• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERBEZAAN FAKTOR DEMOGRAFI TERHADAP TAHAP LITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PERBEZAAN FAKTOR DEMOGRAFI TERHADAP TAHAP LITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

PERBEZAAN FAKTOR DEMOGRAFI TERHADAP TAHAP LITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI

Thong Pui Yee* & Muhammad Hussin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap literasi kewangan serta membandingkan faktor demografi, faktor akademik dan faktor sosioekonomi pelajar universiti terhadap tahap literasi kewangan. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah soal selidik untuk mendapatkan respon daripada 253 pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia dari pelbagai fakulti. Instrumen kajian yang digunakan adalah diubahsuai dan diadaptasi daripada kajian-kajian lepas dalam mengukur tahap literasi kewangan. Ujian t dua sampel tidak bersandar dan ujian ANOVA satu hala telah dijalankan untuk menguji hipotesis kajian. Hasil kajian menunjukkan tahap literasi kewangan pelajar universiti adalah pada tahap sederhana rendah. Dapatan Kajian ini juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan literasi kewangan bagi faktor etnisiti pelajar, faktor jurusan pengajian pelajar, dan faktor pengalaman perniagaan oleh ibubapa pelajar tetapi tiada perbezaan berdasarkan faktor jantina dan faktor pengalaman bekerja. Perbincangan juga meliputi cadangan-cadangan dalam memantapkan literasi kewangan bagi menghasilkan modal insan yang berdaya saing.

Kata kunci: literasi kewangan, demografi, pelajar universiti Pengenalan

Literasi kewangan merujuk kepada keupayaan seseorang individu dalam memahami kewangan (Ansong & Gyensare, 2012). Keupayaan memahami kewangan dapat memudahkan seseorang individu untuk merancang kewangan dan justeru membawa ke arah kesejahteraan hidup. Pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki dalam menguruskan kewangan membolehkan seseorang individu mengambil tindakan kewangan yang sewajarnya apabila berdepan dengan cabaran ketidakstabilan ekonomi.

Penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran asas tentang pengurusan kewangan amat penting terutamanya pada masa kini (Shambare & Rugimbana, 2012; Anuar & Mohd Nizal, 2009). Peningkatan kepelbagaian pilihan pengguna terhadap barang dan perkhidmatan serta peningkatan harga barang secara mendadak di pasaran merupakan cabaran kewangan yang dihadapi oleh setiap pengguna (Hogarth, 2006).

Oleh itu, individu yang mempunyai kemahiran dalam perancangan kewangan dapat menguruskan kewangan mereka dengan lebih efisien. Kajian lepas telah mengesahkan perancangan dan pengurusan kewangan yang baik mempunyai hubungan positif dengan kesejahteraan kewangan (Jariah et al., 2010;

(2)

Zaimah et al., 2012). Tahap perancangan kewangan yang baik dapat menggalakkan individu dalam pengumpulan kekayaan (Maarten et al., 2012) untuk mencapai kesejahteraan kewangan serta memperoleh kualiti hidup yang lebih baik.

Menurut Zaimah et al. (2012), perancangan kewangan yang baik merupakan permulaan kepada kesejahteraan kewangan negara. Individu yang mempunyai kemahiran dalam merancang kewangan dapat menyumbangkan tenaga mahir di peringkat firma dan seterusnya ke peringkat negara. Ini dapat dilihat melalui penggubalan belanjawan negara yang memerlukan pasukan individu yang mahir dalam merancang kewangan negara. Kegagalan dalam merancang kewangan negara akan menyebabkan negara dibebani dengan hutang luar negara.

Maka, penguasaan literasi kewangan perlu bermula sejak dari peringkat remaja lagi. Literasi kewangan merupakan satu keperluan pada masa kini terutamanya bagi pelajar di institusi pengajian tinggi. Ini kerana pelajar universiti tidak hanya menghadapi cabaran dari segi prestasi akademik, malah mereka juga menghadapi cabaran dari segi pengurusan masa dan kewangan. Kegagalan pelajar dalam menguruskan hal-hal tersebut terutamanya dalam pengurusan kewangan akan memberi kesan terhadap pembelajaran (Jariah et al., 2004).

Pernyataan Masalah

Impak negatif akibat daripada pengurusan kewangan yang tidak efisien akan menyebabkan terutamanya mereka terdiri daripada golongan berpendapatan rendah menghadapi masalah tekanan hidup. Masalah seperti kes penceraian, terpedaya dengan skim “cepat kaya” serta peningkatan pinjaman individu dengan syarikat kewangan tidak berdaftar (Anuar & Mohd Nizal, 2009) turut dikaitkan dengan pengurusan kewangan yang tidak efisien. Malahan, menurut Laporan Bank Komanwel Australia (2010) telah dilaporkan individu yang tidak berpengetahuan dalam kewangan akan menerima kesan negatif yang lebih berbanding dengan individu yang berliterasi kewangan terutamanya waktu pengangguran atau berlaku krisis kewangan global.

(3)

Menurut Hogarth (2006), masalah bankrap atau muflis mempunyai hubungan langsung dengan tahap literasi kewangan. Ini ditambah dengan perubahan gaya hidup ke arah mengejar kemewahan materialistik, jumlah kes kemuflisan telah dilaporkan semakin meningkat. Kemuflisan merupakan masalah kritikal yang sedang dihadapi oleh masyarakat pada masa kini. Kos saraan hidup yang tinggi di bandar serta pengurusan kewangan yang tidak mahir akan menyebabkan individu dibebani dengan masalah hutang yang berlebihan.

