• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar etnik Cina di sekolah menengah persendirian cina: satu kajian kes

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar etnik Cina di sekolah menengah persendirian cina: satu kajian kes"

Copied!
35
0
0

Teks penuh

(1)PENGUASAAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEDUA DALAM KALANGAN PELAlAR ETNIK CINA DI SEKOLAH MENENGAH PERSENDIRIAN CINA: SATU KAlIAN KES. NUR SYAFIAH BINn MOHD ISA. DISERTASI INI DIKEMUKAKAN SEBAGAI MEMENUHI SYARAT MEMPEROLEH DAZAH SARlANA PENDIDlKAN (PENGURUSAN PENDIDIKAN) PERPUSTAKAAN llNMRSITI MA~YSIA SABAH. FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDlKAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. 2014. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(2) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS I DISERTASI UNIVERSm MAlAYSIA SABAH JUOUL. UAZAH SESI PENGAJIAN. PENGUASAAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEDUA DALAM KALANGAN PELAJAR ETNIK CINA DI SEKOLAH MENENGAH PERSENOIRlAN CINA: SATU KAllAN KES SARlANA PENDIOIKAN (PENGURUSAN PENDIDIKAN) 2012-2014. Saya, NUR SYAFIAH BINTI MOHO ISA mengaku membenarkan disertasi sarjana ini dlsimpan di Perpustakaan Univer!Jti Malaysia Sabah dengan syarat-syarat untuk kegunaan berikut:. 1. Oisertasi adalah hak miJik Universiti Malaysia Sabah. 2. Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan disertasi inl sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. SiJa tandakan ( f):. D. o o. SUlIT. TERHAO. (~1engandungl. maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam Akta Rahsia Rasmi 1972) (Mengandungi maklumat TERHAO yang dltentukan oleh organisasi I badan di mana kajian dijalankan.. TIOAK TERHAD Oisahkan oleh. (NUR SYAAAH SINn MOHO lSA) NO 318, Jalan Springhill 2/12 Springhill lukut 71010 Rantau, Negeri Sembilan. (DR. MOHO ZAKl ISHAK). TAffiKH: ____________. TA~KH:. ___________. CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. **lika tesis Inl SUUT atau TERHAD, sila lampin:an surat daripada. pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis Inl perlu dikelaskan sebagai SUUT dan TERHAD. @ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bag! Ijazah Doktor Falsafah dan sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan Laporan Pro.iek Sarjana Muda (LPSM). .. ii.

(3) (Untuk tesis yanf/ ditulis da/am Bahasa Malaysia). Karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, ringkasan dan rujukan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbemya.. 18 Julai 2014. NUR SYAFIAH BINTI MOHD ISA MT1212320T. iii.

(4) PENGESAHAN PENYEUA. NAMA. NUR SYAFIAH BINTl MOHD ISA. NO KAD MATRIK. MT1212320T. TAJUKKAJIAN. PENGUASAAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEDUA DALAM KALANGAN PELAlAR ETNIK aNA DI SEKOLAH MENENGAH PERSENDIRIAN ClNA: SATU KAlIAN KES. DAZAH. SARJANA PENDIDIKAN (PENGURUSAN PENDIDIKAN). TARIKH VIVA. 8 FEBRUARI 2014. PENGESAHAN OlEH:. TANDATANGAN. 1. PENYEUA. DR. MOHO ZAKI ISHAK. iv. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(5) PENGHARGAAN BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Pertama sekali, syukur ke hadrat-Mu Allah SWT atas limpah dan kumia-Nya kerana dengan izin-Mu juga saya dapat menyempumakan penulisan disertasi ini. Terima kasih yang tidak terhingga buat penyelia saya, Dr. Mohd Zaki Ishak atas segala bimbingan, nasihat, dorongan, cadangan, komen atau kritikan yang telah diberikan sepanjang proses penulisan disertasi ini. TJada kata secantik bahasa yang dapat saya ungkapkan untuk menggambarkan betapa tinggi jasa beliau dalam memberi tunjuk ajar dan membantu saya selama ini. Sekalung penghargaan buat Oekan, Timbalan Oekan, para pensyarah dan kakitangan Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, Pusat Pengajian Pascasiswazah dan perpustakaan atas kerjasama sepanjang saya mengikuti pengajian ini. Tldak dilupakan, terima kasih buat pihak sekolah, khususnya pengetua, guru-guru, kakitangan jLgct pelajar-pelajar atas perhatian dan sokongan kalian. Buat rakan-rakan seperjuangan yang memberikan pandangan serta idea secara langsung atau tidak langsul'1g juga, bucli kalian akan tetap saya kenang. Buat arwah ayahanda yang tersayang, Mohd lsa Abd Razak, sesungguhnya dikaulah inspirasi sehingga saya memilih bidang pendidikan dan tajuk disertasi ini. Semangatmu dan kasih sayangmu dart jauh menjadi pemangkin untuk saya meneruskan perjuangan walau dikau telah tiada. Istimewa buat bonda tersayang, Normaya Arifin, terima kasih kerana melahirkan saya sehingga dapatJah saya menikmati keindahan di sebalik cabaran perjuangan hidup ini. Sesungguhnya doa dan harapan bondalah yang menjadi pendorong terkuat untuk saya terus berjuang. Juga buat adik-beradik dan saudara-mara, kalian sentiasa menjadi ilham untuk saya pergi lebih jauh lagi bagi mencapai kejayaan. Terirna kasih. Wassalam.. Nur Syafiah binti Mohd !sa Mel 2014. v. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(6) ABSTRAK. PENGUASAAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEDUA DALAM KALANGAN PElAlAR ETNIK CINA DI SEKOLAH MENENGAH PERSENDIRIAN CINA: SATU KAlIAN KES Kajian ini bertujuan untuk menerokai mengenai penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar etnik Cina di sebuah sekolah menengah persendinan Cina dalam daerah Lahad Datu, Sabah yang rnelibatkan tiga informan terdin daripada dua orang pelajar dan seorang guru. Objektif kajian ini untuk mengenal pasti faktor penguasaan Bahasa Melayu pelajar etnik Cina dan objektif kedua untuk melihat sejauh mana masalah penguasaan pelajar tersebut dari segi pertuturan dan penulisan. Seterusnya, objektif terakhir pula untuk meninjau teknik pengajaran Bahasa Melayu yang digunakan oleh guru temadap pelajar etnik ana. Kajian ini menggunakan metodologi penyelidikan kualitatif berbentuk kajian kes. Proses pengutipan data pula dilakukan secara berperingkat dimulakan dengan kaedah pemematian di dalam kelas sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pernerhatian dilakukan untuk rnelihat poIa perlakuan dan respon informan yang terlibat dalam kajian ini. Selepas penngkat pernematian selesal, kaedah temu bual secara separa struktur dilaksanakan untuk rnendapatkan hasil kajian. Daripada kajlan, beberapa faktor seperti faktor slkap, faktor persekitaran, faktor motivasi instrumental, faktor bahasa ibunda, dan faktor keluarga telah dikenal pasti berkaitan dengan penguasaan bahasa Melayu pelajar etnik ana. Terdapat masalah penguasaan bahasa Melayu dan segi pertuturan melibatkan kesalahan tatabahasa. Manakala teknik pengajaran guru membuktikan pelajar turut mengalami masalah penulisan. Dengan adanya kajian ini dapat memben ImpJikasi kepada guru Bahasa Melayu untuk mencari teknik yang bersesuaian bagi mengajar pelajar etnik Cina agar mencapai kecemer1angan dalam Bahasa Melayu. Implikasi seterusnya kepada pihak sekolah untuk menyediakan bantuan dan segi alat bantu mengajar agar suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan. Implikasi kajian terakhir kepacla para pelajar kerana apabila masalah penguasaan Bahasa Melayu disebabkan oleh faktor sikap dan faktor bahasa ibunda, maka pelajar per1u mengubah sikap negatif kepada sikap positif dalam penerimaan pengajaran Bahasa Melayu. Pelajar juga harus mempraktikkan penggunaan bahasa Melayu dalam pertuturan bagi memperbaiki masalah yang dlhadapi.. vi. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(7) ABSTRACT The purpose of the research is to observe about mastering in Malay language as a second language among the students of Chinese Independent School in Lahad Datu, Sabah which involved three informants induding two students and a teacher. The objective of the research is to recognize the factor of mastering the Malay language among the Chinese ethnic student Secondly, to observe how far student having problems of mastering the Malay language in tenn of speaking and writing in the respective language. Thirdly, to observe the teaching technique that has been used by Malay limguage teacher to teach Chinese students. The observation method of this research using the qualitative research design based on case of study. The process of collecting data has carried out step by step whereby starting with the observation methcxi in dass during studies and leaming process. The observation method is implemented to observe the infonnants' responds and attitude of the research. Therefo~ as the observation method has completed, the research has followed by the method of the partially structured of interview to gain the data. Based on the research, there ~re several factors regarding of mastering the Malay language such as behavior, environment, instrumental motivation, mother tongue, and family as well The result also has showed that the students are having problems in tenn of speaking especially in using the correct grammar. Besides, the technique of teaching has proved that students are having problem in wnang skills as well. The research has showed that the implications for the Malay Language teachers to find appropriate techniques for teaching Chinese students in order to achieve excellence level in Malay Language. Moreover, the research also can give some impacts to school board to provide assistance in tenns of teaching aids for teaching and leaming environment in aeating a conducive environment. Lastly, as mention that the problem of mastering Malay Language related to the speakers' attitUde and the influt.·nces of their mother tongue. Eventually, the students need to change the negative to a positive attitude in aa::epting the teaching of the Malay Language. Besides, students should also practice the uses of the Malay language in their speaking skill to overcome the problem.. vii.

