• Tidak ada hasil yang ditemukan

Anda merujuk kepada Anda sebagai Pemegang Polisi/Orang Utama Yang Diinsuranskan. Data Peribadi bermaksud apa-apa maklumat yang berkaitan secara

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Anda merujuk kepada Anda sebagai Pemegang Polisi/Orang Utama Yang Diinsuranskan. Data Peribadi bermaksud apa-apa maklumat yang berkaitan secara"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

WORLD TRAVELLER CARE

POLISI WORLD TRAVELLER CARE

Polisi ini dikeluarkan sejajar dengan pembayaran premium seperti yang ditentukan di dalam Jadual dan menurut kepada kenyataan yang telah dikemukakan di dalam Borang Permohonan (atau semasa permohonan insuran ini) dan segala kenyataan yang telah dibuat oleh pihak Anda pada atau semasa penyerahan Borang Permohonan (atau semasa permohonan insuran ini) dan pada masa perjanjian ini berkuatkuasa. Jawapan dan sebarang pernyataan lain yang Anda berikan akan menjadi sebahagian daripada kontrak insurans antara Anda dan pihak Kami. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat sebarang salah nyata semasa pra-kontrak berhubung dengan jawapan Anda atau di mana-mana pernyataan yang diberikan oleh Anda, hanya remedi yang terdapat di dalam Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 akan diguna pakai.

Polisi ini bertindak atas terma-terma dan syarat-syarat kontrak insurans seperti yang telah dipersetujui antara Anda (Orang Yang Diinsuranskan) dan pihak Kami (Etiqa Insurans Berhad).

KELAYAKAN

Untuk layak mendapat perlindungan di bawah Polisi ini, Anda sebagai Orang Utama Yang Diinsuranskan yang dinamakan di dalam Sijil Insurans dan/atau Jadual hendaklah berumur sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun dan tidak lebih daripada tujuh puluh (70) tahun pada Tarikh Insurans Berkuatkuasa. Kelayakan umur untuk Warga Emas hendaklah sekurang-kurangnya tujuh puluh satu (71) tahun dan tidak lebih daripada lapan puluh (80) tahun pada Tarikh Insurans Berkuatkuasa.

Dengan syarat Anda dilindungi dan tertakluk kepada perlindungan yang dipilih, kelayakan untuk perlindungan juga untuk:

a) Pasangan Sah yang berumur sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun serta tidak lebih daripada tujuh puluh (70) tahun pada Tarikh Insurans Berkuatkuasa; dan

b) Anak-anak Sah sepertimana Definisi Am Polisi.

TUNAI SEBELUM PERLINDUNGAN

Premium hendaklah dibayar penuh dan diterima oleh Kami sebelum Tarikh Insurans Berkuatkuasa. Sekiranya syarat ini tidak dipatuhi maka Polisi ini tidak akan Berkuatkuasa serta menjadi tidak sah/terbatal.

KAWASAN GEOGRAFI PERJALANAN

Kawasan 1 (Domestik) Malaysia.

Kawasan 2 (Negara Asia seperti yang dinyatakan)

Bangladesh, Bhutan, Brunei, Cambodia, China, Filipina, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Laos, Macau, Maldives, Myanmar, Nepal, Pakistan, Sikkim, Singapura, Sri Lanka, Taiwan, Thailand, Timor Leste dan Vietnam.

Kawasan 3 Seluruh dunia kecuali Amerika Syarikat dan Kanada.

Kawasan 4 Seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat dan Kanada.

Untuk Perjalanan ke pelbagai destinasi termasuk transit, Kawasan Geografi Perjalanan yang paling luas akan digunapakai.

PERMULAAN PERLINDUNGAN 1. Manfaat di bawah Seksyen C1 (Pembatalan Perjalanan)

Perlindungan bagi Manfaat ini berkuatkuasa selepas Sijil Insurans dan/atau Jadual dikeluarkan dan berakhir pada permulaan Perjalanan yang dirancang.

2. Manfaat di bawah Seksyen-seksyen Lain

a) Perjalanan di dalam Kawasan 1 (Domestik) – Perlindungan bermula dari Tarikh Insurans Berkuatkuasa pada jam 12:01 pagi waktu Malaysia dan berakhir pada akhir Perjalanan sebagaimana yang didefinisikan di bawah Perjalanan.

b) Perjalanan di dalam Kawasan 2, 3 dan 4 (Antarabangsa) – Perlindungan bermula enam (6) jam sebelum waktu berlepas dan tarikh seperti yang dinyatakan di dalam tiket Perjalanan dan berakhir pada akhir Perjalanan sebagaimana yang didefinisikan di bawah Perjalanan.

LANJUTAN AUTOMATIK TEMPOH INSURANS

Sekiranya Orang Yang Diinsuranskan, sebagai penumpang bertiket menaiki Kenderaan Awam berjadual, dihalang daripada menyempurnakan Perjalanan pulang daripada Perjalanan yang dirancang semasa Tempoh Insurans, akibat daripada:

a) Orang Yang Diinsuranskan mengalami Kecederaan Tubuh Badan Serius atau Penyakit Serius; atau

b) Penangguhan Perjalanan yang tidak dapat dielakkan di mana Orang Yang Diinsuranskan menggunakan Kenderaan Awam berjadual akibat mogok atau tindakan industri, keadaan cuaca yang buruk, Pengangkutan Awam mengalami kerosakan atau kerana pesawat udara dihalang membuat penerbangan kerana kerosakan mekanikal atau struktur;

semasa Perjalanan, Tempoh Insurans akan dilanjutkan secara automatik sehingga tujuh (7) hari berturut-turut tanpa premium tambahan dengan syarat dokumen-dokumen berkaitan dikemukakan sebagai bukti kepada Kami.

DEFINISI AM

Melainkan dinyatakan atau ditakrifkan sebaliknya, definisi dengan tafsiran yang dinyatakan di bawah, akan digunapakai kepada Polisi ini.

Anak-anak Sah bermaksud anak-anak yang sah di sisi undang-undang termasuk anak-anak tiri dan/atau anak-anak angkat yang sah:

a) Berumur sekurang-kurangnya empat puluh lima (45) hari dan tidak melebihi umur lapan belas (18) tahun (atau tidak melebihi dua puluh tiga (23) tahun sekiranya masih belajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf) pada Tarikh Insurans Berkuatkuasa;

b) Bergantung sepenuhnya kepada Anda atau kepada Pasangan Sah Anda untuk bantuan kewangan; dan c) Belum berkahwin.

(2)

Anda merujuk kepada Anda sebagai Pemegang Polisi/Orang Utama Yang Diinsuranskan.

Data Peribadi bermaksud apa-apa maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada Anda dan meliputi mana-mana individu yang data peribadinya telah dikemukakan oleh Anda, yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat itu atau daripada maklumat tersebut dengan maklumat lain dalam milikan Kami, termasuk mana-mana data peribadi sensitif dan penyataan pendapat tentang Anda dan individu tersebut.

Bagi tujuan penjelasan, data peribadi Anda mungkin boleh diberikan kepada Kami oleh pihak ketiga yang berkuasa.

Kami (Syarikat) bermaksud Etiqa Insurance Berhad (9557-T) dan penyedia perkhidmatan Talian Khidmat Bantuan Perjalanan dan Perubatan 24 Jam yang dilantik oleh Etiqa Insurance Berhad (9557-T).

Hilang Upaya Kekal Menyeluruh bermaksud bahawa Orang Yang Diinsuranskan tidak berupaya untuk melaksanakan apa-apa kerja, pekerjaan atau profesion untuk upah, pampasan atau keuntungan, semata-mata akibat Kemalangan, tanpa peluang untuk pulih berdasarkan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

Hospital bermaksud institusi berdaftar di bawah penyeliaan pakar perubatan, ditubuhkan dengan tujuan untuk menyediakan rawatan dan penjagaan kepada pesakit yang sakit atau cedera di atas katil berbayar, dan mempunyai kemudahan untuk:

a) Perkhidmatan kejururawatan dua puluh empat (24) jam oleh jururawat berdaftar dan berijazah; dan b) Diagnosis dan pembedahan utama.

Hospital secara jelasnya bukan:

a) Sebuah klinik;

b) Rumah pemulihan, penjagaan atau rehat pulih;

c) Pusat pemulihan untuk penagih alkohol atau dadah; atau d) Rumah untuk orang tua atau uzur.

Keadaan Perubatan Kritikal bermaksud keadaan perubatan yang dialami oleh Orang Yang Diinsuranskan akibat daripada Kecederaan Tubuh Badan atau Penyakit, yang boleh mengancam nyawa seperti yang ditentukan oleh Pengamal Perubatan yang ditetapkan oleh Kami.

Keadaan Sedia Ada bermaksud Penyakit yang mana Orang Yang Diinsuranskan dianggap mempunyai pengetahuan munasabah, berdasarkan mana- mana yang berikut berlaku sebelum Tarikh Insurans Berkuatkuasa:

a) Orang Dilindungi telah menerima atau sedang menerima rawatan;

b) Nasihat perubatan, diagnosis, penjagaan atau rawatan telah disyorkan;

c) Gejala yang jelas dan nyata dapat atau telah dilihat dengan ketara; atau

d) Kewujudannya jelas kepada orang yang berfikiran waras dalam keadaan tersebut.

Kecederaan Tubuh Badan bermaksud kecederaan tubuh badan yang dialami oleh Orang Yang Diinsuranskan yang disebabkan semata-mata dan secara langsung daripada Kemalangan (termasuk sebagai hasil langsung daripada pendedahan kepada unsur-unsur) dan tidak termasuk keuzuran, Penyakit, parasit, jangkitan bakteria atau virus atau mana-mana keadaan yang berlaku secara semula jadi atau proses degeneratif.

Kecederaan Tubuh Badan Serius atau Penyakit Serius apabila merujuk kepada Orang Yang Diinsuranskan, adalah keadaan yang memerlukan rawatan daripada Pengamal Perubatan dan yang menyebabkan Orang Yang Diinsuranskan disahkan oleh Pengamal Perubatan tidak sihat untuk mengembara atau meneruskan Perjalanan yang dirancang. Apabila merujuk kepada Keluarga, ia bermaksud Kecederaan Tubuh Badan atau Penyakit yang disahkan oleh Pengamal Perubatan sebagai berbahaya kepada kehidupan Keluarga tersebut dan yang menyebabkan pemberhentian atau pembatalan Perjalanan yang dirancang.

