SHOPEE
DARI ZERO
Oleh Digitize MarketingTRIK RAHSIA SHOPEE
Dalam modul ini anda akan di dedahkan dengan trik dan teknik yang di guna pakai oleh top top seller Shopee. Bagi sesetengah orang mereka dah tahu kewujudan fungsi fungsi khas ini dalam Shopee tapi tak pernah guna dan tak faham cara ia bertindak untuk meningkatkan jualan.
Tiada jaminan jualan anda meroket ke bulan setelah praktik kan teknik ini tapi setelah di buat praktikal dan pemerhatian ke atas seller lain ternyata ia berkesan untuk membantu melonjak kan listing produk anda di mata pelawat
DIGITIZE MARKETING 1 TEKNIK #1 Tajuk yang Menarik Perhatian
Perhatikan contoh gambar beg di bawah. Mata anda pasti terpanggil untuk klik pada tajuk “Ready Stock” , “Hot 2018” , “FREE SHIPPING” dan juga “IN STOCK”
Tajuk yang baik sekali orang baca dia akan teruja untuk klik produk anda jadi 3 saat pertama amat penting untuk tarik perhatian mereka. Cuba anda buka sendiri Shopee dan senaraikan jenis jenis perkataan yang boleh sentuh emosi pelawat untuk terus stop dan klik.
Ini antara yang saya boleh senaraikan dan anda boleh terus gunakan semasa menulis tajuk produk nanti. Gunakan tips ini semasa fikir idea untuk tulis tajuk.
1. READY – pembeli tak suka menunggu
2. MALAYSIA – pembeli tahu barang tu dari Malaysia 3. FREE – penjual ada offer sesuatu secara percuma 4. HOT- produk ini panas dan tinggi permintaan
DIGITIZE MARKETING 2 Contoh tajuk yang anda boleh tiru dan edit sesuai dengan produk anda.
💥Best Seller💥 SKMEI 1251 Jam Tangan Digital Sukan Lelaki Digital Sports Watch ❣KL Ready Stock❣ BABY Cotton Dress Baby Girls Sleeves Swing Top❣ FreePost 👍Discount🔥Cotton Baby Leggings: Girls Soft Elastic Legging Bird
[READYSTOK] Baby Baju Inspired Bonds Jumpsuit Sleepwear Long Sleeve Boy Girl 🎁FREE POUCH🎁 16GB Ori High Capacity Android OTG USB Pendrive PC Laptop 【Popular❤】SSA Women Cat Eye Designer Colored Lens
💥HOT 3 PERISA💥 KEREPEK POPIA VIRAL KETAGIH GILER 🔥Kerepek Ubi Kayu Sira Pedas! Hot N Spicy 🔥🔥
🔥Hot Selling🔥Wooden Educational Puzzle Series Kids & Baby Learning Toys
Biasanya untuk ikon menarik mata macam ni boleh kita letak masa upload produk guna smart phone cuba perhatikan contoh di bawah ini.
👍❤️❣️💞💖💘💝⭐️🌟✨⚡️💥🔥🌈��💯♨️� Ini adalah antara ikon yang popular di gunakan secara meluas di Shopee. Jika di lihat dari laptop atau web icon ini berwarna hitam tetapi bila dari smart phone ia sangat menarik dan dalam warna asal.
Pengguna Shopee golongan paling besar kuasa beli adalah dari pengguna mobile jadi gunakan ikon ikon ini untuk menarik perhatian mereka buat pertama kali untuk jatuh ‘cinta’
*Ini adalah contoh paparan ikon di mobile bukan versi hitam putih seperti di dekstop tapi berwarna
DIGITIZE MARKETING 3 TEKNIK #2 Tulis Tajuk yang Spesifik
Teknik ini untuk jadikan tajuk produk anda lebih bernilai tinggi dan menarik perhatian. Sekali baca jer pelawat akan tahu apa yang anda jual. Dalam 80 perkataan anda mesti kreatif menulis tajuk yang padat dan kemas.
Contoh anda jual sambal bilis elak kan sekadar tulis ‘Sambal Bilis’ sahaja dekat tajuk tapi ada pelbagai variasi tajuk yang anda boleh detail kan lagi. (masukan teknik ikon sekali)
Variasi 1 : 🔥SAMBAL BILIS HOT🔥EXTRA BILIS 150GRM DI JAMIN ASLI TAHAN LAMA Contoh tajuk spesifik bagi menjual baju kurung
Variasi 2 : 🔥HOT SALE🔥 READY STOCK~BAJU KURUNG MODEN (SIZE:36-48) PRE-ORDER Baju Muslim Muslimah Long Dress Maxi Jubah Kurung
Trik tajuk: Anda boleh letak kan offer,saiz,warna,kod,free pos dan sebagainya untuk menjadikan produk anda lain dari pesaing
Rujuk 499 – 500 Top List Produk yang saya beri sebagai bonus kan untuk kaji dan tiruvasi format tajuk yang terbukti menarik perhatian
Antara bahasa Malaysia dan Englis yang mana lebih ok nak guna dekat shopee ni?
