan teknik pengajaran bahasa yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran mereka.

2.1 Pendekatan dalam Pengajaran dan Pembelajaran

2.1.1 Pendekatan Konvensional - Berpusatkan guru

(27)

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

2.1.2 Pendekatan Abad 21 - Berfokuskan murid

Pendekatan berpusatkan murid. Aktiviti PdP lebih menarik dan berkesan. Murid berpeluang untuk: mengambil bahagian serta memberi pendapat dan idea berkenaan dengan topik yang dipelajari dan mampu menyampaikan apa yang ada dalam fikiran mereka. Aktiviti PdP seperti lawatan, penyelesaian masalah, projek, simulasi dan bermain. Pelajar terlibat secara latih amal (hands-on) dalam aktiviti PdP.

- Berfokuskan bahan

Guru perlu lebih kreatif dalam mencari dan menggunakan bahan-bahan pengajaran. Guru perlu menggunakan sudut dan ruang bilik darjah, Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan Bahan Bantu Belajar (BBB). Guru juga perlu menggunakan sumber seperti bahan dari internet, audio visual, gambar, graf, carta, dan poster.

2.2 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

2.2.1 Pembelajaran Koperatif 2.2.2 Penyelesaian Masalah 2.2.3 Kontekstual

2.2.3 Kajian Masa Depan 2.2.4 Konstruktivisme

2.2.1 Pembelajaran Koperatif

- Tumpuan utama memfokuskan kepada pencapaian akademik dan penerimaan kepelbagaian kemahiran sosial.

- Pembelajaran aktif yang mengubah situasi pembelajaran pasif kepada pembelajaran yang dinamis serta berpusatkan pelajar.

- Satu pasukan yang heterogen,saling bergantung, tidak bersaing sesama sendiri ke arah pencapaian matlamat yang sama.

- Mengapa Perlunya Pembelajaran Koperatif? Pembelajaran koperatif diperlukan kerana :

Positive Interdependence: kebergantungan positif Individual Accountability: akauntabiliti individu Equal Participation: penglibatan seimbang Simultaneous Interaction: interaksi bersemuka - Enam konsep utama pembelajaran koperatif

Dijalankan secara berpasukan

Menggerakkan inisiatif individu dan ahli kumpulan

Mengurus dan menentukan pembahagian tugasan setiap ahli kumpulan.

Meningkatkan interaksi sosial dan komunikasi ahli kumpulan. Menggalakkan budaya inovatif dalam pencetusan idea. - Prosedur Aplikasi Pembelajaran Koperatif dalam PdP

 Menyampaikan isi pengajaran baru

 Memberi tajuk tugasan

 Memberi struktur pelaksanaan tugasan

 Mengagih kumpulan (Kagan Cooperative learning: Rally Robin & Round Robin)

 Mengagih tugasan bagi mencapai hasil pembelajaran

(28)

35

 Maklum balas/penilaian oleh guru

 Memberi penghargaan

- Contoh aktiviti pembelajaran koperatif:

Fan-N-Pick (Kipas dan Pilih)

Three Stray One Stay (Tiga Sesat Satu Tinggal)

Travelling File (Fail Bergerak)

Jigsaw Puzzle

Teams-Games-Tournament (TGT) / Pertandingan-Permainan - Berpasukan

 Pembelajaran Bersama

 Kajian Berkumpulan

 Kumpulan Membantu Individu

Think-Pair-Square / Fikir-Berpasangan-Berkumpulan

Think-Pair-Share / Fikir – Berpasangan – Berkongsi

Pair Check / Semakan Berpasangan

Team Present To Other Team / Kumpulan Bentang Pada Kumpulan Lain

Two-box induction / Dua Kotak Induksi

Three-Step Interview (Tiga Langkah Temuduga)

Rotating Review (Kajian berputar)

Find-Someone-Who (Cari seseorang)

Value Lines (Garis nilai)

Who am i? (Siapa saya?)

Gallery Tour (Galeri Pelancongan)

Match Mine (Padankan Saya)

Inside-Outside Circle (Dalam – Luar Bulatan)

Talking Chips (Cip Bercakap)

Trade-A-Problem (Bina Suatu Masalah)

Window Pane (Anak tetingkap)

The Yarn Yarn (Benang-Benang)

Blind Sequencing (Urutan Tunanetra)

2.2.2 Penyelesaian Masalah

- Fokus utama berkisar kepada pencapaian akademik dan penerimaan kepelbagaian kemahiran sosial.

 Fokus pada pengalaman dan kemahiran melalui daya usaha murid sendiri.

 Bermula dengan bertanya soalan, cari penyelesaian, peroleh pengetahuan dan pengalaman sambil mencari maklumat untuk selesai masalah dan seterusnya membuat refleksi.

 Berpeluang menjalani proses pembelajaran secara langsung dan autentik.

- Mengapa Kaedah Penyelesaian Masalah diaplikasikan dalam PdP - Mengembangkan rasa ingin tahu (intellectual curiosity).

- Mengembangkan kemahiran berfikir.

- Menyesuaikan diri untuk mengambil tindakan mengikut situasi.

- Menjadi asas kepada pendekatan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

- Menggalakkan pembelajaran kendiri. - Mengukuhkan kemahiran belajar.

(29)

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

o Prosedur Aplikasi Penyelesaian Masalah Dalam PdP Langkah 1 : Mengenal pasti Masalah

Langkah 2 : Merancang Cara Penyelesaian Langkah 3 : Mengumpul Maklumat

Langkah 4 : Mengkaji / Analisis maklumat Langkah 5 : Membuat Rumusan

2.2.3 Kontekstual

- Menyediakan situasi PdP yang melibatkan pelbagai pengalaman dalam konteks sosial, budaya, fizikal dan psikologi.

- Berasaskan aktiviti, pembelajaran pengalaman sendiri, sesi latih amal (hands-on) dan latih minda (minds-(hands-on) seminar, bengkel dan program pelajar melakukan sendiri projek.

- Pelajar diberi motivasi dalam perbincangan masalah berbantukan bahan yang sesuai untuk meningkatkan kefahaman.

