• Tidak ada hasil yang ditemukan

CABARAN MENYELURUH DALAM PELAKSANAAN TRA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "CABARAN MENYELURUH DALAM PELAKSANAAN TRA"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

Seminar Transformasi Pendidikan Nasional, 9-10 Mei 2014, Fakulti Pendidikan, Kertas Ucaputama

Gelombang transformasi tamadun manusia zaman-berzaman berlaku seiring dengan gelombang tansformasi pemikiran dan aplikasi teknologi dalam usaha mencari kekayaan material dan kesejahteraan hidup. Bagi Malaysia, gelombang transformasi telah berlaku dari segi budaya dan kepercayaan, sistem kerajaan feudalisme dengan demokrasi, dan sistem ekonomi skala korporat antarabangsa. Kini, agenda utama wawasan pembangunan Malaysia ialah pembentukan satu masyarakat dan negara bangsa yang bertamadun maju, dengan taraf hidup rakyat yang tinggi, sistem sivil dan moral yang membayangkan budaya tinggi, sistem perbandaran yang canggih dan ekologi hijau, dan sistem kebajikan sosial yang berteraskan kesejahteraan komprehensif. Ini semua terlakar dalam paradigma pembangunan utopian, iaitu hasrat mencipta ruang alam yang indah dan ideal untuk kehidupan. Dalam konteks ini, sistem pendidikan formal dan nonformal dipercayai dapat menjadi pemangkin untuk proses pembangunan manusia, negara bangsa, dan tamadun madani yang dihasratkan. Maka, cabaran dalam proses itu menjelma dalam bentuk sistemik, organisasi, ilmu, pemikiran, teknologi, kompetensi, nilai, upaya politik, dan sumber. Namun, pada asasnya, yang hendak ditransformasikan ialah murid dan pelajar yang akan melansungkan dan mengisi rancangan transformasi kita pada hari ini. Oleh itu, adalah kritikal bagi kita menentukan acuan falsafah penujuan transformasi yang definitif, iaitu sama ada dengan perspektif progresivisme Darwinisme sosial atau progresivisme kesejahteraan bersama, yang satu bersifat predatori ketamakan dan yang satu lagi bersifat perkongsian sama.

Pengenalan

Transformasi bermakna perubahan mega dan komprehnsif, iaitu yang melibatkan perubahan kepercayaan, ilmu, sikap, struktur sistem dan organisasi, rupa bentuk sistem dan organisasi, teknologi, budaya kerja, proses kerja, dan prestasi kerja. Contohnya, Malaya ditransformasikan kepada Malaysia melalui penubuhan satu gagasan negara bangsa pada tahun 1963, yang diringi dengan beberapa agenda penting iaitu pembinaan kerajaan demokrasi, mewujudkan perpaduan kaum dan wilayah, pembasmian kemiskinan, pembasmian buta huruf, pembinaan prasarana sosial, dan pembangunan ekonomi. Kepercayaan teras dalam pembentukan Malaysia ialah penubuhan satu kerajaan pusat (federalisme) dengan sentralisasi pentadbiran akan mampu menggembleng segala sumber dalam negara untuk menjamin pembangunan pelbagai sektor dan agihan sumber yang seimbang (ekuiti) untuk semua wilayah dan lapisan masyarakat. Kepercayaan itu masih kuat pada hari ini.

(2)

Seminar Transformasi Pendidikan Nasional, 9-10 Mei 2014, Fakulti Pendidikan, Kertas Ucaputama Pada dekad ini, kita bangkit semula dengan hasrat transformasi komprehensif yang merangkumi pelbagai sektor dan bidang dalam kerajaan. Sejajar dengan Pelan Transformasi Kerajaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengusulkan pelan transformasi dengan melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Apa agenda transformasi pendidikan? Berikut ialah huraian ringkas transformasi yang dikehendaki oleh KPM.

Agenda Transformasi Sistem Pendidikan Malaysia Oleh KPM, 2013-2025

Laporan Pelan Pembangunan Malaysia ( PPPM) 2013-2025 (KPM 2013, h. E-3) menyebutkan:

PPPM 2013-2025 menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan tinggi masyarakat, serta mencetus dan menyokong transformasi perkhidmatan awam.

