SIKAP DAN MOTIVASI MURID MELAYU DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB SEBAGAI BAHASA KEDUA1
Muhammad Zuhair Zainal Universiti Putra Malaysia [email protected]
Mazani Jelani Universiti Putra Malaysia [email protected]
Mat Lazim Yaakub Universiti Putra Malaysia [email protected]
Abstrak
Kertas kerja ini bertujuan untuk meneliti dan mengkaji sikap dan motivasi murid Melayu dalam pembelajaran Bahasa Arab sebagai bahasa kedua. Penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti sikap murid Melayu di sekolah rendah kebangsaan dalam pembelajaran Bahasa Arab. Penyelidikan ini juga cuba menjelaskan faktor motivasi murid Melayu di sekolah rendah kebangsaan dalam pembelajaran Bahasa Arab dan menyenaraikan perbezaan sikap dan motivasi antara murid lelaki Melayu dan murid perempuan Melayu dalam pembelajaran Bahasa Arab sebagai bahasa kedua. Teori yang digunakan adalah Model Socioeducational Gardner yang telah diasaskan oleh Garner 1985. Gardner berpendapat bahawa motivasi mempunyai kaitan ketika mempelajari bahasa dan motivasi juga tidak boleh dipisahkan daripada setiap pelajar ketika mempelajari bahasa dan menjadi landasan yang penting. Sebagai prosedur bagaimana penyelidikan ini dijalankan, reka bentuk penyelidikan, sampel yang digunakan terdiri daripada murid-murid sekolah rendah kebangsaan tahun 4 yang mengikut kelas Bahasa Arab. Seramai 18 orang murid lelaki Melayu dan 18 orang murid perempuan Melayu kelas 4 Meranti dari Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong, Shah Alam serta 25 orang murid lelaki Melayu dan 18 orang murid perempuan Melayu kelas 4 Baiduri dari Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik, Seksyen 6, Shah Alam, Selangor telah dijadikan responden. Jumlah responden ialah seramai 79 orang murid. Dua buah sekolah tersebut dipilih adalah kerana kedua-duanya mempunyai murid-murid Melayu tahun 4 yang menjalani program Bahasa Arab j-QAF. Penyelidikan ini juga menggunakan kaedah lapangan iaitu pemerhatian luar, temubual dan soal selidik. Sikap dan motivasi antara murid lelaki Melayu dan perempuan Melayu dalam pembelajaran Bahasa Arab sebagai bahasa kedua dianalisis dan dihuraikan bagi menyenaraikan perbezaaan di antara kedua-duanya. Maklumat yang diperolehi dianalisis menggunakan kaedah statistik untuk mencari ketepatan maklumat dan hasil jangkaan. Cadangan-cadangan yang diusulkan adalah berhubung dengan usaha-usaha memperkasakan sistem pendidikan di Malaysia dalam memastikan pembelajaran bahasa kedua murid-murid di sekolah kebangsaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan efektif tanpa mengabaikan bahasa pertama mereka khususnya Bahasa Melayu. Dengan adanya penyelidikan ini, diharapkan ianya dapat memberikan gambaran kepada ibu bapa dan guru-guru terhadap kepentingan pengaruh sikap dan motivasi anak-anak dan murid-murid dalam menguasai bahasa kedua terutamanya Bahasa Arab.
PENGENALAN
dan fardu ain yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Kini pelaksanaan program j-QAF semakin berkembang dan boleh dikatakan hampir semua sekolah rendah kebangsaan melaksanakan program j-QAF ini. Satu elemen yang penting dalam program ini ialah kemahiran berbahasa Arab. Murid-murid diajar bagaimana mereka dapat menguasai dan berkomunikasi dengan Bahasa Arab dengan baik. Oleh itu, bagi mencapai maksud tersebut usaha yang gigih perlu digembleng agar murid-murid terus berminat dan tekun dalam mempelajari dan menguasai Bahasa Arab.
