• Tidak ada hasil yang ditemukan

teknik dan pendekatan konseling psikoanalisis

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "teknik dan pendekatan konseling psikoanalisis"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 LATAR BELAKANG KES DAN PENDEKATAN / TERAPI PSIKOANALISIS 1.1 Latar belakang Kes

1.1.1 Latar belakang klien

Klien bernama Nurul Izzah Binti Rosli (bukan nama sebenar) merupakan anak sulung daripada tiga orang adik-beradik. Berumur 18 tahun dan menuntut di dalam jurusan kemanusiaan di Tingkatan Enam Rendah, SMK Seri Balik Pulau. Mempunyai seorang adik perempuan berumur 15 tahun (tingkatan 3) dan seorang adik lelaki berumur sembilan tahun (darjah tiga). Ibu dan bapa bekerjaya dan bekerja sebagai kerani pentadbiran di Penang Port, Pulau Pinang. Status sosioekonomi keluarga klien ialah sederhana. Klien sekeluarga tinggal di Taman Manggis, Balik Pulau, Pulau Pinang. Latar belakang pendidikan klien ialah bermula dengan Tadika kemas, tadika Ummi, SK Kongsi dan SMK Seri Balik Pulau. Klien tinggal bersama nenek sejak kecil dan kembali tinggal bersama ibu bapa apabila mula bersekolah rendah. Hubungan klien dengan ibu dan bapanya kurang rapat dan kurang mesra.

1.1.2 Latar belakang permasalahan klien

Klien hadir menemui kaunselor dengan permasalahan berkaitan dengan rakan sebaya. Iaitu rasa tidak dipedulikan, rasa kecil hati, sakit hati dan hanya berdiam diri. Jika sebelum ini, klien dan rakan sering belajar bersama-sama, namun sehingga kini klien dan rakan sering tidak menegur dan tidak bercakap. Masalah ini telah berlarutan selama hampir dua bulan. Klien mengakui bahawa dirinya ialah jenis individu yang tidak bergaul dan tidak mempunyai ramai kawan. Sejak kecil, beliau kurang berkawan dan hubungan dengan kanak-kanak lain sangat terhad. Pengalaman bersama rakan sebaya sebelum ini, jika tidak kenal, beliau agak sukar untuk bercakap dan tidak akan memulakan hubungan atau perbualan dengan orang yang tidak dikenali. Beliau mempunyai sikap pemalu yang sangat kuat, sukar bercakap dan sekiranya mempunyai kawan, beliau hanya berkawan biasa sahaja dan tidak begitu rapat.

1.1.3 Analisis Permasalahan klien menurut teori

Antara punca masalah klien menurut Teori Psikoanalisis ialah pengalaman negatif atau konflik masa silam klien dengan ibu bapa atau penjaga atau dengan orang lain yang signifikan semasa kanak-kanak seperti datuk dan nenek dari segi kurang atau terlebih layanan daripada ibu bapa atau penjaga atau dengan orang lain yang signifikan semasa kanak-kanak. Klien juga dilihat tidak melalui proses perkembangan psikoseksual dengan jayanya, tersekat atau berlaku lekatan (fixation) di peringkat perkembangan psikoseksual seperti peringkat Latency dan Phallic. Klien banyak menggunakan Mekanisme Helah Bela Diri Pendaman dan terlalu mengikut desakan id.

(2)

mempunyai masa yang cukup untuk melalui proses kaunseling yang akan memakan masa yang lama dan perlu mempunyai kesabaran, kesanggupan dan kesungguhan.

1.2 Latar belakang Pendekatan / Terapi Psikoanalisis

Teori Psikoanalisis telah wujud sejak tahun 1880-an dan merupakan hasil penyelidikan oleh Sigmund Freud dan Josef Breuer semasa menjalankan kaedah hipnosis untuk merawat pesakit histeria. Namun begitu, Sigmund Freud merupakan tokoh yang telah mengembangkan teori ini. Beliau dilahirkan pada 6 Mei 1856 dan meninggal dunia pada 23 September 1939. Berasal dari Freiberg, Moravia yang kini dikenali sebagai Slovakia. Beliau bermula sebagai seorang doktor perubatan dan penyelidikannya tertumpu kepada kecelaruan saraf. Keluarganya mempunyai lapan orang adik beradik dan beliau adalah anak sulong, lima daripadanya adalah perempuan dan tiga lelaki. Sebagai anak sulung yang paling tua dalam keluarga, hubungannya dengan adik beradiknya adalah rapat. Bapanya bekerja sebagai seorang saudagar bulu kambing dan pernah berkahwin dua kali. Ibu Freud adalah seorang yang mempunyai personaliti periang dan cerdas. Ibunya meninggal dunia ketika berusia 95 tahun. Semasa berusia 4 tahun, Freud dan keluarganya berpindah ke Vienna pada tahun 1680 dan tinggal ketika pemerintahan Nazi yang menyebabkan beliau berpindah ke London pada tahun 1938. (Sapora Sipon dan Ruhaya Hussin, 2008).

