• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tatakelakuan Kita Mengamalkan nilai-nilai kita

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Tatakelakuan Kita Mengamalkan nilai-nilai kita"

Copied!
34
0
0

Teks penuh

(1)

Tatakelakuan Kita

(2)

Tatakelakuan kita dikenakan ke atas pekerja kami dan semua individu yang

bekerja untuk atau bagi pihak* GSK. Ia membantu kita memahami nilai-nilai

yang memberikan panduan kepada kerja kita. Ia menerangkan tingkah laku yang

kita perlu amalkan untuk mengamalkan nilai-nilai tersebut. Juga sama penting

nya, ia menunjukkan kepada kita bagaimana mengamalkan nilai-nilai dapat

membantu memenuhi misi kita untuk membantu orang lain melakukan lebih,

berasa lebih baik dan hidup lebih lama.

Kandungan

Q. Siapakah yang seharusnya mengikuti

Tatakelakuan kita?

A. Setiap orang yang bekerja untuk GSK

* Kami mengharapkan mereka yang bekerja untuk atau bagi pihak GSK dalam kapasiti bukan pekerja (contohnya tenaga kerja pelengkap kami – CWs) agar memenuhi Tatakelakuan ini sebagai terma ikatan atau kontrak mereka. Tatakelakuan ini mestilah sentiasa dikenakan kepada individu bukan pekerja dalam cara yang konsisten dengan undang-undang atau peraturan buruh tempatan, dan piawaian bertulis kami bagi penglibatan sumber bukan pekerja (mengikut Polisi Tenaga Kerja Pelengkap kami). Dalam

Kata kunci boleh digunakan untuk membantu anda mencari polisi dalam pusat sumber nilai dan standard pada Hubungi GSK.

Cari ikon ini untuk maklumat lanjut.

Berfokus

kepada pesakit

p8

Hubungi GSK:

Di manakah saya

boleh mencari

maklumat lebih

lanjut?

p30

Bagaimanakah

nilai-nilai kita

boleh membantu

kita menguruskan

risiko?

p7

Bagaimanakah

saya boleh

memainkan

peranan saya?

p3

Mengapakah kita

harus mematuhi

Tatakelakuan kita?

p4

Apakah nilai-nilai

GSK kita?

p6

Suarakan:

Bagaimanakah

saya menyuarakan

kebimbangan?

p31

Bertindak dengan

integriti

p14

Tunjukkan

hormat kepada

orang

p20

Beroperasi

dengan telus

p25

(3)

Di GSK, kita meletakkan nilai-nilai kita di dalam pertimbangan

setiap keputusan yang kita buat. Nilai-nilai kita menjadi panduan

kepada tindakan harian hari kita - tidak kira apa pun. Kerana kita

percaya bahawa bukan sahaja apa yang kita ingin mencapai adalah

penting, malah juga bagaimana kita mencapainya.

Bersuara jika anda

mengenal pasti

sebarang kerisauan

www.gsk.com/speakup

Mengapakah mengamalkan

nilai-nilai kita adalah penting?

Mengapakah

saya perlu

membaca ini?

Selepas membaca Tatakelakuan kita anda harus:

1

Memahami kesemua nilai-nilai kita

2

Menggunakan nilai-nilai tersebut sebagai panduan anda dalam membuat keputusan harian

3

Memahami piawaian teras kita yang mendukung kelakuan beretika Untuk maklumat lanjut mengenai

program-program bersuara kami, sila lihat halaman 31.

(4)

“ Tidak kira di mana kita bekerja,

tidak kira apa peranan kita,

nilai-nilai kita seharusnya

dijadikan panduan kepada kita.”

Andrew Witty CEO

(5)

• Mengamalkan nilai-nilai kita pada setiap masa dan memahami

sumbangan individu kita.

• Ingat bahawa tindakan anda akan dipantau mengikut nilai-nilai kita

tanpa mengira di mana sahaja anda bekerja.

• Memahami tujuan polisi dan piawaian kami dan menggunakannya

setiap hari sebagai panduan kepada tindakan anda selain daripada

mematuhi undang-undang.

• Memperakui bahawa undang-undang dan peraturan sesebuah

negara boleh memberi kesan kepada aktiviti perniagaan dalam

negara lain dan kita mestilah berpegang teguh kepadanya.

• Memastikan bahawa sesiapa yang di bawah pengurusan anda

juga mengamalkan nilai-nilai kita dan berpegang teguh kepada

Tatakelakuan ini.

Kami adalah sebuah syarikat

berbilang bangsa yang

mempunyai lebih daripada

100,000 pekerja dan ramai

pekerja pelengkap. Kami

bertapak dalam lebih

daripada seratus negara

oleh itu Tatakelakuan ini

membantu kami menetapkan

jangkaan kami. Tetapi kami

adalah lebih daripada

sekadar jumlah besar sahaja.

Kami adalah sebuah

komuniti yang disatukan oleh

nilai-nilai kami.

Bagaimanakah saya boleh

memainkan peranan saya?

Jangkaan GSK kami

dijadikan sebagai panduan

kepada kami dalam

menjangkakan pelaksanaan

strategi oleh pekerja kami:

• Tetapkan arah dan berikan inspirasi • Bekerja merentasi sempadan • Berusaha sedaya upaya • Membangunkan bakat dan

keupayaan • Memacu prestasi

• Mengamalkan nilai-nilai kita

“ Kami adalah

sebuah komuniti

yang disatukan

oleh nilai-nilai

kami.”

“ Kami adalah

lebih daripada

sekadar jumlah

besar sahaja.”

(6)

Tuntutan undang-undang dan kawalan selia dalam industri kita wujud untuk melindungi pesakit dan pengguna.

Kita semua mestilah mematuhi undang-undang, tetapi

Tatakelakuan kita menjangkaui itu. Ia menetapkan

bagaimana kita harus mengamalkan nilai-nilai kita dan

mencapai misi kita melalui tindakan beretika. Ia juga

menetapkan piawaian dan polisi yang membantu kita

mengurus risiko yang dikaitkan dengan pengendalian

dalam industri yang dikawal selia dengan ketat. Nilai-nilai

kita memberikan takrifan kepada kita, membantu kita

membina kepercayaan dengan masyarakat, dan

membimbing kita melakukan perkara yang

betul setiap hari.

Kita komited kepada misi kita untuk membantu orang melakukan lebih banyak perkara, berasa lebih baik dan hidup lebih lama. Salah satu cara kita melakukannya ialah untuk mewajibkan diri mematuhi undang-undang negara dan tuntutan peraturan yang berkenaan dengan perniagaan kita di seluruh dunia.

Kita adalah sebuah syarikat global maka kita mestilah mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang diguna pakai. Kita juga harus sedar bahawa undang-undang dan peraturan sesebuah negara boleh memberi kesan kepada aktiviti perniagaan negara lain.

Apabila undang-undang tempatan, peraturan, tatalaku industri yang berkenaan atau piawaian GSK khusus perniagaan adalah lebih ketat daripada piawaian bertulis

global, anda harus mematuhi peraturan yang paling ketat. Contoh terbaik ialah Perjanjian Integriti Korporat (CIA) kita dengan kerajaan AS. Kita beroperasi di bawah kewajipan yang ketat yang memperkukuh undang-undang penjagaan kesihatan AS dan tuntutan program yang berkaitan dengan penglibatan para profesional penjagaan kesihatan AS dan aktiviti berkaitan, di mana-mana di seluruh dunia. Kita juga perlu mematuhi undang-undang Anti Sogokan dan Rasuah UK, dan Akta Amalan Rasuah Asing AS (FCPA) dalam perniagaan global kami dan juga undang-undang persaingan negara individu di mana sahaja kami beroperasi. Peraturan ini memastikan kami bersaing dengan sama rata tanpa kelebihan yang tidak adil.

Terdapat juga undang-undang yang ketat mengenai pelaporan kewangan dan perakaunan yang menetapkan prinsip global kami. Kami memastikan bahawa penyata kewangan disemak secara bebas dan kami telus dalam urusan kami dengan mereka. Kami tidak boleh mendedahkan maklumat bukan awam yang boleh diertikan sebagai perdagangan orang dalaman.

Untuk maklumat lanjut mengenai piawaian bertulis kami lawati pusat sumber nilai-nilai dan piawaian kita pada Hubungi GSK. Undang-undang yang

manakah kita perlu patuhi?

Mengapakah peraturan industri adalah sangat penting kepada cara kita bekerja?

Mengapakah industri kita dikawal selia dengan ketat?

Mengapakah kita harus mematuhi

Tatakelakuan kita?

(7)

Apakah yang akan berlaku

jika kami tidak mematuhi

Tatakelakuan ini?

Piawaian dan polisi korporat kami dikenakan kepada setiap orang yang bekerja untuk atau bagi pihak GSK. Kegagalan pematuhan Tatakelakuan ini atau sebarang keperluan undang-undang dan peraturan yang terpakai mungkin mengakibatkan tindakan disiplin, sehingga dan termasuklah pemecatan. Bagi pengurus kanan ini termasuklah mendapatkan semula kewangan untuk salah laku yang signifikan. Pengurus mempunyai tanggungjawab tambahan untuk memastikan pasukan mereka memahami dan mematuhi Tatakelakuan ini dan piawaian bertulis yang berkenaan.