Bergantung produk apa yang anda jual dan keyword carian di Shopee. Contoh kalau sambal bilis lebih kepada produk orang melayu dan selera melayu jadi bakal pembeli sebilangan besar dari kalangan yang guna bahasa Malaysia.
Jika anda jual kasut ia dah jadi produk umum dan tak spesifik untuk sesetengah kaum sahaja jadi ia lebih sesuai guna bahasa inggeris
Jika tajuk khas dalam BM elok detail produk pun 100% BM untuk beritahu bakal pembeli anda ni seller Malaysia dan penghataran takde lah sampai 14 hari.
DIGITIZE MARKETING 4 TEKNIK #3 Gambar dari Pelbagai Sudut
Pembeli suka kan gambar lagi best ada banyak gambar antara 4-8 keping dari pelbagai sudut seolah mereka boleh belek dan pegang sendiri depan mata. Anggap kita sebagai pelanggan sebelum nak beli produk mesti belek setiap inci sudut biar puas hati sebelum nak beli.
Lihat contoh di bawah penjual ini menggunakan 3 teknik yang tidak semua penjual tahu tapi amat berkesan untuk naik kan jualan berbanding penjual yang tidak aplikasikan teknik ini.
1- Ikon api di gunakan di permulaan dan penutup Full Colour
2- Boleh masukan video pendek yang boleh menarik perhatian pelawat
3- Jika ada 5 pilihan warna masukan kesemua sekali sebab pembeli suka kan pilihan 4- Boleh pasang frame dekat cover photo (rujuk tutorial pasang frame)
DIGITIZE MARKETING 5 TEKNIK #4 Penggunaan Hash Tag
Perasan tak dekat IG atau Fb pun ada hashtag kan? Produk yang ada hash tag boleh naik di trending search hashtag tapi yang tiada hashtag tidak akan terlibat. Efek dia tak ada sangat kalau anda letak atau tak. Tapi selagi ia fungsi percuma dan di benarkan oleh Shopee guna saja sehabis mungkin.
Di bahagian description bawah sekali kat situ anda boleh taip hashtag yang berkait dengan produk masing masing. Pastikan jarak antara satu yang lain.
Bila saya taip #rehal automatik akan mucul #rehal kat bawah dan Shopee akan kenal sebagai satu kata hashtag dimana maksima 18 hashtag yang di benarkan dalam satu satu produk.
#hashtag biarlah berkaitan dengan produk yang anda jual dan bukan sebarang letak. Teknik paling mudah lihat produk pesaing yang sama dan salin hashtag mereka.
DIGITIZE MARKETING 6 TEKNIK #5 Latar belakang Putih
Apa yang best pasal back gound putih ni adalah produk lebih menonjol dan fokus mata pembeli hanya pada produk 100%.
Bayangkan kalau latar belakang tu ada objek atau warna lain dah tentu fokus mata tertanya ‘apa benda kat belakang’ atau ‘ya tuhan serabutnya mana satu kaler produk ni biru ke merah..tak profesional la’
Kalau anda yang ada produk sendiri dan amik gambar kat rumah dan tak sempat nak edit buang latar belakang boleh jer pasang kain putih di bahagian dinding belakang.
Jika anda memang perlukan alat yang jimatkan masa dan perlu shot gambar sendiri boleh beli mini studio box ni dekat Shopee baru RM20 tak termasuk pos.
DIGITIZE MARKETING 7 TEKNIK #6 Frame Gambar Cover yang Menarik
Salah satu teknik paling ampuh menarik perhatian pelawat dengan cepata adalah dengan memasang frame pada cover photo. Gambar pertama yang anda upload itu yang akan di jadikan cover.
Contoh template frame cover yang anda boleh guna adalah seperti berikut.
DIGITIZE MARKETING 8 TEKNIK #7 Boost Up Produk Anda
Boost adalah salah satu teknik marketing percuma dekat Shopee. Fungsi dia untuk lonjak kan produk anda dari tangga bawah. Contoh ranking produk di tangga 3,000 bila kita boost akan naik ke ranking 500 atau 200 tangga carian.
Kenapa tak terus naik ke page pertama cari pertama terus?
Sebab boost ni sebagai pilihan percuma jadi ada beribu orang yang guna fungsi boost. Kalau ada bajet skit dan nak pecut ke rangking pertama boleh guna kaedah My Ads yang berbayar.
Klik OK jika keluar notifikasi Do you wish to continue?
