• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pertama sekali terima kasih kerana mendapatkan Ebook Panduan ASASMula. Pemasaran Instagram Ini. Baiklah dalam Mini Ebook ini saya akan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pertama sekali terima kasih kerana mendapatkan Ebook Panduan ASASMula. Pemasaran Instagram Ini. Baiklah dalam Mini Ebook ini saya akan"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

Muka Surat | 1 Assalamualikum dan salam sejahtera.

Pertama sekali terima kasih kerana mendapatkan Ebook Panduan ASASMula Pemasaran Instagram Ini. Baiklah dalam Mini Ebook ini saya akan berkongsikan pada anda secara ringkas bagaimana STRATEGI PERMULAAN untuk anda lakukan jualan dalam Instagram.Apa yang patut anda pertimbangkan sebelum mula melangkah ke platform Instagram.

PENGENALAN

Sewaktu hari raya yang lepas, seperti orang-orang lain, kami sanak saudara berkumpul di kampung.Malam-malam biasalah, sesi lepak santai santai bersama ahli keluarga.

Anak-anak saudara saya kebanyakkan mereka sudah bersekolah menengah dan universiti, ada juga yang baru melangkah ke alam pekerjaan.Semua masih belia remaja.

Zaman sekarang, sambil santai-santai, masing masing saya lihat belek telefon bimbit masing-masing. Ada yang berchatting di WhatsApp dan Facebook, tetapi apa yang saya perhatikan, kebanyakkan mereka lebih gemar membuka Instagram.

Sekejap sekejap scroll gambar dan komen gambar rakan-rakan. Lepas tu senyum sorang-sorang.

(2)

Muka Surat | 2 Baru baru ini saya dijemput untuk berkongsi ilmu dengan pelajar-pelajar universiti di salah sebuah universiti tempatan berkenaan pemasaran internet.

Saya lakukan sedikit survey.Antara Facebook dan Instagram, mana yang mereka lebih suka dan selalu masuk.

Jawapan mereka..Instagram.

Kenapa, kenapa fenomena ini terjadi, apa sudah jadi dengan Facebook? Bukan Facebook lagi best ke?

Salah satu jawapan yang saya terima dari mereka, mereka semua bosan dengan Facebook sebab terlalu banyak iklan.Atas bawah tengah tepi semua iklan.

Dan mereka lebih gemar cuci mata melihat gambar rakan-rakan berbanding melihat status kosong.

Nampak gaya, ramai yang mula keluar dari habiskan masa di Facebook dan beralih ke Instagram.

Ini sebenarnya satu peluang bagus untuk para usahawan, kerana kita sudah tahu di mana tempat lepak baru golongan-golongan ini.

(3)

Muka Surat | 3 Saya ulang.

Mereka semua bosan dengan Facebook kerana terlalu banyak iklan.Atas bawah tengah tepi semua iklan.

Mudah kata, orang lari dari Facebook sebab tak mahu lihat iklan.

Dalam Instagram, mereka hanya akan lihat post dan gambar dari akaun yang mereka ikut ( follow ) sahaja.

Baru baru ini sahaja muncul Instagram Ads ( pengiklanan di Instagram ) tetapi itu pun cuma dalam beberapa post gambar muncul sekali sekala iklan.

Jadi, mungkin anda mula terfikir, susahlah nak buat jualan dalam Instagam ni kan? Susahlah nak promosikan produk.

Jika itu persoalan yang bermain di kepala anda, jangan risau kerana jawapannya adalah TIDAK.

Kerana, satu konsep dalam Instagram di mana, jika orang itu berminat dengan akaun kita, mereka akan follow kita secara rela. Jadi, ada cara yang betul untuk membuatkan mereka untuk follow kita secara rela dan seterusnya bakal menjadi pelanggan kita.

(4)

Muka Surat | 4 Walaupun mereka bosan melihat himpunan iklan di Facebook, tetapi tidak beerti mereka tidak ada minat untuk cuci mata melihat produk-produk yang mereka minat.

Jadi, ada strategi yang membolehkan mereka follow kita kerana mereka memang berminat dengan produk jualan kita. Jadi secara tidak langsung, mereka dengan rela untuk melihat iklan yang bakal kita sajikan dan adakala mereka tidak kisah kerana itu memang apa yang mereka minat.

