• Tidak ada hasil yang ditemukan

Najib gesa negara-negara Asia perkukuh kerjasama

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Najib gesa negara-negara Asia perkukuh kerjasama"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

03/06/2013

Najib gesa negara-negara Asia perkukuh kerjasama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu negara-negara Asia mengukuhkan kerjasama bagi menangani tiga cabaran utama iaitu perubahan iklim, konflik dan pembangunan negara.

Menurut beliau, ketiga-tiga cabaran utama tersebut berkait rapat dan harus ditangani bagi memastikan ekonomi sentiasa stabil demi masa depan yang lebih baik kepada rakyat.

"Tiga cabaran tersebut akan menguji keupayaan Asia untuk berdiri bersama-sama sebagai satu unit dengan komitmen untuk bekerjasama, pelaburan masa, sumber dan iltizam politik.

"Saya percaya pada potensi Asia dan keupayaan untuk menggunakan komunikasi di tempat konflik, kewujudan peluang untuk semua dan bukannya kekayaan untuk sebilangan sahaja," katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena persidangan Meja Bulat Asia Pasifik ke-27 anjuran ASEAN-Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa (ASE AN-Isis) di Hotel Hilton di sini malam tadi.

Turut hadir ialah Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed, Pengerusi ASEAN-Isis, Putera Norodom Sirivudh dan Pengerusi ASEAN-Isis Malaysia, Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan.

Persidangan yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam hingga 5 Jun ini membincangkan tajuk 'Strategi Membawa Perubahan di Asia'. - KOSMO!

(2)

Rantau Asean, China perlu bincang elak provokasi

4 Jun 2013

KUALA LUMPUR - Rantau Asean dan China perlu berbincang secara tidak formal bagi

menyelesaikan masalah dihadapi negara-negara yang terlibat dalam konflik Laut China Selatan - daripada menggunakan provokasi dan konfrontasi.

Bekas Penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat bagi Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik, Christopher R. Hill berkata semua negara yang terlibat harus menyedari tentang situasi ini dan mesti mengambil tindakan positif bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

"Saya tahu sesetengah negara menghadapi konflik mengenai maritim mereka, Jepun juga menghadapi konflik dengan Korea Selatan mengenai isu maritim tetapi ia harus diselesaikan menerusi diplomasi - berbincang secara tidak formal.

Hill berkata demikian dalam ucapannya berjudul "Kesinambungan dan Perubahan dalam Penglibatan AS dengan Asia" di Rundingan Meja Bulat Asia-Pasifik ke-27 di sini hari ini.

Persidangan dua hari bertema "Menstrategi Perubahan di Asia" itu anjuran Institut Kajian Strategi dan Antarabangsa (ISIS), Malaysia.

Ditemui Bernama kemudian, Hill yang juga Dekan Josef Korbel School of International Studies, di Denver University, AS, berkata sebuah daripada kuasa terbesar di dunia, China perlu lebih sensitif dalam isu berkenaan dan lebih bertoleranasi.

Beliau berkata rundingan tidak formal yang kerap adalah lebih berkesan kerana pendapat dan masalah boleh dibincang dan diselesaikan bersama.

"Saya percaya rantau Asean boleh memain peranan penting dalam isu-isu ini...Saya tahu China mempunyai dasar mereka mengenai Laut China Selatan dan Rantau Asean.

"Dalam situasi begini perbincangan tidak formal adalah cara terbaik menjaga hubungan antara negara-negara ini," kata beliau.

Brunei, China, Malaysia, Filipina, Vietnam dan Taiwan mempertaruh tuntutan ke atas kepulauan Spratly di Laut China Selatan, yang kaya dengan hasil galian dan sumber marin.