Pengetahuan:

Undang-undang

negara

Jika anda tidak pasti tentang kesan undang-undang negara yang berbeza ke atas aktiviti tempatan anda, atau akibat pencabulan yang mungkin berlaku, adalah dicadangkan untuk mendapatkan panduan yang sewajarnya. Selalunya undang-undang negara ini menetapkan piawaian global dan undang-undang tempatan yang minimum, manakala, kod industri atau polisi GSK mempunyai keperluan yang lebih ketat. Pegawai Etika dan Pematuhan Global (GEC) dan pasukan Undang-undang kami bersedia untuk memberikan nasihat kepada anda.

Mengapakah kita harus mematuhi

Tatakelakuan kita?

(8)

Berfokus

kepada pesakit

Dahulukan pesakit

dan pelanggan

Kita fokus kepada setiap individu dan melakukan apa yang betul untuk pesakit dan pelanggan. Kita bekerja dengan rakan dan pelanggan kita untuk menambah baik penjagaan kesihatan dan mencari ubat dan vaksin baru. Tanpa mengambil kira peranan kita, kita berusaha untuk memahami bagaimana kerja kita memberi kesan kepada pesakit dan pengguna.

Tunjukkan hormat

kepada orang

Saling antara

mengilhami untuk

mencapai sesuatu

yang hebat

Kita harus sentiasa menghormati rakan sekerja dan masyarakat di sekeliling kita. Setiap orang mempunyai peranan dalam mewujudkan persekitaran kerja yang adil dan inklusif yang

menghormati hak manusia dan kepelbagaian budaya di tempat kita beroperasi. Apabila kita menerima kepelbagaian dan keindividuan kita boleh menyokong dan saling mengilhami untuk mencapai perkara yang lebih hebat.

Bertindak dengan

integriti

Lakukan perkara

yang betul

Kita mestilah mengamalkan piawaian etika yang dijangkakan daripada kita. Itu bermakna kita bertindak dengan integriti dan mengikut undang-undang. Lebih daripada itu, kita melakukan yang sedaya upaya untuk mengekalkan keyakinan dan hormat yang ditunjukkan oleh organisasi yang bekerjasama dengan kita dan masyarakat di mana kita berada dan beroperasi. Dengan berbuat demikian, kita melindungi kepentingan pesakit, pengguna dan perniagaan kita.

Beroperasi

dengan telus

Jelas, jujur, tulen

Ketelusan adalah penting kepada cara kita bekerja dan membantu kita membina keyakinan. Kita berusaha untuk bersikap jujur dan telus tentang apa yang kita lakukan dan bagaimana kita melakukannya. Ini memperbaiki cara kita bekerjasama antara satu sama lain dan menambah baik imej kita yang dari sudut pandangan masyarakat yang bekerja dengan kita. Ia menunjukkan bahawa kita terbuka kepada cabaran, perbincangan dan sentiasa mahu memperbaiki cara kita beroperasi.

Apakah nilai-nilai

GSK kita?

Bagaimanakah kita

boleh melindungi

pesakit dan pelanggan

kita?

p9

Adakah kita

menjalankan

penyelidikan secara

beretika?

p11

Adakah kita

memastikan kualiti

produk?

p12

Adakah saya

bertindak dengan

integriti individu?

p15

Adakah saya

mengurus rekod

dengan betul?

p17

Adakah saya

melindungi aset GSK?

p18

Adakah saya

menyumbang kepada

budaya yang

berasaskan nilai-nilai?

p21

Adakah saya

menyumbang kepada

tempat kerja yang

sihat, selamat dan

lestari?

p22

Adakah kita menggaji

orang yang memenuhi

harapan kita?

p23

Adakah kita

berkomunikasi secara

terbuka?

p26

Adakah kita membina

kepercayaan dengan

masyarakat?

p27

Adakah kita

berkomunikasi dengan

sewajarnya?

p28

(9)

Industri kita

dikawal dan

dipantau

dengan ketat

Bagaima

nakah

kita harus

bertindak?

Apakah

yang harus

kita ketahui?

Adakah ia menepati peraturan dan undang-undang? Adakah ini boleh disalah faham oleh orang awam? Bagaimanakah perasaan saya sekiranya saya seorang pesakit atau pengguna? Adakah ia

konsisten dengan dasar-dasar kita?

Adakah saya pernah menggunakan alat yang tersedia untuk menilai risiko? Adakah ia

konsisten dengan nilai-nilai kita?

Budaya bersuara kami

Budaya dan prosedur bersuara kami menggalakkan semua orang mengemukakan kerisauan mengenai potensi kelakuan tidak beretika atau tidak sah. Ia juga memastikan perlindungan daripada tindakan balas, balasan, atau sebarang bentuk gangguan kepada mereka yang melaporkan kerisauan seperti itu.

Baca lagi pada halaman 31

Nilai-nilai kita membantu

membimbing kelakuan harian kami:

Berfokus kepada pesakit Bertindak dengan integriti Tunjukkan hormat kepada orang Beroperasi dengan telus

Kami harus mendahulukan pesakit dan pengguna, bertindak dengan integriti dan ketelusan serta menunjukkan hormat kepada orang lain.

Kami harus mempertimbangkan sama ada tindakan anda akan disalahfahamkan dan, jika begitu, sama ada itu boleh menjadi kemudaratan kepada perniagaan kami.

Kami harus tahu nilai-nilai dan piawaian kami dan menggunakan alatan yang tersedia untuk membantu kami menilai, memperbaiki,

memantau dan menguruskan risiko.

Kami mempunyai Rangka Kerja Kawalan Dalaman untuk memastikan bahawa risiko signifikan telah disemak dan dipantau serta isu dan insiden khusus telah disusuli dan dibetulkan dengan sokongan daripada GEC dan Perundangan.

www.gsk.com/speakup

Bagaiman

akah GSK

akan

dipandang?

Polisi, piawaian dan proses kita

membantu mengemukakan

risiko signifikan yang kita hadapi.

Bagaimanakah nilai-nilai kita boleh

membantu kita menguruskan risiko?

(10)

Berfokus kepada pesakit

Dahulukan pesakit

dan pelanggan

Kita fokus kepada setiap individu dan melakukan apa yang

betul untuk pesakit dan pelanggan. Kita bekerja dengan

rakan dan pelanggan kita untuk menambah baik penjagaan

kesihatan dan mencari ubat dan vaksin baru. Tanpa

mengambil kira peranan kita, kita sentiasa berusaha untuk

memahami bagaimana kerja kita memberi kesan kepada

pesakit dan pengguna.

Bagaimanakah saya mengamalkan nilai ini?

Lindungi pesakit dan pengguna kita dalam semua perkara

yang anda lakukan

Jalankan penyelidikan secara beretika

Sentiasa pastikan kualiti produk

(11)

Kita akan memperoleh hormat dan kepercayaan pesakit dan

pengguna kita dengan memberi perhatian pada keperluan

mereka. Itu bermakna sentiasa memikirkan dari perspektif mereka.

Kita mestilah sentiasa mendahulukan keselamatan mereka,

memberikan maklumat yang jelas dan terkini kepada mereka dan

sentiasa mempromosikan produk kita dengan sewajarnya dan

beretika. Nilai kita memerlukan kita berfikir tentang dan melindungi

kepentingan mereka pada setiap masa.

Bagaimanakah kita

boleh melindungi

pesakit dan

pelanggan kita?

Adakah saya memastikan

aktiviti promosi kita berpegang

teguh kepada Jangkaan industri

dan GSK?

Semua aktiviti promosi dan bahan kami mestilah dipastikan mengikut piawaian etika, perubatan dan saintifik yang tinggi. Mereka mestilah berasaskan bukti saintifik yang sah dan mematuhi semua undang-undang, peraturan dan kod pemasaran industri yang

berkenaan.

Kita komited untuk memastikan bahawa kita mengikut Tataamalan untuk bahagian yang betul dalam perniagaan kami. Mereka menetapkan piawaian minimum kami. Jika undang-undang tempatan, kod industri atau polisi GSK menetapkan piawaian yang lebih tinggi, kami sentiasa mengamalkan keperluan yang paling ketat.

Adakah saya mengikuti prinsip

penglibatan saintifik?

Melindungi pesakit dan pengguna kita bermaksud kita memastikan penglibatan saintifik kita adalah jelas berbeza daripada promosi produk kita. Secara sah dan beretika, kami mempunyai tanggungjawab untuk tidak melindungi atau menyalahgunakan kajian kami untuk mempengaruhi para profesional penjagaan kesihatan dan yang lain dengan tidak sewajarnya.

Adakah saya memastikan

maklumat produk adalah tepat?

Dari perspektif pesakit dan pengguna ia adalah mudah: mereka mahukan maklumat yang tepat yang memberitahu mereka cara menggunakan produk dengan selamat dan berkesan. Itu bermakna kita sentiasa berusaha untuk menyediakan maklumat produk yang lengkap dan berasaskan bukti kepada para profesional penjagaan kesihatan dan pengguna, di mana sahaja mereka berada.

Komitmen kita untuk melindungi pesakit bermaksud kami sentiasa mengemas kini maklumat itu untuk mempunyai maklumat keselamatan dan keberkesanan yang baru secepat mungkin. Kita juga mempunyai pakar perubatan tersedia untuk menjawab sebarang soalan daripada para profesional penjagaan kesihatan dengan tepat dan segera.

