• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sejarah p3 SPM-Pembinaan Negara Dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Yang Berdaulat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Sejarah p3 SPM-Pembinaan Negara Dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Yang Berdaulat"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA YANG BERDAULAT

1. Pengenalan

Konsep pembinaan negara dan bangsa sudah wujud sejak zaman kerajaan – kerajaan awal di Kepulauan Melayu. Masyarakat Melayu tradisional

sememamgnya tinggal di bawah konsep negara dan bangsa. Pada masa itu, kerajaan wujud di bawah pemerintahan raja atau sultan. Rakyat memberi kesetiaan kepada pemerintah dengan memberi sebahagaian hasil ekonomi mereka dan juga akan membantu raja jika ada perintah raja. Raja adalah institusi tertinggi dan memberi perlindungan politik kepada rakyat. Wilayah pengaruh sesuatu kerajaan mengambil kira kawasan dimana rakyat memberi kesetiaan kepada raja. Kerajaan yang kuat akan menakluki kawasan wilayah yang lebih besar. Misalnya kerajaan Melayu Melaka pernah menguasai hampir keseluruhan Kepulauan Melayu pada abad ke 15.

Namun selepas kedatangan British ke Tanah Melayu, British telah

menwujudkan negeri. Setiap wilayah dibuat sempadan dan dinamakan negeri. Kemudian selepas Perang Dunia (11) , British memperkenalkan Malayan Unioan untuk membina bangsa Malayan Union pada than 1946. Kemudian , British memperkenalkan Perseketuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1957, Tanah Melayu diberi kemerdekaan oleh British. Selepas itu, pada tahun 1963,Sabah dan Sarawak telah menyertai Tanah Melayu untuk membentuk sebuah negara yang berdaulat iaitu Malaysia.

Kini, di Malaysia, konsep negara dan bangsa merujuk kepada konsep bangsa 1 Malaysia yang melibatkan masyarakat berbilang kaum di bawah pemerintahan

(2)

sebuah kerajaan dan Yang Dipertuan Agung. Konsep bangsa Malaysia kini berteraskan pengunaan bahasa nasional yang sama dan tolak ansur pelbagai kaum untuk menuju ke mercu kejayaan bangsa dan negara.

2. Latarbelakang Pembinaan Bangsa dan Negara. a) Itali

Itali pada mulaya terbahagi kepada beberapa wilayah. Orang Itali ingin menyatukan rakyat Italy di bawah satu pemerintahan. Maka, rakyat bangsa lain seperti Austria dari negara Italy. Pemimpin Italy Count Camilio Benso Di Cavour telah menggunakan monarki dan amalan real politik untuk menghalau rakyat bangsa lain dari Italy. De Cavour telah meminta bantuan pemimpin Perancis, Napoleon (111) untuk menyerang Austria untuk mengelakan ancaman. Kemudia Count Camilio telah

memenangi pungutan suara majoriti rakyat Italy. Apabila tentera Perancis berundur dari Rom pada that 1870, Count Camilio merebut peluang

menyatukan Itali dan Rom untuk membentuk sebuah negara dan bangsa Itali.

b) Jerman.

Di Jerman, Otto Edward Von Bismark mengamalkan real politik dan politik darah dan besi untuk menyatukan Jerman. Bismark menggunakan pelbagai teknik seperti ugutan, provokasi, pemalsuan dokumen untuk mencetuskan peperangan. Bismark membangkitkan perasaan benci terhadap bangsa lain di Jerman untuk menyatukan rakyat Jerman. Dalam proses ini Jerman telah terlibat dalam beberapa siri peperangan seperti perang dengan Perancis, Austria dan Denmark.

