• Tidak ada hasil yang ditemukan

TERMA DAN SYARAT AKAUN AFFIN EMAS-i (TIDAK DILINDUNGI OLEH PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA ( PIDM )

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "TERMA DAN SYARAT AKAUN AFFIN EMAS-i (TIDAK DILINDUNGI OLEH PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA ( PIDM )"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

© 2021 Affin Islamic Bank Berhad 200501027372 (709506-V) TERMA DAN SYARAT

AKAUN AFFIN EMAS-i

(TIDAK DILINDUNGI OLEH PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (“PIDM”)

Terma & Syarat (“T&S”) ini hendaklah dibaca dengan Lembaran Penerangan Produk (“LPP”), risalah, brosur atau sebarang terma dan syarat yang dikeluarkan oleh pihak Affin Islamic Bank Berhad untuk Akaun AFFIN Emas-i yang mungkin akan dikenakan dari semasa ke semasa mengikut jenis tertentu emas yang dibeli oleh Pelanggan. Setiap emas yang dibeli dan operasi yang dibuat ke atas Akaun AFFIN Emas-i ini adalah tertakluk sepenuhnya kepada T&S yang dinyatakan di bawah:

1. DEFINISI 1.1 Definisi

“Akaun AFFIN Emas-i” merujuk kepada akaun asas bagi Pelanggan yang ingin berdagang emas dengan harga harian dalam bentuk penyata/sijil yang disebut dalam Ringgit Malaysia.

“Bai’ al-Sarf” merujuk kepada kontrak penukaran wang dengan wang bagi jenis yang sama atau berbeza. Wang adalah medium pertukaran dalam bentuk emas, nota matawang atau syiling yang mempunyai tender sah, atau bentuk lain yang diterima oleh Syariah. Di bawah produk ini, bai’ al-sarf merujuk kepada pertukaran emas kepada wang kertas atau sebaliknya.

“Bank” bermaksud Affin Islamic Bank Berhad dan Affin Bank Berhad termasuk penggantinya dalam hak milik dan pemegang serah hak.

“BNM” bermaksud Bank Negara Malaysia.

“Hari Perniagaan” merujuk kepada transaksi emas dilaksanakan daripada Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum dan hujung minggu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (“WPKL”).

“Harga Belian” menandakan harga di mana pihak Bank membeli emas daripada Pelanggan.

“Pelanggan” bermaksud pemegang akaun seperti individu, rakan kongsi, pemilikan tunggal, syarikat, kelab, persatuan, pertubuhan, organisasi dan badan-badan berkanun dan hendaklah termasuk waris, orang yang diberi kuasa, ejen, pentadbir, wakil-wakil peribadi dan pengganti hak milik kecuali jika dinyatakan selain itu di dalam T&S ini atau oleh pihak Bank dari semasa ke semasa.

“Penukaran Emas” merujuk kepada penukaran Akaun AFFIN Emas-i kepada AFFIN Emas-i (Emas Fizikal).

“Pembekal Emas” merujuk kepada Quantum Metal Sdn Bhd atau pembekal emas yang mempunyai reputasi baik, diperakui dan dibenarkan yang mana akan ditentukan dan diberitahu oleh pihak Bank dari semasa ke semasa.

“Emas Fizikal” merujuk kepada jongkong emas dicetak bersiri dalam denominasi yang berbeza dengan ketulenan 99.99% dan direkodkan di dalam sistem sebagai jongkong dicetak bersiri individu dalam pelbagai denominasi yang dijual kepada Pelanggan di cawangan Bank yang mana menyebabkan Pelanggan mengambil pemilikan fizikal logam emas tersebut.

(2)

“Penebusan” merujuk kepada penebusan dan tawaran untuk menjual yang dibuat oleh Pelanggan bagi penebusan/penjualan emas yang telah dibeli.

“Harga Jualan” menandakan harga di mana pihak Bank menjual Emas kepada Pelanggan.

“Terma & Syarat” atau “T&S” bermaksud terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan di dalam dokumen ini dan akan termasuk mana-mana pindaan, perubahan dan tambahan yang dibuat dari semasa ke semasa oleh pihak Bank dengan dua puluh satu (21) hari notis terlebih dahulu dan hendaklah terpakai kepada semua akaun melainkan jika dinyatakan terma jenis akaun khusus yang sebaliknya diguna pakai.