Kehilangan Anggota Badan bermaksud hilang upaya fungsi atau kecacatan yang disebabkan oleh pemotongan fizikal yang lengkap dan kekal antara pergelangan tangan dan bahu, atau antara buku lali dan pinggul.

Kehilangan Penglihatan bermaksud kehilangan keseluruhan dan kekal bagi semua penglihatan pada mata menyebabkan Orang Yang Diinsuranskan benar-benar buta dan tidak dapat dipulihkan dengan rawatan pembedahan atau lain-lain.

Kehilangan Pertuturan dan Pendengaran ertinya kehilangan sepenuhnya dan tidak dapat dipulihkan dengan rawatan pembedahan atau lain-lain.

Keluarga bermaksud kepada Pasangan Sah Orang Yang Diinsuranskan, ibu bapa, ibu bapa mertua, datuk, nenek, anak-anak sah, abang atau kakak, semua yang tinggal di Malaysia.

Kemalangan bermaksud kejadian yang ganas, tidak dirancang, tidak dijangka, luaran dan jelas kelihatan secara langsung, serta bebas daripada apa- apa sebab lain dan menjadi punca tunggal Kecederaan Tubuh Badan.

Kemasukan ke Hospital bermaksud kemasukan Orang Yang Diinsuranskan ke Hospital sebagai pesakit berdaftar untuk rawatan Kemalangan atau Penyakit dengan rujukan oleh Pengamal Perubatan. Orang Yang Diinsuranskan dikehendaki tinggal di Hospital selama tempoh Kemasukan ke Hospital.

Kenderaan Awam bermaksud mana-mana kenderaan darat, jalan air pedalaman, laut atau udara yang beroperasi di bawah lesen untuk pengangkutan penumpang yang membayar tambang dan yang telah ditetapkan dan ditentukan laluan sahaja. Ia tidak termasuk teksi, helikopter dan perkhidmatan limosin. Motosikal sebagai mod pengangkutan dikecualikan untuk Perjalanan dalam Kawasan 1 (Domestik).

Manfaat bermaksud manfaat seperti yang dinyatakan dalam Polisi, Sijil Insurans, Jadual dan/atau Endorsemen, dibayar oleh Kami di bawah terma- terma, pengecualian dan syarat Polisi ini bagi setiap kejadian atau kerugian yang dilindungi oleh Polisi ini.

Orang Utama Yang Diinsuranskan bermaksud Anda (Pemegang Polisi) yang dinyatakan di dalam Sijil Insurans dan/atau Jadual.

Orang Yang Diinsuranskan bermaksud Anda dan/atau Pasangan Sah Anda dan/atau Anak-anak Sah Anda tertakluk kepada perlindungan yang Anda pilih untuk Polisi ini.

Pasangan Sah bermaksud pasangan suami isteri yang melalui perkahwinan yang sah di sisi undang-undang. Bagi tujuan Polisi ini, perkahwinan common law tidak dikira perkahwinan sah kecuali seperti yang diupacarakan mengikuti peruntukan-peruntukan di bawah Akta Membaharui Undang- undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976.

Pelan

a) Pelan Individu & Pasangan merujuk kepada Anda dan Pasangan Sah Anda sahaja. Hanya seorang (1) Pasangan Sah sahaja yang layak diinsuranskan di bawah Polisi ini.

b) Keluarga merujuk kepada Anda, Pasangan Sah Anda dan Anak-anak Sah Anda. Hanya seorang (1) Pasangan Sah sahaja yang layak diinsuranskan di bawah Polisi ini. Tiada had bagi jumlah Anak-anak Sah yang diinsuranskan di bawah Polisi ini.

Pemendekan Perjalanan bermaksud menghentikan Perjalanan dan pulang ke Tempat Tinggal di Malaysia bagi Perjalanan yang dirancang setelah tiba di destinasi seperti yang tertera dalam bil tempahan disebabkan oleh:

a) Orang Yang Diinsuranskan mengalami Kecederaan Tubuh Badan Serius atau Penyakit Serius;

b) Kematian, Kecederaan Tubuh Badan Serius atau Penyakit Serius yang menimpa Keluarga;

c) Rampasan kapal terbang di mana Orang Yang Diinsuranskan berada di dalamnya sebagai penumpang;

d) Bencana alam yang menghalang Orang Yang Diinsuranskan daripada meneruskan Perjalanan yang dirancang;

e) Tindakan Pengganas; atau

f) Kebakaran atau bencana alam yang menyebabkan kerosakan serius kepada tempat kediaman Anda di Malaysia.

(3)

Laporan perubatan hendaklah diperoleh daripada Pengamal Perubatan yang merawat Orang Yang Diinsuranskan atau Keluarga yang mengesahkan Kecederaan Tubuh Badan Serius atau Penyakit Serius.

Pengamal Perubatan bermaksud doktor, pakar perubatan, pakar bedah, atau pakar, dan digunakan untuk merujuk kepada pakar perubatan yang berdaftar untuk mengamalkan perubatan barat, yang semasa memberikan rawatan itu, mengamalkannya mengikut skop pelesenan dan latihannya di kawasan geografi amalan di mana rawatan disediakan dan yang bukan Orang Yang Diinsuranskan.

Penyakit bermaksud keadaan fizikal yang ditandakan dengan penyimpangan patologikal daripada keadaan kesihatan normal seperti yang disahkan oleh Pengamal Perubatan.

Perbelanjaan Pembatalan bermaksud kehilangan deposit atau caj bagi bayaran pendahuluan untuk Perjalanan atau penginapan atau caj lain yang belum atau tidak akan digunakan tetapi tidak boleh dikembalikan atau perlu dibayar di bawah kontrak.

Perjalanan bermaksud:

1. Antarabangsa (ke kawasan Perjalanan di dalam Kawasan 2, 3 atau 4)

Perjalanan bermula enam (6) jam sebelum waktu berlepas untuk Perjalanan langsung yang telah ditempah ke tempat berlepas di Malaysia, dan tamat pada mana-mana keadaan berikut yang berlaku terlebih dahulu:

a) Enam (6) jam selepas masa ketibaan yang telah ditempah di destinasi terakhir di Malaysia;

b) Sejurus tiba di Tempat Tinggal Anda di Malaysia; atau c) Tamat Tempoh Insurans yang dinyatakan dalam Polisi.

2. Domestik (Kawasan Perjalanan di dalam Malaysia)

Perjalanan bermula dari jam 12:01 pagi waktu Malaysia dari Tarikh Insurans Berkuatkuasa dan tamat pada mana-mana yang berikut yang berlaku terlebih dahulu:

a) Sejurus tiba di Tempat Tinggal Anda di Malaysia; atau

b) Tamat Tempoh Insurans pada jam 23:59 malam waktu Malaysia, pada tarikh yang dinyatakan di bawah Polisi.

Tempoh di bawah "Satu Perjalanan" tidak boleh melebihi:

a) Tiga puluh (30) hari berturut-turut untuk Perjalanan di dalam Kawasan 1; atau

b) Sembilan puluh (90) hari berturut-turut untuk Perjalanan ke, dan dalam Kawasan Perjalanan selain daripada Kawasan 1;

dari tarikh permulaan Perjalanan itu.

Perjalanan sehala adalah tidak dibenarkan.

Pihak Menuntut bermaksud orang yang mengemukakan tuntutan untuk kos yang ditanggung.

Rampasan bermaksud penyitaan dan mengambil alih kawalan Kenderaan Awam secara menyalahi undang-undang dari krew yang tetap dengan menggunakan atau mengancam untuk menggunakan keganasan.

RM merujuk kepada Ringgit Malaysia, matawang Malaysia.

Sebab Yang Dinyatakan bermaksud:

a) Orang Yang Diinsuranskan meninggal dunia atau jatuh sakit atau mengalami Kecederaan Tubuh Badan menyebabkan dia tidak berupaya untuk meneruskan Perjalanan berdasarkan pengamatan Pengamal Perubatan;

b) Kematian atau Kecederaan Tubuh Badan atau Penyakit yang menimpa Keluarga yang memerlukan Kemasukan ke Hospital;

c) Kuarantin wajib, tugas juri, sepina atau penculikan Orang Yang Diinsuranskan;

d) Pembatalan perkhidmatan Kenderaan Awam yang dijadualkan berikutan mogok, rusuhan atau kekecohan awam;

e) Berikutan nasihat dan/atau amaran kerajaan Malaysia atau kerajaan negara destinasi mengisytiharkan keadaan yang tidak selamat untuk Perjalanan atau melalui oleh media massa am;

f) Bencana alam yang menghalang Orang Yang Diinsuranskan daripada meneruskan Perjalanan yang dirancang; atau

g) Kediaman Orang Yang Diinsuranskan menjadi tidak boleh didiami berikutan kebakaran, ribut atau kejadian banjir yang mana kehadiran Orang Yang Diinsuranskan adalah diperlukan di premis pada tarikh berlepas yang dijadualkan seperti yang dinyatakan di atas tiket Perjalanan.

di mana, untuk perenggan (a) sehingga (f), kejadian yang disebut berlaku dalam tempoh tiga puluh (30) hari sebelum tarikh berlepas yang dijadualkan seperti yang dinyatakan di dalam tiket Perjalanan, dan untuk perenggan (g), kejadian berlaku dalam tempoh tujuh (7) hari sebelum tarikh berlepas yang dijadualkan seperti yang dinyatakan di dalam tiket Perjalanan.

Setiap Hari Kemasukan ke Hospital ditakrifkan sebagai hari di mana Hospital mengenakan bayaran untuk bilik dan makanan kepada Orang Yang Diinsuranskan untuk kemasukan sebagai pesakit dalam bagi tempoh sekurang-kurangnya dua puluh empat (24) jam atas syor daripada Pengamal Perubatan.

Sijil Insurans bermaksud sijil Insurans yang digabungkan dan membentuk sebahagian daripada Polisi ini.

Tarikh Insurans Berkuatkuasa bermaksud tarikh berkuatkuasa dalam Sijil Insurans dan/atau Jadual.

Tempat Tinggal bermaksud tempat kediaman biasa Anda di Malaysia.

Tempoh Insurans bermaksud tempoh semasa perlindungan di bawah Sijil Insurans ini berkuatkuasa, seperti dinyatakan di dalam Sijil Insurans dan/atau Jadual.

