Hegemoni Barat dalam Politik dan Ekonomi
(Kumpulan 13)
Name Student ID
Chan Yu Xuan 1122700355
Nama Pensyarah:
Jadual Kandungan
Pendahuluan... 1
Pengenalan... 2
Definisi Hegemoni... 2
Konsep Hegemoni... 2
Hegemoni Dalam Politik... 3
Pengenalan... 3
Faktor Hegemoni Barat Dalam Politik... 4
CaraCara Hegemoni Barat Diserapkan Dalam Politik... 4
Kesan Hegemoni Barat Dalam Politik... 6
Hegemoni Dalam Ekonomi... 7
Pengenalan... 7
Faktor Hegemoni Barat Dalam Ekonomi... 8
CaraCara Hegemoni Barat Diserapkan Dalam Ekonomi... 9
Kesan Hegemoni Barat Dalam Ekonomi... 10
Hegemoni Dalam Sosial... 11
Kesan Hegemoni Barat Dalam Sosial... 11
-Pendahuluan
Pada era globalisasi ini, perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi yang begitu pesat dan pantas dapat diperlihatkan. Kehidupan manusia menjadi semakin pantas dan kompleks akibat kemajuan proses globalisasi dan dorongan kuat teknologi maklumat dan revolusi komunikasi. Akan tetapi kita telah menyaksikan kemelut kemanusiaan pada saat kritikal dan tragis, wabak penyakit yang menular, terrorisme global, perang saudara yang berterusan dan pelanggaran hak asasi manusia. Sebelum ini, kebangkitan tamadun Barat selepas kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol telah membuka era baru kepasa dasar penguasaan Barat terhadap negara lain
terutamanya negara Islam melalui dasar globalisasi ala-Barat ke seluruh dunia. Inilah hegemoni Barat yang menimbulkan banyak masalah dari pelbagai segi seperti politik dan ekonomi.
Walaupun masyarakat pada masa kini banyak terpengaruh oleh pemikiran hegemoni Barat, kita masih perlu berusaha untuk meminimumkan penjajahan pemikiran Barat dalam segala aspek kehidupan dan tidak sepenuhnya terikat dengan pemikiran Barat. Masyarakat perlulah membina kesepaduan dan kekuatan dalaman berdasarkan persamaan dalam agama, tamadun dan budaya. Hal ini demikian kerana tamadun dianggap bagi melambangkan jati diri dan perlambangan kehidupan masyarakat.
Pengenalan
Definisi Hegemoni
Hegemoni merupakan konsep yang tercutus dari pemikiran Barat. Ia bermaksud penguasaan dominasi atau pemimpininan sesebuah negara atau kumpulan terhadap negara atau kumpulan lain. Hegemoni berasal daripada perkataan Inggeris iaitu Hegemony yang pada asalnya dipinjam daripada bahasa Yunani (Greek) iaitu hegemonia 1 , datangnya daripada kata hegemon 2 yang
bermaksud ketua atau pemimpin. Hegemon pula datangnya daripada kata hegeisthai yang juga bermaksud pemimpin.
Konsep Hegemoni
Konsep hegemoni banyak digunakan oleh ahli sosiologi untuk menjelaskan fenomena terjadinya usaha bagi mempertahankan kekuasaan oleh pihak penguasa3 (Mujahid, 2010). Menurut Fathi
Yakan yang merupakan seorang ulama Islam, hegemoni ialah suatu proses menerima pakai sesuatu yang bersifat antarabangsa: tidak kira dari sudut budaya, sosial, ekonomi dan politik. Ia juga bermaksud pensejagatan segala perkara, meskipun melalui kekerasan dan tidak melalui proses bertahap4 (Yakan, 2002). Menurut Azhar Muhammad & Abdullah Sulong pula, hegemoni
merupakan pengaruh ataupun dominasi sesebuah kuasa yang merangkumi pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, sosial, budaya, ketenteraan, pendidikan, perundangan dan sebagainya. Menurut pemikiran Antonio Gransci, seorang pemikir social berkebangsaan Italia, hegemoni
digambarkan sebagai suatu hubungan yang bersifat ‘monopoli’ dan ‘dominasi’ antara kelas masyarakat atasan dan bawahan dalam sesebuah Negara bangsa. Kelas-kelas yang lebih dominan akan memonopoli[ CITATION Wik151 \l 1033 ] kelas-kelas yang lain dari segi ekonomi, budaya dan moral 5 (Ajwad, n.d).
