• Tidak ada hasil yang ditemukan

SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DALAM MASYARAKAT MELANAU (KAJIAN ISLAMISASI DI MUKAH SARAWAK 1963-2014).

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DALAM MASYARAKAT MELANAU (KAJIAN ISLAMISASI DI MUKAH SARAWAK 1963-2014)."

Copied!
74
0
0

Teks penuh

(1)

SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DALAM MASYARAKAT MELANAU (KAJIAN ISLAMISASI DIMUKAH SARAWAK 1963-2014)

SKRIPSI

Diajukan untuk Memenuhi Sebagian Syarat Memperoleh

Gelar Sarjana dalam Program Strata Satu (S-1)

Pada Jurusan Sejarah dan Kebudayaan Islam (SKI)

Oleh

Zackarnain bin Jaraee

NIM: A4.22.12.117

FAKULTAS ADAB DAN HUMANIORA

UNIVERSITAS ISLAM NEGERI SUNAN AMPEL

SURABAYA

(2)
(3)
(4)
(5)

ABSTRAK

Skripsi ini berjudul “Sejarah Perkembangan Islam dalam Masyarakat Melanau di Mukah Sarawak Tahun 1963-2014”. Skripsi ini memfokuskan

penelitian tentang (1) Siapa yang berperan mengembangkan Islam di Mukah? Kemudian (2) Bagaimana perkembangan Islam setelah kemerdekaan dalam masyarakat Melanau Mukah? Selanjutnya (3) Organisasi-organisasi apa yang berdiri setelah perkembangan Islam di Mukah?

Dalam penelitian ini menggunakan metode sejarah dengan pendekatan historis. Metode sejarah digunakan untuk mendeskripsikan peristiwa yang terjadi pada masa lampau. Pendekatan historis digunakan untuk mencari informasi tentang masa lampau dengan mengunakan cara sistematis mengenai perkembangan Islam dalam masyarakat Melanau di Mukah Sarawak. Sedangkan teori yang digunakan dalam penelitian ini yakni teori sosial agama dari Max Weber.

Hasil penelitian ini menemukan bahwa (1) Tokoh-tokoh yang berperan dalam perkembangan Islam dalam masyarakat Melanau yaitu, Datuk Hakim Abang Haji Abdur Rahman, Hakim Haji Ashaari, Syeikh Haji Othman Abdul

Wahab, Abdur Rahman Ya’kub dan Abdul Taib bin Mahmud. Kemudian (2)

(6)

ABSTRACT

This thesis is titled "History of Islam in society Melanaus in Mukah Sarawak Year 1963-2014". This thesis research focuses on (1) Anyone whose role in spreading Islam in Mukah? Then (2) How the development of Islam after independence in Melanau Mukah? Furthermore, (3) Organizations that standing after the expansion of Islam in Mukah?

In this study, using history with a historical approach. The method used to describe the historical events that happened in the past. The historical approach is used to find information about the past using a systematic way on the development of Islam in society Melanau Mukah Sarawak. While the theory used in the study of the social theories of Max Weber.

(7)

DAFTAR ISI

HALAMAN JUDUL………... i

PERNYATAAN KEASLIAN………... ii

PERSETUJUAN PEMBIMBING………... iii

PENGESAHAN TIM PENGUJI………. iv

TRANSLITERASI... v

KATA PENGANTA……… vi

ABSTRAK ……….. ix

DAFTAR ISI……… xi

BAB I PENDAHULUAN A. Latar Belakang Masalah……… 1

B. Rumusan Masalah………. 5

C. Tujuan Penelitian……….. 6

D. Kegunaan Penelitian………. 6

E. Penelitian Terdahulu………. 7

F. Pendekatan dan Kerangka Teoritik………….. 9

G. Metode Penelitian………. 11

H. Sistematika Bahasan……….. 14

BAB II MENGENAL MUKAH DAN MASYARAKAT MELANAU A. Geografis Mukah………. 16

B. Sejarah Sosio-Ekonomi Masyarakat Melanau…. 17 C. Sejarah Nama Mukah……….. 20

D. Agama dan Kepercayaan Masyarakat Melanau.. 21

1. Agama………... 21

(8)

BAB III SEJARAH ISLAM DI MUKAH SARAWAK

A. Sejarah Masuk Islam di Mukah Sarawak……… 26

B. Perkembangan Islam Pada Zaman Penjajahan Brooke……… 37

C. Tokoh Ulama Sarawak Sebelum Kemerdekaan.. 31

D. Tokoh Ulama Sarawak Setelah Kemerdekaan…. 34 1. Penubuhan Bina………. 35

2. Sumbangan Tokoh………. 49

BAB IV PERKEMBANGAN ISLAM DALAM MASYARAKAT MELANAU DAN CABARANNYA DI MUKAH A. Dinamika Kehidupan Melanau Mukah………… 41

B. Bentuk Perkembangan Pemikiran Masyarakat IslamMelanau……….. 42

C. MelanauMembentuk Komunitas Muslim……… 44

D. Perkembangan Pendidikan Islam………. 45

E. Organisasi-organisasi Islam………. 46

1. Jabatan Agama Islam Mukah………. 47

2. Tabung Baitulmal Mukah……….. 48

3. Hikmah Mukah……….. 49

4. Tabung Haji Cabang Mukah……….. 50

F. Cabaran perkembangan Islam di Mukah………. 50

1. Pertambahan Penganut Islam yang Perlahan. 51 2. Sumber Tenaga Manusia dan Sumber Kewangan 52 3. Kurang Penyelerasan Aktivitas Dakwah…. 52 4. Cabaran Mengenai Tahap Pendidikan, Penghayatan Agama serta Keterikatan terhadap Adat dan Budaya Lama……… 53

G. Jejak-jejak Kebudayaan Islam………. 53

(9)

2. Masjid Setia Raja Mukah………... 54

3. Rumah Panjang Melanau……… 54

BAB V PENUTUP A. Kesimpulan……….. 56

B. Saran……… 58

DAFTAR PUSTAKA……… 60

(10)

BAB I

PENDAHULUAN

A. Latar Belakang Masalah

Islam merupakan salah satu agama yang dianut banyak manusia di

muka bumi ini. Berkembangnya pengaruh agama Islam di permukaan bumi

sudah pasti ada kejadian sejarahnya yang tersendiri sebelum berkembang dari

suatu tempat ke suatu tempat. Begitu juga halnya mengenai Islam yang

terdapat dalam masyarakat Melanau di Mukah, Sarawak. Mukah merupakan

salah satu kabupaten dalam Negeri Sarawak yang penuh dengan kepelbagaian

etnik dan budaya serta agama termasuklah masyarakat Melanau.

Menurut statistik 2010 yang diambil dari sensus Penduduk dan

Perumahan Malaysia yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia,

Melanau merupakan suku kaum kelima terbesar di Sarawak dengan peratusan

5% yaitu sebanyak 123,410 orang daripada keseluruhan 2,471,140 orang.

Kebanyakan mereka memeluk agama Islam selain Kristian. Melanau atau

lebih dikenali sebagai A liko1 merupakan salah satu dari suku kaum pribumi di Sarawak. Ejaan yang merujuk kepada kaum ini telah banyak kali berubah

seperti Milanowes, Milanos, Melano dan kini yang lebih mantap dan diterima

umum adalah Melanau.2

Ketika sebelum kemerdekaan, sejarah masyarakat Melanau di Mukah

sangat unik sekali. Pada abad ke 18, masyarakat Melanau pernah dikuasai

1

Wikipedia, “Melanau People”, dalam https://en.wikipedia.org/wiki/Melanau_people (30 Disember 2015)

2

(11)

oleh Sultan Brunei yang di ketuai Sultan Muhammad. Secara jelasnya Islam

telah bertapak di Sarawak kurun 18. Ini karena semasa pemerintahan Sultan

Muhammad (Awang Alak Betatar) daerah penguasaan Brunei meliputi

negeri-negeri seperti Kalaka, Saribas, Samarahan, dan Mukah. Pada zaman

pemerintahan Kesultanan Brunei, pedagang-pedagang berketurunan Brunei

mendapat penghormatan daripada masyarakat tempatan. Mereka mendapat

penghormatan bukan saja disebabkan oleh barangan dagangan yang

berkualitas didagangkan, tetapi juga disebabkan oleh pengetahuan meluas

mereka mengenai Islam disamping kemahiran pentadbirannya.3 Justeru itu, masyarakat tempatan yang tinggal di pesisiran pantai Sarawak yakni

masyarakat Melanau adalah mula-mula mendapat kemasukan Islam oleh

Brunei.

Islam semakin berkembang di provinsi Sarawak dibawah penguasaan

Brunei. Namun begitu, pada pertengahan abad ke 19, perkembangan itu mulai

lemahketika Sarawak jatuh ke tangan penjajah Inggeris yakni dari penguasa

keluarga James Brooke4. Semasa pemerintahan Brooke, seorang mubaligh

Kristen yang bernama Francis T. MacDougall telah tiba di Kuching, Sarawak

pada 1848. Beliau bermazhab Anglican dan kemudian menjadi Bishop.

Beliau merupakan orang yang pertama membuka sekolah bagi anak-anak

pribumi Sarawak untukbelajar. Beliau juga mendirikan sebuah badan

penyebaran agama kristen dikenali sebagai Borneo Church Mission.5 Oleh

3

Ismail Mat,Dakwah dan Cabaran Islam di Sarawak(Maju Press :Uitm, 2001), 94. 4

Masnon Hj Ibrahim, Islam di Brunei, Sabah dan Sarawak (Kuala Lumpur: Penerbitan Asiana, 2002), 35.

5

(12)

itu, bermulalah pertembungan yang besar diantara peluasan Islam dan juga

Kristen.

