SISTEM SAPAAN DALAM BAHASA
MELAYU
DECEMBER 4, 2012 DARIHAL BAHASA LEAVE A COMMENT
Oleh AWANG SARIYAN
Sistem sapaan bermaksud kaedah yang digunakan oleh sesuatu masyarakat atau bangsa untuk menegur atau menyapa seseorang, baik dalam konteks rasmi mahupun tidak rasmi. Sistem sapaan berperanan sebagai penghubung langsung antara pihak yang menyapa dengan pihak yang disapa. Bentuk sapaan menjadi unsur wacana yang penting dalam pelbagai komunikasi manusia dan perlu digunakan dengan tepat menurut sistem yang diterima oleh masyarakat atau oleh pihak yang diberi wibawa menentukannya.
Amat Juhari Moain dalam bukunya Sistem Panggilan dalam Bahasa Melayu membahagikan sistem sapaan dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:
1. Susunan kata yang digunakan pada masa membuat sapaan dan panggilan, iaitu (a) sapaan yang lengkap dengan kata rujukan kehormat, gelaran atau pangkat yang disandang dan nama peribadi yang lengkap; dan (b) sapaan ringkas yang menyebut nama gelaran dan/atau pangkat dengan atau tanpa nama peribadi.
2. Sebutan senarai orang yang disapa daripada peringkat yang paling kanan hingga peringkat yang di bawahnya.
3. Penggunaan kata ganti nama diri.
Kata ganti nama diri merupakan bentuk yang lebih umum dan lebih kerap digunakan, serta kurang kompleks berbanding dengan bentuk sapaan yang lain. Kata ganti nama diri dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu “kata ganti nama diri pertama”, “kata ganti nama diri kedua” dan “kata ganti nama diri ketiga”.
dapat dikatakan bahawa dalam setiap dialek terdapat kata ganti nama diri yang tersendiri.
___
Rencana ini dipetik daripada Dewan Bahasa, Disember 2012.
KESANTUNAN BAHASA- MUKA 3
Lingkungan Penggunaan Kesantunan Bahasa
Suasana dan Urusan Rasmi
Urusan rasmi merujuk kepada sesuatu majlis atau urusan yang berkaitan dengan pentadbiran kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa dan institusi, termasuk swasta dan pertubuhan.
Suasana rasmi merujuk kepada apa-apa sahaja bentuk majlis yang diadakan oleh atau berkaitan dengan pihak-pihak yang disebut di atas. Antara majlis rasmi yang lazim termasuklah:
1.
Majlis perasmian (pembukaan dan penutupan)
2.
Majlis pelancaran
3.
Majlis sambutan / keraian
4.
Majlis santapan diraja
5.
Majlis jamuan
6.
Majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong / Raja / Sultan
7.
Majlis pengurniaan dan bintang kehormat
8.
Majlis mendatangani perjanjian
9.
Majlis pengisytiharan
10.
Majlis konvokesyen
Urusan rasmi pula lazimnya berkaitan dengan pelaksanaan sesuatu tugas yang berkaitan dengan pihak-pihak yang disebut tadi. Antara urusan rasmi yang lazim ialah:
1.
Surat-menyurat rasmi
2.
Pemakluman
3.
Mesyuarat (menyuarat agung, mesyuarat berkala, mesyuarat
khas)
4.
Seminar dan persidangan
5.
Ceramah
7.
Pengiklanan pentadbiran / pengurusan
8.
Kuliah / pengajaran
9.
Taklimat
10.
Forum.
Dalam semua suasana dan urusan rasmi seperti yang dinyatakan di atas, kesantunan bahasa hendaklah berasaskan ragam bahasa rasmi, iaitu ragam bahasa yang secara maksimumnya mematuhi peraturan-peraturan bahasa baik daripada sudut linguistik, sosiolinguistik mahupun pragmatiknya. Penutur atau penulis untuk majlis rasmi perlu menggunakan bahasa yang baik susunannya serta mematuhi sistem bahasa. Bahasa yang digunakan hendaklah menepati adap sopan yang berkaitan dengan sistem sosial. Sebagai contoh, penggunaan kata ganti dankata panggilan hormat serta pangkathendaklah menurut sistem yang telah disahkan oleh pihak berkuasa. Pemilihan kata, ungkapan, ayat dan gaya hendaklah sesuai dengan bentuk dan taraf sesuatu majlis atau urusanyang berkenaan. Ragam bahasa perlu dirancang supaya sesuai dengan majlis atau urusan agartujuan dan hajat tercapai dan pada waktu yang sama kesantunan bahasa tetap terpelihara.