Tindakan mahkamah akan diambil sekiranya individu gagal menjelaskan hutang yang tinggi. Berdasarkan statistik dari Jabatan Insolvensi Malaysia telah mencatatkan sebanyak 27,432 petisyen kemuflisan telah difailkan di mahkamah dari Januari sehingga September 2013 (Utusan Online, 31 Oktober 2013). Daripada jumlah tersebut, golongan dewasa dalam kohort linkungan umur 35 hingga 44 telah mencatatkan peratusan yang paling tinggi iaitu 34%. Sementara itu, kes kebankrapan telah dicatatkan bermula seawal usia 25 tahun. Golongan yang digelar sebagai muflis muda ini semakin meningkat jumlah bilangannya dan keadaan ini amat membimbangkan kerana ia akan menjejaskan kesejahteraan masyarakat.

Tambahan pula, kajian tentang literasi kewangan yang telah dijalankan di Malaysia masih pada tahap yang minima terutamanya bagi kumpulan kohort umur 18 hingga 24. Kajian-kajian tentang literasi kewangan lebih tertumpu kepada pengurusan kewangan pada peringkat isi rumah seperti kajian Jariah et al. (2004) dan kajian Zaimah et al. (2012) dan pelajar dari kolej swasta seperti kajian Dahlia, Rabitah & Zuraidah (2009), kajian Sabri et al. (2010) serta kajian Noor Azizah et al. (2013). Namun, kajian tentang literasi kewangan dalam kalangan pelajar universiti kebangsaan jarang dilakukan oleh pengkaji-pengkaji lepas. Perkara ini perlu diberi perhatian memandangkan universiti kebangsaan memainkan peranan penting dalam menyediakan modal insan yang ramai bagi memenuhi pasaran pekerjaan negara.

(4)

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap literasi kewangan dalam kalangan pelajar sarjana muda di Universiti Kebangsaan Malaysia. Secara spesifiknya kajian ini mempunyai objektif yang berikutnya; a) mengenalpasti tahap literasi kewangan dalam kalangan pelajar sarjana muda di UKM b) mengenalpasti perbezaan tahap literasi kewangan berdasarkan faktor demografi c) mengenalpasti perbezaan tahap literasi kewangan berdasarkan latar belakang sosioekonomi dan akademik

Tinjauan Literatur

Menurut Mason dan Wilson (2000), perkataan literasi tidak hanya merujuk kepada kebolehan dalam menggunakan bahasa. Sebaliknya literasi merupakan satu fungsi yang penting bagi seseorang untuk mencapai objektif. Literasi meliputi proses yang mana seseorang individu menggunakan satu set kemahiran dan sumber yang ada untuk memahami sesuatu perkara supaya dapat mencapai objektif yang diingini. Seseorang dikatakan berliterasi apabila individu tersebut memperolehi kemahiran dan pengetahuan yang membolehkannya terlibat dalam sesuatu aktiviti. Literasi yang dipelajari itu dapat berfungi dalam aktiviti tersebut.

Literasi adalah lebih menekankan tentang kemahiran berbanding dengan pengetahuan semata-mata. Literasi merupakan keupayaan seseorang dalam memperoleh, memahami dan menilai sesuatu maklumat yang relevan. Akta Workforce Investment Act 1998 telah mendefinisikan literasi sebagai kebolehan seseorang individu untuk membaca, menulis, berlisan dan mengira serta menyelesaikan masalah pada tahap yang mahir supaya seseorang tersebut dapat berfungsi dengan baik dalam sesuatu pekerjaan.

Oleh itu, Ansong dan Gyensare (2012) berpendapat istilah literasi kewangan membawa maksud keupayaan dan kemahiran seseorang dalam memahami dan menilai perkara-perkara berkaitan dengan kewangan. Individu yang dikatakan berliterasi kewangan apabila individu tersebut berpengetahuan dan berkemahiran dalam pengurusan kewangan. Individu tersebut juga mampu mengambil keputusan kewangan berdasarkan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi.

(5)

Perbezaan Faktor Demografi terhadap Literasi Kewangan

Menurut Volpe, Kotel dan Chen (2002), Jariah et al. (2004), dan Matzek dan Stum (2010), ciri-ciri individu adalah signifikan dalam mengukur perbezaan literasi kewangan. Faktor jantina merupakan penentu yang penting dalam menguji perbezaan tahap literasi kewangan (Dahlia, Rabitah & Zuraidah, 2009). Menurut kajian tinjauan oleh Chen dan Volpe (1998) telah mendapati wanita mempunyai pengetahuan kewangan yang lebih rendah secara relatifnya. Lelaki mendapat skor yang jauh berbeza dengan wanita dalam ujian literasi kewangan (Chen & Volpe, 2002). Jurang perbezaan adalah besar terutamanya dalam aspek pelaburan, konsep, fakta dan peristilahan kewangan.

Hasil kajian tinjauan Chen dan Volpe (2002) adalah selaras dengan kajian tinjauan Volpe, Kotel dan Chen (2002) tentang hubungan celik pelaburan dengan ciri-ciri demografi dalam kalangan pelabur atas talian. Hasil analisis F-Test menunjukkan pelabur wanita mempunyai pengetahuan pelaburan yang lebih rendah berbanding dengan pelabur lelaki. Perbezaan jantina dalam literasi pelaburan turut dijelaskan lebih lanjut dalam kajian Ford dan Kent (2010) yang mendapati wanita adalah kurang berminat dan jarang mempraktikkan pengalaman mereka yang tersedia ada dalam pasaran kewangan.