Objektif Kajian
a) Untuk mengenal pasti sikap murid Melayu di Sekolah Rendah Kebangsaan terhadap pembelajaran Bahasa Arab
b) Untuk menjelaskan faktor motivasi murid Melayu di sekolah Rendah Kebangsaan terhadap pembelajaran Bahasa Arab.
c) Untuk menyenaraikan perbezaan sikap dan motivasi antara murid lelaki dan murid perempuan Melayu di sekolah rendah kebangsaan dalam pembelajaran Bahasa Arab.
Sorotan kajian
Kajian Gardner dan Maclntyre (1993) dalam Gardner (2001) terhadap 92 orang penuntut universiti yang mengambil kursus Bahasa Perancis mendapati bahawa motivasi integratif merupakan faktor utama yang menentukan kejayaan dalam pembelajaran bahasa Kedua. Sementara kajian Crookes dan Schmidt (1991) dalam Garner (2001) mendapati bahawa motivasi berfungsi sebagai orientasi pelajar untuk mencapai matlamat pembelajaran bahasa kedua.
Dalam penyelidikan yang telah dilakukan oleh Nor Azura Mohd Salleh dan rakan-rakan (2008), beliau mendapati bahawa pelajar Cina menunjukkan sikap dan motivasi yang positif terhadap pembelajaran Komsas dalam Bahasa Melayu. Pelajar Cina menunjukkan sikap yang positif terhadap pembelajaran Komsas dalam Bahasa Melayu. Hal ini termasuklah sikap yang positif terhadap penutur Bahasa Melayu. Ini secara tidak langsung dapat membantu pelajar Cina mempelajari Komsas dalam Bahasa Melayu. Sikap positif terhadap penutur Bahasa Melayu menyebabkan wujud sikap integratif yang tinggi dalam kalangan pelajar Cina. Sikap integratif yang tinggi menggalakkan pelajar-pelajar Cina mempelajari Komsas dengan penuh yakin. Dalam kajian ini juga didapati bahawa pelajar Cina mempunyai motivasi yang positif dalam dalam mempelajari Komsas. Walaupun pelajar Cina mendapat keputusan yang sederhana dalam Bahasa Melayu, tetapi mereka mempunyai sikap dan motivasi yang tinggi dalam mempelajari Bahasa Melayu kerana Bahasa Melayu adalah subjek yang penting dan mereka ingin mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan.
Metodologi
Reka bentuk kajian ini ialah kaedah pemerhatian dan kaedah tinjauan. Penyelidik telah membuat sendiri pemerhatian dan tinjauan terhadap proses pembelajaran Bahasa Arab yang dilalui oleh murid-murid kelas 4 Meranti Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong dan murid-murid 4 Baiduri Sekolah Kebangsaaan Bandar Anggerik. Beberapa siri lawatan telah dilakukan. Aspek utama yang difokuskan semasa menjalankan kaedah ini ialah faktor sikap dan motivasi murid-murid.
Gardner telah memperkenalkan Model Socioeducational Gardner (1985), beliau berpendapat bahawa motivasi mempunyai kaitan ketika mempelajari bahasa dan motivasi juga tidak boleh dipisahkan daripada setiap pelajar ketika mempelajari bahasa dan menjadi landasan yang penting. Motivasi yang positif akan memberi sasaran tepat dan akan mempengaruhi kumpulan sasaran. Motivasi yang diperkenalkan oleh Gardner juga menyentuh motivasi untuk belajar bahasa kedua sebenarnya dipengaruhi oleh sikap.
Kebangsaan. Penyelidik telah mengambil populasi dari dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong, Shah Alam, dan Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik, Shah Alam, Selangor. Sampel diambil dari kedua-dua buah sekolah ini yang mengikuti dan mempelajari kelas Bahasa Arab. Antara yang dijadikan sampel penyelidikan ialah 43 murid-murid Melayu lelaki dan 36 murid-murid perempuan Melayu. Pecahan sampel mengikut sekolah ialah 18 orang murid lelaki Melayu dan 18 orang murid perempuan Melayu tahun 4 kelas 4 Meranti dari Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong dan 25 orang murid lelaki Melayu dan 18 orang murid perempuan Melayu tahun 4 kelas 4 Baiduri dari Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik. Guru Bahasa Arab yang mengajar di kedua-dua buah sekolah ini juga turut dijadikan responden dalam penyelidikan ini melalui sesi soal selidik, temu ramah dan pemerhatian.
