• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) 2016 KEPADA PELAJAR DAN IPT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) 2016 KEPADA PELAJAR DAN IPT"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

GARIS PANDUAN

PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M)

2016 KEPADA PELAJAR DAN IPT

(2)

Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2016 Kepada Pelajar dan IPT 2

GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA 2016

1. PENDAHULUAN

Pada 23 Oktober 2015, YB Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan I di dalam pembentangan Bajet tahun 2016 telah meluluskan peruntukan sejumlah RM300 juta untuk pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M). Semua 1.2 juta pelajar pra-universiti dan Institut Pendidikan Tinggi (IPT) dijangka menerima manfaat daripada program ini.

2. OBJEKTIF

Pemberian BB1M 2016 adalah bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain itu, inisiatif ini untuk memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.

3. KRITERIA KELAYAKAN

Pelajar yang layak menerima BB1M 2016 ini mestilah memenuhi kriteria seperti berikut :

a) Warganegara Malaysia;

b) Berada di Malaysia dalam tempoh pelaksanaan BB1M 2016;

c) Sedang melanjutkan pengajian dan berstatus aktif pada 31

Disember 2015.

d) Sedang melanjutkan pengajian di Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional (Tahun 3 dan 4), Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia; e) Menuntut di IPT di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi

(KPT) atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akta yang berkuatkuasa; dan

f) Sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa atau separa masa.

(3)

Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2016 Kepada Pelajar dan IPT 3

4. TEMPOH PELAKSANAAN

BB1M 2016 ini sah diguna pakai sehingga 30 Jun 2016.

5. KADAR

Setiap pelajar yang layak akan menerima BB1M 2016 berjumlah RM250.

6. TANGGUNGJAWAB JABATAN

6.1 Kementerian Pendidikan Tinggi

a) Menyedia dan mengedar Surat Siaran dan Garis Panduan Pemberian BB1M tahun 2016;

b) Mengemukakan enrolmen pelajar mengikut IPT kepada Kementerian Kewangan dan Pencetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) bagi tujuan cetakan BB1M 2016;

c) Mengemukakan data pelajar yang layak mengikut IPT kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi tujuan penyelarasan dengan BR1M tahun 2016; dan

d) Membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan pemberian BB1M 2016 mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.

6.2 Agensi Penyelaras

a) Mengemukakan data pelajar yang layak kepada Urus Setia BB1M 2016 di Bahagian Kewangan, KPT;

i. Keseluruhan IPT harus mengemukakan data pelajar yang layak selewat-lewatnya pada 10 Januari 2016. Pihak Urus Setia tidak akan bertanggungjawab di atas kegagalan pihak IPT mengemukakan data tersebut pada tempoh yang telah ditetapkan oleh KPT.

ii. Data bagi pelajar yang berada atau meneruskan pengajian di IPT yang lain/bukan IPT yang asal, perlu dimasukkan dalam data IPT asal pelajar tersebut.

b) Memaklumkan kepada semua pelajar yang layak mengenai pelaksanaan pemberian BB1M 2016;

(4)

Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2016 Kepada Pelajar dan IPT 4

c) Menyelaras pengagihan BB1M 2016 untuk semua

sekolah/kolej/kampus/cawangan di negeri masing-masing

(Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah menyelaras pengagihan BB1M 2016 meliputi Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Agama Negeri (SAN) dan Sekolah Swasta/Persendirian);

d) Memastikan pelajar menandatangani Senarai Akuan Penerimaan/Penolakan BB1M 2016 seperti di Lampiran 1;

e) Mengecap BB1M 2016 dengan cap rasmi IPT pada ruang yang telah ditetapkan;

f) Memastikan pelajar mengisi pada ruangan nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon pada setiap keping BB1M 2016 sebaik sahaja menerima BB1M 2016 tersebut;

g) Menyimpan Senarai Akuan Penerimaan/Penolakan BB1M 2016 dan buku keratan BB1M 2016 bagi tujuan penyemakan dan pengauditan; dan

h) Melaporkan Ringkasan Akuan Penerimaan/Pengagihan BB1M 2016 seperti di Lampiran 2 kepada Urus Setia seperti di Jadual 1:

