• Tidak ada hasil yang ditemukan

SYARAT YANG MEMPERMUDAHKAN PENGGUNAAN KO (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "SYARAT YANG MEMPERMUDAHKAN PENGGUNAAN KO (1)"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

82

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini memberi fokus terhadap beberapa aspek yang merangkumi tahap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru dan tahap kewujudan kondisi Ely dalam persekitaran sekolah dari persepsi guru-guru.

Bab ini menerangkan prosedur serta metodologi yang digunakan dalam kajian ini. Ianya dipecahkan kepada bahagian-bahagian berikut: (a) reka bentuk kajian, (b) populasi kajian, (c) penentuan saiz sampel, (d) teknik persampelan yang akan digunakan, (e) pembolehubah yang terlibat dalam kajian, (f) instrumen kajian, (g) kajian rintis yang akan dijalankan, (h) kebolehpercayaan dan kesahan instrumen, (i) prosedur pengumpulan data serta (j) kaedah penganalisisan data.

Reka Bentuk Kajian

(2)

83 2004). Metod ini digunakan secara meluas dalam bidang pendidikan sebagai kaedah untuk mengumpul data.

Berdasarkan rasional yang dijelaskan di atas, maka reka bentuk kajian tinjauan dipilih dalam penyelidikan ini untuk mengkaji tahap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru serta tahap kewujudan kondisi Ely dalam membantu memudahkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

Pembolehubah utama yang digunakan dalam kajian ini ialah penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dan kewujudan kondisi Ely dalam membantu memudahkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Pembolehubah bebas terdiri daripada kewujudan kondisi Ely manakala pembolehubah bersandar adalah tahap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Pembolehubah lain yang turut terlibat dalam kajian ini adalah bidang pengajaran, jenis sekolah, lokasi sekolah, pengalaman mengajar dan latihan yang diterima.

Populasi Kajian

(3)

84 seharusnya melibatkan keseluruhan individu dalam populasi. Walau bagaimanapun, faktor kekangan masa, tenaga dan kewangan seringkali membataskan kemungkinan tersebut. Justeru, kaedah persampelan digunakan untuk mendapatkan maklumat bagi menyelesaikan sesuatu masalah tanpa menggunakan seluruh ahli populasi.

Mohd. Majid Konting (2004) menyatakan bahawa populasi menentukan bidang masalah yang dikaji dan sejauh mana serta sebanyak mana data dan maklumat yang dikumupl dan dianalisis. Menurut beliau lagi, populasi boleh didefinisikan sebagai satu set ciri-ciri yang menunjukkan cerapan atau ukuran tertentu ke atas sekumpulan individu atau objek.

Populasi kajian adalah terdiri daripada guru-guru yang bertugas di sekolah-sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor. Guru-guru tersebut terdiri daripada mereka yang terbabit dengan pengajaran subjek-subjek daripada bidang Sains, Kemanusiaan, Teknikal dan Kemanusiaan.

(4)

85 mendapat banyak pendedahan dari segi latihan dan kemahiran berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, dalam Maklumat Asas Pendidikan 2006, terdapat seramai 25,783 orang guru sekolah menengah di kedua-dua negeri tersebut. Jumlah ini merangkumi mereka yang bertugas di sekolah-sekolah Sekolah Menengah Harian, Sekolah Menengah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Agama, dan Sekolah Menengah Teknik yang mengajar pelbagai bidang atau mata pelajaran.

Penentuan Saiz Sampel

Penggunaan sampel menurut Mohd. Majid Konting (2004) dapat menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan. Beliau menegaskan apa yang penting bagi persampelan ialah ketepatan sesuatu sampel yang dipilih dalam mewakili populasi kajian atau dengan erti kata lain, sampel yang dipilih haruslah dapat memberikan nilai statistik yang boleh digunakan untuk menjangka prameter sesuatu populasi yang diwakilinya.

