Untuk Kegunaan Pejabat : Tarikh Terima Tarikh Sistem Pegawai Penilai
_______________________________________________________________________________________
PROJEK USAHAWAN BUMIPUTRA DALAM BIDANG PERUNCITAN
(PROSPER)
PERMOHONAN PEMBIAYAAN
Kategori Pembiyaan* PROSPER Siswazah X PROSPER Runcit Pemborong PROSPER Jumlah Pembiayaan Modal Sendiri Pinjaman PUNBEkuiti PUNB (jika berkaitan) JUMLAH
1. PENGENALAN PROJEK
Jenis Perniagaan Pembekal T-Shirt ‘Printing’ dan ‘Embroidery’ Pakaian
Pembekal barangan korporat dan cenderamata Produk / Perkhidmatan Pembekalan pakaian, baju korporat, jaket korporat, baju muslimah, vest,
jersi, lanyard, tuala, button badge, dan lain-lain cenderamata
Faktor pemilihan projek
Pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pemohon
Permintaan yang tinggi ke atas produk dan perkhidmatan cetakan pakaian dalam setiap organisasi
Bilangan kedai cetakan dan embroidery pakaian yang masih agak kurang untuk menampung keperluan pasaran terutama di kalangan pemilik Bumiputera
Pertambahan sekolah, universiti, agensi kerajaan, syarikat swasta, pertubuhan, persatuan dan lain-lain organisasi yang memerlukan keseragaman dari segi pemakaian korporat organisasi serta program-program anjuran mereka
Projek yang dicadangkan mempunyai potensi yang baik kerana :
2. PROFIL PEMOHON / USAHAWAN
2.1 Butiran Peribadi
Nama
No KP (Baru)* No KP (Lama)
Tarikh Lahir Jantina
Alamat No Tel (R) No Tel (P) No HP E-Mail Bangsa Agama
Taraf Perkahwinan Umur
Nama Pasangan Bil Anak
No KP (Baru) No KP (Lama)
Pekerjaan
Pasangan No Tel/HP
Majikan Pasangan
* Sila lampirkan salinan KP dan gambar ukuran ‘passport’.
2.2 Kelulusan Akademik**
Peringkat Bidang Nama Institusi Tahun Tamat
2.3 Kelulusan Profesional**
2.4 Pengalaman Kerja**
Nama Syarikat Jawatan Tempuh (Bln/Thn)
2.5 Pengalaman Perniagaan**
Nama Syarikat Jawatan Tempuh (Bln/Thn)
** Sila lampirkan sijil-sijil yang berkaitan
2.6 Penglibatan Dalam Aktiviti Sosial dan Kemasyarakatan
Nama Pertubuhan Jawatan Tempuh (bln/Thn)
2.7 Tanggungjawab Kewangan Pemohon
Institusi Kewangan Jenis KemudahanKewangan/Pembiayaan
No Akaun Baki Semasa
2.8 Akaun dan Kad Kredit
2.9 Butiran Pendapatan dan Perbelanjaan Bulanan
Butiran Pendapatan / Perbelanjaan RM
Pendapatan : Pendapatan Pemohon Lain-lain Pendapatan Perbelanjaan : KWSP Insurans Sewa Rumah Pendapatan – Perbelanjaan
2.10 Harta dan Tanggungan
Jenis Harta / Tanggungan Milik Pemohon(RM) Milik Pasangan(RM) Tanah Rumah Kenderaan : Simpanan Tanggungan Pinjaman Perumahan Pinjaman Kenderaan I Harta – Tanggungan
3. PROFIL PENGARAH SYARIKAT / RAKAN KONGSI
3.1 Butiran Peribadi
Nama
No KP (Baru)* No KP (Lama)
Tarikh Lahir Jantina
Alamat No Tel (R) No Tel (P) No HP E-Mail Bangsa Agama
Taraf Perkahwinan Umur
Hubungan Dengan Pemohon
Nama Pasangan Bil Anak
No KP (Baru) No KP (Lama)
Pekerjaan Pasangan No Tel/HP
Majikan Pasangan
* Sila lampirkan salinan KP
3.2 Kelulusan Akademik**
Peringkat Bidang Nama Institusi Tahun Tamat
3.3 Kelulusan Profesional**
4. PROFIL SYARIKAT / PERNIAGAAN
4.1 Butiran Syarikat / Perniagaan
Nama Syarikat /Perniagaan Idea Master Enterprise
Alamat syarikat / perniagaan
VG-4, Jalan Plumbum V7/V, Pusat Komersial Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
No Tel 03-551063810 No Fax 03-55103811
E-Mail [email protected] Website www.ideamaster.com.my
No Pendaftaran SA 0107710-K TarikhPendaftaran 22 Disember 2008
Jenis Entiti Perniagaan (tandakan X)
Syarikat Sendiran Berhad
(Lampirkan Salinan Borang 9,Borang 24, Borang 49, Memorandum and Article of Association dan Lesen Perniagaan)
X
Milikan Tunggal
(Lampirkan Salinan Borang A, Borang B, Borang D dan Lesen Perniagaan)
Perkongsian
(Lampirkan Salinan Borang A, Borang B, Borang D dan Lesen Perniagaan)
*Nama perniagaan yang dicadangkan, pendaftaran akan dibuat selepas kelulusan.