2.0 KONSEP PENTING

Freud memandang manusia sebagai pesimis, deterministik dan mekanistik. Manusia ditentukan oleh pemikiran tidak rasional, motivasi tidak sedar, keinginan dan dorongan biologi dan naluri oleh peristiwa psikoseksual pada lima tahun pertama kehidupan. Tingkahlaku manusia ditentukan oleh tenaga psikik. Tenaga psikik ini terdiri dari id, ego dan superego. Oleh kerana tenaga ini terbatas, maka bagi mengendalikan tenaga yang ada, maka salah satu dari tiga sistem tenaga ini akan menguasai dua yang lain bagi menentukan tingkahlaku manusia. Tingkahlaku manusia juga ditentukan oleh kehendak naluri seks dan impuls agresif. Tingkahlaku manusia ditentukan oleh keinginan memperoleh kesenangan dan menghindari kesakitan. Freud juga memandang manusia mempunyai naluri kehidupan (Libido) dan kematian (Thanatos). Menurut Freud tujuan setiap kehidupan adalah kematian – kehidupan tidak lain adalah jalan ke arah menuju kematian.

2.1. Id, Ego, Superego

(3)

menghalang desakan id. Ego terbentuk apabila kanak-kanak mendapati tidak semua yang diingini oleh id dapat dipenuhi. manakala superego pula mempengaruhi ego supaya memilih tingkah laku secara realistik. (http://studentsrepo.um.edu.my/207/4/BAB_2.pdf).

Id merupakan dorongan naluri yang berkaitan dengan prinsip keseronokan tanpa mempedulikan tentang realiti dan pertimbangan dari segi moral dan logikal. Matlamatnya hanyalah untuk memuaskan nafsu naluri semata-mata. Ia tidak pernah matang walaupun umur seseorang itu telah lanjut. Manakala Ego pula bertindak sebagai kuasa eksekutif bagi mengawal personaliti seseorang dan sebagai pengawal kepada jenis-jenis tindakan yang sesuai dengan persekitaran. Ego bertindak berdasarkan kepada realiti. Dengan itu, segala tindak tanduk yang dilakukan adalah setelah membuat pertimbangan mengikut realiti yang wujud pada ketika itu. Ego juga dapat menghasilkan pemikiran yang logik dan rasional untuk merancang serta melaksanakan segala tindakan bagi mengurangkan ketegangan dan kerisauan. Ia juga mempunyai kawalan terhadap personaliti. Seterusnya ialah superego yang mana lebih bersifat sosial dan bermoral. Ia bertanggungjawab terhadap sesuatu sama ada baik atau buruk, betul atau salah. Superego bertindak untuk menyekat Ego daripada mematuhi sebarang tindakan Id. Superego berfungsi sebagai hakim bagi menentukan ganjaran dan dendam. Fungsi utamanya ialah untuk menyekat desakan-desakan Id terutamanya berkaitan dengan seks. Ia juga berfungsi bagi menggantikan matlamat realistik dengan tujuan moral di samping berusaha ke arah kesempurnaan kendiri.

(4)

menurut Freud adalah merupakan tahap yang paling penting. Pada tahap ini, ingatan-ingatan yang tersimpan pada waktu dahulu disisihkan daripada tahap sedar. Tahap alam tidak sedar ini mengandungi kesemua naluri (seksualiti) dan keinginan yang tidak dibenarkan masuk ke alam sedar. Tahap ini digambarkan dengan bahagian iceberg yang terletak di bawah permukaan air. Freud mengatakan bahawa hanya pakar sahaja yang boleh memahami tahap alam tidak sedar seseorang berdasarkan teknik di dalam bahagian rawatan teori psikoanalitik ini.

2.3 Mekanisme Bela Diri

Corey, 2005 dalam Sapora Sipon dan Ruhaya Hussin (2008), mendefinisikan Mekanisme Bela Diri sebagai pengherotan terhadap realiti yang boleh mengurangkan kesan kesakitan dan konflik melalui tindak balas lazim yang automatik. Ia bertujuan untuk mengurangkan penderitaan ego yang tidak dapat mengawal id dengan baik dan membantu ego mempertahankan dirinya dari desakan dan dorongan yang kuat dari id. Diantara mekanisme bela diri yang sering digunakan ialah seperti berikut;

2.3.1 Represi atau Pendaman

Keadaan di mana individu memendam segala fikiran yang mengganggu dan mengancam diri sebagai satu cara untuk membawa perkara-perkara dan perasaan yang tidak menyenangkan ke alam bawah sedar.

2.3.2 Regresi

Keadaan ini berlaku apabila seseorang melakukan pengunduran ke masa yang lalu iaitu kembali kepada tingkah laku kebiasaan di peringkat awal perkembangan (langkah ke belakang). Ini kerana tindakan menyorot kembali ke peringkat perkembangan awal adalah dirasai lebih selamat.

2.3.3 Penafian

Helah bela diri ini berlaku apabila seseorang itu tidak dapat menerima kenyataan. Individu ini secara sengaja tidak mahu percaya bahawa perkara yang buruk atau sedih telah berlaku dan akan melupakannya supaya mereka tidak perlu mengingati kejadian tersebut.