(8) Prosiding Terhasil Daripada Disertasi Ini. (Publication arising from this disertation). 1. Seminar Pendidikan Antarabangsa Tarikh : 4-6 Jun 2014 Tempat: Universitl Malaysia Sabah. 2. Seminar Kebangsaan Mailis Dekan Pendidikan IPTA Malaysia Tarikh: 25-26 September 2014 Tempat: Unlversiti Malaya. viii. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(9) KANDUNGAN. HALAMAN TAJUK PENGAKUAN. iii. PENGESAHAN PENYEUA. iv v vi ix xiii xiv xv xvi. PENGHARGAAN ABSTRAK KANDUNGAN SENARAllADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN. BAB 1:. 1.1 1.2. PENDAHULUAN. Pengenalan. 1. latar belakang Kajian. 3. 1.2.1 Perkembangan Bahasa Melayu dalam Pendidikan di Malaysia. 3. 1.2.2 Sekolah Menengah Persendirian ana 1.2.3 Pendidikan Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Persendirian ana. 5. 1.3. Pemyataan Masalah. 1.4. Tujuan Kajian. 1.5 1.6. Objektif Kajian Persoalan Kajian. 8 8 12 12 12. 1.1. Kepentingan Kajian. 13. 1.8. Batasan Kajian. 1.9. Kesimpulan. 15 16. Ix. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(10) BAB 2:. SOROTAN UTERATUR. 2.1. Pengenalan. 17. 2.2. Sekolah Menengah Persendirian ana. 17. 2.2.1 Sejarah Ringkas Sekolah Menengah Persendirian Gna. 18. 2.2.2 Dasar Pendidikan Sekolah Menengah Persendirian Gna. 19. Perkembangan Bahasa Melayu. 22. 2.3.1 Keduclukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. 22. 2.3. 2.3.2 Bahasa Melayu Sebagai Mata Pelajaran dan Bahasa Pengantar. 23. Kemahiran Bahasa. 24. 2.4.1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur. 25. 2.4.2 Kemahiran Menulis. 26. 2.S. Pemerolehan Bahasa. 26. 2.6. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua. 27. 2.7. Permasalahan Penguasaan Bahasa Melayu Pelajar di Malaysia. 28. 2.8. Faktor yang Mempengaruhi Penguasaan Bahasa Melayu Pelajar. 34. 2.9. Penguasaan Bahasa Me\ayu Sebagai Bahasa Kedua Mengikuti. 2.4. Etnik. 44. Teori Pembelajaran Bahasa. 4S. 2.10.1 Teori Behaviorisme. 46. 2.10.2 Teori Mentalis. 47. Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran Bahasa Melayu. 48. 2.11.1 Pendekatan Pengajaran Bahasa. 48. 2.11.2 Konsep Kaedah dalam Pedagogi Bahasa. 52. 2.11.3 Konsep Teknik dalam Pedagogi Bahasa. 53. 2.12. langkah Mengatasi Masalah Penguasaan Bahasa Melayu. 55. 2.13. Kerangka Konsep Kajian. 56. 2.14. Kesimpulan. 56. 2.10. 2.11. BAB3:. METODOLOGI KAlIAN. 3.1. Pengenalan. 57. 3.2. Reka Bentuk Kajian. 57. x.