(3)

c) Madinah

Nabi Muhammad (s.a.w.) telah menyatukan penduduk di Madinah di bawah kerajaan Islam yang pertama. Nabi telah merangka sebuah perlembagaan sebelum mendirikan kerajaan. Semua rakyat yang berbilang bangsa dan agama di Madinah mengiktiraf Nabi sebagai pemimpin Madinah dan

sanggup mempertahankan Madinah dari musuhnya. Penyatuan penduduk di bawaj konsep persaudaraan membentuk satu ummah . Nabi telah

mengadakan musyarawah dan menjalankan politik diplomasi untuk mencari solusi kepada sebarang masalah. Orang Yahudi dan Kristian telah

bersetuju dengan Piagam Madinah dan tinggal bersama-sama orang Islam di bawah payung Kerajaan Islam Madinah.

d) Negara Malaysia

- Kebijaksanaan pemimpin

- Mendapat kemerdekaan dari British tanpa pertumpahan darah - Kemerdekaan melalui rundingan

- Pakatan murni- parti perikatan membentuk kerajaan perpaduan - Kerajaan melibatkan 3 kaum terbesar

(4)

3. Ciri- ciri bangsa Malaysia

Dengan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin negara kita, Malaysia mendapat kemerdekaan daripada British pada tahun 1957. Penglibatan rakyat berbilang kaum telah mewujudkan sebuah negara merdeka. Sebuah negara dan bangsa mesti mempunyai cirri-ciri tertentu iaitu,kerajaan, bangsa, kerajaan, dan perlembagaan.

a) Negara

Negara bermaksud wilayah yang mempunyai sempadan. Negara Malaysia termasuk lah Tanah Melayu dengan 13 buah negeri , Sabah dan Sarawak. Setiap negeri mempunyai pemerintah iaitu Sultan atau Yang Dipertua Negeri. Setiap negeri juga mempunyai Kerajaan negeri dan perlembagaan negeri masing bagi menjalankan pentadbiran.

b) Bangsa

Bangsa merujuk kepada kumpulan manusia yang di sebuah lokasi geografi dan mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat, agama dan cara hidup. Di Malaysia, rumpun bangsa asal ialah kaum Melayu dan etnik Sabah , Sarawak. Namun bangsa Malaysi terdiri daripada rakyat berbilang kaum yang hidup secara bertolak ansur.

c) Kerajaan

Kerajaan ialah institusi pemerintahan yang paling tinggi di negara kita, Do negara kita Kerajaan pimpinan Parti Perikatan pada era pasca merdeka dan kini Parti Barisan Nasional merupakan parti komponen parti-parti semua kaum di Malaysia. Kerajaan ini bertanggungjawan dalam menentukan

(5)

dasar-dasar kerajaan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Di negara kita kerajaan terdiri daripada tiga entiti iaitu, Eksekutif ( Perdana

Menteri dan Kabinet), legislatif ( Dewan Rakyat dan Dewan Negara) dan judisiari ( Badan Kehakiman). Kerajaan juga berfungsi sebagai pengaman negara.

d) Perlembagaan

Perlembagaan ialah peraturan bertulis yang tertinggi di sebuah negara. Di Malaysia perlembangaan telah dirangka oleh Suruhanjaya reid pada tahun 1957 dengan persetujuan pemimpin negara. Perlembagaan ini merupakan dokumen bertulis yang menjad rujukan pemerintah dan rakyat semasa menjalankan pentadbiran negara.

4. Langkah –langkah untuk memantapkan sistem pentadbiran negara dan bangsa Malaysia

Malaysia harus menaik taraf sistem pendidikan negara bagi melahirkan lebih ramai golongan intelek . Golongan intelek mampu untuk mengendalikan negara dengan lebih baik. Mengikut kata-kata falsafah Yunani, Plato yang

menyatakan pentadbiran sebuah negara harus dijalankan oleh ahli falsafah yang intelek. Jadi sistem pendidikan harus ditingkatkan supaya dapat bersaing dengan negara –negara lain. Bakal para intelek mampu untuk meminda perlembagaan mengikut masa untuk kepentingan negara. Bidang pendidikan Sains Politik harus diberi keutamaan supaya lebih ramai pelajar dapat mengikuti kursus ini.

(6)

Rakyat harus disedarkan dengan konsep 1 Malaysia kerana sebagai sebuah negara berbilang kaum, dasar perpaduan amat penting untuk menjamin kesejahteraan rakyat. Dari bangku sekolah lagi konsep 1 Malaysia harus disemaikan dalam kalangan pelajar supaya mereka sematkan dalam sanubari mereka. Konsep perpaduan negara kita sememangnya unik kerana pelbagai kaum dapat hidup di bawah satu pemerintahan yang adil seperti yang berlaku di Madinah pada masa dahulu.