- Pelajar dapat mengaitkan dengan pengetahuan asas yang ada pada mereka. - Maklumat yang dicari dan dikumpul melalui pengalaman sendiri dapat

membantu menjanakan idea, mengukuh serta menilai apa yang difahami. - Kepentingan Pembelajaran Kontekstual

• Membantu pelajar mengaitkan kandungan pembelajaran kepada situasi sebenar dan mencari makna tentang apa yang dipelajari secara latih amal dan latih minda.

• Pembelajaran berlaku apabila pelajar berupaya memproses maklumat atau pengetahuan baru yang memberi makna kepada mereka.

• Pelajar faham sesuatu yang dipelajari dalam situasi yang lebih luas yang berkait dengan isu sebenar.

• Pembelajaran mengikut konteks berlaku apabila pelajar mengaitkan pengetahuan dan pengalaman dalam kehidupan.

- Elemen Dalam Kontekstual R (Relating (hubung kait)

pengalaman hidup dgn pengetahuan baru E (Experiencing (alami) -

penerokaan, penemuan, mereka cipta) A (Applying (aplikasi)

aplikasi pengetahuan dan maklumat dalam situasi lain) C (Cooperating (kerjasama)

kerjasama dan komunikasi) T (Transfering (memindahkan)

pengetahuan sedia ada, menggunakannya , bina baru) - Prosedur Aplikasi Kontekstual Dalam PdP

Motivasi – pengenalan Isu perbincangan sumber PdP Pemahaman- Penerangan konsep dan perbincangan kelas

bacaan dan melakukan contoh kajian Kemahiran - Aktiviti latih amal menyelesaian masalah Penilaian - Ingat kembali dan Penilaian Kemajuan

2.2.4 Kajian Masa Depan

- Strategi saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid menghadapi pelbagai cabaran hidup dan perubahan

- Mengupayakan murid mengambil bahagian dalam merangka masa depan mereka secara berkaedah, bermakna dan bertanggungjawab

(30)

37

- Memberi murid kesedaran dan merangsang pelajar berfikir tentang isu, masalah dan peluang yang bakal dihadapi

- Pelajar diasuh dan dibimbing konsep dimensi masa depan yang berubah dengan pembaharuan dan inovasi. Contohnya persekitaran, kehidupan anda, apa pilihan anda, seluruh dunia, negara, masa depan : perubahan, masa kini : trend utama dan masa lalu : perspektif.

- Kemahiran KMD dalam PdP a. Kemahiran Khusus

i. Membuat Ramalan ii. Menjangka Akibat iii. Mengendali Perubahan b. Kemahiran Asas

i. Pemahaman Konsep Masa Depan

ii. Pengumpulan Maklumat dan Analisis Trend iii. Ramalan dan Analisis

iv. Penggunaan Imaginasi dan Kreativiti v. Strategi Mengatasi Kebimbangan vi. Proses Inovasi Sosial

vii. Pembinaan Senario

viii. Penjelasan Nilai dan Masa Depan ix. Pemahaman Dimensi Kemapanan

- Kepentingan Kajian Masa Depan (KMD)

a) Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal berkaitan masa depan

b) Berkomunikasi secara berkesan tentang hal berkaitan masa depan c) Membina sikap dan nilai tentang masa depan

d) Pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan e) Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal berkaitan masa depan

- Empat Prinsip Dalam KMD a) Prinsip Perubahan b) Prinsip pandangan jauh c) Prinsip Perancangan Strategik d) Prinsip Pengupayaan

- Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Kajian Masa Depan: Perancangan Seorang Guru

a) Perancangan Yang Strategik b) Isu dan Tema Yang Relevan c) Berpusatkan pelajar

d) Aplikasi Sebagai Projek, Kerja Kokurikulum atau Sepanjang Hayat e) Peranan Guru Sebagai Fasilitator

- Prosedur Aplikasi KMD Dalam PdP o Tajuk & Konsep

o Senaraikan kemungkinan yang akan berlaku (masa depan) o Sediakan eviden-eviden bagi asas kemungkinan

o Cadangkan langkah langkah penyelesaian/ penambahbaikan / pelan tindakan

(31)

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

- Contoh/ Sumber PdP

Tema: Malaysia Negaraku

Kemerdekaan Semangat patriotik Perpaduan rakyat

Keharmonian negara

- Kemungkinan berlaku jika negara kita kehilangan kemerdekaannya?

- Senaraikan kemungkinan apa yang bakal berlaku? - Kaitkan kemerdekaan dengan kejayaan dan masa depan - Sumbang saran untuk mendapatkan pandangan pelajar - Guna gambar negara-negara yang sering dilanda kekacauan - Cadangan

- Bina senario masa depan jika langkah tidak diambil - Pelan tindakan mengekalkan kemerdekaan

- Refleksi

2.2.5 Pembelajaran Konstruktivisme

Konstruktivisme ialah satu pendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat bahawa setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain. Pendekatan Konstruktivisme dalam pendidikan merupakan satu inovasi tentang gaya pengajaran dan pembelajaran pada masa ini.

(32)

39

2.3 MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM

Kaedah pembelajaran model konstruktivisme Lima Fasa Needham (Needham, 1987) kepada kumpulan sasaran yang merangkumi lima fasa berikut:

1. Orientasi:

Guru menyediakan suasana pembelajaran untuk merangsang dan menimbulkan minat murid terhadap pelajaran. Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan perhatian murid. Antaranya ialah dengan menunjukkan tayangan video, keratan akhbar, teka teki, lakonan dan simulasi.

2. Pencetusan Idea

Guru merancang pelbagai bentuk aktiviti seperti perbincangan kumpulan, menggunakan kaedah peta konsep serta membuat laporan dengan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baharu yang akan mereka pelajari. Murid akan berbincang dalam kumpulan dan berkongsi pengalaman yang sama serta interaksi yang rapat sesama mereka. Guru perlu memainkan peranan sebagai fasilitator dengan membekalkan bahan pembelajaran dan membimbing murid untuk membuat pembelajaran inkuiri atau pembelajaran berasaskan masalah yang diberi.