Merujuk daripada sejarah ini, kedua penguasa ini bukan sahaja

sekadar mau memerintah serta menguasai ekonomi masyarakat pribumi,

bahkan keduanya ada tujuan utama yakni mau menyebarkan pengaruh agama

yang di bawa dimana Sultan Brunei membawa agama Islam untuk disebarkan

kepada masyarakat dan manakala keluarga James Brooke dari inggeris pula

mahu meluaskan pengaruh Kristennya kepada masyarakat Melanau dan

masyarakat Pribumi yang lain setelah mengambil alih penguasaan Kesultanan

Brunei.6 Oleh itu, selepas kemerdekaan, masyarakat Melanau terbahagi

kepada dua anutan agama yang terbesar dianut yakni Islam dan juga Kristen.

Setelah bebas daripada penjajah 1963, perkembangan Islam dalam

kalangan masyarakat Melanau di Mukah mula berkembang secara internal

tanpa pengaruh daripada kuasa asing.7Pada mulanya, adanya Islam di Mukah adalah hasil daripada pengislaman oleh penguasaan kesultanan Brunei, tetapi

setelah itu, perkembangannya adalah melalui golongan tokoh-tokoh agama

tempatan dari Sarawak maupun tanah Melayu. Di sini, peneliti mendapat

informasi bahawa ketika selepas kemerdekaan, agama yang paling menonjol

dalam kalangan masyarakat Melanau bukan dari agama Islam tetapi

mayoritas penduduknya beragama Kristen. Hal ini adalah karena pengaruh

daripada kebijaksanaan penjajah Raja Brooke yang membuat banyak

sekolah-6

Yasir Abdul Rahman,Masyakat Melanau Sarawak(Kuala Lumpur: Dewan Bahawa dan Pustaka, 2008), 54-56.

7

(13)

sekolah Kristen seperti SPG Mission School di Kuching, St Mary serta St

Joseph di Sibu. Semenjak dari itu, gerakan pengkristenan melalui

sekolah-sekolah dan paderi-paderi terus berjalan aktif dalam penduduk pribumi

termasuklah Melanau.

Berkaitan dengan peninggalan hebat sekolah-sekolah Kristen yang

ditinggalkan oleh Raja James Brooke, jadi amat menarik buat peneliti untuk

membuat penelitian bagi judul ini bagi mendapatkan pencerahan bagaimana

dengan kondisi sebenar Islam dalam masyarakat Melanau di Mukah setelah

kemerdekaan. Setelah kemerdekaan Melanau Islam berada dalam kondisi

yang tidak berpegang teguh terhadap agama.8 Apabila ada majlis (keramaian) mahupun ketika sambutan Aidilfitri, sesetengah umat Islam Melanau

meraikan majlis tersebut dengan meminum minuman yang memabukkan.9 Hal ini adalah salah satu pengaruh daripada kehidupan barat yang di

tinggalkan oleh penjajah James Brooke sebelum kemerdekaan. Justeru itu,

terdapat segolongan tokoh agama melihat situasi ini harus di atasi sebelum ia

menjadi budaya yang kekal dalam masyarakat Melanau Islam Mukah.

Oleh itu, pada akhir dekade 70an dan permulaan dekade 80an, seperti

masyarakat Islam luar, kondisi di Mukah telah ada peningkatan dan gerakan

dalam mengembangkan syiar Islam di Mukah. Arus ini ditandai dengan

munculnya kesedaran untuk menyerap dan menegakkan nilai-nilai dan etika

Islam dalam seluruh kehidupan yang diperjuangkan oleh organisasi Islam

yang mulai berkembang.

8

Haji Adenan Uran,Wawancara, Mukah, 21 nopember 2015. 9

(14)

Setelah adanya bentuk perjuangan yang dilakukan

pertubuhan-pertubuhan Islam, akhirnya pihak pemerintah Sarawak turut menerima hasrat

dan keinginan kepada penghayatan Islam. Perjuangan tokoh Islam Mukah

seperti Tun Abdul Rahman Ya’kub dan anak saudaranya Abdul Taib

Mahmud beranggapan bahawa pertubuhan-pertubahan Islam tidak mampu

untuk terus berjuang mengembangkan Islam tanpa ada dukungan langsung

daripada pihak pemerintah.10 Pihak pemerintah dilihat tidak mengambil berat mengenai kepentingan Islam telah dianggap tidak wujud dan keabsahannya

tidak diakui. Oleh karena itu, pemerintah melakukan reformasi bagi

memelihara kemurnian Islam tanpa mengira masyarakat yang tinggal di kota

maupun diluar kota. Dengan adanya dukungan pemerintah bersama dengan

tokoh-tokoh serta Organisasi awal Islam ketika itu, maka pengembangan

Islam dalam masyarakat Melanau terus berkembang sehingga pada hari ini

walaupun kedaaan Islam semasa pemerintahan James Brooke amat dhaif

sekali karena adanya sistematika sekolah-sekolah Kristen yang masih

digunakan diawal kemerdekaan Sarawak.

B. Rumusan Masalah

Merujuk kepada gambaran singkat latar belakang yang diuraikan di

atas, maka penulis merencanakan tiga rumusan masalah dalam penulisan

skripsi ini, yakni seperti berikut:

1. Siapakah yang berperan menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat

Melanau di Mukah Sarawak sebelum dan setelah kemerdekaan?

10

(15)

2. Bagaimana perkembangan Islam masyarakat Melanau di Mukah setelah

kemerdekaan 1963?

3. Apa organisasi-organisasi Islam yang berdiri setelah perkembangan

Islam di Mukah?

C. Tujuan Penelitian

Secara global tujuan dari penulisan ini adalah mengetahui

bagaimana perkembangan Islam dalam masyarakat Melanau di Mukah.

Adapun tujuan khusus yang ingin dicapai akan dijelaskan secara rinci, yaitu

sebagai berikut:

1. Mengetahui bagaimana proses-proses perkembangan Islam di Mukah

setelah kemerdekaan.

2. Penelitian ini juga untuk mengkaji lebih mendalam tentang sejauh mana

perkembangan Islam terhadap masyarakat Melanau.

3. Penelitian ini juga berusaha untuk mendapatkan informasi tokoh-tokoh

Islam yang terlibat atau berperan dalam membangunkan Islam di Mukah.

D. Kegunaan Penelitian

Kegunaan Penelitian mengenai Sejarah Perkembangan Islam dalam

Masyarakat Melanau Mukah adalah seperti berikut :

1. Penulisan ini untuk menambah Khazanah Ilmu, pengetahuan dan akan

dijadikan sumbangan buat masyarakat Mukah terutamanya yang

(16)

2. Penelitian ini juga di harapkan bisa menjadi referensi pencerahan

terhadap anak-anak Melanau Mukah bagaimana kondisi perkembangan

Islam setelah kemerdekaan.

3. Menggugah kesadaran masyarakat Melanau Islam supaya lebih

menghargai perjuangan tokoh-tokoh Islam setelah kemerdekaan dan

berupayamencontohi serta meneruskan perjuangan mengembangkan

Islam di Mukah.

E. Penelitian Terdahulu

Daripada tinjauan awal yang dijalankan oleh penulis, belum ada orang

yang membuat kajian khusus terhadap perkembangan Islam di kalangan

masyarkat Melanau Mukah. Ada pun penelitian perkembangan Islam yang

dilakukan adalah bersifat umum yang dilakukan di provinsi Sarawak seperti :

1. Abdul Zafran Ali, Islam di Sarawak: Proses-proses Pembangunan Islam

Sarawak. Dalam penelitian ini, penulis membahaskan tentang pergerakan

dakwah semasa serta peran-peran para da’i Sarawak. Dalam kajian beliau

juga, beliau membahasakan tentang dakwah-dakwah Islam di Sarawak

yang memfokuskan golongan pemuda karena golongan pemuda haruslah

di didik dengan Islam karena golongan ini yang akan jadi pewaris yang

berharga kepada sesebuah negara pada umumnya. Selain daripada itu,

beliau juga menekankan proses yang ideal bagi pengembangan Islam

adalah sebaiknya dimulakan pada individual telebih dahulu, kemudian

keluarga, masyarakat dan seterusnya negara.

2. Azhar Ahmad, Masyarakat Bidayuh Islam pertama di bahagian

(17)

Amalan ajaran Islam di kalangan mereka. Penelitian ini dilakukan oleh

penulis dikawasan yang bukan didiami oleh masyarkat Islam. Ianya

terletak di kawasan yang jauh dari kota. Peneliti menerangkan tokoh

yang berperan menjalankan dakwah Islam di sana adalah terdiri

guru-guru yang ditugaskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. Zulkifli Abd Ghani,“Tokoh Pembangunan Islam Sarawak. Peranan dan

Cabaran Tokoh berdakwah di Sarawak” Dalam buku ini, di jelaskan

Tokoh yang mau mengembangkan Islam ke seluruh Sarawak

menghadapi cabaran yang getir. Cabaran yang di hadapi di sebabkan oleh

tidak adanya kemudahan jalan raya sebagai hubungan utama ketika itu.

Islam lebih cepat berkembang hanya di kawasan kota seperti di Kuching

dan Miri. Makanya, tokoh-tokoh Islam yang mau meluaskan dakwahnya

di luar kota atau lebih dikenali dengan penempatan pedalaman Sarawak

seperti Mukah, Balingian dan Sarikei haruslah tinggal secara menetap di

kawasan tersebut demi Islam.

4. Yasir Abdul Rahman, Melanau Mukah, Satu Kajian Budaya. Buku ini

membahaskan tentang bagaimana budaya Masyarakat Melanau yang

beragama Islam dan Kristen. Dalam buku ini dinyatakan bagaimana

proses dan perkembangan budaya yang terdapat dalam masyarakat Islam

dan Kristen. Melanau Islam dinyatakan didalam buku ini suatu ketika

dahulu hidup dalam satu Rumah Panjang. Mohammad Fadzillah Ahamat

Biografi Tun Patinggi Haji Abdur Rahman Ya’kub. Dalam penelitian Skripsi ini, penulis membahaskan tentang peran Tokoh terkenal Sarawak

(18)

gerak kerja dakwah dan penglibatan Tokoh tersebut dalam bidang politik.