Agenda 1: Dana untuk Pengurusan dan Pembangunan Pendidikan

Pada tahun 2011, jumlah perbelanjaan pendidikan sebanyak 3.8% daripada KDNK, atau 16% daripada jumlah perbelanjaan Kerajaan bukan sahaja lebih tinggi daripada purata OECD (sebanyak 3.4% daripada KDNK dan 8.7% daripada jumlah perbelanjaan awam), malah adalah setara atau lebih tinggi daripada sistem berprestasi tinggi seperti Singapura, Jepun dan Korea Selatan. Pada 2012, Kerajaan terus menyediakan peruntukan yang terbesar, iaitu RM36 bilion atau 16% daripada jumlah bajet, kepada Kementerian Pendidikan. Peruntukan ini menunjukkan komitmen Kerajaan terhadap pendidikan sebagai satu daripada keutamaan negara.

Agenda 2: Kecekapan Sistem Pendidikan Malaysia

Sistem pendidikan telah menerima peruntukan yang tinggi, namun peningkatan keberhasilan murid masih tidak sepadan dengan sumber yang telah disalurkan ke dalam sistem. Walaupun Kerajaan akan terus mengekalkan tahap pelaburan semasa, Kementerian berhasrat untuk memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.

Agenda 3: Akses Pendidikan dan Literasi Asas

(3)

Seminar Transformasi Pendidikan Nasional, 9-10 Mei 2014, Fakulti Pendidikan, Kertas Ucaputama sekiranya enrolmen di sekolah swasta juga diambilkira, iaitu 96% peringkat rendah, 91% menengah rendah, dan 82%menengah atas.

Agenda 4: Perpaduan Dalam Masyarakat Pelbagai Kaum, Budaya, dan Agama

Kementerian berhasrat menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia. Melalui interaksi bersama murid lain daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik, murid belajar memahami, menerima dan menghayati perbezaan. Keadaan ini mewujudkan suatu perkongsian pengalaman dan aspirasi bagi membina masa hadapan Malaysia sebagai satu negara bangsa yang bersatu padu dan harmoni.

Agenda 5: Prestasi dan Kualiti Pendidikan dan Murid Secara Relatif di Peringkat Antarabangsa

Pada 2011 menunjukkan prestasi murid Tingkatan 2 di Malaysia menurun ke tahap di bawah purata antarabangsa bagi Matematik dan Sains, disusulipenurunan dari segi kedudukan negara. Lebih kritikal lagi, 35% dan38% murid Malaysia gagal mencapai tahap kemahiran minimumdalam Matematik dan Sains pada 2011, penurunan dua hingga empatkali ganda iaitu daripada 7% dan 13% masing-masing pada 1999.Murid ini dikenal pasti memiliki penguasaan konsep asas matematikdan sains yang terhad. Keputusan PISA 2009 (penyertaan kali pertama Malaysia) juga tidak memberangsangkan kerana kedudukan Malaysia terletak dalam kelompok sepertiga terbawah (one third lower precentile) dalam kalangan 74 negara peserta. Pencapaian ini juga meletakkan Malaysia di bawah pencapaian purata antarabangsa dan OECD. Hampir 60% murid berumur 15 tahun yang menyertai PISA 2009 gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik, manakala 44% dalam Bacaan dan 43% dalam Sains tidak mencapai tahap kemahiran minimum.

(4)

Seminar Transformasi Pendidikan Nasional, 9-10 Mei 2014, Fakulti Pendidikan, Kertas Ucaputama Rajah 1: Pencapaian Murid Malaysia Selari Perbelanjaan Kerajaan di Peringkat

Antarabangsa

Agenda 6: Masyarakat Berpendidikan untuk Demokrasi Efektif

Teori modenisasi mengandaikan bahawa masyarakat yang mempunyai sebahagian besar orang berpendidikan tinggi adalah masyarakat maju yang dapat mengendalikan kerajaan secara demokratik dengan berkesan. Sebaliknya, masyarakat yang mempunyai sebahagian besar orang yang tidak berpendidikan adalah masyarakat mundur dengan pemikiran yang terbelenggu dalam kemiskinan ilmu dan material.