3. Penstrukturan Semula Idea

Guru menyediakan aktiviti atau memberi tugasan berstruktur untuk membolehkan murid mencabar idea asal mereka atau idea rakan, dan membina struktur pengetahuan sendiri yang lebih bermakna dan berkesan. Dalam fasa ini, kemahiran berbahasa akan membantu murid membuat pengubahsuaian atau penyusunan semula idea mengikut urutan dan setiap satu idea mempunyai kesinambungan idea yang tersusun dan terancang. Peranan guru pula ialah mengukuhkan konsep atau idea yang tepat kepada muridnya.

4. Aplikasi Idea

Murid akan mengaplikasikan pengetahuan baharu dengan menyelesaikan masalah dalam situasi baharu. Situasi ini dapat mewujudkan pemahaman yang baharu dan menggalakkan proses inkuiri di dalam diri murid.

5. Refleksi

(33)

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

(34)

41

(35)

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

2.4 Kaedah Pembelajaran Koperatif

2.4.1 Susun Suai (Jigsaw Puzzle)

Model pembelajaran ini merupakan sebuah model pembelajaran koperatif yang menitikberatkan kerja kumpulan kecil. Kumpulan kecil seramai 4-6 orang akan diwujudkan di dalam kelas. Mereka akan bertanggungjawab dan melaksanakan semua tugasan dalam kumpulan mereka. Menurut Rusman (2008:205) model pembelajaran jigsaw juga dikenali sebagai pembelajaran koperatif dan kolaboratif. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap ahli dalam kumpulan akan diberikan isu dan masalah yang berbeza untuk dibaca dan difahami. Namun setiap masalah yang sama akan dibincangkan dalam kelompok yang telah ditetapkan dan akhirnya mereka akan menerangkan dan membahaskan isu tersebut dalam kumpulan asal mereka.

Langkah-langkah Pelaksanaan

i. Guru mengedarkan bahan bacaan kepada setiap ahli kumpulan. Bahan

bacaan hendaklah berbeza antara ahli dalam kumpulan tetapi semua isu dan masalah adalah sama untuk semua kumpulan.

ii. Apabila selesai membaca dalam tempoh yang diberikan, ahli kumpulan

akan bergerak membentuk kumpulan yang mendapat isu atau masalah yang sama. Mereka akan berbincang untuk kefahaman yang lebih luas. Mereka juga dikehendaki menyediakan laporan dan maklumat supaya mudah untuk dikongsi dalam kumpulan asal.

iii. Mereka akan kembali semula ke kumpulan asal. Setiap ahli akan

menerangkan isu/masalah kepada ahli kumpulan mengikut giliran yang ditetapkan. Mereka turut melakukan perbincangan dan penyoalan.

iv. Guru melakukan aktiviti merumuskan semua hasil pembelajaran. Guru juga

boleh melaksanakan penilaian yang sesuai.

(36)

43

1. Guru akan mengajarkan tatabahasa bertajuk ‘Golongan Kata’. Sebagai contohnya, murid ada 20 orang. Bentuk 4 kumpulan seperti dalam Rajah 1. Kumpulan ini ialah Kumpulan A, Kumpulan B, Kumpulan C dan Kumpulan D. Dalam kumpulan asal ini Pelajar 1 menerima wacana Kata Nama Am, pelajar nombor 2 menerima wacana Kata Nama Khas, pelajar nombor 3 menerima wacana Kata Ganti Nama dan pelajar nombor 4 menerima wacana Kata Kerja.

2. Seterusnya, pelajar membentuk kumpulan baharu mengikut nombor murid. Murid yang bernombor sama duduk dalam kumpulan yang sama dan melakukan perbincangan. Mereka membaca dan memahami wacana itu. Mereka boleh merujuk bahan sokongan seperti kamus, buku glosari dan ensiklopedia, serta melalui internet. Mereka memproses dan mencerna maklumat melalui perbincangan dan sumbang saran. Akhirnya mereka arif dan menjadi pakar tentang masalah/isu yang diperoleh.

3. Setelah menjadi pakar Kata Nama Khas, Kata Nama Am, Kata Ganti Nama dan Kata Kerja, mereka kembali ke kumpulan asal. Setiap ahli pakar akan menyampaikan maklumat kepakaran mereka kepada empat orang rakannya. Rakan-rakan boleh mengemukakan pertanyaan. Pakar hendaklah menjawab pertanyaan itu dengan menyerlahkan keterampilannya sebagai pakar. Kemudian diikuti pula oleh pakar seterusnya sehingga habis.

4. Setiap kumpulan asal yang telahpun berkongsi kepakaran itu hendaklah membuat rumusan dan refleksi. Refleksi wajar menyerlahkan nilai murni.

2.4.2 Model Rakan Pemikir

Apakah yang dimaksudkan dengan Model Rakan Pemikir? Model ini memberi penekanan kepada pengetahuan para pendidik menterjemahkan pengetahuan isi kandungan secara pedagogikal yang berkesan dengan memahami konteks dalam persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah. Mereka hendaklah mempunyai pengetahuan isi kandungan subjek, pengetahuan pedagogi subjek, pengetahuan ciri setiap pelajarnya, pengetahuan tentang kepercayaan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan serta penilaian rakan dalam kumpulan. Model ini banyak melibatkan cara penyampaian secara berkesan terhadap sesuatu idea, analogi kukuh, ilustrasi menarik, contoh-contoh tepat dan munasabah, penerangan jelas dan bermakna serta tunjuk cara berkesan agar sesuatu isi pelajaran dapat difahami oleh pelajar secara mudah.

(37)

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

meningkatkan daya afektif dan kreativiti mereka seterusnya meningkatkan minat dan memupuk bakat pelajar terhadap Bahasa Malaysia.

Selanjutnya, satu sistem penilaian rakan dalam kumpulan diwujudkan bagi menilai komitmen pelajar sewaktu aktiviti berkumpulan dijalankan. Menurut Brown (1999), penilaian rakan dalam kumpulan sangat membantu dalam melengkapkan maklum balas formatif pelajar, terutamanya apabila mereka melaksanakan tugasan yang diberikan. Ini penting untuk peningkatan kendiri pelajar dan khususnya membantu guru yang tidak dapat menilai beberapa aspek sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pada masa ini, pendidik mempunyai beban tugas yang sangat mencabar dalam proses pengajaran dan bentuk ilmu pengetahuan yang pelajar mereka terima. Pendidik yang baik akan menunjukkan rasa tanggungjawabnya terhadap apa yang dipelajari oleh pelajar-pelajarnya.