Jadual 1 PERINGKAT PENDIDIKAN/ INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI AGENSI PENYELARAS

Kolej Matrikulasi Bahagian Matrikulasi (BM) Tingkatan 6 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Institut Pendidikan Guru

(IPG)

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

Kolej Vokasional Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV)

Politeknik Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) Universiti Awam (UA)/

Hospital Pengajar

Pejabat Bendahari/ Pejabat Kewangan

(5)

Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2016 Kepada Pelajar dan IPT 5 i) Agensi Penyelaras hendaklah mengumpul Ringkasan Akuan

Penerimaan/Pengagihan BB1M 2016 di bawah tanggungjawab masing-masing dan mengemukakannya kepada Urus Setia BB1M 2016 di Bahagian Kewangan KPT sebelum 1 Ogos 2016; dan

j) Membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan BB1M 2016 mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.

7. TATACARA PENYALURAN DAN PENEBUSAN BB1M 2016

Tatacara penyaluran dan penebusan BB1M 2016 adalah seperti berikut :

7.1 BB1M 2016 akan dicetak dan diedarkan terus oleh Pencetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) kepada Agensi Penyelaras;

7.2 IPT bertanggungjawab membuat semakan ke atas BB1M 2016 yang diterima dan melaporkan terus kepada Urus Setia BB1M 2016 sekiranya berlaku ketidakcukupan BB1M 2016 yang diterima daripada pihak PNMB; 7.3 IPT perlu mengagihkan BB1M 2016 kepada pelajar selepas mendapat

arahan daripada pihak KPT;

7.4 Pelajar perlu mengisi nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon dengan jelas pada BB1M 2016 semasa menuntut BB1M 2016 di IPT; 7.5 Pelajar juga perlu memastikan BB1M 2016 telah dicap dengan cap rasmi

IPT berkenaan;

7.6 Pelajar perlu menggunakan BB1M 2016 di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini dengan mengemukakan BB1M 2016 dan kad pengenalan;

7.7 Pelajar hendaklah menggunakan kesemua BB1M 2016 bernilai RM250

untuk tujuan pembelian buku-buku akademik, jurnal dan majalah ilmiah serta merangkumi segala jenis bahan bacaan yang memberi manfaat dan berkaitan dengan bidang pengajian pelajar sahaja;

Institut PendidikanTinggi Swasta (IPTS)/ Bahagian Pembangunan Mahasiswa

Bahagian Governans IPTS (JPT)/ Bahagian Pembangunan Mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi

di bawah Kementerian lain/Kerajaan Negeri

Pejabat Kewangan Agensi

(6)

Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2016 Kepada Pelajar dan IPT 6

7.8 Pembelian yang melebihi RM250 adalah di bawah tanggungan pelajar dan tuntutan tambahan tidak boleh dibuat kepada KPT;

7.9 BB1M 2016 tidak boleh dipindah milik, ditukarkan dalam bentuk wang

tunai atau dijualkan kepada pihak ketiga;

7.10 Tempoh sah laku BB1M 2016 adalah enam (6) bulan sahaja sehingga 30

Jun 2016; dan

7.11 Pembelian e-book adalah dibenarkan kepada pelajar tertakluk kepada syarat asas di para 7.7.

8. PELAJAR BERPINDAH ANTARA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

8.1 Pihak IPT hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada IPT asal pelajar mengenai status pemberian BB1M 2016 bagi mengelakkan pertindihan agihan; dan

8.2 Pelajar yang telah berpindah ke IPT yang lain dan belum menerima BB1M 2016, hendaklah menuntut BB1M 2016 di IPT asal pelajar tersebut.