FACEBOOK VS INSTAGRAM

Dalam Facebook walaupun ada fungsi Likes pada Page, walaupun mereka dah like pada Page sesetengah peniagaan atau kedai, tetapi iklan iklan yang lain turut sama muncul di newsfeed mereka.

Sama ada iklan berbayar, mahupun yang iklan di group-group tertentu.

Jadi, mereka seperti serabut lihat banyak produk produk tidak berkaitan.

Dalam Instagram, mereka cuma follow kedai atau akaun yang mereka berminat sahaja, dan post dari akaun tersebut sahaja yang muncul di newsfeed mereka.

Contoh mereka cuma follow akaun-akaun Instagram yang menjual tudung, jadi, tidak akan muncul iklan pil kurus, serbuk putihkan kulit, krim hilangkan jerawat, sabun untuk tegangkan kulit, iklan MLM dan lain-lain.

(5)

Muka Surat | 5 Jika muncul pun dari Instagram Ads, cuma 1 dalam beberapa post.

Tidak seperti Facebook yang atas bawah tengah tepi semua iklan.

KENAPA INSTAGRAM?

Secara asasnya, Instagram merupakan satu platform media social dimana kita boleh berkongsi gambar dan video pendek kepada umum dan followers kita.

Jadi sebagai usahawan, Instagram boleh dijadikan satu peluang untuk anda mengembangkan perniagaan, jenama dan pasaran produk yang anda jalankan. Ini kerana :

- Nak buka akaun Instagram adalah PERCUMA

- Tempat ‘lepak’ yang kian popular dan penggunanya semakin bertambah hari demi hari

- Selain dari membuat jualan, sesuai untuk meluaskan empayar penjenamaan - Mudah untuk digunakan serta tidak terlalu banyak fungsi yang memeningkan - Boleh jadi lubuk pelanggan baru untuk dipancing, kerana ada sesetengah dah

mula jarang berinteraksi di dalam Facebook.

(6)

Muka Surat | 6 Ya, semenjak dua menjak ni saya perhatikan ramai peniaga mula menambah dan ada juga yang mula berubah platform dan medium pemasaran di media social.

Tidak dapat dinafikan, di Facebook masih boleh mendatangkan pulangan lumayan, jadi akibat kenaikan kos iklan yang semakin tinggi, kadar reach yang rendah, persaingan juga makin tinggi, ada yang mula mengintai-intai pasaran didalam Instagram.

Tetapi anda kena ingat TIDAK SEMUA produk MUDAH LAKU di Instagram.Tetapi tidak bermakna semua produk tidak boleh dijual dalam Instagram.

Jadi, izikan saya untuk bantu anda untuk memberi sedikit gambaran idea pada anda sama ada anda patut berniaga di Instagram atau pun tidak.

Sebab saya TAK NAK anda RUGI, ye lah, sekarang ni dah makin banyak siri panduan berkaitan Instagram yang dijual, jadi, sebelum anda rasa nak beli mana-mana siri panduan, atau mana-mana-mana-mana kelas, cuba pertimbangkan dahulu, sama ada bisnes anda sesuai atau tidak untuk di masukkan di dalam Instagram.

Okay, sebelum anda nak masuk ke mana-mana platform pemasaran, tak kisah lah Instagram ke, Facebook ke, MUdah ke, Lelong ke, Ebay ke, ada kena kenal pasti dahulu bisnes anda dan siapa pelanggan anda.

Ini paling penting. SIAPA PELANGGAN ANDA dan DIMANA TEMPAT MEREKA ‘MELEPAK’

Sama juga kalau anda nak buat bisnes secara offline, buka kedai, agak-agak sesuai tak kalau nak buka showroom kereta mewah di kawasan pedalaman Negeri Sabah yang mana kalau nak masuk pun perlu berakit rakit dahulu berengan renang ketepian?

(7)

Muka Surat | 7 Jadi berbalik pada TOPIK UTAMA …

Produk apa yang PATUT dan BOLEH anda jual di Instagram?

Jawapannya :

Lihat pada AUDIENCE..siapa pengguna terbesar Instagram? Golongan bagaimana?Golongan remaja?Belia? Mak Mak? Pakcik Pakcik? Artis?

Anda rasa golongan yang berusia suka sangat ke nak selfie, stalk gambar orang lain dan buat shoot video?