Hubungi GSK

• Urus tadbir perubatan • Pelaporan kejadian yang

memudaratkan

• Maklumat keselamatan manusia • Tataamalan

• Penglibatan saintifik • Maklumat produk

Cari kata kunci ini pada pusat sumber nilai dan piawaian kita

(12)

Kita akan memperoleh hormat dan kepercayaan pesakit dan

pengguna kita dengan memberi perhatian pada keperluan

mereka. Itu bermakna sentiasa memikirkan dari perspektif mereka.

Kita mestilah sentiasa mendahulukan keselamatan mereka,

memberikan maklumat yang jelas dan terkini kepada mereka dan

sentiasa mempromosikan produk kita dengan sewajarnya dan

beretika. Nilai kita memerlukan kita berfikir tentang dan melindungi

kepentingan mereka pada setiap masa.

Bagaimanakah kita

boleh melindungi

pesakit dan

pelanggan kita?

bersambung

Bagaimanakah saya melaporkan

suatu kerisauan mengenai produk

GSK?

Jika anda mendengar sebarang maklumat mengenai suatu kesan sampingan, tindak balas yang memudaratkan, atau isu berpotensi yang lain berkaitan dengan keberkesanan produk GSK, anda mesti melaporkannya.

Kita komited untuk mengenal pasti dan menguruskan maklumat keselamatan manusia (HSI) untuk membantu melindungi mereka yang mengambil produk kita atau mengambil bahagian dalam percubaan klinikal kita. Jika anda mendapat tahu sebarang HSI dalam urusan kerja anda, anda mestilah melaporkannya kepada Jabatan Keselamatan Pusat (CSD), atau jabatan perubatan Syarikat Operasi Tempatan (LOC) anda dalam masa 24 jam. HSI daripada percubaan klinikal adalah dilaporkan seperti yang diterangkan dalam protokol pembelajaran.

Melindungi pesakit kita bermaksud mengambil berat tentang maklumat ini dengan serius. Kita menyediakan laporan tetap dan membincangkan tindakan dengan pihak berkuasa. Tindakan boleh termasuk mengubah suai maklumat preksripsi atau risalah pesakit atau melaksanakan percubaan klinikal tambahan. Bergantung pada kes, kejadian memudaratkan mungkin mengakibatkan rekaan pembelajaran baru untuk menyiasat risiko tersebut dengan lebih lanjut, mengeluarkan produk daripada jualan atau memulakan panggilan semula produk.

Laman web HSI/Pelaporan Kejadian Memudaratkan termasuklah maklumat tentang cara melakukan ini.

Pengetahuan:

Tataamalan

Kita mempunyai dua dokumen Tataamalan. Mereka menetapkan piawaian minimum tertentu untuk aktiviti Penjagaan Kesihatan Pelanggan dan Farmaseutikal. Sila pastikan anda menggunakan yang betul bergantung pada peranan anda:

• Tataamalan kita untuk promosi dan penglibatan saintifik (ubatan preskripsi) • Kod Penjagaan Kesihatan

Pengguna untuk promosi dan penglibatan saintifik

(13)

Adakah kita

menjalankan

penyelidikan

secara beretika?

Memberi tumpuan kepada pesakit memerlukan kita menjalankan

semua penyelidikan kita mengikut piawaian etika yang tertinggi.

Daripada melindungi maklumat peribadi pesakit kepada

berkongsi data penyelidikan - kita melakukan sedaya upaya

untuk menjaga keselamatan pesakit dan pengguna sambil

membangunkan produk yang akan memenuhi keperluan mereka.

Pengetahuan: Penglibatan saintifik

Penglibatan saintifik ialah pertukaran

maklumat saintifik dengan komuniti luaran untuk membantu kita membangun dan memahami keberkesanan ubatan kita. Ia merujuk kepada interaksi bukan promosi dan boleh berlaku pada mana-mana tahap semasa pembangunan.

Apabila produk telah disahkan untuk dijual, kita mestilah berhati-hati dalam cara kita mempromosikan produk kita dan tidak sesekali menggunakan penemuan penglibatan saintifik atau

amalan untuk mempengaruhi para profesional penjagaan kesihatan atau kakitangan penjagaan kesihatan lain dengan tidak sewajarnya. Lihat Tataamalan kita untuk maklumat lanjut.

Adakah saya mengikuti semua

protokol dan piawaian kajian?

Keselamatan dan kesejahteraan pesakit yang mengambil bahagian secara sukarela dalam percubaan klinikal kita adalah paling diutamakan. Pendekatan mendahulukan pesakit kita bermaksud kita komited untuk mengendalikan kajian subjek manusia kepada piawaian etika, perubatan dan saintifik yang tinggi. Mengikuti protokol dan piawaian kajian bermaksud kita melindungi mereka yang mengambil bahagian dalam kajian kita mengikut keupayaan terbaik kita.

Adakah saya memahami sebab

kita memberikan akses kepada

data kajian kita?

Kita berkongsi kepakaran, sumber, harta intelek dan cara-cara dengan pengkaji dari luar dan komuniti saintifik untuk membantu memajukan sains. Kita tahu bahawa kita tidak akan menemui segalanya di dalam makmal kita maka kita memastikan kita memberikan akses data percubaan tanpa nama kami kepada pengkaji dari luar. Ini bermakna sumbangan bernilai yang telah dibuat oleh sukarelawan yang mengambil bahagian dalam kajian kita boleh digunakan dalam kajian yang lain. Kami sentiasa melindungi kerahsiaan pesakit dan memastikan maklumat digunakan untuk persoalan saintifik yang sah.

Hubungi GSK

• Percubaan klinikal • Sampel manusia • Kebajikan haiwan

Cari kata kunci ini pada pusat sumber nilai dan piawaian kita

“ Keselamatan dan

kesejahteraan pesakit

yang mengambil

bahagian secara

sukarela dalam

percubaan klinikal

kami adalah paling

diutamakan.”

(14)

Mendahulukan pesakit bermakna sentiasa memastikan produk

kita mempunyai kualiti paling tinggi dan selamat untuk

digunakan. Komitmen ini memerlukan kita melaksanakan dan

mengikuti garis panduan yang mengawal kedua-dua pembuatan

dan bekalan. Seperti biasa, keperluan pesakit dan pengguna kita

menjadi keutamaan kita, jadi kita harus sentiasa ingat bahawa

terdapat orang di hujung rantaian bekalan. Dengan mengamalkan

nilai ini, kita juga membantu untuk melindungi reputasi dan

keuntungan kita.

Sudahkah kita menguruskan

kualiti produk kita dengan

berkesan?

Sistem pengurusan kualiti (QMS) kita mestilah memastikan kita mematuhi peraturan global dan tempatan dan menjamin keselamatan, kualiti dan keberkesanan produk. Kami

menggunakannya untuk membantu kami mengekalkan keadaan yang terkawal terhadap produk dan proses kami. Ini seterusnya memastikan pesakit dan pengguna kami menerima ubatan, vaksin dan produk penjagaan kesihatan pengguna yang memberikan faedah kepada mereka.

Adakah saya perasan sebarang

pemalsuan berpotensi terhadap

produk GSK?

Kami komited untuk melindungi pesakit dan pelanggan kami dari produk palsu yang meletakkan kesihatan mereka dalam bahaya. Itu bermakna kami semua adalah bertanggungjawab untuk melaporkan sebarang pemalsuan farmaseutikal, vaksin atau produk penjagaan kesihatan pelanggan yang dicurigai. Apabila anda menghantar suatu laporan tentang produk yang dicurigai kami akan pastikan maklumat itu akan diambil tindakan dan diagihkan

kepada semua pihak yang sewajarnya. Jika anda mengesan suatu produk yang anda curigai adalah GSK palsu anda harus melaporkannya dengan segera kepada counterfeits@gsk.com.

Adakah kami mengikuti amalan

yang baik?

Melindungi pesakit bermaksud menggunakan piawaian Amalan Baik sepanjang perniagaan kami, di tapak, dalam makmal, dalam klinik atau dalam pejabat. Sebagai contoh, kami memantau dan mendokumenkan kerja kami dengan teliti untuk memastikan integriti rekod yang telah ditetapkan. Kami juga mengesahkan sistem berkomputer kami yang menyokong sebarang proses GxP yang telah ditetapkan. Ini memastikan bahawa setiap elemen process boleh dijejaki, dipertanggungjawabkan dan bersedia untuk diperiksa. Berpegang teguh kepada garis panduan ini membantu kita memenuhi keperluan peraturan minimum. Lebih penting lagi, ia membantu kita memastikan produk kita berkualiti paling tinggi dan meminimumkan sebarang risiko berpotensi kepada pesakit dan pengguna.

Sudahkah kita

memastikan

kualiti produk?

Wawasan: Produk palsu

Ubatan dan produk penjagaan kesihatan

palsu memberikan ancaman serius kepada kesihatan dan keselamatan pesakit dan pengguna. Produk palsu kerap kekurangan ramuan yang aktif untuk melawan penyakit yang mereka dakwa untuk merawat dan selalunya mengandungi bendasing yang boleh membahayakan pesakit dan pengguna dengan aktif. Kita mestilah berwaspada dengan ancaman produk palsu. Jika anda melihat suatu produk GSK yang

anda curigai adalah palsu anda seharusnya melaporkannya dengan segera.