1 Hegemonia (2015) Wiktionary diperoleh pada April 2015 daripada http://en.wiktionary.org/wiki/hegemonia 2 Hegemon (2015) Wiktionary diperoleh pada April 2015 daripada http://en.wiktionary.org/wiki/hegemon
3 Mujahid, N. F. (2010, March 13). #All About History#. Retrieved from Hegemoni Barat dan Globalisasi:Realiti dan Cabaran: http://noorhistory.blogspot.com/2010/03/hegemoni-barat-dan-globalisasirealiti.html
4 Yakan, F. (2002). Api Kebangkitan Islam dan Cabaran Abad ke-21. Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise.
Hegemoni Dalam Politik
Pengenalan
Pada masa kini, kemerdekaan sesebuah negara tiada makna yang besar selain daripada tampuk pemerintahan telah diserahkan kepada masyarakat tempatan. Hal ini demikian kerana masyarakat yang diumumkan merdeka dalam banyak keadaan yang berkaitan dengan kebebasan membuat keputusan politik terutama pada peringkat antarabangsa, masih lagi tertakluk kepada telunjuk kuasa Barat seperti British, Perancis, dan Amerika Syarikat.
Pada zaman dahulu, penjajahan kuasa Barat hanya membabitkan negeri-negeri tertentu di bawah pengaruh kuasa-kuasa Barat. Sebagai contoh, India yang pernah dijadikan jajahan British, Vietnam di bawah jajahan Perancis, dan Filipina di bawah jajahan Amerika Syarikat. Namun, kini kuasa-kuasa Barat telah mendominasi pada peringkat antarabangsa. Bagi menentukan hala tuju perkembangan politik dunia, beberapa buah kuasa Barat yang besar telah pun memainkan peranan yang amat penting.
Ini berikutan kelumpuhan Soviat Union dan Komunisme, persaingan antara nagara-negara Barat tidak lagi diperlukan sesame meraka untuk mendapatkan pengaruh masing-masing. Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjadi seakan-akan rangka Amerika Syarikat untuk berusaha mencapai objektif-objektifnya. Pemimpin-pemimpin Barat sentiasa menganggap diri mereka sebagai orang yang bersimpati pada penindasan dan ketidakadilan yang wujud di dunia ini. Proses keamanan dilaksanakan oleh PBB di Bosnia Herzegovina dalam usaha melarang keganasan itu berlaturan terutama yang melibatkan nyawa dan maruah umat Islam.
Tambahan pula, North Atlantic Treaty Organization (NATO) dan Organization of Islamic
Conference (OIC) semacam disepitkan apabila berdepanan dengan kuasa-kuasa Barat yang besar itu. Sekiranya terdapat negara-negara Islam yang tiduk sudi tunduk kepala kepada kuasa Barat, maka ia akan diberikan stigma yang negatif dan mereka akan dianggapkan sebagai pusat
kegiatan militant dan pengganas. Di samping itu, kecanggihan senjata nuclear yang dimiliki oleh kuasa Barat tidak dapat dinafikan dan mereka menjual dan membekalkan senjata kepada pihak-pihak tertentu. Maka, mereka digelar sebagai polis dunia dan dibuktikan mereka sudah
Faktor Hegemoni Barat Dalam Politik
Sejak zaman imperialisme Barat6 (abad ke-19), iaitu dasar meluaskan satu-satu empayar dengan
menjajah negara lain, kuasa-kuasa Barat yang besar seperti Britain, Perancis, Amerika Syarikat, Sepanyol, dan Belanda telah bersaing untuk memperluas tanah jajahan mereka demi kepentingan ekonomi mereka. Negara Eropah seperti Belanda dan Britain menggunakan slogan ‘beban orang putih’ kerana mereka berasa bertanggungjawab untuk memimpin orang timur kea rah kehidupan yang lebih baik, manakala negara Perancis pula menggunakan slogan ‘tugas menyebarkan tamadun’ yang bermaksud untuk mentamadunkan orang timur. Tujuan mereka untuk menguasai tanah jajahan kerana mereka menyanjung tinggi terhadap kuasa mempunyai tanah jajahan yang luas. Dengan memperluaskan tanah jajahan mereka, ia dapat meningkatkan imej mereka sebagai kuasa hegemoni di mata dunia secara tidak langsung.