Suasana dan Urusan Tidak Rasmi.
Suasana tidak rasmi berkaitan dengan sesuatu yang lebih bersifat persendirian, peribadi dan tidak berkaitan dengan kepentingan kerajaan dan instirusi lain.Antara suasana dam urusan tidak rasmi yang lazim termasuklah:
1.
Perbualan (bersemuka atau melalui alat seperti telefon)
2.
Perbincangan biasa
3.
Jual beli biasa
4.
Gurau senda
5.
Catatan peribadi
Komunikasi dalam suasana dan urusan tidak rasmi lazimnya tidak tertakluk terlalu ketat kepada peraturan linguistik. Yang dipentingkan ialah kesalingfahaman. Bahasa badan dan isyarat tangan boleh digunakan untuk menyampaikan maksud.
Begitu juga untuk urusan jual beli di pasar atau di kedai makan masih perlu dijaga kesesuaian penggunaan kata sapaan dan budi bahasa. Dalam keadaan itu lebih baik digunakan sahaja sapaan yang neutral seperti `cik’ atau `saudari’, `encik’ dan `saudara’. Orang tua pula belum tentu sesuai disapa dengan panggilan `pak cik’ atau `mak cik’ kerana ia mungkin tidak gembira disapa dengan cara itu. Maka `encik’ dan `puan’ lebih wajar digunakan untuk menyapa orang berumur yang tidak kita kenal.
Pernah terjadi sorang profesor wanita yang agak berumur disapa oleh seorang pelajar di kawasan kampus dengan panggilan `mak cik’ dan profesor itu berasa tersinggung sehingga komunikasi yang berlaku sesudahnya antara mahasiswa itu dengan beliau menjadi kurang mesra.
Ada pula kisah seorang pegawai kanan yang disapa oleh seorang gadis yang menjual makanan di sebuah restoran dengan panggilan `abang’terus meninggalkan restoran itu kerana tidak selesa dengan sapaan begitu.
KESANTUNAN BERBAHASA
DEFINISI KESANTUNAN BAHASA
Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.
Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.
Kesantunan berbahasa merangkumi pemilihan kata, nada, gerak laku serta gaya dan ragam.
Pemilihan kata mesti sesuai dengan situasi, topik perbincangan dan hubungan antara penutur dengan pendengar.
Nada mestilah rendah dan lembut. "Kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan."
KONSEP KESANTUNAN BERBAHASA
Cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang dengan penuh sopan Timbang rasa yang kita berikan kepada orang yang mendengar pertuturan kita. Contoh: Bahasa yang digunakan untuk menolak permintaan seseorang tanpa mengecilkan hatinya.
Cara sapaan lisan/ bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadap atau tidak berbudi bahasa.
Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.
Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.
Gerak laku haruslah lemah lembut
Gaya dan ragam mestilah tidak mengejek, menyindir, perli atau menempelak. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli, dan sebagainya.
TAKRIFAN KESANTUNAN DARIPADA TOKOH-TOKOH DUNIA
Perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. (Lukoff,1975: 64)
Usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa konflik. (Fraser dan Nolan, 1981: 96)
Perlakuan yang mewujudkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial (Leech, 1983: 104)
Kesantunan ialah usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka. (Brown&Levinson, 1987: 62)
Penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung (Asmah, 2000: 88)
Perlakuan yang diamalkan untuk membina persefahaman. (Bayraktaroglo, 1997: 5)
Takrifan lain tentang kesantunan bahasa:
Held- kesantunan sebagai suatu fenomena bahasa yang boleh dikaji secara empirikal menerusi pemerhatian terhadap komunikasi lisan melibatkan interaksi bersemuka antara penutur dengan pendengar.
Watts et.al- kesantunan ialah perlakuan bahasa yang digunakan untuk mengekalkan keseimbangan hubungan interpersonal dalam kumpulan sosial.
Awang Sariyan(2007)- kesantunan bahasa ialah penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya.
Siti Hajar Abdul Aziz (2009)- kesantunan bahasa ialah cara penggunaan kata dan ujaran secara sopan dan beradab.
RUMUSAN KONSEP KESANTUNAN
Kesantunan merupakan kata-kata atau perlakuan yang:
sesuai
tidak menimbulkan konflik
sentiasa menjaga air muka pendengar ikhlas
merangkumi hubungan antara manusia dengan manusia dan manusia dengan khalik.
Pada umumnya, bahasa yang sopan mempunyai kosa kata yang halus untuk menyampaikan sesuatu mesej atau perasaan seperti ibarat kata bijak pandai;
Yang merah itu saga;
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
KONSEP MUKA
Konsep Muka Goffman:
Muka sebagai nilai sosial yang positif yang dituntut oleh seseorang daripada pihak lain dalam sesuatu interaksi.
