• Tidak ada hasil yang ditemukan

Rukyah Jampi dalam Perubatan Tradisional

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Rukyah Jampi dalam Perubatan Tradisional"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Rukyah (Jampi) dalam Perubatan Tradisional Melayu sebagai Rawatan Penyakit,

Pencegahan, Pendinding Diri dan Harta: Kehebatan dan

Sumbangan Ilmuwan Nusantara

1

Nurdeng Deuraseh & 2Hayati Lateh

1

Jabatan Pengajian Ketamadunan dan Kenegaraan, Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor

2

Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor

Abstrak: Masyarakat primitif secara tradisinya berfahaman animisme dan dinamisme iaitu kepercayaan

kepada tenaga dan kekuatan roh, jiwa dan semangat terjelma dalam diri manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda-benda yang boleh mendapat kesan baik atau buruk kepada manusia. Selalunya, kelompok masyarakat ini mempercayai wujudnya makhluk ghaib yang boleh mengganggu dan menakutkan mereka. Masyarakat Melayu sebelum datang agama Islam seperti masyarakat primitif lain percaya wujudnya kekuatan dan pengaruh alam dalam kehidupan mereka. Seterusnya, ia membawa kepada kepercayaan tentang kepentingan hubungan antara manusia dengan alam dalam pelbagai aspek kehidupan manusia termasuk kesihatan dan kesejahteraan. Didapati, amalan rukyah telah diamalkan oleh masyarakat Melayu-Muslim semenjak kedatangan Islam ke Nusantara pada kurun ke-9 lagi. Manakala amalan jampi berasaskan kepada fahaman animisme-dinamisme telah diamalkan oleh masyarakat Melayu semenjak kerajaan Srivijaya (650-1200). Sehubungan itu, usaha akan diambil dalam makalah ini untuk mengulas dan menjelaskan sumbangan ilmuan Nusantara dalam perubatan tradisional Melayu terutamanya berkaitan rukyah (Jampi). Khususnya, sumbangan-sumbangan yang telah diterbitkan dan seterusnya disebarkan secara meluas di alam Melayu terutamanya di Malaysia. Keutamaan akan diberi kepada tulisan berkaitan dengan ruqyah (jampi) yang mana ia adalah sebahagian daripada perubatan Islam dan perubatan tradisional Melayu.

PENGENALAN

Ruqyah dalam Hadith Nabi Muhammad S.A.W:

Perubatan Islam merupakan satu sistem perubatan yang bersumberkan kepada al-Qur’an dan Sunnah. Ia telah diamalkan semenjak zaman Nabi Muhammad S.A.W dan dikenali dengan perubatan Nabi. Melalui komentar Sahih of al-Bukhari iaitu

Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari oleh Ahmad b.

Ali Ibn Hajr al-Asqalani (d. 852/1449) dan Umdat

al-Qari Sharh Sahih al-Bukhari oleh Abu

Muhammad Mahmud Ahmad al-‘Ayni (d. 855/1452), perubatan Islam melalui ruqyah dapat diketahui dalam pelbagai buku hadith antaranya ialah Sahih Bukhari. Imam Bukhari dalam Sahih

al-Bukhari telah menyenaraikan hadith-hadith

berkaitan ruqyah dalam beberapa bab. Antaranya ialah: Bab al-Ruqa bi al-Qur’an wa al-Mu’awwizat; Bab Ruqa bi Fatihat Kitab); Bab shurut fi al-ruqyah bi fatihah al-kitab); Bab al-ruqyah al-’ayn; Bab al’ayn haqq; Bab ruqyah al-hayyah wa al-uqrab; Bab al-nafth fi al-ruqyah); Bab mash al-raqi al-waj’ biyadihi al-ymna); Bab al-mar’ah tarqa al-rajl); dan Bab man lam yarqa.1

Ruqyah: Satu Kaedah Rawatan dalam Islam: Ibn

Hajar al-‘Asqalani telah menjelaskan kaedah pengubatan yang dilakukan oleh Rasullullah S.A.W antaranya ialah kaedah Jasad atau Tibb Jasad (pengubatan jasad) dan Kaedah Rohani atau Tibb

al-Qalb (pengubatan hati). Tibb Jasad atau pengubatan

jasad adalah pengubatan secara fizikal yang bersifat semulajadi. Sebagaimana Sabda:

Dari Sa’id bin Jubair, dari Ibnu Abbas, dari Nabi S.A.W, baginda bersabda maksudnya, “kesembuhan (pengubatan) itu terletak pada tiga kaedah: meminum madu, berbekam dan pemanasan dengan api. Tetapi aku melarang umatku mengubat dengan kaedah pemanasan dengan api.” (Riwayat Bukhari).

Manakala, Tib al-Qalb atau pengubatan hati pula ditakrifkan sebagai pengubatan dengan doa dan bacaan-bacaan tertentu daripada al-Qur’an atau sunnah atau yang disusun oleh pada ulama ahli perubatan yang disebut Ruqiyyah. Daripada Hadith:

Dari Abi Khuzamah bahawa katanya kepada Rasulullah SAW, “Ya Rasullullah! Bagaimana pendapatmu tentang melafazkan kata-kata doa (ruqiyyah) untuk memohon kesembuhan, kami bacakan ruqiyyah (jampi) itu dan tentang ubat yang kami pergunakan untuk mengubati penyakit serta tentang kata-kata doa untuk mohon perlindungan dan pemeliharaan (taqiyyah), lalu kami bacakan taqiyyah itu (untuk diperdengarkan kepada Rasullullah SAW). Tidakkah hal itu bererti menolak takdir

Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara

(2)

(ketentuan) Allah? Maka Rasullullah S.A.W menjawab: Hal itu juga termasuk takdir Allah” (Riwayat Ahmad dan Tirmizi).

Dalam masyarakat Melayu-Islam, pengamalan

ruqyah (jampi) adalah lebih kepada pencegahan dan

rawatan penyakit serta sebagai pendinding diri daripada gangguan makhluk halus iaitu jin dan syaitan. Al-Qur’an ada menyebut tentang kewujudan makhluk halus seperti syaitan (syayatin), jin (jinnah) dan iblis. Terdapat 216 ayat di dalam al-Qur’an yang menyebut kewujudan makhlus halus antaranya di dalam surah Al - Baqarah ayat 14, 23, 24, 34, 36, 102, 168, 169, 208, 256, 257, 268 dan 275.