Berikutan pertikaian itu, China dan negara-negara anggota Asean menandatangani "Declaration on the Conduct of Parties in the South China Sea (DOC)" (Deklarasi Tata Cara Pihak-pihak terlibat di Laut China Selatan) pada 2002 - dokumen politik pertama mengenai isu Laut China Selatan. - Bernama

(3)

4 Jun 2013

Asia perlu gabung tenaga

NAJIB Tun Razak bersama Raja Dr. Nazrin Shah ketika menghadiri Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik Ke-27 di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, malam tadi. Turut kelihatan Mohamed Jawhar Hassan (kanan). - utusan/ASWAD YAHYA

KUALA LUMPUR 3 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, negara-negara Asia perlu bergabung tenaga dalam mendepani tiga cabaran utama iaitu kelestarian yang berkaitan dengan perubahan iklim, konflik serantau dan perkara berkaitan pembangunan.

Menurut Perdana Menteri, langkah itu bagi membolehkan Asia mengekalkan keamanan dan kekayaan di samping menyediakan kesejahteraan hidup kepada 'penghuninya' serta masa depan Asia yang lebih baik.

Sehubungan itu katanya, pembangunan Asia perlu bergerak secara inklusif dan lestari termasuk memberi fokus pada ketidaksamarataan serta 'merawat' konflik antara negara-negara Asia.

"Cabaran-cabaran ini iaitu pembangunan, kelestarian dan konflik adalah saling berkaitan yang akan menguji keupayaan Asia dan cara kita bertindak. Saya percaya Asia mampu melakukannya dan ini tidak akan dapat dikecapi tanpa kerjasama sesama Asia.

"Dalam cabaran berkaitan perubahan iklim, Asia tidak terkecuali. Tetapi kita juga menjadi antara penyebab kepada masalah itu dengan Asia akan mengeluarkan lebih 40 peratus gas rumah hijau untuk dekad mendatang. Jawapan penyelesaiannya adalah kita perlu bekerjasama bagi mengekang pengeluaran karbon," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena majlis makan malam Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik ke-27 di sini malam ini.

(4)

Yang turut berangkat ke majlis itu ialah Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Sultan Azlan Shah.

Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia, Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan.

Najib berkata, dalam cabaran berkaitan konflik khususnya mengenai konfrontasi antara negara, Asia perlu mengambil langkah sewajarnya dengan cara penyelesaian diplomatik.

"Sama ada konflik secara bilateral, multilateral atau serantau, Asia perlu menolak sebarang perkara yang boleh membawa kepada ketegangan. Sudah pasti, kita perlu menghormati prinsip-prinsip diplomasi yang baik selain penyelesaian keamanan terhadap sebarang pertikaian yang membawa keuntungan hubungan bersama.

"Mengambil contoh di Laut China Selatan, perairan ini seharusnya menjadikan kita saling berhubungan dan menyatukan. Kita perlu mencari kaedah penyelesaian terbaik bagi pihak yang terlibat dalam pertikaian wilayah," tegasnya.

(5)
(6)

05/06/2013

Penyusunan tentera AS di Asia Pasifik perkara biasa - Pemerintah Markas

KUALA LUMPUR 5 Jun - Langkah Amerika menyusun semula kekuatan tenteranya di Asia Pasifik merupakan 'suatu perkara yang sepatutnya dilakukan', sejajar dengan pandangan strategik semasa bahawa rantau berkenaan perlu menjadi keutamaan kuasa besar itu, kata Pemerintah Markas Pasifik Amerika, Laksamana Samuel J. Locklear.

Beliau berkata, melalui langkah itu, Amerika akan menempatkan lebih banyak aset ketenteraan berkualiti tinggi di rantau berkenaan.

"Penyusunan semula ketenteraan kami (di Asia Pasifik) dilaksanakan bagi mencerminkan pandangan rakyat Amerika tentang kepentingan nasional mereka di seluruh dunia dan yang menjadi keutamaan di Asia Pasifik.

"Ia langkah biasa serta perkara yang sepatutnya dilakukan," katanya pada sesi soal jawab Rundingan Meja Bulat Asia Pasifik ke-27, dengan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Laksamana (B) Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor bertindak sebagai moderator.

Rundingan tiga hari anjuran Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia itu berakhir hari ini.