4.2 Butiran Pemegang Saham (Sedia Ada atau Cadangan)
Bil Nama No KP RM %
1 2 3
4.3 Butiran Pengarah Syarikat (Sedia Ada atau Cadangan)
Bil Nama No KP Perhubungan
4.4 Pengurusan Atasan / Kakitangan Utama
Bil Nama Jawatan Kelulusan Pengalaman
1 2 3 4 5
4.5 Butiran Akaun Bank *
Nama Bank Jenis Akaun No Akaun
* Lampirkan penyata akaun sekurang-kurangnya enam terakhir
4.6 Tanggungjawab Kewangan
Institusi Kewangan Jenis Kemudahan Kewangan/Pembiayaan
No Akaun Baki Semasa
4.7 Prestasi Perniagaan
Sila lampirkan
Lapuran perakaunan oleh akauntan awam bagi syarikat
persendirian/perkongsian/ “audited account” perniagaan/syarikat sdn bhd,
dan/atau
5.
PENGURUSAN OPERASI & SUMBER MANUSIA
Nama / Jawatan Bil (RM)Gaji Perincian Tugas/Tanggungjawab
Pengurus Besar
1 Mengurus keseluruhan operasi
perniagaan
Menyelia tugasan semua pekerja Mempastikan keluruhan operasi perniagaan berjalan lancar
Pengurus Operasi
1 Mengurus operasi dan tempahan
pelanggan
Mengurus logistik dan pengangkutan produk dari pengilang kepada
pelanggan
Pengurus Pemasaran Internet
1 Mengurus pemasaran perniagaan
secara online
Mengurus laman-laman web milik syarikat
Pengurus Pemasaran
1 Mengurus pemasaran perniagaan
secara umum
Membantu bahagian operasi syarikat
Eksekutif Pentadbiran
1 Merekod semua urusniaga dengan
tepat
Mempastikan rekod perniagaan tersusun
Menguruskan hal-hal urusan pentadbiran dan akaun syarikat Menyediakan laporan-laporan yang diperlukan