(11) 3.3. Model Kajian. S9. 3.4. Konsep Peningkatan Pemahaman lacey. 60. 3.5. Populasi dan Informan Kajian. 61. Populasi Kajian. 61. 3.5.1. 3.5.2 Informan Kajian. 61. 3.6. Lokasi Kajian. 62. 3.7. Instrumen Kajian. 62. 3.7.1. 3.8. Struktur Instrumen Pemerhatian. 63. 3.7.2 Struktur Instrumen Temu Sual. 63. Prosedur Pengumpulan Data. 65. 3.8.1. Pembentukan Instrumen. 65. 3.8.2. Pengurusan Instrumen. 67. 3.8.3. Merekodkan Data. 70. 3.9. Kesahan dan Kebolehpercayaan. 71. 3.10. Tatacara Penganalisisan Data. 71. 3.11. Kesimpulan. 73. BAB 4:. DAPATAN KAJIAN. 4.1. Pengenalan. 74. 4.2. latar Belakang Informan Kajian. 75. 4.3. Tema Informan Kajian Berdasarkan Temu Sual. 75. 4.4. Dapatan Pemerhatian dan Temu Sual Kajian. 76. 4.4.1. Dapatan Kajian Mengenai Faktor Penguasaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua dalam Kalangan Pelajar Etnik ana. 76. 4.4.2 Dapatan Kajian Mengenai Masalah Penguasan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua dalam Kalangan Pelajar Etnik ana 4.4.3. 86. Dapatan Kajian Mengenai Teknik Pengajaran Guru Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Etnik ana. 4.5. Kesimpulan. 89 91. xi. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(12) PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN. BABS: 5.1. Pendahuluan. 92. 5.2. Rumusan Kajian. 92. 5.3. Perbincangan Dapatan Kajian. 93. 5.3.1 Rumusan persoalan 1: Apakah faktor-faktor penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar etnik ana?. 93. 5.3.2 Rumusan persoalan 2: Sejauh manakah masalah penguasaan Bahasa Melayu dalam l<alangan pelajar etnik ana dan pertuturan dan penulisan?. 97. 5.3.3 Rumusan persoalan 3: Bagaimanakah teknik pengajaran guru Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar etnikana?. 99. 5.4. Kesimpulan Dapatan Kajian. 102. 5.5. Implikasi Dapatan Kajian. 102. 5.5.1 Implikasi kepada Guru. 103. 5.5.2 Implikasi kepada Pihak Sekolah. 103. 5.5.3 Implikasi kepada Pelajar. 104. 5.6. (adangan Kajian Lanjutan. 104. 5.7. Rumusan. 105. RU1UKAN. 106. LAMPlRAN. 117. xii.

(13) SENARAIlADUAL HALAMAN Jadual 1.1. Analisis keputusan Eahasa Melayu menengah atas berdasarkan tiga penggal terakhir tahun 2013. 10. Analisis keputusan Bahasa Melayu menengah atas secara keseluruhan untuk tiga penggal terakhir tahun 2013. 11. Jadual 3.1. Senarai semak sesi temu bual. 66. Jadual 3.2. Pemerhatian di dalam kelas. 67. Jadual 3.3. Dokumen rekod data kajian. 70. Jadual 1.2. xiii. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(14) SENARAI RAJAH HALAMAN Rajah 2.1. Struktur organisasi Dong Jiao Zong. 20. Rajah 2.2. Pertalian di antara kc,nsep dalam pedagogi bahasa. 54. Rajah 2.3. Kerangka konsep kaj ian. 56. Rajah 3.1. Reka bentuk kajian. 58. Rajah 3.2. Model Kajian Tindakan Stringer. 59. Rajah 3.3. Konsep Peningkatan Pemahaman lacey. 60. Rajah 3.4. Proses temu bual informan kajian. 69. xiv.