(5)

Seminar Transformasi Pendidikan Nasional, 9-10 Mei 2014, Fakulti Pendidikan, Kertas Ucaputama

Rajah 2: Peratus Rakyat Malaysia Yang Berpendidikan

Agenda 7: Ekuiti Keberhasilan dalam Pendidikan antara Bandar dengan Luar Bandar

Sehingga kini keberhasilan murid masih kurang saksama. Negeri yang mempunyai populasi sekolah luar bandar yang banyak, seperti di Sabah dan di Sarawak, secara purata, menunjukkan prestasi yang rendah berbanding negeri yang mempunyai bilangan sekolah luar bandar yang sedikit. Dalam UPSR, peratus jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar ialah 4 mata peratus dengan kelebihan pada sekolah bandar, dan bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), jurang pencapaian meningkat kepada 8 mata peratus. Walau bagaimanapun, kedua-dua jurang pencapaian ini telah menurun, masing-masing sebanyak 5 mata peratus dan 2 mata peratus sejak enam tahun kebelakangan ini.

Jurang pencapaian antara gender adalah signifikan dan terus melebar dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. Pencapaian murid perempuan sentiasa mengatasi murid lelaki pada semua peringkat. Jurang pencapaian antara gender mula ketara di peringkat UPSR dan berterusan sehingga ke universiti, iaitu 70% daripada kohort universiti terdiri daripada pelajar perempuan. Walaupun fenomena ini bukan unik bagi Malaysia, namun ia memerlukan perhatian bagi

e astika egara tidak e pu yai kohort urid lelaki ya g ter i ir , sa a ada

meninggalkan sistem persekolahan lebih awal atau merupakan kumpulan berpencapaian rendah.

(6)

Seminar Transformasi Pendidikan Nasional, 9-10 Mei 2014, Fakulti Pendidikan, Kertas Ucaputama tekal bahawa murid daripada keluarga miskin kurang cemerlang berbanding murid daripada keluarga berpendapatan sederhana dan tinggi. Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3 hanya 7% sekolah Band 1 dan 2 mempunyai populasi lebih dua pertiga daripada jumlah muridnya mendapat KWAPM berbanding 52% sekolah Band 6 dan 7 yang menerima bantuan KWAPM.

Rajah 3: Hubungan Band Presatsi Sekolah dengan Bantuan KWAPM

Agenda 8: Mentransformasi Profesion Keguruan Menjadi Profesion Pilihan

Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa kualiti guru merupakan faktor berasaskan sekolah yang paling signifikan dalam menentukan keberhasilan murid. Kualiti sistem tidak boleh melangkaui kualiti guru. Walaupun terdapat guru yang cemerlang dalam sistem pendidikan Malaysia, kajian AKEPT 2011 mendapati bahawa hanya 50% pengajaran disampaikan dengan berkesan. Hal ini bermakna penyampaian mata pelajaran tidak melibatkan murid secukupnya, dan cara mengajarnya lebih pasif serta berbentuk syarahan. Mata pelajaran yang disampaikan lebih berfokus kepada pemahaman kandungan yang tidak mendalam dan tidak memberi tumpuan kepada kemahiran berfikir aras tinggi. Statistik ini juga menunjukkan cabaran besar yang akan dihadapi kerana lebih kurang 60% guru pada hari ini akan terus mengajar bagi tempoh 20 tahun lagi.

Agenda 9: Meningkatkan Prestasi Sekolah Dengan Mengupaya JPN, PPD Dan Sekolah

Data kebangsaan dan antarabangsa menunjukkan bahawa sekolah di Malaysia tersebar merentas spektrum prestasi yang luas. Sebagai contoh, dalam PISA 2009+, 7% daripada sekolah

(7)

Seminar Transformasi Pendidikan Nasional, 9-10 Mei 2014, Fakulti Pendidikan, Kertas Ucaputama

a yak progra di e tuk erdasarka odel satu u tuk se ua (o e-size-fits-all). Data antarabangsa menunjukkan bahawa sekolah memerlukan set intervensi yang berlainan supaya bersesuaian dengan tahap prestasi sekolah yang berbeza-beza.

Setiap sekolah, tanpa mengira lokasi, saiz atau jenis, akan menyediakan pendidikan yang baik dan holistik kepada murid. Hal ini bermakna bahawa menjelang tahun 2020, tidak akan ada lagi sekolah berprestasi rendah (Band 6 atau 7) di negara ini, malah lebih banyak sekolah akan diiktiraf sebagai SBT atau Sekolah Kluster Kecemerlangan berdasarkan prestasi yang ditunjukkan.