Cara-Cara Hegemoni Barat Diserapkan Dalam Politik
Antara cara penjajahan ideologi adalah sekularisme. Dari istilah politik, sekularisme adalah pergerakan menuju pemisahan antara agama dan pemerintahan. Ia membawa dan mengubah manusia dari agama kemudian dari penguasaan metafizikal ke atas logik akal dan bahasa. Bagi menyebarkan sekularisme di dalam masyarakat dunia, pelbagai cara telah pun digunakan oleh kuasa-kuasa Barat. Matlamat mereka adalah menghapuskan identiti Islam, institusi dan nilai-nilai Islam dalam lingkungan kemasyarakatan melalui media, politik, pendidikan, sosial dan bahasa7.
Sebagai contoh, mereka menghantar pelajar Islam ke negara-negara bukan Islam untuk belajar, mengubah bentuk pemakaian Islam kepada fesyen terkini barat dan menghapuskan undang-undang Islam sehingga hanyalah tinggal undang-undang-undang-undang yang berkaitan nikah kawin (ahwal al-Syakhsiah) atau yang berkait dengan adat kerana ia tidak menggugat kedudukan penjajah Barat.
Di samping itu, penjajah Barat turut mempengaruhi perubahan sosial berorientasikan wanita. Hal ini demikian kerana mereka menyedari bahawa wanita boleh dieksploitasi agar wanita bangkit memperjuangkan hak-hak mereka dengan menimbulkan isu-isu kelemahan wanita. Tambahan pula, mereka juga mengekspoitasikan kaum minoriti dengan sensitiviti agama. Sebagai contoh, mereka menggalakkan kaum Yahudi dan Kristian supaya memperjuangkan hak
6 Imperialisme (2015) Wikipedia diperoleh pada April 2015 daripada http://id.wikipedia.org/wiki/Imperialisme 7 Subri, I. B. (n.d.). Pekan Rabu Alor Setar. Retrieved from Sekular itu … Perancangannya:
mereka dan menekan pentadbiran uthmaniah dalam perlaksanaan undang-undang Islam. Sebagai akibatnya, kaum minoriti ini akan dijadikan sebagai halangan dalam perlaksanaan undang-undang Islam. Oleh itu, kuasa Barat akan mendapat sokongan dari musuh-musuh Islam iaitu Yahudi dan Kristian (Razzaq, 2013).
Seterusnya, cara lain yang digunakan oleh kuasa Barat untuk memperluaskan hegemoni Barat dalam politik ialah melalui peperangan, perjanjian dan pengilhakan. Contohnya, Perang Dingin8
yang merupakan persaingan dan konflik antara blok kapitalis yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan Blok Komunis yang diketuai oleh Soviet Union atau Rusia, supaya mendapat pengaruh. Faktor yang mengakibatkan peperangan tersebut adalah kerana perbezaan ideologi antara kedua-dua blok tersebut. Antara contoh hegemoni Barat dalam politik dunia melalui pengilhakan adalah dasar pengilhakan British di India. Lord William Bentick, Gabenor Jeneral di India, telah mengilhakan wilayah-wilayah seperti Cachar, Coorg dan Mysore 9. Raja Cachar
mangkat tanpa waris dan atas permintaan penduduknya, Lord William Bentick mengilhakan wilayah tersebut pada tahun 1830. Selain itu, Coorg telah diilhakan atas sebab-sebab
penyelewengan dalam pemerintahan rajanya yang zalim dan mewujudkan pentadbiran yang tidak stabil. Mysore juga diilhakan atas sebab-sebab penyelewengan dalam pemerintahan.