Eksekutif Pemasaran
1 Menguruskan pemasaran perniagaan
Membuat jualan peribadi
Eksekutif Khidmat Pelanggan
1 Menguruskan jualan di showroom
Eksekutif Khidmat Pelanggan
1 Menguruskan jualan di showroom
6. KEPERLUAN PERALATAN/ASET DAN STOK
6.1 Peralatan/Aset Sedia Ada (Untuk perniagaan Yang sedang Berjalan)
Jenis Bil Harga
Beli
Tahun
6.2 Senarai Stok Sedia Ada
Jenis Bil Harga /Unit Jumlah Pembekal
6.3 Peralatan/Aset Yang Diperlukan/Tambahan
Kategori Jenis/Model Bil Harga /Unit Jumlah Pembekal
* Sila lampirkan sebutharga
6.4 Stok Yang Diperlukan.
Jenis Bil Harga /
Unit Jumlah Pembekal
* Sila lampirkan sebutharga atau “price list”
7. KAJIAN PEMASARAN
7.1. Lokasi Perniagaan
Lokasi Cadangan / KedudukanKawasan Pusat Komersial Seksyen 7 terletak di pusat bandar Selangor iaitu Shah Alam, yang mempunyai kepadatan penduduk dan industri yang tinggi Kawasan terletak kira-kira 30 minit dari Kuala Lumpur dan bersebelahan dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Pusat Pentadbiran Kerajaan Selangor, kolej dan univerisit, kilang-kilang industri dan juga syarikat swasta Penempatan / Kawasan Perniagaan / Sekolah / Kolej / Projek Pembangunan dll
Seksyen 7 Shah Alam merupakan kawasan penempatan yang sedang pesat membangun di mana hampir 90% penduduknya terdiri dari bangsa Melayu Selain daripada kawasan penempatan/perumahan yang besar dan sedang membangun, terdapat juga institut pengajian tinggi seperti UiTM, kolej PTPL, Management & Science University (MSU), dan Universiti Industri Selangor (UNISEL).
Terletak berhampiran dengan pelbagai agensi kerajaan dan syarikat swasta
Faktor Kelebihan Lokasi
Secara keseluruhan Seksyen 7 Shah Alam adalah merupakan satu kawasan yang berpotensi kerana kepadatan penduduk dan kawasan perindustrian yang tinggi dan banyak projek pembangunan yang telah, sedang dan akan berjalan yang akan meningkatkan lagi bilangan penduduk di Seksyen 7 dan kawasan sekitar
Kewujudan banyak syarikat swasta, badan dan agensi kerajaan/swasta yang beroperasi di Shah Alam umumnya, dan Seksyen 7 Shah Alam khususnya telah dan akan membuka lebih banyak peluang perniagaan
Kemudahan pengangkutan amat mudah kerana terletak bersebelahan Lebuhraya Persekutuan KL-Klang, dan Lebuhraya NKVE serta mempunyai pelbagai jalan biasa menghubungkan lokasi pilihan
*Sila lampirkan peta lokasi dan kedudukan premis. Sertakan bersama gambar kedai jika sedia ada.
7.2. Premis Perniagaan
Alamat VG-4, Jalan Plumbum V7/V, Pusat Komersial Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor Darul Ehsan
Pemilik Sahubar Ali Abdul Majeed No Tel 016-2919295
Keluasan 130 square meter CF 01123
Kadar Sewa 4,000.00 Deposit RM16,000
Faktor Kelebihan Premis
Merupakan antara kawasan tumpuan di bandar Shah Alam yang mempunyai kepadatan pendudukan yang tinggi, bukan sahaja yang belajar/bekerja di Shah Alam, malahan di Kuala Lumpur dan di sekitar kawasan Lembah Klang
7.3. Kumpulan Sasaran dan Saiz Pasaran
Kumpulan SasaranKumpulan sasaran utama perniagaan adalah insitut pengajian tinggi (IPT) dan syarikat-syarikat swasta yang membuat tempahan dalam kuantiti yang besar. Kumpulan sasaran lain adalah organisasi dan pengajur yang membuat program/aktiviti di seluruh Malaysia
Saiz Pasaran
Saiz pasaran setempat khususnya di Shah Alam, dan Malaysia amnya adalah besar, terdiri daripada kumpulan-kumpulan pelajar/pensyarah/universiti yang menganjurkan program di IPT, agensi kerajaan, dan syarikat-syarikat swasta. Dianggarkan terdapat lebih 10,000 agensi kerajaan dan syarikat swasta di dalam kawasan Shah Alam. Dan secara keseluruhan terdapat lebih 4 juta syarikat berdaftar di dalam Malaysia.
UiTM Shah Alam sahaja mempunyai 25 fakulti, 7 kolej pelajar, lebih 200 kelab dalaman dan pelbagai pusat penyelidikan yang memerlukan pakaian korporat setiap tahun serta setiap organisasi melakukan beberapa penganjuran program setiap semester (dua semester setahun). IPT lain di sekitar Lembah Klang dianggarkan mempunyai saiz pasaran yang lebih kurang sama dengan data ini. Saiz pasaran yang ditembusi merangkumi seluruh Malaysia dengan penggunaan strategi pemasaran hebat di internet.