Di antara ruqyah (jampi) yang sering menjadi amalan di kalangan masyarakat Melayu-Muslim bagi menghindari gangguan syaitan dan jin adalah

Ayatul Kursi di mana ayat ini sering diamalkan

sebelum tidur bagi menghindari gangguan syaitan dan jin semasa tidur. Surah al-Fatihah juga merupakan salah satu ruqyah (jampi) yang sering diamalkan bagi mengubati pelbagai jenis penyakit dan sebagai penerang hati. Begitu juga dengan surah Yaasin, Basmallah, Surah Nas, Surah Falaq, al-Ikhlas serta zikir dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W yang mana diamalkan bagi tujuan yang sama iaitu perawatan ke atas penyakit dan pelindung daripada gangguan jin dan syaitan.

Pengamal-pengamal perubatan Islam menggunakan ruqyah (jampi) sebagai mekanisma mereka merawat pesakit. Mereka menggunakan ayat-ayat suci al-Qur’an dan perkataan-perkataan Nabi, Rasul dan para sahabat Nabi sebagai ruqyah (jampi) semasa mengubati pesakit. Asas kepada perubatan mereka adalah dengan memohon pertolongan dan petunjuk daripada Allah S.W.T yang disertai dengan tawakal. Terdapat juga pengamal yang menggunakan tumbuhan, haiwan dan galian sebagai ubatan yang diberikan kepada pesakit selain memberikan rawatan fizikal. Ini dengan kepercayaan bahawa kehidupan manusia dan persekitaran adalah saling bersandaran. Walau bagaimana cara sekalipun, pengamal-pengamal ini masih menggunakan ruqyah (jampi) di dalam perawatan mereka.

Sudah tentu, ruqyah (jampi) adalah salah satu kaedah perubatan Islam. Ia mementingkan pengisian kerohanian berbanding jasmani dalam rawatan dan pencegahan pesyakit. Dengan perkataan lain, ia lebih menekankan aspek rohani supaya kembali kepada fitrah manusia iaitu pertaliannya dengan Pencipta Sekelian Alam iaitu Allah S.W.T. Ia menekankan keyakinan bahawa hanya Allah S.W.T yang berkuasa untuk menyembuhkan sesuatu dan berhak untuk menunaikan apa yang dihajati.

Diriwayatkan bahawa Abi Khuzamah pernah bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasullullah! Bagaimana pendapatmu tentang melafazkan kata-kata doa (ruqiyyah) untuk memohon kesembuhan, kami bacakan ruqiyyah (jampi) itu dan tentang ubat yang kami pergunakan untuk mengubati penyakit serta tentang kata-kata doa untuk mohon perlindungan dan pemeliharaan (taqiyyah), lalu kami bacakan taqiyyah itu (untuk diperdengarkan kepada Rasullullah SAW). Tidakkah hal itu bererti menolak takdir (ketentuan) Allah? Maka Rasullullah S.A.W menjawab:

Hal itu juga termasuk takdir Allah.” (Riwayat Ahmad dan Tirmizi).

Perubatan Tradisional Melayu Satu Warisan:

Warisan Perubatan Melayu2 ditulis ketika perubatan tradisional Melayu berkembang dan diamalkan secara meluas di kalangan masyarakat Melayu di Nusantara. Walau bagaimanapun, pengetahuan dan amalan perubatan tradisional yang dimiliki oleh para dukun dan bomoh tidak diterbitkan. Oleh itu, A. Samad Ahmad telah menyunting sebuah manuskrip lama yang berjudul Ilmu Tabib bertarikh 1288/1872 yang telah disalin oleh Muhammad Salleh Ibni Ahmad Penambang. Manuskrip tersebut adalah di antara yang terpenting dalam bidang perubatan tradisional Melayu. Ia membicarakan kaedah perubatan tradisional Melayu termasuk kaedah rawatan, penyembuhan dan pencegahan pelbagai penyakit. Ini menunjukkan masyarakat Melayu sejak zaman berzaman telah mengetahui khasiat tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekeliling mereka. Pengetahuan tentang perubatan berdasarkan apa yang dibincang dalam buku ini bukan sahaja berguna kepada pakar perubatan moden dan tradisional, tetapi juga orang ramai yang ingin mengetahui ubat-ubatan Melayu tradisional.

Ilmu Tabib telah dituliskan pada tahun

1288/1872. Ini menunjukkan bahawa ilmu perubatan tradisional Melayu telah ditulis selepas kedatangan Islam ke Nusantara. Ini terbukti apabila isi kandungan manuskrip tersebut dipengaruhi oleh sistem perubatan Islam dan amalan perubatan Nabi terutamanya yang berkaitan dengan jampi dari ayat suci al-Qur’an, hadith Nabi Muhammad S.A.W dan doa. Tidak terkecuali juga penggunaan beberapa mentera dari kepercayaan Hindu, serapah dalam bahasa Thai dan Pegu (Burma) serta tumbuh-tumbuhan semulajadi turut dipraktik ketika ritual penyembuhan dijalankan. Keberkesanan jampi diyakini akan kemujarabannya oleh masyarakat tempatan. Maka, tidak hairanlah jika ia masih diamalkan sehingga ke hari ini terutama sekali apablia ia dijadikan sebagai sebahagian amalan tradisi masyarakat Melayu Islam di Malaysia.

Amalan Perubatan Melayu Sebagai Satu Budaya:

Haliza Mohd. Riji dalam bukunya Prinsip Dan

Amalan Dalam Perubatan Melayu3 menganggap perubatan Melayu sebagai satu budaya perubatan yang didasari kepada kepercayaan, pemikiran rasional serta falsafah yang bersandarkan Islam dan pengalaman-pengalaman pengamal perubatan tradisional Melayu.

(3)

penyakit dan perubatan iaitu sosiobudaya, psikososial dan sosiologi. Hasilnya, selepas 15 tahun penglibatan dalam bidang ini, penulis berjaya mendalami pengamal perubatan tradisional Melayu iaitu bomoh, dukun, bidan dan pawang dan dapat menerangkan perbezaan di antara bomoh, dukun dan pawang. Sebelum membicarakan isu-isu penting dalam perubatan tradisional Melayu, penulis menerangkan asal-usul perubatan tradisional Melayu di mana penulis menyentuh tentang peranan Lukmanul Hakim, seorang hamba Allah S.W.T, sebagai pencetus perubatan tradisional Melayu.4 Seperti ilmuwan lain, beliau turut menyatakan bahawa perubatan Melayu tradisional dipengaruhi oleh animisme, ajaran Hindu-Buddha dan Islam. Memandangkan Islam merupakan agama akhir sampai ke tanah Melayu berbanding Hindu dan Buddha, maka pengaruh perubatan Islam terutamanya yang berkaitan dengan jampi (ruqyah) berjaya merubah falsafah perubatan Melayu dari animisme kepada fahaman bersandarkan falsafah kehidupan Tauhidiyyah iaitu kepercayaan kepada Pencipta, Allah S.W.T. Justeru itu, asas perubatan Melayu ialah tauhid iaitu keyakinan tentang keesaan Allah dari segi zat, sifat dan perbuatan-Nya.