“Jumlah Harga Emas” bermaksud sejumlah wang dalam Ringgit untuk pembelian emas yang bersamaan dengan jumlah kuantiti emas yang akan dibeli didarabkan dengan harga emas yang dinyatakan oleh pihak Bank pada Hari Perniagaan.

“Akaun Transaksi” merujuk kepada Akaun Simpanan-i/Akaun Semasa-i (“ASAS-i”) atau Akaun Simpanan/Akaun Semasa (“ASAS”) Pelanggan yang dibuka dan dikekalkan dengan Bank.

“Wa'd” merujuk kepada janji yang diberi sebelah pihak yang merujuk kepada ekspresi komitmen yang diberikan oleh satu pihak kepada pihak yang lain untuk melakukan tindakan tertentu pada masa depan. “Wadiah” merujuk kepada kontrak di mana aset yang dimiliki ditempatkan dengan pihak lain atas dasar amanah untuk tujuan penyimpanan.

2. PENGENDALIAN AKAUN

2.1 Pelanggan bersetuju untuk membuka Akaun Transaksi untuk mendebitkan Jumlah Harga Emas semasa pembelian emas atau mengkreditkan hasil jualan semasa penebusan/jualan emas. Pembukaan Akaun Transaksi adalah mengikut budi bicara pihak Bank sepenuhnya.

2.2 Pelanggan hendaklah mendepositkan (atau memastikan terdapat baki yang mencukupi) ke dalam Akaun Transaksi yang berkenaan sejumlah wang yang bersamaan dengan Jumlah Harga Emas.

2.3 Pelanggan akan membeli sejumlah emas (dalam gram) pada Harga Jualan Emas daripada pihak Bank. 2.4 Pelanggan dengan ini bersetuju dan membenarkan pihak Bank untuk menghubungkan Akaun AFFIN

Emas-i dengan Akaun Transaksi dan memberi kuasa kepada pihak Bank untuk mendebit/mengkredit Akaun Transaksi tersebut bagi pembelian dan penjualan emas atau apa-apa fi dan/atau caj yang mungkin dikenakan ke atas Pelanggan di bawah Akaun AFFIN Emas-i.

2.5 Selepas penerimaan setiap transaksi, transaksi tersebut akan dianggap sebagai sah dan sebarang permintaan pembatalan atau pindaan tidak dibenarkan.

2.6 Pelanggan diingatkan untuk membaca dan memahami dengan ciri-ciri dan risiko-risiko Akaun AFFIN Emas-i. Sekiranya terdapat ciri-ciri dan risiko-risiko Akaun AFFIN Emas-i yang tidak difahami oleh Pelanggan, Pelanggan dengan ini dinasihatkan untuk berbincang lanjut dengan kakitangan, wakil atau ejen Bank.

2.7 Setelah Pelanggan menandatangani dokumen yang berkaitan dengan Akaun AFFIN Emas-i, Pelanggan memberi kuasa kepada pihak Bank untuk mendebitkan Akaun Transaksi Pelanggan bagi Jumlah Harga Emas tersebut.

2.8 Pelanggan akan menerima penyata/sijil untuk transaksi rekod Pelanggan.

2.9 Pelanggan hendaklah bertanggungjawab ke atas segala cukai atau levi yang perlu dibayar ke atas Akaun AFFIN Emas-i atau bagi emas yang telah dibeli dan/atau dijual di bawah Akaun AFFIN Emas-i (jika ada).

(3)

© 2021 Affin Islamic Bank Berhad 200501027372 (709506-V)

2.10 Pihak Bank tidak boleh dijadikan pihak yang bertanggungjawab dalam sebarang persetujuan sekuriti antara Pelanggan dan pihak ketiga berhubung dengan emas yang telah dibeli.

3. RANGKUMAN BAI’ AL-SARF, WA’D DAN WADIAH

3.1 Akaun AFFIN Emas-i adalah berasaskan konsep Bai’ al-Sarf, Wa’d dan Wadiah menurut Syariah.

3.2 Bai’ al-Sarf merujuk kepada kontrak penukaran wang dengan wang dalam jenis yang sama atau berbeza. Wang adalah medium penukaran dalam bentuk emas, nota matawang atau syiling yang mempunyai tender sah, atau bentuk lain yang diterima oleh Syariah. Di bawah produk ini Bai 'al-Sarf merujuk kepada penukaran emas kepada wang kertas atau sebaliknya.