Muka ialah imej yang menggambarkan penerimaan sosial yang dikongsi apabila seseorang mempamerkan sesuatu tindakan dan perlakuan yang baik.
Dalam hal ini, peraturan sosial dapat dikekalkan sekiranya setiap individu menghormati hak orang lain seperti kehendaknya menjaga hak sendiri.
Goffman telah mengemukakan pembahagian tugas seseorang untuk menjaga muka kepada dua tugas, iaitu tanggungjawab menjaga muka sendiri dan
tanggungjawab menjaga muka orang lain.
Bagi menunaikan tanggungjawab tersebut, setiap orang boleh bertindak dengan mengelakkan sesuatu keadaan yang mengancam muka. Antara caranya:
(a) Elakkan daripada terlibat dalam sesuatu topik yang akan memalukan sendiri kerana tidak pasti tentang topik tersebut.
(b)Selalu membuat timbang tara bagi mengelakkan malu sendiri ataupun pihak lain.
(c)Tarik diri dan berpura-pura tidak perasan dengan keadaan yang memalukan itu.
Konsep Muka B & L
Memberatkan kehendak muka individu
Muka ialah kehendak asas setiap individu dan kehendak tersebut turut difahami oleh pihak lain.
Konsep Muka Cina
Moa (1994) telah mengetengahkan konsep mianzi dan lian yang menjadi asas pemilihan strategi kesantunan China.
Gu (1988) dan Moa (1989) sependapat dengan Ide dan Matsumoto yang mendedahkan bahawa di kalangan masyarakat Timur, muka itu bukan menjadi hak individu seperti yang diperkatakan oleh B & L.
Mereka berpendapat bahawa muka sama ada di kalangan orang China mahupun orang Jepun menjadi identiti kumpulan sosial dan pendapat tersebut telah menolak pendapat B & L yang menekankan individualisme.
Konsep muka dalam masyarakat Melayu
Muka dalam masyarakat Melayu merujuk kepada air muka (Asmah, 2000: 101) Menjangkau ruang lintup melampaui masa berlangsung sesuatu perbualan. Melibatkan anggota keluarga/ masyarakat.
Merujuk kepada hubungan manusia dengan manusia dan manusia dengan Tuhan.
Dalam sembahyang dibaca doa:
"Sesungguhnya aku menghadap wajahku (mukaku) kepada zat Allah yang menitahkan semua yang ada di langit dan di bumi dengan kecondongan hati serta menyerahkan
diri."
"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada
fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan tidak mengetahui."
(al-Ruum: 30)
"Dan kepunyaan Allahlah timur dan barat, maka ke mana pun kamu menghadap, di situlah wajah Allah. Sesungguhnya, Allah maha luas (rahmat-Nya) lagi maha
mengetahui."
(al-Baqarah: 115)
MODEL KESANTUNAN BAHASA
Model Kesantunan Lakoff (1975)
Jangan memaksa Berikan pilihan
Jadikan pendengar selesa Model Kesantunan Asmah (2000)
Kesantunan Asas: Kesantunan yang sedia ada - sikap berbaik-baik dalam masyarakat.
Kesantunan Berkendala
Siapa yang bercakap? Apa yang dicakapkan?
Di mana percakapan berlaku? Mengapa percakapan berlaku?
Bagaimana cara percakapan disampaikan?
STRATEGI KESANTUNAN ORANG MELAYU
Kategori Strategi Budiman
Strategi ikhlas
Strategi memudahkan Strategi merendah diri Strategi maaf
Kategori Strategi Kerjasama
Strategi penyelesaian Strategi persetujuan Strategi muafakat
Strategi memberi peluang Kategori Strategi Menyenangi
Kategori Strategi Kiasan
Kategori Strategi Berhemah
Kategori Rujukan Sumber (merujuk sunah)
Kategori Strategi Ungkapan Rabbani
Ungkapan salam Bismillah
Kategori Strategi Bukan Bahasa
Senyum Bersalam Duduk Artifak
KESANTUNAN BAHASA DALAM KURIKULUM BAHASA MELAYU
Falsafah Pendidikan Kebangsaan:
"Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harminis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
CONTOH KESANTUNAN DALAM TEKS KOMSAS
Sehijau Warna Daun
(a) Perlakuan bahasa
Memberikan kata nasihat dalam bentuk pujukan.
"Belajarlah nak bersungguh-sungguh. Kita tidak ada harta. Pelajaranlah harta buatmu, nak."