Tindakan Pengganas bermaksud tindakan, atau tindakan-tindakan, oleh seseorang atau kumpulan, yang dilakukan atas tujuan politik, agama, ideologi atau yang seumpamanya dengan niat untuk mempengaruhi mana-mana kerajaan dan/atau untuk membuat orang awam atau sebahagian orang awam, dalam ketakutan. Keganasan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penggunaan sebenar kekerasan atau keganasan dan/atau ugutan penggunaan tersebut. Tindakan Pengganas tersebut dilakukan secara bersendirian atau bagi pihak, atau yang berkaitan dengan mana-mana organisasi atau kerajaan. Keganasan hendaklah juga termasuk apa-apa perbuatan yang disahkan atau diiktiraf oleh kerajaan (yang berkaitan) sebagai tindakan Pengganas.

(4)

PERLINDUNGAN DAN MANFAAT

Jumlah Manfaat Anda ditentukan oleh pelan yang telah Anda pilih seperti dinyatakan di dalam Jadual Polisi ini.

Seksyen / Manfaat, bagi setiap Perjalanan

Jumlah Manfaat (RM)

Domestik Antarabangsa

Perak Emas Platinum

Seksyen A – Kematian atau Hilang Upaya Kekal akibat dari mana-mana satu Kemalangan/kejadian A1. Kematian atau Hilang Upaya Kekal Akibat Kemalangan

Sekiranya, dalam Tempoh Insurans, semasa Orang Yang Diinsuranskan dalam Perjalanan yang dirancang, Orang Yang Diinsuranskan mengalami Kecederaan Tubuh Badan yang mengakibatkan Kematian atau Hilang Upaya Kekal, dalam masa lima puluh dua (52) minggu dari tarikh Kemalangan, Kami akan membayar kadar Jumlah Manfaat yang berkaitan seperti yang dinyatakan di bawah:

a) Setiap Dewasa;

b) Setiap Anak-anak;

c) Setiap Warga Emas; atau

d) Setiap Keluarga – bayaran maksimum bagi mana-mana satu Kemalangan di bawah pelan Keluarga.

Kadar Jumlah Manfaat Dibayar 1. Kematian Akibat Kemalangan 2. Hilang Upaya Kekal Menyeluruh

3. Kehilangan Kekal dan Menyeluruh Pertuturan dan Pendengaran 4. Kehilangan penglihatan pada kedua-dua belah Mata

5. Kehilangan penggunaan Dua (2) Anggota Badan 6. Kehilangan penggunaan Satu (1) Anggota Badan 7. Kehilangan penglihatan pada satu (1) Mata 8. Kehilangan Kekal Pertuturan

9. Kehilangan Kekal dan Menyeluruh bagi Pendengaran:

a) Kedua-dua Telinga; atau b) Sebelah Telinga.

Syarat-syarat untuk Seksyen A

Apa-apa kerugian tertentu yang berlaku di mana ganti rugi perlu dibayar di bawah Seksyen A1(1) sehingga A1(5), akan menamatkan semua perlindungan di bawah Polisi ini, tetapi penamatan sedemikian hendaklah tanpa menjejaskan apa-apa tuntutan lain yang berpunca daripada Kemalangan yang sama yang menyebabkan kehilangan tersebut.

Manfaat maksimum yang dibayar di bawah Seksyen A adalah terhad kepada 100% daripada Jumlah Manfaat dan tiada Manfaat hilang upaya separa akan dibayar.

50,000 10,000 50,000 150,000

100%

100%

100%

100%

100%

50%

50%

50%

50%

20%

50,000 10,000 50,000 150,000

100%

100%

100%

100%

100%

50%

50%

50%

50%

20%

100,000 20,000 100,000 300,000

100%

100%

100%

100%

100%

50%

50%

50%

50%

20%

500,000 100,000 500,000 1,500,000

100%

100%

100%

100%

100%

50%

50%

50%

50%

20%

Seksyen B – Pembayaran balik perbelanjaan rawatan perubatan bagi setiap mana-mana satu Kemalangan/kejadian

Disebabkan oleh Kemalangan

sahaja

Disebabkan oleh Kemalangan atau Penyakit

B1. Perbelanjaan Berkaitan Perubatan

Pembayaran balik perbelanjaan perubatan, Hospital dan rawatan (termasuk kos rawatan kecemasan pergigian untuk mengurangkan kesakitan secara tiba-tiba tetapi tidak termasuk penggantian gigi palsu) yang diperlukan oleh Orang Yang Diinsuranskan, semasa Perjalanan.

Apa-apa tuntutan perbelanjaan perubatan pesakit luar bagi amaun tidak melebihi Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3,000) bagi setiap Kemalangan/

kejadian adalah dengan kaedah pembayaran balik.

Sehingga 50,000

Sehingga 300,000

Sehingga 500,000

Sehingga 1,000,000

B2. Rawatan Susulan

Pembayaran balik bagi perbelanjaan perubatan susulan, Hospital dan rawatan yang diperlukan (termasuk kos ambulans persendirian atau caj khidmat jururawat profesional di rumah) yang ditanggung oleh Orang Yang Diinsuranskan di Malaysia dalam tempoh tiga (3) bulan selepas kembali dari Perjalanan.

Sehingga 5,000

Sehingga 5,000

Sehingga 10,000

Sehingga 30,000

B3. Rawatan Alternatif

Pembayaran balik perbelanjaan rawatan alternatif yang munasabah, berikutan Kemalangan atau Penyakit yang dialami oleh Orang Yang Diinsuranskan semasa Perjalanan, yang ditanggung oleh Orang Yang Diinsuranskan di Malaysia dalam tempoh tiga (3) bulan selepas kembali dari Perjalanan itu.

Rawatan ini perlu dilakukan oleh pengamal perubatan tradisional yang berdaftar, osteopati, pakar fisioterapi dan/atau kiropraktor, dengan syarat rawatan diperolehi daripada Pengamal Perubatan terlebih dahulu. Manfaat ini tidak termasuk rawatan yang diberikan oleh Orang Yang Diinsuranskan sendiri atau Keluarga Orang Yang Diinsuranskan.

Tidak Diilindungi

Tidak Diilindungi

Tidak Diilindungi

Sehingga 1,000

(5)

Seksyen / Manfaat, bagi setiap Perjalanan

Jumlah Manfaat (RM)

Domestik Antarabangsa

Perak Emas Platinum

Seksyen B – Pembayaran balik perbelanjaan rawatan perubatan bagi setiap mana-mana satu Kemalangan/kejadian

Disebabkan oleh Kemalangan

sahaja

Disebabkan oleh Kemalangan atau Penyakit

B4. Penjagaan Ihsan

Pembayaran balik untuk perbelanjaan penginapan tambahan yang munasabah, komunikasi, tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi, perbelanjaan Perjalanan di antara Malaysia dan tempat kejadian, dan makanan yang ditanggung oleh seseorang (1) yang:

a) Dikehendaki untuk membuat Perjalanan akibat penghospitalan Anda atas nasihat pakar perubatan yang merawat; atau

b) Dikehendaki untuk membuat Perjalanan akibat kematian Anda yang disebabkan oleh Kecederaan atau Penyakit semasa Perjalanan,

dengan syarat tiada anggota Keluarga dewasa Anda turut serta semasa Perjalanan dilakukan.

Tidak Dilindungi

Tidak Dilindungi

Tidak Dilindungi

Sehingga 5,000

B5. Penjagaan Anak / Penghantaran Pulang Anak

Pembayaran balik untuk perbelanjaan penginapan tambahan yang munasabah, komunikasi, tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi, perbelanjaan Perjalanan di antara Malaysia dan tempat kejadian, dan makanan yang ditanggung oleh seseorang (1) untuk menjaga dan/atau menemani Anak-anak Anda, di bawah lapan belas (18) tahun, kembali ke Malaysia akibat daripada Penghospitalan Anda, dengan syarat tiada anggota Keluarga dewasa Anda turut serta semasa Perjalanan dilakukan.

Tidak Dilindungi

Tidak Dilindungi

Tidak Dilindungi

Sehingga 5,000

B6. Pendapatan Harian Hospital/Elaun Kemasukan ke Hospital

Sekiranya dalam Perjalanan, Orang Yang Diinsuranskan dimasukkan ke Hospital, Kami akan membayar Pendapatan Harian Hospital bagi setiap hari lengkap Kemasukan ke Hospital, dengan syarat tuntutan yang sah dibayar di bawah Seksyen B1. Bayaran Manfaat tidak akan melebihi dua puluh (20) hari bagi Kemasukan ke Hospital tersebut, dan seperti berikut:

Tertakluk kepada maksimum setiap Perjalanan

Pengecualian-pengecualian untuk Seksyen B

Kami tidak akan membayar tuntutan yang berkaitan dengan:

1. Prosedur eksperimen, elektif atau penyiasatan atau pemeriksaan perubatan bukan kecemasan, pemvaksinan dan komplikasi daripadanya;

2. Pembedahan kosmetik dan plastik selain pembedahan pembentukan semula yang diperlukan oleh Kemalangan yang dilindungi;

3. Apa-apa bentuk penyembuhan (termasuk susulan) bukan berpunca daripada Kemalangan atau Penyakit, rawatan psikoanalitik, rehat pulih, fisioterapi dan detoksifikasi;

4. Rawatan oftalmologi, cermin mata, kanta sentuh, pemeriksaan mata, pembedahan biasan, alat bantu pendengaran, prostesis, rawatan gigi, rawatan pergigian, pembedahan mulut dan gigi palsu, melainkan jika ditetapkan oleh Pengamal Perubatan untuk rawatan Kecederaan Tubuh Badan;

5. Apa-apa keadaan kongenital termasuk apa-apa keabnormalan perubatan atau fizikal yang wujud sejak lahir, dan juga keabnormalan fizikal neo-natal yang terbentuk dalam tempoh enam (6) bulan dari masa kelahiran;

6. Apa-apa penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin oleh undang- undang;

7. Rawatan untuk mengurangkan atau menaikkan berat badan;

8. Apa-apa penyiasatan dan rawatan gangguan tidur dan dengkur dan terapi penggantian hormon;

9. Apa-apa pengkhatanan atau perbelanjaan yang ditanggung untuk menukar jantina;

10. Sebarang derma mana-mana organ badan termasuk kos pengambilalihan dan derma;

11. Apa-apa peralatan atau alat prostetik seperti anggota tiruan, alat bantu pendengaran, perentak yang diimplankan, kanta sentuh, kanta, cermin mata dan preskripsinya;

