• Tidak ada hasil yang ditemukan

CIRI CIRI YANG PERLU ADA PADA SEORANG AT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "CIRI CIRI YANG PERLU ADA PADA SEORANG AT"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENGENALAN

Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa

Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Usia sesebuah ilmu atau

salasilah seni silat tidak dapat dihuraikan secara terperinci dan tepat kerana tiada usaha-usaha

untuk mengkaji dari pihak berwajib secara mendalam. Ada yang menganggarkan seni ini telah

berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Ini termasuklah

pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini di Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia, dan

Thailand. Mereka yang belajar silat digelar pesilat. Amalan sekarang, pengajar atau guru silat

digelar jurulatih dan seorang yang mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar Guru Utama aliran

itu. Kebanyakan guru silat kini menolak gelaran Mahaguru kerana bagi mereka gelaran 'maha'

hanya sesuai untuk Allah (Tuhan) dan ini menepati perawakan guru silat yang kebiasaannya

gemar menyembunyikan kemahiran mereka dan amat merendah diri. Pesilat senior yang telah

lama berkecimpung dalam dunia silat sebagai pengajar (atau menyembunyikan kemahiran

mereka), berkemahiran tinggi dan ada di antaranya mewarisi beberapa aliran yang telah hilang

digelar sebagai Guru Tua dan amat dihormati. Pesilat yang mempunyai tahap silat yang tinggi

digelar sebagai pendekar. Kini seni silat atau pencak silat sudah dijadikan satu sukan utama di

Asia tenggara dan melalui sukan silat olahraga ini lahirlah beribu-ribu atlet silat olahraga di

setiap negara untuk dipertandingkan dalam sukan sea terutamanya. Untuk menjadi seorang atlet

silat olahraga yang unggul perlulah ada beberapa ciri-ciri penting yang membolehkan setiap atlet

menjadi lebih profesional berbanding atlet-atlet lain sekali gus dapat mewakili negara serta dapat

(2)

2.0 CIRI- CIRI YANG PERLU ADA PADA SEORANG ATLET SILAT OLAHRAGA.

2.1 BERMOTIVASI TINGGI

Motivasi merujuk kepada faktor-faktor personaliti, sosial, dan kognitif yang memainkan

peranan ketika seseorang atlet silat olahraga membuat persembahan atau berlawan dan ingin

mencapai sesuatu matlamat. Ciri-ciri personaliti yang membezakan antara atlet yang bermotivasi

dengan atlet yang bermotivasi rendah. Walau bagaimanapun, ciri-ciri personal sahaja tidak

cukup untuk membuat andaian tentang motivasi melainkan jika ia disokong oleh faktor

persekitaran. Sebagai contoh, tingkah laku jurulatih, rekod jenayah dan kekalahan pasukan, jenis

persekitaran semasa latihan diadakan seperti jarak, cuaca dan reaksi penonton banyak

mendorong kecenderungan atlet untuk terus berjuang dalam sesuatu pertandingan. Oleh yang

demikian, motivasi berpunca dari kombinasi ciri-ciri personel dan faktor persekitaran yang

berperanan sebagai pendorong arah tingkah laku atlet silat olahraga.

2.2 BERANI MENGHADAPI MUSUH

Jika seorang atlet silat olahraga mempunyai sifat pemalu, ragu-ragu, atau pasif, atlet

tersebut berisiko memiliki kehidupan yang dipenuhi dengan kegagalan dan objektif utama yang

tidak tercapai. Jika ingin menjadi seseorang atlet silat olahraga yang berani terdapat beberapa

cara yang perlu dilakukan antaranya ialah berpura-pura menjadi seorang yang berani dengan

mengubah air muka senyuman kepada air muka bengis. Pertukaran wajah atau air muka dapat

melemahkan semangat lawan, terdapat juga lawan yang air mukanya senyum ketika menghadapi

lawan dengan memberi mesej bahawa dia tidak takut kepada lawan. Perubahan air muka ini

adalah satu cara kita memberanikan diri menghadapi musuh. Seterusnya ialah melakukan sesuatu

(3)

dengan penuh semangat juang sekali gus kita dapat melakukan sesuatu di luar dugaan dengan

syarat kita tahu apa yang kita lakukan. Latihan tambahan dan fokus semasa berlawan dapat

menghasilkan sesuatu yang luar dugaan.