Hubungkan GSK

• Kawalan Kualiti • Tanda dagangan • Pemalsuan

• Produk yang dicurigai • Peraturan GxP

• Pengesahan sistem berkomputer • Amalan pembuatan yang baik • Kualiti produk

Cari kata kunci ini pada pusat sumber nilai dan piawaian kita

(15)

Soalan yang kerap ditanya

Lindungi pesakit kita Apakah maklumat keselamatan manusia?

Kami menganggap maklumat keselamatan manusia (HSI) sebagai apa sahaja yang berkaitan dengan kesihatan atau kesejahteraan manusia mengikuti pendedahan kepada produk kami. Maklumat ini seharusnya dilaporkan dalam masa 24 jam. Butiran untuk apa yang harus dilaporkan dan bagaimanakah anda boleh melakukan ini boleh ditemui dalam maklumat keselamatan manusia/laman pelaporan kejadian.

Apakah itu suatu kejadian memudaratkan?

Sebarang kejadian memudaratkan ialah sebarang tanda-tanda penyakit dalam pesakit yang berkaitan dengan penggunaan produk GSK sama ada anda fikir atau tidak ia mungkin berkaitan dengan produk, peranti atau vaksin itu. Ini seharusnya dikemukakan dengan jabatan keselamatan dalam 24 jam kesedaran permulaan melalui borang atas talian.

Jalankan penyelidikan secara beretika

Di manakah kami menghantar maklumat percubaan klinikal?

Kami mengepos ringkasan protokol dan keputusan pada pendaftaran pembelajaran klinikal GSK, tidak mengira sama ada hasilnya mungkin boleh dikira sebagai positif atau negatif. Kami juga mengepos ke pendaftaran yang lain seperti clinicaltrials.gov seperti yang dituntut oleh undang-undang dan peraturan tempatan.

Apakah maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi?

Maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi (PII) adalah data yang boleh digunakan dengan munasabah untuk mengenal pasti seseorang. Mereka yang terlibat dalam percubaan klinikal kami meletakkan kepercayaan kepada kami dengan maklumat peribadi dan kami mestilah melakukan yang terbaik untuk melindungi privasi mereka.

Pastikan kualiti produk

Apakah yang dimaksudkan oleh GxP?

GxP merujuk kepada suatu lingkungan Amalan Baik garis panduan kualiti yang kami ikuti. Ia merangkumi keperluan farmaseutikal antarabangsa yang mendasari, seperti yang dinyatakan dalam Akta AS FD&C, Akta AS PHS Act, peraturan FDA, Arahan EU, peraturan Jepun, atau peraturan/ perundangan, kebangsaan lain yang mana syarikat kami beroperasi. X merujuk kepada kategori berbeza dan ia termasuklah tetapi terhad kepada: • Amalan Pembuatan yang Baik (GMP) • Amalan Klinikal yang Baik (GCP) • Amalan Makmal yang Baik (GLP) • Amalan Pengagihan yang Baik (GDP)

(16)

Bertindak dengan integriti

Lakukan perkara yang betul

Bagaimanakah saya mengamalkan nilai ini?

Bertindak dengan integriti individu

Urus rekod dengan betul

Lindungi aset GSK

Kita mestilah mengamalkan piawaian etika yang dijangkakan

daripada kita. Itu bermakna kita bertindak dengan integriti dan

mengikut undang-undang. Lebih daripada itu, kita melakukan

yang sedaya upaya untuk mengekalkan keyakinan dan hormat

yang ditunjukkan oleh organisasi yang bekerjasama dengan

kita dan masyarakat di mana kita berada dan beroperasi.

Dengan berbuat demikian, kita melindungi kepentingan

pesakit, pengguna dan perniagaan kita.

(17)

Integriti bermula dengan tanggungjawab individu. Jika kita

sentiasa mensasarkan untuk melakukan perkara yang betul -

dan bersuara jika sesuatu dirasakan tidak betul - kita bertindak

dengan integriti individu. Kita harus sentiasa pertimbangkan

sama ada tingkah laku kita bermaksud integriti kita boleh

dikompromikan atau disalah ertikan.

Adakah saya berlaku jujur dan

terbuka?

Kelakuan kita seharusnya sentiasa jujur dan terbuka. Itu bermakna kita tidak menerima amalan yang tidak beretika atau yang sewaktu dengannya. Kita semua harus memimpin melalui teladan dan menunjukkan kekonsistenan antara perkataan dan tindakan kita.

Adakah saya mencegah sogokan

dan rasuah dengan aktif?

Sogokan adalah haram tidak kiralah di mana sahaja anda bekerja di dalam dunia. Ia adalah tanggungjawab kita untuk bersuara dan melaporkan sebarang rasuah yang disyaki. Kami berusaha untuk mencegah sogokan dan rasuah secara proaktif dengan mengadakan perbualan terbuka untuk menilai keterdedahan. Itu bermakna kami sentiasa mengemas kini sumber terkini, melengkapkan latihan yang diperlukan dan meminta nasihat apabila kami mempunyai kerisauan.

Adakah saya mengelakkan semua

percanggahan kepentingan?

Sebagai individu, kami perlu mempertimbangkan sebarang situasi yang boleh melemahkan kesaksamaan kita dengan berhati-hati. Sebagai contoh, apabila membuat keputusan pemerolehan, ia akan menjadi tidak wajar untuk mempunyai ahli keluarga dalam senarai pembekal. Untuk berlaku dengan integriti, anda mestilah mengelakkan sebarang percanggahan kepentingan.

Adakah wajar untuk saya

berurusan dalam saham?

Terdapat keadaan apabila ia adalah tidak wajar untuk membeli atau menjual saham GSK, atau saham rakan kongsi kami. Pengetahuan kita melalui kerja kita boleh bermaksud bahawa kita

mempunyai akses kepada maklumat yang mana tidak diketahui awam, dan yang mana boleh menjejaskan harga saham GSK jika ia diketahui. Untuk menjual saham dalam posisi pengetahuan seperti itu adalah tidak sah.

Adakah saya membina kualiti ke

dalam segala yang saya lakukan?

Berkomitmen kepada kualiti bermakna mengambil tanggungjawab untuk memperbaiki amalan bekerja dan output keseluruhan untuk faedah kepada pesakit. Kami perlu menjadi benar-benar berminat tentang kualiti sebagai suatu nilai peribadi dan sentiasa bersedia untuk belajar daripada kegagalan kami dan juga kejayaan kami. Cari Budaya Kualiti pada Hubungkan GSK untuk mengetahui lebih lanjut.

Adakah saya

bertindak dengan

integriti individu?

Hubungkan GSK

• (ABAC) (Anti Sogokan dan Rasuah)

• Penipuan

• Percanggahan Kepentingan • Hadiah, hiburan, dan hospitaliti • Perjalanan, mesyuarat dan

perbelanjaan

• Membeli barangan dan perkhidmatan

• Penyerahan Kuasa (GOA) • Budaya kualiti

• Pengurusan kongsi

Cari kata kunci ini pada pusat sumber nilai dan piawaian kita

(18)

Integriti bermula dengan tanggungjawab individu. Jika kita

sentiasa mensasarkan untuk melakukan perkara yang betul -

dan bersuara jika sesuatu dirasakan tidak betul - kita bertindak

dengan integriti individu. Kita harus sentiasa pertimbangkan

sama ada tingkah laku kita bermaksud integriti kita boleh

dikompromikan atau disalah ertikan.

Adakah hadiah atau hospitaliti

yang saya ingin sediakan itu

wajar?

Seperti mana-mana perniagaan, kita kadangkala menyediakan dan menerima hadiah, hospitaliti atau hiburan. Dalam setiap kes, kami mestilah mempertimbangkan sama ada ia sesuai. Anda harus bertanya kepada diri anda jika hadiah atau hospitaliti itu boleh disalahertikan sebagai suatu sogokan. Sebelum menawarkan atau menerima apa-apa anda seharusnya memastikan nilainya adalah rendah, adat dalam suatu hubungan perniagaan normal dan adalah tidak berkemungkinan untuk mempengaruhi pembuatan keputusan pihak lain atau anda sendiri.

Jika ia adalah berhubung kepada suatu jualan, dilihat sebagai berlebihan atau boleh disalahertikan sebagai suatu sogokan kemudian anda seharusnya tidak menawarkan atau menerima suatu hadiah atau hospitaliti. Dapatkan panduan daripada Etika dan Pematuhan Global jika anda tidak pasti.

Adakah saya mengikuti prosedur

kewangan yang betul?

Kawalan kewangan, perakaunan dan pemerolehan kami adalah direka bentuk untuk memastikan bahawa kami tidak memperdayakan pelabur, ahli perundangan, pihak berkuasa dan orang awam mengenai aspek kewangan syarikat kami.

Jika anda membeli barangan dan perkhidmatan anda mestilah mengikut prosedur pemerolehan yang betul. Pastikan anda mempunyai kelulusan yang sesuai mengikut polisi Penyerahan Kuasa (GOA) kami sebelum berkomitmen kepada

pembelian itu. Pekerja GSK mempunyai had transaksi perbelanjaan yang berbeza mengikut kewibawaan dan ini mestilah mempunyai kelulusan kepemimpinan.

Adakah saya melayan pembekal

dengan adil?

Kami bergantung kepada ribuan pembekal untuk membolehkan kami menjalankan perniagaan. Mereka ialah sebahagian kunci kepada bagaimana kami beroperasi sebagai sebuah syarikat. Jika anda membeli barangan dan perkhidmatan, anda mempunyai suatu tanggungjawab untuk memastikan bahawa kami mengekalkan hubungan yang baik dengan mereka, melayan mereka dengan hormat, integriti dan maruah.