12. Apa-apa kos dan perbelanjaan yang bersifat bukan perubatan;

13. Penjagaan peribadi, rehat pulih, penjagaan kebersihan atau detoksifikasi;

14. Apa-apa perbelanjaan perubatan yang ditanggung di luar negara selepas Kami berpendapat bahawa Anda patut untuk pulang ke Malaysia tetapi Anda menolak;

15. Apa-apa perbelanjaan perubatan yang dikenakan di luar negara yang Kami berpendapat boleh ditangguhkan untuk rawatan setelah kembali ke Malaysia;

16. Apabila Anda tidak layak untuk membuat Perjalanan atau Perjalanan yang bertentangan dengan nasihat Pengamal Perubatan atau untuk tujuan mendapatkan rawatan perubatan; dan

17. Ringgit Malaysia Seratus (RM100) yang pertama untuk mana-mana tuntutan yang dibuat.

Setiap Orang Yang Diinsuranskan

150 sehari

Setiap Orang Yang Diinsuranskan

3,000

Setiap Orang Yang Diinsuranskan

150 sehari

Setiap Orang Yang Diinsuranskan

3,000

Setiap Orang Yang Diinsuranskan

250 sehari

Setiap Orang Yang Diinsuranskan

5,000

Setiap Orang Yang Diinsuranskan

350 sehari

Setiap Orang Yang Diinsuranskan

7,000

(6)

Seksyen / Manfaat, bagi setiap Perjalanan

Jumlah Manfaat (RM)

Domestik Antarabangsa

Perak Emas Platinum

Seksyen C – Kesulitan bagi mana-mana satu Kemalangan/kejadian C1. Pembatalan Perjalanan

Sekiranya, dalam Tempoh Insurans, Orang Yang Diinsuranskan terpaksa membatalkan mana-mana bahagian Perjalanan yang dirancang sebelum permulaan Perjalanan tersebut sebagai akibat langsung dan perlu oleh mana- mana Sebab Yang Dinyatakan, Kami akan membayar balik kepada Orang Yang Diinsuranskan bagi Perbelanjaan Pembatalan yang ditanggung. Dengan syarat bahawa perlindungan ini hanya berkuatkuasa sekiranya Polisi ini dibeli sebelum Orang Yang Diinsuranskan menyedari apa-apa keadaan yang boleh membawa kepada gangguan Perjalanan beliau.

Anda hanya boleh membuat tuntutan sama ada di bawah Seksyen C1 atau Seksyen C2 bagi kejadian yang sama.

Tidak Dilindungi

Tidak Dilindungi

Sehingga 20,000

Sehingga 50,000

C2. Pemendekan Perjalanan

Kami akan membayar balik kepada Orang Yang Diinsuranskan untuk pulangan berkadar bagi kos prabayar yang tidak boleh dikembalikan untuk Perjalanan yang dirancang dari segi perbelanjaan Perjalanan sahaja, seperti yang tertera pada invois tempahan. Ianya dikira pada kadar pro-rata bagi kerugian setiap hari penuh Perjalanan yang dirancang, termasuk hotel tambahan dan kos penghantaran yang munasabah untuk balik ke Malaysia yang tidak dapat dielakkan. Perlindungan ini hanya berkuatkuasa sekiranya disertai sebelum Orang Yang Diinsuranskan menyedari apa-apa keadaan yang boleh membawa kepada gangguan Perjalanan yang dirancang.

Anda hanya boleh membuat tuntutan sama ada di bawah Seksyen C2 atau Seksyen C1 bagi kejadian yang sama.

Pengecualian-pengecualian untuk Seksyen C2

Kami tidak akan membayar tuntutan yang timbul secara langsung atau tidak langsung, dari segi, atau disebabkan oleh peraturan kerajaan atau statut, kelewatan atau pindaan Perjalanan yang ditempah (termasuk kesilapan, peninggalan atau keingkaran) dengan penyedia mana-mana perkhidmatan yang menjadi sebahagian daripada servis Perjalanan yang telah ditempah. Ini termasuklah juga ejen atau ejen pelancongan yang melaluinya Perjalanan telah ditempah, atau kegagalan mendapatkan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk Perjalanan.

Tidak Dilindungi

Tidak Dilindungi

Sehingga 20,000

Sehingga 50,000

C3. Kelewatan Perjalanan

Kami akan membayar Manfaat tunai bagi setiap lapan (8) jam penuh berturut- turut sekiranya gangguan Perjalanan Anda disebabkan mogok atau tindakan industri, keadaan cuaca yang buruk, kerosakan mekanikal atau kekacauan atau kecacatan struktur kepada Kenderaan Awam Anda yang telah dijadualkan untuk perjalanan, tertakluk kepada pengesahan bertulis daripada Kenderaan Awam atau ejen mereka mengenai jumlah jam kelewatan.

Sekiranya Kenderaan Awam menyediakan cara alternatif pengangkutan tanpa kos tambahan yang akan mempengaruhi dan membantu meneruskan Perjalanan yang dijadualkan, jadual alternatif tersebut mesti diterima dan apa- apa kos yang berbangkit tidak akan menjadi sebagai tuntutan.

Tidak Dilindungi

Tidak Dilindungi

250 setiap kelewatan selama lapan (8) jam penuh

sehingga maksimum

2,000

250 setiap kelewatan selama lapan (8) jam penuh

sehingga maksimum

5,000

C4. Kelewatan Bagasi

Kami akan membayar balik kepada Orang Yang Diinsuranskan untuk pembelian kecemasan barangan keperluan seperti pakaian, atau keperluan Perjalanan berikutan kelewatan sementara bagasi, untuk sekurang-kurangnya lapan (8) jam dari masa ketibaan di destinasi luar negara disebabkan oleh kesilapan destinasi semasa penghantaran seperti yang disahkan oleh syarikat penerbangan atau perkapalan.

Anda hanya boleh membuat tuntutan sama ada di bawah Seksyen C4 atau Seksyen D1 bagi kejadian yang sama dan barangan yang sama.

Syarat-syarat untuk Seksyen C4

Manfaat ini tidak akan dibayar sekiranya penghantaran bagasi terlewat apabila Orang Yang Diinsuranskan sudah kembali ke Malaysia.

Setiap Orang Yang Diinsuranskan

sehingga 500

Setiap Orang Yang Diinsuranskan

sehingga 500

Setiap Orang Yang Diinsuranskan

sehingga 1,000

Setiap Orang Yang Diinsuranskan

sehingga 2,000

C5. Kesulitan disebabkan oleh Rampasan

Sekiranya, dalam Tempoh Insurans, semasa Orang Yang Diinsuranskan dalam Perjalanan ke luar negara, Kenderaan Awam yang dinaiki semasa Perjalanan dirampas, Kami akan membayar Manfaat tunai harian untuk setiap dua puluh empat (24) jam penuh tempoh Rampasan berterusan.

Apa-apa tuntutan di bawah Seksyen ini hendaklah disertakan dengan laporan polis atau laporan yang dikeluarkan oleh pihak Kenderaan Awam, mengesahkan bahawa Orang Yang Diinsuranskan adalah mangsa Rampasan dan tempoh Rampasan tersebut.

Tidak Dilindungi

Tidak Dilindungi

250 setiap kelewatan selama dua puluh empat (24) jam

penuh sehingga

500

250 setiap kelewatan selama dua puluh empat (24) jam

penuh sehingga

1,000

(7)

Seksyen / Manfaat, bagi setiap Perjalanan

Jumlah Manfaat (RM)

Domestik Antarabangsa

Perak Emas Platinum

Seksyen D – Pembayaran balik untuk kehilangan atau kerosakan bagasi, barangan peribadi, wang peribadi dan/atau dokumen perjalanan Orang Yang Diinsuranskan

D1. Kehilangan atau Kerosakan kepada Bagasi dan Barangan Peribadi (jumlah/had insurans secara agregat setiap tempoh Perjalanan)

Kami akan membayar balik kepada Orang Yang Diinsuranskan bagi kehilangan atau kerosakan kepada bagasi dan barangan peribadi semasa Perjalanan, yang dibawa atau dibeli semasa Perjalanan, dan dimiliki oleh Orang Yang Diinsuranskan.

Barangan peribadi adalah barangan untuk kegunaan peribadi, untuk dipakai atau dibawa, yang dimiliki oleh Orang Yang Diinsuranskan, termasuk pakaian, peti, beg pakaian dan seumpamanya.

Syarat-syarat untuk Seksyen D1

a) Kami tidak akan membayar lebih daripada Ringgit Malaysia Lima Ratus (RM500) untuk mana-mana satu barang atau sepasang atau set barang;

b) Bagi barang yang berusia lebih daripada satu (1) tahun, Kami akan membuat bayaran tertakluk kepada elaun untuk haus dan lusuh serta susut nilai, atau atas pilihan Kami, untuk membaik pulih atau membaiki barang tersebut;

c) Barang kemas, barangan elektronik dan jam tangan mesti dipakai atau disimpan dalam bagasi jagaan peribadi setiap masa, kecuali dalam peti besi hotel;

d) Kehilangan atau kerosakan hendaklah dilaporkan kepada polis atau pihak berkuasa yang berkenaan yang mempunyai bidang kuasa di mana kerugian atau kerosakan berlaku dalam tempoh dua puluh empat (24) jam dari kejadian itu. Apa-apa tuntutan untuk ganti rugi di bawah Seksyen ini hendaklah disertakan dengan salinan laporan polis atau laporan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan yang membuktikan kehilangan atau kerosakan sedemikian;

e) Penyerahan tuntutan di bawah Seksyen ini akan menghalang apa-apa tuntutan dibuat di bawah Seksyen C4 yang timbul daripada kejadian yang sama dan barangan yang sama; dan

f) Sekiranya Orang Yang Diinsuranskan layak menuntut pembayaran balik kesemua atau sebahagian daripada perbelanjaan berkenaan dari sumber lain, atau sekiranya terdapat syarikat insurans/Takaful lain yang melindungi di bawah Seksyen ini, Kami hanya akan bertanggungjawab untuk lebihan jumlah yang boleh diperolehi semula daripada apa-apa sumber atau syarikat insurans/Takaful yang lain.

