• Tidak ada hasil yang ditemukan

Esei Urbanisasi dan kesan terhadap alam

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Esei Urbanisasi dan kesan terhadap alam"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

SOALAN : Jelaskan proses urbanisasi dan masalah alam sekitar di Malaysia

Malaysia mengalami pelbagai proses sejak sebelum mencapai kemerdekaan sehingga ke hari ini. Urbanisasi merupakan satu daripada proses yang dialami. Urbanisasi didefinisikan sebagai proses perubahan sesuatu kawasan daripada luar Bandar kepada Bandar. Proses ini juga berlaku apabila petempatan Bandar berkembang menjadi Bandar yang lebih besar dan kompleks sifatnya seperti dari Bandar kecil kepada Bandar sederhana dan akhirnya menjadi Bandar raya. Proses ini merangkumi pelbagai aspek iaitu aspek fizikal dan manusia.

ASPEK FIZIKAL Hutan

Hutan didefinisikan sebagai kawasan yang ditumbuhi pokok-pokok secara bercampur-campur dan meliar. Hutan dikenali sebagai kawasan yang ditumbuhi pelbagai spesis pokok serta dikategorikan kepada pelbagai jenis mengikut perubahan cirri-ciri ketinggian dari aras laut, gabungan flora, habitat, biotik, iklim, dan tanah. Khazanah warisan Negara ini mendatangkan pelbagai kepentingan kepada alam sekeliling termasuklah kepada manusia.

Hutan merupakan pembekal oksigen kepada hidupan sekali gus menjadi penyerap karbon dioksida. Proses respirasi yang dijalankan oleh daun hijau membantu dalam penghasilan oksigen untuk dibekalkan kepada hidupan yang memerlukannya. Oksigen merupakan elemen yang penting bagi membolehkan sesuatu hidupan, seperti manusia dan haiwan, untuk bernafas.

Hutan juga membekalkan sumber bahan mentah kepada manusia bagi membolehkan mereka melaksanakan pembangunan. Misalnya, hutan di Negara kita ditumbuhi dengan pelbagai jenis pokok seperti pokok jati, cengal, dan meranti yang amat berguna untuk menghasilkan kayu kayan seterusnya membuat perabot. Pembekalan kayu ini membolehkan manusia untuk memperoleh pekerjaan.

(2)

Kawasan hijau ini juga merupakan habitat bagi flora dan fauna serta menjadi sumber makanan mereka. Pelbagai spesis hidupan yang tinggal di dalam hutan dan hal ini membantu mengekalkan populasi spesis ini agar tidak terancam. Spesis yang masih ada sehingga kini perlu dipelihara sebaiknya agar generasi muda akan datang dapat menikmati keindahan alam semulajadi ini.

Pembangunan

Urbanisasi menyebabkan kawasan hutan digondol demi melakukan pembangunan. Hal ini dilakukan demi menampung populasi penduduk Negara yang semakin bertambah. Kawasan perumahan serta bangunan pencakar langit dilihat jumlahnya meningkat saban waktu. Hal ini juga menyebabkan pertambahan sumber pekerjaan di kawasan Bandar yang baru membangun ini. Pertambahan peluang pekerjaan membawa kepada perpindahan penduduk daripada kawasan desa kepada kawasan Bandar. Hal ini membawa kepada perubahan dari aspek yang kedua iaitu kewujudan bandar-bandar baru.

Apabila berlaku urbanisasi, pihak kerajaan mewujudkan bandar-bandar baru kesan daripada migrasi penduduk. Migrasi atau penghijrahan ialah proses apabila penduduk bergerak antara tempat atau petempatan, iaitu antara tempat asal dengan destinasi demi memenuhi pelbagai matlamat. Kebanyakan daripada penduduk luar bandar akan berpindah ke bandar kerana mementingkan kualiti hidup mereka.