2.3.4 Sublimasi

Individu menyalurkan perasaan kekecewaannya kepada saluran yang lebih positif atau bentuk yang boleh diterima oleh masyarakat iaitu dengan cara melupakan kekecewaan, kesedihan atau kegagalan dengan menumpukan perhatian kepada aktiviti lain yang lebih positif.

2.3.5 Rasionalisasi

(5)

2.3.6 Pemindahan

Individu akan mengalihkan kemarahannya kepada sasaran lain yang lebih lemah dan selamat (contohnya anak) kerana dia tidak dapat meluahkan kemarahan sebenarnya kepada orang tersebut (contohnya majikan atau bos). Memindahkan perasaan yang kurang manis daripada sesuatu objek kepada sesuatu yang boleh menerimanya.

2.3.7 Projeksi

Keadaan apabila individu membalikkan sesuatu kelemahan atau keinginan kepada orang lain agar orang tersebut dipersalahkan. Individu ini cuba menuduh orang lain melakukan kesilapan kerana ingin menyembunyikan kesalahannya. Individu tidak boleh menerima kelemahan diri sendiri tetapi menyalahkan orang lain.

2.3.8 Intelektualisasi

Individu cuba memendam emosi yang tidak menyenangkan dan mengasingkan diri mereka daripada realiti. Mereka berusaha mengelakkan masalah contohnya dengan rakan sebaya atau pasangan dengan memendam perasaan tentang masalah yang dihadapi dan cuba mengelakkan diri dengan orang di sekeliling.

2.3.9 Pembentukan reaksi

Proses ini merupakan satu perkembangan sikap yang bertentangan dengan perkara yang telah dipendam. Keadaan ini berasaskan kepada prinsip bertentangan polariti.Individu akan melepaskan dirinya dari situasi yang tidak menyenangkan dengan tindakan yang melampau

bagi menghapuskan kekecewaannya. Sebagai contohnya seorang bapa bersikap enggan

memikul tanggungjawab untuk membesarkan anak-anaknya, tetapi tiba-tiba bersikap sebaliknya dengan menunjukkan kasih sayang yang melampau. Ini kerana bapa tersebut berasa bersalah dan cuba mengatasinya dengan menunjukkan keadaan yang sebaliknya.

2.3.10 Identifikasi

Helah bela diri merujuk kepada seseorang yang cuba membuat penyesuaian dengan menyifatkan dirinya seperti orang lain yang mempunyai kebolehan, pencapaian, sifat-sifat dan status yang lebih baik. Dengan kata lain seseorang itu cuba untuk menyamakan dirinya dengan individu lain.

(6)

akan menentukan jenis personaliti yang akan dimiliki oleh kanak-kanak kanak tersebut apabila dewasa kelak. http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/FP/bookchapter_fp20.pdf)

2.4 Peringkat-Peringkat Perkembangan Psikoseksual

2.4.1 Peringkat mulut atau oral (0 hingga 18 bulan)

Menurut Sabariah Siron (2005), pada peringkat ini keseronokan bayi dapat dicapai melalui mulut. Mulut adalah zon erotik bayi yang aktif seperti ketika menghisap susu, mendapat makanan dan minuman. Sekiranya pada tahap ini bayi menerima layanan yang baik dalam memenuhi kepuasannya, maka dikatakan trait personaliti sebagai individu yang optimistik, mesra, dan mudah kerjasama akan dilihat dalam diri individu tersebut. Namun begitu, sekiranya tidak dapat, maka dia akan terlekat di peringkat ini, dan mempunyai personaliti seperti pendiam, pasif, dan orang yang suka merokok apabila dewasa.

2.4.2 Peringkat dubur atau anal (19 bulan hingga 3 tahun)

Pada usia ini, zon kelazatan beralih ke kawasan dubur. Freud mempercayai bahawa kanak-kanak mendapat kelazatan daripada aktiviti mengawal pembuangan najis. Pada tahap ini, penumpuan tenaga libido ditumpukan pada bahagian-bahagian otot pembuangan najis yang melibatkan latihan tandas (toilet -training). Cara ibubapa menguruskan latihan tandas kepada kanak-kanak boleh mempengaruhi trait personaliti seseorang individu. Sekiranya latihan yang diberikan tidak sesuai, maka akan menimbulkan perasaan negatif pada kanak-kanak dan mewujudkan suasana anal agresif dan anal retentif.

2.4.3 Peringkat Phallic (3 hingga 6 tahun)

Pada peringkat ini kanak-kanak lebih tertarik kepada organ jantinanya. Peringkat ini juga merupakan permulaan berkembangnya kompleks oedipus dan kompleks elektra. Kompleks oedipus berlaku kepada kanak-kanak lelaki apabila tanpa disedari, tertarik kepada ibu dan kompleks elektra berlaku pada kanak-kanak perempuan apabila tanpa disedari, tertarik kepada bapa. Peringkat paling kritikal ini akan menentukan kepesatan seksual yang berkembang dalam diri individu.