Pengecualian-pengecualian untuk Seksyen D1

Kami tidak akan membayar kos penggantian, membaik pulih, atau dengan cara lain yang berkaitan dengan kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh/kepada:

1. Haus dan lusuh, kemerosotan beransur-ansur, unggas, vermin, kerosakan sedia ada, kerosakan mekanikal atau elektrik atau kekacauan atau kerosakan disebabkan oleh mana-mana proses yang dimulakan oleh Orang Yang Diinsuranskan untuk membaiki, membersihkan atau mengubah barang tersebut;

2. Kegagalan Orang Yang Diinsuranskan untuk mengambil perhatian yang sewajarnya dan munasabah dan langkah berjaga-jaga untuk melindungi dan menjamin bagasi dan barangan peribadi;

3. Kehilangan data dalam bentuk pita, kad, pemacu dan cakera atau sebaliknya termasuk kos mendapatkan semula data;

4. Kenderaan bermotor;

5. Peralatan sukan;

6. Barang-barang mudah rosak dan guna habis;

7. Antik, artifak, lukisan, objek seni atau apa-apa objek yang mempunyai nilai intrinsik;

8. Manuskrip, sekuriti kewangan atau instrumen apa-apa jenis mata wang kertas atau cek kembara;

9. Setem, dokumen perjalanan, kad kredit, surat hak milik, lesen memandu dan kad pengenalan;

10. Peralatan prostetik luaran atau peranti yang termasuk tetapi tidak terhad kepada anggota tiruan, alat pendengaran, perentak yang diimplankan, kanta sentuh, kanta, cermin mata, gigi palsu dan jambatan gigi;

11. Alat muzik;

12. Barangan mudah pecah;

13. Peralatan yang disewa atau dipajak;

14. Kehilangan bagasi yang dihantar terlebih dahulu, diposkan atau dihantar secara berasingan;

15. Kehilangan barangan perniagaan atau sampel atau peralatan apa-apa jenis;

16. Kehilanganberkenaan dengan kekurangan kerana kesilapan, peninggalan, urus niaga pertukaran atau susut nilai;

17. Mana-mana barangan elektronik, komputer riba atau barang kemas yang didaftar masuk dengan Kenderaan Awam;

18. Kehilangan misteri; dan

19. Ringgit Malaysia Satu Ratus (RM100) yang pertama untuk mana-mana tuntutan yang dibuat.

Sehingga 1,000

Sehingga 1,000

Sehingga 3,000

Sehingga 5,000

(8)

Seksyen / Manfaat, bagi setiap Perjalanan

Jumlah Manfaat (RM)

Domestik Antarabangsa

Perak Emas Platinum

Seksyen D – Pembayaran balik untuk kehilangan atau kerosakan bagasi, barangan peribadi, wang peribadi dan/atau dokumen perjalanan Orang Yang Diinsuranskan

D2. Wang Peribadi dan Dokumen Perjalanan

Kami akan menanggung kerugian Orang Yang Diinsuranskan bagi apa-apa kehilangan untuk:

a) Wang Peribadi (duit syiling, nota bank, kiriman wang pos atau cek kembara), dan

b) Dokumen Perjalanan (pasport, visa atau tiket Perjalanan),

yang dialami semasa Perjalanan disebabkan oleh kecurian atau dengan kekerasan, keganasan, atau ancaman keganasan.

Syarat-syarat untuk Seksyen D2

Kehilangan hendaklah dilaporkan kepada polis atau pihak berkuasa yang berkenaan yang mempunyai bidang kuasa di mana kehilangan berlaku dalam tempoh dua puluh empat (24) jam selepas kejadian. Sebarang tuntutan mesti disertakan dengan salinan laporan polis atau laporan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan yang membuktikan kehilangan tersebut.

Sekiranya Orang Yang Diinsuranskan itu layak memperolehi pembayaran balik kesemua atau sebahagian daripada perbelanjaan berkenaan dari mana-mana sumber lain, atau sekiranya terdapat syarikat insurans/Takaful lain yang melindungi kejadian di bawah Seksyen ini, Kami akan hanya bertanggungjawab ke atas lebihan jumlah yang boleh diperolehi semula daripada apa-apa sumber atau insurans/Takaful yang lain.

Orang Yang Diinsuranskan perlu mengambil langkah perlindungan sewajarnya untuk memastikan keselamatan Wang Peribadi dan Dokumen Perjalanan beliau.

Pengecualian-pengecualian untuk Seksyen D2 Kami tidak akan membayar tuntutan bagi:

1. Kehilangan akibat rampasan atau tahanan oleh kastam atau mana-mana pihak berkuasa lain;

2. Kehilangan kiriman wang pos atau cek kembara tidak dilaporkan dengan segera ke cawangan tempatan atau ejen pihak berkuasa yang mengeluarkannya;

3. Penurunan nilai mata wang atau kekurangan kerana kesilapan atau ketinggalan dalam mana-mana urus niaga yang melibatkan wang; dan 4. Ringgit Malaysia Satu Ratus (RM100) yang pertama untuk mana-mana

tuntutan yang dibuat.

Tidak Dilindungi

Tidak Dilindungi

Tidak Dilindungi

Tidak Dilindungi

Sehingga 500 Sehingga

3,000

Sehingga 1,000 Sehingga

5,000

Seksyen E – Pembayaran balik tuntutan liabiliti peribadi terhadap Orang Yang Diinsuranskan E1. Liabiliti Peribadi

Kami akan menanggung kerugian Orang Yang Diinsuranskan berkenaan dengan liabiliti undang-undang yang berlaku dalam Tempoh Insurans akibat Kecederaan Tubuh Badan (termasuk kematian) kepada, atau kerugian akibat Kemalangan atau kerosakan kepada harta benda pihak ketiga termasuk kos pihak ketiga dan perbelanjaan yang dituntut daripada Orang Yang Diinsuranskan, dan kos serta perbelanjaan dengan kebenaran bertulis daripada Kami terlebih dahulu.

Syarat-syarat untuk Seksyen E1

a) Kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Kami, tiada sesiapa pun berhak mengaku liabiliti atau memberikan apa-apa representasi atau mengikat akujanji lain; dan

b) Kami berhak untuk menjalankan semua prosiding yang timbul daripada atau berkaitan dengan tuntutan atas nama pihak Orang Yang Diinsuranskan dan memberi arahan untuk peguam pilihan Kami untuk tujuan ini.

Pengecualian-pengecualian untuk Seksyen E1

Kami tidak akan membayar tuntutan yang timbul daripada, berkenaan dengan, akibat daripada:

1. Liabiliti kepada mana-mana orang yang merupakan Keluarga Anda atau majikan Anda atau yang dianggap oleh undang-undang sebagai pekerja Anda;

2. Kehilangan atau kerosakan kepada harta yang dipunyai oleh, yang diamanahkan atau berada dalam jagaan atau kawalan Anda atau mana- mana pekerja Anda atau mana-mana keluarga Anda atau isi rumah;

3. Melibatkan urusan perdagangan, perniagaan atau profesion;

4. Pemilikan atau sebagai penghuni tanah atau bangunan (selain daripada tempat kediaman sementara);

5. Pemilikan atau penggunaan kenderaan, pesawat udara atau air atau mana-mana kenderaan lain;

6. Kos undang-undang yang terhasil daripada apa-apa prosiding jenayah;

7. Liabiliti yang dilampirkan di bawah tempoh nyata suatu kontrak, melainkan liabiliti akan dilampirkan sama ada tempoh nyata wujud atau tidak;

8. Liabiliti yang timbul secara langsung atau tidak langsung oleh atau melalui atau berkaitan dengan apa-apa kerugian atau kerosakan kepada harta

Sehingga 200,000

Sehingga 200,000

Sehingga 1,000,000

Sehingga 2,000,000

(9)

Seksyen / Manfaat, bagi setiap Perjalanan

Jumlah Manfaat (RM)

Domestik Antarabangsa

Perak Emas Platinum

Seksyen E – Pembayaran balik tuntutan liabiliti peribadi terhadap Orang Yang Diinsuranskan akibat perbuatan haiwan yang dipunyai oleh, yang diamanahkan atau

berada dalam jagaan atau kawalan Anda atau mana-mana pekerja atau mana-mana keluarga Anda atau isi rumah;

9. Pencabulan seksual, penderaan fizikal atau mental;

10. Apa-apa kerosakan punitif, teruk atau ganti rugi teladan yang diberikan oleh mana-mana mahkamah;

11. Sebarang kerugian bukan wang; dan

12. Liabiliti yang mana bayaran boleh dituntut lebih khusus di bawah mana- mana kontrak insurans/Takaful lain atas nama Anda.

Seksyen F – Perkhidmatan Bantuan Kecemasan (setiap Kemalangan / kejadian setiap Perjalanan)

Disebabkan oleh Kemalangan

sahaja

Disebabkan oleh Kemalangan atau Penyakit

F1. Pemindahan Perubatan akibat Kecemasan

Perbelanjaan yang perlu untuk pengangkutan dan rawatan perubatan kecemasan, untuk membawa Orang Yang Diinsuranskan yang dalam Keadaan Perubatan Kritikal ke Hospital terdekat di mana kemudahan dan penjagaan tersedia.

Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan sedemikian, Talian Khidmat Bantuan Perjalanan dan Perubatan 24 Jam perlu dihubungi secepat mungkin untuk meluluskan pengangkutan kecemasan. Dalam keadaan bencana buruk di kawasan pedalaman atau tiada kemudahan di mana Talian Khidmat Bantuan Perjalanan dan Perubatan 24 Jam tidak dapat dihubungi terlebih dahulu, pengangkutan kecemasan hendaklah dilaporkan secepat mungkin.

Kami berhak untuk memutuskan tempat di mana Orang Yang Diinsuranskan akan dipindahkan. Kami akan membayar kos pengangkutan yang munasabah untuk seseorang yang lain untuk menemani Orang Yang Diinsuranskan, untuk pengangkutan kecemasan sekiranya dianggap perlu oleh Kami, dan Kami berhak untuk membayar balik kos yang munasabah dan biasa yang ditentukan oleh Kami.

Manfaat ini hanya akan berkuatkuasa sekiranya Manfaat yang berkenaan di bawah Seksyen A atau Seksyen B layak dibayar.

Sehingga 500,000

Sehingga 500,000

Sehingga 1,000,000

Sehingga 1,500,000

F2. Penghantaran Pulang dan Pengebumian Jenazah

Caj yang munasabah sekiranya berlaku Kematian untuk pengebumian atau pembakaran mayat Orang Yang Diinsuranskan di tempat di mana kematian berlaku termasuk kos pengangkutan yang munasabah bagi menghantar mayat atau abu mayat ke atau dalam Malaysia.