Bagaimanakah penggunaan Model Rakan Pemikir dapat meningkatkan kualiti pendidik seterusnya berupaya menghasilkan pelajar yang cemerlang? Model ini dapat menyumbang kepada kaedah pengajaran yang menitikberatkan pembelajaran yang bermakna bertujuan untuk membantu pelajar;

i. menggunakan strategi dan kemahiran belajar untuk mengakses dan memilih maklumat daripada pelbagai sumber yang relevan dengan tugasan yang diberikan.

ii. melaksanakan kolaborasi dengan rakan-rakan dalam kumpulan dan pihak-pihak yang terlibat secara optimum bagi menghasilkan kerja dan persembahan yang berkualiti.

iii. mengamalkan pemikiran reflektif dalam interaksi lisan semasa sesi kolaborasi dengan guru/pensyarah, rakan dalam kumpulan dan pihak-pihak tertentu serta dalam penulisan reflektif.

iv. menilai rakan-rakan dalam kumpulan mereka dengan telus berasaskan borang penilaian yang disediakan.

Penilaian kendiri adalah penting. Justeru, para pendidik bahasa menyediakan rubrik yang lengkap tentang aspek-aspek yang dinilai dalam mata pelajaran tersebut. Rubrik akan membantu pelajar melakukan penilaian kendiri dari peringkat awal proses pembelajaran hingga menghasilkan satu produk akhir.

(38)

45

Melalui Model Rakan Pemikir ini, secara tidak langsung dapat meningkatkan motivasi setiap pelajar dalam kumpulan untuk berusaha memberi komitmen sepenuhnya dalam aktiviti berkumpulan dan seterusnya menghasilkan bahan pembelajaran yang bermutu. Ringkasnya, Model Rakan Pemikir memberi tumpuan kepada lima komponen yang berikut;

i. inventif;

Murid mengumpulkan maklumat melalui perbincangan

ii. inovatif;

Murid berbincang berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui perbincangan dalam kumpulan dan mengaitkan pemikiran kreatif dan inovatif dengan pemikiran lateral. Tujuannya adalah untuk menyelesaikan masalah dan melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah tersebut dan mencetuskan idea baharu berdasarkan panduan yang diberikan oleh guru.

iii. informatif;

Untuk memantapkan kreativiti dan inovatif murid di dalam bilik darjah, mereka digalak menggunakan alat-alat berfikir iaitu Peta Pemikiran i-THINK untuk membantu mereka memahami fakta-fakta dan maklumat yang diperoleh dalam langkah inventif. Murid digalakkan untuk mencatat nota dengan menggunakan peta pemikiran. Melakarkan peta pemikiran yang sesuai menggunakan maklumat yang diperoleh. Membina tiga (3) soalan mengikut aras Taksonomi Bloom– aras KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) untuk diajukan kepada rakan sewaktu sesi pembentangan. Penggunaan peta pemikiran membantu murid berfikir secara lebih terbuka, kreatif, dan inovatif.

iv. inferens

Sesi pembentangan - Ahli kumpulan yang ditetapkan sebagai pembentang akan melakukan pembentangan dalam kumpulan yang ditetapkan. Pembentangan akan dilakukan serentak untuk semua kumpulan. Mereka akan menggunakan peta pemikiran yang telah dibincangkan dalam kumpulan masing-masing. Selepas sesi pembentangan, pembentang akan mengajukan soalan kepada ahli dalam kumpulan untuk dibincangkan bersama.

v. intelektual.

(39)

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

Kerangka Aktiviti 1

Tajuk : Model Rakan Pemikir

Objektif : Pada akhir sesi peserta dapat;

i. menyemaikan budaya membaca dalam kalangan guru,

ii. menggunakan bahan yang mencabar pengetahuan sedia ada dan pemahaman konsep baharu secara mendalam,

iii. mengakses maklumat daripada pelbagai sumber, memilih maklumat yang relevan dan mengorganisasi maklumat secara sistematik dan bermakna,

iv. menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi (High Order Thinking Skills) dan membina pemikiran sendiri (independent thought),

v. meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme keguruan secara berterusan,

vi. menggalakkan suasana pembelajaran yang melibatkan interaksi sosial untuk meningkatkan mutu pembelajaran,

vii. dapat menilai secara telus pencapaian sendiri dan pencapaian rakan-rakan dalam kumpulan, dan

viii. merancang penilaian berterusan secara kolaboratif.

viiii. menggunakan peta pemikiran i-Think secara maksimum.

Tempoh : 2 jam

Persediaan : Para peserta telah menyediakan bahan pembelajaran dan bahan rujukan berdasarkan tajuk yang telah diberikan. Peta Pemikiran i-Think, Borang Penilaian, Komputer Riba.

Kerangka Aktiviti 2

1. Guru mengajar/memberi kuliah/menggunakan modul.

2. Membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan. (5 orang). Lantik ketua dan tentukan giliran pembentangan.

3. Minta peserta berkongsi maklumat dalam kumpulan dan sediakan bahan pembentangan. Bahan pembentangan yang perlu disediakan ialah,  Peta Pemikiran i-Think yang menarik

 Sekurang-kurangnya 3 soalan KBAT yang akan digunakan dalam sesi perbincangan.

(40)

47

X – Pembentang yang telah dilantik oleh kumpulan

Pembentang ini akan bergerak ke kumpulan yang ditetapkan apabila sesi pembentangan.

4. Pembentang yang telah dilantik akan bergerak ke kumpulan yang ditetapkan.

Contohnya : Kumpulan 1

Kumpulan 2 Kumpulan 2 Kumpulan 3 Kumpulan 3 Kumpulan 4 Kumpulan 4 Kumpulan 1

5. Sesi perbincangan berdasarkan soalan-soalan aras pemikiran tinggi yang disediakan.

6. Rakan dalam kumpulan mengisi borang penilaian – untuk menilai pembentang. Borang-borang yang telah lengkap diisi akan diserahkan kepada pembentang. 7. Rumusan oleh fasilitator.