(5)

86 yang boleh diperolehinya kerana semakin besar sampel yang dicerap, maka semakin ianya mewakili populasi.

Menurut Krejcie dan Morgan (1970), sekiranya populasi kajian menghampiri 30,000 orang, maka jumlah sampel yang sesuai adalah seramai 379. Manakala berdasarkan pengiraan saiz sampel oleh Cochran (1977) pula, bagi populasi seramai 25,783 orang, saiz sampel yang terhasil adalah seramai 400 orang (Lampiran A).

(6)

87

Teknik Persampelan

Prinsip utama yang harus diperhatikan dalam persampelan ialah untuk memperolehi sampel yang benar-benar dapat mewakili populasi yang dikaji. Sampel yang diambil daripada populasi melalui persampelan mestilah tidak pincang. Sekiranya sampel pincang, maklumat yang akan diperolehi daripada sampel juga adalah pincang. Oleh itu, inferens tidak akan dapat dilakukan ke atas populasi berdasarkan maklumat sampel yang pincang. Dan sekiranya inferens tersebut dilakukan juga, bermakna kita telah melakukan kesilapan dalam membuat keputusan bagi menyelesaikan sesuatu masalah (Mohd. Majid Konting, 2004). Bagi mendapatkan sampel yang benar-benar mewakili populasi, kita perlu menggunakan penganggar terbaik bagi populasi. Penganggar terbaik bermaksud penganggar yang mempunyai ralat persampelan yang kecil. Oleh itu, matlamat persampelan adalah untuk mengurangkan ralat persampelan dan untuk mengurangkan ralat persampelan, persampelan secara rawak hendaklah digunakan. Dalam menentukan sampel kajian yang akan dijalankan ini, beberapa teknik persampelan akan digunakan.

(7)

88 setiap strata menjadikan jumlah keseluruhan sekolah yang terpilih sebanyak 16 buah sekolah. Pemilihan empat buah sekolah daripada setiap strata dibuat kerana dengan jumlah tersebut, sudah mencukupi untuk mendapatkan bilangan sampel yang dikehendaki. Bagi setiap sekolah yang terpilih, sampel kajian kemudiannya dipecahkan kepada empat strata bidang pengajaran iaitu Bidang Kemanusiaan, Bidang Sains, Bidang Teknikal dan Bidang Bahasa. Seramai 8 orang guru daripada setiap bidang akan dipilih menjadikan jumlah responden bagi satu sekolah seramai 32 orang. Pemilihan responden dilakukan secara rawak mudah berdasarkan bidang yang diajar. Jumlah sampel kajian adalah seramai 512 orang. Ringkasan persampelan boleh dilihat dalam Jadual 1.

Jadual 1 : Ringkasan Persampelan Kajian

Jenis Sekolah Bilangan Sekolah Keseluruhan Bilangan Sekolah Sampel Bilangan Guru Keseluruhan Bilangan Guru Sampel Sekolah Menengah Biasa

301 4 23,919 128

Sekolah Menengah Berasrama Penuh

12 4 854 128

Sekolah Menengah Agama

4 4 786 128

Sekolah Menengah Teknik

10 4 224 128

(8)

89

Instrumen Kajian

Data untuk kajian ini akan dikumpulkan melalui set soal selidik yang akan disebarkan kepada responden kajian. Penggunaan soalselidik sebagai alat kajian ini digunakan berdasarkan pandangan Mohd. Majid Konting (2004) yang menyifatkan soal selidik sebagai satu cara mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan penyelidikan secara tepat dan benar. Ini kerana gerak balas atau jawapan yang diberi oleh subjek tidak dipengaruhi oleh personaliti dan tingkah laku penyelidik kerana penyelidik tidak hadir sama semasa subjek memberikan tindak balasnya.