Rakyat Malaysia juga harus membekalkan diri dengan pelbagai kemahiran supaya dapat bersaing secara globalisasi. Kini teknologi maklumat sudah menjadikan negara-negara tanpa sempadan dan hal ini telah menimbulkan persaingan sihat dalam kalangan masyarakat dunia. Jadi, peluang ini harus direbut oleh kerajaan dan rakyat negara kita untuk mencapai kejayaan dari segi politik, sosial dan ekonomi.

Kerajaan pula harus mengenepikan karenah birokrasi pentadbiran yang menyusahkan rakyat. Kerajaan harus mencari kaedah –kaedah baharu untuk member keselesaan kepada rakyat untuk berurusan dengan rakyat. Misalnya, pembayaran cukai oleh rakyat harus lebih mudah dan mendapatkan dokumen-dokumen diri seperti kad pengenalan, paspot dan lesen-lesen perniagaan harus lebih efektif dan effisien.

Sistem pilihanraya untuk memilih kerajaan juga harus lebih sempurna kerana harus dipandang sebagai telus dan yakin oleh rakyat negara kita. Sistem pilihanraya harus memcapai pembaruan dari segi pendaftaran pemilih dan proses pengundian. Pengunaan dakwat kekal untuk mengelakkan pengundi “hantu” ialah satu langkah yang positif. Ada negara lain seperti India yang

(7)

sudah pun menggunakan sistem undi elektronik yang patut dicontohi oleh negara kita. Apa pun segala penyesuaian haruslah selaras dengan kehendak rakyat negara kita.

Pemimpim negara juga harus mempunyai wawasan yang jauh dan membuat perancangan jangka panjang supaya tidak berlaku banyak perubahan dalam pentadbiran dalam jangka masa pendek. Pemimpim negara juga harus memastikan agihan ekonomi yang lebih adil kepada rakyat supaya semua rakyat dapat menikmati kemakmuran negara. “Kronisme” dalam bidang ekonomi harus dhapuskan dan miskin tegar mesti manjadi sifar. Hubungan diplomatic dengan negara luar oleh pemimpin negara juga harus

dipertingkatkan .

5. Kejayaan Malaysia sebagai Negara dan Bangsa

a) Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum telah mencapai konsep

perpaduan yang unik di bawah politik demokrasi. Semua kaum bertolak ansur dan mematuhi perlembagaan serta di hidup di bawah payung demokrasi negara. Konsep perpaduan negara kita bukan senang dicapai memandangakan banyak negara lain di dunia menghadapi pelbagai masalah etnik dan pergolakan yang membawa kepada pertumpahan darah. Namun di negara kita , rakyat hidup bersatu padu dan dalam keadaan yang aman dan damai. Hal ini demikian kerana sistem demokrasi menjanjikan kestabilan yang mantap.

b) Kestabilan politik juga telah meningkatkan ekonomi negara kita. Daripada negara yang bergantung kepada bijih timah dan getah pada era pasca

(8)

, perlombongan dan pelancongan. Perindustrian negara kita telah berkembang pesat dengan terbinanya kawasan Zon Perdagangan Bebas di Bayan Lepas, Prai, Shah Alam, Senawang dan Johor Baharu. Ramai pelabur asing sperti Jepun, China dan Korea Selatan telah melabur dalam bidang perindustrian di negara kita kerana negara kita stabil dari segi ekonomi.

c) Kestabilan politik juga telah mendorong negara kita untuk mencapai

peningkatan dalam bidang sosial. Pelbagai prasarana telah dibina di negara kita untuk kebajikan dan keselesaan penduduknya. Antaranya ialah pembinaan Bandar pentadbiran di Putrajaya di mana bangunan –bangunan kerajaan

ditempatkan di satu lokasi. Hal ini memudahkan pentadbiran negara dan juga memudahlan rakyat berurusan dengan jabatan-jabatan kerajaan.

d) Seterusnya pembinaan pelbagai prasarna pengangkutan seperti Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) , Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) di Sepang, perkhidmatan keretapi dibandar seperti Monorel, LRT dan PUTRA serta pembinaa Terowong SMART yang boleh digunakan untuk menampung bilangan kenderaan yang banyak dan juga untuk mengalirkan air banjir semasa hujan lebat di bandaraya Kuala Lumpur. Terowong ini merupakan lencongan air terpanjang di Asia Tenggara sepanjang 9.7 km. Terowong ini telah menyelesaikan masalah banjir di Kuala Lumpur.

