• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bil. 3/2012 KOR TANI KEBUMI KENYALANG. Road To HPPN Kebangsaan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Bil. 3/2012 KOR TANI KEBUMI KENYALANG. Road To HPPN Kebangsaan"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Bil. 3/2012

KOR TANI KEBUMI

KENYALANG

MAHA 2012

Road To HPPN

Kebangsaan

(2)

SYUKUR kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya dan dengan izin-Nya penerbitan Buletin LPP Bilangan 3/2012 Edisi Julai 2012 dapat disiapkan. Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang idea dan memberikan kerjasama sehingga terlaksananya penerbitan Buletin LPP pada kali ini. Sesungguhnya sumbangan semua anggota disemua peringkat LPP samada diperingkat kebangsaan atau pun diperingkat negeri dalam menyumbang idea dan berita sangat-sangat dialu-alukan.

Sebagaimana sediamaklum, Buletin LPP adalah salah satu alat atau medium untuk menyampaikan maklumat mengenai kegiatan LPP, Pertubuhan Peladang, anggota LPP dan lain-lain berita yang berkaitan LPP terutamanya warga LPP dan warga peladang diseluruh negara. Melalui berita yang diterbitkan adalah diharapkan supaya

Dari Meja

Ketua Pengarah ...

semua pembaca dapat mengetahui aktiviti-aktiviti dan kegiatan-kegiatan terkini yang dilaksanakan oleh LPP.

Berita yang diterbitkan pada kali ini merangkumi peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang bulan Jun dan Julai 2012 untuk tatapan pembaca. Ia merangkumi peristiwa yang melibatkan kegiatan yang bercorak social dan ekonomi yang boleh diambil perhatian oleh pembaca sebagai panduan dan renungan pada masa akan datang.

Diharapkan agar keluaran Buletin LPP pada kali ini dapat menyokong LPP sekaligus membantu anggota LPP untuk terus melaksanakan tugasan dengan penuh komitmen dan tanggungjawab.

(3)

Sepertimana sedia maklum, pengwujudan

Kor Tani adalah untuk memudahkan

penyampaian maklumat dan mempersiapkan

diri apabila berhadapan situasi kecemasan.

Selaras dengan itu, Kor Tani terus melebarkan

sayapnya ke Bumi Kenyalang. Pelancaran Kor

Tani di negeri Sarawak, telah dilaksanakan

pada 18 Julai 2012. Majlis pelancaran

disempurnakan oleh YB Datuk Sylvester

Entri anak Muran, Menteri Muda Kemudahan

Awam (Bekalan Air) dan Menteri Muda

Pertanian (Pertubuhan Peladang) Sarawak

bertempat di One Hotel Santubong, Kuching.

Seramai 500 orang hadir dalam majilis

tersebut.Turut hadir ialah Pengerusi LPP, Y.

Bhg. Dato’ Hj. Zainal bin Dahalan

KOR TANI KEBUMI

KENYALANG

Buletin LPP | 3

YB Datuk Selvester sedang berucap.

Y.Bhg. Dato’ ZainalDahalan Pnegerusi LPP sedangberucap

(4)

PERISTIWA DALAM PENGAJURAN PROGRAM KECEMERLANGAN

& KECERGASAN ANGGOTA LPP

Program kecemerlangan dan kecergasan anggota LPP 2012 menempa sejarah apabila mendapat pujian dari Timbalan Ketua Setiausaha Operasi, Kementerian Pertanian dan Industri AsasTani, Y. Bhg. Dato’ Raihan bin Sharif. Pujian tersebut di suarakan oleh pegawai kanan Kementerian itu ketika berucap merasmikan program yang dianjur oleh LPP dengan kerjasama MKSR dan Kesatuan Sukan

Dan Kebajikan Ibu Pejabat (SKIP), LPP Negeri (KSK), NAFAS (KESUNA) dan Pertubu han Peladang Negeri Johor (PPNJ) di stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi pada malam 6 Julai 2012. Menurut Dato’ Raihan yang mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, persembahan kontigen yang menyertai perbarisan pada malam tersebut adalah unik dan terdapat kelainan daripada kebiasaan dan mengaggapnya sebagai satu inovasi oleh LPP.

INOVASI BARU

Semasa berucap pada majlis penutup Program Kecemerlangan dan Kecerdasan Anggota LPP 2012 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi pada malam 8 Julai 2012, Menteri Pertaniandan Industri Asas Tani, YB. Datuk Seri Noh bin Omar mengingatkan pegawai kerajaan khasnya anggota-anggota LPP supaya jangan sabotaj program dan projek yang dijalankan kerajaan. Perbuatan ini akan merugikan dan menyusahkan rakyat seperti peladang dan penternak. Beliau mahukan semua anggota kerajaan bekerja mengikut peraturan. Keadaan yang sama juga perlu diamalkan bila bersukan. Jika ada dikalangan anggota pasukan, seperti bola sepak mensabotaj pasukannya dan tidak mengikut peraturan permainan yang ditetapkan sudah pasti keadaan tidak harmoni akan berlaku dalam pasukan tersebut. Akhirnya pasukan tersebut akan gagal mencapai matlamatnya.