9. KEROSAKAN

9.1 INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

a) IPT perlu memastikan BB1M 2016 yang diterima berstatus baik; b) Sekiranya berlaku kerosakan pada BB1M 2016, pihak

bertanggungjawab perlu memaklumkan kepada pihak Urus Setia BB1M 2016 dan mengemukakan BB1M 2016 tersebut dalam

kadar yang segera bagi tujuan pencetakan semula BB1M 2016 oleh

pihak PNMB; dan

c) Kerosakan BB1M 2016 adalah seperti; I. Nombor siri bertindih;

II. Ketidaksempurnaan dalam pencetakan; dan

III. Lain-lain kerosakan kepada BB1M 2016 yang memerlukan pencetakan semula.

(7)

Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2016 Kepada Pelajar dan IPT 7

9.2 PELAJAR

a) Pelajar hendaklah memastikan BB1M 2016 yang diterima daripada IPT masing-masing berada dalam keadaan yang baik; dan

b) IPT dan KPT berhak untuk menolak sebarang tuntutan pengantian BB1M 2016 sekiranya berlaku sebarang kerosakan disebabkan kecuaian pelajar sendiri.

10. KEHILANGAN/ KECURIAN BB1M 2016 10.1 INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

a) Berikut merupakan tindakan yang perlu diambil oleh IPT sekiranya berlaku sebarang kehilangan atau kecurian BB1M 2016:

i. IPT hendaklah membuat laporan polis dengan segera dalam tempoh masa 24 jam dari masa kehilangan/kecurian diketahui; ii. Mengemukakan laporan kehilangan/kecurian kepada Urus Setia

BB1M 2016 beserta laporan polis dalam tempoh dua (2) hari dari masa kehilangan telah diketahui; dan

iii. BB1M 2016 yang hilang dalam simpanan IPT tidak akan diganti dan pihak IPT perlu bertanggungjawab sepenuhnya.

10.2 PELAJAR

a) Sebarang kehilangan/kerosakan BB1M 2016 selepas pengagihan adalah di bawah tanggungjawab pelajar.

11. KEKURANGAN/LEBIHAN BB1M 2016

11.1 Sekiranya berlaku lebihan BB1M 2016, IPT hendaklah mengembalikannya kepada Urus Setia BB1M 2016 melalui IPT masing-masing sebelum 30 Mei 2016.

(8)

Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2016 Kepada Pelajar dan IPT 8

12. PENYALAHGUNAAN BB1M 2016

12.1 BB1M 2016 yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai atau dijualkan kepada pihak ketiga;

12.2 Setiap pelajar hanya diperuntukan BB1M 2016 berjumlah RM250. Sebarang penebusan melebihi nilai BB1M 2016 yang diperuntukan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Pelajar yang menerima lebih daripada RM250 BB1M 2016 perlu memulangkan lebihan tersebut kepada IPT

12.3 Adalah menjadi tanggungjawab pihak IPT dan Penjual/Pekedai Buku untuk mematuhi tatacara dan prosedur dalam pelaksanaan pemberian BB1M 2016 bagi mengelakkan sebarang penyelewengan dan penyalahgunaan; dan

12.4 Mana-mana pihak atau pelajar yang didapati menyalahgunakan BB1M 2016 ini boleh dikenakan tindakan senaraihitam dan tidak akan

diberikan kemudahan dalam menyertai program BB1M pada masa hadapan.

13. Garis panduan ini tertakluk kepada sebarang pindaan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

14. Garis Panduan ini akan berkuatkuasa sehingga garis panduan baru dikeluarkan.

(9)

Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2016 Kepada Pelajar dan IPT 9

15. URUS SETIA BB1M 2016

15.1 Sebarang urusan surat-menyurat berkenaan BB1M 2016 hendaklah dialamatkan kepada:

Urus Setia BB1M 2016 Bahagian Kewangan,

Kementerian Pendidikan Tinggi Aras 12, No. 2 Menara 2

Jalan P5/6, Presint 5 62200 Putrajaya.