Kedudukan Tokoh tersebut dalam bidang politik telah dimanfaatkan bagi

menggerakan dakwah Islamiyah untuk meluaskan pengaruh Islam di

Sarawak.

Dalam penelitian yang di lakukan oleh penulis ini yaitu Sejarah

Perkembangan Islam dalam Masyarakat Mukah setelah kemerdekaan, di lihat

berbeda daripada penelitian-penelitian yang penulis ketemukan. Dalam

penulisan skripsi ini, peneliti lebih menekankan perkembangan Islam di

dalam masyarakat Melanau dan penelitian dilakukan bertumpu di provinsi

Mukah. Namun, sedikit persamaan pada penelitian yang diketemukan adalah

tentang cabaran-cabaran tokoh-tokoh Islam Sarawak dalam mengembangkan

dakwah Islam di Sarawak.

F. Pendekatan dan Kerangka Teori

Dalam penelitian ini penulis menggunakan pendekatan historis dan

sosiologis untuk dapat mendiskripsikan dan mengungkapkan perkembangan

Islam di dalam masyarakat Melanau di Mukah. Penelitian ini menggunakan

pendekatan sosiologis yakni pendekatan yang meneropong segi-segi sosial

yang akan dikaji seperti, golongan mana yang berperan, nilai-nilainya,

idealogi dan sebagainya.11

Dalam kajian perkembangan Islam masyarakat Melanau ini, penulis

menggunakan metode sejarah, metodologi dan teori. Metodologi sebagai ilmu

tentang metode yang tidak dapat dipelajari tanpa mengangkat masalah

11

(19)

kerangka teoritis dalam konsep, karena pendekatan sebagai pokok metodologi

hanya dapat dioperasionalisasikan dengan bantuan seperangkat konsep dan

teori.

Oleh itu, dengan penelitian sejarah ini, peneliti berusaha memahami

kejadian atau suatu keadaan yang berlangsung pada masa sebelum merdeka

dan hubungannya selepas merdeka atau memahami kejadian masa sekarang

dengan hubungannya masa lalu. Bahawa masa sekarang adalah ini adalah

hasil daripada suatu proses perkembangan historis yaitu suatu proses

perkembangan melalui fase-fase yang masing-masing memuatkan kondisi

atau kausalitas dari fase berikutnya. Melalui pendekatan ini dapat

dikemukakan penjelasan sejarah (Historical Explanation) yang meliputi asal

usul, pertumbuhan dan perkembangan dari waktu ke waktu.

Teori adalah peryataan dari hubungan-hubungan yang mungkin, dan

terdiri dari informasi mengenai suatu bentuk yang lebih umum dari informasi

yang akan dikumpulkan untuk menguji hipotesis tertentu.12 Penggunaan kerangka teoristik dalam penelitian dapat mempermudahkan penelitian

melakukan rekontruksi sejarah yang berfungsi sebagai alat untuk

menginterpretasikan data-data yang telah di dapat di tahap heuristik. Dengan

demikian teori ini bermaksud untuk menerangkan tentang kejadian

untukmengkaji sebab-sebabnya, kondisi lingkungannya, kontek sosial

kultural serta unsur-unsur yang merupakan komponen dan eksponen dari

proses sejarah yang dikaji.13

12

Abdillah Hanafi,Petunjuk Bagi Peneliti Ilmu-Ilmu Sosial(Surabaya: Usaha Nasional Surabaya Indonesia, 1984), 26.

13

(20)

Dengan demikian, pemakaian suatu teori dalam pengkajian suatu

peristiwa sejarah sangat ditentukan dari sudut mana kita memandang

peristiwa itu. Oleh karena itu di dalam penulisan ini digunakan sudut pandang

sosial keagamaan, maka landasan teori yang dipakai dalam penelitian ini

yakni teori sosial agama dari Max Weber. Beliau berpendapat bahawa agama

mempengaruhi pandangan hidup manusia terhadap masyarakat.14 Mengacu

kepada teori tersebut maka dalam ajaran agama Islam, bahwa agama

dipandang sebagai pengemban tugas agar masyarakat berfungsi dengan baik

yakni fungsi akan keadilan, kedamaian, kesejahteraan rohani dan juga

jasmani. Oleh itu, proses pengembangan Islam dalam masyarakat Melanau

Mukah setelah kemerdekaan adalah karena adanya tokoh-tokoh atau

golongan yang ada kesadaran untuk mengubah cara hidup orang Islam

Melanau yang masih dipengaruhi oleh sistem penjajah Barat.

Dengan adanya golongan agama yang punya kesadaran yang mahukan

masyarakat hidup dalam fungsi yang lebih baik makanya dari situ muncullah

gerakan-gerakan pengembangan dakwah Islamiyah terhadap masyarakat

Melanau sehingga Islam masih aman bertapak di Mukah walaupun tinggal

bersama masyarakat Melanau Kristen.

G. Metode Penelitian

Penting untuk dikemukakan bahawa penelitian ini adalah penulisan

sejarah.Maka untuk merekonstruksi masa lampau dari obyek yang diteliti,

dilakukan dengan menggunakan metode sejarah, penggunaan metode sejarah

14

(21)

ditempuh dengan menggunakan empat tahapan bagi mendapatkan informasi

antaranyaHeristik, Kritik Sumber, InterpretasidanHistiografi15. 1. Heuristik (Pengumpulan Sumber)

Heuristik adalah mencari dan mengumpulkan sumber-sumber atau bahan.

Maksudnya ialah kegiatan menggumpulkan data-data yang berhubungan

dengan penulisan skripsi ini. Dengan ini, satu proses dilakukan oleh

peneliti untuk mengumpulkan sumber-sumber, data-data atau jejak sejarah

awalnya bagaimana kondisi pengembangan Islam masyarakat melanau

mukah selepas kemerdekaan melalui beberapa sumber, antaranya:

a) Sumber sekunder berupa buku-buku atau jurnal yang berkaitan dengan

penulisan skripsi ini, penulis lakukan pencarian dengan menggunakan

metode “Library Research”, yakni penulis berkunjung ke Library

Mukah serta Library Pejabat Residen Bahgian Mukah dan

mengetemukan buku-buku sepertiIslam di Brunei, Sabah dan Sarawak,

Sejarah Melanau Mukah. Mengenai dokumen (arsip), penulis

mengetemukan berupa gambar-gambar bangunan tinggalan Islam

Mukah seperti Masjid lama di mukah sehingga terciptanya masjid yang

lebih modern.

b) Sumber lisan iaitu, wawancara (interview) langsung bersama

tokoh-tokoh Asli Melanau seperti Tuan Ali Suhaili selaku kepala masjid

Mukah bertempat di kampung Tellian pada 27 Agustus 2015, Haji

Adenan Uran selaku pensiun kepala Masjid Mukah bertempat di

kampung kuala lama Mukah yakni kampung penulis sendiri pada 21

15

(22)

nopember 2015, Pengiran Saiffudin selaku pengerusi Persatuan

Melanau Mukah bertempat di Kantor beliau pada 23 Nopember 2015,

Ustad Jammie sebagai Imam besar Masjid Mukah bertempat di

Restoren Makan pada 30 Nopember 2015. Selain daripada itu, ada

beberapa orang lagi yang peneliti wawancarakan yang tidak

dicantumkan disini.

2. Kritik Sumber

Kritik Sumber adalah penelitian atas keabsahan sumber. Dalam hal

ini sumber-sumber yang diperoleh oleh peneliti diuji

keabsahannya.16Apakah sumber-sumber tersebut kredibel atau tidak. Dalam hal ini, keabsahan tentang keaslian (otentisitas) dilakukan melalui

kritik intern.17

Bagi memperolehi otentisitas dan kredibilitas data yang diperolehi

dianalisis dan diperbaharui supaya layak. Sumber data dikomparasi dengan

data yang lain untuk memperoleh obyektivitas dan menghindari

manipulasi data. Verifikasi akan dilakukan dengan menguji silang

berbagai data yang ada sehingga didapati bukti benar-benar shahih.

3. Penafsiran

Penafsiran sering disebut juga dengan analisis sejarah. Analisis

berarti menguraikan, dimana setelah data terkumpul dan dibandingkan lalu

disimpulkan untuk ditafsirkan.18 Suatu upaya yang dilakukan peneliti

untuk melihat kembali sumber-sumber yang didapatkan. Dengan demikian

peneliti dapat memberi penafsiran terhadap sumber yang didapatkan

16

Dudung Abdurrahman,Metode Penelitian Sejarah(Jakarta: Logos Wacana Ilmu, 1999), 58-64. 17

Ibid., 60. 18

(23)

tentang perkembangan Islam Masyarakat Melanau setelah mendapat

Kemerdekaan dari pihak British. Interpretasi selalu menimbulkan problem

subjektivitas. Namun, dengan proses analisis yang tepat akan mendapatkan

gambaran yang jelas dan obyektif terhadap penelitian yang di fokuskan.

4. Historiografi

Historiografi sebagai tahap terakhir metode penulisan sejarah

dengan memerhatikan aspek kronologis. Pada tahap ini adalah penulisan,

pemaparan ataupelaporan hasil penelitian. Dalam hal ini peneliti berusaha

untuk merekonstruksikan sebanyak-banyaknya gambaran masa lampau

berdasarkan data yang diperolehi.19

H. Sistematika Bahasan

Bagi memudahkan pemahaman, kajian terhadap sejarah

perkembangan Islam masyarakat melanau di mukah akan dibahagikan oleh

penulis kepada lima bab. Antaranya adalah :

Bab satu merupakan pendahuluan untuk menghantar pembahasan

secara keseluruhan yang terdiri daripada Latar Belakang, Rumusan Masalah,

Tujuan dan Kegunaan Penelitian, Metode Penelitian dan yang terakhir

Sistematika Pembahasan.