2.4.4 Peringkat Latensi (6 hingga 12 tahun)

(7)

lagi sifat kelakian pada kanak-kanak lelaki dan sifat kewanitaan kepada kanak-kanak perempuan. Tumpuan juga pada usaha berdaya tindak dengan persekitarannya.

2.4.5 Peringkat Genital (12 tahun ke atas)

Pada peringkat ini, remaja mula mengambil tahu dan menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina. Pada waktu ini, remaja juga mula memikirkan isu berpasangan, perkahwinan, dan masa depan. Tenaga libido akan mendorong individu menaruh minat terhadap individu di luar keluarga yang berlainan jantina. Pada peringkat ini, kelenjar-kelenjar seksual sudah mula berfungsi dan melalui proses perkembangan serta berfungsi sebagai sumber kenikmatan dan kepuasan. Perasaan cinta kepada diri sendiri dan kepada orang lain mula wujud. ( http://belajarpsikologi.com/tahap-perkembangan-psikososial-menurut-sigmund-freud/)

3.0 MATLAMAT TERAPI PSIKOANALISIS

Nor Shafrin Ahmad dan Rohany Nasir (2013) berpendapat, matlamat teori psikoanalisis ialah menguatkan ego serta membawa kesemua pengalaman yang berada di bawah sedar menjadi sedar. Manakala menurut Shahabudin Hashim dan Rohizani Yaakub (2002), terdapat dua matlamat utama teori psikoanalisis iaitu pembentukan semula watak dan menguatkan fungsi ego. Matlamat utama kaunseling menggunakan pendekatan psikoanalisis ini juga adalah untuk membolehkan klien mendapat gambaran tentang masalah yang dihadapi. Peranan klien pula mesti bersedia untuk meluahkan perasaan secara bebas tanpa tapisan kendiri. Matlamat pendekatan Psikoanalitik ialah mencari pengalaman masa lalu bagi memandu dan membentuk peringkat kefahaman kendiri yang diperlukan untuk membuat perubahan perwatakan.

Matlamat sesi kaunseling yang dijalankan bersama klien (Izzah) mengikut teori psikoanalisis adalah untuk menyedarkan klien perihal alam tidak sedar, mengenalpasti konflik masa silam iaitu semasa kanak-kanak, mengorganisasi semula personaliti (reconstruction of personality), membantu klien menyelesaikan tahap perkembangan yang tidak sempurna jika ada dan menguatkan ego klien agar lebih berkeyakinan dan dapat mengawal tuntutan kendiri (id) yang bertentangan dengan nilai masyarakat.

4.0 PROSES TERAPEUTIK TERAPI PSIKOANALISIS

(8)

telus dalam meluahkan segala permasalahan agar matlamat untuk membantu klien dalam penyelesaian masalah akan tercapai. Akhir sekali kaunselor menekankan agar dipihak klien tidak menceritakan apa yang dibincangkan dalam sesi dan menjadi kerahsiaan antara klien dan kaunselor sahaja.

Sesi yang dirakamkan ini merupakan pertemuan pertama di antara klien (Izzah) dengan kaunselor. Segala maklumat dicatat bagi tujuan analisis dan kegunaan dalam sesi berikutnya. Kaunselor menganalisis sejarah dan perkembangan hidup klien dan kaunselor berusaha membantu klien melihat tahap unconcious, berdasarkan maklumat yang diberikan. Proses teraputik adalah untuk menguatkan ego supaya tingkah laku individu adalah berdasarkan lebih realiti dan kurang kepada instinct (naluri).

Fokus proses adalah menggunakan kaedah teraputik untuk membawa bahan-bahan yang berada di bahagian tidak sedar dan diproses. Pengalaman semasa kanak-kanak dibina semula, dibincang, diinterpretasi dan dianalisis. Proses ini memerlukan peranan terapis dan klien. Peranan terapis adalah secara neutral supaya klien dapat membina hubungan yang rapat dan meluahkan masalah yang dihadapi.

Seterusnya kaunselor melihat kepada perkembangan Transference oleh klien. Kaunselor membantu klien menghubungkan permasalahan yang dihadapi sekarang dengan unconcious yang dialami semenjak kecil yang ada kaitan dengan individu yang sinifikan. Iaitu kaunselor menerangkan kepada klien bahawa permasalahan yang dihadapinya kini berkaitan masalah dengan rakan adalah berpunca daripada lekatan di peringkat latensi semasa perkembangan psikoseksual zaman kanak-kanaknya. Pada peringkat ini, kanak-kanak memberi penumpuan kepada kerja-kerja sekolah dan aktiviti-aktiviti lain, mempelajari tentang peranan jantina dan lebih gemar berkawan dengan rakan yang sama jantina. Namun begitu Izzah tidak dapat meluangkan masa yang secukupnya dengan rakan-rakan sebaya kerana beliau menyatakan bahawa: (Pada minit ke 9.00)

“Sejak kecil lagi saya dijaga oleh nenek, dia seorang yang tegas dan perhubungan keluarga dengan orang luar agak terbatas. Dia kawal semua cucu - cucu dia termasuklah saya. Jadi saya tak diberi peluang untuk mengenali orang luar. Saya nak main pun, saya main dengan adik-adik saya sahaja. Sampailah saya naik sekolah rendah pun tetap macam tu…”

5.0 APLIKASI TEKNIK TERAPI PSIKOANALISIS

(9)

peringkat-peringkat tertentu perkembangan klien, menguji sejauh mana pengalaman masa lampau klien menimbulkan kesan yang tidak baik pada diri klien sekarang, mengatasi konflik yang sekian lama dan berurutan dalam hidup klien dan mengenalpasti struktur psyche (id, ego, superego) yang sedang mengawal klien.