3.3 Wa'd merujuk kepada janji yang diberi sebelah pihak yang merujuk kepada ekspresi komitmen yang diberikan oleh satu pihak kepada pihak yang lain untuk melakukan tindakan tertentu pada masa depan. Ia terpakai apabila pihak Bank menyediakan suatu aku janji untuk membeli balik emas daripada Pelanggan.

3.4 Wadiah merujuk kepada kontrak di mana aset yang dimiliki ditempatkan dengan pihak lain atas dasar amanah untuk tujuan penyimpanan. Dalam kes ini, pihak Bank bertindak sebagai penyimpan untuk menyimpan emas bagi pihak Pelanggan.

4. PEMBELIAN EMAS

4.1 Akaun AFFIN Emas-i merujuk kepada kaedah urus niaga sejumlah emas tertentu bagi Pelanggan yang ingin berdagang emas dengan harga harian dalam bentuk buku penyata/sijil yang dalam Ringgit Malaysia.

4.2 Penyata/sijil emas akan mencatat setiap transaksi emas untuk jumlah emas (dalam gram) yang dibeli/dijual oleh Pelanggan.

4.3 Sebelum membeli emas, Pelanggan hendaklah membaca LPP, T&S dan/atau dokumen yang berkaitan yang disediakan oleh pihak Bank dan tertakluk pada syarat pihak Bank, termasuk tetapi tidak terhad kepada keperluan had umur, minimum kuantiti denominasi emas, rujukan serta dokumen-dokumen sokongan yang boleh diterima oleh pihak Bank. Pihak Bank berhak membuat pindaan terhadap syarat-syarat tersebut dari semasa ke semasa. Pihak Bank mengikut budi bicaranya boleh menolak sebarang permohonan untuk membeli emas.

4.4 Kuantiti minimum denominasi emas yang akan dibeli adalah seperti yang dinyatakan di dalam jadual di bawah dan tertakluk pada sebarang perubahan yang akan ditentukan oleh pihak Bank mengikut budi bicara dengan notis terlebih dahulu:

Jenis Pelanggan Belian Permulaan Pembelian Seterusnya

Individu & Bukan Individu

RM10 atau 1 gram RM10 atau 1 gram

Kelayakan:

Individu : Individu yang telah mencapai umur 18 tahun Bukan

Individu

: Kelab, pertubuhan, persatuan, institusi termasuk firma, syarikat dan perusahaan perniagaan lain, pelanggan korporat dan komersial

Nota:

(4)

4.5 Pelanggan boleh, pada mana-mana Hari Perniagaan dan dari semasa ke semasa, membeli jumlah emas tersebut daripada pihak Bank tertakluk pada terma dan syarat yang terkandung dalam T&S ini.

4.6 Pihak Bank dengan serta-merta merekodkan transaksi pembelian di dalam sistem pada penyata/sijil Akaun AFFIN Emas-i dan kuantiti emas yang telah dibeli, denominasi dan Jumlah Harga Emas pada masa pembelian.

4.7 Harga emas setiap gram didarab dengan kuantiti emas yang akan dibeli oleh Pelanggan akan membentuk Jumlah Harga Emas Pelanggan. Harga Jualan emas per gram akan ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mengikut prinsip-prinsip Syariah, dengan mengambil kira semua faktor berkaitan yang difikirkan relevan oleh pihak Bank termasuk keadaan semasa pasaran dunia dan tempatan bagi emas, kadar pertukaran antara Dolar Amerika Syarikat (USD) dan Ringgit Malaysia (RM) dan ketulenan emas.

4.8 Harga Jualan Emas indikatif harian untuk Pelanggan akan dipaparkan pada waktu perniagaan di cawangan Bank, laman sesawang atau cara komunikasi lain dan akan disebut harga sebagai Harga Jualan Bank.

4.9 Harga harian sebenar belian emas untuk Pelanggan hendaklah dimaklumkan kepada Pelanggan semasa pengesahan Pelanggan untuk membeli emas.

4.10 Sekiranya tiada harga sebenar tersedia, transaksi emas akan dilakukan pada Hari Perniagaan berikutnya atau apabila harga sebenar telah tersedia.

4.11 Pelanggan seterusnya bersetuju bahawa semua risiko Akaun AFFIN Emas-i akan dipindahkan kepada Pelanggan semasa penerimaan penyata/sijil oleh Pelanggan.