JANGAN SABOTAJ

Walaubagaimanapun, YB Menteri gembira apabila dimaklumkan bahawa program yang diadakan selama lima hari tersebut berjalan dengan baik dan lancar. Keharmonian dan kemesraan dapat digambarkan menerusi tayangan video mengenai acara-acara yang dilaksanakan sepanjang program yang dipaparkan oleh penganjur serta suasana yang dilihatnya didalam dewan DECTAR tersebut dimana kelihatan ceria dengan warna-warni, lebih-lebih lagi berpakaian berwarna merah sebagai warna tema bagi perhimpunan pada kali ini. Kegembiraan Dato’ Seri Noh ditambah lagi apabila diberitahu bahawa program yang diadakan itu merangkumi berbagai aktiviti seperti ceramah yang bertajuk integriti, aktiviti memancing dan aktiviti-aktiviti untuk PUSPANITA dan bukan tertumpu kepada sukan sahaja.

(5)

Melucukan tetapi sangat menarik. Setelah puas peserta menunggu dengan sabar akhirnya berjaya juga menaikkan ikan seberat 95 gm pada pertandingan itu. Pertandingan telah diadakan di Tasik Idaman, Bangi pada 7 Julai 2012 disertai oleh lebih 50 orang peserta. Pemenang pertama dari NAFAS telah berjaya menaikkan ikan seberat 5.7 kg, kedua peserta dari Terengganu dengan ikan seberat 105 gm dan ketiga peserta dari Ibu Pejabat dengan ikan seberat 95 gm.

Buletin LPP | 5

(6)

SEKITAR PROGRAM KECEMERLANGAN & KECERGASAN ANGGOTA LPP 2012

(7)
(8)
(9)

Peladang, penternak dan nelayan

terus diingati dan dihormati. Beberapa

negeri lagi telah mengadakan perayaan

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan

(HPPN) di negeri masing-masing.

Pelbagai anugerah disediakan untuk

diberikan kepada peladang, penternak

dan nelayan yang mengungguli bidang

masing-masing.

Road To HPPN Kebangsaan

Buletin LPP | 9

PENGANJURAN HPPN NEGERI 2012 BERTERUSAN

Kehebatan HPPN peringkat negeri digambarkan dengan upacara perasmiannya yang disempurnakan oleh pemimpin besar yang turun padang dari Kuala Lumpur dan juga pentadbir tertinggi di peringkat negeri. Kesanggupan Ke bawah Duli Tuanku Raja mencemar duli dan Yang Di Pertua Negeri turun padang menunujukkan betapa sayangnya pemerintah tersebut kepada rakyat di negeri masing-masing, serta betapa perihatinnya mereka kepada rakyat.

(10)

MAHA 2012

DIJANGKA DAPAT MENARIK 3 JUTA PENGUNJUNG

Umum mengetahui bahawa kehadiran Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism (MAHA) adalah dinantikan oleh semua rakyat khususnya mereka yang terlibat dalam bidang pertanian. Baru-baru ini, telah berlangsung Majlis Pelancaran MAHA 2012, bertempat di Hotel Marriot, Putrajaya yang dijangka berlangsung pada Disember akan datang. Majlis ini dilancarkan oleh YB Datuk Seri Noh bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, turut serta ialah Y.Bhg. Dato’ Mohd. Hashim bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Dewasa kini, aktiviti pemprosesan makanan dilihat semakin berkembang di negara kita. Ramai usahawan bumiputera yang menceburi bidang ini dan menjadikannya sebagai punca pendapatan utama. Rantaian nilai yang diusahakan dapat menghasilkan produk yang mendapat tempat di hati pengguna. Baru-baru ini di Tanjung Karang, Selangor telah diadakan satu Majlis Pelancaran Kilang Memproses Makanan.

Usahawan Melebarkan Sayap Perniagaan Melalui

Pemprosesan Makanan.

Ia dirasmikan oleh Dato’ Noh bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 19 Jun yang lalu. Kilang ini dibina untuk menghasilkan produk berasaskan makanan tin yang sentiasa mendapat permintaan tinggi. Antara produk yang dihasilkan di kilang ini ialah kari ikan, kari ayam dan kari daging. Kilang ini telah mendapat bantuan dari LPP Negeri Selangor dan dibantu oleh PPK Tanjung Karang.