Anda dah nampak sedikit kan?

Lihat dan jawab semula soalan diatas..

Siapa pengguna terbesar Instagram?Golongan bagaimana?

Jadi sekarang..dah dapat agak kan produk apa yang bersesuaian?

Apa yang saya lihat..

Gadget, aksesori, produk kecantikan, barangan bayi, pakaian, produk kesihatan bg remaja dan belia..dan lain-lain yang mensasarkan golongan REMAJA DAN BELIA memang boleh buat jualan di dalam instagram.

Produk jenis lain seperti berunsur MLM, produk digital, produk kesihatan untuk golongan berusia, insurans..saya tidak berani komen.. mungkin ada cuma saya terlepas pandang.

(8)

Muka Surat | 8 Sekarang anda dah tahu siapa audience, apa produk yang patut dijual, tapi soalnya bagaimana nak berniaga dalam Instagram ni?

Sama ke macam Facebook?Boleh buat ads / iklan ke?

Jawapannya SAMA dan TIDAK SAMA

Tidak sama dengan Facebook sebab belum boleh buat ads. Dan Newsfeed ada satu je, tak ada group- group nak iklankan.

Tetapi apa yang sama?

Jika anda ada Fan Page, anda perlukan Likes yang banyak untuk tingkatkan kadar reach pada audience..( jika tidak menggunakan Ads )

Di dalam Instagram juga, anda perlukan Follower yang ramai untuk tingkatkan kadar reach pada audience.

TETAPI… apa yang saya perhatikan..kadar reach di dalam akaun instagram adalah BESAR lebih TINGGI dari FB fan page.

Seperti contoh, FB Page mungkin hanya 5-10% sahaja yang dapat dicapai, tetapi di Instagram, mungkin lebih dari itu.

(9)

Muka Surat | 9 Follower dalam Instagram saya kategorikan kepada 2 jenis

Fake Follower Vs Real Follower( Sama macam Likes.)

Fake Follower:

Kebanyakan orang mendapatkan Fake Follower adalah hanya bertujuan utnuk meningkatkan kredibiliti akaun instagram mereka dan untuk memancing kepercayaan pelanggan.

“akaun dia ni banyak follower, mesti ramai org suka, beli dan boleh percaya”

Tetapi akaun-akaun fake tersebut tidak aktif, dan tidak akan ada respon langsung pada perniagaan mereka.

Hanya sekadar dummy, supaya nampak hebat, supaya mudah tarik orang lain follow akaun mereka.

Real follower :

Real follower merupakan akaun yang benar-benar wujud, penggunanya aktif, ada potensi jadi pembeli dan juga bukan akaun-akaun palsu. Penggunanya adalah orang yang sebenar dan kerap gunakan akaun mereka sama ada upload gambar sendiri, like dan komen pada akaun orang lain

(10)

Muka Surat | 10 Tetapi real follower juga ada 2 kategori.Terutama untuk perniagaan.

1) Random Real Follower

Random atau rawak. Follower yang mereka ada adalah secara rawak, sesiapa sahaja jadi follower mereka, budak sekolah, lelaki, perempuan, orang bukan Malaysia..sesiapa sahaja.. bebas. Boleh jadi rakan-rakan sendiri.

2) Real Targeted Follower

Follower yang ada adalah betul-betul targeted mengikut produk atau perniagaan yang kita tawarkan. Dan mereka berpotensi besar untuk menjadi pembeli bagi produk-produk jualan kita kelak.

Jadi untuk mendapatkan real follower juga mestilah targeted berdasarkan produk jualan anda.

Sama seperti dalam Facebook..

Orang yang minat tudung, tak semestinya mahu cari produk kecantikan.Dan orang yang pakai tudung tak semesti minat untuk beli tudung online. Jadi, untuk dapatkan follower seperti ini perlukan sedikit proses filtering.

(11)

Muka Surat | 11 5 faktor yang patut anda ambil berat jika nak buat jualan di Instagram (IG)

1 : Pemilihan produk

Anda kena tahu, kebanyakkan pengguna IG ni muda remaja. Jadi anggaran umur mereka juga lingkungan bawah 35 tahun.Mungkin bawah 30. Kedudukan kewangan pun ala kadar. Jadi kalau letak produk mahal, atau produk-produk untuk orang berusia memang slow jika di IG. Letak ubat kuat yang baca budak2 nak buat apa weh..