Klien berkemungkinan tidak dapat mengingati kesemua peristiwa yang dialami semasa kecil, namun melalui perkaitan bebas klien digalakkan untuk bercakap dan juga bercerita secara bebas. Dalam sesi kaunseling ini, klien digalakkan untuk berkongsi cerita lama dan lahirkan perasaan secara bebas. Kaunselor percaya seseorang individu masih lagi boleh mengingati peristiwa lama yang dialami pada umur 6 tahun dan ke atas. Peristiwa pahit yang berlaku ini mungkin dipendam ke dalam alam tidak sedar kerana dengan memendam seseorang itu dapat mengawal tekanan tang dialami. Pendaman adalah mekanisme helah bela diri yang digunakan oleh klien untuk menghadapi perasaan negatif yang dirasai sekian lama. Dengan menggunakan teknik perkaitan bebas ini dengan suasana yang terapeutik yang disediakan oleh kaunselor secara tidak langsung klien akan merasa lebih selesa dan selamat untuk menceritakan pengalaman pahit dan manis yang dialaminya.

5.1. Perkaitan bebas

Menurut Hergenhahn dan Matthew (1999), sejarah bermulanya Perkaitan Bebas adalah Freud terpengaruh dengan apa yang diperhatikannya semasa lawatan bersama Charchot dan Bernheim. Beliau mencuba hipnosis terhadap pesakitnya tetapi dia tidak berpuas hati dengan hasilnya. Hasil maklum balas daripada salah seorang pesakitnya, hipnosis tidak membantu malahan memberi gangguan dan pesakitnya lebih suka diberi kebebasan bercakap. Kemudian Freud mencuba teknik hand-pressure iaitu beliau meletakkan tangan di atas dahi pesakit dan meminta pesakit bercakap sebaik sahaja tangan dilepaskan. Freud kemudiannya membuat penambahbaikan dan menamakannya sebagai Perkaitan Bebas.

Zvi Lothane (2010) menyatakan bahawa perkaitan bebas adalah kaedah untuk meneroka, mengkaji dan mengurus proses emosi dan idea bawah sedar sama ada secara interpersonal atau intrapersonal seperti fantasi, angan-angan, delusi dan halusinasi yang mana merupakan sumber kepada perkaitan pemikiran untuk menghubungkan minda bagi mengenal pasti, berimaginasi, mengingat, berfikir dan beremosi.

(10)

menenangkan fikiran klien. Klien digalakkan meluahkan segala isi hati dan perasaannya yang tidak logik dan tidak rasional.

Anderson (1989) menyatakan bahawa gaya interaksi yang positif di antara kaunselor dan klien akan menjadikan klien meningkat rasa dipunyai, rasa dihargai dan menghargai diri sendiri seterusnya akan meluahkan segala perasaan tanpa ada rasa tidak selesa. Oleh itu, di dalam sesi yang dijalankan ini, kaunselor akan cuba mewujudkan suasana agar klien selesa dan berusaha memahami segala yang diluahkan oleh klien secara mendalam termasuk memahami pengertian yang tersembunyi di sebalik sesuatu yang diluahkan. Perkataan-perkataan yang digunakan oleh klien termasuk kesilapan percakapan juga akan diinterpretasikan kerana mungkin ada sesuatu di sebalik perkataan yang digunakan. Oleh itu, kesemuanya akan dibincangkan bersama klien bagi menentukan makna sebenar. Klien digalakkan untuk menyatakan apa-apa sahaja yang ada dalam fikiran tidak kira sama ada penting atau tidak. Klien tidak perlu malu dan takut serta boleh bercakap tentang masa lalu, masa kini dan masa hadapan. Klien mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk meluahkan isi hati dan fikiran. Perkaitan bebas adalah merupakan keistimewaan kepada kaunseling Psikoanalisis kerana memberi kebebasan sepenuhnya untuk klien bercakap. Percakapan klien juga adalah tidak perlu berstruktur. (Muhd. Mansur Abdullah, 1996)

Teknik perkaitan bebas memerlukan klien meluahkan apa sahaja yang terlintas dalam pemikirannya tanpa menapis susunan logik perbualannya dengan kaunselor. Teknik ini merupakan pemanggilan kembali pengalaman-pengalaman masa lampau dan pelepasan emosi yang berkaitan dengan situasi trauma di masa lampau yang dikenali sebagai katarsis bagi tujuan mengingat semula pengalaman serta emosi lampau yang pernah dialami oleh klien.