Instrumen kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian; Bahagian A merujuk kepada latar belakang responden, Bahagian B mengandungi item-item tentang tahap penggunaan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran dan Bahagian C mengandungi item-item berkaitan kondisi Ely serta kondisi-kondisi lain dalam membantu penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

(9)

90 Bahagian B mengukur tahap pengunaan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran di mana penyelidik membina item-item berdasarkan kepada klasifikasi peggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran yang disarankan oleh Newby et al. (2000). Mereka membahagikan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran kepada tiga kategori utama iaitu (a) komputer sebagai ’guru’, (b) komputer sebagai ’alat’, dan (c) komputer sebagai ’pelajar’.

Untuk menjawab item-item bahagian ini, responden dikehendaki menyatakan kekerapan mereka menggunakan sesuatu aplikasi komputer di sepanjang tahun 2006. Item jenis ini membolehkan penyelidik mendapatkan data yang selanjar dan seterusnya dapat membina sela kelas bagi pembolehubah untuk diberi sesuatu skor atau kuantiti.

(10)

91 Lapan kondisi yang dikemukakan oleh Ely dimasukkan dalam bahagian ini. Setiap kondisi diwakili oleh lima item menjadikan keseluruhan item di bahagian ini sebanyak 40. Item-item diukur dalam bentuk 5 Skala Likert sebagaimana berikut :

(1) Sangat Tidak Setuju (STS) (2) Tidak Setuju (TS)

(3) Tidak Pasti (TP) (4) Setuju (S)

(5) Sangat Setuju (SS)

Daripada 40 item yang dimuatkan dalam bahagian C ini, sebahagiannya dikemukakan dalam bentuk penyataan negatif. Item-item yang terlibat adalah Item-item A3, A5, B3,B5, C4, D1, D4, E2, E5, F2, F3, F4, G1,G3, dan H5 (Rujuk Lampiran E).

Kebolehpercayaan Dan Kesahan Instrumen

(11)

92

Kesahan Instrumen

Mohd. Majid Konting (2004) menyatakan bahawa kesahan sesuatu instrumen itu boleh ditingkatkan sekiranya penyelidik mengambilkira penilaian oleh pihak yang pakar dalam bidang yang hendak dikaji. Ini kerana, pihak pakar akan dapat menentukan sama ada sesuatu item itu benar-benar mewakili bidang yang dikaji.

Dalam menentukan kesahan kandungan instrumen, penyelidik telah mendapatkan pandangan daripada tiga orang pakar dalam bidang Teknologi Pengajaran dan Komputer dalam Pengajaran untuk memastikan sama ada domain-domain yang terkandung dalam instrumen yang akan digunakan mewakili bidang yang dikaji (Rujuk Lampiran C).

Hasil daripada penelitian yang dibuat, terdapat beberapa perubahan kecil yang dicadangkan melibatkan Bahagian A, B dan C. Untuk Bahagian A, penambahan dibuat untuk item kehadiran ke kursus berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Item dibahagikan kepada Kursus Pra-Perkhidmatan (seperti kursus Ijazah Pertama atau Diploma Pendidikan) dan Kursus Dalam Perkhidmatan (seperti Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu). Untuk Bahagian B, beberapa perubahan dibuat iaitu dengan memasukkan contoh-contoh perisian bagi setiap aplikasi seperti PowerPoint dan

Flash untuk Perisian Persembahan, Microsoft Excel dan Lutos 1-2-3

(12)

93 Bahagian C pula melibatkan beberapa olahan semula beberapa item kerana terdapat item yang didapati tidak mengukur kondisi yang dimaksudkan. Untuk tujuan ini, penyelidik merujuk semula kepada definisi operasional yang dikemukakan Ely (1990a, 1999) untuk menghasilkan item yang bersesuaian.