Kaedah yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah Kaedah Lapangan (Pemerhatian Luar) dan kaedah keperpustakaan. Penerusi kaedah lapangan, penyelidik meletakkan dirinya betul-betul sebagai pemerhati dan memerhatikan semua yang berlaku semasa proses pembelajaran Bahasa Arab yang dijalani oleh murid-murid tahun 4 Sekolah Kebangsaan bukit Jelutong dan Sekolah Bandar Anggerik, Seksyen 6, Shah Alam, Selangor. Penyelidik hanya mencatat dan merakamkan apa yang berlaku semasa penyelidik menjalankan pemerhatian. Manakala menerusi kaedah keperpustakaan pula, ianya digunakan kerana terdapat majalah, jurnal, tesis, dan buku yang dijadikan bahan rujukan tambahan bagi menguatkan hujah yang ditulis dan fakta yang diperoleh.
Alat kajian yang digunakan oleh penyelidik ialah soal selidik dan temu bual. Soal selidik adalah tulang belakang kepada sesuatu kajian yang menggunakan kaedah tinjauan. Soal selidik ini direka khas untuk diisi oleh responden. Beberapa bahagian telah dibahagikan mengikut keperluan dalam penyelidikan. Penyelidik telah menggunakan soal selidik pertanyaan tertutup. Penyelidik menemu bual sendiri responden yang dipilih secara rawak. Temu bual adalah bersekitarkan soalan yang berkaitan dengan penyelidikan yang sedang dijalankan.
Kesemua data yang diperolehi seperti data temubual, soal selidik dan respons murid dalam penyelidikan ini dianalisis dengan menggunakan kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif
Analisis dan Perbincangan
Objektif 1 : Untuk mengenal pasti sikap murid-murid Melayu di sekolah rendah kebangsaan dalam pembelajaran Bahasa Arab
Jadual 1 : Tahap Penguasaan Bahasa Arab Mengikut Jantina dan Gred
KATEGORI LELAKI PEREMPUAN
SK BUKIT BANDAR ANGGERIK 25 18
Keputusan Peperiksaan Bahasa Arab Ujian Bulanan 1 / PKSR 1 Mengikut Gred
A B C D A B C D
8 8 6 3 5 11 2 -
Peratusan 32.0% 32.0% 24.0% 12.0% 27.8% 61.1% 11.1% 0%
SK BUKIT JELUTONG 18 18
Keputusan Peperiksaan Bahasa Arab Ujian Bulanan 1 / PKSR 1 Mengikut Gred
A B C D A B C D
5 9 4 - 10 7 1 -
Peratusan 27.8% 50.0% 22.2% 0% 55.6% 38.9% 5.5% 0%
Jadual 1 membincangkan tentang tahap penguasaan Bahasa Arab murid-murid dari kelas 4 Meranti Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong dan 4 Baiduri Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik. Perbincangan tahap penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan murid-murid tersebut dilihat dapat dijadikan sumber bagi mengenal pasti sikap murid-murid terhadap pembelajaran Bahasa Arab yang akan dikupas berdasarkan hasil analisis terhadap 5 item yang membincangkan sikap murid- murid-murid dari kelas 4 Meranti Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong dan 4 Baiduri Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik dalam Jadual 2 nanti.
Jadual 1 menunjukkan tahap penguasaan Bahasa Arab mengikut jantina dan gred murid- murid-murid dari kelas 4 Meranti Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong dan 4 Baiduri Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik pada Penilaian Kendalian Sekolah Rendah 1 2010. Analisis data pada Jadual 2 menunjukkan bahawa daripada 43 orang murid lelaki, mereka yang mendapat gred A ialah seramai 13 orang murid (30.2%), gred B seramai 17 orang (39.5%), gred C seramai 10 orang murid (23.3%), dan gred D seramai 3 orang murid (7.0%). Manakala daripada 36 orang murid perempuan, mereka yang ,mendapat gred A ialah seramai 15 orang (41.7), gred B seramai 18 orang (50.0%), dan gred C seramai 3 orang (8.3%)
Secara keseluruhannya, peratusan lulus murid-murid lelaki ialah sebanyak 93.0% iaitu seramai 40 orang murid dan peratusan tidak lulus ialah sebanyak 7.0% iaitu seramai 3 orang murid. Manakala peratusan lulus murid-murid perempuan ialah sebanyak 100% iaitu seramai 36 orang murid.