Kecenderungan untuk berbincang kaitan sihir, jampi dan ruqyah adalah jelas apabila penulis membincang mengenai sihir di mana ia diletakkan sebagai faktor spiritual dalam etiologi penyakit dan keuzuran. Penulis di antara yang terawal mendapati tiga jenis sihir digunakan di alam Melayu iaitu sihir pendinding diri, penyebab penyakit atau ilmu hitam dan sihir penyembuh. Tiga jenis sihir ini telah diIslamisasikan apabila ruqyah dengan menggunakan ayat-ayat al-Qur’an dan do’a telah digunakan oleh bomoh jampi. Ayat al-Qur’an dan doa adalah di antara penyembuh kebatinan yang digunakan bagi tujuan penyembuhan penyakit-penyakit yang disebabkan faktor-faktor spiritual. Walaupun penulis membuat dan menjelaskan perbezaan di antara jampi dan doa antaranya ialah jampi melibatkan perkataan yang bertujuan menggerakkan hakikat sesuatu manakala doa pula berupa permohonan kepada Allah S.W.T agar perawatan yang dijalankan mendapat kejayaan, tetapi saya (pengkaji) berpendapat perbezaan tersebut tidak ketara kerana kedua-dua amalan iaitu jampi dan do’a mahu mennggerakan hakikat sesuatu dengan memohon restu dari Penyembuh (al-Shafi) iaitu Allah.

Perubatan dan Rawatan dalam Tib Nabi:

Jalaluddin Abd al-Rahman Al-Suyuti dalam

Rawatan Cara Nabi Muhammad SAW5

menghuraikan pelbagai jenis penyakit jasmani dan rohani serta ubat-ubatnya yang diambil daripada al-Qur’an dan hadith Nabi Muhammad S.A.W. Tentu sekali, seorang perlu menguasai ilmu keagamaan dan pelbagai ilmu tabi’i termasuk perubatan sebelum membicarakan pelbagai jenis penyakit jasmani dan

rohani serta ubat-ubatnya kerana ia dapat membantu mengetahui dan menerangkan pelbagai punca penyakit dan cara penyembuhannya berdasarakan al-Qur’an dan hadith Nabi Muhammad S.A.W. Memandangkan, pengetahuan penulis tentang pengubatan bukan hanya bersifat akademik sahaja, bahkan ia berdasarkan kepada praktik dan pengalaman yang cukup luas dalam bidang keagamaan dan sains tabi’i. Tidak hairanlan, di awal bahagian buku ini, penulis berjaya menerangkan tentang teori perubatan berasaskan falsafah perubtan Yunani dan Islam di mana beliau menyentuh tentang susunan tubuh manusia yang di antaranya mengandungi empat unsur iaitu api, udara, air dan tanah. Berdasarkan sususan ini, penulis dapat mengenal pasti tentang keadaan tubuh manusia dalam keadaan sihat, sakit dan tidak sihat tidak pula sakit; sebab-sebab penyakit dan tanda-tanda penyakit seperti rambut yang berwarna hitam adalah tanda panas. Seterusnya penulis menyentuh tentang cara penjagaan kesihatan termasuk apa yang perlu dilakukan dan apa yang perlu dijauhi. Dalam buku ini juga terdapat pelbagai khasiat ubat-ubatan yang terdiri daripada tumbuhan dan haiwan.

Mengikut langkah kajian Jalaluddin Abd al-Rahman al-Suyuti dalam Rawatan Cara Nabi

Muhammad SAW, maka buku bertajuk Perubatan Mengikut Al-Qur’an Dan Sunah6 disusun oleh

(4)

dunia dan akhirat. Ini berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W:

Aku tinggalkan kepada kamu sesudah aku (wafat) dua perkara, yang jika kamu berpegang dan berpandukan kepadanya nescaya kamu tidak akan terbatas daripada kebenaran iaitu Kitabullah dan Sunah Rasul”. (Riwayat Imam Malik).

Di antara penjelasan yang dibuat oleh penulis berdasarkan hadith di atas ialah Rasulullah S.A.W adalah orang yang memahami masalah perubatan dan tidak dapat dinafikan bahawa sistem pengubatan Nabawi adalah benar, tepat dan besar manfaatnya. Sistem perubatan Nabawi tidaklah sama dengan sistem pengubatan moden kerana pengubatan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W berdasarkan wahyu Ilahi, keunggulan kenabian serta hasil pemikiran yang paling sempurna, sedangkan pengubatan moden biasanya atau hanya berdasarkan perkiraan, persangkaan dan percubaan.

Selain daripada itu, Abdul Aziz Ismail, cuba menghuraikan ilmu perubatan Islam yang dipengaruhi oleh perubatan Greek. Seperti dalam karya agong perubatan Islam, penulis dalam

Perubatan Mengikut al-Qur’an & Sunah

menegaskan bahawa ubat hanya dapat menyembuhkan penyakit sekiranya ia serasi dengan tubuh pesakit dan mempunyai keyakinan terhadap ubat tersebut. Penerimaan ubat yang paling sempurna adalah dengan iman dan perasaan rendah diri di hadapan Ilahi. Al-Qur’an adalah sebagai ubat bagi penyakit. Jika ia tidak dilandasi oleh iman dan kesediaan merendahkan diri di hadapan Allah S.W.T, ia tidak akan dapat menyembuhkan penyakit hati dan jiwa. Penulis telah memperkukuhkan keterangan mengenai pengubatan secara berdoa dengan ayat-ayat al-Qur’an dan hadith-hadith Nabi S.A.W dengan mengemukakan surah al-Israa’ ayat 82 yang bermaksud:

Dan kami menurunkan al-Qur’an menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman dan al-Qur’an itu tidaklah menambah kepada orang yang zalim (melanggar perintah Allah) melainkan kerugian.