Sebelum kajian rintis dijalankan terhadap kumpulan guru, kesahan muka telah dijalankan di mana penyelidik terlebih dahulu berjumpa dengan dua orang guru dan meminta mereka meneliti setiap satu item dalam instrumen yang telah dibangunkan (Rujuk Lampiran D). Hasil penelitian yang dibuat, terdapat beberapa cadangan yang diterima, termasuk penambahan istilah dalam Bahasa Inggeris kerana menurut guru tersebut, kemungkinan para guru tidak begitu terdedah dengan istilah dalam Bahasa Melayu. Istilah yang terlibat adalah seperti perisian (courseware) dan Helaian Hamparan Elektronik (spreadsheet).

Kajian rintis

(13)

94 menandakan item-item yang tidak dapat difahami atau yang tidak berkaitan dengan ujian yang dijalankan. Hasil daripada ujian rintis, tiada pembetulan atau cadangan yang diterima daripada responden terlibat.

Kebolehpercayaan instrumen

Sesuatu instrumen yang mempunyai nilai kebolehpercayaan dikatakan sebagai alat ukur yang stabil. Ini bermaksud, pengukuran yang dijalankan menggunakan alat ukur itu akan menunjukkan perbezaan atau kesamaan markat yang tekal atau konsisten di antara individu-individu yang sama atau yang lain (Mohd. Majid Konting, 2004). Berdasarkan kajian rintis, nilai kebolehpercayaan item soal selidik ini telah dianalisis menggunakan perisian ”Statistical Package for Social Science” (SPSS) versi 13.00 melibatkan ujian Alpha Cronbach dan Kuder Richardson 20.

Bagi item-item Bahagian B soal selidik berkaitan dengan penggunaan aplikasi komputer sebagai ‘alat’, ‘guru’ dan pelajar’, nilai Pekali KR20

(14)

95 adalah antara .68 hingga .84 (Jadual 3). Menurut Mohd Majid Konting (2004), pekali kebolehpercayaan yang melebihi .60 boleh digunakan. Oleh itu, berdasarkan nilai pekali yang diperolehi tersebut, menunjukkan bahawa item-item tersebut mempunyai nilai kebolehpercayaan yang mencukupi untuk digunakan dalam kajian ini.

Jadual 2 : Keputusan Ujian Pekali KR20 Untuk Item Penggunaan Komputer

Pekali KR20

Aplikasi Komputer Kajian rintis Kajian sebenar

Komputer sebagai ’alat’ .81 .84

Komputer sebagai ’guru’ .79 .83

Komputer sebagai ’pelajar’ .74 .62

Jadual 3 : Keputusan Ujian Pekali Alpha Cronbach Untuk Item Lapan Kondisi Ely

Pekali Alpha Cronbach

Kondisi Ely Kajian

rintis

Kajian sebenar Ketidakpuasan dengan keadaan semasa .85 .81 Ilmu pengetahuan dan kemahiran .92 .84

Sumber yang diperlukan .93 .80

Masa yang diperlukan .73 .68

Ganjaran dan insentif untuk peserta .82 .84 Penglibatan adalah diharap dan

digalakkan

.81 .70

Komitmen daripada mereka yang terlibat .72 .68

(15)

96

Prosedur Pengumpulan Data

Untuk melaksanakan kajian ni, penyelidik telah membuat permohonan bagi mendapatkan kebenaran menjalankan kajian kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran (EPRD) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini diikuti dengan permohonan kepada pihak Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Kebenaran daripada kedua-dua pihak ini adalah perlu bagi membolehkan segala urusan pengendalian kajian dapat dijalankan dengan lancar.

Setelah sampel dipilih, penyelidik menghubungi pihak sekolah yang berkenaan untuk makluman dan seterusnya penyelidik ke sekolah terbabit untuk mengedarkan set soal selidik kepada responden kajian. Masa selama seminggu diberikan untuk membolehkan responden memberi respon kepada item-item saol selidik. Penyelidik kemudiannya ke sekolah-sekolah terbabit sekali lagi untuk mendapatkan semula soal selidik yang telah dijawab.