Boost ni cuma 4 jam sekali untuk satu produk. Maksimum produk dalam satu masa adalah 5 produk. Selepas tamat tempoh 4 jam tu, kita boleh Boost produk lain pula bergilir gilir.
DIGITIZE MARKETING 9 TEKNIK #8 Follower yang Tepat
Teknik tambah follower ni macam dekat IG juga lagi ramai yang follow lagi ramai yang nampak produk kita jadi peluang untuk terjual tu ada sinar sikit. Mereka follow sebab minat kategori produk yang kita letak kat kedai.
Following – orang yang kita follow manakala Follower – orang yang follow kedai kita
Sebelum tu persiapkan upload produk ke kedai anda dulu. Secara logiknya kedai yang meriah dan persembahan yang cantik akan mudah orang follow berbanding kedai yang kosong tak punya apa apa. Caranya anda mesti target kedai mana yang ramai follower dengan syarat kedai tu sama kategori dengan produk anda.
Contoh saya target seller kategori Home & Living sebab kebanyakan produk saya dari kategori tersebut. Kalau produk anda mainan pilih kategori Toys,Kid & Babies.
WAJIB install shopee apps dekat smart phone sebab fungsi follow unfollow ni Cuma boleh
DIGITIZE MARKETING 10 Selepas pilih kategori mana yang sama produk dengan anda klik pada Filter di penjuru atas sebelah kanan. Fungsi filter ni kita boleh tapis dan lebih spesifik lagi.
.
1- Bahagian ini ada sub kategori yang lebih tepat lagi ke arah kedai yang hampir sama dengan produk anda. Saya pilih Kitchen & Dining
2- Di bahagian Shipped from menentukan di mana lokasi seller tersebut. Jika anda pilih Overseas bermaksud mereka semua seller dari luar negara (China) saya pilih yang Local kerana saya juga penjual di Malaysia.
3- Kat sini anda boleh pilih status seller tersebut sama ada Mall atau Preferred. Shopee Mall biasanya di miliki oleh jenama tersohor atau original sahaja manakala Shopee Prefered ialah trusted seller yang Shopee berikan kerana penuhi kriteria tertentu
4- Terpulang anda nak pilih seller yang rating berapa stars pun tapi makin banyak stars makin bagus prestasi kedai tu kan
DIGITIZE MARKETING 11 Setelah intai beberapa kedai saya pilih mrdiy2u kerana banyak produk saya berkait rapat dengan produk dalam kedai ni. Klik pada View Shop kemudian paparan seperti rajah kanan akan muncul dan kelihatan mrdiy2u ada seramai 84,613 follower. Kemudian klik pada angka follower tersebut.
Follower adalah mereka yang bersedia membeli di kedai kita sebab mereka memang minat barangan yang sama dan mereka juga akan follow seller seller yang berkait rapat dengan Home & Living tak kira status Mall atau Prefered
DIGITIZE MARKETING 12 Gambar sebelah kiri akan muncul senarai follower mrdiy2u anda cuma perlu klik butang +Follow yang kotak bewarna oren sehingga bertukar jadi kotak putih bertulis Following ini bermakna anda sedang follow user tersebut. Skroll ke bawah dan cuma follow nama dan bukan nya nama kedai atau seller.
Dalam sehari anda follow la 100-300 user hingga lah bila tekan butang follow tu dah tak boleh lagi kira limit untuk hari tu. Esok hari ulang step yang sama di kedai yang sama atau ubah guna dekat follower kedai lain. Asalkan niche tu lebih kurang sama.
Kalau yang guna nama Minyak Wangi,Baju kurung,Jubah Murah semacam nama penjual elok tak perlu nak follow mereka sebab jarang mereka follow balik.
Dan lagi satu kalau kita dah follow sampai 1k user tak semestinya 1k tu akan follow kita semua mungkin 50-100 orang jer bergantung pada produk kat kedai banyak atau sikit atau terlalu mahal pun orang segan nak follow. Jadi make sure sambil sambil tu upload dulu 10-20 produk.
DIGITIZE MARKETING 13 Anda boleh lihat jumlah terkini yang anda follow dekat profile kedai. Setiap hari mesti konsisten follow seramai mungkin sehingga mereka follow balik kedai anda.
Gunakan database user 5 star yang saya berikan sebagai bonus untuk anda follow mereka ni semua. User ni adalah hasil saya guna software terkini untuk collect data. Mereka di di kesan sering tinggal kan feedback 5 star di kedai mengikut kategori masing masing
DIGITIZE MARKETING 14 Caranya anda buka file ikut kategori yang di kehendaki select satu username kemudian paste dekat kotak carian dan akan muncul profile user tersebut. Anda klik shopee akan bawa ke laman user tersebut kemudian baru anda tekan butang +Follow