Manfaat ini hanya akan berkuatkuasa sekiranya Manfaat yang berkenaan di bawah Seksyen A layak dibayar.

Sehingga 500,000

Sehingga 500,000

Sehingga 1,000,000

Sehingga 1,500,000

BANTUAN PERKHIDMATAN PERJALANAN 24 JAM

Talian Khidmat Bantuan Perjalanan dan Perubatan 24 Jam +603 2161 0270

Orang Yang Diinsuranskan boleh menghubungi Talian Khidmat Bantuan Perjalanan dan Perubatan 24-jam Kami untuk apa-apa bantuan perjalanan atau kecemasan perubatan semasa Perjalanan yang dirancang. Perkhidmatan yang disediakan di bawah Seksyen ini adalah atas dasar rujukan atau perkiraan sahaja dan Kami tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa perbelanjaan yang dilakukan atau ditanggung oleh Anda. Penyediaan jaminan kewangan oleh Kami, sekiranya ada, akan tertakluk kepada persetujuan daripada Kami terlebih dahulu dan/atau pembayaran dari Anda dahulu melalui kad kredit Anda dan/atau dana yang diperuntukkan oleh Anda. Kami akan menggunakan usaha terbaik Kami untuk memberikan apa-apa maklumat dan perkhidmatan rujukan kepada Orang Yang Diinsuranskan dalam cara yang tepat dan mengikut masa dan teliti dalam memilih penyedia perkhidmatan perubatan. Walau bagaimanapun, Kita tidak boleh menjamin kualiti penyedia perkhidmatan perubatan dan pemilihan akhir penyedia perkhidmatan perubatan akan menjadi tanggungjawab Orang Yang Diinsuranskan.

Kami tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian turutan kepada Orang Yang Diinsuranskan yang disebabkan daripada penggunaan apa-apa penyedia perkhidmatan perubatan atau apa-apa kelewatan dalam menyampaikan apa-apa maklumat atau mesej.

Servis yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. Bantuan Perjalanan

a) Peraturan-peraturan penerbangan;

b) Butir-butir konsulat & kedutaan;

c) Wang pendahuluan semasa kecemasan tertakluk kepada jumlah/had yang diinsuranskan;

d) Penghantaran mesej kecemasan;

e) Jadual penerbangan atau maklumat penerbangan dan bantuan tempahan tiket;

f) Perkhidmatan maklumat tukaran matawang asing;

g) Inokulasi dan maklumat visa;

h) Rujukan jurubahasa;

i) Rujukan syarikat guaman;

j) Bantuan kehilangan bagasi;

k) Bantuan kehilangan pasport atau dokumen;

(10)

l) Nasihat sebelum perjalanan;

m) Perkhidmatan maklumat cuaca;

2. Bantuan Perubatan

a) Rujukan perubatan, maklumat dan nasihat perubatan 24 jam;

b) Perkhidmatan ambulans udara;

c) Penyusunan dan pembayaran langsung untuk lawatan ihsan;

d) Penyusunan dan pembayaran langsung untuk kepulangan anak-anak yang di bawah tanggungan;

e) Penyusunan dan pembayaran langsung untuk pemindahan perubatan kecemasan;

f) Penyusunan dan pembayaran langsung untuk penghantaran balik perubatan kecemasan;

g) Penyusunan dan pembayaran langsung untuk penghantaran balik dan pengangkutan jenazah;

h) Penyusunan untuk temu-janji dengan doktor tempatan bagi rawatan;

i) Penyusunan untuk pengangkutan darat dan penginapan;

j) Mengatur kemasukan ke Hospital;

k) Pengembalian ihsan disebabkan oleh kematian saudara-mara;

l) Penghantaran ubat-ubat penting;

m) Tempahan penyewaaan hotel atau kereta;

n) Penghantaran mesej kecemasan;

o) Rujukan penyedia perkhidmatan perubatan;

p) Pemantauan keadaan perubatan apabila dimasukkan ke Hospital;

q) Nasihat perubatan sebelum Perjalanan;

r) Perjalanan pulang untuk teman Perjalanan sekiranya berlaku kecemasan perubatan; dan s) Pendapat perubatan kedua.

FASAL FASAL KEHILANGAN

Sekiranya Orang Yang Diinsuranskan dalam Perjalanan dan cara pengangkutan itu hilang, tenggelam, kemalangan, atau rosak dan Orang Yang Diinsuranskan tidak dijumpai dalam tempoh satu (1) tahun dari kejadian tersebut, Kami akan menganggap bahawa Orang Yang Diinsuranskan telah meninggal dunia akibat daripada Kecederaan Tubuh Badan dan akan membayar Manfaat sewajarnya. Sekiranya pada bila-bila masa selepas pembayaran Manfaat yang telah dibuat oleh Kami, Orang Yang Diinsuranskan didapati masih hidup, pembayaran itu hendaklah segera dikembalikan kepada Kami.

HAD AGREGAT FASAL LIABILITI

Had Agregat Liabiliti yang perlu ditanggung oleh Kami adalah Ringgit Malaysia Lima Juta (RM5 juta) bagi setiap Polisi. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa amaun yang melebihi Had Agregat Liabiliti yang dinyatakan.

Sekiranya jumlah Agregat daripada semua Manfaat yang perlu dibayar di bawah Polisi ini melebihi Had Agregat, Manfaat yang perlu dibayar kepada setiap Orang Yang Diinsuranskan hendaklah dikurangkan berkadaran sehingga jumlah semua faedah tidak melebihi Had Agregat Liabiliti.

HAD SEKATAN DAN FASAL PENGECUALIAN

Polisi insurans ini tidak boleh memberikan perlindungan dan Kami tidak akan bertanggungjawab untuk membayar apa-apa tuntutan atau memberikan apa-apa Manfaat di bawah ini di mana peruntukan perlindungan, pembayaran tuntutan, atau peruntukan Manfaat tersebut akan mendedahkan Kami kepada mana-mana larangan atau sekatan di bawah Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau perdagangan atau sekatan ekonomi, undang- undang atau peraturan-peraturan Kesatuan Eropah, United Kingdom atau Amerika Syarikat.

FASAL BIDANG KUASA

Tanggung rugi yang diperuntukkan tidak terpakai bagi:

1. Pampasan ganti rugi berkenaan dengan penghakiman yang dikeluarkan atau didapati dari selain daripada mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten di Malaysia; atau

2. Kos dan perbelanjaan litigasi yang dituntut oleh mana-mana Pihak Menuntut daripada pihak Orang Yang Diinsuranskan yang mana tidak ditanggung dan tidak boleh mendapat semula di Malaysia.

PENGECUALIAN AM

Kami tidak akan membayar di bawah mana-mana Seksyen Polisi ini untuk Faedah, Manfaat, kerugian, perbelanjaan atau liabiliti yang secara langsung atau tidak langsung, disebabkan oleh, akibat, yang timbul berkaitan dengan atau diakibatkanoleh:

1. Apa-apa Keadaan Sedia Ada Orang Yang Diinsuranskan;

2. Kecederaan diri sendiri yang disengajakan atau membunuh diri atau cubaan membunuh diri, ketika waras atau tidak waras;

3. Kehamilan, melahirkan anak termasuk kelahiran secara pembedahan, pengguguran, keguguran dan semua komplikasi yang berkaitan melainkan keguguran kerana Kecederaan Tubuh Badan akibat langsung daripada Kemalangan;

4. Pengambilan alkohol, dadah atau narkotik yang tidak dipreskripsikan;

5. Apa-apa keadaan, yang merupakan atau hasil daripada atau merupakan komplikasi jangkitan Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV), termasuk Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS), dan mana-mana jangkitan oportunistik dan/atau neoplasma malignan (tumor) yang didapati dengan kehadiran HIV;

6. Pembunuhan atau serangan yang diprovokasi;

7. Keadaan perubatan psikiatri, mental atau saraf, termasuk tetapi tidak terhad kepada, apa-apa neurosis dan psikologikal atau psikosomatik mereka;

8. Penyakit atau gangguan kelamin, dan keadaan yang timbul daripada penyakit-penyakit atau gangguan ini;

9. Apa-apa kerugian turutan, ekonomi atau sebaliknya, kehilangan keseronokan atau kerugian lain yang tidak disenaraikan di dalam Polisi ini, sama ada kewangan atau bukan kewangan, termasuk tetapi tidak terhad kepada kos guaman atau profesional dan/atau perbelanjaan perjalanan yang timbul secara langsung atau tidak langsung daripada apa-apa tuntutan yang dibuat oleh Anda di bawah Polisi ini;

10. Anda terlibat dalam penguatkuasaan undang-undang, perkhidmatan kecemasan, pertahanan awam, tentera laut, tentera darat atau udara perkhidmatan penguatkuasaan atau operasi atau ujian apa-apa jenis kenderaan atau diambil kerja sebagai seorang pekerja manual atau semasa terlibat dalam aktiviti luar pesisir seperti menyelam, carigali minyak, melombong atau fotografi udara atau mengendalikan letupan atau kehilangan atau kerosakan kepada peralatan disewa atau dipajak;

11. Perjalanan udara selain daripada sebagai penumpang berbayar dengan penerbangan biasa berjadual atau pesawat berlesen yang disewa;

(11)

12. Anda menyertai sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang, atau kerugian yang secara langsung atau tidak langsung daripada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa kerajaan termasuk rampasan, pemusnahan dan sekatan;

13. Peperangan, serangan, tindakan musuh asing, permusuhan (sama ada peperangan diisytiharkan atau tidak), perang saudara, pemberontakan, revolusi, pemberontakan, rampasan kuasa pihak tentera atau perampasan atau nasionalisasi atau pengambilan atau pemusnahan atau kerosakan kepada harta di bawah perintah mana-mana kerajaan atau pihak berkuasa awam atau tempatan;

14. Kehilangan, kemusnahan atau kerosakan kepada mana-mana harta walau apa pun atau apa-apa kerugian atau perbelanjaan walau apa pun yang timbul daripadanya atau apa-apa kerugian turutan secara langsung atau tidak langsung disebabkan atau diakibatkan oleh atau timbul daripada pancaran pengionan atau pencemaran melalui radio aktiviti daripada mana-mana bahan api nuklear, senjata nuklear atau daripada apa-apa bahan buangan nuklear daripada pembakaran bahan api nuklear;