Strategi lain yang digunakan oleh Amerika Syarikat adalah menggunakan peluang yang ada hasil daripada krisis-krisis yang wujud di negara-negara tertentu di dunia sebagai pintu masuk untuk menguasai negara tersebut. Contohnya: Negara-negara Teluk, Yugoslavia, Bosnia Herzegovina dan beberapa negara Asia Tenggara. Di samping itu, blok-blok negara seperti Blok Komunis dan Blok Amerika Syarikat diwujudkan. Dalam strategi ini, Barat mengekalkan keunggulan tentera melalui dasar dan perjanjian senjata nuklear , biologi dan kimia yang berat sebelah,
mempromosikan hak asasi manusia dan demokrasi ala Barat dan menjaga integriti negara-negara bangsa Barat dengan menyekat kebanjiran imigran ke Barat. Lagipun, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) diwujudkan selepas perang dunia kedua bagi mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia 10.
8 Perang Dingin (2015) Wikipedia diperoleh pada April 2015 daripada http://id.wikipedia.org/wiki/Perang_Dingin 9 Sa'ad, M. (2 April, 2012). Laman Sejarah. Retrieved from Pengilhakan India dan pengilhakan di Indo-China:
http://cikgusokrisejarah.blogspot.com/2012/04/pengilhakan-india-dan-pengilhakan-di.html 10 Portal 1Klik. (n.d.). Retrieved from Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB):
Lagipun, Amerika Syarikat dan rakan-rakannya terlibat melaksana perancangan mereka sebagai ‘polis dunia’ supaya dapat menguasa Majlis Keselamatan badan dunia. Mereka juga terlibat dalam pelbagai konflik di serata dunia walaupun tidak diundang seperti mengebom manusia yang dikatakan oleh Amerika Syarikat sendiri sebagai fundamentalis, milikan dan radikal (Ajwad, n.d).
Kesan Hegemoni Barat Dalam Politik
Kesan negatif dalam hegemoni Barat ialah system pentadbiran telah menjadi kucar-kacir kerana politiknya tidak stabil (Afifi, 2012). Akibatnya, suasana politik menjadi tidak telus dan tidak bersih. Golongan rasuah terwujud, negara tersebut juga menghadapi keadaan yang tidak aman dan mempunyai kes-kes jenayah seperti kes penipuan dan sebagainya. Di samping itu, negara-negara jajahan tidak mempunyai peluang untuk membuat sesuatu keputusan kerana mereka hendaklah mendapat persetujuan daripada kuasa Barat. Selain itu, kuasa Barat tidak memberikan layanan yang adil kepada negara-nagara jajahan dan hal ini menyebabkan pembangunan negara tersebut tidak dapat dilaksanakan dengan lancar. Tambahan pula, pembersihan etnik, perang saudara yang terus menerus serta perlanggaran hak asasi manusia juga antara kesan negatif dalam aspek politik.
Hegemoni Dalam Ekonomi
Pengenalan
Selepas ketamatan Perang Dingin, kebangkitan ekonomi global menyentuhkan seluruh pelosok dunia dengan kewujudan syarikat-syarikat multinasionalisme seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jepun yang mendahului kebangkitan di Asia. Kuasa Barat berusaha untuk
membentuk masyarakat yang lebih terbuka bersandarkan ekonomi kapitalisme11 dan liberalisme
yang hanya menguntungkan sesebelah pihak sahaja. Meraka juga menetapkan syarat, negara-negara hendaklah melonggarkan peraturan domestik yang merupakan halangan kepada proses globalisasi ekonomi. Hal ini telah menggalakkan proses kerjasama pelbagai hala dan multilateral serta perjanjian dua hala atau bilateral menjadi tidak relevan lagi (Fauzi, 2012).
Di samping itu, kebanyakan negara membangun mempunyai sumber-sumber semula jadi, pengeluaran hasil-hasil perindustrian dan sumber tenaga lain terikat dengan harga pasaran. Mereka mungkin takut kepada kuasa Barat yang besar seperti Amerika Syarikat yang dapat memanipulasi pasaran dunia dan mengakibatkan keturunan harga pengeluaran mereka. Selain itu, oleh sebab kekurangan latihan guna tenaga penuh yang dapat melahirkan buruh pakar, negara-negara membangun dan mundur bergantung kepada negara maju terutama dari segi teknologi.