Anda juga mestilah memastikan bahawa anda mengikuti proses pemerolehan kami. Bekerja dengan Pemerolehan akan membantu memastikan bahawa anda sentiasa menggunakan pembekal terpilih dan pesanan pembelian yang diperlukan telah dikemukakan sebelum melakukan perbelanjaan.

Adakah saya

bertindak dengan

integriti individu?

(19)

Semasa mengurus rekod perniagaan dan peribadi, kita mesti

sentiasa pertimbangkan bagaimana tindakan kita boleh

menjejaskan perniagaan, pesakit dan pengguna kita. Ini

bermakna mengambil berat untuk melindungi maklumat peribadi,

memastikan rekod adalah terkini dan mengumpulkan maklumat

pasaran dan pesaing dengan cara yang betul.

Sudahkah kita melindungi

maklumat peribadi yang boleh

dikenal pasti?

Kami mestilah mengamalkan piawaian tertinggi apabila berurusan dengan data peribadi yang kita kumpulkan semasa percubaan klinikal atau yang kami simpan mengenai pekerja kami. Secara kolektif, kami mempunyai

tanggungjawab untuk melindungi maklumat yang diamanahkan kepada kami dan memastikan ia tidak pernah disalahgunakan.

Adakah penyimpanan rekod saya

terkini dan relevan?

Ia juga penting bahawa kami menguruskan kitaran hidup rekod kami agar kami tidak menyimpannya lebih lama dari yang sepatutnya. Penyimpanan rekod yang baik membantu kita melindungi harta intelek

kami, mematuhi keperluan undang-undang, kewangan dan peraturan, dan mengelakkan kos yang tidak diperlukan.

Sudahkah kami mengumpulkan

risikan saingan dengan beretika?

Sebagai sebuah syarikat, kami mengumpulkan risikan saingan dengan beretika dan mematuhi semua undang-undang dan peraturan. Kami selalu menggunakan pembekal pihak ketiga pakar yang telah ditetapkan untuk menjalankan aktiviti ini bagi pihak kami. Kami tidak seharusnya mengkompromikan pendekatan ini dengan mencari untuk mendapatkan atau menggunakan maklumat mengenai formula, proses, paten atau urusan tertangguh pesaing kami.

Adakah saya

mengurus rekod

dengan betul?

Hubungkan GSK

• Maklumat yang boleh dikenal pasti

secara peribadi (PII) • Penyimpanan rekod global • Risikan saingan

• Data integriti

Cari kata kunci ini pada pusat sumber nilai dan piawaian kita

“ Kami mestilah

mengamalkan piawaian

tertinggi apabila berurusan

dengan data peribadi.”

Wawasan: Data integriti

Kami mengekalkan data integriti dengan memastikan bahawa maklumat dirakam dengan tepat dan disimpan dengan betul. Ini adalah penting kerana kebanyakan kerja kami bergantung kepada mempunyai data dan maklumat teguh. Tambahan kepada memenuhi keperluan undang-undang dan peraturan ia bermakna kami mempunyai maklumat tepat apabila membuat keputusan penting mengenai produk kami atau orang kami.

“ Kami bergantung kepada

ribuan pembekal untuk

membolehkan kami

menjalankan perniagaan.

Mereka ialah sebahagian

kunci kepada bagaimana

kami beroperasi sebagai

sebuah syarikat.”

(20)

Bertindak dengan integriti berlanjutan kepada cara kita mengurus

aset syarikat, yang ketara dan juga tidak ketara. Ia termasuk

penggunaan harian sistem IT kita dan bagaimana kita melindungi

maklumat dan harta intelek kita.

Adakah saya menggunakan

teknologi secara profesional?

Kami bertanggungjawab untuk menggunakan sumber IT dalam suatu cara yang sesuai dan profesional pada setiap masa. Sebagai contoh, anda seharusnya tidak pernah menggunakan perkhidmatan dan alatan awan untuk mencipta atau menyimpan maklumat GSK kecuali diluluskan oleh pasukan IT kami. Anda juga seharusnya tidak pernah menggunakan sistem kami untuk terlibat dalam kelakuan tidak sah atau tidak wajar - ia meletakkan GSK dan maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi pada risiko. Sebarang kebocoran boleh menyebabkan kerosakan serius kepada jenama, reputasi dan operasi kami.

Adakah saya melindungi

maklumat GSK?

Kami perlu fahami jenis maklumat berbeza yang kami cipta dan lindunginya dengan sewajarnya. Terdapat empat kategori maklumat GSK:

1. Diluluskan untuk edaran awam 2. Proprietari

3. Sulit

4. Kritikal dan sensitif

Sudahkah saya mengikut

keperluan harta intelek dan tanda

dagangan?

Kami menjenamakan produk dan projek dengan tanda dagangan untuk melindungi harta intelek kami seperti formula, proses, paten dan urusan tertangguh. Jika anda melihat suatu pencabulan tanda dagangan kami anda harus melaporkannya kepada pasukan Tanda Dagangan Global Sah (LGTM) kami. LGTM bertanggungjawab untuk pembersihan, pendaftaran, penyelenggaraan dan penguatkuasaan tanda dagangan kami, hak cipta, nama domain dan hak harta intelek serupa yang lain.

Sudahkah saya

melindungi aset

GSK?

Hubungkan GSK

• Penggunaan sistem IT • Lindungi maklumat GSK • Lindungi harta intelek

Cari kata kunci ini pada pusat sumber nilai dan piawaian kita

Wawasan: Menggunakan peranti

anda sendiri untuk perniagaan GSK

Jika anda menggunakan telefon pintar, tablet atau mana-mana peranti peribadi lain untuk tujuan perniagaan GSK anda mestilah memastikan bahawa anda mematuhi polisi syarikat. Ini mungkin termasuk membenarkan GSK untuk menguruskan aspek peranti, seperti menguatkuasakan kawalan kata laluan, mengunci peranti selepas suatu tempoh masa yang telah didefinisikan dan

menyeka peranti dari jarak jauh. Jika peranti anda hilang atau dicuri anda mestilah melaporkannya kepada Helpdesk dengan segera. Anda bertanggungjawab untuk memadam data GSK daripada peranti sebelum mengitar semula, melupuskan peranti atau memindahkan hak pemilikan.

“ Sebarang kebocoran

data boleh

menyebabkan

kerosakan serius

kepada reputasi kami.”

(21)

Soalan yang kerap ditanya

Bertindak dengan integriti individu Apakah bendera merah?

Bendera merah ialah tanda amaran. Mereka adalah isu berpotensi yang boleh menjejaskan kami menjalankan perniagaan kami dengan integriti. Ia adalah tanggungjawab setiap orang untuk mengenal pasti, memahami dan mengemukakan bendera merah sebelum terlibat dengan pihak ketiga. Kami telah membangunkan suatu pusat kecemerlangan untuk ABAC (Anti sogokan dan rasuah), TPO (Kealpaan pihak ketiga) dan S&EC (Kawalan sekatan dan eksport) untuk menyokong setiap orang di GSK dalam menguruskan bendera merah.

Apakah itu Penyerahan Kuasa (GOA)?

Jika anda adalah pekerja atau pekerja pelengkap GSK dan anda membeli barangan atau perkhidmatan bagi pihak GSK, anda akan perlu untuk beroperasi dalam had kelulusan anda. Ini ialah tahap maksimum GOA anda. Semua belian mestilah dibuat daripada pembekal terpilih dan mengikut proses pembelian yang betul.

Urus rekod dengan betul

Bagaimana kami melindungi maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti? (PII)?

Semua pekerja dan pekerja pelengkap yang mempunyai akses kepada atau bekerja dengan PII mestilah melengkapkan latihan yang relevan. Pengurus peringkat anda bertanggungjawab untuk menyusun latihan ini untuk anda supaya anda seharusnya menyemak dengan mereka jika anda diperlukan untuk melakukannya.

Polisi ini berlanjutan kepada semua pembekal pihak ketiga yang memproses maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi bagi pihak GSK.

Lindungi aset GSK

Apakah yang saya lakukan jika saya mengesyaki pembocoran data?

Adalah penting bahawa sebarang pembocoran data atau insiden sekuriti dilaporkan dengan segera. Anda boleh menghantar e-mel CSIR@gsk.com, untuk melengkapkan borang atas talian. Pembocoran itu akan kemudiannya diklasifikasikan ke dalam suatu peringkat keterukan dan ditangani dengan sewajarnya.

(22)

Tunjukkan hormat kepada

orang

Inspirasikan satu sama

lain untuk mencapai

sesuatu yang hebat

Bagaimanakah saya mengamalkan nilai ini?

Menyumbang kepada suatu budaya yang berasaskan nilai-nilai

Mencipta tempat kerja yang sihat, selamat dan lestari

Menggajikan orang yang memenuhi harapan kita

Kita harus sentiasa menghormati rakan sekerja dan

masyarakat di sekeliling kita. Setiap orang mempunyai peranan

dalam mewujudkan persekitaran kerja yang adil dan inklusif

yang menghormati hak manusia dan kepelbagaian budaya di

mana kita beroperasi. Apabila kita mendakap kepelbagaian

dan keindividuan kita boleh menyokong dan menginspirasikan

satu sama lain untuk mencapai perkara yang lebih tinggi.