Kaedah Penganalisisan Data

(16)

97 wujud hubungan yang signifikan antara pembolehubah-pembolehubah yang diuji dalam sesuatu hipotesis. Bertitik tolak daripada dapatan ini juga, penentuan akan dibuat sama ada menerima atau menolak hipotesis yang dibina. Walau bagaimanapun, untuk beberapa ujian ANOVA yang dijalankan, nilai signifikan yang ditetapkan adalah lebih kecil. Ini dilakukan bertujuan untuk mengelakkan berlakunya Ralat Jenis I. Pallant (2006) mengatakan, untuk mengelakkan berlakunya ralat jenis ini, pengubahsuaian Benferroni boleh dilakukan dengan cara membahagikan nilai signifikan (α = .05) kepada bilangan pembolehubah yang terbabit.

Analisis untuk data kajian ini dilakukan menggunakan “Statistical

Package For Social Science” (SPSS) versi 13.0. Menurut Mohd. Majid

(2004) penganalisisan data berstatistik menggunakan perisian pengaturcaraan SPSS dapat menghasilkan pengiraan yang tepat. Kaedah penganalisisan data yang akan digunakan adalah seperti berikut :

Analisis deskriptif

(17)

98 selain kondisi Ely yang membantu meningkatkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Skor min bagi setiap kondisi adalah dari 5.00 (menunjukkan kondisi tersebut dipersepsikan sebagai tidak wujud dalam persekitaran sekolah) sehingga 25.00 (menunjukkan tahap kewujudan yang tinggi daripada persepsi responden). Skor min ini jika ditukar dalam bentuk skala 1 hingga lima akan menghasilkan skor antara 1.00 sehingga 5.00.

Ujian-t

Ujian-t merupakan ujian yang digunakan untuk menentukan perbezaan di antara dua min pembolehubah yang diukur dengan skala sela atau nisbah (Mohd. Majid, 2004). Ujian-t digunakan untuk mengenalpasti :

a) perbezaan kekerapan penggunaan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru berdasarkan lokasi sekolah;

b) perbezaan kekerapan penggunaan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru berdasarkan kehadiran ke Kursus Pra-Perkhidmatan berkaitan;

(18)

99

ANOVA

Analisis varians digunakan sekiranya kajian melibatkan dua atau lebih kumpulan atau pembolehubah bebas. Analisis ANOVA digunakan untuk mengenalpasti :

a) perbezaan kekerapan penggunaan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru berdasarkan bidang pengajaran;

b) perbezaan kekerapan penggunaan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru berdasarkan jenis sekolah;

c) perbezaan tahap kewujudan kondisi Ely berdasarkan bidang pengajaran;

d) perbezaan tahap kewujudan kondisi Ely berdasarkan jenis sekolah.

Ujian Korelasi Pearson

Ujian Korelasi Pearson pula digunakan untuk menganalisa:

a) hubungan antara kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dengan pengalaman mengajar;

b) hubungan antara kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dengan kekerapan menghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan berkaitan;

(19)

100 d) hubungan antara tahap kewujudan kondisi Ely dengan

kekerapan penggunaan komputer; e) hubungan antara kesemua kondisi Ely.

Bagi analisis Korelasi Pearson, kekuatan hubungan antara dua pembolehubah adalah berdasarkan tafsiran nilai pekali yang dikemukakan oleh Cohen (1988) seperti yang digambarkan dalam Jadual 4. Ringkasan analisis data boleh dilihat dalam Lampiran A.

Jadual 4 : Pengelasan Tafsiran Kekuatan Hubungan Pekali Pearson Mengikut Cohen (1988)

Pekali Korelasi (r) Kekuatan Hubungan

.10 - .29 Hubungan yang lemah .30 - .49 Hubungan yang sederhana .50 – 1.0 Hubungan yang teguh Sumber : Cohen (1988)

Kesimpulan

(20)

Referensi

Dokumen terkait