Pada minit ke 7.52, kaunselor meminta klien duduk berbaring atau bersandar ke belakang mengikut keadaan yang klien rasakan paling selesa. Klien sepatutnya berbaring di atas katil dan kaunselor duduk dibelakangnya. Namun begitu, klien lebih selesa bersandar ke belakang di sofa dan menghadap kaunselor.

“Baiklah Izzah, sekarang ni cikgu nak minta Izzah baring ke belakang.., atau bersandar ke belakang dalam keadaan yang Izzah rasa paling selesa.., nak duduk macam ni ka..nak pegang bantal ka..tak ada masalah..asalkan keadaan yang Izzah rasa paling relaks, Izzah rasa selesa..”

“Baiklah Izzah sekarang ni, cuba Izzah pejamkan mata, sekarang ni cikgu nak Izzah tenangkan fikiran, cuba bayangkan benda-benda yang boleh menenangkan Izzah contohnya pantai, taman..ataupun laut..”

(11)

menyelami dan membongkar perasaan yang terpendam disebabkan oleh peristiwa atau pengalaman masa lampau yang boleh mempengaruhi tingkahlaku masa kini.

“Cuba Izzah ceritakan pada cikgu perkara-perkara yang Izzah ingat sejak kecil..samada sejak 4 tahun ke..5 tahun ke..pengalaman-pengalaman atau apa sahaja perkara yang Izzah ingat semasa kecil”

Tugas kaunselor ialah mengenalpasti peristiwa atau perkara-perkara yang dipendamkan ke minda tanpa sedar dan memahami perkara-perkara atau peristiwa yang di alami dan mewujudkan interaksi yang menggalakkan supaya klien boleh bertindak secara bebas tentang perkara yang hendak diluahkan. Berikut ialah beberapa pengalaman masa lampau dan pelepasan emosi yang berkaitan dengan situasi trauma di masa lampau klien.

Pada minit ke 10.12:

“ Mak saya seorang yang tegas. Ayah saya boleh dikatakan seorang yang relaks jugak. Mak saya kawal saya, kongkong saya, dia tak pernah bagi saya peluang untuk keluar dengan kawan-kawan.”

Pada minit ke 10.58 :

“Dengan adik-adik, saya selalu jugak bergaduh. Dengan adik saya yang kedua, waktu tu dia lahir masa saya darjah tiga, saya macam tak dapat terima dia sebab dia lahir masa saya dah besar, saya rasa macam dia mengganggu hidup saya…saya macam tak boleh terima sangat.. .tapi adik yang pertama tu, dia hanya beza tiga tahun sahaja dengan saya, jadi saya macam ok ja sebab dia selalu main dengan saya”

Pada minit ke 16.01:

“Tok saya dia seorang yang tegas. Dia selalu beri amaran kat saya. Dia cakap umur saya ni tak sesuai ada apa-apa hubungan dengan jantina lain. So benda tu macam bagi depress kat saya la sebab bila saya darjah enam, saya macam ada keinginan untuk berpasangan.”

Pada minit ke 17.28

(12)

Pada minit ke 19.18: “Ayah saya ni macam ada ka tak ada ka macam sama ja bagi saya”

Pada minit ke 19.47:

“mak dan ayah saya selalu lebihkan adik-adik saya daripada saya. Jadi saya rasa macam lebih baikla saya tak ada adik daripada ada adik. Adik saya tu saya rasa macam dia tak membantu saya buat kerja rumah”

Pada minit ke 20.33:

“Adik saya yang bongsu tu, bila waktu first-first saya tahu mak saya mengandung, saya tak suka dan waktu tu saya rasa saya tak perlukan seorang lagi adik.”

Pada minit ke 21.55:

“Kalau berkumpul ramai-ramai dengan family, mak saya suka bagitau fasal result bagus adik saya, tapi kalau saya dapat result bagus, dia tak pernah cerita ”

Pada minit 22.24:

“Kalau pi shopping, adik semua boleh dapat apa yang dia nak, tapi kalau saya, mahal la..tak boleh la..”

Pada minit ke 23.04:

“Masa semua family berkumpul di rumah tok, mak marah saya depan semua orang kata saya tak boleh diharap, malas, main dengan asyik main dengan adik saja, mak kata saya ni perempuan, tapi kerja, tak mahu tolong”

Pada minit ke 24.28

“Saya ni bukan jenis yang bagi reaksi terus masa itu juga. Saya jenis pemendam. Bila saya balik rumah, saya masuk bilik, saya nangis sebelum tidur…saya nangis waktu malam bila semua orang dah tidur.”