Menurut penulis lagi, ilmu kedoktoran moden berbeza dengan sistem kedoktoran dan pengubatan yang terdapat dalam perubatan Nabi S.A.W terutamanya yang berkaitan dengan pengubatan rohaniah. Penulis berpendapat, kekuatan hati, berpegang teguh kepada petunjuk Allah, bertawakal, meminta perlindungan kepada Allah, merasa hina dan kecil di hadapanNya, bersedekah, tidak terbenam dalam penyesalan dan lepas dari rasa susah dan bimbang adalah di antara pra-syarat pengubatan rohaniah.

Perubatan Islam Dan Bukti Sains Moden oleh

Danial Zainal Abidin7 telah membuktikan perubatan Islam secara saintifik dengan mengemukakan penemuan-penemuan sains semasa, baik yang dihasilkan oleh ahli-ahli sains Islam mahupun bukan Islam. Selaras dengan tajuk buku beliau, penulis menegaskan bahawa sememangnya ramai yang

meyakini Islam sebagai satu agama yang tiada tolok bandingannya tidak mampu untuk membuktikan keunggulan tersebut dalam senario dunia sekarang yang sering memperkatakan tentang sains dan teknologi. Justeru itu, Islam dilihat oleh mereka yang bukan beragama Islam sebagai suatu agama yang beku dan tidak berkembang serta dilihat sebagai tidak sesuai dengan dunia yang serba canggih pada hari ini. Hakikatnya konsep perubatan yang terdapat di dalam al-Qur’an dan sunnah adalah untuk diikuti oleh manusia sejagat.

Selepas menerangkan konsep perubatan Islam, penulis seterusnya menerangkan mengenai kebaikan tumbuhan dan haiwan yang tercatat dalam al-Qur’an dan larangan-larangan yang perlu dijauhi oleh umat Islam bagi tujuan pemeliharaan kesihatan beserta dengan kajian dan bukti saintifiknya. Di sini, penulis menyarankan supaya umat Islam pada hari ini perlu memberi fokus mendalam dalam bidang penyelidikan dan pembangunan supaya rahsia-rahsia al-Qur’an dan sunnah dapat difahami. Menurut penulis, umat Islam sebenarnya adalah umat yang saintifik kerana acuan pendidikan Islam amat menekankan konsep tafakur, penggunaan akal serta minda, penolakan sebarang bentuk khurafat dan tahayul di samping menggalakkan kajian dan analisis. Acuan inilah berjaya melahirkan ramai ahli sains Islam seperti Ibn Sina, Razi, Ibn Nafis, al-Zahrawi dan Khwarizmi.

Ayat al-Qur’an dan Doa Sebagai Pagar Hikmah:

Pagar Hikmah oleh Abdul Razak Kasman (Tok

Janggut)8 adalah di antara panduan atau rujukan utama dalam rawatan, pencegahan dan penjagaan daripada penyakit serta harta benda melalui ruqyah kepada masyarakat Melayu di Nusantara. Penulis merupakan pengamal perubatan tradisional yang popular dan terkenal serta berpegalaman luas dalam hal ehwal kebajikan masyarakat tempatan. Beliau, yang dikenali dikalangan masyarakat tempatan sebagai orang bersikap mulia dan budi pekerti serta baik dan luhur, telah berjaya mengumpul hikmah yang amat berguna bagi masyarakat Melayu-Muslim Nusantara selepas melibatkan diri dalam rahsia pendinding diri dari gangguan syaitan, Jin dan manusia berjiwa Hayawaniyyah selama hampir 40 tahun. Sebagai ketua kampung, beliau telah banyak menyelesaikan masalah masyarakat tempatan berkaitan dengan gangguan makhluk halus.

Pagar Hikmah merupakan panduan mengenai ruqyah (jampi) melalui ayat-ayat al-Qur’an dan do’a

(5)

buku ini sebagai panduan hidup masyarakat dalam menangani masalah yang dihadapi.

Dalam Pagar Hikmah, penulis menasihatkan supaya pengamal perubatan tradisional mempunyai semangat keberanian serta ketabahan menghadapi kuasa ghaib yang menjelma dan menjadikan seseorang itu lebih berusaha untuk mendalami ilmu-ilmu serta amalan-amalan yang dapat dijadikan sebagai pendinding diri. Kuasa-kuasa seperti ini sering dikaitkan dengan kekuatan atau pengaruh amalan batin. Ada sesetengah amalan batin yang tidak bercanggah dengan ajaran agama dan ada juga sebaliknya. Maka disebabkan ini, penulis menasihatkan supaya masyarakat sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan yang tiba walaupun hidup di zaman yang serba canggih dan moden dengan kemajuan sains dan teknologi.

Jampi Serapah dalam Mantera Melayu: Haron

Daud dalam bukunya yang bertajuk Mantera

Melayu: Analisis Pemikiran9 menggunakan

pendekatan mantera sebagai bahan sastera untuk mengenal pasti pandangan semesta dan corak pemikiran masyarakat Melayu. Untuk mencapai objektif kajian, penulis mengumpulkan mantera-mentera dari negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Menurut penulis, sejarah kewujudan mantera memang sukar diketahui dengan tepat walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa mantera lahir sejak terbentuknya masyarakat. Tidak salah untuk mengatakan, kewujudan mantera dalam masyarakat Melayu adalah berdasarkan corak kepercayaan mereka pada peringkat awal iaitu animisme dan cara hidup bersederhana. Ini telah dimantap selepas kedatangan pengaruh Hindu-Buddha dan Islam ke alam Melayu yang mana ia merupakan penyebab terjadinya proses evolusi dalam masyarakat dan budaya Melayu yang turut mempengaruhi corak kepercayaan mereka. Penulis menyatakan bahawa kepercayaan warisan mempengaruhi alam pemikiran orang Melayu. Kepercayaan ini juga menjadi asas kepada

world-view, iaitu tentang bagaimana mereka memandang

dunia di sekeliling mereka. Walaupun Islam memainkan peranan penting dalam pemikiran rasional, namun tradisi tetap penting sebagaimana yang terpancar melalui mantera. Aspek-aspek pemikiran itu lebih bercorak normatif rasionaliti yang banyak melibatkan soal spiritual.