Jadual 2 : Sikap Murid-Murid Ketika Mempelajari Bahasa Arab
Bil Item Sikap S % TS % TP %
1 Belajar Bahasa Arab memang sangat bagus 58 73.4% 10 12.7% 11 13.9% 2 Saya seronok mempelajari Bahasa Arab 57 72.2% 14 17.7% 8 10.1% 3 Saya suka datang ke kelas Bahasa Arab 55 69.6% 18 22.8% 6 7.6% 4 Saya selalu menyiapkan latihan Bahasa Arab
yang diberikan oleh guru 45 57.0% 17 21.5% 17 21.5% 5 Saya tidak malu untuk bertanya soalan kepada
guru apabila saya tidak memahami sesuatu perkara ketika mempelajari Bahasa Arab
54 68.3% 10 12.7% 15 19.0%
Berdasarkan jadual 2, murid-murid sekolah rendah menunjukkan sikap yang positif dalam mempelajari Bahasa Arab. Seramai 58 orang murid (73.4%) yang menyatakan setuju belajar Bahasa Arab memang bagus, 57 orang murid (72.2%) yang setuju seronok mempelajari Bahasa Arab, 55 orang murid yang suka datang ke kelas Bahasa Arab, diikuti seramai 54 orang murid (68.3%) yang tidak malu untuk bertanya soalan kepada guru apabila mereka tidak memahami sesuatu perkara ketika mempelajari Bahasa Arab dan terakhir sekali seramai 45 orang murid (57.0%) yang menyatakan bahawa mereka selalu menyiapkan latihan Bahasa Arab yang diberikan oleh guru.
Peratusan tertinggi setuju dapat dilihat pada item yang pertama “belajar Bahasa Arab
memang seronok” iaitu sebanyak 73.4% (58 orang murid) manakala peratusan terendah “setuju”
dapat dilihat pada item yang keempat “saya selalu menyiapkan latihan Bahasa Arab yang
diberikan oleh guru iaitu sebanyak 57.0% (45 orang murid). Akan tetapi, walaupun peratusan setuju item yang keempat adalah yang terendah, namun ianya masih mempunyai peratusan yang tinggi berbanding peratusan tidak setuju dan tidak pasti bagi kelima-lima item pada jadual 3 tersebut. Ini menunjukkan ramai murid setuju menyatakan bahawa mereka mempunyai sikap yang positif dalam mempelajari Bahasa Arab.
sebanyak 21.5%. Kesemua peratusan tidak setuju pada kelima-lima item pada Jadual 2 mengambarkan sikap yang negatif bagi setiap murid dalam pembelajaran Bahasa Arab. Akan tetapi, dalam penyelidikan ini, hasil daripada analisis data Penilaian Kendalian Sekolah Rendah 1 2010 bagi mata pelajaran Bahasa Arab dan juga 5 item yang membincangkan sikap murid-murid dalam mempelajari Bahasa Arab menunjukkan bahawa murid-murid sekolah rendah kebangsaan hampir kesemuanya mempuyai sikap yang positif dalam mempelajari Bahasa Arab.