(23)

Adakah saya memahami

komitmen kami terhadap

hak manusia?

Tanggungjawab kami untuk menegakkan hak manusia adalah meluas, merangkumi bidang seperti akses kepada ubatan, keselamatan pesakit dan menjalankan percubaan klinikal. Anda boleh memainkan peranan anda dengan menunjukkan rasa hormat untuk orang yang berada dalam tindakan harian anda. Ini termasuklah menghormati semua undang-undang buruh, memastikan kami bukanlah parti kepada sebarang bentuk buruh paksaan, bekerja untuk mengelakkan diskriminasi dalam tempat kerja dan menjaga kesihatan dan keselamatan rakan sekerja kami. Kami juga mestilah memastikan bahawa mana-mana pembekal dari mana kami membeli barangan dan perkhidmatan, dan mana-mana pihak ketiga yang bekerja dengan kami, berkongsi komitmen kami kepada hak buruh dan manusia.

Adakah saya memperlakukan

orang dengan sama rata?

Nilai-nilai kami menuntut supaya kami memperlakukan setiap orang dengan sama rata dan menyeluruh. Dengan berbuat demikian, kami menarik dan mengekalkan orang yang terbaik. Kami juga mencerminkan kepelbagaian dan perwatakan komuniti di mana kami beroperasi dan pelanggan yang kami hidangkan. Kami tidak bertoleransi dengan gangguan atau diskriminasi yang sewaktu dengannya.

Kami mahu menjadi yakin tempat kerja kami adalah pelbagai,

selamat dan bersifat menyokong. Untuk memastikan ini berlaku

kami melayan satu sama lain dengan hormat. Kami juga

merekrut orang yang berkongsi dan komited untuk berpegang

teguh dengan nilai-nilai kami. Kami beroperasi dalam suatu

cara yang bertanggungjawab dan beretika dan memahami

tanggungjawab kami untuk menegakkan hak manusia.

Adakah saya

menyumbang

kepada budaya

yang berasaskan

nilai-nilai?

Wawasan: Menjadi suatu perniagaan

yang bertanggungjawab

Kami boleh menunjukkan hormat untuk komuniti di sekeliling kami dengan menjadi sebuah perniagaan yang bertanggungjawab. Satu cara kami melakukan ini adalah dengan mengurangkan impak kami kepada planet. Kami bekerja ke arah menjadi karbon neutral menjelang 2050 dan juga telah menetapkan diri kami sendiri akan beberapa matlamat jangka pendek

yang mencabar. Menjelang 2020, kami mensasarkan untuk:

• Mengurangkan sisa yang kami hantar ke tapak pelupusan menjadi sifar • Mengurangkan sisa yang kami hasilkan

sebanyak 50%

• Mengurangkan jejak karbon kami sebanyak 25%

• Mengurangkan impak kami pada sumber air tempatan sebanyak 20%

Hubungkan GSK

• Hak manusia

• Kesamarataan dan penyertaan • Kepelbagaian

Cari kata kunci ini pada pusat sumber nilai dan piawaian kita

(24)

Adakah saya mengutamakan

kesihatan dan kesejahteraan

saya sendiri dan juga rakan

sekerja saya?

Kami menawarkan banyak peluang dan perkhidmatan untuk membantu kami membuat pilihan yang sihat dan meningkatkan tenaga kami di kedua-dua tempat kerja dan di rumah. Anda boleh mendapatkan nasihat dalam memperbaiki tetapan stesen kerja, mendapatkan nasihat kesihatan perjalanan sebelum suatu perjalanan perniagaan dan mengekalkan tenaga dan kebingkasan semasa hari bekerja.

Bagaimanakah boleh saya

memastikan diri saya sendiri dan

orang lain selamat di tempat

kerja?

Keselamatan orang kami adalah sangat penting; ia membantu kami

mengekalkan tenaga kerja yang kuat, bingkas dan berprestasi tinggi. Jika anda mengenal pasti potensi bahaya atau merasakan bahawa kelakuan atau amalan tertentu boleh mengakibatkan bahaya, sila kemukakan kerisauan anda. Kami mahu setiap orang berasa selamat semasa bekerja untuk GSK.

Adakah saya bersedia

untuk suatu situasi krisis?

Keselamatan adalah sangat penting dalam suatu krisis. Kami bersedia untuk kejadian yang mungkin untuk melindungi orang kami dan memastikan bahawa perniagaan kami boleh bertahan menghadapi sebarang gangguan termasuklah kemusnahan yang dilakukan oleh manusia atau alam semula jadi. Adalah penting untuk memastikan maklumat untuk

menghubungi anda adalah terkini untuk memastikan anda, atau suatu hubungan kecemasan yang telah direka bentuk, boleh dihubungi dalam suatu situasi kecemasan atau krisis.

Adakah saya menyumbang

kepada sasaran kelestarian

mencabar kami?

Melindungi planet kami adalah sangat penting dan kami membina kelestarian ke dalam perniagaan kami. Jika kami semua mempertimbangkan kelestarian dalam keputusan dan cara bekerja seharian kami, secara kolektif kami boleh melakukan suatu perubahan yang sebenar. Mencapai sasaran cita-cita tinggi kami untuk mengurangkan karbon, air dan sisa adalah satu cara kami akan menyumbang kepada melindungi kesihatan manusia dan persekitaran kami sekarang dan pada masa hadapan.

Misi kami adalah untuk membantu seseorang melakukan lebih

banyak perkara, berasa lebih baik dan hidup lebih lama. Ini

terpakai kepada orang kami juga dan itu bermakna mencipta

persekitaran bekerja sihat yang membantu orang berkembang

maju. Kami mestilah menjaga diri kami sendiri dan satu sama

lain. Kami juga komited untuk mengurangkan impak persekitaran

operasi kami.

Adakah saya

menyumbang

kepada tempat

kerja yang sihat,

selamat dan lestari?

Hubungkan GSK

• Kesihatan dan kesejahteraan • Krisis dan perancangan

kesinambungan • Persekitaran, Kesihatan,

Keselamatan dan Kelestarian (EHS&S)

Cari kata kunci ini pada pusat sumber nilai dan piawaian kita

“ Kami akan bekerja

ke arah menjadi

neutral karbon

menjelang 2050.”

(25)

Untuk bekerja dengan efektif kami perlu mempunyai

kepercayaan kolektif dalam kalangan satu sama lain pada

setiap masa. Itu hanya boleh berlaku jika kami mengambil lebih

perhatian untuk merekrut orang yang bekerja selari dengan

nilai-nilai kami dan menunjukkan Jangkaan GSK. Ini diaplikasikan

kepada tenaga kerja pelengkap kami dan pihak ketiga seperti

yang ia lakukan kepada orang kami sendiri.

Sudahkah saya mengikut proses

merekrut kami?

Untuk melindungi orang dan aset, kami perlu memastikan kami menggaji atau mengikat kontrak dengan orang dengan kelayakan dan pengalaman yang betul. Itu bermakna kami menjalankan saringan pra pengambilan pekerja untuk semua pekerja dan pekerja pelengkap sebelum mereka diambil bekerja atau diikat kontrak. Ini membantu untuk memastikan bahawa setiap orang yang bekerja di GSK adalah komited untuk bekerja dalam suatu budaya yang berasaskan nilai-nilai kami.

Adakah pekerja pelengkap kami

memenuhi jangkaan anda?

Kami berharap pekerja pelengkap agensi dan pekerja sumber luar kami mengamalkan nilai-nilai kami. Mereka ialah aset penting kepada perniagaan kami dan kami mendapat faedah yang sangat besar daripada bekerja dengan mereka. Mereka yang menguruskan pekerja pelengkap mestilah berpegang teguh kepada polisi yang relevan dan juga undang-undang tempatan.

Adakah kita

menggaji orang

yang memenuhi

harapan kita?

Hubungkan GSK

• Sumber manusia (HR)

• Saringan pra pengambilan pekerja • Pekerja pelengkap

• Pihak ketiga

Cari kata kunci ini pada pusat sumber nilai dan piawaian kita

“ Untuk melindungi

orang dan aset, kami

perlu memastikan

kami menggaji orang

dengan kelayakan

dan pengalaman

yang betul.”

Wawasan: Pihak ketiga

Kami berusaha untuk menjalankan perniagaan dengan pihak ketiga (termasuklah pekerja pelengkap, pembekal, rakan promosi dan rakan perniagaan lain) yang berkongsi komitmen kami kepada piawaian beretika tinggi dan beroperasi dalam suatu cara yang bertanggungjawab dan beretika. Kami berharap pihak ketiga kami untuk berkongsi nilai-nilai kami dan beroperasi dengan mematuhi

sepenuhnya semua undang-undang, peraturan, ketetapan dan polisi GSK yang berkenaan.

(26)

Soalan yang kerap ditanya

Menyumbang kepada suatu budaya yang berasaskan nilai-nilai

Apakah yang kami maksudkan dengan penyertaan?

Menjadi terangkum bermaksud bahawa kami menghargai

pengetahuan, perspektif, pengalaman dan gaya yang unik seseorang individu boleh bawa kepada perniagaan kami. Kami mencari untuk menilai dan menggariskan pengetahuan,

perspektif, pengalaman dan gaya yang berbeza yang beruntung bagi kami untuk memilikinya dalam komuniti global.

Apakah komitmen kami terhadap hak manusia?