Locklear berkata, langkah berkenaan, selain mempamerkan komitmen Amerika terhadap rantau Asia Pasifik, juga bertujuan memberi perlindungan terhadap kemakmuran ekonomi di rantau yang pesat berkembang ini.

Ditanya tentang ancaman Korea Utara dan sama ada Pyongyang memiliki senjata nuklear, Locklear berkata, setakat ini, isu sama ada rejim itu melengkapi misil jarak sederhana dan jarak jauhnya dengan senjata nuklear, masih bersifat spekulatif.

"Walaupun ia masih bersifat spekulatif, mereka (Korea Utara) telah mempamerkan kemampuan melancarkan misil jarak jauh. Kami sudah melihatnya. Sama ada mereka mampu melengkapi misil jarak sederhana dan jarak jauh itu dengan senjata nuklear atau tidak, masih belum jelas," katanya. Beliau bagaimanapun berkata, tindakan Korea Utara menggunakan senjata nuklear boleh memberi kesan serius terhadap kestabilan rantau ini dan di peringkat global.

Ditanya sama ada Jepun juga patut menggunakan senjata nuklear sebagai langkah untuk

menghadapi ancaman Korea Utara, beliau berkata, Amerika tidak ingin melihat Tokyo menuju ke arah itu.

"Asas nuklear tidak wajar dikembangkan di mana-mana jua di dunia, termasuk di Asia Pasifik, ia tidak perlu," katanya. - BERNAMA

(7)
(8)
(9)
(10)
(11)

11 Jun 2013

Ekstremisme senjata halus perluas kuasa militari terhadap wilayah Islam

Oleh DR. SAODAH ABD. RAHMAN

PERSIDANGAN Meja Bulat Asia Pasifik ke 27 anjuran Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa di Kuala Lumpur baru-baru ini membicarakan hubungan antara kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS), Rusia dan Cina dengan Asia Pasifik.

Usaha untuk menjalinkan hubungan ekonomi, keselamatan rantau Asia Pasifik, kerjasama dalam hal berkaitan ancaman bencana alam dan membina sikap percaya mempercayai sesama sendiri

terutama menjadi agenda dalam perbahasan semasa persidangan itu. Kerjasama berikut mungkin memberi kesan positif terhadap negara-negara di Asia Pasifik dengan kuasa besar.

Penulis lebih menumpukan perhatian kepada dasar luar kuasa besar terhadap konsep keselamatan yang ingin dilaksanakan oleh mereka terhadap rantau Asia Pasifik dan wilayah Islam. Dalam persidangan itu kuasa besar masing-masing cuba mempertahankan dasar luar mereka dengan pelbagai hujah serta menonjolkan sikap curiga dan mencurigai di antara satu sama lain.

China khuatir bahawa AS cuba memperluaskan kuasa tenteranya di rantau Asia Pasifik walaupun mereka bersepakat menentang Korea Utara berkaitan dengan senjata nuklear. China juga

menjelaskan bahawa ia mempunyai hubungan baik dengan India dan Rusia dalam pelbagai aspek. AS mengkritik sikap China yang sukar untuk berunding dan kurang telus dalam perbincangan mengenai keselamatan serantau dan seumpamanya.

Rusia pula menunjukkan kecurigaannya terhadap AS dengan menyatakan negara tersebut ingin memperluaskan kuasa militarinya merangkumi negara Eropah dan Asia Pasifik. Secara bangganya Rusia menyatakan mereka berjaya mengatasi masalah persempadanan dan menegaskan perkara berkaitan persempadanan perlu diatasi secara teliti dan berhemah.

Rusia juga tidak akan mencampuri hal ehwal China dan Jepun. Ia juga menegaskan betapa pentingnya keamanan dan keselamatan di Timur Laut Asia. Ia terlalu bimbang terhadap perluasan pengaruh ekstremis di Asia Tengah (Central Asia) dan menyarankan perkara itu dapat diatasi melalui ketenteraan. Tindakan ketenteraan mestilah berdasarkan kepada undang-undang yang digariskan oleh Persatuan Bangsa Bersatu.