2.3 BERDISPLIN TINGGI

Disiplin merupakan perkara yang amat penting dalam mendidik seorang atlet sukan

termasuklah atlet silat olahraga. Tanpa disiplin yang tinggi amat sukar seseorang atlet itu untuk

berjaya. Disiplin bermula dari bangun tidur seseorang atlet itu sehingga tidur semula. Disiplin

sering diertikan dalam kaitannya dengan ancaman dan hukuman, dari sisi lain disiplin juga erat

kaitannya dengan pengawasan atau pengawalan dalam proses belajar. Prinsip mengawal diri

sendiri merupakan hal yang terpenting dalam disiplin, atlet yang menunjukkan kebiasaan selalu

menepati ketentuan, peraturan, dan nilai-nilai, bererti dapat mengawal diri-sendiri untuk tidak

melanggar ketentuan dan peraturan ataupun nilai-nilai yang berlaku. Disiplin ada hubungannya

dengan sikap penuh rasa tanggung jawab, kerana atlet yang berdisiplin cenderung untuk

menepati, mendukung dan mempertahankan nilai-nilai murni yang ada padanya. Sikap untuk

mendukung dan mempertahankan nilai-nilai yang ada padanya, atlet akan berusaha untuk tidak

mengingkari segala peraturan yang ditetapkan. Sehubungan dengan itu, atlet yang berdisiplin

akan setia untuk menepati masa hidup , mematuhi petunjuk-petunjuk pelatihnya, setia untuk

melakukan program-program latihan, sehingga memberi tumpuan lebih besar untuk mencapai

prestasi yang setinggi-tingginya. Atlet yang memiliki disiplin diri sendiri sudah memiliki

kesedaran untuk berlatih sendiri, meningkatkan keterampilan, dan menjaga kondisi fizikal dan

ketahanan jasmani nya, dan seterusnya dapat menguasai diri untuk tidak melakukan hal-hal yang

bertentangan dengan peraturan atau yang dapat merugikan diri sendiri dan akan berusaha untuk

(4)

2.4 KREATIF DALAM PERLAWANAN

Kreatif bermaksud adalah memiliki daya ciptaan yang mempunyai kemampuan untuk

menciptakan, atau mampu menciptakan sesuatu yang baru, baik berupa gagasan kenyataan yang

relatif berbeza dengan apa yang telah ada sebelumnya. Menurut Woolfolk, kreativiti adalah

kemampuan individu untuk menghasilkan sesuatu (hasil) yang baru atau asli atau pemecahan

suatu masalah. Cony Seniman menyatakan bahawa kreativiti adalah kemampuan untuk

menghasilkan atau menciptakan suatu produk baru. Di dalam perlawanan silat olahraga juga

setiap atlet perlu kreatif dalam melakukan serangan atau elakkan mahupun teknik jatuhan yang

sempurna. Atlet silat olahraga yang mempunyai kreativiti melakukan pelbagai gerakan adalah

merupakan satu kelebihan yang ada pada diri atlet silat olahraga dalam menghadapi musuh atau

lawan. Kreatif dalam setiap perlawanan bukanlah senang untuk dilakukan tetapi ianya

memerlukan pemikiran yang begitu cepat dan fokus yang sangat tepat. Ketika di dalam

gelanggang perkara utama yang perlu diutamakan adalah bagaimana untuk mendapatkan point

utama serta mengelak daripada perkara yang sia-sia. Fizikal dan mental merupakan perkara

utama yang perlu dilatih sebelum memasuki gelanggang.