Bomoh sebagai Raqi dalam Rawatan Melalui

Ruqyah di Malaysia: Hashim Awang A.R. dalam

artikelnya yang bertajuk Bomoh Di Kelantan:

Dahulu Dan Sekarang10 memberi tumpuan khusus kepada peranan bomoh di Kelantan dalam konteks masyarakat tradisi dan masyarakat moden. Selain daripada, penerangan tentang asal-usul bomoh, jenis-jenis bomoh serta perkhidmatan dan peranan bomoh di Kelantan, beliau menceritakan sejarah kedatangan perubatan moden ke dalam masyarakat

Kelantan iaitu sekitar awal abad ke-20 apabila hospital dibina dan pegawai perubatan dihantar oleh pihak British untuk bertugas di negeri Kelantan. Dengan perkembangan ini lama-kelamaan perubatan moden menjadi kukuh di Kelantan. Walau bagaimanapun, perubatan tradisional tidak terus dilupakan kerana ia merupakan sesuatu yang telah sebati dengan jiwa mereka. Dalam hal ini, perubatan tradisional cuba diadaptasikan dan mengalami perubahan mengikut keperluan semasa dengan menolak amalan-amalan atau unsur-unsur yang bertentangan seperti upacara atau kepercayaan karut-marut disaring dan dipinggirkan. Penyaringan sebeginilah yang menjadikan perbomohan di Kelantan dapat dipertahankan sehingga kini. Menurut penulis lagi, pengekalan aktiviti perbomohan ini juga dipengaruhi oleh kemujaraban perubatan moden yang tidaklah 100 peratus berkesan dan masih ada kelemahan serta tidak mampu mengatasi segala masalah yang berkaitan dengan kehidupan.

Bomoh-Poyang: Traditional Medicine And Ceremonial Art Of The Aborigines Of Malaysia oleh

Roland Werner11 merupakan di antara kajian secara komprehensif mengenai perubatan tradisional orang Asli di Malaysia di mana bomoh dan pawang memainkan peranan yang penting dalam perubatan masyarakat tersebut. Penulis mendapati masyarakat orang Asli mempercayai setiap penyakit adalah berpunca daripada gangguan hantu. Berdasarkan hakikat ini, penulis telah menyentuh tentang upacara perawatan dan pemujaan untuk makhluk halus di samping beberapa buah mantera yang digunakan oleh masyarakat tersebut.

Transcultural Healing oleh Roland Werner,12

membicarakan pelbagai aspek rawatan tradisional terutamanya yang berkaitan rawatan dan pencegah penyakit dalam perubatan tradisional Melayu. Dalam usaha mencapai matlamat tersebut, penulis telah mengumpul bahan yang berkaitan tradisi perubatan bukan hanya dari agama Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan Yahudi tetapi meliputi sistem kepercayaan dan adat masyarakat tempatan. Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan bagi pengkaji, pengamal perubatan tradisional dan moden. Ia juga berguna kepada ahli antropologi dan sosiologi yang mahu mengetahui dan mendalami perubatan sebagai sistem teknosaintifik berteraskan budaya dan juga kepercayaan.

Royal Healer oleh Roland Werner13

membincangkan secara ilmiah pelbagai sejarah, bahasa, astrologi, biologi, zoologi, mineralogi, dan yang paling penting ialah aspek keagamaan dalam agama Hindu-Buddha dan Islam, yang berkaitan dengan perubatan dan rawatan penyakit. Penulis berkata:

(6)

responsible for the illness or disease is called upon to heal or cure it. The healer thus negotiates with both good and bad powers.” Sejalan dengan petikan ini, penulis dalam mukadimah menyatakan: “In order to provide a more systematic examination, I have reorganized and structured the material into new chapters, e.g. Comparative Animal and Human Anatomy, Physiology, Pathology, Diagnosis, Types of Treatment, Register of Medicinal Plants, Sociocultural, Religious and Spiritual Concepts, Physiognomy, Astrology, Interpretation of Dreams, Qur’anic Verses and Prayers, Virtues of the Bismillah/Kalam Allah, Miracles, Talismans and Socio-Cultural Principles in the building of Houses (choice of site, specific structural aspects and impact upon people). I have also contributed comments to various topics based upon Islamic cosmological doctrine and natural philosophy.”

Mohd. Taib Osman dalam bukunya bertajuk

Malay Folk Beliefs: An Integration Of Disparate Elements14 mengaitkan kepercayaan masyarakat Melayu dengan pengaruh Hindu-Buddha dan Islam di mana pengaruh ini masih wujud dalam amalan mereka terutama sekali pengaruh Islam sebagai dominasi utama.

Keberkesanan Berdoa (Prayer) sebagai Penyembuh Penyakit: The Importance of Prayer

for Mind/Body Healing15 oleh Madeline M.

Maier-Lorentz menerangkan tentang keberkesanan berdoa (prayer) dalam penyembuh penyakit. Penulis mengharap agar pesakit senantiasa berdoa (prayer) untuk meyembuh penyakit disamping turut menggalakkan para doktor dan jururawat supaya berdoa (prayer) disamping berusaha secara bersungguh-sungguh dengan menggunakan pelbagai kaedah rawatan dalam rawatan penyakit mereka. Penulis juga mencadangkan agar para doctor dan jururawat dapat memberi saranan kepada pesakit supaya berdoa (prayer) dengan mengenepikan sikap diskriminasi di antara pesakit yang berlainan kepercayaan agama. Tidak dinafikan selepas pelbagai penyakit misteri muncul, maka ramai pesakit telah menerima perubatan ini dan berharap ia dapat diintegrasi ke dalam sistem rawatan, penjagaan dan pencegahan penyakit kesihatan tempatan. Dengan perkataan lain, minat masyarakat terhadap penggunaan doa (prayer) dalam penyembuhan minda atau jasad adalah mendalam dan berkembang sebagai salah satu perubatan alternatif dan komplimentari. Ini kerana doa (prayer), yang melibatkan fungsi mental dan meditasi, dapat memberi kesan secara fizikal kepada tubuh badan seperti merendahkan kadar pernafasan, hati, tekanan darah dan suhu kulit serta ia juga dapat memberi kesan positif bagi meringankan kesakitan, rasa loya, muntah dan insomnia. Walau bagaimanapun, terdapat pihak-pihak yang mengkritis penyembuhan secara berdoa ini (prayer) dengan mendakwa bahawa ia tidak dapat diukur. Oleh itu, ia tidak boleh dijadikan suatu kesimpulan yang saintifik.16

Himpunan doa atau panduan perubatan berjudul Doa-Doa Orang Sakit Dan Mendapatkan

Zuriat telah disusun oleh pakar sakit puan moden

iaitu A. Hamid Arshat, Rosliah Harun dan Shafiee Khatib Jali.17 Ia merupakan panduan ringkas diterbitkan untuk memberi panduan kepada pesakit-pesakit dan kepada pasangan-pasangan kelamin yang menghadapi masalah untuk mendapatkan zuriat (anak). Berdasarkan kepada hakikat bahawa, setiap penyakit ada ubatnya melainkan penyakit tua yang mana manusia tidak dapat mengelakkannya dan Allah S.W.T menyuruh hamba-hamba-Nya mencari ubat bagi menyembuhkan penyakit-penyakit mereka, maka penyusun telah mengambil inisiatif menghimpunkan pelbagai doa sebagai alternatif dalam rawatan perubatan moden.