15. Anda menyertai sukan dan aktiviti-aktiviti berbahaya, termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

a) Apa-apa aktiviti perlumbaan (selain daripada menggunakan kaki);

b) Apa-apa pertandingan atau sukan profesional;

c) Sukan ekstrem, perlumbaan, perlumbaan motor, menunggang kuda dan pertandingan;

d) Mendaki gunung (yang memerlukan penggunaan tali atau penunjuk arah), mendaki batu, meneroka gua, mengembara dalam gua, kembara di kawasan terpencil melainkan ditemani penunjuk arah berlesen;

e) Apa-apa aktiviti yang melibatkan Orang Yang Diinsuranskan berada di udara (samada tergantung atau tidak) tidak terhad kepada payung terjun, belon, luncur tangan, terjun bungee, terjunan udara atau dalam keadaan ketinggian;

f) Apa-apa aktiviti dalam air yang melibatkan penggunaan alat pernafasan, sukan air, rakit redah jeram gred 4 atau di atas, kapal layar laut;

g) Sukan musim sejuk (tidak termasuk lencong dan luncur);

h) Persatuan bola sepak atau ragbi;

i) Menunggang motor (kecuali berlesen di negara di mana Kemalangan itu berlaku dan semasa memakai topi keledar);

j) Ekspedisi; atau k) Perjalanan pemburuan;

16. Perjalanan dalam, ke atau melalui negara-negara atau kawasan-kawasan yang tertakluk kepada peperangan, konflik, atau kuarantin bagi penyakit berjangkit, termasuk: Afghanistan, Afrika (selain daripada Afrika Selatan, Botswana, Kenya, Lesotho, Madagascar, Malawi, Mauritius, Mozambique, Namibia, Seychelles, Swaziland, Tanzania, Zambia dan Zimbabwe), Iraq, Iran, Korea Utara, Palestin, Syria atau Ukraine.

SYARAT-SYARAT AM 1. Keseluruhan Kontrak – Perubahan dalam Polisi

Tiada perubahan di dalam Polisi ini, Sijil Insurans, Jadual dan/atau Pengendorsan akan sah melainkan diluluskan oleh Kami dan dibuktikan oleh Endorsemen.

2. Pindaan dan Perubahan

a) Oleh Kami – Kami berhak untuk meminda terma dan peruntukan Polisi ini dengan memberikan tiga puluh (30) hari notis secara bertulis melalui pos biasa ke alamat terakhir Anda yang diketahui dalam rekod Kami, dan pindaan tersebut akan berkuatkuasa dari tarikh pembaharuan seterusnya Polisi ini .

b) Oleh Anda – Anda perlu memberi notis bertulis kepada Kami serta-merta sekiranya terdapat apa-apa perubahan kepada maklumat perhubungan Anda.

Pindaan kepada Polisi ini tidak sah kecuali sekiranya diluluskan oleh Kami dan kelulusan itu hendaklah diendorskan pada Polisi tersebut.

3. Penjagaan Munasabah

Orang Yang Diinsuranskan hendaklah bertindak secara berhemah untuk mengelakkan kehilangan, kerosakan, Kemalangan, Kecederaan Tubuh Badan atau Penyakit dan berhati-hati secara munasabah bagi keselamatan dan pengawasan harta itu seolah-olah ianya tidak diinsuranskan.

4. Perjalanan Sekeluarga

Pasangan Sah dan/atau Anak-anak Sah yang dinamakan di dalam Polisi mesti turut serta dan ditemani oleh Anda sepanjang tempoh Perjalanan.

5. Salah Nyata

Polisi ini akan dibatalkan sekiranya berlaku sebarang salah nyataan, salah gambaran, tiada pendedahan atau penyembunyian apa-apa keadaan oleh Orang Yang Diinsuranskan, yang material atau berkaitan dengan rekod insurans/Takaful beliau, termasuk penolakan sebelumnya untuk memberikan perlindungan insurans/Takaful dan sejarah tuntutan.

6. Fraud/Penipuan

Sekiranya apa-apa tuntutan di bawah Polisi ini adalah dibuat secara fraud/tipu/palsu atau sekiranya apa-apa cara atau kaedah penipuan digunakan oleh mana-mana pihak untuk mendapatkan Manfaat di bawah Polisi ini, Kami tidak akan mempunyai liabiliti berkenaan dengan tuntutan tersebut dan Kami berhak untuk menamatkan Polisi ini berkuatkuasa serta-merta.

7. Salah Nyata Umur

Sekiranya umur Orang Yang Diinsuranskan telah tersalah nyata dan premium yang dibayar akibat salah nyata tersebut tidak mencukupi, sebarang tuntutan yang dibayar di bawah Polisi ini hendaklah dikira secara pro rata berasaskan nisbah premium sebenar yang dibayar dengan premium yang betul yang sepatutnya dikenakan pada tahun itu. Mana-mana premium yang berlebihan, yang mungkin telah dibayar akibat silap nyata umur, hendaklah dibayar balik tanpa faedah.

8. Penamatan Polisi

a) Penamatan OIeh Anda

Sekiranya Anda memberi notis rasmi secara bertulis kepada pihak Kami untuk menamatkan Polisi, atau untuk menamatkan insurans untuk Orang Yang Diinsuranskan, maka penamatan itu akan berkuatkuasa daripada tarikh notis diterima oleh Kami atau pada tarikh yang dinyatakan di dalam notis atau mana-mana tarikh yang terkemudian.

b) Penamatan Secara Automatik Perlindungan insurans ini akan tamat:

i) Selepas kematian Orang Yang Diinsuranskan;

ii) Sekiranya Orang Yang Diinsuranskan telah hilang kelayakan disebabkan umur; atau iii) Selepas pembayaran penuh Jumlah Manfaat di bawah Seksyen A1(1) sehingga A1(5).

c) Penamatan Oleh Kami

Kami akan memberi notis penamatan dengan surat berdaftar kepada Anda di alamat terakhir Anda yang Kami diketahui. Penamatan akan berkuatkuasa tiga puluh (30) hari selepas tarikh notis tersebut.

d) Premium yang Tidak Dijelaskan

Sekiranya premium tidak dibayar oleh Anda, Polisi ini tidak sah dari tarikh berkuatkuasanya.

(12)

e) Kedudukan Premium Semasa Penamatan

Pelan Setiap Perjalanan: Sekiranya tarikh penamatan berkuatkuasa sebelum bermulanya Perjalanan, Anda layak mendapat pengembalian penuh premium yang telah dibayar. Sekiranya tarikh penamatan berkuatkuasa selepas bermulanya Perjalanan, sebarang pengembalian premium yang telah dibayar adalah tidak dibenarkan.

Pelan Tahunan: Sekiranya premium telah dibayar untuk tempoh selepas tarikh penamatan Polisi ini, bahagian premium yang berkenaan akan dikembalikan kepada Anda. Sekiranya premium belum dibayar bagi tempoh Sehingga tarikh penamatan, Anda bertanggungjawab bagi pembayaran premium untuk tempoh tersebut.

Pembayaran balik premium adalah dengan syarat tiada tuntutan dibuat sepanjang Tempoh Insurans.

f) Masa Efektif Penamatan

Polisi ini, atau insurans bagi Orang Yang Diinsuranskan akan luput pada pukul 12:01 pagi waktu Malaysia pada tarikh berkenaan sebagaimana tercatat dalam Jadual atau Endorsemen atau selepas berlakunya sebarang kejadian yang dinyatakan.

9. Bayaran Manfaat

a) Anda dikehendaki mengemukakan bukti umur (iaitu sijil kelahiran atau kad pengenalan) kepada Kami sebelum Kami boleh membuat apa-apa bayaran Manfaat Insurans kepada Anda di bawah Polisi ini.

b) Sekiranya Anda meninggal dunia, Kami akan membayar manfaat tuntutan kepada penama Anda (jika ada) atau waris Anda. Setelah pembayaran Kami akan dilepaskan sepenuhnya tanggungjawab Kami di bawah Sijil ini.

10. Pemberitahuan Tuntutan

a) Semua tuntutan mestilah diberitahu kepada Kami dengan secepat mungkin tetapi tidak lewat daripada tiga puluh (30) hari selepas apa-apa kejadian yang mungkin membenarkan Anda untuk membuat tuntutan di bawah Polisi ini.

b) Dalam kes penghospitalan atau kecemasan perubatan, Anda, teman Perjalanan atau institusi atau pihak berkuasa perubatan yang merawat perlu segera menghubungi Talian Khidmat Bantuan Perjalanan dan Perubatan 24 Jam Kami untuk mengesahkan perlindungan dan mengatur rawatan perubatan yang sesuai.

c) Hantarkan kepada Kami dengan segera apa-apa writ, saman, surat atau dokumen lain yang berkenaan.

d) Apa-apa dokumen atau bukti yang diperlukan oleh Kami untuk mengesahkan tuntutan hendaklah diberikan oleh Anda dengan perbelanjaannya sendiri. Sebarang pemeriksaan perubatan yang diperlukan oleh Kami untuk mengesahkan tuntutan itu dilaksanakan atas perbelanjaan Kami.

e) Resit asal perlu dikemukakan bagi setiap pembayaran balik tuntutan.

11. Subrogasi

Sekiranya Kami bertanggungjawab bagi apa-apa bayaran di bawah Polisi ini, Kami akan mengambil alih dan merangkumi bayaran itu ke atas semua hak dan remedi Orang Yang Diinsuranskan terhadap mana-mana pihak dan berhak atas perbelanjaan sendiri untuk menyaman atas nama Orang Yang Diinsuranskan. Orang Yang Diinsuranskan hendaklah memberi kerjasama kepada Kami dalam apa-apa bantuan yang mana Kami akan perlukan untuk menjamin hak dan remedi dan atas permintaan Kami hendaklah melaksanakan atau menyumbang kepada perlaksanakan semua dokumen yang perlu bagi membolehkan Kami untuk menyaman di bawah nama Orang Yang Dinsuranskan secara berkesan.

12. Lain-Lain Insurans/Takaful

Tiada seorang pun boleh dilindungi lebih daripada satu (1) Polisi/Sijil insurans/Takaful World Traveller Care yang dikeluarkan oleh Kami. Sekiranya Orang Yang Diinsuranskan dilindungi di bawah lebih daripada satu (1) Polisi/Sijil, Kami akan menganggap bahawa Orang Yang Diinsuranskan di bawah Polisi/Sijil yang menyediakan jumlah Manfaat yang terbesar. Sekiranya pada masa apa-apa kerugian, kerosakan atau liabiliti yang timbul di bawah Polisi/Sijil ini, terdapat apa-apa insurans/Takaful lain yang melindungi kerugian, kerosakan atau liabiliti yang sama, Kami akan hanya membayar bahagian Kami.