Bab kedua merupakan pengenalan Mukah yang terdiri daripada

sejarahnya, geografis. Selain itu, dalam bab ini akan dibahaskan kondisi

Mukah sebelum merdeka yang pernah dikuasai oleh Kesultanan Brunei serta

pendatang asing, keluarga James Brooke. Melalui bab ini akan di jelaskan

bagaimana penempatan Mukah bisa dikuasai Kesultanan Brunei dan

19

(24)

bagaimana pula keluarga James Brooke mengambil alih penguasaan

Kesultanan Brunei. Tambahan lagi, disini akan di bahaskan agama dan

kepercayaan masyarkat Melanau.

Bab ketiga merupakan akan membahaskan mengenai sejarah

masuknya Islam di Mukah Sarawak. Pembahasan ini merangkumi dua

periode yakni sebelum merdeka dan setelah merdeka. Selain itu di bab ini

akan di jelaskan siapa yang berperan dan metode apa yang digunakan.

Bab keempat pula merupakan pembahasan perkembangan Islam

dalam masyarakat Melanau yang mengaitkan dinamika dan survival orang

Islam di Mukah masih bertahan walaupun ada alkuturasi agama daripada

kaum Melanau lain. Pada bab ini juga akan dibahaskan mengenai

Organisasi-organisasi yang berdiri dalam perkembangan Islam di Mukah serta cabaran

dalam pengembangan Islam yang dihadapi.

Bab kelima merupakan pembahasan kesimpulan dari keseluruhan

(25)

BAB II

MENGENAL MUKAH DAN MASYARAKAT MELANAU

A. Geografis Mukah

Mukah ialah salah satu daerah kabupaten yang ada di Sarawak,

Malaysia. Mukah merupakan kota pesisir yang berfungsi sebagai pusat

administrasi pemerintahan. Mukah merupakan salah satu kabupaten di negeri

Sarawak yang mempunyai keluasan 2,536 km persegi. Kawasan

pemerintahan bahagian Mukah meliputi Bandar Mukah, pekan Balingian,

Dalat, Matu, Daro dan juga Selangau. Kota Mukah yang didirikan di tepi

sungai Batang Mukah berada sejauh kira-kira 2.5 jam perjalanan dari Sibu. Ia

dibuka oleh orang tempatan dan kemudian ditadbir oleh residen ketika

pemerintahan James Brooke. Mengikut sensus tahun 2010, penduduk Mukah

berjumlah 48,900 orang dengan kebanyakan mereka adalah berbangsa

Melanau.

Dari segi pandangan darat fizikal, kawasan Mukah mempunyai 36

buah kampung yang rata-ratanya didiami oleh Masyarakat Melanau.20 Selain

itu juga, Mukah mempunyai kawasan pantai yang panjang yang menuju ke

kabupaten Bintulu. Kedudukan Mukah yang menghadap laut China selatan

menyebabkan Mukah menghadapi musim tengkujuh semasa musim angin

Monsun Timur Laut bertiup. Selain itu juga, kedudukan sungai Mukah

dengan sungai Balingian yang bersambung terus dengan laut telah menjadi

20

(26)

laluan keluar masuk bot-bot nelayan serta kapal tangki minyak yang

membawa masuk minyak ke kota Mukah.

Dari segi penempatan, kampung-kampung di kabupaten Mukah

terletak di pinggir sungai utama, iaitu sungai Mukah serta

kawasan-kawasannya seperti sungai Tellian, sungai Penakub, sungai Petanak dan

sungai Penipah. Kampung di seluruh kawasan Mukah kebanyakan didiami

oleh suku Melanau berbanding cuman sedikit dari kaum lain seperti suku

Cina dan Iban. Kampung-kampung yang terdapat di Mukah rata-rata didiami

secara pisah mengikut kepercayaan oleh masyarakat Melanau. Secara umum

terdapat pemisahan dari penempatan penduduk Mukah yaitu, orang Melanau

Islam lebih mendominasikan penempatan kampung di sekitar Kota Mukah

serta kawasan yang berhampiran dengan sungai.21 Antara kampung penempatan bagi Melanau Islam di Mukah ialah Kampung Litong, Kampung

Sungai Alo, Kampung Kuala Lama dan Kampung Penakub Ulu. Manakala

bagi Melanau Kristen, mereka lebih mendominasi perkampung jauh dari

pusat kota seperti Kampung Tellian Daya, Kampung Petanak Daya,

Kampung Jebungan serta Kampung Teh.

B. Sejarah Sosio-ekonomi Melanau

Pada abad ke 19, Mukah sangat terkenal sebagai pengeluar Sagu

dunia. Perusahaan pada jaman awal itu bukan saja melibatkan masyarakat

Melanau tetapi juga melibatkan pembesar dan juga Kesultanan Brunei.

Sebelum penaklukan Brookedan penglibatan orang Cina, perusahaan sagu

penduduk tempatan di kuasai oleh Kesultanan Brunei. Pada peringkat

21

(27)

awalnya, pihak berkuasa Brunei memungut cukai dagangan barangan tersebut

dengan menempatkan wakilnya di kuala-kuala sungai berkenaan. Peningkatan

perusahaan ini telah menarik minat para pembesar bangsawan Brunei untuk

turut terlibat secara aktif dalam perusahaan sagu. Mereka mula membuka

ladang-ladang sagu. Sehubungan dengan itu, hampir semua ladang-ladang

sagu di miliki oleh golongan bangsawan tersebut.22

Selain itu, aspek sosial masyarakat Melayu Brunei turut

mempengaruhi kehidupan Melanau. Pengaruh tersebut ialah pengamalan

strafikasi sosial dalam kehidupan masyarakat Melanau. Masyarakat Brunei

seperti masyarakat Melayu yang lain, iaitu masyarakat yang kuat berstrafikasi

dengan golongan bangsawan menduduki lapis yang paling atas. Di bawahnya

baru rakyat biasa dan dibawahnya lagi ialah hamba. Hamba boleh dimiliki

oleh golongan bangsawan saja.

Strafikasi diatas sangat kuat dipegang oleh masyarakat Melanau

sehingga darjat keturunan yang dikenali sebagai “Basa” (Bangsa) sangat

diutamakan didalam kehidupan seharian mereka. Keturunan keluarga yang

mula-mula membuka atau meneroka kampung mempunyai darjat yang lebih

tinggi. Dalam lingkungan kampung berkenaan, mereka boleh dianggap

sebagai golongan bangsawan dan gelaran yang di pakai ialah “a-nyat”. Strata dibawah mereka digelar orang biasa “bumi” dan yang paling rendah yakni “dipen” hamba.

22

(28)

Dalam lingkungan yang lebih luas dalam hal perdagangan, wakil yang

ditempatkan oleh Sultan Brunei yang bergelar Pengiran itu menduduki strata

yang paling atas yang bergelar “Datuk”. Dibawahnya pula bergelar “Abang”

yakni golongan pedagang. Golongan pedagang ini amat dihormati karena

kekayaan yang dimiliki mereka. Sehinggakan pada hari ini masih terdapat

golongan yang wujud ketika zaman Kesultanan Brunei seperti “Abang”, “Awangku” dan “Pengiran” masih sangat dihormati oleh golongan Melanau

biasa karena dipercayai apabila tidak menghormati mereka sesuatu yang

buruk akan berlaku pada diri kita.23 Oleh itu, keturunan Melanau orang Brunei pada hari ini yang dikenali sebagai Pengiran, Awangku dan Abang

yang tergolong daripada pedagang mempunyai darjat yang lebih tinggi

daripada Melanau biasa. Jelas sekali perdagangan sagu pada suatu ketika

dahulu telah mewujudkan strafikasi didalam masyarakat.

Namun begitu, ketika ini, konsep strafikasi dalam pedagangan itu

tidak wujud lagi. Setiap orang Melanau yang kaya mahupun miskin dalam

kondisi sosial dianggap sama rata. Dahulunya Mukah tekenal dengan sagu

sahaja, namun sekarang, apabila mendengar nama kabupaten Mukah, pasti

masyarakat provinsi Sarawak akan tahu bahawa Mukah merupakan

kabupaten yang mengeluarkan hasilan ikan yang banyak dan juga

pengeksport dagangan sagu. Kebiasaannya ketika musim liburan atau hujung

minggu, banyak masyarakat luar akan datang ke Mukah untuk mendapatkan

ikan-ikan segar yang disediakan oleh para nelayan. Meskipun Mukah terletak

✆✝

(29)

di geografis yang banyak hasilan ikan, namun ianya tidaklah berlaku

sepanjang tahun.

C. Sejarah Mukah

1. Sejarah Nama Mukah

Menurut Laporan Penyelidikan Etnografi Sejarah Sosio-Budaya

Melanau, menyatakan bahawa asal usul nama Mukah wujud sekitar abad

ke 17 apabila pedagang-pedagang yang datang ke Mukah untuk berdagang

di pelabuhan Mukah. Pada masa tersebut kawasan Mukah hanya dipanggil

sebagai negeri 'Melano' saja. Sungguhpun begitu kawasan Mukah telah

didiami oleh orang-orang Melano beratus-ratus tahun lamanya sebelum

pemimpin bernama Tugau dikalahkan oleh orang-orang Brunei.24

Pada suatu waktu datanglah kapal pedagang-pedagang dari Tanah

Arab (Timur Tengah) ke kuala Sungai Melano (Sungai Mukah).