Kata-kata pujian
"...Eh, masih bersih kasut kau tu! Anak yang baik macam tulah,"
Kata panggilan yang sesuai "Rizal nak nasi lagi?" tanya Ramli.
"Tak nak, bang. Ijai dah kenyang," jawab adiknya membahasakan Ijai sebagai nama timang-timangan.
(b) Bukan perlakuan bahasa
Empati
Ramli melihat susuk tubuh ibunya penuh penderitaan.
Air muka/ raut wajah
...wajahnya amat manis, dengan senyuman terukir di bibirnya. Betapa ibunya berusaha benar menyembunyikan penderitaan itu di sebalik senyumannya.
Menunjukkan sikap bertanggungjawab
Rizal, adiknya yang tengah, berulang-ulang kali mengangkat pinggan nasinya untuk melihat kiranya ada nasi yang bertaburan di atas lantai.
Kerusi
"Tapi hakikatnya kita tetap berbeza Jun. Setidak-tidaknya kau guru tetap, lepasan maktab."
"Jun tak suka Fuad merendah diri begitu. Jadilah seorang laki-laki yang berani dan Jun akan mengagumi keberanian itu."
"Aku memang selalu cuba jadi berani, Jun. Kalau aku tak berani, aku tak akan berdepan dengan kau sekarang, anak majikan aku sendiri."
"Ya, Allah, pandulah saya menghadapi musibah ini," "Insya Allah, saya akan datang!"
"Tak mengapa, nak. Engkau sudah sedar, kesatkan air matamu. Lupakan tragedi tu. Tidak ada sebesar huma pun rasa dendam di dalam jiwa saya, nak."
KONSEP PENJAGAAN MUKA SEBAGAI ASAS KESANTUNAN
Merujuk kepada air muka
Berkait rapat dengan maruah diri.
Terdapat pelbagai peribahasa yang berkaitan dengan muka seperti muka tembok, muka papan dan sebagainya. Ini menunjukkan orang Melayu mementingkan malu dan air muka.
Sesuatu perlakuan yang buruk yang mendatangkan malu akan menjejaskan imej sendiri dan juga keluarga.
Sewaktu berinteraksi, orang Melayu ditegah menghina dan merendah-rendahkan peribadi seseorang.
Penggunaan bahasa dan perkataan yang keluar dari bibir hendaklah santun, tidak mengandungi unsur-unsur yang memalukan diri, keluarga dan pihak lain walaupun yang dihujah itu benar.
Mulut boleh mendatangkan malu kepada diri sendiri dan orang lain. Oleh itu, penggunaan mulut perlulah dikawal.
Penjagaan lidah juga penting kerana terdapat peribahasa yang berkaitan dengan lidah seperti lidah bercabang, lidah buaya, dan lidah tidak bertulang.
Percakapan juga tidak boleh berlebih-lebih kerana ini boleh menimbulkan kebosanan orang lain.
Kata-kata menggambarkan hati. Hatilah yang mendorong sesuatu ungkapan yang ditugaskan kepada lidah dan mulut. Oleh itu, hati yang baik akan mengungkapkan bahasa yang santun dan sebaliknya.
Konsep Penjagaan Muka Sebagai Asas Kesantunan Dalam Cerpen:
Cerpen 'Memori Seorang Tua' karya Zahari Affandi, antologi Harga Remaja
"Pak, cantik tak?" laung Jali kepada Pak Itam yang masih terjenguk di jendela.
Penggunaan kata 'pak' menunjukkan Jali menghormati dan menjaga status Pak Itam sebagai seorang yang lebih tua daripadanya.
Cerpen 'Idola' , antologi Harga Remaja
"Saudara berhentilah memuji saya. Sau... saudara pujilah diri saudara sendiri," sambut si hero sambil menancapkan sorot matanya kemas-kemas ke wajah si penjaga
panggung.
Cerpen 'Israk' karya Erda Roslan Khairi, antologi Harga Remaja
"Abang tak mahu pergi kebun? Apa kata abang pergi sebelum abang jadi ahli korporat nanti," kata Mikraj.
"Tak perlu!" Israk menghayun kata-kata.
"Mengapa? Abang takut nyamuk? Agas? Atau seram dengan nyanyian cengkerik? Mengapa abang terlalu berlagak akhir-akhir ini?" Suara Mikraj semakin lama semakin meninggi.
Israk menarik nafas dalam-dalam, dan berkata, "Mengapa kau terlalu menjaga tepi kain orang?"