(41)

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

Kesimpulannya, sebagai sebuah institusi yang dipertanggungjawabkan untuk melahirkan murid-murid cemerlang, yang berfikir secara kreatif, inovatif, dan kompetens selaras dengan pembentukan modal insan bagi mengisi keperluan negara maju. Modal insan yang dilahirkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baharu, mempunyai ketahanan serta mampu untuk menghadapi dunia global yang sering berubah-ubah.

Pelbagai kaedah koperatif yang boleh digunakan sebagai panduan. Sila layari web yang 4. Knotty Problems 5. Model Student Teams

http://www1.umn.edu/ohr/prod/groups/ohr/@pub/@ohr/documents/asset/ohr_

89185.pdf

6. Model Student Teams Achievement Divisions (STAD)

http://www.academia.edu/5124516/The_Impact_of_STAD_Strategy_on_FL_

Reading_Achievement_of_Low-_Average-_and_High- achieving_Students_in_Al_balqa_Applied_University

http://www.infonomics-society.org/IJCDSE/The%20Effect%20of%20Student%20Teams%20Achievement%2 0Divisions%20as%20a%20Teaching%20Strategy%20on%20Grade%2010%20Learne rs%20Economics%20Knowledge.pdf

7. Coorperative Integrated Reading and Composition (CIRC)

http://ies.ed.gov/ncee/wwc/pdf/intervention_reports/wwc_circ_062612.pdf http://ies.ed.gov/ncee/wwc/interventionreport.aspx?sid=109

8. Learning Together 9. Group Investigation

http://www.ascd.org/ASCD/pdf/journals/ed_lead/el_198912_sharan.pdf

http://www.keansburg.k12.nj.us/cms/lib02/NJ01001933/Centricity/Domain/163

(42)

49

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA MALAYSIA DI BAWAH DASAR

MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KERANGKA KURSUS

Tajuk Strategi Pengajaran Bahasa Malaysia Berkesan

Topik Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam PdP BM

Personel Penceramah

A. Objektif

Pada akhir sesi peserta dapat;

4. memberikan penerangan tentang pembudayaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru dan murid;

5. membimbing guru dalam proses pemerolehan ilmu dan penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi berdasarkan kehendak sukatan pelajaran;

6. menggunakan dan mengamalkan pemikiran aras tinggi semasa pengajaran dan pembelajaran.

B. Kandungan Pengajaran

Kemahiran berfikir aras tinggi perlu menjadi satu budaya dalam kalangan guru dan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan instrumen berfikir dapat membantu guru meningkatkan amalan berfikir aras tinggi, dalam usaha membudayakan kemahiran tersebut.

Alat berfikir aras tinggi dan Peta Pemikiran i-THINK dipersembahkan dalam 8 bentuk grafik mudah untuk diguna pakai serta mempunyai proses pemikiran tersendiri. Penggunaan peta pemikiran ini boleh disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran.

(43)

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

11. Nota

12. Slaid Perisian Persembahan

13. Borang penilaian

14. LCD

15. Komputer

16. Papan putih

17. Pen Papan Putih

18. Kertas sebak

E. Rumusan/Refleksi

(44)

51

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran

3.0 Latar Belakang

Dalam pembinaan dan pembangunan negara kita sebagai negara baharu, iaitu sesudah lepas daripada belenggu penjajahan, bahasa Melayu menjadi salah satu asas jati diri bangsa Malaysia yang berbilang kaum, menjadi bahasa perpaduan, menjadi lambang dan tanda kewujudan sebuah negara bangsa yang berdaulat (Awang Sariyan, 2004).

Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menjelaskan bahawa sistem pendidikan di Malaysia berhasrat untuk melahirkan setiap murid yang mempunyai enam ciri utama bagi mengupayakan mereka bersaing di persada antarabangsa. Ciri-ciri murid yang ditetapkan untuk dibina oleh setiap pendidik kepada setiap murid sekolah adalah seperti yang berikut:

1. Identiti nasional

2. Kemahiran berfikir

3. Pengetahuan

4. Kemahiran memimpin

5. Kemahiran dwibahasa

(45)

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

Data tentang pencapaian murid Malaysia dalam pentaksiran peringkat antarabangsa, analisis keperluan guru dan murid sekolah-sekolah di Malaysia oleh Agensi Inovasi Malaysia (AIM) dan laporan UNESCO tentang pendekatan pengajaran guru dijadikan sebagai asas pertimbangan untuk membangunkan dan melaksanakan program KBAT.

Profil pencapaian murid Malaysia pada peringkat antarabangsa yang telah diperoleh melalui keputusan pentaksiran antarabangsa iaitu TIMSS (Trends in Mathematics and Science Study) 2007 dan PISA (Programme for International Student Assessment) 2009 menunjukkan bahawa potensi kemahiran berfikir dalam kalangan murid sekolah perlu digilap. Laporan TIMSS dan PISA menjadi input utama bagi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merangka strategi sistem pendidikan untuk meningkatkan prestasi negara supaya berada dalam kelompok negara sepertiga di atas.

TIMSS mentaksir domain kandungan dan domain kemahiran kognitif, iaitu pengetahuan, aplikasi dan penaakulan dalam matematik dan sains. PISA mengukur pencapaian murid yang berumur 15 tahun dan ke atas dalam literasi matematik, literasi sains, dan literasi membaca. Tujuannya adalah untuk melihat tahap pemerolehan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh remaja untuk menjadi anggota masyarakat yang berjaya.

Profil pencapaian dalam TIMSS (2007) menunjukkan bahawa pencapaian murid Malaysia adalah baik dalam domain pengetahuan dan aplikasi tetapi lemah dalam domain menaakul atau kemahiran berfikir aras tinggi. Kedudukan Malaysia dalam PISA (2009) pula menunjukkan bahawa Malaysia berada dalam kelompok 20 negara terkebawah daripada 74 buah negara dan 60 peratus daripada murid Malaysia gagal mencapai tahap minimum untuk mengambil bahagian dalam kehidupan secara efektif dan produktif.

Seterusnya, dapatan kajian analisis keperluan oleh AIM pada tahun 2011 menunjukkan bahawa kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru dan murid di Malaysia adalah rendah. Guru-guru sedar bahawa kemahiran berfikir adalah penting tetapi mereka tidak bersedia dan kurang kemahiran tentang cara menyepadukan kemahiran berfikir dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (Kestral Education, 2011).

Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana untuk membangunkan generasi alaf baru. Sistem pendidikan memerlukan usaha-usaha strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tinggi agar dapat menangani cabaran abad 21. Sebagai seorang guru, aspek berikut perlu difahami dengan jelas supaya pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dapat disampaikan secara berkesan.

3.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

(46)

53 3.2 Kemahiran Abad 21

Budaya kerja profesional guru ialah tabiat kerja yang mementingkan kecemerlangan, kualiti dan menekankan kerja sepasukan. Ahli-ahli dalam kumpulan pasukan mempunyai hubungan yang erat, sepakat, sefahaman, dan bertanggungjawab melaksanakan program yang dirancang. Satu daripada sifat guru ialah,

….pencinta ilmu, sentiasa hauskan pengetahuan dan oleh itu, sentiasa berterusan belajar. Guru juga merupakan gedung ilmu bagi murid untuk belajar. Guru akan sentiasa mencetus, memupuk semangat belajar, serta menekankan bahawa pendidikan merupakan satu proses yang berterusan sepanjang hayat.

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990:166)

Budaya inilah yang ingin diterapkan kepada murid-murid supaya mereka mempunyai ciri-ciri yang berikut:

i. mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat;

ii. berilmu pengetahuan luas, mendalam, dan terkini;

iii. menguasai, mengamalkan, menghayati, dan berkongsi ilmu;

iv. menjana, mencetus, mengembang, dan menyumbang ilmu;

v. mengamalkan penyelidikan;

vi. menjalin kejeleketan dalam kumpulan dan organisasi; dan

vii. menitikberatkan kerja berpasukan untuk menjayakan aktiviti organisasi.

Guru bahasa perlu memiliki kualiti peribadi yang baik dan mampu menggariskan perancangan, kaedah, dan aktiviti untuk menjayakan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, dalam milenium ke-21, banyak kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru. Menurut Zamri Mahamod (2011), sering kali terdapat kegagalan guru untuk menerapkan pelbagai kemahiran yang diajar, terutamanya kemahiran-kemahiran abad 21. Murid-murid sepatutnya sudah boleh menyatupadukan kemahiran-kemahiran abad 21 khususnya ketika belajar di dalam dan di luar kelas.

Pandangan tentang kemahiran-kemahiran abad 21 daripada perspektif enGauge Skills (NCREL & Metiri Group 2003) boleh dikongsi bersama-sama dengan empat komponen kemahiran abad 21 yang perlu dikuasai oleh guru dan murid. Guru-guru boleh memberikan penekanan kepada kemahiran abad 21 yang diketengahkan.

Kemahiran Abad 21 dilandaskan kepada Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan yang menuntut sistem pendidikan kita untuk menyediakan sumber manusia berkualiti dan cemerlang. Antara ciri pendidik yang berkualiti ialah:

 kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi),  kekuatan minda,

(47)

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

Pengajaran dan pembelajaran pada abad 21 perlu juga mengambil kira kemahiran-kemahiran yang dicadangkan oleh The Partnerships 21st Century Skills (2008) bagi tujuan memupuk kemahiran generik dalam kalangan murid. Kepekaan guru-guru terhadap kemahiran ini amat penting bagi memastikan semua kemahiran dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai adalah seperti yang berikut;

1. Kemahiran mengubah suai dan bertanggungjawab.

2. Mengamalkan sifat bertanggungjawab, fleksibel dan toleransi dalam hubungan dengan masyarakat.

3. Kemahiran berkomunikasi

4. Dapat memahami, mengurus dan berkebolehan untuk berkomunikasi secara berkesan. Mahir menggunakan alat-alat telekomunikasi.

5. Kemahiran kreativiti dan sifat ingin tahu yang kuat

6. Dapat menjana, melaksanakan dan seterusnya menyampaikan idea baharu kepada orang lain serta bersifat terbuka. Sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain. 7. Kemahiran berfikir secara sistematik dan kritikal

8. Berkebolehan menganalisis dan membuat hubung kait fakta-fakta yang diberikan. 9. Kemahiran literasi media dan informasi.

10. Berkebolehan mengakses maklumat, menganalisis, mengurus, menilai dan mengintegrasikan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai media.

11. Kemahiran interpersonal dan kerjasama.

12. Berkemahiran untuk bekerjasama, mempunyai sifat-sifat kepimpinan, dapat mengadaptasi dan bekerja dengan produktif di samping itu mengamalkan sikap empati dan menghormati kelainan pendapat.

13. Kemahiran mengenal pasti masalah dan penyelesaiannya.

14. Kebolehan untuk mengenal pasti masalah, menganalisis dan cuba menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi.

15. Kemahiran pengurusan kendiri.

16. Mengawasi dan menilai keperluan kendiri serta mengenal pasti sumber-sumber yang diperlukan.

17. Kemahiran tanggungjawab sosial

18. Bertindak dengan mengambil kira kepentingan masyarakat, beretika di tempat kerja dan dalam masyarakat.

3.3 Konsep Berfikir

Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami.

3.3.1 Definisi KBAT

(48)

55

mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai semasa membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperoleh melalui tafakur.

Menurut Edward de Bono (1976) - Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu. Manakala Onosko & Newmann (1994) pula mentakrifkan KBAT sebagai penggunaan potensi minda untuk menangani cabaran baru. KBAT memerlukan seseorang memahami, menterjemah, menganalisis,mentafsir dan memanipulasikan maklumat.

Rumusannya Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (Bahagian Pembangunan Kurikulum)

3.3.2 Konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT dilihat sebagai proses kitaran daripada pemikiran aras rendah (KBAR) kepada pemikiran aras tinggi (KBAT). Konsep KBAT telah memasukkan ciri-ciri berfikir secara kreatif, kritis, logik dan metakognitif. Memerlukan seseorang menyelesaikan masalah yang tidak kerap berlaku dan pelbagai bentuk soalan atau dilema yang tidak pasti keputusannya. Dengan menggunakan KBAT, murid mampu memberikan penjelasan, membuat keputusan, menyelesaikan masalah, menginovasi, mencipta dan menunjukkan hasil akhir mengikut konteks yang diperlukan.