4.12 Yuran dan caj yang berkaitan dengan produk tersebut hendaklah ditanggung oleh Pelanggan dan Pelanggan bersetuju untuk pihak Bank membayar yuran-yuran tersebut bagi pihak Pelanggan (jika terpakai).

4.13 Pelanggan boleh melakukan transaksi berkaitan emas melalui Kaunter di mana-mana cawangan AFFIN ISLAMIC atau AFFINBANK semasa Hari Perniagaan.

5. PENEBUSAN/PENJUALAN EMAS

5.1 Pelanggan boleh, pada mana-mana Hari Perniagaan, menjual balik emas kepada pihak Bank dengan mengemukakan penyata/sijil Akaun AFFIN Emas-i dan melengkapkan Borang Penebusan Emas.

5.2 Hasil jualan hendaklah dibayar kepada Pelanggan pada Hari Perniagaan yang sama, dengan mengkreditkan hasil tersebut ke dalam Akaun Transaksi Pelanggan.

5.3 Transaksi penebusan/penjualan akan dilakukan oleh Pelanggan yang didaftarkan di bawah rekod Bank sebagai pembeli/pemilik emas.

5.4 Penebusan sebahagian adalah dibenarkan dimana Pelanggan boleh menjual sebahagian daripada keseluruhan inventori pegangan emas.

5.5 Harga Belian Emas indikatif harian untuk Pelanggan akan dipaparkan pada waktu perniagaan di cawangan pihak Bank, laman sesawang atau apa-apa cara komunikasi yang lain dan akan disebut harga sebagai harga Belian pihak Bank.

5.6 Harga harian sebenar jualan emas untuk pelanggan hendaklah dimaklumkan kepada Pelanggan semasa pengesahan Pelanggan untuk menjual Emas tersebut.

5.7 Harga Belian akan dikreditkan ke dalam ASAS-i/ASAS Pelanggan setelah selesai transaksi penjualan dan Akaun AFFIN Emas-i dengan baki sifar akan ditutup.

(5)

© 2021 Affin Islamic Bank Berhad 200501027372 (709506-V)

5.8 Sekiranya berlaku gangguan sistem teknikal, pihak Bank mempunyai hak untuk menolak sebarang arahan transaksi jualan. Penyerahan awal emas adalah tidak dibenarkan.

5.9 Transaksi penebusan/jualan boleh dilakukan di mana-mana cawangan pihak Bank semasa Hari Perniagaan.

6. PENUKARAN EMAS

6.1 Pelanggan boleh menukar Akaun AFFIN Emas-i kepada Emas Fizikal (Certikad AFFIN Emas-i).

6.2 Penukaran Emas Fizikal kepada Akaun AFFIN Emas-i adalah tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, Pelanggan boleh menjual Emas Fizikal mereka dan membeli Akaun AFFIN Emas Account-i pada Harga Jualan semasa.

6.3 Pelanggan dikehendaki menyediakan notis bertulis (minimum 5 hari bekerja notis terlebih dahulu) memaklumkan kepada Cawangan masing-masing mengenai hasrat untuk membuat pengeluaran daripada Akaun AFFIN dan mengambil emas fizikal. Pihak Cawangan akan menghubungi Pelanggan setelah stok emas tersedia.

6.4 Pelanggan mesti mengunjungi Cawangan dan mengemukakan pengenalan Pelanggan sebagai contoh MyKad, penyata/sijil Akaun AFFIN Emas-i dan mengisi Borang Penukaran Emas.

6.5 Caj perkhidmatan dan perbezaan harga emas untuk setiap denominasi (jika berkenaan) akan dikenakan untuk penukaran tersebut.

6.6 Denominasi emas yang tersedia bagi penukaran Emas Fizikal adalah 1, 5, 10, 20, 50, 100, 500 dan 1,000 gram dan mungkin akan ditentukan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa.

6.7 Terma dan Syarat AFFIN Emas-i (Emas Fizikal) akan terpakai bagi Pelanggan yang menukar Akaun AFFIN Emas-i kepada Emas Fizikal.