KESIMPULAN

Makalah ini boleh dijadikan panduan kepada penyelidik dalam bidang yang berkaitan perubatan tradisional kerana penyelidikan mengenainya terutamanya berkaitan ruqyah (jampi) agak berkurangan. Tidak dinafikan buku-buku dan artikel yang telah diulas dalam makalah ini mencerminkan budaya dan pandangan semesta masyarakat Melayu dalam perubatan. Mereka seperti masyarakat primitif lain secara tradisinya berfahaman animisme dan dinamisme iaitu kepercayaan kepada tenaga dan kekuatan roh, jiwa dan semangat terjelma dalam diri manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda-benda yang boleh mendapat kesan baik atau buruk kepada manusia. Selalunya, kelompok masyarakat ini mempercayai wujudnya makhluk ghaib yang boleh mengganggu dan menakutkan mereka. Berdasarkan kepada tulisan yang disebarkan dalam masyarakat Melayu terutamanya selepas kedatangan Islam, menunjukan telah berlaku proses Islamisasi yang dapat mengubah bentuk kepercayaan dan corak hidup masyarakat Melayu serta pandangan semesta mereka. Kepercayaan kepada dewa dan animisme bertukar kepada kepercayaan Allah S.W.T dan RasulNya.

(7)

NOTA HUJUNG

1

Muhammad b. Isma‘il al-Bukhari, Sahih

Bukhari, 13 Jil. Bayrut: Dar al-Kutub al-’Ilmiah,

1989, 8 jilid. (Istanbul: Al-Maktabah Islamiyyah, n.d); Ibn Hajar ’Asqalani, Fath

al-Bari, 10: 215.

2

A. Samad Ahmad, Warisan Perubatan Melayu (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1982 repr., 1988).

3

Haliza Mohd. Riji, Prinsip dan Amalan dalam

Perubatan Melayu (Kuala Lumpur: Penerbit

Universiti Malaya, 2000 repr. 2005). 4

Lukmanul Hakim ialah seorang hamba Allah dan dikenali dengan Lukman dalam Surah Lukman (Surah 31): 12-13.

5

Jalaluddin Abdurrahman Al-Suyuthi, Rawatan

Cara Nabi Muhammad

S.A.W

(Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada, 2000).

6

Abdul Aziz Ismail, Perubatan Mengikut

al-Qur’an

dan Sunah (Kuala Lumpur: Penerbitan

Progressive Publishing House Sdn. Bhd, repr. 2007).

7

Danial Zainal Abidin, Perubatan Islam dan Bukti

Sains Moden (Pahang: PTS Publications &

Distributors Sdn Bhd, 2003). 8

Abdul Razak Kasman, Pagar Hikmah (Ipoh: Percetakan Pustaka Muda, 1971, repr. 1980). 9

Haron Daud, Mantera Melayu: Analisis Pemikiran (Pulau Pinang: Penerbit Universiti

Sains Malaysia, 2001). 10

Hashim Awang A.R, “Bomoh di Kelantan: Dahulu dan Sekarang” dalam Kelantan: Dahulu

dan Sekarang. Abdullah Zakaria Ghazali &

Zahir Ahmad, eds. (Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia, 2007), 225-247.

11

Roland Werner, Bomoh-Poyang: Traditional

Medicine and Ceremonial Art of the Aborigines of Malaysia (Kuala Lumpur: University of

Malaya, 1986). 12

Roland Werner, Transcultural Healing: The

Whole Human (Kuala Lumpur: University of

Malaya, 1993). 13

Roland Werner, Royal Healer (Kuala Lumpur: University of Malaya, 2002).

14

Mohd. Taib Osman, Malay Folk Beliefs: An

Integration of Disparate Elements (Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1989). 15

Madeline M. Maier-Lorenz, “The Importance of Prayer for Mind/Body Healing” dalam Nursing

Forum 39 (July-September 2004):3, 23-32.

16

Minat terhadap perubatan alternatif dan komplimentari telah berkembang di kalangan masyarakat moden sejak dekad yang lepas selepas ketidakpuasan mereka terhadap perubatan moden terutamanya dalam perawatan dan pencegahan kepada penyakit kronik. Keadaan ini memaksa Institut Kesihatan Kebangsaan U.S.A (National Institutes of

Health-NIH) mewujudkan Pusat Kebangsaan

Perubatan Alternatif dan Komplimentari

(National Centre of Complementary and Alternatif Medicine-NCCAM) pada 1998 yang

bertindak sebagai penyokong fakta-fakta dan mengkaji kebaikan perubatan alternatif dan komplimentari (NCCAM, 2004).

17

A. Hamid Arshat, Rosliah Harun dan Shafiee Khatib Jali, Doa-doa Orang Sakit dan

Mendapatkan Zuriat (Kuala Lumpur: Syarikat S.

Abdul Majeed, 1991).

RUJUKAN

A. Hamid Arshat, Rosliah Harun, Shafiee Khatib Jali. 1991. Doa-doa Orang Sakit dan Mendapatkan Zuriat. Kuala Lumpur: Syarikat S.

Abdul Majeed.

A. Samad Ahmad. 1988. Warisan Perubatan

Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &

Pustaka.

A. Sani, Rustam. 1993. Melayu Baru Dan Bangsa

Malaysia: Tradisi Cendekia Dan Krisis Budaya.

Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Aziz Ismail. 2007. Perubatan Mengikut

al-Qur’an dan Sunah. Kuala Lumpur: Penerbitan

Progressive Publishing House Sdn. Bhd.

Abdul Latif Abu Bakar (pnyt.). 2001. Kesatuan dan

Perpaduan: Dunia Melayu Dunia Islam. Melaka:

Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia. Abdul Razak Kasman. 1980. Pagar Hikmah. Ipoh:

Percetakan Pustaka Muda.

Abdullah Muhammad. 1989. Falsafah Dan Pemikiran Orang-Orang Melayu: Hubungan Dengan Islam Dan Kesenian. Dlm. Kepimpinan

Dan Pengajian Budaya. Kuala Lumpur:

Kementerian Kebudayaan Dan Pelancongan. Abdullah Zakaria Ghazali & Zahir Ahmad (pnyt.).

2007. Kelantan: Dahulu & Sekarang. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia.

Afzalur Rahman. 1981. Qur’anic Sciences.