Kajian Lusardi dan Tufono (2009) mendapati golongan wanita mempunyai tahap literasi hutang yang rendah berbanding dengan golongan lelaki. Malah golongan lelaki mempunyai kebarangkalian untuk menyimpan lebih tinggi berbanding dengan golongan wanita (Nurul Shahnaz & Tabiani, 2013). Oleh itu, dalam kajian Burnes dan Schultz (2000) menyatakan bahawa kadar kemiskinan adalah lebih tinggi dalam kalangan wanita berbanding dengan lelaki walaupun di negara-negara membangun.

Dengan menggunakan data daripada kajian Health and Retirement, Lusardi dan Mitchell (2008) mendapati tahap literasi kewangan adalah rendah bagi golongan wanita dan keadaan ini menyebabkan mereka gagal membuat perancangan yang baik sebelum bersara. Kajian lanjutan mereka dalam meninjau hubungan literasi kewangan dengan persediaan persaraan, Lusardi dan Mitchell (2010) mendapati golongan wanita adalah kurang berpengetahuan berhubung

(6)

dengan perkara-perkara seperti amanah saham, kepelbagaian risiko, pulangan jangka panjang serta hubungan antara kadar faedah dengan bon.

Schmidt dan Sevak (2006) telah menjelaskan perbezaan literasi kewangan antara jantina berlaku adalah disebabkan perbezaan sifat tradisi berkaitan hal kewangan. Sifat kebergantungan golongan wanita kepada golongan lelaki dalam pengurusan keselamatan kewangan menjelaskan sebab literasi kewangan adalah lebih rendah bagi golongan wanita. Hasil dapatan mereka adalah disokong oleh kajian Fonseca et al. (2012) yang mendapati perbezaan jantina dalam literasi kewangan adalah disebabkan berlainan fungsi yang dimainkan dalam sesebuah isi rumah. Pembuat keputusan kewangan pada kebiasaanya terletak pada golongan lelaki. Malah, Ansong dan Gyensare (2012) mendapati kekerapan topik perbualan golongan lelaki lebih banyak menyentuh tentang kewangan berbanding dengan golongan wanita.

Namun terdapat percanggahan hasil dapatan dalam kajian Sabri et al. (2010) yang mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan literasi kewangan mengikut jantina bagi pelajar yang mempunyai tahap pencapaian akademik tinggi. Hasil kajian ini adalah selaras dengan hasil kajian Noor Azizah et al. (2013) mendapati perbezaan literasi kewangan adalah tidak signifikan berdasarkan jantina.

Begitu juga dalam kajian Delafrooz dan Laily (2011) telah melaporkan wanita mempraktikkan tabiat kewangan yang lebih baik berbanding dengan lelaki. Ini ditambah pula dengan kajian Wagland dan Taylor (2009) mendapati perbezaan jantina adalah tidak signifikan dalam meramalkan tahap penguasaan literasi kewangan dalam kalangan pelajar jurusan perniagaan. Malah, golongan wanita didapati berpengetahuan lebih tinggi berbanding dengan lelaki dalam aspek hutang kad kredit. Hasil kajian ini adalah selaras dengan hasil kajian Joo, Grable dan Bagwell (2003) yang mendapati faktor jantina tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan sikap terhadap kad kredit.

Sementara itu, perbezaan antara kumpulan etnik dapat dikesan memberi pengaruh yang berlainan terhadap tahap literasi kewangan (Joo, Grable & Bagwell, 2003; Joo dan Grable, 2006). Jariah et al. (2004) mendapati terdapat 35% pelajar dari kumpulan etnik Sabah dan Sarawak menghadapi masalah

(7)

kewangan sehingga menjejaskan pelajaran mereka. Menurut kajian Abu Bakar, Masud dan Md. Jusoh (2006) mengatakan bahawa golongan Cina cenderung mempunyai pengetahuan yang lebih tinggi tentang pinjaman kewangan. Ini dijelaskan dalam kajian Noor Azina dan Halimah (2008) yang menyatakan golongan Cina mendapat min skor yang lebih baik dalam Pentaksiran Trend International Mathematics and Science Study (TIMSS), 1999.

Perbezaan Faktor Akademik terhadap Literasi Kewangan

Menurut kajian Sulaeman dan Sandi (2012), latar belakang akademik merupakan antara faktor yang mempengaruhi tahap literasi kewangan. Ini kerana literasi sering dikaitkan dengan kognitif seseorang (Lusardi, Mitchell & Curto, 2010). Keupayaan kognitif yang tinggi menunjukkan penguasaan literasi yang tinggi. Oleh itu, pendidikan memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi keupayaan kognitif seseorang (Chen & Volpe, 2002).

Chen dan Volpe (1998) telah menjalankan kajian literasi kewangan terhadap 924 pelajar kolej di Amerika Syarikat. Analisis ANOVA telah dijalankan dan mendapati latar belakang akademik memberi pengaruh yang berbeza terhadap pengetahuan kewangan. Golongan pelajar terdiri daripada jurusan perniagaan didapati lebih berpengetahuan dalam kewangan berbanding dengan pelajar bukan dari jurusan perniagaan. Hasil kajian mereka adalah konsisten dengan hasil kajian lanjutan mereka yang mendapati pelajar dari aliran perniagaan lebih berpengetahuan kewangan berbanding dengan pelajar bukan dari aliran perniagaan (Chen & Volpe, 2002).