(15) SENARAI SINGKATAN. KPM. Kementerian Pelajaran Malaysia. SPM. Sijil Pelajaran Malaysia. MICSSWC. Malaysia Independent Chinese Secondary School Working Comittee. PMR. Penilaian Menengah Rendah. MCE. Malaysia Certificate of Education. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(16) SENARAI LAMPIRAN HALAMAN LAMPIRAN A. Audit trail. 117. LAMPlRAN B. Borang keberaran. 119. LAMPlRAN C. Soalan temu bual kepada guru G1. 120. LAMPlRAN 0. Soalan temu bual pelajar Pl dan P2. 121. LAMPlRAN E. Nota lapangan. 122. LAMPlRAN F. Tema informan guru G1. 123. LAM PI RAN G. Tema Informan pelajar P1. 125. LAMPlRAN H. Tema informan pelajar P2. 127. LAMPlRAN 1. Surat kelulusan khas menjalankan kajian daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). 129. xvi. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(17) BABI. PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan Perkara. 152. dalam. Perlembagaan. Persekutuan. telah. mengiktiraf. dan. mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagal bahasa kebangsaan serta bahasa rasml negara. Hal ini disebabkan menjadi satu kepentingan untuk sesebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum menggunakan satu bahasa sebagal panduan iaitu bahasa yang boleh difahami oleh semua kaum (Abdul Aziz, 2002).. Namun, setelah sekian lam~ bahasa Melayu dikembangkan sebagai bahasa rasmi negara dan sebagai bahasa utama dalam sistem pendidikan kebangsaan, kesedaran terhadap nilai dan peranan bahasa ini dalam kehidupan harian rakyat Malaysia di luar sistem yang rasmi tidak tinggi. Nor Hashimah menyebut perkara. ini dalam kajiannya.. Walaupun. et. al (2010) juga. pelbagai. usaha. untuk. mempertingkat kesedaran masyaral.at telah dilakukan, fenomena kebahasaan terus berlaku memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum yang membenarkan kebebasan pembelajaran dan penggunaan bahasa, termasuklah bahasa ibunda.. Seperti etnik yang lain di Malaysia, kebanyakan etnik Cina masih mengekalkan penggunaan bahasa ibunda di rumah dan memilih untuk memasuki sekolah vemakular masing-masing. Justeru itu, penggunaan bahasa Melayu dalam komunikasi adalah terhad. Berbeza dengan pelajar Melayu, pelajar etnik ana di Malaysia berbahasa Mandarin atau Kantonis dan dibesarkan dalam keluarga yang t1dak bertutur dalam bahasa Melayu. Pendedahan mereka kepada bahasa Melayu biasanya bermula di sekolah. Penggunaan bahasa ibunda yang meluas dalam kehidupan mereka manakala bahasa Melayu hanya bahasa kedua yang digunakan di sekolah (Ang dan Ole Radiah, 2012).. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(18) Penguasaan Bahasa Melayu pelajar etnik Gna telah dipengaruhi oleh beberapa faktor. Menurut Abdul Aziz (2002), dalam kajian beliau berkaitan faktor kesalahan Bahasa Melayu di sekolah menengah persendirian ana mengenal pasti faktor yang paling ketara ialah dlsebabkan pengaruh bahasa ibunda. Manakala dalam Junaini (2012) pula, dapatan kajian beliau menunjukkan 69.9 peratus pelajar tingkatan ernpat keturunan ana mernpunyai sikap yang negatif terhadap bahasa Melayu yang menjadi faktor kepada penguasaan Bahasa Melayu mereka.. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, faktor penguasaan Bahasa Melayu ini menimbulkan masalah penulisan, tatabahasa dan komunikasi dalam kalangan pelajar ana. Hal ini kerana penutur bahasa Melayu sebagai bahasa kedua memperoleh bahasa tersebut hanya melalui proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah (Nursidah. et al., 2010). Dapatan kajian Chew dan Abdul Jalil (2008),. juga menyatakan mengenai kemahiran mendengar dan bertutur jarang-jarang ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana guru lebih mementingkan kemahiran menulis dan membaca. Dalam kajian Ang dan Che Radiah (2012) pula menjelaskan mengenai wujudnya masalah bertutur dan menulis dalam kalangan pelajar etnik Gna di sekolah kebangsaan.. Menurut Norhashimah. eta!.. (2010) pula, aktiviti pengajaran yang kurang. menarik memungkinkan pelajar kurang berminat dalam mempelajari bahasa Melayu. Perkara berkaitan teknik pengajaran juga disebut oIeh Chew dan Abdul Jalil (2008), apabila mereka menekankan bahawa guru tidak menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai ketika mengajar kemahiran mendengar dan bertutur. Kajian Abdul Rasid (2011) juga ada menyebut bahawa guru-guru masih tidak mengetahui cara yang sesuai dalam pengaja-an Bahasa Melayu untuk menarik perhatian pelajar-pelajar. ana mempelajari Bahasa Melayu.. Berdasarkan kepada perkar3 itulah, kajian ini bertumpu kepada penguasaan Bahasa Melayu yang dihadapi oleh pelajar ana di sekolah menengah persendirian ana dalam proses pengajaran dem pembelajaran. Pengkaji memberi tumpuan kepada faktor penguasaan Bahasa Melayu, masalah yang dihadapi pelajar etnik ana terhadap Bahasa Melayu dan teknik pengajaran guru Bahasa Melayu.. 2. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(19) 1.2 Latar belakang Kajian. Bahagian ini menjelaskan tentang perkembangan Bahasa Melayu dalam pendidikan di Malaysia diikuti penjelasan mengenai kewujudan sekolah menengah persendirian ana, dan seterusnya pengkaji menjelaskan mengenal keadaan pendidikan Bahasa Melayu di sekolah tersebut.. 1.2.1. Perkembangan Bahasa Melayu dalam Pendldikan di Malaysia. Perkembangan pendidikan di negara ini telah dirancang dan dimulakan sebelum negara mencapai kemerdekaan ialtu bermula dengan Penyata Bames (1950), Penyata Fenn-Wu (1951), Laporan Razak (1956), dan lain-lain. Jawatankuasa Laporan Razak (1956),. dan Artikel. 152 Perlembagaan. Persekutuan telah. menyatakan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan wajib digunakan di sekolah-sekolah bantuan kerajaan. Bertitik tolak dari sinilah maka mata pelajaran Bahasa Melayu dianggap penting dan telah berkembang selaras dengan Dasar Pendidikan Negara yang mahu menjadikan bahasa Melayu sebagai alat untuk menyatupadukan penduduk yang berbl\ang kaum di negara ini. Justeru itu, peranan pendidikan telah disesuaikan dari semasa ke semasa bagi memenuhi matlamat dan keperluan negara menjelang tahun 2020 (Abdul Rasid, 2011; Jerie dan Zamri, 2001; Teoh, 2005).. Bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa Malaysia dan dijadikan bahasa rasmi negara, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum dan bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi (Nik Safiah et aI., 1996). Mengikut Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Menengah (KPM, 2010), Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar utama, dan merupakan mata pelcjaran teras yang wajib dipelajari di peringkat sekolah menengah. Pemilihan satu bahasa kebangsaan bagi Malaysia timbul sebab perlunya diadakan satu Iambang penyatuan dalam menentukan identifikasi kebangsaan (Abdul Aliz, 2002). Subjek Bahasa Melayu adalah subjek wajib bermula di peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah. Sebagai. 3. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(20) subjek wajib, banyak usaha telah dijalankan untuk memastikan pelajar dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik. Bahasa Melayu merupakan satu mata pelajaran yang memerlukan pelaj,3r menguasai kemahiran tertentu, terutamanya kemahiran mendengar, bertutur, pemahaman dan menulis (KPM, 2010).. Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk melengkapkan pelajar dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhl keperluan din dalam bidang pendidikan, pekerjaan, dan urusan harian. Kurikulum pengajaran dan pembelajaran kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah bagi membolehkan pelajar meraih objektif berikut: a. melibatkan din dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan, dan penulisan untuk menjalin SI~rta mengeratkan hubungan, dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan; b. mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton untuk memperoleh ilmu dan maklumat; c. menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan; d. mendengar, membaca, menonton, dan membenkan respons kepada pelbagai bahan sastera dan bukan sastera; e. melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan secara kreatif dan berkesan; dan. f. menghayati dan mengamalkan nilal mumi, sikap positif, semangat pabiotik, dan perasaan dnta akan negara. (KPM,2010). Kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan Insan yang seimbang dan harmonis dan segi intelek, emosl, rohani, dan jasmani. Kunkulum Bahasa Melayu menyediakan pelajar untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa secara betul dan tepat Pelajar mampu mengungkapkan bidang ilmu daripada pelbagai disiplin atau mata pelajaran di samping mengembangkan kemahiran berfikir (Abdul Aziz, 2002; KPM, 2010).. 4. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(21) Pembelajaran Bahasa Melayu menjadi penting kepada pelajar-pelajar setelah Kementerian Pendidikan Malaysia menyeragamkan pelaksanaan dasar pendidikan bahasa. Melalui dasar ini bahasa pengantar peperiksaan menggunakan bahasa Melayu. Oleh itu pelajar-pelajar perJu menguasai bahasa Melayu dengan baik. Pembelajaran bahasa Melayu bukan sahaja untuk tujuan peperiksaan tetapl juga sebagai alat komunikasi dan tunjang perpaduan (Pay, 2008; lamri, 2000). Hal Inl demikian kerana semua warganegara Malaysia seharusnya menguasal dan mencintai bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu telah menjadi mata pelajaran wajib lulus dalam pepertksaam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan sebagai syarat melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi di Malaysia. Tambahan pula, kelulusan Bahasa Melayu dafam SPM telah menjadi syarat utama untuk memohon jawatan di jabatan kerajaan tau menceburi bidang profesional. Semua usaha ini bertujuan menaikkan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat Malaysia.. Bagi menjayakan matiamat ini, guru-guru wajib memastikan bahawa pengetahuan berbahasa diajar dengan berkesan tentang pengetahuan bahasa Melayu untuk membolehkan pelajar-pelajar berjaya dalam peperiksaan formal. Guru pertu juga mendidik pelajar-pelajar menggunakan bahasa Melayu secara betul dan. bersesuaian. dengan. keacfaan. keperihalan. dalam. pertuturan. harian. terutamanya kepada pelajar yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua termasuklah etnik Gna. Suatu penyelesaian yang menyeluruh harus diambil bagi menangani gejala masalah penguasaan bahasa Melayu agar tidak terus menjadi parah terutama kepada pelajar-pelajar yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua (Zamri dan l-1ohamed, 2006; Abdul Rasid, 2011).. 1.2.2 Sekolah Menengah Persendirian Cina. Sebelum tahun 1961, selain daripada sekolah rendah Cina, terdapat lebih kurang 70 buah sekolah menengah Cina yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar di Semenanjung Tanah Melayu. Kebanyakan sekolah ini ditubuhkan oleh masyarakat. ana. dengan sedikit bantuan subsidi daripada kerajaan. Pada tahun. 5.