Objektif 2 : Untuk menjelaskan faktor motivasi murid-murid Melayu di sekolah rendah kebangsaan terhadap pembelajaran Bahasa Arab
Jadual 3 membincangkan hasil keputusan analisis terhadap 5 item yang membincangkan motivasi murid-murid dari kelas 4 Meranti Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong dan murid-murid kelas 4 Baiduri Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik ketika mempelajari Bahasa Arab
Jadual 3: Motivasi Murid-Murid Ketika Mempelajari Bahasa Arab
Bil Item Motivasi S % TS % TP %
1 Bahasa Arab dapat membantu saya membaca dan
memahami Al-Quran dengan baik 62 78.5% 3 3.8% 7 17.7%
2
Saya gemar mencari bahan-bahan yang berkaitan mata pelajaran Bahasa Arab di perpustakaan dan di internet
46 58.2% 14 17.7% 19 24.1%
3 Saya seronok apabila guru mengajar Bahasa Arab
menggunakan ICT sebagai alat bantu mengajar 50 63.3% 17 21.5% 12 15.2%
4 Keluarga menggalakkan saya mempelajari Bahasa
Arab 69 87.3% 4 5.1% 6 7.6%
5 Rakan-rakan dalam kelas banyak membantu saya
dalam mempelajari Bahasa Arab 54 68.4% 19 24.0% 6 7.6%
Berdasarkan Jadual 3, ramai murid yang menyatakan setuju pada kenyataan yang terdapat pada kelima-lima item yang dikemukan. Peratusan kenyataan setuju tertinggi ialah pada item yang keempat “keluarga menggalakkan saya mempelajari Bahasa Arab” sebanyak 87.3% (69 orang murid), dikuti item yang pertama “Bahasa Arab dapat membantu saya membaca dan memahami Al-Quran dengan baik iaitu sebanyak 78.5% (62 orang murid) dan yang ketiga tertinggi
ialah item yang kelima “rakan-rakan dalam kelas banyak membantu saya dalam mempelajari
Bahasa Arab sebanyak 68.% (54 orang murid).
Dalam penyelidikan ini, ternyata murid-murid Melayu mempunyai motivasi yang positif dalam mempelajari Bahasa Arab. Faktor motivasi positif tersebut salah satunya datang daripada sikap positif yang ditonjolkan oleh murid-murid ketika mempelajari Bahasa Arab yang mana dapatan kajian tersebut boleh dilihat pada Jadual 2. Dapatan kajian ini turut menyokong dapatan kajian Mohd Firdaus (2003) dan Nor Azura Mohd Salleh dan rakan-rakan (2008) yang menyatakan bahawa pelajar yang mempunyai sikap yang positif terhadap pembelajaran bahasa kedua mempunyai motivasi yang tinggi terhadap pembelajaran bahasa tersebut.
menggambarkan betapa murid-murid mempelajari Bahasa Arab adalah semata-mata untuk membolehkan mereka membaca dan menguasai Al-Quran dengan baik tanpa dibayangi oleh sebarang bentuk insentif, tekanan ataupun hukuman.
Objektif 3 : Untuk menyenaraikan perbezaan sikap dan motivasi antara murid-murid lelaki Melayu dan murid-murid perempuan Melayu di sekolah rendah dalam pembelajaran Bahasa Arab
Jadual 4 dan 5 membincangkan hasil keputusan analisis terhadap 5 item yang membincangkan tentang sikap dan motivasi murid-murid dari kelas 4 Meranti Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong dan murid-murid kelas 4 Baiduri Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik ketika mempelajari Bahasa Arab. Dalam keputusan analisis tersebut, penyelidik telah meletakkan peratusan mengikut jantina bagi setiap item yang dikemukakan. Langkah ini adalah bertujuan bagi membolehkan penyelidik menyenaraikan perbezaan sikap dam motivasi dalam kalangan murid lelaki dan perempuan Melayu dalam pembelajaran Bahasa Arab.