Ini ditambah lagi oleh kajian Ansong dan Gyensare (2012) yang mengatakan bahawa pelajar aliran perniagaan lebih memahami konsep kewangan berbanding dengan pelajar bukan dari aliran perniagaan. Faktor fakulti didapati mempunyai hubungan yang positif dengan literasi kewangan (Noor Azizah et al., 2013). Major pengajian merupakan faktor yang penting mempengaruhi tahap literasi kewangan seseorang (Murphy, 2005).

(8)

Perbezaan Faktor Sosioekonomi terhadap Literasi Kewangan

Pengalaman seseorang mempunyai hubungan dengan pengetahuan yang diperolehi (Hilgert & Hogarth, 2003). Sabri et al. (2010) dalam kajian mereka mendapati pendedahan pengalaman kewangan pada usia yang muda memberi pengaruh yang signifikan terhadap perkembangan pengetahuan kewangan. Hilgert dan Hogarth (2003) pula mendapati sebanyak 46 peratus responden dilaporkan belajar kewangan melalui pengalaman sendiri.

Sementara itu, Ansong dan Gyensare (2012) telah melaporkan bahawa pengalaman bekerja mempunyai hubungan yang positif dengan literasi kewangan. Ujian Korelasi dijalankan mendapati semakin banyak pengalaman bekerja seseorang, semakin tinggi tahap literasi kewangan. Hasil kajian mereka adalah konsisten dengan kajian Lursardi dan Tufono (2009) yang mendapati bahawa golongan yang kurang berpengalaman bekerja menunjukkan pengetahuan kewangan yang rendah.

Cude et al. (2006) telah melaporkan bahawa individu mempelajari pengetahuan melalui ibubapa mereka. Anak-anak muda mempelajari pengetahuan perniagaan daripada pengalaman perniagaan yang diperolehi oleh ibubapa mereka. Ibubapa berperanan menyalurkan maklumat kepada anak-anak mereka. Ini kerana penglibatan ibubapa dalam menyalurkan maklumat tambahan kepada anak-anak dipercayai dapat meningkatkan keupayaan kognitif anak-anak mereka (Hoover-Dempsey & Sandler, 1997).

Metodologi Kajian

Kajian ini dijalankan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sampel kajian terdiri daripada kalangan pelajar ijazah sarjana muda. Pelajar ijazah sarjana muda dipilih sebagai sampel kajian kerana mereka merupakan bakal modal insan yang penting dalam menyumbang perkembangan ekonomi negara. Data dikutip menggunakan soal selidik yang diubahsuai dan diadaptasi daripada soal selidik “2008 Survey of Personal Financial Literacy Among College Students” oleh Jumpstart Coalition Survey (2008), soal selidik “Survey of Personal Financial Literacy” oleh Chen dan Volpe (1998), dan soal selidik “Survey of Financial Literacy” oleh Louw, Fouché dan Oberholzer (2013). Sejumlah 258 borang kaji

(9)

selidik telah dikembalikan dan hanya 253 borang kaji selidik lengkap dan dianalisis. Pengukuran literasi kewangan mengandungi 27 item yang terdiri daripada 7 item tentang pengetahuan kewangan am, 8 item tentang pengetahuan simpanan dan pinjaman, 5 item tentang pengetahuan insuran, dan 7 item tentang pengetahuan pelaburan. Setiap item diukur menggunakan lima skala likert, iaitu “sangat setuju”, “setuju”, “kurang setuju”, “tidak setuju” dan “ sangat tidak setuju”.

Hasil Kajian dan Perbincangan Analisis tahap literasi kewangan

Maklum balas responden dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 18.0 telah menghasilkan min literasi kewangan seperti dalam jadual 1.

Jadual 1 Min literasi kewangan

N Minimum Maksimum Min Sishan

Piawai

Literasi kewangan 253 1.259 4.074 2.759 0.4305

Berdasarkan jadual 1 didapati bahawa min literasi kewangan ialah 2.759 dan sisihan piawai ialah 0.4305 dengan minimum ialah 1.259 dan maksimum ialah 4.074. Kajian ini mendapati tahap literasi kewangan dalam kalangan pelajar universiti adalah pada tahap sederhana rendah. Tahap literasi kewangan yang sederhana rendah mungkin disebabkan oleh banyak faktor yang berkaitan, seperti berkemungkinan pelajar universiti kurang didedahkan dengan pengetahuan kewangan. Selain itu, saluran untuk pelajar mendapatkan maklumat tentang kewangan jarang disediakan di sekolah dan universiti. Pengetahuan kewangan yang diperolehi tidak cukup untuk melengkapkan seseorang pelajar untuk menguruskan kewangan dengan berkesan.

Analisis tahap literasi kewangan berdasarkan faktor demografi

Ujian-t dua sampel tidak bersandar telah dijalankan untuk menguji perbezaan min literasi kewangan berdasarkan jantina. Min literasi kewangan bagi kumpulan lelaki ialah 2.839 (N = 72, S.P = 0.433) dan min literasi kewangan bagi kumpulan perempuan ialah 2.727 (N = 181, S.P = 0.426) seperti dalam jadual 2.