7. INDEMNITI

7.1 Pelanggan berjanji untuk melindungi pihak Bank terhadap tuntutan, ganti rugi, tindakan, prosiding, kerugian dan perbelanjaan (termasuk kos undang-undang antara peguam dan pelanggannya) dan semua liabiliti lain yang apa jua sifatnya atau perihalan yang mungkin dibuat, diambil, ditanggung atau yang dialami oleh pihak Bank berkaitan dengan atau dalam apa jua cara yang timbul daripada sebarang peruntukan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Bank menurut T&S atau penerimaan mana-mana arahan yang diberikan oleh Pelanggan atau pelanggaran mana-mana peruntukan T&S oleh Pelanggan melainkan perbelanjaan, kerugian, kerosakan atau liabiliti yang disebabkan oleh keingkaran, kecuaian atau penipuan dari pihak Bank. Liabiliti Pelanggan akan terus berkuat kuasa sepenuhnya sehingga liabiliti Pelanggan kepada Bank dilepaskan sepenuhnya.

8. PERUBAHAN BUTIR-BUTIR

8.1 Tiada sebarang perubahan maklumat Pelanggan, alamat, nombor telefon dan lain-lain walau apa jua yang akan dianggap efektif atau terikat melainkan pelanggan telah memberikan notis bertulis kepada pihak Bank berkenaan perubahan tersebut. Perubahan tersebut akan terjejas atau menjejaskan mana-mana perubahan selepasnya bagi alamat di mana-mana, pihak Bank tidak mengetahui pada masa tersebut bahawa perubahan tersebut telah dilakukan atau dijalankan.

8.2 Pelanggan dikehendaki memberitahu pihak Bank secara bertulis sekiranya terdapat perubahan pada tandatangan dan penandatangan yang dibenarkan, perubahan pemegang amanah (untuk akaun persatuan), pertukaran Artikel Tubuh Syarikat (untuk akaun syarikat), perubahan alamat ataupun sebarang maklumat penting yang direkodkan oleh pihak Bank dan lain-lain. Semua komunikasi yang

(6)

diposkan kepada atau diletakkan di tempat alamat terakhir Pelanggan yang didaftarkan dengan pihak Bank adalah dikira sebagai telah dihantar kepada Pelanggan.

9. UNDANG-UNDANG

9.1 T&S ini adalah tertakluk, dikawal serta ditafsirkan selaras dengan Undang-undang Malaysia dan undang-undang peraturan dan garis panduan BNM dan badan-badan yang berkaitan, yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

10. YURAN DAN CAJ

10.1 Senarai yuran dan caj Bank untuk akaun emas, perkhidmatan depositori dan kemudahan dan perkhidmatan perbankan, sebagaimana yang akan dikenakan dan/atau disemak oleh pihak Bank dari semasa ke semasa yang difikirkan sesuai dengan memberi notis dua puluh satu (21) hari sebelumnya, akan disediakan atas permintaan.

10.2 Sila rujuk www.affinislamic.com.my/www.affinonline.com untuk Yuran dan Caj terkini Bank dan juga boleh didapati di semua cawangan Bank.

11. FASAL PRIVASI

11.1 Pelanggan dengan ini mengesahkan bahawa dia telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Notis Privasi Kumpulan Bank dan fasal-fasal yang terkandung di dalam T&S ini, sebagaimana yang berkaitan dengan pemprosesan maklumat peribadinya. Pihak Bank dengan ini dibenarkan untuk memasarkan produk-produk Kumpulan atau syarikat bersekutu/ kembarnya yang berkepentingan kepada Pelanggan kecuali Pelanggan menghubungi mana-mana cawangan Bank untuk menarik diri. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, Pelanggan bersetuju bahawa Notis Privasi Kumpulan tersebut hendaklah disifatkan telah digabungkan dengan merujuk kepada Terma dan Syarat ini.

11.2 Sila rujuk Notis Privasi Kumpulan kami yang boleh didapati di mana-mana pejabat atau cawangan Kumpulan Affin Bank Berhad atau di laman web di www.affinislamic.com.my/www.affinonline.com. 12. CUKAI

12.1 Sebarang cukai barangan dan perkhidmatan atau levi pada masa ini atau selepas ini yang dikenakan oleh undang-undang atau hendaklah dibayar berkenaan dengan apa-apa wang yang perlu dibayar kepada atau diterima oleh pihak Bank atas sebarang perbelanjaan yang ditanggung atau akan ditanggung oleh pihak Bank (kecuali jika dilarang oleh undang-undang) hendaklah ditanggung oleh Pelanggan, jika berkenaan.