Apabila Rusia menjelaskan bahawa ia amat bimbang dengan perluasan pengaruh ekstremis di Asia Tengah dan menyarankan penggunaan ketenteraan sebagai penyelesaian maka umat Islam

sepatutnya memahami bahwa kawasan tersebut ialah terdiri daripada wilayah Islam seperti Kashmir, Xinjiang dan Afghanistan serta negara-negara Islam di Asia Tengah yang mengalami pergolakan politik. Apabila Rusia, China dan India mempunyai hubungan erat maka kemungkinan wilayah Islam yang dianggap sebagai ekstremis akan menghadapi tindakan ketenteraan dan secara tidak langsung umat Islam dalam wilayah tersebut akan menghadapi pertumpahan darah secara berterusan.

Apabila istilah ekstremis digunakan dengan tujuan menguasai dan menakluki secara halus maka negara dan wilayah Islam yang terletak di kawasan Asia Tengah akan terus bergolak di mana umat Islam akan menghadapi tekanan berterusan. Istilah ekstremis tidak sepatutnya disamakan dengan para pejuang pemisah yang ingin membebaskan wilayah mereka daripada cengkaman negara-negara tertentu yang sentiasa menindas dan menyisihkan mereka daripada aspek, ekonomi, politik dan sosial.

(12)

China menggunakan kuasa tentera membanteras golongan pemisah adalah tertumpu kepada wilayah Xinjiang di barat daya negara tersebut di mana lebih daripada 80 peratus masyarakatnya adalah beragama Islam. Uighur merupakan penduduk Islam yang teramai di wilayah tersebut dan bertutur bahasa Turki.

Xinjiang merupakan wilayah terbesar di China di mana ia merupakan wilayah yang paling kaya di negara tersebut dan mempunyai sumber alam yang kaya seperti minyak, emas, bahan mineral dan batu permata.

Xinjiang merupakan salah sebuah wilayah empayar Turkistan sebelum ditawan oleh China pada akhir kurun ke-19 . Golongan pemisah Islam ingin membentuk sebuah negara yang bebas dikenali sebagai Turkistan Timur. Mereka ingin menuntut hak mereka sebagai rakyat di wilayah Islam dan bebas mengamalkan ajaran Islam.

China cuba menghapuskan identiti umat Islam di mana penyebaran dakwah Islam diharamkan dan kanak-kanak yang belum mencapai umur 18 tahun tidak dibenarkan pergi ke masjid dan berpuasa dalam bulan Ramadan. Sedangkan di sekolah kanak-kanak Uighur disemaikan dengan jiwa komunis. Tindakan begini bukan sahaja boleh menimbulkan kemarahan masyarakat Uighur kepada rejim China malah ia juga boleh menyemarakkan semangat jihad dalam jiwa mereka dengan menyusun strategi pemberontakan dan radikal bagi membebaskan diri mereka daripada cengkaman komunis. Rejim China mudah menggunakan istilah ekstremis untuk mengaburkan mata dunia disebabkan kedudukan Xinjiang yang strategi bersempadanan dengan Afghanistan, Pakistan, India dan Asia Tengah.

Negara-negara tersebut terkenal dengan pergerakan radikal Islam seperti al-Qaeda dan sebagainya. Sejauh manakah perjuangan masyarakat Xinjiang akan tercapai untuk mendapat kebebasan dari China dan membentuk negara berdaulat sukar untuk diramalkan kerana ia berada dalam wilayah kuasa besar yang bertuhankan ideologi komunis. Pertumpahan darah berpanjangan akan dihadapai oleh golongan pemisah kerana dasar rejim komunis ialah menangani masalah golongan ekstremis mesti melalui ketenteraan dan tekanan seperti mana ditonjolkan oleh rejim itu masa kini.

Kuasa besar akan berlumba-lumba mencampuri urusan negara Islam yang kaya dengan sumber alam semula jadi melalui kuasa tentera dengan alasan untuk membanteras golongan ekstremis. Dasar luar negara mereka sukar untuk difahami kerana suasana domestik negara tersebut akan menentukan dasar luar negara mereka.