Jadual 4 : Perbezaan Sikap Murid Lelaki dan Perempuan Ketika Mempelajari Bahasa Arab
Berpandukan Jadual 4, tiada perbezaan sikap yang ketara ditunjukkan oleh murid-murid lelaki dan murid-murid perempuan. Kebanyakan murid lelaki dan murid perempuan mempunyai sikap yang positif ketika mempelajari Bahasa Arab. Namun demikian terdapat sedikit perbezaan sikap yang dapat dilihat pada item yang keempat iaitu kenyataan setuju saya menyiapkan latihan Bahasa Arab yang diberikan oleh guru. Daripada 43 responden lelaki seramai 28 orang murid (65.1%) yang setuju menyatakan bahawa mereka selalu menyiapkan latihan Bahasa Arab yang diberikan oleh guru manakala daripada 36 responden murid perempuan hanya 17 orang murid sahaja yang setuju dengan kenyataan tersebut. Walaupun hanya 17 orang murid perempuan yang setuju menyatakan bahawa mereka selalu menyiapkan latihan Bahasa Arab yang diberikan oleh guru mereka, peratusan yang menyatakan tidak setuju selalu menyiapkan latihan Bahasa Arab yang diberikan oleh guru juga adalah rendah berbanding dengan murid lelaki iaitu sebanyak 16.7% (6 orang murid). Selebihnya adalah bersikap berkecuali iaitu tidak pasti sebanyak 36.1% (13orang murid). Sedangkan murid lelaki, peratusan yang menyatakan tidak setuju selalu menyiapkan latihan Bahasa Arab yang diberikan oleh guru adalah lebih tinggi berbanding murid perempuan iaitu sebanyak 25.6% (11 orang murid) manakala yang bersikap berkecuali pula iaitu tidak pasti sebanyak 9.3% (4 orang murid lelaki) lebih rendah dan kecil bilangannya daripada
Bil Item Sikap S % TS % TP %
1 Belajar Bahasa Arab memang sangat bagus L 33 76.7% 4 9.3% 6 14.0% P 25 69.4% 6 16.7% 5 13.9%
2 Saya seronok mempelajari Bahasa Arab L 30 69.7% 7 16.3% 6 14.0% P 27 75.0% 7 19.4% 2 5.6%
3 Saya suka datang ke kelas Bahasa Arab L 31 72.1% 9 20.9% 3 7.0% P 24 66.7% 9 25.0% 3 8.3%
4 Saya selalu menyiapkan latihan Bahasa Arab yang diberikan oleh guru
L 28 65.1% 11 25.6% 4 9.3%
P 17 47.2% 6 16.7% 13 36.1%
5
Saya tidak malu untuk bertanya soalan
kepada guru apabila saya tidak memahami
sesuatu perkara ketika mempelajari Bahasa
Arab
L 29 67.4% 6 14.0% 8 18.6%
murid perempuan.
Apa yang pasti, perbezaan yang kecil tersebut tidak dapat mengambarkan bahawa terdapat perbezaan sikap yang ketara antara murid-murid lelaki Melayu dan murid-murid perempuan Melayu di sekolah rendah kebangsaan dalam pembelajaran Bahasa Arab. Jika ditelaah pada tahap penguasaan mereka dalam pembelajaran Bahasa Arab melalui Kendalian Sekolah Rendah 1 2010 bagi mata pelajaran Bahasa Arab pada Jadual 1, peratusan murid perempuan yang lulus ialah 100% manakala murid lelaki pula ialah 93%. Bukti ini jelas menunjukkan bahawa murid-murid lelaki Melayu dan murid-murid perempuan Melayu di sekolah rendah kebangsaan mepunyai sikap yang positif dalam pembelajaran Bahasa Arab.
JaduaL 5 : Perbezaan Murid Lelaki dan Perempuan Ketika Mempelajari Bahasa Arab
Jadual 5 mengandungi dapatan kajian daripada analisis terhadap 5 item yang membincangkan motivasi murid lelaki dan perempuan ketika mempelajari Bahasa Arab. Keputusan analisis data tersebut menyenaraikan bahawa terdapat dua jenis motivasi yang ada pada diri murid-murid ketika mempelajari bahasa Arab. Motivasi tersebut ialah motivasi instrinsik dan motivasi ekstrinsik. Cuma apa yang ingin penyelidik bincangkan di sini ialah di antara dua jenis motivasi tersebut, apakah jenis motivasi yang paling menyerlah bagi murid-murid lelaki Melayu dan murid-murid perempuan Melayu ketika mempelajari Bahasa Arab.