PPD bertanggungjawab dalam proses mempercepatkan penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang sistematik di semua negeri menjelang 2014. Lanjutan kejayaan Program Peningkatan Sekolah GTP1.0, setiap PPD akan diupayakan untuk menyesuaikan sokongan yang diberikan kepada sekolah, dan daripada aspek kehadiran murid hingga kepada penempatan pengetua/ guru besar dan guru. Sumber itu akan dapat diagihkan kepada sekolah yang amat memerlukan termasuk penempatan pembimbing guru dan pembimbing pengetua/guru besar secara sepenuh masa untuk membantu guru dan pengetua/guru besar di sekolah berprestasi rendah (Band 5, 6 dan 7).

KPM akan mengupaya JPN dan PPD dengan memberi lebih hak membuat keputusan tentang bajet dan personel mulai 2013, serta meningkatkan kebertanggungjawaban bagi menambah baik keberhasilan murid. KPM akan memberi lebih kuasa melalui pengurusan berasaskan sekolah dan autonomi kepada sekolah yang memenuhi kriteria prestasi minimum. Pada masa hadapan, semua sekolah akan bertanggungjawab membuat keputusan operasi tentang peruntukan bajet dan pelaksanaan kurikulum. Sebagai contoh, pengetua/guru besar berkuasa penuh dalam pengurusan perbelanjaan geran per kapita, dan reka bentuk jadual waktu persekolahan.

Walau bagaimanapun, proses ini akan dilaksanakan secara berperingkat, bermula dengan SBT dan Sekolah Kluster Kecemerlangan (sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian akademik dan bukan akademik), serta Sekolah Amanah (sebagai pengiktirafan terhadap model penyampaian inovatif kerjasama awam dan swasta). Dari semasa ke semasa, lebih banyak sekolah akan diberikan hak membuat keputusan berdasarkan prestasi yang ditunjukkan. Peningkatan penekanan terhadap pengurusan berasaskan sekolah ini menuntut akauntabiliti yang lebih tinggi daripada pengetua/guru besar.

Agenda 10: Aplikasi ICT Bagi Meningkatkan Proses PdP di Sekolah

(8)

Seminar Transformasi Pendidikan Nasional, 9-10 Mei 2014, Fakulti Pendidikan, Kertas Ucaputama KPM sedang menyediakan akses Internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi kesemua 10,000 sekolah. Sepanjang dekad yang lalu, Kementerian telah membelanjakan lebih RM6 bilion untuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam inisiatif pendidikan, seperti Sekolah Bestari. Jumlah ini merupakan antara pelaburan modal paling intensif pernah dilakukan dalam sistem pendidikan. Walau bagaimanapun, penggunaan ICT di sekolah masih tidak mencapai tahap yang memuaskan, baik dari segi kualiti mahupun kuantiti.

Kajian oelh KPM pada 2010 mendapati bahawa lebih kurang 80% guru menggunakan ICT kurang satu jam seminggu. Kajian tersebut turut mendapati bahawa hanya sepertiga murid menyatakan bahawa guru mereka menggunakan ICT secara tetap. Kajian UNESCO pada 2012 mendapati bahawa penggunaan ICT tidak beranjak daripada sekadar penggunaan aplikasi pemprosesan perkataan sebagai alat pengajaran. ICT mempunyai potensi yang besar untuk memacu proses pembelajaran ilmu dan kemahiran berfikir yang luas (PPPM, h. E-21).

Agenda 11: Mentransformasi Organisasi Dan Kecekapan Pengurusan KPM

KPM yang telah mengalami transformasi akan mempunyai pemimpin yang berwibawa di setiap peringkat, proses dan struktur baharu, serta budaya berprestasi tinggi. Peranan Kementerian, JPN dan PPD diperkemas, dengan Kementerian memberikan tumpuan kepada pembangunan dasar dan perancangan makro. Pihak JPN dan PPD akan diperkukuh untuk memacu pelaksanaan harian. Struktur organisasi disusun semula dengan lebih ramai tenaga kerja ditempatkan di barisan hadapan. Semua langkah ini seharusnya menghasilkan pelaksanaan dasar yang lebih tekal dan berkesan di semua negeri dan daerah.