Singapura: Pustaka Nasional PTE LTD.

Afzalur Rahman. 1988. al-Qur’an Dalam Pelbagai

Disiplin Ilmu. Zaimuddin (Pnyt.). Jakarta:

Lembaga Penelitian Sain-sains Islam.

Afzalur Rahman. 2007. Pesan-pesan Terbesar

al-Qur’an. al-Mustaqeem Mahmod Radhi, Khairul

Anam Che Mentri, Ammar Gazali & Eekmal Ahmad (pnyt.). Selangor: Middle-Eastern Graduates Centre Sdn. Bhd (MEGC).

Ainal Marhaton Abd Ghani. 2008. Serangan Emosi atau Makhluk Halus. Dlm. Berita Harian. 8 September.

Ali Zulfakar. 1989. Hikmat Ayatul Kursi. Pulau Pinang: Percetakan Nahdi.

al-Sabuni, Muhammad ‘Ali. 1981. Safwat al-Tafasir. Jil. 20. Bayrut: Dar al-Qur’an al-Karim.

(8)

(pnyt.). Islam dan Perubatan.. Kuala Lumpur: Institut Perkembangan Minda (INMIND). American Phychological Association (APA). 2006.

Dictionary of Psychology. American: American

Phychological Association (APA).

Amran Kasimin. 1995. Santau dan Kaedah

Rawatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia. al-‘Asqalani, Ibn Hajar. t.th. Fath al-Bari. Istanbul:

al-Maktabah al-Islamiyyah.

al-Attas, Syed Muhammad Naguib. 1995.

Prolegomena To The Metaphysics Of Islam: An Exposition Of The Fundamental Elements Of The

Worldview Of Islam. Kuala Lumpur:

International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC).

al-Attas, Syed Muhammad Naguib. 1972. Islam

Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu. Kuala

Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia. al-Attas, Syed Muhammad Naguib. 2001. Risalah

Untuk Kaum Muslimin. Kuala Lumpur:

International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC).

Azahari Ibrahim. 2001. Ubat-ubatan Tradisional

Melayu Doa-doa Penawar Penyakit Rahsia Kebaikan Surah al-Fatihah. Kuala Lumpur:

Darul Nu’man.

Bibeau, Gilles, & Corin, Ellen. t.th. Traditional

Medicine in Zaire: Present and Potential Contribution to the Health Services. Toronto:

International Development Research.

al-Bukhari, Muhammad Isma‘il. t.th. Sahih Bukhari. 8 Jil.

Clark, D. 1996. Urban World/Global City. London & New York: Routledge.

Corsini, R.J. 1999. Dictionary of Psychology. US: Taylor & Francis Group.

Danial Zainal Abidin. 2003. Perubatan Islam Dan

Bukti Sains Moden. Pahang: PTS Publications &

Distributors Sdn Bhd.

Dols, M. W. 1992. Majnun: The Madman In

Medieval Islamic Society. Oxford: Clarendon

Press.

Dusuki Ahmad. 1980. Islam di Malaysia: Kebangkitan dan Masa Depan. Selangor:

al-Hilal.

Emoto, Masaru. 2004. The Hidden Messages in

Water terjemahan Inggeris oleh David A.

Thayne. Oregon: Beyond Words Publishing, INC.

Farid Moustapha. 2007. Islamic Values in Contemporary Urbanism. Dlm. Azila Ahmad Sarkawi dan Alias Abdullah (pnyt.) Islam and

Urban Planning.Selangor: Scholar Press(M)

Sdn. Bhd.

Haliza Mohd. Riji. 2005. Prinsip dan Amalan dalam

Perubatan Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit

Universiti Malaya.

Harkavy, Michael D (pnyt.). 1996. The New

Webster’s International Encyclopedia: The New

Illustrated Home Reference Guide Canada: D.S

MAX.

Haron Daud. 2001. Mantera Melayu: Analisis

Pemikiran. Pulau Pinang: Penerbit Universiti

Sains Malaysia.

Haron Daud. 2004. Ulit Mayang: Kumpulan

Mantera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

& Pustaka.

Haron Din & Ishak Din. 2006. Doa-Doa Pilihan

dari al-Qur’an dan al-Hadith. Kuala Lumpur:

Darul Nu’man.

Haron Din. 2007. http://www.darussyifa.org/ index.php. 31 Disember.

Hashim Awang A.R. 2007. Bomoh di Kelantan: Dahulu dan Sekarang. Dlm. Abdullah Zakaria Ghazali & Zahir Ahmad (pnyt.). Kelantan:

Dahulu dan Sekarang. Lumpur: Persatuan

Muzium Malaysia.

Hellriegel, Don. Jr. John, W. Slocum & Woodman, Richard W. 1989. Organizational Behavior Fifth Edition. Singapore: Harper & Row Publishers. Hooker, Virginia & Norani Othman (pnyt.). 2003.

Malaysia: Islam, Society and Politics. Singapura:

Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS). Ibn Qayyim. 1985. Tibb Nabawi. Shu‘aib

al-Arna’ut & ‘Abd al-Qadir al-al-Arna’ut (pnyt.). Bayrut: Mu’assasah al-Risalah.

Ibn Qayyim. t.th. Zad Ma‘ad fi Hady Khayr

‘Ibad. Shu‘ayb Arna’ut & ‘Abd Qadir

al-Arna’ut. 5 Jil. Bayrut: Mu’assasah al-Risalah. Idrus Alkaf (pnyt.). 2003. Senjata dan Pendinding

Mukmin. Kuala Lumpur: Darul Nu’man.

Islam, Syed Serajul. 2005. The Politics of Islamic

Identity in Southeast Asia. Australia: Thomson

Learning (A Division Of Thomson Asia Pte Ltd). Ismail Kamus. 2000. Jin: Rasukan dan

Pengubatannya. Selangor: Malindo

Communications Sdn Bhd.

Jabatan Perangkaan Malaysia 2004. Dicapai pada 26 May 2008 dari http://www.statistics.gov. my/malay/frameset_datapenting.php.

Kamarulnizam Abdullah. 2002. The Politics of Islam

in Contemporary Malaysia. Selangor: Penerbit

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kamus Dewan. 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

& Pustaka.

Maier-Lorenz, Madeline M. 2004. The Importance Of Prayer For Mind/Body Healing dalam

Nursing Forum. Bil. 39. No. 3. Julai-September.

Hlm. 23-32.