Maka bersumberkan keputusan analisis 5 item yang membincangkan motivasi murid ketika mempelajari Bahasa Arab, sebanyak 86.0% murid-murid lelaki dan 88.9% murid-murid perempuan menyatakan mereka bersetuju bahawa keluarga mereka menggalakkan mereka mempelajari Bahasa Arab. Manakala sebanyak 76.7% murid-murid lelaki dan 80.5% murid-murid perempuan menyatakan mereka bersetuju bahawa Bahasa Arab dapat membantu mereka membaca dan memahami Al-Quran dengan baik. Dua kenyataan ini merupakan item setuju yang mempunyai peratusan tertinggi dalam kalangan murid-murid lelaki dan murid-murid perempuan. Kenyataan pertama adalah mewakili motivasi ekstrinsik dan kenyataan kedua adalah mewakli motivasi instrinsik.
Bil Item Motivasi S % TS % TP %
1
Bahasa Arab dapat membantu saya
membaca dan memahami Al-Quran dengan
baik
L 33 76.7% 2 4.7% 8 18.6%
P 29 80.5% 1 2.8% 6 16.7%
2
Saya gemar mencari bahan-bahan yang
berkaitan mata pelajaran Bahasa Arab di
perpustakaan dan di internet
L 25 58.2% 9 20.9% 9 20.9%
P 21 58.3% 5 13.9% 10 27.7%
3
Saya seronok apabila guru mengajar
Bahasa Arab menggunakan ICT sebagai
alat bantu mengajar
L 27 62.8% 9 20.9% 7 16.3%
P 23 63.9% 8 22.2% 5 13.9%
4
Keluarga menggalakkan saya mempelajari
Bahasa Arab
L 37 86.0% 3 7.0% 3 7.0%
P 32 88.9% 1 2.8% 3 8.3%
5
Rakan-rakan dalam kelas banyak
membantu saya dalam mempelajari Bahasa
Arab
L 26 60.5% 12 27.9% 5 11.6%
Jelas menunjukkan bahawa motivasi ekstrinsik adalah motivasi yang paling menyerlah bagi mendorong murid-murid lelaki Melayudan juga murid-murid perempuan Melayu mempelajari Bahasa Arab sebagai bahasa kedua. Faktor keluarga terutamanya ibu bapa yang memberi dorongan, galakan dan sokongan ternyata memberi impak yang besar dalam mevotivasikan diri murid-murid lelaki dan murid-murid perempuan bagi menguasai dan mempelajari Bahasa Arab dengan baik.
Jesteru dalam penyelidikan ini, tiada perbezaan sikap dan motivasi yang dapat disenaraikan antara murid-murid lelaki Melayu dan murid-murid permpuan Melayu dalam pembelajaran Bahasa Arab. Murid-murid lelaki Melayu dan murid-murid perempuan Melayu mempunyai sikap dan motivasi yang positif ketika mempelajari Bahasa Arab. Mereka juga cukup bermotivasi ketika mempelajari Bahasa Arab. Motivasi tersebut adalah datang dari luaran dan dalaman diri mereka.
Rumusan
Pada keseluruhannya, penyelidik mendapati daripada keputusan yang diperolehi melalui penyelidikan ini, murid-murid Melayu menunjukkan sikap dan motivasi yang positif terhadap pembelajaran Bahasa Arab. Mereka menunjukkan minat dan keseungguhan yang mendalam terhadap pembelajaran Bahasa Arab. Meskipun Bahasa Arab merupakan bahasa kedua bagi mereka, namun mereka tetap berusaha untuk mempelajari dan menguasai Bahasa Arab dengan baik dan cemerlang. Berbekalkan dorongan dan rangsangan daripada luaran dan dalaman, murid-murid Melayu ini telah menonjolkan sikap yang baik serta positif terhadap pembelajaran Bahasa Arab. Kesinambungan daripada sikap positif inilah maka murid-murid Melayu turut dapat memiliki motivasi diri yang positif ketika mempelajari Bahasa Arab. Bagaikan irama dan lagu, sikap dan motivasi tidak dapat dipisahkan. Ternyata faktor sikap dan motivasi banyak mempengaruhi dan membantu murid-murid Melayu dalam mencapai kejayaan dan kemajuaan dalam mempelajari Bahasa Arab.