13. Faedah & Mata Wang

Tiada jumlah yang perlu dibayar di bawah Polisi ini tertakluk kepada apa-apa faedah. Premium dan Manfaat yang dibayar di bawah Polisi ini hendaklah dalam Ringgit Malaysia.

14. Undang-undang Pemerintahan

Polisi ini di bawah kawalan dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia.

15. Pihak ketiga

Tiada apa-apa dalam Polisi ini bertujuan untuk memberi apa-apa hak kepada mana-mana pihak ketiga untuk menguatkuasakan mana-mana terma Polisi ini atau memberi apa-apa manfaat kepada mana-mana pihak ketiga di bawah Polisi ini.

16. Timbang Tara

Semua perselisihan yang timbul daripada Sijil ini hendaklah dirujuk kepada keputusan Penimbang Tara yang akan dilantik secara bertulis oleh pihak dalam perbezaan atau sekiranya mereka tidak mencapai persetujuan dengan seorang Penimbang Tara kepada keputusan dua orang Penimbangtara, seorang Penimbangtara akan dilantik secara bertulis oleh setiap pihak-pihak atau, dalam hal Penimbang Tara tidak bersetuju, seorang Wasit dilantik secara bertulis oleh Penimbang Tara sebelum membuat rujukan. Pengadil hendaklah bersidang bersama Penimbang Tara dan mempengerusikan mesyuarat mereka. Kos rujukan dan keputusan hendaklah atas budi bicara Penimbang Tara atau Wasit yang membuat keputusan. Adalah dengan ini jelas dinyatakan dan diisytiharkan bahawa ianya hendaklah syarat duluan terhadap apa jua hak tindakan atau guaman ke atas Sijil ini, bahawa keputusan oleh Penimbang Tara itu, Tara atau Wasit mengenai amaun Manfaat sekiranya dipertikaikan, hendaklah diperolehi terlebih dahulu.

17. Prosiding Undang-undang

Tiada tindakan undang-undang atau ekuiti boleh dibuat untuk mendapat ganti rugi di bawah Sijil ini sebelum tamat tempoh enam puluh (60) hari selepas bukti kerugian bertulis telah diberikan menurut keperluan Sijil ini. Sekiranya Orang Yang Diinsuranskan gagal memberikan bukti kerugian yang diperlukan seperti yang ditetapkan oleh terma, peruntukan dan syarat Sijil ini, Orang Yang Diinsuranskan boleh, dalam tempoh satu tahun (1) kalendar dari masa bukti bertulis bagi kerugian itu diberikan, menyerahkan bukti kerugian yang berkaitan kepada Kami dengan alasan yang kukuh bagi kegagalan untuk mematuhi terma, peruntukan dan syarat-syarat. Penerimaan bukti kerugian itu mengikut budi bicara mutlak dan keseluruhan Kami. Selepas tempoh itu tamat, Kami tidak akan menerima, apa-apa sebab sekalipun, bukti bertulis tentang kerugian itu.

18. Notis Perlindungan Data

Anda dengan muktamad membenarkan dan bersetuju bahawa:

a) Kami dapat mengumpul, menggunakan, mengekalkan dan mendedahkan Data Peribadi Anda kepada:

i) Etiqa Insurance Berhad, Etiqa Takaful Berhad, Etiqa Life International (L) Ltd atau Etiqa Offshore Insurance (L) Ltd, seperti konteks yang dikehendaki;

ii) Entiti lain dalam Kumpulan Maybank;

iii) Ejen-ejen Kami yang dibenarkan dan penyedia perkhidmatan yang mana Kami mempunyai perjanjian kontrak untuk beberapa fungsi, perkhidmatan dan aktiviti;

iv) Lain-lain Insurans / Takaful dan pihak pengedar (contoh: bank, bank-bank Islam, broker insurans, broker Takaful, syarikat Reinsurans, syarikat Retakaful, seperti konteks yang dikehendaki);

(13)

v) Persatuan perdagangan industri seperti Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA);

vi) Pedagang dan rakan strategik Kami;

vii) Mana-mana pihak yang diberi kuasa oleh Anda (dari semasa ke semasa); atau

viii) Penguatkuasaan peraturan dan agensi-agensi kerajaan sebagaimana yang dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang, yang diberi kuasa oleh mana-mana perintah mahkamah atau untuk memenuhi kewajipan kepada pihak berkuasa;

b) Anda akan memastikan Kami mengemaskini semua Data Peribadi tersebut secepat mungkin; dan

c) Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh apa-apa yang tidak tepat atau tidak lengkap dalam Data Peribadi yang diberikan kepada Kami.

Kami dari semasa ke semasa meminta Anda untuk memberikan Data Peribadi lain yang dikehendaki bagi tujuan Polisi ini.

Untuk notis privasi terperinci mengenai bagaimana Kami mengumpul, menggunakan, memproses, melindungi dan mendedahkan Data Peribadi Anda, Anda boleh merujuk ke laman web Kami di www.etiqa.com.my, kunjungi cawangan Kami atau hubungi Etiqa Oneline di talian 1300 13 8888.

Sebelum menyediakan kepada Kami dengan Data Peribadi mana-mana individu, Anda hendaklah memaklumkan kepada individu tersebut tentang notis privasi Kami. Terma-terma notis Kami juga akan terpakai kepada individu.

KENYATAAN MAKLUMAT POLISI 1. Sekiranya terdapat sebarang perubahan alamat, sila beritahu Kami dengan segera.

2. Untuk sebarang pertanyaan selain dari tuntutan, sila hubungi Kami di:

Etiqa Insurance Berhad (9557-T) Level 19, Tower C, Dataran Maybank No. 1, Jalan Maarof

59000 Kuala Lumpur, Malaysia Nombor Telefon: +603 2297 3888 Nombor Faksimile: +603 2297 3800 Etiqa Oneline: 1300 13 8888 E-mel: info@etiqa.com.my Laman Web: www.etiqa.com.my

3. Untuk sebarang tuntutan di bawah Polisi ini, sila hubungi Bantuan Tuntutan Kami di talian 1300 88 1007.

PROSEDUR ADUAN

Sekiranya Anda dapati perkhidmatan Kami memerlukan penambahbaikan, sila berikan Kami maklum balas Anda dengan menghubungi Kami melalui pos di:

Unit Pengurusan Aduan Etiqa Insurance Berhad (9557-T) Level 20, Tower B, Dataran Maybank No. 1, Jalan Maarof

59000 Kuala Lumpur, Malaysia;

Atau melalui telefon 1300 13 8888 atau +603 2780 4500 (Luar Negara) Nombor Faksimile: +603 2785 3093

E-mel: cmu@etiqa.com.my

Kami akan memastikan maklum balas Anda dilayani.

Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (OPK) dan Biro Perkhidmatan Pelanggan (BPP) Bank Negara Malaysia juga menyediakan pendekatan alternatif dalam memberikan peluang kepada ahli di kalangan orang ramai untuk membetulkan amalan pasaran yang tidak adil.

PROSEDUR MEMBUAT ADUAN KEPADA OPK

Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (OPK) boleh dihubungi oleh Pihak Menuntut atau Pemegang Polisi, sekiranya Pihak Menuntut atau Pemegang Polisi tidak berpuas hati dengan keputusan Etiqa Insurance Berhad terhadap sebarang pertikaian, atau kegagalan Etiqa Insurance Berhad untuk memberi maklum balas balas terhadap sebarang aduan dalam tempoh enam puluh (60) hari. Anda boleh menghubungi OPK melalui:

E-mel: enquiry@ofs.org.my atau

Nombor Faksimile: +603 2272 1577 atau

Alamat Pos:

Ketua Pegawai Eksekutif

Ombudsman Perkhidmatan Kewangan

(Dahulu dikenali sebagai Biro Pengantaraan Kewangan) Tingkat 14, Blok Utama

Menara Takaful Malaysia No.4, Jalan Sultan Sulaiman 50000, Kuala Lumpur

Sebagai alternatif, Pihak Menuntut atau Pemegang Polisi boleh memfailkan pertikaian itu secara peribadi di pejabat OPK.

OPK perlu dihubungi dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh keputusan muktamad dari Etiqa Insurance Berhad berkenaan pertikaian yang dibuat Pihak Menuntut atau Pemegang Polisi.

Untuk maklumat lanjut mengenai OPK, sila dapatkan risalah maklumat daripada Etiqa Insurance Berhad atau layari laman web OPK di www.ofs.org.my.

Penglibatan OPK adalah tertakluk kepada terma-terma rujukan menurut Seksyen 126 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. Menghubungi OPK tidak akan menjejaskan hak Pihak Menuntut atau Pemegang Polisi untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Etiqa Insurance sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan keputusan oleh OPK.

Referensi

Dokumen terkait

Secara teoritis akan sangat berbeda Prestasi Belajar seseorang antara orang yang tidak memiliki dasar agama yang kuat dan yang memiliki dasar agama yang telah tertempa

Presiden menginstruksikan Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum dan Keamanan, Menteri Koordinator Bidang Perekonomian, Menteri Luar Negeri, Menteri Dalam Negeri, Menteri

Oleh karena itu gambaran dunia RRC merupakan refleksi dari pandangan tatanan domestik, maka hirarki sosial di dalam negerinya menjadi kriteria yang sangat penting dalam

Karyawan yang menilai pelatihan kerja kurang baik, menilai sarana dan metode yang digunakan serta intensitas pelatihan kerja yang diberikan perusahaan kepada

Stabilitas kimia sediaan mikrokapsul ketoprofen dilakukan dengan mengukur kadar senyawa aktif yang masih tersisa pada 9 formula secara spektrofotometri. Secara umum

Berdarkan tabel dapat diketahui bahwa strategi yang dilakukan oleh pedagang apabila suatu saat dagangan mereka sepi pembeli adalah meningkatkan kualitas

Menurut Manuaba (2008; h.389) disebutkan perdarahan terjadi karena gangguan hormon, gangguan kehamilan, gangguan KB, penyakit kandungan dan keganasan genetalia. 55)

Jika Faedah layak bagi mana-mana Orang Yang Diinsuranskan di bawah terma Polisi ini ditingkatkan semasa Pembaharuan dan jika Orang Yang Diinsuranskan mengalami Penyakit sebelum