Pedagang-pedagang dikatakan sampai ke kuala sungai pada waktu malam. Sebelum

mereka dibenarkan masuk ke kuala, mereka terpaksa berlabuh di luar

muara dulu. Pada masa tersebut bulan sedang mengambang dengan

indahnya di langit. Nakhoda kapal dan anak-anak buahnya keluar ke

haluan perahu untuk melihat kawasan sekitar pantai tersebut. Sedang

mereka asyik menikmati pemandangan pantai Mukah, tiba-tiba mereka

terpandang wajah seorang wanita di tepi pantai tersebut. Wanita tersebut

sedang berdiri sambil memandang ke arah kapal mereka. Wajah wanita

24

(30)

tersebut sangat cantik dipandang, sama seperti bulan yang sedang

mengambang penuh.

Melihat wajah wanita tersebut, nakhoda dan anak-anak kapalnya

seolah-olah terpukau oleh kecantikannya. Tidak lama kemudian wanita

tersebut hilang dari pandangan mereka di celah pohon-pohon di pinggir

pantai. Nakhoda tersebut terpegun seketika dengan pengalamannya itu.

Keesokan paginya kapal tersebut pun masuk ke Mukah. Nakhoda

bertanyakan kepada penduduk apakah nama tempat tersebut.Orang

tempatan menyatakan tempat tersebut tiada bernama dan hanya dipanggil

sebagai kawasan Melano sahaja. Nakhoda tersebut lalu teringat akan wajah

dan muka wanita cantik yang dilihatnya malam semalam. Lalu nakhoda

kapal terfikir untuk menamakan kawasan tersebut sebagai 'MUKA'

sempena muka atau wajah perempuan cantik yang pertama dilihatnya

semasa masuk ke kawasan itu.25 Hal ini telah diberitahu kepada orang ramai dan mereka nampaknya bersetuju dengan nama yang diberikan.

Lama kelamaan akibat perubahan masa dan bahasa orang tempatan maka

sebutan 'muka' telah beralih kepada 'Mukah'.

D. Agama dan Kepercayaan Masyarakat Melanau

1. Agama

Umumnya masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan

masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan dan kebudayaan. Justeru itu

masyarakat ini merupakan satu cabang dalam masyarakat Melayu. Setiap

25

(31)

kumpulan kaum etnik walau di mana jua akan mempunyai agama,

kepercayaan dan adat masing-masing yang tidak dapat ditinggalkan.

Begitu juga dengan etnik Melanau. Di Mukah, masyarakat Melanaunya

tidak hanya beragama dan berkepercayaan yang sama. Terdapat tiga

pembahagian masyarakat dalam beragama yakni Melanau Islam, Melanau

Kristen dan juga Melanau likow (tiada tuhan).26

Mengikut sensus pada tahun 2013, sebanyak 75 peratus daripada

suku Melanau di seluruh Serawak telah memeluk agama Islam dan

meninggalkan adat resam dan rumah panjang mereka hasil kejayaan

pemerintahan Kesultanan Brunei27. Menurut John Goatly (1959), orang Melanau Islam di Bahagian Ketiga dan Keempat kadangkala

menggelarkan diri mereka sebagai orang Melayu dan oleh orang lain

meskipun hakikatnya mereka ialah Melanau. Kenyataan ini selari dengan

pendapat Sabihah (1990) bahawa ramai orang Melanau di bahagian pesisir

pantai yang sudah terpengaruh dengan kebudayaan Melayu dan memeluk

agama Islam dan menyebabkan sesetengahnya dianggap Melayu meskipun

ada yang lebih suka mengekalkan identiti mereka sebagai orang Melanau

Islam. Mereka tidak lagi tinggal di rumah panjang dan tidak lagi

mengamalkan budaya dan adat yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Sesungguhnya, mengikut Lee Yong Leng (1981), sesetengah orang

mengatakan bahawa orang Melayu terlalu banyak mempengaruhi orang

26

Jeniri Amir, Adat Resam Kaum Melanau(The Sarawak Museum Journal 1989), 87. 27

(32)

Melanau sehingga mereka mungkin akan diserap ke dalam masyarakat

Melayu.

2. Kepercayaan Melanau

Sebelum kedatangan Islam dan Kristian, etnik Melanau tradisional

mempunyai kepercayaan tradisional. Sistem kepercayaan yang diwarisi

oleh kepercayaan animisme membentuk pandangan dunia mereka.

Seterusnya mencorakkan amalan seharian mereka. Cara dan tindakan

mereka banyak ditentukan oleh sistem kepercayaan itu. Upacara dan adat

yang diamalkan membayangkan hubungan erat manusia dengan kuasa luar

biasa, kuasa ghaib, makhluk halus dan semangat.28 Masyarakat Melanau tradisional percaya bahawa dunia ini seumpama sebiji telur yang

dikelilingi air. Beberapa jarak darinya terletak matahari, bulan dan

bintang29. Sebagai masyarakat yang belum terdedah kepada agama sebenar

dan kemodenan serta dunia luar mereka menghimpunkan pengalaman

untuk mengharungi kehidupan dan cabaran harian bersandarkan pola

perlakuan yang diwarisi nenek moyang, sejak turun-temurun.

Kepercayaan yang bersifat “agama rakyat” ini berlandaskan

keyakinan bahawa setiap bentuk semula jadi yang ganjil dan objek yang

terdapat di alam semesta dianggap mempunyai semangat dan kuasa luar

biasa. Jadi, mereka perlu menyembah makhluk yang dianggap berdaulat

itu, seperti memberi makan untuk memujuknya, selain memuja makhluk

lain seperti pohon. Segala kejadian yang berlaku dalam kehidupan

dipercayai mempunyai kaitan dengan makhluk dan objek tersebut. Dalam

28

Ibid., 94. 29

(33)

segala hal, mereka perlu menunjukkan kesetiaan dan kepatuhan kepada

makhluk dan objek itu dengan memberi persembahan atau semah, seperti

makanan, selain mendendangkan lagu dan membaca doa dan mantera

tertentu. Pada masa yang baik, persembahan diberi sebagai tanda

kesyukuran. Pada masa buruk pula, seperti musim landas (musim banjir),

kemarau panjang dan wabak penyakit, persembahan dibuat sebagai tanda

memohon ampun, juga sebagai tanda kekesalan terhadap kesalahan yang

disengajakan atau tidak disengajakan kerana kejahilan.

Bagi mereka, segala kejadian termasuk bencana dikatakan

berpunca daripada kuasa di luar kawalan manusia.30 Kuasa dan unsur naturalisme dikaitkan dengan perasaan takut, dikagumi malah digeruni.

Kuasa ghaib ini banyak mempengaruhi kehidupan mereka. Kuasa ghaib

yang dimaksudkan ialah roh dan semangat yang merupakan kepercayaan

animisme. Kepercayaan menurut Taylor (1971) dapat dibahagikan kepada

dua aspek, pertama doktrin roh (doctrine of souls), iaitu asas agama yang

berdasarkan roh, dan kedua doktrin semangat, asas agama yang

berdasarkan semangat. Berdasarkan kepercayaan ini, setiap objek

mempunyai semangat yang tersendiri. Apabila Melanau Likow percaya

bahawa terdapat roh dan semangat yang menguasai kehidupan, maka

alasan itu terus dipegang untuk melakukan upacara tertentu sebagai

manifestasi kepercayaan mereka terhadapnya. Mereka memperluas konsep

semangat ini kepada makhluk lain, seperti tumbuh-tumbuhan dan objek

tidak bernyawa di sekitar.

30

(34)

Bagi pandangan lama Melanau, alam dilihat sebagai tempat

manusia, bukan terpisah daripadanya. Manusia perlu memainkan peranan

dalam mengekalkan dan memelihara susunan semula jadi, bukannya

menguasai atau mengubahnya. Kewujudan manusia bukan sahaja sebagai

sebahagian daripada alam semesta tetapi mereka dituntut untuk

mengadakan ritual bagi mengekalkan keseimbangan dan sifat semula jadi

alam semesta. Melalui upacara amal, mereka dapat meneguhkan semula

perhubungan sosial mereka.

Bagi etnik Melanau tradisional, makanan yang tidak boleh dimakan

termasuklah binatang yang dibunuh sebarangan, terutamanya yang berada

di dalam hutan. Selain itu, apabila berada di dalam hutan, orang Melanau

percaya kepada alamat yang dibawa oleh burung, terutamanya manuk

bukeng, manuk tepasi, manuk kutit, manuk terit, manuk kenyiw dan

manuk kejalang31. Bunyi dan arah burung berkenaan terbang membawa

alamat tertentu yang perlu diketahui oleh mereka yang menjadikan hutan

sebagai sumber rezeki. Jika tidak, mereka mungkin terperangkap dalam

bahaya. Binatang, termasuk ular perlu dihormati, sehingga apabila orang

Melanau masuk ke dalam hutan, mereka tidak menyebut ular dengan

namanya sebenar, tetapi menggantikannya dengan “akar kayu”. Malah, mereka kadangkala memohon kebenaran dengan berkata: “Kita sama-sama mencari rezeki. Jadi janganlah ganggu kami dan anak cucu kami.”

31

(35)

Begitu mendalamnya rasa takut dan hormat terhadap binatang,

terutamanya binatang yang beracun.32

Hal ini menyerlahkan cara mereka mentakrif dunia dan

makhluknya. Mereka yang menghadapi kecelakaan dipercayai kerna

mengingkari pantang larang atau kerna telah disumpah oleh kuasa ghaib.

Sesiapa yang tidak menghormati binatang hutan, celupar atau bercakap

besar boleh menyebabkan dia tersesat dan berpusing-pusing di dalam

hutan, dan tidak dapat mencari jalan keluar. Malah keadaan seseorang itu

dapat menjadi lebih buruk lagi, iaitu dibaham beruang, buaya, dan

binatang buas yang lain.