Anda boleh membaca lebih lagi mengenai komitmen kami terhadap hak manusia dalam Pernyataan Hak Manusia GSK. Kami adalah komited untuk menegakkan berbilang piawaian hak manusia, termasuklah Pengisytiharan Hak Manusia Sejagat. Kami berusaha untuk mencipta persekitaran bekerja yang

mencerminkan kepelbagaian komuniti yang mana kami beroperasi dan pesakit dan pengguna yang kami hidangkan.

Mencipta tempat kerja yang sihat, selamat dan lestari

Di manakah saya boleh mencari maklumat mengenai bekerja dengan selamat di GSK?

Kami telah menubuhkan suatu rangka kerja untuk membantu kami melindungi dan mempromosi kesihatan dan keselamatan pekerja melalui pelbagai program. Laman web EHS&S kami mempunyai banyak tips dan maklumat yang membantu dalam ergonomik, keselamatan pemandu, kesihatan perjalanan, tenaga, kebingkasan dan banyak lagi.

Di manakah saya boleh pergi untuk bantuan jika isu peribadi menjejaskan kerja saya?

Kami boleh membantu anda dengan sokongan bebas dan perkhidmatan kaunseling melitupi nasihat kewangan dan perundangan, sokongan keluarga, kesihatan mental dan banyak lagi. Perkhidmatan adalah sulit. Cari maklumat lanjut mengenai Program Bantuan Pekerja di Hubungi GSK.

Menggajikan orang yang memenuhi harapan kita

Apakah itu tenaga pekerja pelengkap?

Tenaga kerja pelengkap kami merujuk kepada mereka yang menyediakan perkhidmatan kepada GSK tetapi bukan pekerja GSK. Tenaga kerja ini termasuklah agensi pekerja, pekerja sumber luar dan mereka yang bersetuju ke atas pernyataan bekerja. Terdapat beberapa peraturan tertentu di sekitar penglibatan pekerja pelengkap dalam UK dan AS - cari pekerja pelengkap pada Hubungi GSK untuk lebih maklumat.

(27)

Beroperasi dengan

telus

Biar jelas, jujur, tulen

Bagaimanakah saya mengamalkan nilai ini?

Berkomunikasi secara terbuka

Bina kepercayaan dengan masyarakat

Berkomunikasi dengan betul

Ketelusan adalah penting kepada cara kita bekerja dan

membantu kita untuk membina keyakinan. Kita berusaha

untuk bersikap jujur dan telus tentang apa yang kita lakukan

dan bagaimana kita melakukannya. Ini memperbaiki cara

kita bekerjasama antara satu sama lain dan meningkatkan

cara kita dilihat oleh masyarakat yang bekerja dengan kita.

Ia menunjukkan bahawa kita terbuka kepada cabaran,

perbincangan dan sentiasa mahu memperbaiki cara kita

beroperasi.

(28)

Berkomunikasi secara terbuka bermaksud berkongsi faedah

kajian kami dengan industri yang lebih luas untuk memajukan

pengetahuan perubatan. Ia juga bermaksud bercakap secara

terbuka dengan rakan sekerja dan mempunyai keberanian untuk

bersuara mengenai apa sahaja yang menyerupai rasuah atau

sogokan dalam organisasi kami. Untuk menjadi telus, kami

mestilah berlaku jujur.

Adakah saya menyokong budaya

bersuara?

Kami mahu setiap orang untuk berasa selesa mengenai bersuara apabila mereka tidak pasti mengenai suatu situasi atau apabila sesuatu kelihatan tidak betul. Kami boleh menguruskan risiko dengan lebih baik apabila semua orang kami adalah telus mengenai keterdedahan berpotensi. Kami akan mendengar dan menyokong anda. Kami menggalakkan setiap orang untuk melaporkan kerisauan tanpa rasa takut akan tindakan balas. Dalam selaris dengan nilai kami dalam menghormati orang, kami melayan semua soalan atau kerisauan mengenai isu etika atau pematuhan dalam cara yang sulit, walaupun jika orang yang bersuara mengenalkan diri mereka. Kami mengendalikannya dengan cara yang konsisten dengan keperluan untuk menyiasat secara adil, bekerjasama dengan kerajaan dan mematuhi kewajipan undang-undang.

Lihat lagi mengenai budaya bersuara dan bagaimana melaporkan kerisauan di halaman 31.

Adakah saya telus apabila

berurusan dengan rakan sekerja?

Kami semua perlu berkomunikasi dengan jujur dan memperlakukan satu sama lain dengan adil. Ini termasuklah menjadi jelas dan jujur mengenai apa yang kami cuba untuk capai dan berkomunikasi dalam cara yang tepat pada masanya, tepat dan konsisten.

Adakah saya mempunyai

perbualan terbuka mengenai

risiko anti sogokan dan rasuah?

Mencegah sogokan dan rasuah bermakna menyediakan diri anda dengan pengetahuan supaya anda boleh menilai keterdedahan pada setiap hari. Kami menggalakkan anda untuk mempunyai perbualan terbuka dan menyokong satu sama lain untuk mengiktiraf dan berurusan dengan isu seawal mungkin.

Adakah kami berkongsi maklumat

untuk pembelajaran ke hadapan

dan pemahaman?

Kami brkomgsi maklumat supaya percubaan klinikal kami boleh

menyokong kerja lanjutan untuk memberi manfaat kepada sains perubatan dan penjagaan pesakit. Kami mempunyai komitmen berlarutan terhadap ketelusan data. Dalam 2004, kami melancarkan Pendaftaran Pembelajaran Klinikal yang mana boleh diakses kepada orang awam di atas talian.

Kami menghantar ringkasan protokol dan keputusan untuk kajian mengennai manusia pada daftar dalaman tetapi kami juga berkongsi protokol dan laporan pembelajaran klinikal tanpa maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi dengan lebih luas lagi. Kami mensasarkan untuk menerbitkan kajian ini sebagai manuskrip dalam jurnal yang disemak oleh rakan sebaya untuk membantu memajukan

pemahaman dan membolehkan komuniti saintifik untuk belajar dari kajian kami.

Adakah kita

berkomunikasi

secara terbuka?

Hubungkan GSK

• Percubaan klinikal • Komunikasi • Suarakan • ABAC

Cari kata kunci ini pada pusat sumber nilai dan piawaian kita

“ Kami menggalakkan

anda untuk

mempunyai perbualan

terbuka dan

menyokong satu sama

lain untuk mengiktiraf

dan berurusan

dengan isu ABAC

seawal mungkin.”

“ Kami semua perlu

berkomunikasi dengan jujur

dan memperlakukan satu

sama lain dengan adil.”

(29)

Beroperasi dengan telus berfungsi pada banyak peringkat. Ia

mengenai cara kami berkomunikasi, cara kami menjalankan

perniagaan dengan organisasi lain dan cara kami berinteraksi

dengan komuniti dan kerajaan. Pada semua peringkat kami perlu

memastikan kami sentiasa ingat akan tanggungjawab kami dan

melakukan sedaya kami untuk menjadi adil, terbuka dan tidak

pernah memperdaya dalam apa cara sekalipun.

Sudahkah saya memastikan

serahan dan derma adalah wajar?

Kami komited untuk menyokong sebab-sebab yang sah dan layak dalam komuniti di mana kami beroperasi. Kami juga mempromosikan dan menyokong kesihatan awam dengan aktif. Jika anda terlibat dalam bidang ini, anda mempunyai suatu tanggungjawab untuk memeriksa sama ada sebarang serahan atau derma yang anda lakukan adalah selari dengan piawaian kami.

Sudahkah saya pastikan kerja

kami dengan kerajaan adalah

beretika?

Kami selalu bekerja dengan kerajaan dan mempunyai suatu tanggungjawab untuk mematuhi piawaian tinggi kami dan undang-undang istimewa yang berkenaan dengan setiap kes. Rangka kerja ABAC kami menetapkan aspek etika yang perlu dipertimbangkan apabila berurusan dengan organisasi kerajaan dan bukan kerajaan. Ia adalah bidang yang kompleks, maka anda seharusnya menyemak semua dokumen yang relevan dan mendapatkan nasihat daripada Etika dan Pematuhan Global.

Sudahkah saya memahami kami

tidak membuat sumbangan

politik?

Polisi kami adalah tidak membuat sumbangan kepada mana-mana jenis parti politik. Ini membantu kami untuk beroperasi dengan telus - bebas daripada sebarang ikatan politik - dan kekal fokus kepada mendahulukan pesakit dan pengguna.

Sudahkah saya mengikuti

undang-undang kawalan sekatan

dan eksport?

Dalam beberapa kes undang-undang kawalan sekatan dan eksport boleh mengekang atau menghalang kami daripada melakukan perniagaan dengan negara-negara, kerajaan, pegawai kerajaan, entiti dan individu tertentu. Ia adalah tanggungjawab anda untuk memahami sebarang sekatan yang berkenaan dengan anda dan aktiviti yang anda jalankan untuk GSK supaya kami dapat mematuhi sekatan pada transaksi kewangan dan pergerakan produk, barangan, bahan, perkhidmatan, peralatan, perisian dan teknologi.

Adakah kita

membina

kepercayaan

dengan

masyarakat?