3.3.3 Alat Berfikir

• Alat-alat berfikir membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Pemikiran kita menjadi lebih tersusun, luas, jelas dan kita tidak terburu-buru melakukan sesuatu.

(49)

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

3.3.4 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Menurut Philips (1997) – cara guru bertindak mempengaruhi pencapaian akademik dan tahap berfikir murid.

• Kemahiran berfikir ialah asas kepada proses pendidikan.

(50)

57 3.4 Cara Pelaksanaan KBAT

3.4.1 Tahap Pemikiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

(51)

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

Kemahiran

Berfikir

Aras

Kemahiran

Berfikir

Aras

TAKSONOMI BLOOMS (SEMAKAN ANDERSON & KRATHWOHL 2011)

3.4.2 Tujuan Diperkenalkan KBAT

KBAT diperkenalkan bertujuan untuk mengubah amalan hafalan kepada pemahaman, meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan (lebih banyak menganalisis, menilai dan mencipta), mewajarkan penyelesaian dan penemuan untuk penyiasatan saintifik. KBAT ini penting untuk menghasilkan modal insan yang cergas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21 agar negara mampu bersaing di persada dunia. Pengajaran KBAT dapat meningkatkan pencapaian akademik dan membantu murid dalam perkembangan intelektual.

3.4.3 Ciri Item KBAT

a) Stimulus:

Menggunakan stimulus secara ekstensif (contoh: petikan, gambar rajah, graf) untuk menjana kemahiran inferens dan penaakulan kritikal

(b) Pelbagai tahap / aras pemikiran:

Mentaksir pelbagai aras pemikiran dalam domain kognitif

(c) Konteks yang baharu:

(52)

59 (d) Situasi sebenar dalam kehidupan harian:

Mencabar murid untuk menyelesaikan suatu masalah kehidupan sebenar dengan menggunakan pembelajaran daripada pelbagai disiplin

(e) Item tidak berulang:

Item pelbagai/berbeza setiap tahun melangkaui bahan buku teks

3.5 Konsep Pentaksiran

Pentaksiran ialah proses mendapatkan maklumat menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan sama ada formatif, sumatif, formal dan informal, dalaman dan luaran bagi mendapatkan evidens yang boleh dipertimbangkan dan seterusnya membuat penghakiman tentang sesuatu produk pendidikan.

Proses ialah satu susunan langkah / tindakan / operasi yang bertertib dan terarah yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.

Maklumat ialah evidens yang menggambarkan prestasi murid dalam sesuatu perkara yang ditaksir.

Penghakiman merupakan proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan murid.

Produk dalam konteks pendidikan merupakan pengetahuan, kemahiran dan nilai / adab yang diperoleh murid setelah melalui proses pendidikan

3.5.1 Langkah Penggubalan Item KBAT

1 Tentukan konstruk, konteks dan aras kesukaran 2 Tentukan jenis item

3 Rancang penggunaan stimulus yang berkaitan dengan konteks untuk mengukur konstruk

4 Tentukan jenis evidens (fakta, konsep, generalisasi, keupayaan menilai dan rasional) 5 Tulis item

6 Tulis Peraturan Pemarkahan/rubrik penskoran 7 Menilai item menggunakan prinsip 9 poin

(53)

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

3.5.2 KATA KUNCI DALAM PEMBINAAN SOALAN KBAT

Kompleksiti

Pemikiran Bahasa Pemikiran Kata Kunci

Mengingat Saya boleh ingat maklumat

Mengecam, mengulang, menyenaraikan.

menggambarkan, mengenal pasti, namakan

Memahami Saya boleh ingat dan menjelaskan

idea dan konsep

pengetahuan dalam keadaan serupa atau baru

Melaksanakan, menunjukkan, menjalankan, menggambarkan gunakan

Menganalisis Saya boleh mengekstrak keluar idea-idea penting

Membandingkan, sebaliknya, mengklasifikasikan, menyusun

Menilai

Saya boleh membuat beberapa pertimbangan dan keputusan

Saya boleh memikirkan idea-idea baru dan cara-cara baru untuk

menggunakan maklumat

Mereka bentuk, mencipta, merancang,

(54)

61 3.5.2.1 MENGINGAT

3.5.2.2 MEMAHAMI

KATA KERJA YANG BOLEH DIGUNAKAN

CONTOH SOALAN CONTOH AKTIVITI DAN HASIL

menerang

Beri gambaran ringkas .... Apakah yang akan berlaku selepas ini ...?

Pada pendapat anda siapa..? Apakah perkara utama ...? Siapakah watak utama..? Apakah perbezaan antara..? Beri contoh untuk menyokong jawapan anda.

Apakah definisi...?

Cari atau lukis gambar yang menerangkan peristiwa.

Terangkan pendapat anda tentang idea utama.

Sediakan satu jalur kartun yang menerangkan urutan peristiwa. Tulis dan lakonkan pementasan berdasarkan jalan cerita…

Ceritakan semula dalam perkataan sendiri

Lukiskan satu aspek yang anda suka

Tuliskan ringkasan

Sediakan satu carta alir untuk menggambarkan urutan peristiwa

Sediakan satu buku mewarna Kata Kerja yang

boleh digunakan

Contoh Soalan Contoh aktiviti dan hasil

memberitahu

Apakah yang berlaku selepas...? Berapa banyak...?

Siapakah itu yang...? Namakan...?

Terangkan apa yang berlaku di...? Siapa yang memberitahu...? Beritahu kenapa...?

Cari maksud bagi...? Apakah yang...?

Yang manakah benar dan salah...?

Buat satu senarai tentang peristiwa-

peristiwa utama ..

Buat satu garis masa peristiwa. Buat satu carta fakta.

Senaraikan fakta yang anda boleh ingat. Senaraikan kesemua.... Dalam cerita ini. Buat satu carta untuk menunjukkan... Buat satu teka silang kata/teka-teki

(acrostic)

(55)

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

3.6.2.3 MENGAPLIKASI

KATA KERJA YANG BOLEH DIGUNAKAN

CONTOH SOALAN CONTOH AKTIVITI DAN HASIL

menyelesaikan

Tahukah anda peristiwa lain di mana..?