Cabaran

Cabaran hampir sama makna dengan peraduan, cubaan, atau dugaan dalam konteks persaingan atau perlawanan. Seseorang mencabar lawannya untuk untuk beradu kekuatan atau kebijaksanaan untuk meraih sesuatu pertahuran. Maka, transformasi pendidikan ialah satu peraduan, cubaan, atau dugaan kepada semua warga untuk mencapai satu pertaruhan atau tahap kecemerlangan yang diinginkan. Persoalanya, siapakah perlu buat transformasi itu? Siapakah yang dapat transformasi itu? Apakah pertaruhan atau keberhasilan yang dikehendaki? Jawapan mengikut urutan persoalan tadi ialah: seluruh warga agensi dalam KPM, murid dan pelajar, dan kecemerlangan modal insan dan sumber manusia.

(9)

Seminar Transformasi Pendidikan Nasional, 9-10 Mei 2014, Fakulti Pendidikan, Kertas Ucaputama dengan azam untuk memastikan generasi masa hadapan mempunyai kompetensi dan kecerdasan pelbagai untuk meneruskan proses pembangunan ke arah negara maju. Kita melaksanakan transformasi bukan untuk diri kita pada hari ini, tetapi untuk generasi masa hadapan yang akan bekerja untuk generasi seterusnya. Inilah realiti kepercayaan itu dalam kitaran kehidupan. Maju mundur kita sebagai satu bangsa bergantung kepada kepercayaan dan azam tentang perlunya kita menjayakan transformasi pendidikan. Laluan dan pelannya sudah diperincikan dalam PPPM 2013-2025.

Cabaran 2: Ilmu dan Kepakaran

Kerja yang dibuat oleh orang berilmu dan pakar lebih baik daripada kerja orang yang kurang ilmu dan kurang mahir. Orang yang tidak pandai tetapi memandai-mandai akan membawa kerosakan dan kesusahan. Makna kiasan ini ialah proses transformasi memerlukan pengilmuan baharu dan pembinaan kemahiran baharu (reskilling). Teori lama diganti baharu, proses kerja lama diganti baharu, dan teknologi lama diganti baharu, sejajar dengan perkembangan ilmu dan prasarana baharu. Misalnya, kajian KPM dan World Bank (2012) menunjukkan aplikasi 1BestariNet kurang digunakan dalam proses PdP di sekolah-sekolah, walapun kerajaan sudah membelanjakan RM6 billion untuk melanksanakannya. Masalah penggunaan aplikasi itu bermacam-macam, daripada kekuatan signal menara pemancar hingga ke kekuatan server, kualiti laptop, dan kelajuan akses internet di kebanyakan tempat.

Setiap yang lama diganti baharu Setiap yang baharu akan menjadi lama

Jika hendak tarnsformasi tentukan sasaran dan arah tujuan Kepercayaan biarlah tetap

Ilmu biarlah cukup

Kemahiran biarlah dikagumi Kekuatan biarlah tegap Kaedah biarlah betul

Jika membina istana pasir, akan terbang ia dengan angin ribut Jika tiada ilmu, jadilah pungguk rindukan bulan

Jika tiada tamadun, berceritalah apa yang dongeng

Jika kail panjang sejengkal, janganlah mengail di lautan dalam

[Sajak Paradoks, SH, Mei 2014]

Cabaran 3: Kesukaran Menerima Konsep Intensif Teknologi

(10)

Seminar Transformasi Pendidikan Nasional, 9-10 Mei 2014, Fakulti Pendidikan, Kertas Ucaputama pengurusan sistem pendidikan di negara-negara Eropah dan di Australia kerana ia mengurangkan karenah birokrasi dan dapat menjamin kecekapan kerja dan kos. Namun, di Malaysia tradisi federalisme, birokrasi, dan sentralisasi masih kuat dan sukar diubah; justeru, PPD dan sekolah dianggap kurang berkebolehan membuat keputusan, menjalankan kuasa dan autonomi, dan menjalankan sebahagian daripada dasar dan tanggungjawab pengurusan sekolah. Budaya ikut arahan dan perintah dari atas masih sukar diubah—kerana takut downsizing berlaku di KPM, atau takut governan daerah menjadi kuat, atau takut dana belanjawan pengurusan dikawal oleh PPD dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Cabaran 4: Prasarana Sosial untuk Kawasan Pedalaman

Banyak kawasan luar bandar dan pedalaman Sabah dan Sarawak khasnya masih kekurangan infrastruktur sosial seperti jalan raya, bekalan air, bekalan elektrik, bekalan talian/ rangkaian telekomunikasi, pusat rawatan kesihatan, dan sekolah yang baik. Keadaan daif seperti ini masih menjadi persekitaran bagi 2,400 buah sekolah kurang murid (SKM) di seluruh Malaysia. SKM berada dalam keadaan deprivasi dan ketidakberuntungan (disadvantage) yang mencengkam mereka dalam kitaran kedaifan, dan ini menjadi satu cabaran kepada aspirasi ekuiti, kualiti, demokrasi pendidikan, dan keberhasilan murid serta pencapaian National Key Result Area (NKRA) sistem pendidikan.