2.5 PERSEDIAN ROHANI YANG MANTAP

Sebagai seorang manusia kita tidak boleh lari dari sifat lemah dan tidak berkuasa

melakukan apa-apa melainkan dengan kehendak Allah s.w.t. Oleh itu kita haruslah patuh dan

tunduk kepada Allah s.w.t sebagai hamba yang hina dan lemah. Pelbagai cara boleh dilakukan

bagi mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t iaitu sentiasa bermunajat kepada Allah. Lakukan

solat hajat dan pohon agar Allah campakkan ketenangan dan terangkan hati dalam menghadapi

segala ujian yang akan menimpa dini hari nanti. Minta pada Allah s.w.t agar apa yang dipelajari

(5)

lupa minta restu kedua ibu bapa. Doa ibu bapa untuk anaknya sangat makbul. Jadi mintalah restu

dari keduanya. Mintalah mereka mendoakan kejayaan anda semasa pertandingan. Banyakan

berzikir dan membaca al-Quran. Hati yang banyak berzikir akan memperolehi ketenangan dalam

menghadapi jua masalah. Hati juga lebih terang apabila anda sering membaca al-quran. Allah

telah berfirman dalam surah ar-Ra'ad, ayat 36, yang firmanya "Sesungguhnya dengan mengingat

Allah akan menjadi tenanglah semua hati".

Selain itu jauhi maksiat. Jauhi diri anda dari perbuatan maksiat dan dosa besar. Mereka

yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati

Allah. Banyakan berdoa. Pastikan anda berdoa mengikut adab-adab berdoa agar doa anda mudah

dimakbulkan.

3.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan dari penulis terdapat banyak lagi ciri-ciri yang perlu ada pada

seorang atlet silat olahraga sebelum menjadi seorang atlet yang berdaya saing dalam segala

halangan. Pada kali ini penulis hanya menumpukan lima sahaja ciri-ciri untuk menjadi seorang

atlet silat olahraga yang baik iaitu bermotivasi tinggi, berani menghadapi musuh, berdisplin

tinggi, kreatif dalam perlawanan dan persediaan rohani yang mantap. Dengan adanya dan

sempurna ciri-ciri tersebut barulah dapat menjadi seorang atlet silat olahraga yang baik. Sudah

tentu bukanya mudah untuk memenuhi salah satu ciri-ciri di atas tetapi sebagai seorang manusia

yang lemah kita diseru agar sentiasa berusaha dan tidak mudah mengalah dalam setiap perkara

yang dilakukan. Sekiranya seseorang atlet terus berusaha tanpa henti dan tidak lupa akan

tanggungjawab yang lain tidak mustahil atlet tersebut dapat mengusai kesemua ciri-ciri di atas

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui faktor yang mempengaruhi pembelanja dalam memilih distro Kontjo Brother.. Penelitian ini merupakan penelitian asiosiatif,

Tujuan penelitian ini adalah untuk memberikan perspektif yang benar mengenai nilai keadilan terhadap asas peradilan sederhana, cepat dan biaya ringan melalui mediasi dalam

Penelitian pengembangan multi- media interaktif ini mengacu pada definisi teknologi pendidikan sebagai studi dan etika praktek untuk memfasilitasi pembelajaran dan

Adhedhasar andharan saka asile analisis data kang wis ditindakake ing bab sadurunge sajrone Antologi Cerkak Preman anggitane Tiwiek SA kanthi tintingan sosiologi sastra

Nitrogen dari limbah cair pengolahan perikanan yang diolah dengan Lumpur aktif tidak memberikan pengaruh terhadap laju pertumbuhan tinggi bayam pada 1 MST dan 2 MST,

Utvrđena je različita monotonost u rastućem delu intenziteta termalne krive, što ukazuje na nejednaku otpornost i adaptiranost ispitivanih samooplodnih linija kukuruza

Puji Syukur kehadirat Allah SWT atas limpahan rahmatnya sehingga penulis dapat menyelesaikan skripsi dengan judul “Pengaruh Pertumbuhan Perusahaan, Struktur Modal,

Abstrak: Penelitian ini adalah penelitian deskriptif, bertujuan untuk mengetahui besar debit saat musim kemarau, daya output dan efisiensi serta kesesuaian pemilihan penstock