Wawasan: Kempen SemuaPercubaan

Kami adalah syarikat farmaseutikal pertama yang menandatangani kempen SemuaPercubaan untuk ketelusan percubaan klinikal. Kami menyokong panggilan kempen untuk pendaftaran percubaan klinikal dan pendedahan keputusan dan laporan percubaan. Ini bermakna kami berkongsi keputusan semua percubaan klinikal kami menggunakan data pesakit tanpa nama, tidak mengikut dapatan percubaan.

Pendaftaran atas talian kami menerima ribuan pelawat sebulan. Lihat

www.gsk-clinicalstudyregister.com

Hubungkan GSK

• Serahan dan derma • Sumbangan politik • Pegawai kerajaan

• Kawalan sekatan dan eksport • Nadi

Cari kata kunci ini pada pusat sumber nilai dan piawaian kita

(30)

Dalam dunia hari ini, kami semua mempunyai kuasa untuk

berkomunikasi dalam banyak cara yang berbeza. Ini

menggambarkan banyak peluang, tetapi juga bahaya. Sama ada

kami adalah atas atau luar talian, kami mestilah mengkoordinasi

dan menguruskan cara kami berkomunikasi kedua-dua dengan

khalayak luaran dan dalaman dalam kalangan kami sendiri. Kami

komited terhadap melindungi reputasi kami dan kepercayaan

yang diamanahkan kepada kami. Ini ialah aset berharga dan

penting kepada kejayaan kami.

Adakah saya berlaku sebagai

wakil untuk reputasi kita?

Cara kami berkomunikasi dengan dunia luar dan dalam adalah sangat penting untuk membina kepercayaan. Kami mestilah memastikan semua komunikasi mengenai kepentingan perniagaan kami adalah tepat pada masanya, tepat dan mencerminkan nilai-nilai kami. Kami juga mestilah memastikan komunikasi mematuhi polisi kami, prosedur kelulusan, dan semua undang-undang yang berkenaan.

Adakah saya menggunakan

media sosial dengan sewajarnya?

Sebagai seorang individu, anda mempunyai hak untuk membuat komen di media sosial, termasuk berkongsi kandungan GSK yang diluluskan untuk kegunaan diri anda sendiri, dengan menjelaskan bahawa sebarang pendapat yang anda suarakan ialah pendapat anda sendiri. Walaubagaimanapun, amatlah penting untuk diingati bahawa hanya jurucakap terlatih yang boleh memberikan komen bagi pihak GSK. Apabila menggunakan media sosial, anda mestilah berhati-hati supaya anda tidak terlepas memberikan maklumat yang boleh dirasakan sebagai ‘maklumat dalaman’. Contohnya boleh menjadi pelepasan awal angka jualan atau pengetahuan mengenai

penstrukturan semula sesebuah syarikat besar. Polisi kami sekitar maklumat sulit masih dikenakan kepada kegunaan peribadi akaun media sosial.

Adakah kita

berkomunikasi

dengan

sewajarnya?

Hubungkan GSK

• Reputasi • Komunikasi digital • Prinsip Tulis Betul

Cari kata kunci ini pada pusat sumber nilai dan piawaian kita

Sama ada kita menulis e-mel, suatu surat atau suatu pembentangan, bahasa yang kami gunakan dan cara kami meletakkan mesej kami adalah sangat penting. Program pendidikan Tulis Betul kami telah direka bentuk untuk memastikan tulisan kami mencerminkan nilai-nilai kami dan kesudian kami untuk menjadi telus. Ia termasuklah garis panduan mudah untuk digunakan dan contoh praktikal terkini tentang bagaimanakah kita boleh mengelakkan

tersalah tafsiran dan berkomunikasi dengan jelas pada setiap masa. Ketahui lebih lagi mengenai prinsip Tulis Betul pada Hubungi GSK.

(31)

Soalan yang kerap ditanya

Berkomunikasi secara terbuka

Di manakah saya boleh mengetahui lebih lagi mengenai risiko anti sogokan dan rasuah (ABAC)?

Prinsip asas ABAC kami (kesahan niat, ketelusan, perkadaran, percanggahan kepentingan atau pengaruh yang tidak wajar) telah diselarikan dengan nilai-nilai kami dan membantu kami mengesan dan mencegah sogokan dan rasuah.

Baca buku panduan ABAC dan ketahui risiko biasa supaya anda boleh mempunyai perbualan terbuka dengan rakan sekerja mengenainya. Ia terpulang kepada anda:

• Ketahui apakah yang diharapkan dari anda

• Cegah sogokan dan rasuah dengan mematuhi polisi kami

• Laporkan sebarang kerisauan

Bina kepercayaan dengan masyarakat

Bagaimanakah boleh saya menyumbang kepada masyarakat bagi pihak GSK?

Dua program sukarelawan kemegahan kami menawarkan pekerja kami suatu peluang untuk menumpukan masa dan kepakaran mereka untuk mencipta perubahan positif dalam komuniti kita di seluruh dunia.

Perkongsian Sukarelawan PULSE itu ialah inisiatif sukarela yang berdasarkan kemahiran. Ia adalah suatu peluang untuk mengenal sebahagian rakan kongsi organisasi kami dan membangunkan kemahiran profesional dalam persekitaran yang mencabar. Sebagai balasan kami menyediakan rakan kongsi kami dengan perancangan strategik, penambahbaikan operasi dan komunikasi yang ditingkatkan antara dua organisasi kami.

Hari Oren memberikan pekerja sehari cuti bergaji setiap tahun untuk menjadi sukarelawan untuk projek komuniti pilihan mereka.

Berkomunikasi dengan betul Bolehkah saya berhubung dengan pelanggan atau pembekal melalui media tradisional atau sosial? Pertimbangan utama ialah tujuan interaksi anda. Apabila berkomunikasi untuk tujuan perniagaan GSK, sila pastikan anda selalu menggunakan alat komunikasi dibenarkan GSK IT. Kami menggunakan nilai-nilai kami sebagai suatu panduan apabila berkomunikasi dengan rakan sekerja, pelanggan, pembekal atau orang yang bekerja bagi pihak GSK dalam mana-mana interaksi atas talian. Kami seharusnya menjadi adil, berbudi bahasa dan sensitif kepada bagaimana kami dipandang pada setiap masa. Ingatlah: sementara kami masih terbuka dan jujur dalam komunikasi kami, kami mestilah tidak memberikan sebarang maklumat sulit atau proprietari.

Ingatlah: sementara kami masih terbuka dan jujur dalam komunikasi kami, kami mestilah tidak boleh memberikan sebarang maklumat sulit atau proprietari.

(32)

Jenis syarikat yang bergantung

pada kita semua.

Tanggungjawab individu,

tujuan kolektif

Pihak ketiga seharusnya meminta melalui hubungan GSK mereka.

Gunakan kata kunci

untuk mencari:

contohnya Budaya kualiti

Budaya bersuara kita

Kami menggalakkan semua orang untuk mengemukakan kerisauan seawal mungkin

Kewajipan undang-undang anda

Sebagai sebahagian daripada kontrak pekerjaan anda mempunyai suatu kewajipan untuk memahami polisi dan piawaian kami, dan bertindak dengan betul. Kami semua mestilah mematuhi semua peraturan industri dan undang-undang.

Anda mempunyai peranan penting dalam membantu kami meletakkan nilai di tengah-tengah setiap keputusan yang kita buat.

Apakah yang akan saya temui?

• Maklumat lanjut dalam mengamalkan • Polisi dan piawaian bertulis korporat • Proses dan rangka kerja

• Latihan dan pembelajaran

Navigasi pusat sumber melalui topik atau menggunakan kata kunci.

Da ar masuk ke dalam pusat sumber nilai-nilai dan piawaian kami

Dengan MUDD ID anda pada Hubungi GSK

Tanyakan soalan, kemukakan kerisauan, bersuara.Kami akan mendengar dan menyokong anda. www.gsk.com/speakup nilai-nilai kami

Hubungi GSK: Di manakah saya

Referensi

Dokumen terkait

Bangun Sarana Baja sebagai faktor personal, penyediaan APD yang rumit dan lama, kelalaian dalam memakai APD, bekerja tidak sesuai dengan SOP sebagai faktor

Pemodelan tata ruang dilakukan dengan tujuan untuk menghasilkan informasi dalam bentuk visualisasi 3D yang menampilkan keseluruhan kondisi tata ruang mulai dari

Video juga merupakan komponen penting dalam distance learning, suatu metode pengajaran yang tidak lagi terikat oleh ruang.Dalam upaya memenuhi kebutuhan peralatan

Dalam pabrik FJL adalah salah satu bagian dari perusahaan perum perhutani yang sangat memberi keuntungan, karena bahan baku yang digunakan dalam pembuatan FJL adalah bahan baku

sains sebagai satu disiplin yang berakar umbi dalam tamadun Islam, yang mempunyai latar belakang sejarah, falsafah, dan pemikiran.  Ada kritikan terhadap Islamisasi sains oleh

• Jangan pernah mendorong orang lain untuk melanggar hukum, peraturan, Kode ini, atau kebijakan Pearson, bahkan jika itu usaha untuk meraih tujuan bisnis, dan jangan pernah

sedemikian rupa sehingga mengalami kesulitan dalam tugas-tugas akademik, komunikasi maupun sosial, keterbatasan yang signifikan dalam aspek fungsi intelektual dan

Hasil penelitian menunjukkan bahwa faktor-faktor penyebab kenakalan remaja yang paling dominan di Desa Kemadang, Kecamatan Wonosari, Kabupaten Gunungkidul adalah