Cabaran 5: Pembangunan Prasekolah dan Pendidikan Khas

Pada tahun 2013, terdapat sekitar 8,700 buah kelas prasekolah KPM di Malaysia. Kelas-kelas itu dibuka berganding dengan sekolah rendah, iaitu biasanya dua kelas prasekolah dibina berganding dengan bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) atau Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK). Jumlah sedemkian tidak cukup untuk memberi pendidikan prasekolah percuma untuk semua kanak-kanak yang berumur 5-6 tahun di Malaysia. Maknanya, tambahan jumlah sekali ganda lagi kelas prasekolah diperlukan untuk menampung bilangan kanak-kanak yang ada, sama ada di bandar atau luar bandar. Pada masa sekarang, tadika KEMAS dan swasta telah dapat mengisi sebahagian besar keperluan pendidikan prasekolah, dan KPM bersikap terbuka kepada kehendak ibu bapa yang mahukan variasi dalam pendidikan prasekolah untuk anak-anak mereka.

(11)

Seminar Transformasi Pendidikan Nasional, 9-10 Mei 2014, Fakulti Pendidikan, Kertas Ucaputama positif dan baik untuk kanak-kanak. Dalam konteks ini, KPM sewajarnya memperluaskan peruntukan pembinaan kelas prasekolah dalam tempoh lima tahun lagi, di samping melatih guru-guru prasekolah yang mencukupi dan berkualiti. Ini adalah kerana ciri penting negara maju ialah pendidikan prasekolah adalah di bawah tanggungan kerajaan sepenuhnya.

Satu cabaran penting bagi KPM untuk mencapai ciri negara maju ialah penyediaan sekolah khas untuk pelbagai kategori kurang upaya, beserta dengan pakar penilai psikologi, kaunselor, pembantu guru, dan peralatan yang relevan. Bukan setakat itu, KPM juga wajar menyediakan sekolah vokasional khas yang lebih banyak di semua negeri untuk memastikan kelangsungan pendidikan dan peluang kerjaya untuk golongan remaja khas.

Cabaran 6: Perluasan Pendidikan Vokasional Aras Tinggi

Pendidikan vokasional aras tinggi mengutamakan kualiti produk (product-based skill training) yang dihasilkan oleh pelatih. Kualiti produk adalah indeks prestasi dan pembelajaran pelatih di kolej-kolej vokasional. Ini ialah model Jerman dan indonesia yang terkini bagi menjamin graduan vokasional mencapai taraf profesional yang sangat laris dalam pasaran kerja. Situasi di Malaysia ialah pelatih vokasional dapat sijil kemahiran tetapi kualiti produk mereka masih diragukan, iaitu pelatih dari kolej vokasional masih belum mencapai kompetensi tinggi dalam melakukan kerja.

Dalam model Jerman, 70 peratus pelajar dari sekolah rendah disalurkan ke aliran vokasional dan keusahawanan yang beraneka bidang, dan mereka belajar mengasah bakat dan kemahiran selama 6-7 tahun untuk mencapai tahap kemahiran tinggi dan setersunya mendapat diploma. Diploma adalah untuk membolehkan kerja dengan gaji yang baik atau untuk meneruskan pengajian di universiti-universiti dalam program ijazah pertama dalam bidang kejuruteraaan dan sains.

Bolehkah Malaysia mengikuti model Jerman? Tentu boleh jika Malaysia ingin mencapai taraf negara maju yang mempunyai ͚pool͛ tenaga kerja vokasional berkemahiran tinggi untuk pasaran kerja antarabangsa. Tetapi halangan utama ialah paradigma pemikiran masyarakat Malaysia ialah kecemerlangan akademik dan kemegahan pada bilangan gred A dalam peperiksaan, bukannya pada kecemerlangan vokasion dan industri para pelajar. Malaysia menghasilkan lebih birokrat daripada teknokrat dan korporat.