(11)

Ladang Kontrak terus mendapat sokongan Menteri

Pertanian dan Industri Asas Tani

Kewujudan Ladang kontrak telah membuka peluang kepada usahawan supaya mereka dapat menyalurkan hasil ladang melalui saluran yang betul. Pada 21 Jun 2012 yang lalu, satu majlis Program Pengukuhan Ladang Kontrak Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Dataran Morib, Selangor. Majlis itu turut dimeriahkan dengan gerai jualan dan pameran hasil ladang. Dato’ Seri Noh bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah menghadiri program diiringi oleh Ketua Jabatan dan Agensi Negeri Selangor.

65 Penerima PPRT Mendapat Bantuan

Kemiskinan adalah bukan sesuatu yang dipinta. Namun, takdir tuhan mengatasi segalanya. Adalah menjadi tanggungjawab mereka yang mampu dan bertanggungjawab turun membantu mereka yang memerlukan. Di Pahang, PPK Tembeling, Kuala Tahan baru-baru ini telah mengadakan satu majlis Penyampaian Agihan Pendapatan Program Pembasmian Kemiskinan (PPRT) Projek Bukit Payung Kali Ke-2 untuk tahun 2012. Penyampaian agihan tersebut telah disempurnakan oleh YH Dato’ Arpan Shah bin Satu, Ketua Pengarah LPP. Turut hadir bersama ialah Tan Sri Dato’ Sri Abdul Rashid bin Abdul Rahman, Pengerusi NAFAS dan Tn. Hj. Sulaiman bin Embong, Pengarah LPP Negeri Pahang.

(12)

Penaung :

Dato’ Arpan Shah bin Satu Penasihat :

Haji Kamalrul Badri bin Mat Ali Haji Mohd. Salim bin Haji Taha Ketua Pengarang :

Haji Ahmad Zamri bin Kamaruddin Penyunting :

Azizan bin Haji Othman Annie Laily binti Arif Edisi Internet :

Haninah binti Abdul Rahman Shahzunizam bin Zulkafli Grafik :

Kamaruzzan bin Hanif

Jurufoto :

Ishak bin Abdul Rahman Diterbitkan oleh :

Lembaga Pertubuhan Peladang, No. 20, Menara LPP,

Jalan Sultan Salahuddin, 50480 Kuala Lumpur. Edaran :

Nik Mazri bin Mat Yusof

Mohd. Haniff bin Asim @ Hasyim Naharuddin bin Abdul Rahman Shafrin Azhar bin Abd. Ghani

Berita Buletin LPP Elektronik boleh dilayari :

http://www.lpp.gov.my

Dicetak oleh :

Johan Interlink Sdn. Bhd.

LAHIR PELADANG PROGRESIF

Petua Agro Anda :

Tumbuk sisa tulang ikan dan kulit udang kemudian keringkan. Anda boleh taburkan bahan kompos tadi seelok-eloknya 2 kali seminggu sebagai baja untuk tanaman anda. Sesuai juga untuk bunga hiasan seperti bunga ros.

Air rendaman kulit bawang samada bawang putih atau bawang merah juga berupaya menyuburkan tanaman dengan mengeluarkan pucuk baru yang sihat. Ia perlu direndam semalaman sebelum disiram pada tanaman anda. Siram bersekali dengan kulit bawang yang direndam.

Referensi

Dokumen terkait

mahasiswa baru Sekolah Tinggi Keguruan dan Ilmu Pendidikan (STKIP) Singkawang Jalur Prioritas tahun 2016 sudah berakhir dengan dilaksanakannya seleksi masuk pada

Untuk memenuhi akuntansi pertanggungjawaban, biaya-biaya dalam sistem akuntansi pertanggungjawaban harus diklasifikasi menurut controllability atau dapat tidaknya biaya

model, hasil analisis structural Equation Modelling tercantum dalam gambar 2. Berdasarkan gambar 2 tersebut dapat diketahui nilai koefisien jalur. Nilai koefisien

Haftada Türklerin Türkistan’dan Doğu Avrupa’ya göçleri ayrıntılı bir biçimde incelenecek ve Doğu Avrupa’da kurulan ilk Türk devleti olan Avrupa Hunları hakkında

Dari sini dapat dipahami bahwa fungsi hiburan media bagi masyarakat adalah hal yang bisa diterima, tetapi hiburan yang ditampilkan harus merupakan hiburan yang sehat.. Sesuai

Dari hasil penelitian dapat disimpulkan bahwa terdapat 17 spesies tumbuhan yang dijadikan sebagai pohon penyusun habitat Lutung Budeng di Kawasan Hutan Adinuso

Kegiatan investasi harus sudah menentukan batas-batas lahan yang diperlukan, jumlah warga yang terkena dampak, informasi umum mengenai pendapatan serta status pekerjaan DP,

Sengketa ekonomi syariah termasuk perbankan syariah merupakan yurisdiksi baru bagi Peradilan Agama dengan perangkat hukum yang belum sempurna, sehingga menuntut