Hal ini berlaku kerana masyarakat yang semakin meningkat tahap pemikirannya, mula menyedari keperluan mereka memenuhi matlamat seperti pendidikan, pengangkutan, kesihatan, pendapatan dan perumahan.

Kawasan desa yang dahulunya diduduki oleh masyarakat yang mengusahakan ladang, kebun, dan tanah, kini kekurangan penduduk kerana mereka berpindah ke bandar untuk mencari pekerjaan dalam bidang perindustrian. Melalui proses urbanisasi juga, jalan-jalan di kawasan desa yang tidak rata dan bersimpang siur kini dinaiktaraf dengan pembinaan jalan besar yang lebih efisien.

(3)

Di kawasan bandar pula, pelbagai bangunan tinggi dibina sebagai satu daripada usaha untuk mencapai taraf kemajuan setanding dengan negara-negara jiran. Bangunan-bangunan seperti Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur kini menjadi identiti negara Malaysia serta menjadi tarikan pelancong asing seterusnya meningkatkan lagi taraf ekonomi negara kita.

Di samping itu, tanah di kawasan bandar juga diteroka bagi mengusahakan kawasan ini menjadi sebuah industri pertanian, misalnya. Kini kita dapat lihat banyak petani menjayakan projek menanam pokok secara besar-besaran di suatu kawasan tanah yang luas. Hal ini merupakan satu daripada cara yang boleh dilaksanakan untuk menjadikan perniagaan suatu sumber pendapatan.

Bagi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat bandar pula, pusat beli belah dan rumah kedai didirikan di kawasan bandar. Kita dapat lihat pelbagai kompleks beli belah seperti AEON, Tesco, Econsave dan Giant di kawasan-kawasan bandar. Hal ini juga membantu masyarakat di bandar untuk memperoleh sumber pendapatan dengan menjadi pengusaha atau peniaga barangan sekali gus menyediakan pelbagai pilihan kepada pembeli atau pengguna. Namun begitu, kesan negatif perkara ini ialah tenggelamnya peniaga-peniaga kecil yang hanya mengusahakan barangan secara kecil-kecilan.

Jika jalan di desa diperelok menjadi jalan yang lurus dan agak besar, di bandar pula, pihak kerajaan telah bertindak dengan membina lebuh raya bagi menguhubungkan antara kawasan seperti negeri dengan negeri. Tindakan ini memudahkan penduduk bandar untuk bergerak ke sana sini bagi memenuhi tuntutan hidup masing-masing.

(4)

ASPEK MANUSIA

Proses urbanisasi bagi aspek ini merangkumi dua perkara iaitu pemikiran dan gaya hidup. Pemikiran

Manusia turut mengalami perubahan apabila berlaku proses urbanisasi. Dari sudut pemikiran, masyarakat zaman dahulu lebih berfikiran tertutup dan sempit kerana dipengaruhi oleh pelbagai perkara yang menyekat mereka selain kurangnya sifat ingin mengambil tahu perkara baru. Misalnya, jika golongan muda dapat meneroka sesuatu bidang, golongan berusia lebih suka untuk berdiam diri kerana mereka merasakan perkara itu bukanlah suatu keperluan. Setelah proses urbanisasi, pemikiran masyarakat lebih terbuka dan luas seterusnya hal ini membolehkan mereka menerima pendapat orang lain bagi tujuan meningkatkan potensi diri. Gaya Hidup

Masyarakat pada zaman dahulu amat berpegang kepada adat sehingga wujudnya peribahasa yang berbunyi biar mati anak, jangan mati adat. Justeru, masyarakat sangat mementingkan kehidupan secara tradisional mengikut budaya masyarakat masing-masing. Misalnya, masyarakat Melayu mengamalkan cara makan dengan duduk bersila dan menggunakan tangan untuk menyuap makanan. Setelah urbanisasi, kita dapat lihat di bandar terutamanya, masyarakat Melayu, juga bangsa lain, kebanyakannya akan makan di meja makan dan ada sebilangan yang menggunakan sudu dan garfu kerana terpengaruh dengan budaya Barat yang telah menyelinap masuk ke segenap masyarakat di arus modenisasi ini.