(10)

Jadual 2 Analisis perbezaan min literasi kewangan berdasarkan jantina

Kumpulan Bil Min S.P Nilai t Sig. (2

tailed)

Lelaki 72 2.839 0.433

1.876 0.062

Perempuan 181 2.727 0.426

Signifikan pada aras 0.05 (dua hujung) α

Hasil penganalisaan ujian-t dua sampel tidak bersandar menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan min literasi kewangan antara kumpulan pelajar lelaki dengan kumpulan pelajar perempuan (t.05 (251) = 1.876, P

= 0.062). Dapatan kajian ini menyamai dapatan kajian Wagland dan Taylor (2009) yang mendapati perbezaan jantina adalah tidak signifikan dalam tahap penguasaan literasi kewangan dalam kalangan pelajar universiti.

Menurut Sabri et al. (2010), keupayaan akademik pelajar universiti adalah hampir sama bagi pelajar lelaki dan perempuan. Oleh itu, perbezaan tahap literasi kewangan adalah tidak signifikan mengikut jantina dan tempat asal pelajar. Hasil dapatan Sabri et al. (2010) juga selari dengan dapatan kajian ini. Kajian Noor Azizah et al. (2013) juga mendapati perbezaan jantina adalah tidak signifikan dalam mempengaruhi literasi kewangan. Begitu juga hasil kajian Joo, Grable dan Bagwell (2003) mendapati faktor jantina tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan pengetahuan tentang kad kredit.

Namun, hasil dapatan ini adalah bercanggah dengan dapatan kajian yang melaporkan perbezaan jantina adalah signifikan dalam tahap literasi kewangan (Chen & Volpe, 1998; Chen & Volpe, 2002; Volpe, Kotel & Chen, 2002; Ford & Kent, 2010; Lusardi & Tufono, 2009; Lusardi & Mitchell, 2010; Dahliah, Rabitah & Zuraidah, 2009).

Sementara itu, analisis ANOVA satu hala telah dijalankan bagi menguji perbezaan literasi kewangan mengikut kumpulan etnik Melayu,Cina dan lain-lain etnik. Hasil keputusan analisis ANOVA satu hala mendapati terdapat perbezaan yang signifikan skor literasi kewangan mengikut kumpulan etnik (F .01 (2, 250) =

(11)

Jadual 3 Analisis ANOVA perbezaan min literasi kewangan berdasarkan kumpulan etnik

Punca variasi df JKD MKD F Sig.

Antara kumpulan 2 3.470 1.735

10.031 0.000

Dalam kumpulan 250 43.244 0.173

Jumlah 252 46.714

Signifikan pada aras 0.01 (dua hujung) α

Ujian Post Hoc telah dijalankan bagi menentukan perbezaan min literasi kewangan secara berpasangan dengan membandingkan dua kumpulan pada masa yang sama bagi mengelakkan Kesilapan Ralat Jenis 1. Keputusan hasil ujian tersebut seperti ditunjukkan dalam jadual 4. Ujian Post Hoc mendapati perbandingan kumpulan etnik Melayu dengan kumpulan etnik Cina menunjukkan perbezaan yang signifikan pada nilai p< 0.01 (perbezaan min = 0.218). Perbandingan kumpulan etnik Cina dengan kumpulan etnik lain-lain menunjukkan perbezaan yang signifikan dengan nilai p< 0.01 (perbezaan min = 0.340). Manakala perbandingan kumpulan etnik Melayu dengan kumpulan etnik lain-lain menunjukkan perbezaan yang tidak signifikan (p = 0.193).

Jadual 4 Analisis Ujian Post Hoc LSD min literasi kewangan pelajar berdasarkan kumpulan etnik

(I) Kategori kumpulan etnik (J) Kategori kumpulan etnik Perbezaan Min Sig. Melayu Cina -0.218 0.000* Lain-lain 0.122 0.193 Cina Melayu 0.218 0.000* Lain-lain 0.340 0.001* Lain-lain Melayu -0.122 0.193 Cina -0.340 0.001*

*Signifikan pada aras 0.01 (dua hujung) α

Hasil dapatan kajian ini menunjukkan pelajar etnisiti Cina memperoleh min literasi kewangan yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar etnisiti Melayu dan etnisiti lain-lain. Hasil dapatan ini adalah selari dengan kajian Abu Bakar, Masud

(12)

dan Md. Jusoh (2006) yang mendapati bahawa etnisiti Cina cenderung mempunyai pengetahuan kewangan yang lebih tinggi terutamanya dari segi aspek pinjaman. Kajian Noor Azina dan Halimah (2008) pula mendapati golongan pelajar etnisiti Cina mendapat min skor yang lebih baik berbanding dengan golongan etnik yang lain dalam Pentaksiran Trend International Mathematics and Science Study (TIMSS).

Perbezaan etnisiti dalam literasi kewangan juga signifikan dalam kajian-kajian yang dijalankan di luar negara seperti kajian-kajian Joo dan Grable (2006) mendapati bahawa perbezaan etnisiti memberi pengaruh yang berbeza-beza terhadap tingkah laku kewangan. Kajian Joo, Grable dan Bagwell (2003) pula mendapati faktor perbezaan etnisiti adalah signifikan dalam mempengaruhi persepsi pelajar terhadap penggunaan kad kredit.