e) Tidak dapat dinafikan perusahaan automobil merupakan mercu kecemerlangan dalam mencapai kejayaan Malaysia. Di Malaysia terdapat dua buah syarikat yang menghasilkan kereta nasional iaitu PROTON dan PERODUA. Syarikat PROTON berjaya mengeluarkan kereta Proton Saga pertama di Malaysia pada tahun 1985. Kejayaan ini telah menandakan bahawa Malaysia berupaya

(9)

PERODUA pula, kereta yang dihasilkan termasuklah Kancil, Kenari, Kelisa, Myvi, Viva dan lain-lain.

f) Malaysia juga melangkah ke era teknologi angkasa lepas apabila kita berjaya mnelancarkan dua satelit iaiatu MEASAT I DAN MEASAT II . Malaysia juga melancarkan mikrosatelit yang pertama, TIUNG SAT ke angkasa lepas.

Kemudian program menghantar angkasawan negara , Dr Sheikh Musazapharke angkasa lepas bersama angkasawan Amerika dan Russia melalui program usaha sama.

g) Malaysia juga diitiraf sebagai negara yang berdaulat kerana Malaysia menjadi ahli dalam banyak pertubuhan dunia seperti OIC, PBB, NAM, Komanwel dan ASEAN. Malaysia terlibat aktif dalam pelbagai program yang dianjurkan oleh pertubuhan-pertubuhan ini. Misalnya Malaysia pernah membantu askar

pengaman PBB di Somali dan Bosnia. Malaysia juga memainkan peranan penting dalam ekonomi serantau di ASEAN.

6. Cabaran – cabaran yang dihadapi oleh negara Malaysia dalam abad ke 21.

Terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang boleh menghasilkan pelbagai produk hasil idea, ciptaan dan

kreativiti.

a) Kurang bidang penyelidikan (Research & Development)

Negara kita masih jauh ketinggalan dari segi penyelidiakan untuk menghasilkan produk-produk baru. Pendidikan kita masih kurang

(10)

mementingkan aspek ini, seterusnya membantutkan perlembangan minda yang kreatif untuk menghasilkan ciptaan baru.

b) Tahap pendidikan

Tahap pendidikan negara kita juga masih belum dapat bersaing dengan negara-negara maju yang lain seperti Jepun dan Amerika Syarikat. Oleh itu, pendidikan kita masih tidak mampu melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif demi menghasilkan ciptaan baru.

c) Kemasukan tenaga buruh asing

Kemasukan buruh asing tanpa kawalan telah menjejaskan peluang pekerjaan. Di samping itu, mereka tidak mahir dan tidak mampu untuk melahirkan idea baru dalam sektor perindustrian. Kemasukan imigran tanpa kawalan juga telah mengakibat pelbagai isu sosial seperti jenayah.

d) Terlalu bergantung kepada teknologi negara lain

Banyak produk indutsri kita masih dibantu oleh teknologi luar. Kita

terpaksa meminjam teknologi dan kepakaran kerana kita masih ketandusan idea, teknologi dan kreativiti.

e) Gejala sosial

Keruntuhan akhlak anak muda di negara kita juga semakin runcing.

Ledakan informasi melalui internet juga mempengaruhi anak-anak supaya cenderung ke budaya hedonisme dan alpa dengan budaya ketimuran kita. Masalah penagihan dadah, pembuangan bayi, jenayah ragut adalah antara bukti keruntuhan nilai moral dalam kalangan anak muda. Baru-baru ini, negara digemparkan dengan berita anak-anak muda meninggal dunia akibat

(11)

menagih dadah semasa menyaksikan konsert muzik Barat. Hal ini menunjukkan segelintir remaja masih kini sudaj mula rosak akhlak dan moral mereka

f) Ancaman anasir subversif

Ada golongan tertentu yang sengaja ingin menjatuhkan kerajaan untuk mencapai motif mereka yang tersendiri. Melalui media elektronik , golongan ini mempengaruhi rakyat untuk menjatukan kerajaan.

