• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengurusan penyelenggaraan kolej-kolej kediaman dl Universiti Teknologi MARA, Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia / Mohd Dali Mohd Alias

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pengurusan penyelenggaraan kolej-kolej kediaman dl Universiti Teknologi MARA, Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia / Mohd Dali Mohd Alias"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

JABATAN UKUR BANGUNAN

FAKULTI SENfBINA, PERANCANGAN DAN UKUR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PENGURUSAN PENYELENGGARAAN KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN Dl UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, UNIVERSITI MALAYA DAN UNIVERSITI

KEBANGSAAN MALAYSIA.

MOHD DALI BIN MOHD ALIAS (2000617541)

IJAZAH SARJANA MUDA UKUR BANGUNAN (KEPUJIAN)

(2)

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi syukur kehadrat Allah S.W.T diatas izin dan kurnianya kerana telah memberi kekuatan dan petunjuk kepada saya untuk menyiapkan disertasi ini .

Setinggi-tinggi terima kasih saya kepada pihak-pihak yang terlibat didalam penyiapan disertasi ini, terutama kepada En Mazlan Abu Bakar selaku penyelia yang sering membantu saya dalam penyiapan disertasi ini. Terima kasih juga saya ingin ucapkan kepada Ketua Program Sarjana Muda Ukur Bangunan En. Ghazali Mohd Amin dan pensyarah-pensyarah yang terlibat dan banyak memberi kerjasama sepanjang pengajian saya disini.

Akhir sekali ucapan terima kasih ini saya tujukan kepada mereka yang tidak kurang membantu saya dan memberi kerjasama dalam penyiapan disertasi ini terutama kepada En. Mohammad Saini Awang dari Pejabat Penyelenggaraan UiTM: En. Abdul Haai Ahmad dari Unit Pembangunan UM, Ir Mohd Isa Ibrahim dari Unit Pembangunan UKM, Pn. Kamariah Sidek, Penolong Pengurus Kolej Kediaman Kedua UM dan lain lain lagi sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung memberi kerjasama yang baik .

(3)

ABSTRAK

Pengurusan penyelenggaraan yang cekap amat diperlukan untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan pada bangunan kolej-kolej kediaman disetiap universiti.

Bagi sebuah universiti kemudahan kolej kediaman adalah penting untuk penginapan dan keselesaan pelajar yang tinggal jauh dari universiti. Persekitaran kolej kediaman yang selesa dapat membantu pelajar menjalankan pengajian dengan selesa. Oleh itu kolej kediaman ini perlulah diurus dengan sebaik mungkin bagi menjamin kemudahan yang disediakan dapat berfungsi dengan baik untuk jangkamasa yang panjang.

Kolej kediaman ini adalah milik universiti yang dikatakan tidak diselenggara dengan sempurna. Oleh itu objektif utama kajian ini ialah untuk mendedahkan serta memberi gambaran sebenar mengenai perlaksanaan penyelenggaraan yang diamalkan oleh pengurusan universiti. Penekanan adalah ditumpukan dari aspek guna tenaga, iaitu pekerja yang terlibat secara langsung dengan proses penyelenggaraan iaitu pihak pengurusan sebagai perancang dan pekerja am sebagai pelaksana. Penekanan kajian juga dijalankan terhadap belanjawan pengurusan penyelenggaran di setiap

universiti.

(4)

Pengurusan Penyelenggaraan Kolej-Kolej Kediaman di UiTM Shah Alam, UM dan UKM.

BAB 1

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 PengenaSan

Kolej-kolej kediaman adalah bangunan penting untuk sesebuah institut pengajian tinggi (IPT). Kolej kediaman ini merupakan tempat dimana tempat pelajar-pelajar sesebuah institusi pengajian itu tinggal dan mengulangkaji terutamanya bagi pelajar yang rumahnya jauh dari tempat pengajian. Oleh itu bangunan kolej ini amat penting untuk diselenggara degan baik agar suasana dalaman dan iuaran selesa bagi pelajar untuk tinggal.