12.2 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa pihak Bank berhak untuk mendebitkan Akaun Transaksi untuk cukai atau levi yang kena dibayar oleh Pelanggan. Sekiranya pendebitan tersebut menyebabkan Akaun Transaksi terlebih ambil (overdrawn), caj akan dikenakan dengan sewajarnya kepada Pelanggan (rujuk terma dan syarat Transaksi Akaun).

13. FORCE MAJEURE

13.1 Walau apa pun peruntukan selain yang tertera di dalam T&S ini, sekiranya pihak Bank tidak dapat melaksanakan apa-apa operasi atau menyediakan apa-apa perkhidmatan disebabkan oleh mana-mana alasan yang di luar kawalan pihak Bank ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada kebakaran, gempa bumi, banjir, wabak, bencana alam semulajadi, kemalangan, rusuhan, gangguan awam, pertikaian industri, perbuatan musuh awam, embargo, peperangan, bencana alam atau apa-apa faktor bersifat force majeure atau sebarang kegagalan atau gangguan telekomunikasi, elektrik, air, bekalan bahan api, pihak Bank tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua cara ke atas sebarang kesulitan, kehilangan,

(7)

© 2021 Affin Islamic Bank Berhad 200501027372 (709506-V)

kecederaan, kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Pelanggan yang timbul daripada sebab yang sama.

14. PERATURAN PENTADBIRAN PERTUKARAN ASING

14.1 Yang mana berkenaan, Pelanggan hendaklah mematuhi Notis-Notis Pertukaran Asing yang dikeluarkan oleh BNM berkenaan dengan sebarang transaksi, termasuk transaksi luar negara.

14.2 Pelanggan memberi kuasa kepada pihak Bank untuk mengambil sebarang langkah bagi mematuhi Notis-Notis Pertukaran Asing yang relevan dan sedia ada dan sebarang peraturan yang dikeluarkan oleh BNM dari semasa ke semasa berkenaan dengan mana-mana transaksi. Jika berkenaan, Pelanggan hendaklah patuh dengan Notis-Notis Pertukaran Asing semasa.

15. AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM 2013 15.1 Am

Semua pihak di dalam T&S ini hendaklah mematuhi peruntukan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (“IFSA 2013”) dan semua panduan atau piawaian atau preskripsi yang dikeluarkan atau dikeluarkan oleh BNM pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa.

Pelanggan hendaklah mematuhi, jika berkenaan, dengan peruntukan Notis-Notis Pertukaran Asing dan Notis-notis yang dikeluarkan oleh BNM atau seksyen yang berkaitan dalam IFSA, peraturan-peraturan dan garis panduan dan hendaklah mendapatkan semua persetujuan atau kelulusan yang diperlukan yang berkaitan dengan Akaun AFFIN Emas-i.

16. AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN DAN PEROLEHAN KEGIATAN HARAM 2001 (“ANTI-MONEY LAUNDERING, ANTI TERRORISM FINANCING AND PROCEEDS OF UNLAWFUL ACTIVITIES ACT 2001” ("AMLA"))

16.1 Pihak Bank mempunyai kewajipan dibawah AMLA dan/atau mana-mana undang-undang dan peraturan lain untuk:

 dilarang daripada memasuki atau membuat kesimpulan transaksi yang melibatkan sebarang aktiviti pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.

 melaporkan transaksi tertentu kepada BNM dan/atau pihak berkuasa lain yang berkaitan dan pelanggan dengan ini memberi kebenaran terhadap perkara yang sama dan bersetuju bahawa pihak Bank, pegawainya dan pekerjanya tidak bertanggungjawab terhadap laporan tersebut.

16.2 Pelanggan mengesahkan kepada pihak Bank bahawa dia tidak terlibat dalam sebarang aktiviti pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.

17. PERUBAHAN TERMA DAN SYARAT

17.1 Pihak Bank berhak mengkaji semula dan menyemak mana-mana T&S ini dari semasa ke semasa dengan memberikan notis dua puluh satu (21) hari sebelumnya dengan menyiarkan di laman web Bank atau notis bertulis kepada Pelanggan. Pelanggan dinasihatkan untuk merujuk kepada terma dan syarat terkini di laman web Bank di www.affinislamic.com.my/www.affinonline.com dari semasa ke semasa. Terma dan syarat terkini yang disediakan di laman web Bank akan menggantikan semua terma dan syarat sebelumnya yang dibuat antara Bank dan Pelanggan di bawah T&S ini.