(22) 1962, setelah kerajaan melaksanakan Aida Pendidikan 1961, sekolah menengah Ona didapati menghadapi masalah sumber kewangan dalam menyelenggarakan aktiviti pendidikan. Pada tahun itJ juga, kerajaan telah mengumumkan bahawa subsidi penuh hanya diberi kepada dua jenis sekolah laitu sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. Dengan yang demikian, sekolah menengah ana diber; dua pilihan, laitu sama ada menerima pertukaran sistem sekolah menjadi sekolah menengah jenis kebangsaan yang diberi subsidi penuh, atau hanya perlu mengikuti peraturan kerajaan. Pada Januari 1962, Menterl Pendidikan telah mengumumkan bahawa sebanyak 54 buah sekolah menengah ana telah bersetuju menerima pertukaran sistem, jumlah selebihnya iaitu 16 buah sekolah menengah Cina yang lain pula enggan menerima subsidi kerajaan dan telah menjadi sekolah menengah persendirian untuk mengekalkan cara pendidikan tradisional (Hong, 2002; Pay, 2008).. Oleh kerana sekolah menengah persendirian Cina tidak terangkum dalam sistem pendidikan kebangsaan, rTlClka jatuh bangun sekolah berkenaan bergantung sepenuhnya kepada komuniti setempat Cina. Pada hari ini jumlah sekolah menengah persendirian Cina di Malaysia ialah 60 buah, iaitu 37 buah di Semenanjung Malaysia dan 23 buah lagi di Sabah dan Sarawak (Hong, 2002; Pay, 2008). Pada pengetahuan umum, objektif utama pelaksanaan sekolah menengah persendirian Cina lalah Ingin mengekalkan dan memartabatkan identiti bahasa ibunda iaitu Mandarin atau huayu (Pay, 2008; Teoh, 2005). Pelajar perlu menghabiskan masa enam tahun untuk menyempurnakan pembelajaran di peringkat menengah, iaitu tiga tahun peringkat menengah rendah (Junior Middle) dan tiga tahun peringkat menengah atas (Senior Middle). Jawatankuasa Kerja Sekolah Menengah Persendirian. ana. atu singkatannya MICSSWC (Malaysia. Independent 07inese Secondary School Working Comittee). Jawatankuasa kerja ini menyelaraskan semua perkara termasuk kUrikulum, peperiksaan dan latihan perguruan. bagi sekolah-sekolah inl. Walaupun terdapat peperiksaan yang. dikelolakan jawatankuasa Ini, namun pelajar tetap perlu menduduld peperiksaan awam seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sekolah persendirian Cina di seluruh Malaysia masih perlu. 6.

(23) menggunakan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (Abdul Aziz, 2002; Teoh, 2005).. Kaum ana berpendapat bahawa pendidikan ana perlu diteruskan dengan hasrat untuk mengekalkan pendidikan ibunda hanyalah melalui persekolahan persendirian. Peranan sekolah-sekolah persendirian adalah seperti yang berikut: a. Sekolah Menengah Persendirian ana berperanan untuk menyempumakan pendidikan asas, iaitu enam tahun sekolah rendah dan enam tahun sekolah menengah berdasarkan per:didikan ibundai b. Sekolah Menengah Persendirian ana merupakan satu-satunya jambatan yang menyambungkan sekolah rendah ana dengan maktab dan universiti; c. Sekolah Menengah Persendirian ana dapat mengembangkan kebudayaan ana yang begitu kaya dan mantapi d. Sekolah Menengah Persendirian ana memainkan peranan penting dalam membentuk kebudayaan Malaysia kerana institusi inilah yang melahirkan pelajar yang berpendidikan tribahasa, iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa ana, di samping meresapkan intipati pelbagai kebudayaan masyarakat Malaysia. (Abdul~z,2002i Hong, 2002). Organisasi serta pengurusan sekolah Ini diletakkan di bawah Lembaga Pengelola masing-masing. Lembaga atau jawatankuasa ini terdirl daripada wakil pelajar-pelajar, ibu bapa dan wakil pertubuhan luar. Sekolah ini juga tidak menerima bantuan kewangan kerejaan, dan dengan itu bergantung sepenuhnya kepada bayaran yuran pelajaran serta sumbangan derma daripada orang ramai. Dlsebabkan kutipan yuran tidak memadai untuk membiayai kos pengelolaan sekolah, pada setiap tahun Lembaga Pengelola, guru"9uru dan para pelajar sekolah berkenaan didorong untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang bertujuan untuk mengumpulkan wang (Abdul Aziz, 2002).. 7. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(24) 1.2.3 Pendidikan Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Persendirian Cina. Sekolah-sekolah menengah persendirian una di Malaysia tidak ketinggalan menggunakan Bahasa Melayu sebagai satu mata pelajaran. Sukatan yang digunakan adalah sama seperti yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada sekolah-sekolah menengah kebangsaan (Abdul Az.iz, 2002). Hal ini bersesuaian dengan situasl apabila bahasa Melayu bukanlah bahasa pertama dalam pertuturan seharian, jelas bahawa pembelajaran Bahasa Melayu menyebabkan masalah kepada pelajar bukan Melayu. Hal ini turut berlaku kepada pelajar etnik ana (Ang dan Che Radiah, 2012; Abdul Rasid, 2011).. Pengajaran. semua. mata. pelajaran. di. sekolah-sekolah. menengah. Persendirian ana menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar kecuali bagi mata pelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu merupakan bahasa kedua dan dengan yang demikian hanya digunakan semasa waktu pengajaran dan pembelajaran bahasa berkenaan sahaja. Dalam perkara inl terdapat ketidakseimbangan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di sekolah-sekolah tersebut yang. menguasai. bahasa. ibunda sebagai. bahasa. pengantar berbanding pelajar-pelajar di sekolah-sekolah menengah kebangsaan (Abdul Aziz, 2002).. 1.3 Pemyataan Masalah. Menurut lai (2001), sifat bahasa ibunda akan memudahkan atau menyukarkan pembelajaran aspek-aspek tertentu bahasa kedua. Dapatan kajian Ahmad Johari dan Ng (t.th) pula menunjukkan kekuatan pengaruh bahasa ibunda dalam kalangan pel ajar Ona apabila sebahagian besar responden bersetuju bahawa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu tidal< berkesan jikalau tidak dibantu dengan bahasa ibunda.. Manakala Abdul. Rasid. (2011). menjelaskan. bahawa. pelajar ana. menghadapi masalah dalam proses pembelajaran Bahasa Melayu disebabkan oleh faktor dalaman berkaitan dengan dirt mereka sendiri dan faktor luaran seperti pengaruh persekitaran dan juga kaedah pengajaran guru yang kurang berkesan.. 8. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(25) RUlUKAN. Abdullah Hassan. 1987. Pendekatan mengajar tatabahasa. Jurnal Dewan Bahasa 31(6). Abdullah Hassan. 1989. 30 tahun perancangan Bahasa Malaysia. Kuala lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Musa. 2004. Sikap dan motivasi pelajar Dusun terhadap pembelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Mala'y'Sia. Abdull Sukor Shaari, Nuraini Yusoff, Mohd Izam Ghazali dan Mohd Hasani Dali. 2011. Kanak-kanak Orang AsIi di Malaysia: Mengapai Uterasi Bahasa Melayu. Juma/ Pendidikan Bahasa Melayu. 1 (2): 59-70.. Abdul Azlz Abdul Talib. 1995. t<onsep pendekatan, kaedah dan teknik dalam pedagogi bahasa. Jumal Dewan Bahasa 39(12): 1100-1109.. Abdul Aziz Abdul Talib. 2000. Pedagogi Bahasa Melayu; Prinsip, kaedah dan teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publications Be. Distributors Sdn. Bhd.. Abdul Aziz Sutan. 2002. Kesalahan-kesalahan bahasa pelajar sekolah menengah persendirian di Selangor. Tesls Sarjana. Universiti Malaya.. ana. Abdul Hamid Ahmad. 1990. Pengaruh Bahasa Sungai dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia Baku. Penulisan I1miah Bacelor Pendidikan (PBMP). Universiti Pertanian Malaysia, Serdang.. Abdul Hamid Mahmood. 1989. Kesalahan penggunaan Imbuhan di kalangan pelajar. Pelita Bahasa 1(2): 40-41. April.. Abdul Hamid Mahmood. 1990. Penguasaan Bahasa Malaysia baku di kalangan pelajar-pelajar. Jumal Dewa'7 Bahasa 34(4): 613-615.. Abdul Hamid Mahmood dan Inderbir Kaur. 1995. Beberapa kajian terhadap kesalahan bahasa. Jumal Dewan Bahasa 39(6): 531-542.. 106.