Kita juga dapat lihat perubahan dari sudut bahasa yang digunakan oleh masyarakat. Pada zaman dahulu, masyarakat menggunakan bahasa Melayu klasik yang menggunakan perkataan seperti bonda, ayahanda, patik, beta dan sebagainya, selain menggunakan dialek mengikut negeri tempat tinggal masing-masing, tetapi bahasa yang kita dengar pada hari ini dipengaruhi oleh pelbagai pihak. Kewujudan bahasa rojak ternyata mempengaruhi masyarakat terutamanya remaja seretusnya menjadikan mereka kurang mahir dalam berbahasa Melayu. Masyarakat juga amat mementingkan penggunaan bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan dunia hari ini setelah menjalani proses urbanisasi.

(5)

mengalami urbanisasi pula lebih gemar memakai pakaian moden apabila menghadiri majlis keramaian. Tidak ramai yang masih memakai baju kurung dan baju Melayu apabila bertandang ke majlis kenduri. Pakaian yang dijual di pusat perniagaan juga kebanyakannya telah mengalami perubahan kerana keinginan untuk mengikut arus perdana dan trend terkini. Pakaian kini seperti baju kurung moden serta pakaian yang diserap dari negara luar seperti jubah sering menjadi pilihan masyarakat kini. Masyarakat dahulu yang kebanyakannya memakai terompah semasa berjalan kini berubah dengan memakai kasut dan selipar kerana penciptaan teknologi yang lebih selesa dan sesuai dengan keadaan hari ini.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir pihak yang masih mengamalkan budaya dan adat warisan ini atas rasa cinta mereka terhadap peninggalan nenek moyang.

Namun begitu, proses kemajuan urbanisasi yang membentuk bandar yang amat maju memberi kesan kepada alam sekitar & masyarakat bandar. Antara yang paling dominan ialah berlakunya pencemaran udara.

Hal ini kerana kawasan bandar terutamanya di Petaling Jaya & Sungai Way mempunyai berpuluh-puluh kilang barangan elektrik, kilang memproses makanan & sebagainya. Kebanyakan kilang ini mengeluarkan asap ke atmosfera tanpa melalui penapis udara. Asap ini mengeluarkan karbon monoksida dilepaskan yang boleh mengundang kepada fenomena hujan asid apabila bertindak dengan sulfur dioksida. Penduduk yang tinggal di kawasan perindustrian yang akan menerima paling banyak hujan asid. Akibat daripada fenomena ini, penyakit kulit termasuk kanser akan berlaku ke atas penduduk yang tinggal di bandar dan pokok tumbuhan juga mati serta layu serta bangunan khususnya rumah penduduk yang terlibat rosak.

Pelepasan asap yang mengandungi karbon monokida menyebabkan jerebu kerap berlaku. Jerebu inilah mengehadkan jarak penglihatan terutama semasa memandu kenderaan & inilah memberi kesan kepada trafik jalan yang sesak serta berisiko ditimpa kemalangan. Hal ini kerana kebanyakan kenderaan akan memperlahankan kenderaan mereka demi mengelakkan berisiko. Contohnya, Pelabuhan Klang merupakan tempat yang kerap dilanda jerebu yang paling teratas kedudukan IPU (Indeks Pencemaran Udara) setiap kali musim jerebu berlaku. Hal ini kerana Pelabuhan Klang merupakan tempat kapal kontena mengangkut keluar barang berat dan wujudnya kilang di situ.

(6)

mereka mahupun sebarang urusan penting. Apabila jumlah kenderaan semakin banyak, secara tidak langsung akan melepaskan asap & mengundang pencemaran udara.

Referensi

Dokumen terkait