Tetapi jika dari segi BRANDING.Ianya lebih berkesan. Lihat sahaja syarikat syarikat besar seperti NIKE, ADIDAS, mereka juga gunakan Instagram bagi tujuan BRANDING, bukan buat direct sales dalam Instagram

2 : Gambar

Cuba ubah gambar-gambar yang kita post tu. Supaya nampak unik lain dari yang lain. Tak lah asyik gmbr ala2 katalog produk je. Dalam IG, kebanyakkan pengguna suka masuk IG sbb mereka suka tengok gambar2 unik. Bukan nak tgk katalog barang.Jadi, jika gambar produk anda ada kelainan, besar kemungkinan ramai orang suka, ramai orang suka, lagi tinggi potensi orang nak beli.Dalam IG gambar jadi penambat hati mereka.

(12)

Muka Surat | 12 3 : Ayat jualan.

Sama macam point diatas, dalam IG orang bukan nak tengok katalog barang, jadi cuba lah elakkan terlalu hard selling. Dalam erti kata lain, ayat jangan lah asyik nak menjual je. Sesetengah mereka masuk IG sbb nak lari dari FB yang ramai sangat orang dok menjual tau. Jadi ubah ayat ke arah cuba perkenalkan produk dengan lebih unik.

4 : Penggunaan #tags.

Tak dinafikan, ada juga yang suka shopping dalam IG ni, dna mereka cari barang berdasarkan #tags. Jadi, anda kena tahu lah apa yang mereka biasa cari, nak tahu bagaimana? letakkan situasi diri anda seperti mereka, jika nka cari produk, apa yang anda cari. Contoh, jika saya nka cari barang bayi, saya akan taip barangbayi, bukan sayajualbarangbayi. Tak ramai yang tahu #sayajual tu. #sayajual tu famous di kalangan peniaga je. Lagi satu, tak payah lah letak #tags yang tak berkaitan, buat semak post je weh. Kau jual jersi bola, lepas tu konon-konon kau nak tarik follower Wak Doyok letaklah #akuyangpakaikauyangpanas.Silap-silap hari bulan orang ingat jersi yang kau jual tu jenis kain panas, terus tak ada orang beli.Dan silap-silap hari bukan, follower mereka block IG kau sebab panas tengok asyik nak menjual je. Jadi, sila fahami situasi bakal pelanggan anda dan juga pengguna IG yang lain.

(13)

Muka Surat | 13 5 : Followers

Okay, ni paling penting, siapa follower anda tu yang mainkan peranan utama untuk anda lariskan jualan dalam IG. Follower yang ramai tak semesti bagus. Bagus untuk naikkan kepercayaan dam kredibiliti, tapi untuk convert ke jualan belum tentu. Cuba bayangkan follower anda anda 150,000 orang, dan anda jual shawl, tudung, baju kurung, TAPI, follower anda semuanya budak sekolah, lelaki, umur lingkungan 15-18 tahun. Buat apa? Jadi, yang penting adalah TARGETED FOLLOWER.

Jadi secara umumnya 4 elemen ini yang sangat penting dalam anda nak hasilkan JUALAN dan MAKE MONEY dalam Instagram.

Kita recap

1 – Pemilihan produk yang betul.

2 – Targeted audience ( Followers )

3 – Gambar yang menarik

(14)

Muka Surat | 14 Dulu saya pernah lakukan Servis untuk NAIKKAN TARGETED FOLLOWER. Dan saya juga pernah juga keluarkan panduan bagaimana untuk naikkan targeted Followers.

Memang TERBUKTI yang TARGETED FOLLOWERni lebih beri IMPAK BESAR pada client saya yang mana mereka juga peniaga. Ini Sebahagian dari kata mereka :

(15)

Muka Surat | 15 Dah, jangan Tanya saya bagaimana nak dapatkan servis tersebut, sebab saya dah TUTUP pun, sebab TAK MENANG TANGAN nak handle akaun Instagram orang lain.

Jadi? Macam mana nak naikkan juga TARGETED FOLLOWER ni?

Sebenarnya anda boleh lakukan sendiri TANPA ambil servis dari saya?Bagaimana?