Analisis tahap literasi kewangan berdasarkan faktor akademik

Ujian-t dua sampel tidak bersandar telah dijalankan untuk menguji perbezaan antara min literasi kewangan kumpulan pelajar jurusan ekonomi dan kumpulan pelajar bukan jurusan ekonomi. Jadual 5 menunjukkan perbezaan min literasi kewangan berdasarkan jurusan pengajian pelajar. Min literasi kewangan kumpulan pelajar jurusan Ekonomi ialah 3.074 (N = 96, S.P = 0.344) dan min literasi kewangan kumpulan pelajar bukan jurusan Ekonomi ialah 2.566 (N = 157, S.P = 0.358). Hasil keputusan ujian-t dua sampel tidak bersandar menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara min literasi kewangan kumpulan pelajar jurusan ekonomi dengan kumpulan pelajar bukan jurusan ekonomi (t.01 (251) =

11.092, P< 0.01).

Jadual 5 Analisis perbezaan min literasi kewangan berdasarkan jurusan pengajian pelajar

Kumpulan Bil Min S.P Nilai t Sig. (2

tailed)

Jurusan Ekonomi 96 3.074 0.344

11.092 0.000

Bukan jurusan Ekonomi 157 2.566 0.358 Signifikan pada aras 0.01 (dua hujung) α

(13)

Hasil dapatan ini adalah menyokong hasil kajian Chen dan Volpe (1998) yang mendapati pengetahuan kewangan bagi pelajar dari jurusan ekonomi dan perniagaan adalah lebih tinggi berbanding dengan pelajar bukan jurusan ekonomi dan perniagaan.

Hasil kajian ini juga selaras dengan kajian Chen dan Volpe (2002) yang melaporkan pengetahuan kewangan pelajar dari aliran perniagaan adalah lebih tinggi daripada pelajar bukan dari aliran perniagaan. Menurut Ansong dan Gyensare (2012), pelajar aliran perniagaan lebih memahami konsep kewangan berbanding dengan pelajar bukan dari aliran perniagaan. Faktor fakulti (Noor Azizah et al., 2013) dan major pengajian (Murphy, 2005) mempunyai hubungan yang positif dengan literasi kewangan.

Analisis tahap literasi kewangan berdasarkan faktor sosioekonomi

Ujian-t dua sampel tidak bersandar telah ditadbirkan bagi menguji perbezaan min literasi kewangan kumpulan pelajar berpengalaman bekerja dan kumpulan pelajar tiada pengalaman bekerja. Min literasi kewangan bagi kumpulan pelajar yang berpengalaman bekerja ialah 2.774 (N = 175, S.P = 0.453) manakala min literasi kewangan bagi kumpulan pelajar yang tiada pengalaman bekerja ialah 2.725 (N = 78, S.P = 0.375). Hasil dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min literasi kewangan pelajar berpengalaman bekerja dengan pelajar yang tiada pengalaman bekerja (t.05 (251) = 0.398, P = 0.398)

seperti yang ditunjukkan dalam jadual 6.

Jadual 6 Analisis perbezaan min literasi kewangan berdasarkan pengalaman bekerja pelajar

Kumpulan Bil Min S.P Nilai t Sig. (2

tailed)

Ada pengalaman 175 2.774 0.453

0.847 0.398

Tiada

pengalaman 78 2.725 0.375

(14)

Kajian ini mendapati min literasi kewangan adalah tidak berbeza antara pelajar yang mempunyai pengalaman bekerja dengan pelajar yang tiada pengalaman bekerja. Hasil kajian ini adalah bertentangan dengan kajian Ansong dan Gyensare (2012) yang mendapati bahawa pengalaman bekerja mempunyai hubungan positif dengan literasi kewangan. Hasil kajian ini juga jelas bertentangan dengan hasil kajian Lusardi dan Tufono (2009) yang melaporkan terdapat hubungan yang kuat antara pengalaman kewangan dengan literasi kewangan seseorang. Begitu juga kajian Chen dan Volpe (1998) mendapati golongan yang kurang berpengalaman bekerja menunjukkan pengetahuan kewangan yang rendah. Hilgert dan Hogarth (2003) dalam kajian mereka telah melaporkan bahawa peratusan yang tinggi individu belajar tentang kewangan melalui pengalaman sendiri.

Ujian-t dua sampel tidak bersandar juga dijalankan untuk menguji perbezaan min literasi kewangan kumpulan pelajar yang ibubapa mereka mempunyai pengalaman perniagaan dan kumpulan pelajar yang ibubapa mereka tiada pengalaman perniagaan seperti dalam jadual 7. Min literasi kewangan kumpulan pelajar yang ibubapa mempunyai pengalaman perniagaan ialah 2.927 (N = 150, S.P = 0.359) dan min literasi kewangan kumpulan pelajar yang ibubapa tiada pengalaman perniagaan ialah 2.515 (N = 103, S.P = 0.409). Hasil analisis ujian-t dua sampel tidak bersandar menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan min literasi kewangan kumpulan pelajar yang ibubapa mereka mempunyai pengalaman perniagaan dan kumpulan pelajar yang ibubapa mereka tiada pengalaman perniagaan (t.01 (251) = 8.466, P< 0.01).

Jadual 7 Analisis perbezaan min literasi kewangan berdasarkan pengalaman perniagaan ibubapa pelajar

Kumpulan Bil Min S.P Nilai t Sig. (2

tailed)

Berpengalaman 150 2.927 0.359

8.466 0.000

Tiada pengalaman 103 2.515 0.409

(15)

Hasil kajian ini menunjukkan min literasi kewangan pelajar yang ibubapa mereka mempunyai pengalaman perniagaan adalah lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang ibubapa mereka tiada pengalaman perniagaan. Hasil kajian ini adalah selaras dengan hasil kajian Cude et al. (2006) yang melaporkan bahawa anak-anak mempelajari pengetahuan perniagaan daripada pengalaman ibubapa mereka. Menurut Cude et al. (2006) lagi, pengaruh keluarga dalam literasi kewangan adalah penting tetapi kompleks kerana ia bergantung kepada tingkah laku kewangan dalam kalangan ahli keluarga. Hoover-Dempsey dan Sandler (1997) pula mendapati penglibatan ibubapa dalam menyalurkan pengetahuan tambahan kepada anak-anak dipercayai dapat meningkatkan keupayaan kognitif anak-anak muda.