Hasil daripada keputusan penyelidikan ini juga turut menjelaskan bahawa tiada terdapat perbezaan sikap dan motivasi yang ketara antara murid-murid lelaki Melayu dan murid-murid perempuan Melayu. Oleh itu tiada yang boleh menjadi halangan bagi murid-murid lelaki Melayu dan murid-murid perempuan Melayu untuk berjaya dalam mempelajari bahasa Arab. Malah mereka boleh belajar bersama dan saling bantu membantu dan lengkap melengkapi antara satu sama yang lain.
Cadangan
Penyelidik mencadangkan kepada pihak sekolah dan guru-guru agar dapat menyediakan suatu sistem dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat murid-murid agar mereka dapat membentuk sikap dan motivasi yang positif ketika mempelajari kedua-dua bahasa kedua tersebut. Dalam era ICT, kebanyakan sekolah rendah kebangsaan sudah pun dilengkapi dengan alat teknologi dalam setiap bilik darjah. Oleh itu, pihak sekolah perlu memantau agar guru-guru dapat menggunakan alat tersebut seoptimum yang mungkin bagi merangsang minat dan motivasi murid-murid dalam mempelajari bahasa kedua khususnya Bahasa Arab.
NOTA HUJUNG
1
Diterbitkan dalam Prosiding Seminar Antarabangsa Psikolinguistik II: Bahasa, Pemikiran dan Integriti, 8 – 9 Jun 2010. Serdang: Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia. Penyunting Adi Yasran Abdul Aziz, Noor Aina Dani,
Jama’yah Zakaria & Abdul Nassir Said. No. ISBN 978-983-41184-8-8.
RUJUKAN
Ariffin Zainal, Latifah Amin, Normah awang & Norjan Yusof, 2000. Penghargaan Kendiri Pelajar-Pelajar baru Pusat Pengajian Jarak Jauh UKM. Seminar Kebangsaan Pengajian Jarak Jauh, 31 Oktober – 1 November 2000. Bangi.
Chintra A/P Raju, 2003. Sikap dan Motivasi Pelajar India dalam Pemelajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan, Bangi.
Gardner. E. 2001. Language Learning Motivation: The studen, The Teacher, and The Researcher. Ontario: University of Ontario Press.
Gardner. E. 1985. Social, Psychology in Second Language Learning. London: Edward Arnor. Kamsiah Abdullah, 1984. Sikap dan Motvasi Penuntut Melayu di Sekolah Menengah singapura
Terhadap Bahasa Melayu dan Inggeris. Tesis sarjana Pendidikan. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Hadiah Senin, 1997. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Prestasi Pelajar dalam Mata Pelajaran Sejarah. Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Jamali Ismail, 1991. Sikap, Motivasi dan Pencapaian dalam Pembelajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua di Kalangan Pelajar Bukan Melayu. Jurnal Dewan Bahasa, 36 (11) :1071 -1085.
Mangantar Simanjuntak, 1987. Pengantar Psikolinguistik Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhd Firdaus, 2003. Sikap dan Motivasi Pemelajaran Bahasa Inggeris serta Implikasinya Terhadap Pencapaian. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan, Bangi.
Nor Azura Mohd Salleh, Nor Zaiton Hanafi & Zamri Mahamod, 2008. Sikap dan Motivasi Pelajar Cina dalam Pemelajaran Komponen Kesusasteraan Melayu. Selangor: Karisma Publication Sdn. Bhd.
Oxford, R. 1990. Language Learning Strategies. Boston: Heinle & Heinle Publishers.
Zamri Mahamod, 2008. Psikolinguistik dalam Pengajaran & Pemelajaran Bahasa Melayu. Selangor: Karisma Publication Sdn. Bhd.
Zamri Mahamod & Mohamed amin Embi, 2008. Sikap Pelajar Cina Terhadap Pemelajaran Bahasa Kedua sebagai Bahasa Kedua. Selangor. Karisma Publication Sdn. Bhd.