(26) Abdul Rasid lamian. 2011. Pennasalahan pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu dalam kalangan mund ana. Universiti Putra Malaysia. Abdul Rasid Jamian dan Zulkifli Abu larin. 2008. Penguasaan kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan murid sekolah rendah. Prosiding KONPEN 2008, Jun 1-4, 2008. Ahmad Johari Sihes dan Ng Gek Lui. t.th. Faktor-faktor stres di kalangan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan ana Daerah Mersing, Johor. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.. Ainon Muhamad dan Baharuddin Zainal. 1985. Mengkosmopolitankan sastera Melayu melalui program terjemahan. Seminar Hari Sastera 1985. 28 November -1 Disember, 1985, Pulau Pinang. Alias Shamsuddin. 1969. An investigation In the error of 07inese speaking in Malay written composition and their implication for the effective teaching of Malay as a second language. Tesis Sarjana. Universiti London. Analisis peperiksaan Bahasa Melayu LDMS, 2013. Result analysis of school examination (subject teacher). Lahad Datu Middle School. Ang Lay Hocn dan Ole Radiah Mezah. 2012. Masalah Penguasaan Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Etnik Cina di Malaysia. SOSIOHUMANlKA. 215-226.. Ariffin Zainal, Latifah Amin, Normch Awang dan Norjan Yusof. 2000. Penghargaan kendiri pelajar-pe/ajar baru Pusat Pengajian Jarak Jauh UKM. Seminat Kebangsaan Pengajian Jarak Jauh. Bangi Selangor. 31 Oktober - 1 November. Awang Sariyan. 1996. Isu-isu peningkatan profesionalisme pendidik bahasa Melayu. Jumal Dewan Bahasa 40(2): 100-106.. Azaha bin Ibrahim. 2004. Sikap Dan Pencapaian Pelajar Oalam Mata Pe/ajaran Kesusasteraan Melayu: Satu Kojian Kes. Tesis Sarjana, Universiti Pendidikan Sultan Idris.. 107. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(27) Alalina Abdul Wahap. 2013. Konte/cs, input, proses dan hasil penggunaan kaedah ilustrasi komik terhadap pelajar tingkatan empat dalam pengajaran dan pembelajaran mala pelajaran Sejarah di salah sebuah sekolah di daerah Papar: Satu kajian kes. Tesis Sarjana. Universiti Malaysia Sabah.. Baharom Mohamad, Ali Suradin dan Za'aba Helmi Khamisan (2008) Peranan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dalam Membina Sahsiah Pelajar Berkualiti. lumal Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.. Bogdan, R. C dan Biklen, S. K. (2003). Qualitative researrh in edudion: An introduction to theory and methods (4" ed.). Boston, Ma: Pearson.. Clew Fong Peng dan Abdul Jalil Othman. 2008. Pengabaian kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah di sekolah menengah: Punca, masalah dan kesannya di Malaysia. SOSIOHUMANIKA 1(1): 167-191.. Ole Zanariah dan Fadzilah Abd Rahman. 2011. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah. lurnal Pendidikan Bahasa Melayu 1(1): 67-87.. Clew Fong Peng dan Lee Tan Luck. 2009. Masalah pembelajaran Bahasa Melayu di. kalangan pelajar ana dan Melayu di Kuala Terengganu. Kertas Kelja ? Interantional Conference Issuse in Language Teaching and Learning Amongsts Non-Narative Speaker: Language Competence and Performance. 2-3 Disember.. Olithra. alp Raju. 2003. Sikap dan motivasi pelajar India cialam pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.. Cook V. 1991. Second language learning and language teaching. London: Edward Arnold.. Cresswell, l. W. (1994). Research design: Qualitative 7 quantitative approaches. Thousands oaks, CA: Sage. Farid M.Onn dan Ajid Ole Kob. 1981. Pengaruh Bahasa Daerah dalam Proses Pembelajaran Bahasa Malaysia di Kalangan Pelajar-pelajar Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.. 108. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(28) Faridah Serajul Haq, Nooreiny Maarof dan Raja Mohd Fauzi Raja Musa. 200l. Masalah penulisan naratif di kalangan pelajar sekolah menengah. Jumal. Pendidikan. Foziah Hashim. 1992. Ana/isis /(esa/ahan penggunaan imbuhan kerja dalam. karangan pelajar tingkata., empat di SMK Tun Syed Sheikh Barakbah. Penulisan Ilmiah.. Gardner, R.C dan MacIntyre, P.O. 1993. On the measurement of affective variable in second language learning. Journal of Language Learning 43 (2): 157-194.. Gerring, l. 2007. Case Study Research Principles and Practices. cambridge: cambridge University Press.. Gillham, B.. 2000. Case stucy research methods. London:. Continuum.. Goh Ong Sing. 1991. Pengajaran-pemelajaran bahasa dalam KBSM. Juma/ Dewan Bahasa 35(3): 207-232.. Habibah Elias, Abdul Rasid lamian dan Yahya Othman. 2001. Masalah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di kalangan pelajar-pelajar bukan Melayu di sekolah-sekolah menengah kebangsaan Negeri Sembilan. The Second International Literacy Conference. 8-10 Mei, 2001, Pulau Pinang.. Hornstein, N. dan Ughfoot, D. 1981. Exploration in linguistics: The logical problem of language iKX/uisition. New York: Longman Group Limited.. Hong Wai Bing. 2002. Bahan pengajaran Bahasa Cina di Sekolah Menengah Persendirian di Malaysia: Satu kajian kes. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.. ana. Jais Sahok. 1989. Masalah pengajaran Bahasa Malaysia. Dewan Bahasa, Ogos 33(8):568-581.. Jerie Anak Peter Langan dan Zamri Mahamod. 2011. Sikap dan Motivasi Murid lban dalam Mempelajari Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua. Jumal Pendidikan Bahasa MelaYU(1): 13-25. 109. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(29) Jeyagobi all Dhamodarem. 2008. Persepsi dan sikap guru Bahasa Melayu terhadap kemahiran menulis di sekolah rendah kawasan Pensiangan-Salinatan daerah Nabawan, Sabah: Satu analisis. Jumal Penyelidikan Institut Perguruan Islam.. lunainl Kasdan. 2012. Pengaruh sosiokognitif remaja terhadap penguasaan Bahasa Melayu. Pusat Pengajian Bahasa dan Unguistik Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. Selangor. 1 Jun. luriah long. 1975. Masalah pencapaian murid-murid bukan Me/ayu dalam peperiksaan BM di peringkat MC£: Satu Analisis. Tesis Sarjana. Universiti Malaya. Kamaruddin Husin. 1993. Perkaedahan Mengajar Bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kamaruddin Husin. 1997. Psikologi dalam Bi/ik Oarjah. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributor3.. Kamarudin Husin. 1999. Pengajaran Lisan: Kemahiran mendengar dan bertutur. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.. Kamisah Osman, Zanaton Haji Iksan dan Ulia Halim. Sikap terhadap Sains dan Sikap Saintifik di kalangan Pelajar Sains. Jumal Pendidikan 32 him. 39-60. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Kurikulum bersepaeJu sekolah menengah (KBSM). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Sukatan pe/ajaran Bahasa Melayu seko/ah menengah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Khairudin Ismail. 1997. Analisis Unaan ayat dalam penulisan karangan pelajar sekolah menengah. Jumal Dewan Bahasa dan Pustaka. Oktober.. Koh Bah Boon. 1975. A study to locate an analysis of some common errors in the use of Malay Affixes on non-Malay preparing for the MCE BM paper. Jumal Pendidikan (5): 1-33.. 110. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(30) Kua Kia Soong. 1990. A protean Saga; The Chinese school of Malaysia. Kuala lumpur: llle Resource and Research Centre, Selangor Olinese Assembly Hall.. Lai Siew Yoon. 2001. Analisis kesilapan ganti nama diriBahasa Me/ayu di kalangan pelajar. ana. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.. Um Hock Yuan. 2001. Oimensi budaya dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dewan Bahasa. Mac: 34-41. Marohani Yusoff dan Zulkifli A. Manaf. 1997. )uma/ Pertanika Soc. Sci & Human 5(2): 65-71. Marzni Mohamed, Roselan Baki dan Fadzilah Abd Rahman. t.th. Perspektif kua/itatif terhadap pelaksanaan amalan penaksiran dalam pengajaran kemahiran menu/is karangan argumentative. Universiti Putra Malaysia.. Mat Zaid bin Hussein. 1996. Pendekatan pengajaran Bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi: Satu kaj/an kes di Pusat Bahasa, Universiti Ma/aya. Tesis Sarjana. Universiti Malaya. Md. Oaud Taha. 1992. Masalah penguasaan Bahasa Me/ayu di kalangan pe/ajar Melayu di tingkatan menengah atas di Negara Brunei Darussalam. Tesis Sarjana. Universiti Pertanian Malaysia. Merriam, S. B. 1998. Qualitative Research and Case Study Applications in Education (r' ed.). San Francisco: Jossey-Bass. Merriam, S.B. 2009. Qualitative research a quide to design and implementation; resived and expanded form qualitative research case study application in education. San Francisco: Jossey-Bass A Wiley Imprint.. Miles, H.B. & Huberman. A. M. 1'384. Qualitative data analysis: A sourcebook of new methods. Newbury Park, CA, USA: Sage Publications Inc. Mohammed Tarmizi Razall. 1994. Gangguan bahasa ibunda dalam kalangan pelajar Orang Asli dalam pembelajaran Bahasa Me/ayu di sebuah sekolah dl Tapah, Perak. Tesis Sarjana Muda. Universiti Pertanian Malaysia.. 111.