Mat Yusoff Kassim. 1975. Konsep Hantu Dalam

Masyarakat Melayu Kampung Sungai (Kelantan) dan Cara-Cara Perubatan Tradisional Yang Berkaitan Dengannya. Kuala Lumpur: Universiti

Malaya.

McHugh, J.N. 1959. Hantu-hantu: An Account Of

Ghost Belief In Modern Malaya. Singapura:

Singapore Eastern Universities Press.

(9)

Drama dalam Malaysian World-View. Mohd. Taib Osman. ed. Singapore: Institute Of Southeast Asian Studies Program. Hlm. 253-284. Mind Gym Groups. Dlm. http://mindgymgroups2u.

blogspot.com.

Mohamad Abu Bakar. 2007. Tanah Melayu Abad Ke-19: Pengislaman Penjajahan & Pemupukan Manhaj Melayu dalam Farid Mat Zain. Islam Di

Tanah Melayu. Selangor: Karisma Publications

Sdn. Bhd,, 1-7.

Mohd Yaakub Mohd Yunus. 2008. Pakai Tangkal Cemar Kemurnian Tauhid dalam Berita Harian. 21 Julai.

Mohd. Taib Osman. 1977. Perbomohan: Satu Aspek World-View Dalam Kebudayaan Melayu. Dlm. Zainal Kling (pnyt.). Masyarakat Melayu:

Antara Tradisi Dan Perubahan. Kuala Lumpur:

Utusan Publications & Distributors.

Mohd. Taib Osman. 1983. Bunga Rampai

Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Taib Osman. 1989. Malay Folk Beliefs: An

Integration of Disparate Elements. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Muhammad Yusoff Hashim. 1991. Terengganu

Darul Iman: Tradisi Persejarahan Malaysia.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Muzaffar Husain. 2004. Islam’s Contribution to

Science. India: Anmol Publications PVT. LTD.

Nobaya Ahmad, Haslinda Abdullah & Zaid Ahmad. Urbanism. 2007. Space & Human Psychology: Some Notes on Value Change and the Impacts of Urbanization in Malaysia. Dlm. The International Conference of the Center for the Study of Architecture in the Arab Region (CSAAR). Tunisia: t.pt.

Osman Bakar. 1991. Tawhid and Science: Essay on

the History and Philosophy of Islamic Science.

Pulau Pinang: Secretariat for Islamic Philosophy and Science.

Persatuan Pengamal Perubatan Homeopati. 2008. http://www.persatuanmrhp.freehomepage.com/in dex.html. 25 Julai.

Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM). 2008. http://www.ppim.org.my/view.php?page=org_or ganisasi. 25 Julai.

Rassool, G. Hussein. 2000. The Crescent And Islam: Healing, Nursing And The Spiritual Dimension. Some Considerations Towards an Understanding of the Islamic Perspectives on Caring. Dlm.

Journal of Advanced Nursing. 32 (6). Hlm.

1476-1484.

Rohaniza Idris. 2008. Histeria Penyakit Psikiatri Dlm. Berita Harian. 8 September.

Rokiah Talib. 1994. Politik & Isu Ekonomi Di

Kelantan: Satu Kajian Sosioekonomi. Selangor:

Gateway Publishing (GPH).

Shahril Talib. 1995. History of Kelantan:

1890-1940. Malaysian Branch of the Royal Asiatic

Society (MBRAS).

Shehzed Husain. 2002. Kavani, Manisha, Healthy

Indian Cooking. London: Lorenzbooks.

al-Suyuti, Jalal al-Din ‘Abd al-Rahman. 2000.

Rawatan Cara Nabi Muhammad SAW. Kuala

Lumpur: Pustaka Syuhada.

Unit Perancang Ekonomi Putrajaya. 2006.

Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010.

Putrajaya: Unit Perancang Ekonomi.

Vanden Bos, Gary R (pnyt.). 2007. Dictionary Of

Psychology. Washington, DC: American

Phychological Association (APA).

Wan Lela. 1922. Some Malay Beliefs. Dlm. Journal

of Federal Malay States Museums. 9, 263-265.

Wan Mohd Nor Wan Daud. 2006. Masyarakat islam

Hadhari. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &

Pustaka.

Werner, Roland. 1986. Bomoh-Poyang: Traditional

Medicine and Ceremonial Art of the Aborigines of Malaysia. Kuala Lumpur: University of

Malaya.

Werner, Roland. 1993. Transcultural Healing: The

Whole Human. Kuala Lumpur: Universiti of

Malaya.

Werner, Roland. 2002. Royal Healer. Kuala Lumpur: University of Malay.

Wilkinson, R.J. Papers On Malay Customs And Beliefs dalam Journal Of Malayan Branch Royal

Asiatic Society. 30, 1957, 1-87.

Zainal Kling (pnyt.). 1977. Masyarakat Melayu:

Antara Tradisi Dan Perubahan. Kualan Lumpur:

Utusan Publications & Distributors.

Zainal Kling. 1989. Asas Ketuhanan Dalam Pemikiran Sosio-Politik Melayu. Dlm. Jurnal

Referensi

Dokumen terkait

(Provider Initiated Testing and Counseling) pada pasien beresiko HIV di Puskesmas Panambungan Kota Makassar dengan jumlah responden sebanyak 20 orang dengan tingkat

Psikolog Roslina Verauli dalam wawancaranya mengatakan bahwa empati adalah gerbang dari aksi kepedulian anak kepada orang lain termasuk nilai kebaikan yang

Penelitian ini akan dilakukan dalam beberapa tahap yaitu: penelusuran literatur, pengumpulan bahan, pembuatan cetakan, uji komposisi, peleburan material, penuangan

Berdasarkan hasil analisa dan pembahasan yang dilakukan dalam penelitian ini maka dapat ditarik kesimpulan bahwasanya sampel produk pengecoran aluminium silikon yang diberikan

Sedangkan dalam proses menampilkan hasil pencarian, setelah data dalam tabel (baik data yang dicari ditemukan atau tidak), maka proses ini akan berjalan untuk menampilkan

Dari data tabel 9 dan persamaan linear pada tabel 10, dapat kita estimasi data produk baja tulangan beton Indonesia untuk tahun 2006 dan 2007. yang akan ditampilkan pada tabel

Ketiga, Desain pekerjaan tidak mempengaruhi niat untuk keluar karyawan di bank bjb Tbk dengan korelasi antara Desain Pekerjaan (X1) terhadap Niat Untuk Keluar (Y) adalah

Observasi adalah suatu proses pengamatan dan pencatatan secara langsung oleh peneliti ke tempat penelitian, dalam penelitian ini, peneliti mengamati cara sistem belajar mengajar