Sejauh manakah golongan pemisah akan mencapai objektif perjuangan mereka untuk membentuk negara Islam berdaulat dari negara-negara bukan Islam melalui tindakan radikal menjadi persoalan umat Islam keseluruhannya. Apakah alternatif terbaik perlu dilakukan bagi menghindari pertumpahan darah berterusan perlu dijadikan agenda persidangan negara-negara Islam seperti Persidangan Negara-Negara Islam (OIC). Selama mana kuasa besar berpendapat bahawa golongan ekstremis perlu dibanteras melalui tindakan ketenteraan maka beratus tan bom akan diledakkan di wilayah umat Islam dan berpuluh ribu umat Islam akan menghadapai kecacatan anggota dan kehilangan nyawa.

Dalam era globalisasi umat Islam memerlukan kebijaksanaan bagi mengekalkan kewibawaan dan kekuatan ummah secara mengukuhkan persaudaraan sesama umat Islam tanpa mengira batasan sempadan geografi dan bangsa. Suasana domestik negara kuasa besar perlu difahami agar negara Islam tidak menjadi mangsa untuk dikuasai secara ganas dan keras seperti mana berlaku dalam sejarah abad ke-20an dan masa kini.

Jalinkan hubungan dengan kuasa besar secara berhemah supaya sikap rakus dan keras mereka menjadi lunak apabila suasana domestik mereka berada dalam keadaan kritikal. Wilayah dan negara Islam dianugerahi oleh Allah dengan pelbagai sumber kekayaan alam yang menjadi idaman kuasa besar. Perhubungan perdagangan dengan mereka perlu berbentuk universal supaya setiap kuasa besar tidak akan menjadikan negara Islam sebagai tempat pertarungan di antara mereka bagi memperkukuhkan kuasa ketenteraan dan ekonomi, politik dan sosial dalam negara mereka

(13)

Umat Islam terutamanya ulama perlu tekun menyebarkan ajaran Islam secara komprehensif, universal dan moderat supaya umat Islam tidak mudah dipengaruhi oleh ideologi radikal dan

bertentangan dengan konteks ajaran Islam yang amat mengutamakan keamanan dan kemanusiaan. Ini adalah cara terbaik untuk menghapuskan persepsi negatif terhadap umat dan negara Islam. Ekstremisme menghapuskan keindahan Islam dan kekuatan umat.

PROF. MADYA DR. SAODAH ABD RAHMAN Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Referensi

Dokumen terkait

Metode yang digunakan yaitu analisis kurva pertumbuhan berdasarkan hubungan besarnya absorbansi dari sampel bakteriosin yang diukur dengan spektrofotometer UV-Vis pada

Dalam pelaksanaan PPL, praktikan mendapatkan guru pamong yang sudah berpengalaman dalam mengajar. Beliau adalah Bapak Dadag Wisnu Handono. Berdasarkan hasil

Tempat mengakeses BiNusMaya mempengaruhi niat mahasiswa dalam mengakses BiNusMaya. Mahasiswa akan lebih mudah mengakses melalui komputer pribadi yang dilengkapi dengan fasilitas

 Nyeri merupakan kondisi berupa perasaan tidak menyenangkan bersifat sangat subyektif karena perasaan nyeri berbeda pada setiap orang dalam hal skala atau tingkatannya, dan

Henk Sneevliet dan kaum sosialis Hindia Belanda lainnya membentuk serikat tenaga kerja di pelabuhan pada tahun 1914, dengan nama Indies Social Democratic  Association 9

Demikian dengan hasil penelitian oleh Haryati (2009) yang menemukan bahwa Suku bunga BI berpengaruh negatif terhadap fungsi intermediasi pada bank nasional dan bank

Dengan hasil penelitian dimensi Assurance merupakan dimensi yang berpengaruh dominan terhadap kepuasan nasabah BMI KCP Tulungagung, sehingga dapat disimpulkan bahwa