(31) MoM Daud Mohd Yusof. 1990. Penguasaan BM Baku di kalangan pelajar-pelajar tingkatan dua (KBSM): Satu kajian kes di MaktiJb Sultan Ismail Kola Bharu, Kelantan. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.. Muhammed Salehudin Aman. 1993. Analisis kesalahan tatabahasa Bahasa Melayu di kiJlangan pelajar seko/ah menengah agama alas. Tesis Sarjana. Universiti Pertanian Malaysia. Murad Mohd. Nor. 1975. Kajian Kecidran. Kuala lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nadzeri lsa. (2001). Kesan penggunaan bahan rangsangan terhadap prestosi penulisan karangan pelajar peringkat menengah rendah. Tesis Sarjana. Universiti Putra Malaysia.. Narayanan Kunchi Raman. 1993. Kesalahan bahasa dalam karangan Bahasa Melayu murid sekolah rendah jenis kebangsaan (Tamil). Jumal Dewan Bahasa. 456465. Nik Hassan Basrl. 2005. Teori Bal1asa: Implikasinya terhadap pengajaran bahasa. Tanjong Malim: Penerbit Ur.iversiti Pendidikan Sultan Idris.. Nik Safiah Karim. 1986. Bahasa Melayu: Persoalan dan pergolakan. Kuala lumpur: Gateway Publisihing House.. Nik Saflah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood. 1996. Tatabahasa dewan. Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.. Noor Ainah Dani. 1993. Pengaruh bahasa ibunda dalam proses pembelajaran Bahasa Melayu pelajar-pelajar Dusun. Tesis Sarjana. Universiti Pertanian Malayisa.. Noraini Idris. 2010. Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala lumpur: Me Graw Hill Education.. 112. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(32) Normala Ali, Mohamed Sharif dan Roslee Ahmad. Uh. Pendekatan Temu 8ual sebagai Satu Metod KiJjian Kes. Suatu Persepsi di Kalangan Pelajar Perempuan Cemeriang Terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Universiti Teknologl Malaysia.. Norsimah Mat Awal, Nadzrah Abu Bakar dan Nor Hashimah. 2012. Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua: Pengungkapan Idea dalam Penulisan Pelajar Sekolah Menengah di Malaysia. Jumal Melayu (2):. 227-240. Nor Aina Dani. 1996. Sistem antarabangsa dalam pemerolehan bahasa kedua. Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka.. Nor Hashimah Jalaluddin. 2010. Sosiokognitif dan penguasaan pragmatic bahasa Melayu pelajar Malaysia: Analisis Unguistik. Jurnal Llnguistik 10(Edisi. Khas): 1-21. Nor Hashimah Jalaluddin, Junaini K3sdan dan Zaharani Ahmad. 2010. Sosiokognitif Pelajar Remaja Terhadap Bahasa Melayu. GEMA OnlintfH Joumal of Language Studies 10(3): 67-87.. Nursidah Ab. Hamid, Fairose dan Jamaludin. 2010. Kajian Kelemahan Tatabahasa Pelajar Ona Dalam Karangan para peringkat menengah rendah. Prosiding Seminar Antarabangsa Pendidik Bahasa Melayu, Jun 12-18, 2010.. Othman Lebar. 2007. Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori dan Metod. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim.. Pang Sook Theng. 2000. Pengaruh bahasa dalam pel7CiJpaian Matematik di sebuah Sekolah Persendirian TesiS Sarjana. Universiti Malaya.. ana.. Patton, M.Q. 1990. Qualitative Evaluation and Research Methods. London: Sage Publications.. Pay See Tiang. 2008. Po/itik pendidikan Seko/ah Menengah Persendirian ana (SMPC), 1996-2002: Satu kajian tentang perkembangan SMPC di lpoh, Perak. Tesis Sarjana. Universiti Sains Malaysia.. Robiah Sidin. 1998. Pemikiran dalam pendidikan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.. 113. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(33) Romzi Ismail. 2000. Sikap pelajar terhadap program Pengajian Jarak Jauh. Seminar Kebangsaan Pengajian Jarak Jauh. Bangi. Selangor. 31 Oktober-1 November. Rosalind Gelunu. 2009. Penguasaan Bahasa Melayu sebagal bahasa kedua dalam penulisan karangan pelajar peribumi Sabah. Prosiding Persidangan Antarabangsa Bahasa Me/ayu Dunia. 28-30 September, 2009.. Roselan Bakl. 2001. Interaksi /isan pengajaran penu/isan Bahasa Melayu daripada perspektif guru. Disertasi Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia. Roselan Baki. 2003. Ki1edah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Shah A/am: Karisma Publications Sdn. Bhd. Rosiind Mawing. 2003. Hubungan gaya pengajaran guru dengan sikap pelajar terhadap Bahasa Melayu. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.. Solomon, J.S. 1988. The Development of Bilingual EduaJtion in Malaysia. Kuala Lumpur: Pelanduk Publications.. Stringer, E. 2004. Action Research 1'1 Education. New Jersey: Merrill Prentice Hall .•. Supian Mohamad Nor. 1994. Ana/isis kesalahan penggunaan frasa ketja Bahasa Me/ayu di ka/angan pelajar tingkatan empat KBSM: Satu kajian kes. Universiti Putra Malaysia. Suthanthiradevt alp J.N.J Money. 1996. Pengaruh bahasa ibunda da/am proses pembelajaran Bahasa Melayu murid-murid India. Tesis Sarjana. Universiti Malaysia Sabah.. Tay Meng Guat 2003. Satu Tinjauan terhadap sikap dan masalah guru Bahasa Melayu di Sekolah Rendah Jenls Kebangsaan. Jumal Pendidikan MPHL (4); 16-25.. Teoh Hee Olong. 2005. Hubungan antara motivasi integratif dengan pencapaian Bahasa Me/ayu dalam kalangan pelajar sekolah persendirfan Tesis Sarjana. Universiti Putra Malaysia.. ana.. 114. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(34) Wah, LL., Manisah Mohd. Ali dan Norainl Salleh. 2008. Pembinaan dan Pengesahan Ujian Membaca Untuk Mengenalpasti Disleksla: Satu Kajian Rintis. Jumal Pendidik dan Pendidikan. 23(2): 151-162. Yin, R. K. 1994. -Case Study Research: Design and Methods (?i ed.). Thousand Oak, calif: Sage. Yin, R. K. 2009. Case study re5earch design and methods: Fourth Edition. Thousand Oaks, california: Sage Publications. Yusminah Mohd. Yusof. 2004. Pengetahuan Pedagogikal lsi Kandungan Guru dalam Topik Fungsi : Satu Kajian Kes. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia. Zulkifley Hamid, 1994. Pembelajaran dan pengajaran bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zulkifley Hamid. 1996. Bahasa, konsep, fungsi dan penguasaannya oleh penutur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zulkifley Hamid. 2000. Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu di Malaysia ; Hambatan dan Permasalahan. Dewan Bahasa 44 (818-825). Zulkifley Hamid. 2005. Penilaian pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bat asa dan Pustaka. Zamri Mahamod. 1999. Amalan psikolinguistik dalam pengajaran-pembelajaran Bahasa Melayu di SRJK ana. Dewan Bahasa, September 43(9): 825-841. Zamri Mahamod. 2000. Pemindahan bahasa dalam pengajaran-pembelajaran bahasa kedua. Jumal Dewan Bahasa 44 (5): 602-615. Zamri Mahamod. 2007. Psikologuistik dalam Pengajaran dan Pemerolehan Bahasa Pertama dan KedUiJ. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd. Zamri Mahamod dan Mohamed Amin Embi. 2006. Sikap pelajar clna temadap pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.. 115. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(35) Zamrt Mahamod dan Zanna Othman. 2001. Sikap Pelajar ana Terhadap Pembelajaran bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua. Dewan Bahasa. 1(2):. 40-43. Mahzan Arshad. 2008. "Bahasc-minat mund dan guru bercanggah" dim. http://www.ppdjasin.edu.my/IsuMenarik/IsuMenarik. Retrieved 13 Oktober. 2013.. 116. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(36)