15.2 Untuk pertanyaan lanjut, boleh melalui e-mel ke bb1m@moe.gov.my atau menghubungi di talian Urus Setia BB1M 2016 seperti berikut:

a) Kementerian Pendidikan Tinggi (UA/IPTS/Politeknik/Kolej Komuniti/ Institusi Pendidikan Tinggi di bawah Kementerian/Kerajaan Negeri

i. Urus Setia Baucar Buku 1Malaysia 03-88704361, 03-88705342, 03-88705331

b) Kementerian Pendidikan Malaysia (Sekolah/Kolej Matrikulasi/Kolej Vokasional/Institut Pendidikan Guru)

i. Urus Setia Baucar Buku 1Malaysia 03-88847616, 03-88847081, 03-88847081

(10)

LAMPIRAN 1 SENARAI AKUAN PENERIMAAN/PENOLAKAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) 2016

(Borang ini dikemaskini dan disimpan oleh Institusi Pendidikan Tinggi masing-masing)

NAMA INSTITUSI PENDIDIKAN/SEKOLAH : ... KOD INSTITUSI PENGAJIAN/SEKOLAH : ………...

ALAMAT : ...

NO. TELEFON : ………...….. JUMLAH BB1M 2016 DITERIMA : ...

NO FAKS : ... JUMLAH BB1M 2016 DIAGIH : ...

JUMLAH LEBIHAN / KURANGAN : ………...

BIL NAMA PELAJAR NO. KAD

PENGENALAN MENERIMA / MENOLAK BB1M 2016 TARIKH TERIMA NO SIRI BB1M 2016 TANDATANGAN

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama :

Jawatan : Jawatan :

(11)

RINGKASAN AKUAN PENERIMAAN/PENGAGIHAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) 2016

(Borang ini dikemaskini oleh Institusi Pendidikan Tinggi dan dihantar kepada Agensi Penyelaras)

INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI/ AGENSI PENYELARAS : ALAMAT : NO TELEFON : NO FAKSIMILI :

BIL INSTITUSI PENDIDIKAN/ AGENSI PENYELARAS BB1M 2016 DITERIMA BB1M 2016 DIAGIH LEBIHAN / KURANGAN (NO SIRI) JUMLAH KESELURUHAN

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

Tandatangan Tandatangan

Nama Nama

Jawatan Jawatan

Referensi

Dokumen terkait

Tingkat optimisme konsumen Indonesia menunjukkan penurunan di kuartal ini, yang disebabkan oleh terjadinya penurunan pada tiga indikator yaitu optimisme mengenai prospek

Dengan demikian penatagunaan tanah penting untuk dilakukan karena bisa mensinergiskan antara kegiatan pembangunan (termasuk infrastruktur) dengan rencana tata ruang yang ada

Selain itu bungkil kelapa sawit menjadi bahan baku minyak alkohol dan industri kosmetik.(Ketaren, 1986) Inti kelapa sawit atau Palm Kernel, merupakan buah tanaman kelapa sawit yang

Untuk pengujian dan analisa kualitas jaringan serat optik FTTH dan kualitas penerimaan audio video dengan menerapkan IPTV dalam jaringan serat optik, maka arsitektur IPTV

Berbagai kegiatan kepanitiaan penulis ikuti selama menjadi mahasiswi di antaranya Fieldtrip Gumatika 2009 sebagai Ketua Pelaksana, Bogor Bussiness Simulation and

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengetahui potensi-potensi terjadinya tindakan kekerasan terhadap perempuan yang terjadi di kota Yogyakarta, serta meninjau upaya

Guru meminta siswa untuk mencari contoh dari masing – masing language features yang terdapat dalam teks. Please find the examples of each language features in

Berdasarkan data pada Tabel 2, maka pH optimum untuk memproduksi sistem selulase dari Bacillus circulans strain lokal ini adalah pada pH 9,0 karena pada pH