Kesimpulan

Kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap literasi kewangan serta membandingkan faktor demografi, faktor akademik dan faktor sosioekonomi pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia terhadap tahap literasi kewangan. Pelajar universiti merupakan sumber modal insan utama dalam membangunkan ekonomi negara. Namun jika tahap literasi kewangan mereka rendah, akan mempengaruhi cara pengurusan kewangan apabila mereka menjejak kaki ke alam pekerjaan. Secara umumnya, kajian mendapati literasi kewangan pelajar universiti adalah pada tahap sederhana rendah. Berdasarkan implikasi kajian adalah disarankan kepada semua pihak terutamanya ibubapa, pihak universiti serta pentadbir pendidikan supaya mencari pendekatan yang sesuai untuk menyalurkan maklumat kewangan kepada anak-anak sebelum mereka masuk ke alam pekerjaan. Hal ini perlu diberi perhatian. Oleh yang demikian, kajian lanjutan bagi mengenalpasti punca-punca kelemahan penguasaan literasi kewangan serta pengaplikasian kaedah yang sesuai perlu dilaksanakan bagi membolehkan usaha menambah baik literasi kewangan dalam kalangan pelajar. Hal ini penting kerana literasi kewangan mempunyai hubungan yang positif dengan tingkah laku kewangan dan tingkah laku kewangan pula berhubungan positif dengan kesejahteraan kewangan.

(16)

Rujukan

Abu Bakar, E., Masud, J., & Md. Jusoh, Z. (2006). Knowledge, attitude and perceptions of university students towards educational loans in malaysia. Journal of family & economic issues, 27: 692-701.

Ansong, A. & Gyensare, M.A. (2012). Determinants of university working-students‟ financial literacy at the university of cape coast, ghana. International journal of business and management, 7(9): 126-133. Anuar Haniff & Mohd Nizal Haniff. (2009). Perancangan Kewangan Hayat.

August publishing Sdn. Bhd.

Bank Komanwel Australia. (2010). Laporan literasi kewangan. Diperolehi daripada laman webhttps://www.commbank.com.au/about-us/download-printedforms/2010 commbank foundation-improving-financial-literacy.pdf pada 14 Mac 2014.

Burnes, K. & Schultz, J. (2000). Older women and private pensions. Massachusetts: National Center for women and aging, Brandeis University.

Chen, H.Y. & Volpe, R.P. (1998). An analysis of personal financial literacy among college students. Financial services review, 7(2): 107-128. Chen, H.Y. & Volpe, R.P. (2002). Gender differences in personal financial

literacy among college students. Financial services review, 11: 289-307.

Cude, B.J., Lawrence, F.C., Lyons, A.C., Metzger, K., LeJeune, E., Marks, L. & Machtmes, K. (2006). College students and financial literacy: What they know and what we need to learn. Kertas kerja dibentangkan di Prosiding Eastern Family Economics and Resource Management Association. Hlm: 102-109.

Dahlia Ibrahim, Rabitah Harun & Zuraidah Mohamed Isa. (2009). A study on financial literacy of Malaysian Degree Students. Cross-cultural communication, 5(4): 51-59.

Delafrooz, N. & Laily Hj. Paim. (2011). Determinants of financial wellness among malaysian workers. African journal of business management, 5(24): 10092-10100.

Fonseca, R., Mullen, K.J., Zamarro, G. & Zissimopoulos, J. (2012). What explains the gender gap in financial literacy? The role of household decision making. The journal of consumer affairs, 46(1): 90-106.

(17)

Ford, M.W. & Kent, D.W. (2010). Gender differences in student financial market attitudes and awareness: An exploratory study. Journal of education for business, 85: 7-12.

Hilgert, M.A. & Hogarth, J.M. (2003). Household financial management: The connection between knowledge and behaviour. Federal reserve bullentin, hlm 309-322.

Hoover-Dempsey, K.V. & Sandler, H.M. (1997). Why do parents become involved in their children‟s education? Review of educational research, 67(1): 3-42.

Jariah Masud, Sharifah Azizah Haron, Mumtazah Othman & Zaimah Ramli. (2010). Pola tingkah laku kewangan pekerja keluarga dwikerjaya. Malaysian journal consumer and family economics, 13(1): 114-124. Joo, S.H. & Grable, J.E. (2006). Students racial differences in credit card debt and

financial behaviours and stress. College student journal, 40(2): 400-408.

Joo, S.H., Grable, J.E. & Bagwell, D.C. (2003). Credit card attitudes and behaviours of college students. College student journal, 37(3): 405-419. Jumpstart Coalition Survey. (2008). Survey of personal financial literacy among college students. Dicapai melalui lama web http://jumpstart.org/survey.html pada 4 March 2014.

Louw, J., Fouché, J. & Oberholzer, M. (2013). Financial literacy needs of south african third-year university students. International business & economics research journal,12(4): 439-450.