(12)

Seminar Transformasi Pendidikan Nasional, 9-10 Mei 2014, Fakulti Pendidikan, Kertas Ucaputama

Buat ladang janganlah ia dipenuhi lalang Buat kilang keluli janganlah ia tiada bijih besi Buat roket janganlah ia tidak naik

Baiki sungai janganlah ia mengundang banjir Baiki meriam janganlah ia tidak meletup Baiki kereta janganlah ia bertambah rosak

Apapun . . .

Jika hendak belayar dalam hidup

Biarlah dengan juragan yang pandai ilmu samudera dan pelayaran.

[Sajak Aduhai Masyarakat Malang, SH, Mei 2014]

Cabaran 7: Sokongan dan Sarana Masyarakat

Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai di pedalaman Sarawak telah menerima jolokan permata di dalam belantara dan ia telah dikelaskan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi dan memenangi dua anugerah peringkat antarabangsa iaitu johan Commonwealth Education Good Practice Award 2009 dan finalis anugerah yang sama daripada Sekretariat Komanwel dan Kerajaan Malaysia. Pencapaian terkini ialah ia menerima anugerah UNESCO Educational International Best Practices 2010. Di samping itu, ia juga berjaya merangkul lima anugerah peringkat kebangsaan, 14 di peringkat negeri dan 46 di peringkat bahagian dan daerah.

YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri KPM, menjelaskan hal SK Ulu Lubai:

Kalau kita lihat persekitaran dan infrastruktur, ia amat sederhana, bangunannya sudah lama dan diperbuat daripada kayu, tidaklah seelok bangunan-bangunan konkrit di sesetengah sekolah.

Tetapi kerana kepimpinan sekolah itu adalah cemerlang dan guru-guru serta ibu bapa bersama murid-murid amat komited untuk bantu membangunkan sekolah ini, berlaku lonjakan yang amat besar.

Jika SK Ulu Lubai yang begini keadaannya boleh muncul yang terbaik, saya tidak fikir sekolah lain tidak mampu.

(13)

Seminar Transformasi Pendidikan Nasional, 9-10 Mei 2014, Fakulti Pendidikan, Kertas Ucaputama Guru Besar SK Ulu Lubai sejak 1998, Jaul Bunyau berkata, kunci kepada kejayaan sekolah itu ialah kerjasama daripada ibu-bapa kerana merekalah yang paling dekat dengan sekolah berkenaan,

Katanya, mengharapkan orang luar untuk membantu sekolah di pedalaman seperti SK Ulu Lubai amat sukar kerana keadaannya terpencil manakala prasarananya amat terhad. Jadi kita kena libatkan komuniti setempat dan guru-guru pula tidak boleh terpisah dengan masyarakat," katanya1.

Cabaran 8: Perkhidmatan Guru

Pelbagai kisah ada dalam perkhidmatan keguruan: tanggungan kerja 75 jam seminggu, lebihan guru di sesuatu negeri atau sekolah, kekurangan guru lelaki dan guru PJ, kerjaya yang tidak berprestij, gaji rendah, profesionalisme rendah guru, dan kesukaran bertukar sekolah. Semua isu ini boleh menjejaskan prestasi dan kualiti pengajaran guru, faktor utama dalam menetukan keberhasilan murid dan sistem pendidikan. Maka cabaran besar bagi KPM ialah penyediaan kemudahan, faedah, dan elaun yang dapat meninggikan motivasi dan komitmen guru dalam profesion mereka. Guru di Jepun, Korea Selatan, Taiwan, dan Finland mempunyai status terbaik antara semua jenis pekerjaan.

Tidak ada bijak pandai tanpa guru

Tidak ada Presiden dan Menteri tanpa guru Tidak ada doktor tanpa guru

Tidak ada profesor tanpa guru Tidak ada saintis tanpa guru Tidak ada hakim tanpa guru

Guru mengasuh manusia menjadi manusia Mencelikkan akal menjadi bijaksana Mencelikkan hati melentur pekerti

Membina kemahiran dan kecekapan hidup Guru . . .kerjaya mulia

[Sajak Hormati Guru, SH, Mei 2014]

Cabaran 9: Kecekapan Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah

Guru Besar SK Ulu Lebai menjadi wadah yang membuktikan bahawa pemimpin sekolah adalah penentu prestasi dan kejayaan sekolah. Beliau menjadi lokus mobilasi idea dan sumber dalam

1

Dipetik daripada Utusan Online, 5 Feb 2011,

(14)

Seminar Transformasi Pendidikan Nasional, 9-10 Mei 2014, Fakulti Pendidikan, Kertas Ucaputama komuniti di hutan pedalaman Ulu Lubai sehingga menerima anugerah antarabangsa, Beliau mempunyai hati, kasih, dan pengorbanan untuk SK Ulu Lubai.