Pada minit ke 25.13:

“Saya rasa puas bila buat macam tu…sebab saya rasa saya tak sakitkan hati sesiapa walaupun diri saya yang disakiti. Saya takkan melawan balik apa yang mak cakap “ Pada minit ke 26.12:

(13)

Pada minit ke 29.55:

“Diaorang tak appreciate bila saya dapat markah yang tinggi. Buat tak tahu saja bila saya dapat markah yang elok. Saya rasa tak dihargai”

Asas kepada teknik ini adalah kefahaman bahawa dalam diri individu memang tersemat pendaman sebagai satu faktor mekanisme bela diri. Pendaman yang banyak tersimpan akan menjadi tekanan yang mendesak diri. Setelah kaunselor meneliti kesemua peluahan yang dibuat oleh Izzah, kesimpulan yang dapat dibuat ialah beliau mempunyai begitu banyak mekanisme bela diri pendaman. Beliau merasa sangat sedih dengan layanan yang diberikan oleh nenek, ibu, bapa dan adik-adik terhadap beliau. Namun beliau tidak menunjukkan ciri-ciri memberontak dan bertindak memendam perasaan seterusnya membawa perasaan sedih tersebut ke alam bawah sedar agar tidak merasa sedih dan kecewa.

5.2 Interpretasi

Merupakan kaedah menganalisis perkaitan bebas, transference, mimpi dan juga resistence yang ditimbulkan oleh klien. Kaunselor akan menyatakan, menerangkan atau memberitahu berkaitan dengan makna tingkahlaku yang dimaksudkan oleh perkara-perkara di atas. Fungsi interpretasi adalah untuk mendorong ego bagi mengasimilasikan bahan baru dan mempercepatkan timbulnya perkara - perkara tidak sedar klien. Tafsiran-tafsiran yang dibuat akan menyebabkan klien lebih memahami dan akan memudahkan timbulnya bahan-bahan yang dipendamkan oleh klien. Interpretasi yang diberi hendaklah diberi tepat pada waktunya iaitu di saat klien boleh menerima dan mengakui peristiwa berkenaan, interpretasi hendaklah dibuat dari awal peristiwa dan sedalam yang mampu diterima oleh klien dan sebelum interpretasi emosi dan konflik dibuat, hendaklah terlebih dahulu dinyatakan bentuk resistence yang ada. Berikut adalah beberapa peluahan klien yang diinterpretasi oleh kaunselor.

5.2.1 Klien menggunakan Mekanisme Helah bela diri Pendaman. Pada minit ke 24.28

“Saya ni bukan jenis yang bagi reaksi terus masa itu juga. Saya jenis pemendam. Bila saya balik rumah, saya masuk bilik, saya nangis sebelum tidur…saya nangis waktu malam bila semua orang dah tidur.”

Pada minit ke 25.13:

(14)

“Saya lebih selesa buat ikut cara saya sendiri. Saya tak suka tunjuk yang saya sedih. Saya rasa ia dapat beri kelegaan pada saya walaupun kadang-kadang ia bagi saya sakit balik.”

Pada minit ke 26.42:

“Bila saya rasa dah penat, saya pun tidur dan bila bangun pagi esok, rasa sedih tu masih ada tapi rasa kurang dah sikit”

5.2.2 Klien mengalami lekatan (fixation) di peringkat perkembangan psikoseksual 5.2.2.1 Fixation di peringkat Phallic- Electra complex

Klien tidak melalui peringkat perkembangan psikoseksual dengan lengkap di peringkat Phallic. Disebabkan kurangnya perhatian daripada ayah, menyebabkan klien tidak mengalami electra complex semasa kecil iaitu pada umur 3 hingga 6 tahun. Keadaan ini berdasarkan luahan klien pada minit ke 17.28:

“saya agak kurang perhubungan dengan ayah. Dia seorang yang relaks dan tak pernah ambil tahu fasal kami adik-beradik. Kadang-kadang bila ayah ada kat rumah, saya rasa macam janggal. Dia selalu kalau hari Sabtu Ahad, pun jarang ada kat rumah. Dia lebih banyak aktiviti dengan kawan-kawan dia. Kadang-kadang saya terfikir jugak saya ni ada ayah ka tak”

5.2.2.2 Fixation di peringkat latency

Pada peringkat Latency, kanak-kanak memberi penumpuan kepada kerja-kerja sekolah dan aktiviti-aktiviti sosial, mempelajari tentang peranan jantina dan lebih gemar berkawan dengan rakan yang sama jantina. Namun begitu Izzah tidak berpeluang melalui pengalaman – pengalaman tersebut berdasarkan peluahan beliau iaitu pada minit ke 9.00;

“Sejak kecil lagi saya dijaga oleh nenek, dia seorang yang tegas dan perhubungan keluarga dengan orang luar agak terbatas. Dia kawal semua cucu - cucu dia termasuklah saya. Jadi saya tak diberi peluang untuk mengenali orang luar. Saya nak main pun, saya main dengan adik-adik saya sahaja. Sampailah saya naik sekolah rendah pun tetap macam tu…”

5.3 Analisis dan interpretasi terhadap penahanan (

resistence

)

(15)

berperanan untuk menunjukkan resistence yang berlaku dan klien harus menghadapinya jika mahu menangani masalah yang dihadapinya.