Perbualan di atas menggambarkan Israk seorang yang tidak menunjukkan kesantunannya ketika bertutur dengan adiknya, Mikraj.
"Jering tempoyak lagi!" rungut Israk.
Terkedu Wah mendengarnya. Hati Wah luruh sedikit. Wah berasa rendah diri, serendah mutiara di lautan. Dipandangnya al-Maidah di atas meja. Itulah yang dimakannya hampir saban hari. Israk sahaja yang tidak mengerti.
Pertuturan di atas menunjukkan Israk tidak menjaga maruah neneknya, Wah kerana dia mengkritik makanan yang disediakan oleh Wah secara terus-terang.
KONSEP KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA
Pengenalan:
Budaya= Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia.
Kebudayaan mempunyai hubungan erat dengan masyarakat.
Menurut Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski, segala sesuatu yang terdapat di dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubungkait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri.
Herskovits seterusnya memandang budaya sebagai sesuatu yang
diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya dan konsep ini disebut sebagai organik lampau (atau ringkasnya superorganik).
Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat.
Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.
Ketika dia dikatakan santun, masyarakat memberikan nilai kepadanya, baik penilaian itu dilakukan secara mendadak mahupun secara konvensional (panjang, memakan waktu lama)
Penilaian kesantunan= bergantung kepada budaya atau perbuatan yang ditakrifkan santun dalam masyarakat masing-masing (KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA)
KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA
Konsep kesantunan tidak harus tertumpu kepada satu-satu bangsa sahaja Konsep kesantunan merentas budaya yang pelbagai
Pemahaman tentang apa yang dikatakan SANTUN dalam pelbagai budaya harus diberi penekanan dalam proses berkomunikasi.
Bila proses komunikasi melibatkan pelbagai budaya= KOMUNIKASI SILANG BUDAYA
Tahap silang budaya boleh diukur berdasarkan pandangan terhadap dunia, kepercayaan dan tingkah laku, sistem kod serta tanggapan terhadap hubungan. Pandangan terhadap dunia ialah kepercayaan terhadap alam semula jadi atau nilai yang dipegang dan ia adalah sukar diubah.
Setiap budaya mempunyai tanggapan masing-masing mengenai apa yang betul atau salah.
Contoh Kesantunan Merentas Budaya
CEO berbangsa Jepun berinteraksi dengan pengurusnya yang berbangsa Cina Malaysia tentang projek perniagaan mereka.
Seorang pakar penasihat kepada Hicom Sdn. Bhd bermesyuarat dengan ahli lembaga pengarah Hicom Sdn. Bhd. Lembaga mesyuarat terdiri daripada orang Malaysia, orang Jepun, orang Kanada dan orang UK.
Segala komunikasi terjadi ini akan lebih secara toleransi serta mencapai matlamat yang maksimum jika amalan menjaga air muka dalam kalangan yang terlibat
lisan/bahasa
pergerakan/tingkah laku mimik muka
KESANTUNAN MELALUI ADAT PERKAHWINAN
ADAT PERKAHWINAN MELAYU
Ia terdiri daripada lapan langkah yang boleh digolongkan kepada tiga peringkat:
Peringkat pertama
Menghantar belanja dan akad
Peringkat kedua
Berandam dan berasah gigi Berinai
Peringkat ketiga
Bersanding Mandi limau
Sambut-menyambut
ADAT PERKAHWINAN INDIA
Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thairumanam Poruttam Paartal dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian.
Langkah-langkah:
Merisik
Kunjungan ke rumah pengantin Ikat janji
Kad jemputan
Penyediaan Thaali (Tjrumaanggalyam) Mukuurtta Kaal
Thirumanan
Pengantin dijemput ke dewan perkahwinan dengan meniris 'panir' (air mawar) Ditandakan photu
Dibawa naik ke atas pelamin Penerusan upacara
Kalungan bunga malai Ikat thali
Keliling api
ADAT PERKAHWINAN CINA
Kedua-dua ibu bapa diberikan tempat duduk.
Pinangan: Ketika ibu bapa seorang anak lelaki menentukan bakal menantu perempuan, mereka akan mencari tukang risik yang kerjanya adalah untuk
mengurangkan konflik.
Pembandingan Hari Jadi: Jika keluarga bakal menantu perempuan tidak membantah terhadap pinangan, tukang risik akan akan membandingkan hari jadi pasangan tersebut.
Harga Pengantin Perempuan(Hadiah Pertunangan): Keluarga anak lelaki akan mengatur tukang risik untuk menyampaikan harga pengantin perempuan (hadiah pertunangan) termasuk surat pertunangan kepada keluarga bakal pengantin
perempuan.