Lusardi, A. & Mitchell, O.S. (2008). Planning and financial literacy: How do women fare? American economic review, 98(2): 413-417.

Lusardi, A. & Mitchell, O.S. (2010). How ordinary consumers make complex economic decisions: Financial literacy and retirement readiness. No. W15350. National Bureau of Economic Research.

Lusardi, A., Mitchell, O.S. & Curto, V. (2010). Financial literacy among the young. Journal of consumer affairs, 44(2): 358-380.

Lusardi, A. & Tufono, P. (2009). Debt literacy, financial experiences, and indebtedness. National Bureau of Economic Research, Cambridge. Maarten, C.J., Rooij, V., Lusardi, A. & Alessie, R.J.M. (2012). Financial literacy,

retirement planning and household wealth. The economic journal, 122(560): 449-478.

Mason, C.L.J & Wilson, R.M.S. (2000). Conceptualising Financial Literacy. Occasional paper, 2000:7, Loughborough: Business School,

(18)

Loughborough University. Diperolehi daripada laman web https://dspace.lboro.ac.uk/dspacejspui/ bitstream /2134/2016/3/2000-7.pdf pada 19 April 2014.

Matzek, A.E. & Stum, M.S. (2010). Are consumers vulnerable to low knowledge of long-term care? Family and consumer sciences research journal, 38(4): 420-434.

Murphy, A.J. (2005). Money, money, money: An exploratory study on the financial literacy of black college students. College student journal, 39(3): 478-488.

Noor Azina Ismail & Halimah Awang. (2008). Differentials in mathematics achievement among eighth-grade students in malaysia. International journal of scienceand mathematics education, 6(3): 559-571.

Noor Azizah Shaari, Nur Fadhilah Abu Hassan, Kumar, R., Moona Mohamed & Mior Ahmad Jafri Md Sabri. (2013). Financial literacy: A study among the university students. Interdisciplinary journal of contemporary research in business, 5(2): 279-299.

Nurul Shahnaz Mahdzan & Tabiani, S. (2013). The impact of financial literacy on individual saving: An exploratory study in the malaysian context. Transformation in business & economics, 12(1): 41-55.

Sabri, M.F., MacDonald, M., Hira, T.K. & Masud, J. (2010). Childhood consumer experience and the financial literacy of college students in malaysia. Family and consumer sciences research journal, 38(4): 455-467.

Schmidt, L. & Sevak, P. (2006). Gender, marriage, and asset accumulation in the united states. Feminist economics, 12(1): 139-166.

Shambare, R. & Rugimbana, R. (2012). Financial literacy among the educated: An exploratory study selected university students in South Africa. Thunderbird international business review, 54(4): 581-590.

Sulaeman Rahman Nidar & Sandi Bestari. (2012). Personal financial literacy among university students (Case study at Padjadjaran University, Bandung, Indonesia). World journal of social sciences. 2(4): 162-171. Utusan Online. (2013). 31 Oktober. “Setiap hari 60 orang bankrap di Malaysia”.

Diakses pada 8 April 2014 melalui laman web

http://www.utusan.com.my/utusan/

Dalam_Negeri/20131031/dn_28/Setiap-hari-60-orang bankrap-di-Malaysia---Nancy

Volpe, R.P., Kotel, J.E. & Chen, H.Y. (2002). A survey of investment literacy among online investors. Financial counseling and planning, 13(1): 1-13.

(19)

Wagland, S.P. & Taylor, S. (2009). When it comes to financial literacy, is gender really an issue? The autralasian accounting business & finance journal, 3(1): 13-25.

Zaimah, R., Sarmila, M.S, Azima, A.M., Suhana Saad, Lyndon, N., Mohd Yusof Hussain & Selvadurai, S. (2012). Tingkah laku kewangan guru di bandar baru bangi, Selangor, Malaysia. Malaysia journal of society and space, 8(6): 42-48.

Referensi

Dokumen terkait

Terakhir,  bisnis­bisnis  kuadran  IV  memiliki  posisi  kompetitif  yang  kuat  namun  berada  dalam industry  yang  pertumbuhannya  lambat.  Perusahaan­perusahaan 

Dengan menggunakan akad murabahah yang dalam mekanismenya pola pembiayaan serba-serbi adalah KJKS tidak dapat mengadakan barang secara langsung, maka KJKS menunjuk

Ritual cucurangi adalah ritual penyembelihan hewan yang dilakukan pada hari senin yaitu pada sore hari dan darah hewan tersebut akan dijadikan sesajian untuk para leluhur,

Morfin sangat efektif mengurangi n,eri dada dan merupakan analgesik pilihan dalam tatalaksana n,eri dada pada ST!M%. Morfin dierikan dengan dosis 38+ mg dan dapat

Pada peringkat pendidikan, guru-guru dan pensyarah hendaklah berkemahiran dalam melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran mengikut perkembangan semasa.Seharusnya,

Gardu Distribusi Tenaga Listrik Tipe Terbuka ( Out-door ), dengan memakai kontruksi dua tiang atau lebih yang memiliki kekuatan beban kerja sekurang- kurangnya 500 daN serta

a) Keseluruhan bagian pelengkung menerima tekan, dan gaya tekan ini ditransfer ke abutmen dan ditahan oleh tegangan tanah dibawah pelengkung. Tanpa gaya tarik

Situasi Eropa menjelang Perang Dunia II tidak jauh berbeda dengan situasi menjelang Perang Dunia I. Suasana diliputi ketegangan dan keinginan balas dendam, terutama negara- negara