Bolehkah perkara ini berlaku ...?

Himpunkan mengikut perwatakan

Apakah faktor yang anda ubah jika..?

Dapatkah anda

mengaplikasikan kaedah ini dengan pengalaman sendiri? Apakah soalan yang akan ditanya...?

Daripada maklumat yang diterima, bina satu set arahan untuk ..

Adakah maklumat ini berguna jika anda ada...?

Bina satu model yang akan menunjukkan bagaimana ia berfungsi.

Bina satu diorama untuk menceritakan sesuatu peristiwa.

Ambil beberapa keping gambar untuk menunjukkan sesuatu perkara. Bina sebuah model tanah liat.

Rangka satu strategi pemasaran produk anda menggunakan strategi yang diketahui sebagai panduan.

Pakaikan anak patung dengan pakaian kebangsaan/tradisional.

Lukis mural berdasarkan perkara yang sama.

Tulis buku teks tentang …

3.5.2.4 MENGANALISIS

KATA KERJA YANG BOLEH DIGUNAKAN

CONTOH SOALAN CONTOH AKTIVITI DAN HASIL

menganalisis

Sekiranya ... berlaku, apakah peleraian yang akan berlaku?

Apakah persamaan .. dengan ..?

Apakah hasil lain yang mungkin...?

Himpunkan mengikut perwatakan

Bina satu set soal selidik untuk mengumpulkan maklumat

Reka satu iklan untuk menjual satu produk

Bina satu carta alir yang mempunyai peringkat kritikal

Bina satu aktiviti susun suai (jigsaw)

Bina satu salasilah keluarga untuk menunjukkan perhubungan

(56)

63 memisahkan

mempromosi Apakah faktor yang anda ubah jika..?

Kenapa perubahan ini berlaku?

Banding perubahan yang anda kemukakan dengan yang

Apakah titik perubahan ...?

Sediakan laporan ..

Anjurkan satu majlis lengkap dengan susun atur, langkah, rekod yang diperlukan

Nilaikan hasil seni – persamaan dan permasalahan

3.5.2.5 MENILAI

KATA KERJA YANG BOLEH

DIGUNAKAN

CONTOH SOALAN CONTOH AKTIVITI DAN

HASIL

Adakah terdapat satu penyelesaian yang lebih baik untuk ...

Nilaikan ...

Bolehkah anda mempertahankan kedudukan anda tentang ...? Adakah anda berfikir ... adalah baik atau sesuatu yang buruk?

Bagaimana anda akan mengendalikan ...?

Apakah yang mengubah ...

Adakah anda akan mengesyorkan? Adakah anda percaya?

Adakah anda seorang ... orang? Apakah perasaan anda jika ...? Adakah berkesan ...?

Apakah pendapat anda tentang ...?

Sediakan satu senarai kriteria untuk menilai ... menunjukkan. Jalankan perbahasan tentang isu kepentingan khas.

Buat buku catatan 5 peraturan anda anggap penting.

Meyakinkan orang lain. Membentuk panel untuk membincangkan pandangan, misalnya "Pembelajaran di Sekolah."

(57)

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

3.5.2.6 MENCIPTA

KATA KERJA YANG BOLEH DIGUNAKAN

CONTOH SOALAN CONTOH AKTIVITI DAN

HASIL

Jika anda mempunyai akses kepada semua sumber ,

bagaimana anda akan berurusan dengan ...?

Mengapa tidak anda merangka………?

Adakah anda mempunyai cara tersendiri… ?…

Apakah yang berlaku jika….?

Berapa banyak carakah anda boleh cipta ..yang baharu dan luar biasa untuk…..?

Bolehkan anda tulis resepi baharu untuk hidangan yang sedap?

Bolehkan anda bina kertas kerja untuk…

Cipta sebuah mesin untuk tugasan tertentu

Reka bentuk sebuah

bangunan untuk menempatkan kajian anda

Cipta suatu produk baru. Berikan nama dan merancang kempen pemasaran

Menulis tentang perasaan anda berhubung

dengan...?

Tulis rancangan TV, rancangan permainan, pertunjukan boneka, main peranan, lagu atau pantomim tentang ...?

Reka bentuk rekod, buku, atau penutup majalah untuk ...?

Jual idea. Merangka satu cara

untuk ... ?

Reka satu rentak atau meletakkan perkataan baru kepada melodi yang

(58)

65

(59)
(60)
(61)
(62)
(63)

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

3.7 Alat-alat Berfikir

1. Edward De Bono 6 Thinking Hats

http://www.debonogroup.com/six_thinking_hats.php

2. Peta Minda (Tony Buzan)

http://www.tonybuzan.com/about/mind-mapping/

3. Diagram Tulang Ikan (Ishikawa)

4. Analisis SWOT

http://www.mindtools.com/pages/article/newTMC_05.htm

5. Carta T

http://www.globaleducation.edu.au/resources-gallery/resource-gallery-templates.html

6. Carta Y

http://www.globaleducation.edu.au/resources-gallery/resource-gallery-templates.html

7. Diagram Lotus

Referensi

Dokumen terkait

membimbing guru untuk merangsang kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid terutamanya kumpulan yang bakal menduduki pentaksiran TIMSS dan PISA. Dapatan TIMSS dan PISA

bukanlah halangan kepada murid untuk menguasai literasi namun perlu ada kesinambungan dengan pelaksanaan pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang khusus dalam

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) adalah kemahiran penggunaan minda yang tinggi dan mendorong seseorang itu berfikir sebelum bertindak dengan membuat penjelasan dengan

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru Bahasa Melayu di Sekolah Rendah di Daerah Sri Aman terhadap pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi ( KBAT ) iaitu daripada

Hasil kajian juga memberi maklumat tentang pengetahuan dan pengaplikasian kemahiran berfikir aras tinggi daripada aspek kurikulum, pedagogi dan pentaksiran dalam kalangan

Pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis ayat gramatis Bahasa Melayu (BM) menggunakan Facebook dalam kalangan murid lemah di sekolah kajian memberi kesan yang

Oleh itu, guru perlu merancang kaedah yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh membantu meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi

Kemahiran Membaca merupakan kebolehan murid membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami bahan yang dibaca..