Guru Besar SK Ulu Lubai. . .

Bangunan sekolah dari kayu tidak merendahkan harga diri Kesukaran meredah hutan dan paya bukan alasan khidmat bakti Nyamuk , pacat, dan ular sentiasa menanti

Bukan alasan untuk cabut lari

Tiada bekalan air, tiada elektrik, tiada telefon Bukan alasan untuk mohon kenaikan gred gaji Tiada teori, tiada kajian, tiada rujukan

Bukan alasan untuk ikhtiar melakukan inovasi

Guru Besar SK Ulu Lubai . . .pemimpin dikenangi dengan banyak legasi Satu dalam puluhan ribu

Berkilau dengan persona tersendiri

[Sajak Kilauan Ulu Lubai, SH, Mei 2014]

Sintesis

(15)

Seminar Transformasi Pendidikan Nasional, 9-10 Mei 2014, Fakulti Pendidikan, Kertas Ucaputama Antara manusia agung yang telah berjaya melaksanakan satu transformasi komprehensif ialah Nabi Mohammad s.a.w. Beliau bukan maharaja, atau raja, atau gabenor, atau panglima tentera. Beliau seorang pengembala dan peniaga kecilan. Namun, beliau telah berjaya membawa satu arus transformasi mega pada bidang budaya, ibadah spiritual, kebajikan sosial, pemikiran, undang-undang, pendidikan, pentadbiran, ekonomi, dan kesejahteraan hidup. Sehubungan itu, prinsip-prinsip yang mendasari proses transformasi komprehensif yang berjaya ialah ketauhidan, keikhlasan, keamanahan, komitmen, musyawarah, dan kebajikan bersama.

Bibliografi

Al-Quran Al Kareem (2014).

Apter, D. E. (1993). Politik Modenisasi. Kuala Lumpur: DBP.

Bellah, R. N. et al. (1991). The Good Society. New York: Vintage Books.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: KPM.

Maxwell, J. C. (1998). The 21 Irrefutable Laws of Leadership. Nashville: Maxwell Co.

Mohd Yusoff Mohd Nor & Sufean Hussin (2013). Demokrasi Pendidikan: Dilema Sekolah Kecil dan Sekolah Berpusat. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Naisbitt, J. (1988). Megatrends: Ten New Directions Transforming Our Lives. New York: Warner Books.

Schrecker, E. W. (1986). No Ivory Tower: MacCarthyism & the Universities. New York: Oxford University Press.

Referensi

Dokumen terkait

Salah satu komik ilustrasi terkenal yang dikemas dalam buku seri “values for success”, dimana dalam komik tersebut memiliki prinsip yang berpusat pada

Rasjidi Amra (tapol dari Mandar) menikah dengan Sumiati (putri seorang petugas), Sumiran (tapol dari Instansi Polisi Perhubungan Makassar) menikah dengan seorang guru

Pembelajaran Kooperatif Tipe Think Pair Share (TPS) dan Pembelajaran Ekspositori pada Siswa Kelas VII SMP Negeri 1 Sumbergempol Tulungagung”, Tahun 2013 “Pengaruh Model

Langkah ini adalah langkah persiapan menyimpan warkat dengan cara memeriksa setiap lembar warkat ataupun surat-surat untuk memperoleh kepastian bahwa warkat ataupun surat

Karakteristik kerangka kerja kebijakan moneter dari Negara-negara yang menganut inflation targeting secara garis besar meliputi 3 kegiatan utama, yaitu penetapan target inflasi,

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk menguji dan menganalisis pengaruh variabel independen (remunerasi) terhadap variabel dependen (kualitas pelayanan publik), dengan

Resiko audit adalah resiko yg terjadi dlm hal auditor tanpa disadari tidak memodifikasi pendapatnya sebagaimana mestinya, atas suatu laporan keuangan yg mengandung

Kedua, kitab risa>lah ahlu al- sunnah wa al-jama>’ah yang ia tulis sangat berpengaruh dan menjadi rujukan utama dalam kajian hadis ketika itu, kitab ini