Referensi

Dokumen terkait

Namun demikian, menurut peneliti pasal ini sebenarnya telah sesuai dengan prinsip perlindungan tenaga kerja, hanya saja bentuk perlindungan tidak lagi diwujudkan dengan

Gambar 14 menunjukkan prosentase terbanyak dengan 67,5% memilih sangat mengganggu sorotan lampu dari arah berlawanan, dan pertanyaan dibawah merupakan persepsi

Pencabutan keterangan terdakwa merupakan suatu proses, tata cara, atau perbuatan menarik kembali keterangan terdakwa yang telah dinyatakan sebelumnya penyidikan

intervensi nafkah perkawinan adalah karena orang t ua Iebih menginginkan agar keluarganya dipandang oleh masyarakat, karena anaknya dikawinkan atau mengawini dengan

Kelayakan konseptual dan operasional “perang- kat instrumen pengembangan kompetensi kon- selor berdasarkan Standar Kompetensi Konselor Indonesia” yang dihasilkan dalam

Berdasarkan full sequence identifikasi menggunakan pendekatan molekuler gen 16S rRNA dan karakterisasi morfologi serta fisiologi, delapan isolat yang memiliki aktivitas

Dalam penelitian ini data yang digunakan terdiri dari 5 sumur (IX-A1, IX-13, IX-4, IX-7 dan IX-8) dan ditemukan 8 zona hidrokarbon, 6 diantaranya sesuai dengan data DST ( drill

Dari penelitian yang dilakukan menghasilkan perangkat lunak yaitu “Sistem Pendukung Keputusan Pemilihan Lokasi dan Evaluasi lokasi Pemasaran (Gula) Menggunakan Metode AHP” yang