17.2 Pelanggan bersetuju untuk menerima dan mematuhi apa-apa perubahan atau pindaan kepada terma dan syarat terdahulu termasuk apa-apa terma dan syarat baharu di mana pihak Bank boleh menetapkannya mengikut budi bicaranya.

(8)

18. LAIN-LAIN PERUNTUKAN

18.1 Sekiranya terdapat apa-apa perselisihan di antara T&S ini dengan mana-mana brosur, material pemasaran atau promosi berkaitan dengan kempen atau promosinya, T&S ini akan diguna pakai.

18.2 Selain daripada sebarang peruntukan yang dinyatakan di dalam T&S ini, pihak Bank akan menyekat/mengehadkan/menangguhkan operasi semua akaun pelanggan berkaitan dengan Akaun AFFIN Emas-i menurut terma mana-mana perintah mahkamah (kebankrapan, penggulungan, injunksi, Pencegahan Pengubahan Wang Haram/Pencegahan Pembiayaan Keganasan, garnisan) atau permohonan tunjuk sebab yang disampaikan ke atasnya dan pihak Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang dialami oleh Pelanggan akibat daripada sekatan/pengehadan/penangguhan itu.

18.3 Pelanggan beragama Islam hendaklah bertanggungjawab membayar Zakat ke atas emasnya.

19. PENDEDAHAN MAKLUMAT DAN ETIKA PERNIAGAAN

19.1 Bagi memastikan etika perniagaan yang baik dan betul, Pelanggan dengan ini bersetuju untuk tertakluk pada Polisi Pendedahan Maklumat (Whistleblowing Policy) Bank yang boleh didapati dan dirujuk di www.affinonline.com/www.affinislamic.com.my.

AMARAN:

PULANGAN EMAS ADALAH DARIPADA NAIK NILAI BELIAN PERMULAAN PELANGGAN

DAN TERTAKLUK PADA TURUN NAIK PASARAN EMAS SEMASA. AKAUN AFFIN EMAS-i

TIDAK DILINDUNGI OLEH PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PIDM).

PERINGATAN: PELANGGAN DINASIHATKAN UNTUK MEMBACA DAN MEMAHAMI PRODUK

DAN TERMA DAN SYARAT SEBELUM MEMBUAT APA-APA PEMBELIAN. SEKIRANYA

PELANGGAN TIDAK MEMAHAMI SEBARANG TERMA, PELANGGAN DINASIHATI UNTUK

MENDAPATKAN NASIHAT DARIPADA STAF, WAKIL, ATAU EJEN BANK.

Referensi

Dokumen terkait

Dalam rangka mewujudkan masyarakat Indonesia yang adil dan makmur berdasarkan Pancasila dan Undang-Undang Dasar 1945, maka penegakan hukum harus dipelihara

Berdasarkan uji kesamaan rata- rata pada diperoleh nilai signifikansi adalah 0,313>0,05.dari perhitungan uji statistik ini terlihat bahwa data awal kemampuan

Berdasarkan hasil wawancara yang telah dilakukan terhadap 10 informan terdapat beberapa jenis penyakit yang dapat diobati menggunakan tumbuhan obat oleh

1. Diharapkan kepada pengurus BKPRMI Kabupaten Rokan HIlir untuk terus mengajak dan memperhatikan proses dalam perekrutan kader-kader demi kemajuan BKPRMI.. Hendaknya DPD

Dari pendapat beberapa ahli, dapat disimpulkan bahwa periklanan merupakan bentuk komunikasi dari ide, produk, organisasi yang biasanya bersifat berbayar untuk membantu

Prasasti dapat digunakan untuk mencari gambaran pranata sosial masa Bali kuno karena sifatnya sebagai putusan resmi yang dikeluarkan oleh raja atau pejabat tinggi kerajaan yang

Tujuan dari penulisan ini adalah untuk mengetahui tingkat penyerpaan anggaran belanja daerah di Kota Batu dan untuk mengetahui pengaruh faktor perencanaan, faktor

Tujuan dalam penelitian ini adalah untuk mengetahui pengaruh keadilan organisasi terhadap kepuasan kerja dan komitmen organisasional di Hotel Rama Phala Ubud..