Sistem ekonomi antarabangsa yang berikutan kapitalisme telah berjaya mengakibatkan barangan dihasilkan dan taraf hidup ditingkatkan. Walaibagaimanapun, masyarakat Malaysia telah gagal melahirkan keadilan sosial. Mata wang Barat seperti Dollar, Pound dan Euro digunakan di seluruh dunia dan menjadi sebuah standard menentukan turun naik nilai mata wang sesebuah negara itu. Penubuhan institusi seperti Bank Dunia merupakan antara usaha kuasa Barat bagi memperluaskan hegemoninya melalui libaralisasi ekonomi serta pasaran.
Mereka tidak lagi berperanan sebagai pengeluar barang mentah, pembekal komoditi utama dan pembeli serta pengguna setia kepada pengeluaran luar tetapi kemiskinan ditambahkan akibat kegawatan ekonomi. Sebagai contohnya, juataan manusia di Indonesia menghilangkan pekerjaan
dan rakyat bagi beberapa negara Timur Tengah dan Benua India telah berhijrah ke Eropah untuk mencari pekerjaan.
Pola dominasi ekonomi disokong oleh institusi-institusi global seperti International Monetary Fund (IMF), Bank Dunia, World Trade Organization (WTO) dan juga negara-negara maju. Golongan ini mencorakkan ekonomi dunia hanya bagi memenuhi kepentingan mereka sebagai negara perindustrian manakala mengabaikan kebajikan negara miskin. Oleh itu, negara
membangun dan mundur tidak dapat mengekalkan pertumbuhan ekonomi tanpa menjalankan perancangan dan strategi yang teliti dan memperlengkapkan diri untuk bersaing dalam pasaran dunia. Ini diakibatkan hasil proses globalisasi yang menyebabkan ekonomi sesebuah negara akan mempengaruhi ekonomi persekitaran melalui kesan jangkitan (Hamid, 2006).
Faktor Hegemoni Barat Dalam Ekonomi
Oleh sebab perkembangan Revolusi Perusahaan di Eropah, Hegemoni Barat pun wujud dari segi ekonomi. Bagi memastikan bekalan bahan mentah seperti getah dan bijih timah yang berterusan kepada perusahaan kilang, kuasa Eropah pun menguasai kawasan seperti negeri-negeri Melayu. Lagipun, kuasa Eropah juga ingin menjadikan kawasan yang dikuasai sebagai tempat pemasaran barangan kilang mereka. Bijih timah amat diperlukan untuk perusahaan mengetin makanan. Bahan mentah seperti getah pula diperlukan untuk menghasilkan tayar-tayar kereta (Portal BTPNKL, n.d). Oleh itu, sasaran mereka ialah benua Asia yang kaya dengan pelbagai bahan mentah yang diperlukan serta mempunyai bilangan penduduk yang ramai.
Sebagai contoh, di negara Myanmar, British ingin menguasai perdagangan kayu jati kerana kayu jati boleh digunakan untuk membina dan membaiki kapal. Walaubagaimanapun, British bimbang saingannya, Perancis akan menguasai Myanmar dahulu, maka British pun menghantar Kapten Michael Symes ke Myanmar untuk berunding dengan Raja Bodawpaya supaya Myanmar menutup pelabukan kepada saudagar Perancis. Namun, Myanmar telah menolak syarat-syarat lain, selain bersetuju untuk menerima seorang Residen British.
Acheh dan Maluku. Di China pula, British memerlukan hasil keluaran China seperti teh dan sutera, untuk diperdagangkan di Eropah. British juga ingin menjadikan China sebagai tempat pemasaran barangannya. Namun, China menjalankan dasar tutup pintu dan perdagangan hanya dijalankan melalui Co Hong melalui pelabuhan Canton.
Cara-Cara Hegemoni Barat Diserapkan Dalam Ekonomi
Antara caranya ialah mengekspoitasi negara-negara membangun yang mempunyai sumber-sumber semula jadi yang kaya. Lagipun, harga pasaran terikat dengan factor penawaran dan permintaan. Selain itu, kuasa Barat mengamalkan ekonomi kapitalisme12 dan liberalisme13.
Kapitalisme adalah system ekonomi di mana perdagangan, industri dan alat-alat produksi dikendalikan oleh pemilik swasta tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan. Liberalisme merupakan suatu ideologi dan pandangan falsafat serta tradisi politik yang mendasar pada kebebasan dan kesamaam hak. Kedua-dua konsep ini menguntung sesebelah pihak sahaja.