Kepercayaan yang teguh terhadap kewujudan makhluk halus yang

mempengaruhi banyak kejadian di muka bumi, menyebabkan mereka

selalu merujuknya sebelum mengambil tindakan tertentu. Kepercayaan

yang kuat terhadap kuasa ghaib telah menyebabkan mereka akur terhadap

pantang larang meskipun sebahagian besar daripadanya sudah tidak lagi

dipedulikan. Jelaslah bahawa pantang larang yang dikenakan dan

diamalkan oleh Melanau Likow melibatkan supernatural (kuasa ghaib).

Hukuman supernatural atau kuasa ghaib selalunya dalam bentuk kematian,

wabak penyakit, kebuluran atau kekurangan makanan, bencana alam

seperti banjir dan kemarau panjang. Masyarakat Melanau tradisional

percaya bahawa setiap benda atau makhluk mempunyai semangat atau

roh.33

32

Jeniri Amir & Awang Azman Awang Pawi, Kaul Suatu Interpretasi Sosio budaya (Massa Kasturi Management, 2001), 103.

33

(36)

BAB III

SEJARAH ISLAM DI MUKAH SARAWAK

A. Sejarah Masuk Islam Di Mukah Sarawak

Sejarah kedatangan Islam merupakan fenomena yang amat penting

dalam sejarah peradaban melayu. Menelusuri sejarah Islam di Mukah, hal ini

sangat berkait rapat dengan sejarah kemasukan kekuasaan Kesultanan Brunei

ke Sarawak sekitar 1500 Masehi.34 Brunei memainkan peranan yang penting dalam mengerakkan dakwah Islam di Borneo dan juga pulau-pulau di

Maluku, lebih-lebih lagi apabila sultannya mengistiharkan gerakan dakwah

Islamiah secara besar-besaran.35

Sebagaimana juga sejarah kedatangan Islam ke Brunei yang

menimbulkan berbagai-bagai pendapat, begitu juga halnya dengan

kedatangan Islam ke Sarawak. Kebanyakan penulis menghubungkan

kedatangan Islam ke Mukah Sarawak dengan kedatangan Islam ke Brunei.

Dalam kajian Islam sejarah Islam Sarawak, kebanyakan tempat seperti

Saribas, Maluku, Bintulu dan Mukah sangat aktif dalam halnya kemasukan

para pedagang-pedagang dari Brunei.36 Maka dengan itu, fakta sejarah mengatakan masyarakat tempatan mendapat kemasukan Islam salah satu

faktornya adalah langsung dari pedagang-pedagang Islam Brunei.

Pedagang-pedagang Brunei aktif berhubung di Mukah, Kuching, Saribas dan Santubong

34

Al-Sufri dan Haji Awang Mohd Jamil,Tarsilah Brunei: Sejarah Awal dan Perkembangan Islam

(Kementerian Kebudayaan, 2001), 37. 35

Wan Hussein Hazmi,Kedatangan Islam dan Perkembangan di Alam Melayu ke VII M hingga abad ke XVVI M, 1989, 20.

36

(37)

karena Sarawak ketika itu merupakan wilayah yang dikuasai oleh Sultan

Brunei yakni Sultan Muhammad.37

Pada zaman kegemilangan Kesultanan Brunei di Sarawak 1599

Masehi.pedagang-pedagang dari keturunan mereka mendapat penghormatan

istimewa dari penduduk pribumi (Sarawak). Mereka pendapat layanan

istimewa bukan sekadar faktor barang dagangan, akan tetapi meraka di layan

baik atas faktor pedagang-pedagang mempunyai ilmu yang luas mengenai

Islam. Maka dari situ, ada juga sesetengah penduduk pribumi bukan sekadar

menjalinkan hubungan sebagai penjual dan pembeli sahaja, tetapi sebagai

murid dan guru.38Justeru itu, masyarakat yang tinggal di pelabuhan pantai Sarawak adalah dipercayai mula-mula menerima Islam kerna kedudukan

geografisnya yang mudah untuk didatangi oleh pedagang-pedagang luar.

B. Perkembangan Islam Pada Zaman Penjajahan Brooke

Pada pertengahan abad ke-19, perkembangan dan penghayatan agama

Islam semakin meluas dan kuat serta telah menjadikan Brunei sebagai sebagai

sebuah kerajaan melayu Islam yang mantap dan terkenal di alam Melayu

yakni dalam pemerintahan Sultan Bolkiah yang mana pemerintahan kerajaan

Brunei telah meliputi seluruh pulau Borneo.39Perkembangan ini sudah pasti terkesan di seluruh wilayah Sarawak termasuk Mukah walaupun

perkembangannya tidaklah sehebat di Brunei sendiri namun Sultan Bolkiah

telah meletakan asas yang kukuh untuk perkembangan Islam.

37

Wan Yahya Wan Ahmad,Perkembangan Pendidikan Sarawak(Sinar Press: Sarawak, 2003), 28-29.

38

Ibid., 43.

39

(38)

Namun menjelang abad ke 19, kekuatan Islam di bawah Kesultanan

Brunei yang aktif berkembang terutamanya di Kalimantan telah menjadi

lemah mengenai perluasan Islamnya ketika Sarawak telah jatuh ke tangan

penjajah Barat yakni oleh keluarga Brooke dari tahun 1841 hingga tahun

1941.

Ketika pemerintahan Brooke, muncul seorang mubaligh Kristen yang

bergerak aktif berdakwah tentang ajaran Kristen kepada penduduk Ssrawak.

Beliau ialah Francis T. MacDougall yang tiba di Kuching pada tahun 1848.

Beliau mempunyai strategis yang tersendiri dalam memperluaskan ajaran

Kristen. Antara lain, beliau membuka sekolah kepada anak-anak pribumi

untuk kemudahan menuntut ilmu. Melalui sekolah itu, telah diwujudkan

dasar-dasar ajaran Kristen terhadap anak-anak pribumi.Selain itu juga,

Borneo Church Mission juga dibangun oleh beliau yang berfungsi sebagai

pusat penyebaran agama Kristen.40

Sepanjang pemerintahan Brooke, pergaulan dan cara hidup

masyarakat pribumi Islam mula dipengaruhi oleh unsur-unsur Barat. Hal ini

sangat membimbangkan sebahagian masyarakat Islam yang lain. Sebagai

contoh, sekitar tahun 1920-an telah muncul persatuan-persatuan yang

bercorak hiburan seperti Kampung Tanjung Kesenangan Club (1926),

Sarawak Malay Tennis Club (1929) Sinjan Music Club dan Surabaya Jolly

Minstrels.41 Antara yang dikritik hebat oleh masyarakat adalah majlis joget

yang berlarutan hingga ke Subuh seperti yang di catatkan dalam Sarawak

Gazette bertarikh 2 Disember 1935:

40

Ghazali Basri,Kristian Di Sarawak Satu Kajian Kes, Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar, 2010, 24.

41

(39)

with those drum, the lady singers strike behind the curtains, singing beautiful songs, in front, the youngsters will jump and step dance inany

direction they desire, and the chance of two dancers is simultaneous.. in

conclusion, last in earnest that home folks should take steps to limit these

dancers, as they lead to ruination and whosoever craves for their

continuation only invites more practical troubles and nuisance…42

Di samping itu, perubahan dalam cara berpakaian di kalangan masyarakat

Islam di seluruh Sarawak juga turut berlaku. Fenomena ini tercatat juga

dalam Sarawak Gazzette bertarikh 2 Disember 1935:

…During the last few years the tradisional dress of the Malay appears

largely to have given way to gaudy neckties, blazers and bell bottom

trousers. This seems a pity. Visitor from Malaya where national dress is

far more generally worn that it is here cannot fail to be unfavourably

impressed and ut seems Government might take the lead by insisting on all

malay cutumes in the office.43

Kesedaran sebilangan pribumi Islam Sarawak samada Melayu

mahupun Melanau tentang kepentingan menghayati ajaran Islam

menyebabkan mereka mula menunjukan perasaan tidak puas hati terhadap

pihak penjajah dan budaya Barat yang mula menular di kalangan masyarakat

Islam itu.Ini dihangatkan lagi dengan kasus kedudukan orang pribumi yakni

Melanau dan Melayu yang seringkali dikaitkan dengan masalah kemunduran

terutama dalam bidang ekonomi dan juga pendidikan.Hal ini telah mendorong

42

Azry Hafify Mustapa, “Sebaran agama Kristian melalui pendidikan di zaman Brooke”, dalam

http://www.ismaweb.net/2014/01/sebaran-agama-kristian-melalui-pendidikan-di-zaman-brooke/ (24 Disember 2015)

43

(40)

pemikir-pemikir untuk menyuarakan pendapat mereka, sekaligus

menyedarkan mereka tentang betapa pentingnya kemajuan dalam

kehidupan.Oleh yang demikian mereka telah menerbitkan Koran yang bukan

sahaja berperanan sebagai penyampai berita, tetapi juga sebagai wadah untuk

menyebarkan pengetahuan Islam. Koran tersebut ialah Fajar Sarawak.44 Fajar Sarawak dilancarkan untuk memberi kesedaran di kalangan

masyarakat Islam supaya memberi perhatian terhadap kedudukan politik dan

ekonomi disamping memeupuk semangat perpaduan dikalangan masyarakat

Islam. Para penulis didalam Koran itu berpendapat bahawa perkara asas yang

perlu dilaksanakan ialah berpegang teguh terhadap ajaran Islam karena

dengan cara ini barulah orang-orang melayu dapat mengubah sikap mereka

untuk mencapai kemajuan. Selain itu, Koran ini juga membicarakan hal-hal

yang berkaitan Islam. Antara rencana-rencana yang telah di masukan dalam

Koran ini ialah “Hikmah dan Rahsia Puasa”, “Dari Hal Agama Islam” dan juga “Kewajiban Kita Sebagai Manusia”45 dalam masa yang sama, perdebatan mengenai peranan agama dalam kehidupan harian masyarakat

Islam serta langkah-langkah pemulihan atau pembaharuan turut diutarakan.