Jangkaan
Perkembangan Saiz Pasaran
Saiz pasaran dijangka akan terus meningkat dari masa ke masa terutama di kalangan institut pengajian tinggi kerana galakan membuat program-program di universiti dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Kepesatan penubuhan dan perkembangan syarikat dijangka akan bertambah, kesan dari galakan dari kerajaan. Ini juga termasuk penganjuran program dan aktiviti agensi kerajaan/swasta dan persatuan umum
7.4. Ramalan Jualan
Ramalan JualanRamalan jualan dianggarkan semakin meningkat. Ramalan ini berdasarkan rekod prestasi syarikat dan perkembangan faktor-faktor luar yang lain seperti penumbuhan bilangan IPT, agensi kerajaan dan syarikat berdaftar di Malaysia
Andaian Pengiraan Ramalan Jualan (Andaian Bulan Pertama & Andaian Bulan-bulan
Seterusnya)
Pada peringkat awal setelah pinjaman PUNB ini diluluskan, kami menjangka mampu mencatatkan jualan sebanyak RM 50,000 sebulan. Jumlah ini adalah berdasarkan rekod prestasi terbaik pernah kami perolehi sepanjang operasi syarikat.
Pada operasi bulan terbabit, penjualan lebih tertumpu pada barangan jenis ‘premium’ seperti baju F1 dan jaket korporat. Barangan ini mempunyai margin keuntungan yang besar berbanding barangan lain (tshirt biasa, cenderamata, etc.). Sekaligus memberikan keuntungan yang besar kepada syarikat kami. Dari kajian yang dijalankan juga, jualan bulanan syarikat dijangka semakin meningkat secara langsung dengan penambahan kos pengiklanan syarikat. Dengan peruntukan pinjaman PUNB ini, syarikat kami boleh mengambil tempahan bermodal tinggi dari syarikat besar di Malaysia.
Trend Jualan
Secara umumnya perniagaan cetakan dan embroidery pakaian ini tidak begitu dipengaruhi oleh musim-musim atau keadaan-keadaan tertentu kerana tempahan secara umumnya diterima sepanjang tahun di seluruh Malaysia. Walaubagaimanapun, jualan akan sedikit berkurangan semasa cuti semester penuntut insistut pengajian tinggi. Jualan akan bertambah semasa pembukaan semester IPT dan kembali stabil selepas itu.
7.5. Strategi Perniagaan / Pemasaran – Ini mungkin melibatkan beberapa strategi yang
disenaraikan di bawah. Pilih salah satu atau kombinasi yang Bersesuaian.
Strategi Barangan / Perkhidmatan
Kami menawarkan servis yang berkualiti di mana semua barangan yang telah disiapkan akan melalui proses pemeriksaan oleh pengurus operasi sebelum diserahkan kepada pelanggan.
Strategi Harga
Harga barangan yang diniagakan adalah kompetetif dan bersesuaian dengan harga pasaran. Diskaun serta promosi harga diberikan kepada pelanggan berulang dan projek-projek dalam kuantiti yang besar
Strategi Pengedaran
Kami menyediakan penghantaran percuma di sekitar kawasan Shah Alam, dan mengenakan bayaran yang minimum untuk penghantaran di luar kawasan Shah Alam. Pelanggan juga boleh mengambil sendiri di kedai pada waktu pejabat. Serta pengambilan khas di kedai pada luar waktu pejabat dengan appointment khas dengan pekerja kedai.
Strategi Khidmat Pelanggan
Aspek perkhidmatan pelanggan akan menjadi penekanan kami untuk menarik pelanggan. Antaranya:
1. Mewujudkan persekitaran pejabat yang selesa, kemas dan bersih sepanjang masa. Satu ruangan menunggu khas disediakan untuk keselesaan pelanggan 2. Mewujudkan system operasi yang bersistematik di mana sebelum tempahan,
pelanggan akan diberikan penerangan dan nasihat mengenai harga dan corak cetakan barangan mereka. Setelah dipersetujui, quotation akan dibuka dan deposit tempahan sebanyak 50% dari keseluruhan harga barangan akan diminta. Satu ‘job sheet’ akan dibuat oleh pekerja yang mengambil tempahan dan terus diproses. Selepas barangan disiapkan, pemeriksaan akan dibuat oleh pengurus operasi, sebelum diserahkan kepada pelanggan dengan bayaran baki 50% harga barangan. Rekod pelanggan dan tempahan akan disimpan untuk memudahkan rujukan syarikat dan pelanggan pada masa akan datang