Demi menguasai ekonomi dunia, kuasa Barat menghasilkan pelbagai jenis barangan dan menjadikan Barat sebagai pasar dan pelanggan barangan utama dunia. Contohnya, syarikat-syarikat multinasional seperti Coca-Cola, Pepsi, Pizza Hut, KFC, McDonald’s telah
diperkenalkan. Kuasa Barat turut menawarkan bantuan ketenteraan kepada negara-negara yang berperang. Oleh sebab kuasa Barat mendominasi pengetahuan dan perkembangan sains dan teknologi, mereka berupaya mengawal laluan maritime antarabangsa, mampu untuk mengadakan kajian penyelidikan dan pembangunan terknikal terkemuka di dunia.
Di samping itu, Barat juga mengeluaskan kuasa mereka dari segi bahasa komunikasi. Bahasa Inggeris telah menjadi sebagai bahasa komunikasi dunia seperti Negara UK, US dan Kanada. Kadar mata wang yang tidak tetap dan pasaran modal terbuka, spekulasi mula muncul dan membawa kepada manipulasi mata wang dan saham. Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) diperkenalkan untuk menyebarkan globalisasi dan menguasai ekonomi dunia. Ketiga-tiga institusi ini merupakan sistem perbankan antarabangsa bertaraf dunia. Dengan sistem tersebut, kuasa Barat dapat mengawal mata wang dunia iaitu US Dollar yang digunakan sebagai pengukur nilai mata wang antarabangsa. Barat
12 Wikipedia. (n.d.). Retrieved from Kapitalisme: http://id.wikipedia.org/wiki/Kapitalisme 13 Artikelsiana. (n.d.). Retrieved from Pengertian Liberalisme dan Sejarah Liberalisme:
juga ingin menguasai ekonomi dunia melalui pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di semua negara di dunia tanpa kira miskin atau kaya.
Kesan Hegemoni Barat Dalam Ekonomi
Hegemoni Barat dalam ekonomi terdapat pelbagai kesan negatif, iaitu negara-negara membangun dan mundur bergantung kepada negara Barat kerana mereka tidak mahir
menggunakan teknologi yang tinggi dan juga kekurangan tenaga buruh. Selain itu, negara-negara juga tidak dapat keuntungan yang lebih untuk meningkatkan kewangan negara masing-masing serta memberi keperluan seharian kepada rakyat tersebut seperti makanan, pakaian, pendidikan dan sebagainya. Tambahan pula, negara juga terpaksa menanggung hutangan yang berat serta mengatasi kos sara hidup yang tinggi sehingga membebankan rakyat hidup. Walaupun negara-negara membantu negara-negara Barat dalam ekonomi, namun mereka hanya dianggap sebagai pengguna sahaja. Selain itu, negara Barat tidak mewujudkan sosial yang adil kepada negara-negara yang lain.
Walaubagaimanapun, negara Barat telah menghasilkan barangan yang mahir dan meningkatkan taraf hidup negara-negara seperti masyarakat Malaysia. Lagipun, negara Barat telah mencipta teknologi maklumat iaitu teknologi yang mudah dan pantas untuk berhubung melalui pelbagai elektronik. Ini telah memudahkan kehidupan rakyat. Di samping itu, negara Barat juga
Hegemoni Dalam Sosial
Kesan Hegemoni Barat Dalam Sosial
Antara kesan Hegemoni Barat dalam social ialah masyarakat dunia pada masa kini telah banyak melakukan aktiviti harian mereka dengan mengikut cara Barat. Masyarakat menerima pemikiran Barat sebagai satu kebiasaan. Sebagai contoh, kita bekerja 8 jam sehari, iaitu dari pukul 9
sehingga pukul 5 setiap hari dari hari Isnin hingga Jumaat. Sebanarnya, ini merupakan salah satu Hegemoni Barat. Mengikut pemikiran Barat, pekerjaan sepenuh masa merupakan pekerjaan yang memakan masa selama 40 jam seminggu. Masa lebih 40 jam dianggap sebagai overtime. Ahad pula merupakan hari untuk melakukan ibadat mengikut kepercayaan agama Kristian. Apabila kita mengikut system ini secara langsung kita dipengaruhi oleh masyarakat Barat (Ajwad, n.d).