Sehubungan dengan itu, Fajar Sarawak juga menyiarkan berita-berita semasa

yang berlaku di negara-negara Islam yang lain seperti di Afghanistan, Iran,

Turki dan Negara-negara di Timur tengah.

Berkaitan dengan kekuasaan Brooke dengan agama Islam di Sarawak,

ketika Brooke mula berkuasa di Serawak tahun 1841 dan seterusnya zaman

pemerintahan British, mereka sama sekali tidak berjaya menukar agama

44

Muhammad Rakawi Yusuf, Menjejaki Sejarah Sarawak di Masa Brooke (Fajar Rohani: Universiti Malaya, 2009), 93.

45

(41)

penduduk Islam di Sarawak walaupun usaha pengkristenan itu begitu hebat di

jalankan dengan bermula lebih awal.46Hal ini adalah karena sebelum kedatangan James Brooke ke Sarawak, kedudukan pembesar-pembesar

melayu di Sarawak ternyata begitu kukuh ditambah lagi dengan pegangan

agama Islam yang begitu kuat hasil dakwah dari Kesultanan Brunei

sebelumnya. Sekiranya kedudukan orang melayu yang telah menganut Islam

tidak kuat pada masa itu, pasti amat mudahlah penyebaran Kristen itu

berkembang di seluruh Sarawak kerana usaha dakwah Kristen pada masa itu

amat kuat. Namun berkat daripada pertolongan Allah, umat Islam di seluruh

Sarawak selamat daripada permurtadan oleh golongan paderi-paderi Barat

tersebut.

C. Tokoh Ulama Sarawak Sebelum Kemerdekaan

Walaupun begitu kuatnya cabaran yang dihadapi oleh umat Islam

setelah kemasukan keluarga Brooke dan zaman penjajahan British, namun

satu perkara yang amat penting ialah munculnya ulama yang berwibawa yang

telah memainkan peranan mempertahankan Islam serta menyebar luaskan

pengaruhnya pada ketika itu. Mereka telah menabur jasa dan bakti yang besar

dalam usaha memantapkan akidah umat Islam dan meningkatkan

penghayatan terhadap syariat Allah sekaligus memartabatkan kedudukan

umat Islam yang merupakan golongan minoritas di Serawak dulu dan kini.

Antara ulama awal di Sarawak ialah Al-Marhum Datuk Hakim Abang

Haji Abdul Rahman (1829-1890M). Beliau dikenali oleh anak cucunya dan

juga masyarakat sebagai Datuk Hakim Keramat.Belaiu adalah seorang yang

46

(42)

sangat mengambil berat dalam pegangan agamanya sehingga tindak tanduk

seharian beliau adalah didasarkan kepada dasar-dasar Islam.47

Al-Marhum Datuk Hakim Keramat setakat yang dapat di kesan

sehingga kini mempunyai salasilah keturunan daripada Abang Ambil yang

berkahwin dengan Dayang Bagus.Perkahwinan mereka ini telah melahirkan

ayahanda kepada Al-Marhum Datuk Hakim Keramat iaitu Haji Ibrahim. Haji

Ibrahim telah berkahwin dengan Dayang Wan Maimunah dan hasil dari

perkahwinan ini lahirlah Datuk Hakim Keramat. Datuk Hakim Keramat

berkahwin dengan Dayang Fatimah dan menghasilkan anak-anak yang ramai

seperti Datuk Hakim Azhari, Datuk Hakim Haji Ashaari, Sheikh Shabli,

Datuk Imam Haji Suhaili, Datuk hakim Haji Musaili dan lain-lainnya.48

Al- Marhum belajar agama di Mekah dan telah berangkat ke Mekah

sewaktu berusia lebih kurang 12 tahun. Ketika Serawak dijajah oleh Brooke,

beliau kembali ke Serawak buat sementara pada tahun 1850M, karena takut

dan bimbang “orang putih” mengubah akidah masyarakat pribumi.49

Daripada senarai ulama Sarawak, jelas sekali bagaimana peranan

penting yang dimainkan oleh Al-Marhum Datuk Hakim Keramat yang

mempunyai ramai anak murid yang terdiri daripada anak beliau sendiri, anak

susuan dan lain-lainnya. Beliaulah pemangkin dan dan penggalak kepada

anak-anak muridnya supaya menyambung pelajaran ke Mekah pada masa

itu.Antara anak murid beliau yang terkenal ialah Datuk Hakim Ashaari (anak

beliau sendiri) dan Sheikh Haji Othman Abdul Wahab.

47

Azhar Ahmad,Masyarakat Bidayuh di Bahagian pertama Sarawak, 2009, 18. 48

Ismail Abd Rahman,Kegemilangan Tokoh Sarawak,1998, 60-62. 49

(43)

Menyentuh mengenai tokoh agama yakni Datuk Hakim Haji Ashaari,

beliau adalah salah seorang daripada anak murid handalan Datuk Hakim

Keramat yang kemudiannya mengambil alih tugas ayahnya sebagai Datuk

Hakim. Beliau adalah seorang alim ulama yang progresif dan terkenal yang

lebih menguasai dalam bidang agama terutamanya dalam bidang Ilmu

Fiqh.50Beliau juga adalah seorang yang kuat dan gagah berdakwah di seluruh

Kabupaten Sarawak demi untuk menyebarkan agama Islam kepada

masyarakat.

Selain daripada Datuk Hakim Ashaari, Allahyarham Sheikh Haji

Othman Abdul Wahab juga adalah merupakan anak murid yang arif dalam

ilmu agama.Sejak menjadi anak murid Datuk Hakim Keramat, beliau telah

berazam untuk memperdalami ilmu agama sebetul-betulnya. Kebanyakan

masa harian beliau dipergunakan untuk mengali ilmu agama dengan cara

lebih banyak membaca buku. Waktu malam beliau akan mengulangkaji ilmu

yang beliau telah dapat pada siang harinya. Apabila telah tiba waktunya,

beliau telah dihantar oleh Datuk Hakim Keramat ke Mekah bersama

anak-anak murid yang lainnya.

Penglibatan al-Marhum Syeikh Othman dalam bentuk pengajaran di

Sarawak tidaklah sebanyak tokoh-tokoh ulama yang lain. Ini karena beliau

banyak menghabiskan masanya mengajar ilmu-ilmu agama di Masjidil

Haram di Mekah al Mukarramah dan menetap di situ. Inilah perbezaan

dengan diantara beliau dengan tokohagama yang lain di Sarawak. Sekali

sekala al-Marhum juga pulang ke Sarawak.Semasa beliau pulang ke tanah air,

50

(44)

beliau menggunakankn kesempatan itu dengan sebaiknya untuk mengajar dan

mendidik masyarakat tempatan dengan ilmu agama.

D. Tokoh dan Ulama Sarawak Setelah Merdeka

Sarawak merdeka bersama Pembentukan Malaysia pada 16 September

1963.51 Oleh itu sebuah badan pemerintahan negeri telah dibentuk bagi menjalankan tugas mentadbir dan membangun Negeri Sarawak. Berbagai

pembangunan telah berlaku sama ada dari sudut infrastruktur, pembangunan

bandar, pembangunan luar bandar, pembangunan ekonomi, pendidikan dan

termasuk pembangunan insan.

Sarawak telah mempunyai lima orang Ketua Menteri iaitu yang

pertama adalah Stephen Kalong Ningkan (1920-1997) dari tarikh 22 Julai

1963 hingga September 1966, yang kedua adalah Tawi Sli (lahir 1934) dari

tahun 1966-1970, yang ketiga adalah Abdul Rahman bin Ya’kub dari 1970-1981, yang keempat adalah Abdul Taib bin Mahmud dari tahun 1981 hingga

2014 dan yang kelima adalah Adenan bin Satem.

Di sini penulis ingin menekankan mengenai tokoh Menteri yang

ketiga yakni Abdul Rahman bin Ya’kub. Kepimpinan Abdul Rahman bin

Ya’kub sebagai Ketua Menteri Sarawak amat menyerlah berbanding dua

ketua menteri sebelum beliau. Tokoh ini berjaya membawa keamanan,

perpaduan masyarakat, pembangunan dan kemajuan fizikal Negeri Sarawak

sebagaimana telah dibincangkan pada bab yang ketiga kajian ini. Tokoh ini

mendapati umat Islam menerima pembangunan fizikal yang dibawa dengan

51

(45)

baik tetapi beliau bimbang apabila melihat keadaan umat Islam yang masih

ketinggalan dan rendah kesedaran agama mereka.

Umat Islam ketika itu kurang mengindahkan tanggungjawab agama

dan terdapat di kalangan pegawai-pegawai kerajaan yang mengamalkan

kehidupan ala Barat dengan pesta-pesta dansa, minum arak secara terbuka,

berfoya-foya dan pergaulan bebas.52

Lantaran itu, tokoh ini telah berusaha membawa pembangunan insan

kepada penduduk Sarawak terutamanya di kalangan umat Islam yang telah

berubah jati diri mereka menjadi pemuja Barat. Bagi tujuan itu, tokoh ini

telah melakukan berbagai usaha dan langkah bagi mencapai matlamat

pembangunan insan tersebut. Di antara langkah yang diambil oleh tokoh ini,

yang terpenting sekali adalah menubuh organisasi dakwah iaitu BINA.

Tujuan tokoh ini di sebalik penubuhan organisasi tersebut adalah sebagai

medium untuk membawa perubahan yang drastik, komprehensif dan meluas

terhadap umat Islam. Pelaksanaan dakwah secara organisasi berpeluang

memberi impak yang jauh lebih besar daripada pelaksanaan secara individu.