Dalam kajian ini, sebanyak tiga buah IPT iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di kaji tentang penyelenggaraan kolej kediaman. UiTM, UM dan UKM adalah antara tiga buah universiti awam utama yang ada di Malaysia. Universiti Teknologi Mara adalah sebuah universiti yang pelajarnya adalah bumiputera. Universiti ini mempunyai sebuah kampus induk di Shah Alam, Selangor dan 13 kampus cawangan di serata negeri di Malaysia. Di kawasan kampus utama terdapat 7 kolej kediaman. Universiti Malaya pula adalah Universiti awam yang terletak di Kuala Lumpur berhampiran dengan Petaling Jaya didalam kawasannya terdapat 11 buah kolej kediaman. la juga mempunyai kampus

(5)

Pengurusan Penyelenggaraan Kolej-Kolej Kediaman di UiTM Shah Alam, UM dan UKM.

BAB 1

cawangan di Kubang Kerian, Kelantan. Universiti Kebangsaan Malaysia pula terletak di Bangi, Selangor, bangunan penempatan pelajar di panggil kamsis, terdapat 9 buah kamsis di dalam kawasan UKM ini.

Sebagai mana universiti awam yang lain universiti-universiti ini dilengkap; dengan pelbagai kemudahan dari segi infrastruktur, program pengajian, bangunan, peralatan dan mesin-mesin bagi tujuan pelajaran dan latihan kepada pelajar-pelajar. Antara kemudahan asas utama yang ada disediakan setiap universiti adalah bangunan pejabat pentadbiran, bilik-bilik kuliah, bengkel latihan, perpustakaan, bilik air, kantin, setor-setor,kolej-kolej kediaman, pondok pengawal serta makmal komputer. Lain-iain kemudahan termasuklah surau, padang bola dewan dan taman.

Kemudahan-kemudahan ini terutamanya bangunan merupakan aset penting dan ianya perlu dijaga dengan sempurna. Pihak universiti telah memberikan tanggungjawab kepada bahagian pentadbiran pengelenggaraan untuk menguruskan kerja-kerja berkaitan dengan penyelenggaraan dengan tenaga kerja yang disediakan oleh pihak universiti.

Bangunan universiti-universiti awam ini kurang diambil perhatian dari aspek penyelenggaraan yang menyebabkan ada diantara bangunan itu sudah kelihatan usang sebelum usia. Masalah ini pernah diperkatakan bahawa

Referensi

Dokumen terkait

Dari kondisi suhu dan kelembaban udara yang terjadi maka secara umum rumah kumbung dengan atap dan dinding dari daun sagu dapat di jadikan pilihan contoh bangunan

Detak Riau sangat berpengaruh dalam hal ini, untuk menghasilkan profit yang berasal dari iklan, relasi atau kerjasama antar media dan perusahaan, pemerintah dan lainnya,

Remaja masih mengalami kebingungan akan perannya di masa yang akan datang, bahkan seringkali remaja tidak dapat menentukan sikap yang berkaitan dengan pilihan karir

Menimbang beras pratanak (a) kemudian memisahkan dengan ayakan menjadi beras utuh, beras kepala, beras patah dan beras menir... Penentuan Kadar Air ( AOAC, 1970

Formulir Penjualan Kembali Unit Penyertaan AVRIST PRIME INCOME FUND yang telah dipenuhi sesuai dengan syarat dan ketentuan yang tercantum dalam Kontrak Investasi

Untuk itu, penelitian ini bertujuan untuk mengetahui apakah ada hubungan antara persepsi terhadap gambar peringatan kesehatan pada bungkus rokok dengan intensi

Yang dimaksud dengan luasan tertentu adalah luasan lahan yang dalam pembukaan dan pengolahan untuk budidaya tanaman harus memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Pemerintah. Ayat

Dengan demikian dilihat dari tipe piramida umur tersebut, dapat dikatakan bahwa pertumbuhan populasi ikan bonti-bonti di stasiun II dan III lebih baik dibandingkan stasiun yang