Demonstrasi jalanan dianjurkan bagi mengugat keamanan negara. Pelbagai propaganda disebarkan untuk menanamkan perasaan benci terhadap kerajaan.

g) Pemcerobohan sempadan

Sempadan negara kerap dicerobohi oleh pendatang asing. Kadang-kadang pencerobohan ini mengancam keselamtan negara. Misalnya, baru-baru ini, terdapat sekumpulan askar militan dari Kepulauan Sulu telah menceroboh Lahad Datu, Sabah. Askar negara kita terpaksa berperang dengan mereka untuk mengekalkan kedaulatan negera kita.

7. Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran a) Perkembangan ICT

Masyarakat negara kita harus didedahkan kepada kemajuan ICT. Hal ini penting kerana tanpa penguasaan kemahiran ICT, kita tidak mampu bersaing dengan masyarakat lain yang celik ICT

(12)

b) Mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing.

Kita harus mengurangkan pekerja asing separuh mahir dan tidak mahir. Orang tempatan harus diberi pendidikan dan latihan yang sewajarnya supaya mereka boleh member idea yang kreatif untuk menghasilkan ciptaan baru.

c) Menubuhkan lebih banyak institusi pendidikan tinggi

Kerajaan harus menubuhkan lebih banyak pusat-pusat pendidikan tinggi yang berkualiti tinggi. Dengan ini para graduan kita dapat bersaing minda dengan masyarakat lain. Prasarana di universiti tempatan juga harus ditingkatkan untuk member lebih pendidikan berkualiti.

d) Kestabilan politik

Kita harus sentiasa memelihara kestabilan politik supaya negara boleh bertambah maju dalam bidang sains dan teknologi. Anasir-anasir jahat yang cuba mengganggu negara haruslah dibanteras segera. Penguatkuasaan undang-undang harus lebih mantap agar tidak ada kumpulan yang berbeza idealogi mempengaruhi rakyat.

e) Mematuhi undang-undang

Rakyat harus mematuhi undang-undang negara dan jangan mudah terpengaruh dengan propaganda kumpulan-kumpulan yang ingin menjatuhkan negara. Segala masalah yang timbul harus diselesaikan dengan melalui saluran yang sah dan bukannya dengan menentang proses pentadbiran yang sedia ada.

(13)

8. Iktibar

Sebagai individu yang patriotik dan bertanggungjawab, kita harus

bekerjasama untuk memajukan negara. Semua kemahiran dan pengetahuan yang kita timba harus dikongsi bersama untuk kemajuan negara kita bak kata pepatah bulat air kerana pembetung,bulat manusia kerana muafakat. Anggota masyarakat yang bekerjasama demi kemajuan negara sangat penting untuk mengangkat prestij sebuah negara di persada antarabangsa.

Kita boleh belajar cara untuk kerjasama dengan pakar-pakar dari luar negara bagi mengatasi kelemahan kita, Kita tidak harus bersikap sombong malah harus menerima kelemahan kita dan berusaha untuk mencari idea untuk

membaiki kelemahkan kita. Kerjasama dengan pihak luar ke arah pembangunan minda dan fizikal mampu melahirkan modal insan yang innovatif dan kreatif bagi menghasilkan ciptaan, produklatau sistem yang memajukan masyarakat kita.

Kita harus bersikap positif menerima idea daripada luar. Perkara yang berfaedah boleh kita terima dan kita harus bersikap optimis kerana bukan semua perkara dari luar negara mempunyai cirri-ciri negatif, bak kata pepatah buang yang keruh ambil yang jernih. Selain itu kita harus berani untuk menyahut cabaran baru yang berasal dari luar negara. Pengenalan teknologi baru harus diterima secara terbuka supaya kita tidak terpinggir daripada arus pemodenen dunia. Seterusnya kita harus sentiasa yakin diri yang kita adalah satu bangsa Malaysia yang mampu bersaing dengan

(14)

Kita harus menghormati semua bangsa di negara kita. Sama ada bangsa majoriti atau minority kita harus bertolak ansur dan menyelesaikan segala maslah yang timbul dengan cara rundingan.

Referensi

Dokumen terkait