Tokoh ini telah merombak dan yakin dalam langkah beliau menginstitusikan

dakwah dengan menubuhkan organisasi dakwah.

a) Penubuhan Bina oleh Abdul Rahman bin Ya’kubtahun 1969

Tokoh ini mengetuai penubuhan organisasi yang dikenali dengan

nama BINA pada tahun 1969. BINA adalah Angkatan Nahdatul Islam

52

(46)

Bersatu yang dibaca terbalik setiap huruf pertama pangkal perkataannya

membentuk perkataan BINA.53

Fakta menyebut bahawa penubuhan BINA adalah hasil dari usul

yang timbul daripada sebuah kongress yang diadakan pada tahun 1968

iaitu Kongress Islam Malaysia Timur di Kuching.Berdasarkan pengamatan

penulis berkaitan usul usul atau resolusi yang terhasil dari kongress

tersebut tidaklah secara langsung menyentuh penubuhan BINA. Terdapat

sebuah usul yang paling hampir yaitu keputusan yang telah diluluskan,

keputusan nombor tiga dari pembentangan kertas kerja oleh Encik Abdul

Taib Mahmud yang bertajuk Kedudukan “Orang-Orang Islam Di Malaysia

Timur”.54Keputusan tersebut adalah seperti berikut ;

...Kongress berpendapat bahawa masanya sudah tiba bagi orang-orang

Islam memikirkan cara-cara hendak melancarkan pekerjaan mubaligh

(missionary work). Sebagai langkah yang pertama ialah diadakan rayuan

kepada negara-negara Islam yang kaya dan kepada umat Islam di

Malaysia supaya mengadakan satu tabung untuk membiayai perancangan

tersebut...

Pada analisa penulis, istilah missionary work dalam keputusan di

atas sememangnya menggambarkan BINA. Berdasarkan dari gerak kerja

dan tujuantujuan penubuhan BINA, ia adalah sebuah gerakan missionary.

Oleh itu penulis yakin keputusan di atas menjadi asas yang paling hampir

kepada penubuhan BINA pada tahun 1968.

53

Staf Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak, “Resolusi Kongres Islam Malaysia

Timur”, dalam http://bppmis.blogspot.co.id/2009/01/resolusi-kongres-islam-malaysia-timur.html (21 Disember 2015)

54

(47)

Secara ringkas disebutkan di sini bahawa kepentingan kongres

diadakan adalah sebagai langkah untuk mencetuskan kesedaran di

kalangan umat Islam daripada kelalaian serta kealpaan mereka. Selain itu

juga adalah untuk mengembalikan umat Islam pada landasan yang asal

kerana gejala budaya liar yang telah dibawa penjajah tersebar secara

meluas dan bertapak kuat di tengah umat Islam. Budaya ini semakin

menjadi trend terutama di kalangan anak muda Islam sehingga sukar

membezakan mereka dengan anak muda bukan Islam dari segi pergaulan

bebas antara lelaki dan perempuan, budaya pesta pora, minum arak,

berpakaian yang mendedah aurat serta berbagai lagi masalah yang lain.55 Oleh yang demikian, penubuhan BINA ketika itu sangat penting

dan tepat pada waktunya bagi menangani gejala yang tidak sihat itu

daripada berterusan. Disamping itu, kewibawaan dan kepimpinan tokoh ini

dalam mengemudi BINA benar-benar menyentap lamunan umat Islam

yang mabuk dengan budaya Barat. Tokoh ini mampu menyedarkan mereka

daripada mimpi dan angan-angan kosong dan kemudian membawa mereka

bangkit untuk memartabatkan dakwah Islam di Sarawak.

Setelah itu BINA mula aktif masuk ke tengah masyarakat Islam

dengan membawa mesej dakwah dan juga kepada golongan non-Muslim

sebagai usaha mengajak mereka masuk Islam.56 Berbagai program dan aktiviti telah dicanang untuk tujuan tersebut kemudian dilaksanakan

dengan sebaik-baiknya. BINA menjadi jentera dakwah yang aktif bergerak

di Sarawak kepada semua lapisan masyarakat.

55

Afida Helmi, Metode Dakwah Di kalangan Masyarakat Dayak, Satu Kajian Di Bahagian Pertama, (Latihan Ilmiah Fakulti Usuluddin, Akademi Islam Universiti Malaya, 1991), 77.

56

(48)

Selanjutnya catatan sejarah kepimpinan BINA merekodkan barisan

Presiden atau Yang Dipertua yang berkebolehan seperti berikut:

1. Abdul Raman bin Ya’kub menjadi Presiden BINA dari tahun 1969

hingga 1988

2. Mohd. Mortadza bin Haji Daud (Datuk) menjadi Yang Dipertua

BINA dari tahun 1988 hingga 1993

3. Bujang bin Mohd. Nor (Tan Sri) menjadi Yang Dipertua

BINA/HIKMAH dari tahun 1993 hingga 2005; dan

4. Abdul Aziz bin Dato Haji Husain (Tan Sri) menjadi Yang Dipertua

HIKMAH dari tahun 2005 hingga sekarang.

Sejarah BINA terus berkembang dan bercambah sehingga sekarang.

Penulis merasakan perlunya menyebut perubahan nama BINA kepada

HIKMAH kerana BINA sekarang adalah HIKMAH dan generasi baru

tidak lagi menyebut nama BINA bahkan mereka tidak mengetahui

maklumat tentang BINA.

Pertukaran nama BINA kepada HIKMAH telah disempurnakan

melalui Perhimpunan Perwakilan BINA pada tahun 1994. Perubahan nama

tersebut memberi imej dan semangat baru kepada BINA bergerak di

zaman moden ini dengan nama HIKMAH. HIKMAH terdiri daripada

HIKMAH Bahagian iaitu Bahagian Kuching, Bahagian Samarahan,

Bahagian Sri Aman, Bahagian Betong, Bahagian Sarikei, Bahagian Sibu,

Bahagian Mukah, Bahagian Bintulu, Bahagian Miri dan Bahagian

(49)

b. Sumbangan Tokoh Tun Rahman Ya’kub

1. Aktivitas Surau Setia

Aktiviti yang pertama dipaparkan adalah Surau Setia iaitu

sebuah program yang diilhamkan oleh tokoh ini bagi mendekati para

pegawai kerajaan yang beragama Islam. Pelaksanaan program ini

adalah dengan kekerapan seminggu sekali di tempat yang

berbeza-beza mengikut kesesuaian yang ada dan program ini dikendali oleh

Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak. Pengisian program ini oleh

mufti Negeri Sarawak dan tokoh ini pernah menyampaikan ceramah

dalam program ini. Objektif program ini adalah untuk melibatkan

para pegawai kerajaan dengan program agama kerana ada dari

kalangan pegawai-pegawai ini memiliki gaya hidup yang bercanggah

dengan ajaran Islam.57Alangkah bahayanya sekiranya para pegawai kerajaan ini dibiarkan dalam keadaan yang penuh mungkar kerana di

tangan mereka letaknya keputusan-keputusan penting dalam

pentadbiran bahagian atau daerah di Sarawak kerana mereka

bertugas di berbagai tempat seluruh Sarawak. Program ini telah

menyedarkan para pegawai ini akan tanggungjawab mereka sebagai

seorang Muslim dan menjadikan mereka lebih berjiwa Islam.

2. Darul Rahmah Pusat Latihan Dakwah BINA

Tokoh ini memandang serius aspek pendidikan terutamanya

dari kalangan Saudara Kita. Oleh itu sebuah pusat pendidikan

golongan ini ditubuhkan pada tahun 1977 bertempat di Jalan Haji

57

(50)

Bolhasan Kuching. Pusat ini dinamakan Darul Rahmah Pusat

Latihan Dakwah BINA menganjur kelas Fardhu Ain kepada mereka

yang baru memeluk Islam.58Dengan adanya pendidikan serta

bimbingan yang baik kepada golongan ini akan membantu mereka

mengamalkan Islam dalam hidup mereka.

Bagi menampung keperluan golongan ini di kampung,

beberapa orang guru agama akan dih

Referensi

Dokumen terkait

Sejarah perjalanan Gerakan Tarbiyah sebagai embrio organisasi IKRAM menjadi pengalaman bagi para aktivisnya dalam menyebarkan nilai-nilai Islam kepada masyarakat baik dalam

Jejak hindu-Budha dalam kepercayaan suku Pakpak…….... Hambatan dan tantangan Dalam Perkembangan Islam

Terdapat empat aliran keagamaan Islam yang berkembang di Kecamatan Solokuro yakni Muhammadiyah, Nahdlatul Ulama, Lembaga Dakwah Islam Indonesia, dan Komunitas Salafi..

Tesis dengan judul: SEJARAH DAN PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM DI DESA TEMPURAN KECAMATAN PARON KABUPATEN NGAWI Adalah hasil karya saya dan dalam naskah Tesis ini tidak

Justeru itu, artikel ini membincangkan peranan gerakan dakwah di Sabah dengan fokus kepada dua organisasi Islam yang dilihat sinonim dengan perkembangan dakwah

Pada gambar tersebut merupakan tayangan dari kutipan kata-kata kepada KH. Said Aqil Siradj selaku Ketua Umum PBNU saat wawancara tentang Islam Nusantara yang telah

Masyarakat Aceh dalam realitas sejarah tidak ada masalah dengan gender dalam arti pemberian peran publik atau lebih khusus pendidikan, hal ini terbukti dengan munculnya

Meskipun bersifat tradisional tetapi juga mengadakan pendidikan formal untuk melengkapi pendidikan santrinya.9 Perkembangan pesantren dari aliran Islam yang dianutnya, mula-mula Islam