3. Di samping itu, khidmat nasihat mengikut lingkungan projek pelanggan juga diberikan secara percuma untuk memudahkan pelanggan membuat pilihan barangan-barangan yang terdapat di kedai kami
Strategi Pemasaran Internet
Kami membuat beberapa laman web berkaitan barangan yang ada di kedai untuk tujuan pemasaran internet. Kemudian laman-laman web ini di-optimasi untuk pencarian-pencarian di Enjin Carian (Search Engine) seperti google, yahoo dan sebagainya. Selain itu, kami juga mengiklan di internet untuk memberitahu prospek-prospek akan kewujudan barangan dan kedai kami Buat masa ini, terdapat satu laman web rasmi syarikat dan dua laman web promosi. Kami jangkakan untuk menambah laman web dengan menyediakan sebuah laman web professional khusus untuk setiap produk yang diniagakan Strategi Pemasaran
Korporat
Kami melawat kaunter dan pejabat agensi kerajaan dan swasta untuk mendaftar sebagai pembekal untuk agensi/syarikat terbabit. Untuk agensi/syarikat yang tidak memerlukan pendaftaran, urusan dan promosi
7.6. Pengiklanan dan Promosi
Bentuk Iklan (Pra Operasi) -tiada- Anggaran Kos Bentuk Iklan (berjadual)Penyediaan ‘business card’
Pengiklanan secara online di website dan forum Penyediaan flyers dan pamphlet produk
Pengedaran risalah dari masa ke masa
Pemasangan ‘bunting’ promosi di beberapa tempat strategik yang telah dikenalpasti
Anggaran Kos/bulan Tahun 1 1000 Tahun 2 1000 Kaedah Promosi (cth: harga diskaun, kad ahli dsb)
Pengiklanan di laman-laman web milik syarikat Tawaran harga ejen untuk Skim Ejen perniagaan
Perjumpaan dengan pengurusan agensi kerajaan dan syarikat swasta
7.7. Analisa Pesaing
Nama Pesaing Kekuatan Kelemahan
KayaGrafik Sdn Bhd Mempunyai mesin embrodiry yang banyak
Kurang pemasaran
MIE Printing Pekerja yang ramai Tiada pemasaran secara online dan lebih daripada kawasan Shah Alam Faridah Maju Enterprise
(Bangunan PKNS S/Alam)
Perniagaan telah lama dijalankan
Tiada pemasaran secara online dan lebih daripada kawasan Shah Alam
CetakBaju.com Antara pelopor pemasaran cetakan pakaian secara online
Pemasaran pesaing ini semakin kurang dan tidak hebat
8. SUMBER RUJUKAN
Nama No KP
Pekerjaan No HP
Majikan
Perhubungan Bil Tahun
Mengenali
Nota: Untuk pemohon Skim PROSPER Siswazah, kebenaran daripada ibu/bapa atau pasangan (suami/isteri) adalah diperlukan. Sila isikan maklumat berkenaan di ruangan di atas.
9. RUMUSAN / PENUTUP
Berdasarkan kepada kajian dan analisa yang dibuat, pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang kami miliki dan serta tunjuk ajar dan bimbingan dari Pihak PUNB, kami berkeyakinan penuh projek Perniagaan Pembekal T-Shirt Printing dan Embroidery Pakaian serta Cenderamata akan mencapai kejayaan.
Sekiranya diberi peluang oleh Pihak PUNB, kami berjanji akan menjalankan tanggungjawab kami dan menguruskan perniagaan ini sebaik mungkin untuk mempastikan ia Berjaya.
Oleh itu, kami berharap agar permohonan ini akan mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya dari Pihak PUNB dan seterusnya diluluskan untuk membolehkan kami mencapai impian dan cita-cita kami untuk memajukan lagi perniagaan kami ini.
Kami bersedia untuk berbincang lebih lanjut berkenaan projek yang dicadangkan dan permohonan pinjaman ini dengan pihak PUNB pada bila-bila masa.
10. PERAKUAN PEMOHON
Keterangan Daripada Pihak Pemohon :
“ Saya akui bahawa segala keterangan yang tercatat adalah benar, betul dan lengkap. Saya memberi kuasa kepada pihak PUNB untuk mendapatkan pengesahan daripada mana-mana sumber yang difikirkan perlu dan betul. Kertas Kerja atau permohonan ini akan menjadi hakmilik PUNB sama ada pembiayaan ini diluluskan atau pun tidak, dan pihak PUNB berhak untuk menolak permohonan tersebut tanpa memberi sebarang ulasan.”
_____________________________ Tandatangan Pemohon