Masyarakat dunia kini lebih mengenali tamadun Barat berbanding tamadun mereka sendiri lalu pincanglah penghormatan diri seseorang individu. Kehidupan social mereka terjejas kerana mereka terlalu taksub mengejar kemewahan dan kesenangan dunia lantas membelakangkan agama mereka sendiri (Fauzi, 2012).
Di samping itu, fesyen pakaian yang secara terang-terangan melanggar hukum sebagai seorang Muslim makin menjadi kegilaan masyarakat Malaysia. Alat-alat solek yang diragui
Penutup
Hegemoni Barat bukan lagi konsep baru yang asing bagi negara kita mahupun negara Timur yang lain. Sebaliknya, ia sudah lama mempengaruhi kita dari dahulu lagi. Kebangkitan Tamadun Barat di negara-negara membangun terutamanya negara Islam telah membuka zaman baru kepada dasar penguasaan Barat terhadap negara lain. Kuasa Barat yang mencorakkan ekonomi negara-negara jajahan mereka hanya demi kepentingan diri sendiri.
Rujukan
Afifi, M. (6 January, 2012). Blogspot. Retrieved from Kesan-Kesan Hegemoni Barat Terhadap Dunia: http://pelangipetang89.blogspot.com/2012/01/kesan-kesan-hegemoni-barat-terhadap.html
Ajwad, M. (n.d.). Scribd. Retrieved from Hegemoni Barat terhadap Rakyat Malaysia: https://www.scribd.com/doc/94381208/Hegemoni-Barat-terhadap-Rakyat-Malaysia-TITAS
Artikelsiana. (n.d.). Retrieved from Pengertian Liberalisme dan Sejarah Liberalisme:
http://www.artikelsiana.com/2015/01/pengertian-liberalisme-sejarah-liberalisme.html#_
Fauzi, F. (6 January, 2012). Blogspot. Retrieved from Jenis-Jenis Hegemoni Barat:
http://pelangipetang89.blogspot.com/2012/01/jenis-jenis-hegemoni-barat.html#comment-form
Hamid, M. L. (2006). Pengajian Tamadun Islam - Edisi Ke-2. In A. Othman, Tamadun Islam dan Globalisasi (p. 346). PTS Professional.
Mujahid, N. F. (13 March, 2010). #All About History#. Retrieved from Hegemoni Barat dan Globalisasi:Realiti dan Cabaran: http://noorhistory.blogspot.com/2010/03/hegemoni-barat-dan-globalisasirealiti.html
Portal 1Klik. (n.d.). Retrieved from Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB): http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/penafian/1229-pertubuhan
Portal BTPNKL. (n.d.). Retrieved from Transformasi Masyarakat: http://btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/sejarah/download/a-3.pdf
Razzaq, H. (27 March, 2013). Blogspot. Retrieved from Sekularisme: http://razzaq81.blogspot.com/
Sa'ad, M. (2 April, 2012). Laman Sejarah. Retrieved from Pengilhakan India dan pengilhakan di Indo-China: http://cikgusokrisejarah.blogspot.com/2012/04/pengilhakan-india-dan-pengilhakan-di.html
Subri, I. B. (n.d.). Pekan Rabu Alor Setar. Retrieved from Sekular itu … Perancangannya: http://pekanrabu.com.my/zubir/sekular.html
Triono, H. I. (n.d.). FIQHISLAM.com - PUSTAKA MUSLIM. Retrieved from Hegemoni Kapitalisme Dunia: http://www.fiqhislam.com/index.php?
Wikipedia. (n.d.). Retrieved from Kapitalisme: http://id.wikipedia.org/wiki/Kapitalisme
Wikipedia. (April, 2015). Retrieved from Imperialisme: http://id.wikipedia.org/wiki/Imperialisme
Wikipedia. (April, 2015). Retrieved from Perang Dingin: http://id.wikipedia.org/wiki/Perang_Dingin
Wiktionary. (April, 2015). Retrieved from Hegemonia: http://en.wiktionary.org/wiki/hegemonia
Wiktionary. (April, 2015). Retrieved from Hegemon: http://en.wiktionary.org/wiki/hegemon