Awal tahun lepas telah keluarkan panduan KHAS untuk mendapatkan Real Targeted Follower.Apa yang saya buat pada client-client saya, dalam panduan inilah saya bongkarkan. Anda Cuma perlu follow step by step.

Jika masih baru pun tak apa, sebab saya tunjukkan dari asas bagaimana nak buka akaun sehinggalah dapatkan targeted follower.

Tetapi modul tersebut sedikit lama, dan bila Instagram semakin berkembang, dan peniaga pun mula ramai, game sedikit berbeza.

Kerana itu, bukan sahaja targeted follower, tetapi anda kena kuasai 3 elemen lain seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Jadi, atas kelompongan itu, sekali lagi tahun ini, saya sediakan satu panduan baru, versi yang lebih terkini dengan lebih banyak modul tambahan dimana jika dahulu cuma 3, tetapi kali ni saya dedahkan sehingga9 teknik untuk dapatkan followers, dan beberapa modul lain bagaimana untuk anda kuasai elemen-elemen lain yang dapat membantu anda mengusai pemasaran Instagram seterusnya buat jualan dalam Instagram.

(16)

Muka Surat | 16 Anda boleh baca lanjut di

>>REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM<<

Jadi sekarang anda dah jelas kan, bagaimana untuk buat jualan dalam Instagram?

Kita review semula.

Pertama : Tahu siapa Audience anda dalam medium Instagram, sesuai ke tak nak berniaga dalam instagram.

Kedua : Senaraikan produk yang bersesuaian dengan audience di medium Instagram

Ketiga : Dapatkan audience yang betul dan tepat untuk produk jualan anda.

(17)

Muka Surat | 17 Boleh lah share dengan mereka, dengan tekan butang share dibawah, semoga bermanfaat buat rakan-rakan yang lain

Tekan button ini untuk share di Facebook

Akhir kata..

Semoga success saya ucapkan, dan semoga anda dah jelas sama ada mediaum pemasaran Instagram ini SESUAI ataupun TAK untuk bisnes anda. InsyaAllah dalam email yang mendatang saya akan kongsikan lagi beberapa tips berkaitan pemasaran Instagram.

(18)

Muka Surat | 18 P/s : Panduan percuma ini ditulis dan dikongsikan pada saya oleh pengasas teknik manipulasi Instagram sendiri dan Alhamdulillah, semenjak diperkenalkan, ianya telah membantu lebih dari 2,000 usahawan dalam membina perniagaan dalam Instagram.

Jadi, kini tiba giliran anda pula untuk sama-sama mempelajari dan mengusai pemasaran Instagram dengan lebih berkesan dan seterusnya hasilkan jualan dalam Instagram.

Jom CEPAT-CEPAT MASUK sini dan GRAB PELUANG yang ada

 REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM <

Ismail Arsad

Pengasas Teknik Manipulasi Instagram

Referensi

Dokumen terkait

Disini kita masih berbicara dalam masa kuno sekitar 3500 tahun yang lalu dan bahkan pada saat itu matematika yang digunakan untuk keperluan tersebut sudah mulai meninggalkan

Perasaan, merupakan gejala psikis yang bersifat subjektif yang umumnya berhubungan dengan gejala mengenal dan dialami dalam kualitas senang atau tidak senang

Proses bisnis usulan, dibuat dengan menggunakan sistem informasi yang dapat mendukung dan memudahkan pekerjaan pada bagian penjualan toko dan pencatatan data barang pada

Indikator yang layak untuk diikutsertakan dalam indeks komposit ketahanan pangan berdasarkan hasil analisis faktor eksploratori ialah sebanyak enam indikator, yaitu

Pelatihan dapat meningkatkan performance kerja pada posisi jabatan yang sekarang. Kalau level of performance-nya naik/meningkat, maka berakibat peningkatan

Hasil dari analisis struktural novel Di Tanah Lada adalah satu tokoh utama, satu tokoh utama tambahan, dan lima tokoh tambahan, memiliki alur campuran dengan

Secara umum, beberapa tanaman sayuran indigenous menunjukkan pertumbuhan (tinggi, diameter, panjang daun, lebar daun, panjang cabang dan panjang tangkai daun), persentase edible

Buku ini dibuat dengan diawali proses pencarian data dari sanggar tari dengan mengadakan beberapa wawancara, pembuatan storyline, storyboard, pengambilan foto kostum