Di dalam sesi pertama bersama Izzah iaitu pada minit ke 27.06, kaunselor bertanyakan sama ada beliau pernah bermimpikan ibu, ayah, tok dan juga adik-adik serta adakah pernah mengalami sebarang mimpi-mimpi yang menakutkan dan mengerikan, namun beliau menyatakan bahawa beliau tidak pernah mengalami sebarang mimpi-mimpi. Kaunselor berpendapat bahawa kenyataan yang dibuat oleh klien ini seperti resistence kerana klien mengelak daripada bercakap tentang mimpi serta tidak yakin untuk meluahkan pengalaman mimpi-mimpinya kerana khuatir akan perkara – perkara atau bahan-bahan yang mengancam seperti pengalaman yang menyakitkan memasuki minda sedar.

5.4 Analisis dan interpretasi terhadap Pemindahan dan Pertentangan Pemindahan (transference dan counter transference)

Pemindahan dan pertentangan pemindahan adalah dua lagi teknik penting kaunseling psikoanalisis. Pemindahan (transference) merujuk kepada perasaan dan fikiran klien yang dipindahkan kepada kaunselor. Pendekatan ini adalah merupakan inti pati kepada perhubungan kaunselor dengan klien. Melalui proses ini kaunselor akan cuba membantu klien memahami urusan tidak selesainya dalam masa lampau bersama dengan orang yang signifikan kepadanya. Contohnya ibu atau bapa. Proses rawatan akan cuba menghidupkan kembali pengalaman-pengalaman masa lampau klien. Kaunselor akan membantu klien memahami pengalaman-pengalaman masa lalunya yang ada kaitannya dengan kehidupan di masa kini. Klien akan melihat kaunselor sebagai orang yang pernah menyebabkan konflik pada dirinya berlaku. Ada kala perasaan negatif seperti benci, dendam atau pun perasaan positif seperti cinta, kasih akan dipindahkan kepada kaunselor.

Manakala pertentangan pemindahan (counter transference) pula merujuk kepada perasaan dan fikiran kaunselor yang berpindah kepada klien. Oleh kerana itu kaunselor hendaklah tahu dan mahir untuk menolak perasaan wujud dalam hubungannya dengan klien. 5.5 Analisis Mimpi

(16)

Pada minit ke 27.06, kaunselor bertanyakan kepada klien sama ada beliau pernah bermimpikan ibu, ayah, tok dan juga adik-adik serta adakah pernah mengalami sebarang mimpi-mimpi yang menakutkan dan mengerikan. Namun begitu, beliau menyatakan bahawa beliau tidak pernah mengalami sebarang mimpi-mimpi. Kaunselor membuat interpretasi berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh klien ini seperti resistence kerana klien tidak yakin untuk meluahkan pengalaman mimpi-mimpinya kerana khuatir akan perkara – perkara bahan-bahan yang mengancam seperti pengalaman yang menyakitkan memasuki minda sedar. Namun begitu, kaunselor akan berusaha lagi pada sesi seterusnya untuk meminta klien meluahkan pengalaman mimpinya.

6.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, teori psikoanalisis ini dapat membantu kaunselor dari segi beberapa aspek seperti memahami klien, mengkonsepsikan masalah, merancang rawatan, menyediakan sistem yang lengkap untuk melaksanakan proses kaunseling secara tersusun, serta dapat menilai keberkesanan proses kaunseling. Psikoanalisis adalah berbeza daripada teori-teori lain kerana melihat manusia sebagai deterministik dan dipengaruhi oleh desakan-desakan yang tidak rasional dan bersifat inginkan kepuasan semata-mata. Psikoanalisis mempercayai bahawa personaliti seseorang manusia dipengaruhi oleh tahap perkembangan psikoseksual seseorang iaitu peringkat oral, anal, falik, latensi dan genital. Perkembangan yang berlaku di setiap peringkat akan mempengaruhi personaliti seseorang. Perkembangan kanak-kanak akan menjadi tidak normal apabila seseorang kanak-kanak mengalami pengalaman yang merencatkan aliran tenaga tersebut. Keadaan ini dipanggil lekatan (fixation) dimana ia akan membuat seseorang itu kurang berupaya berdepan dengan krisis dalam peringkat perkembangan seterusnya. Struktur personaliti manusia juga dikelaskan kepada sistem Id, Ego dan Superego. Sistem ini juga berfungsi membentuk personaliti seseorang yang merangkumi cara-cara berfikir dan bertingkahlaku. Matlamat teori psikoanalisis ialah untuk membawa perasaan-perasaan, pengalaman dan fikiran di dalam unconscious iaitu alam tidak sedar kepada conscious iaitu sedar kerana manusia bermasalah disebabkan oleh kurangnya kesedaran peranan mental. Anxieti dan tekanan adalah hasil daripada konflik yang berlaku antara id, ego dan superego. Kerisauan adalah berpunca daripada memori atau pengalaman alam sedar dan tidak sedar semasa perkembangan zaman kanak-kanak. Dalam percaturan ketiga-tiga komponen ini, id sebagai pendesak, ego sebagai pengatur dan superego pula sebagai pemerhati. Manakala matlamat bagi teori psikologi individu, lebih berfokuskan kepada keadaan sedar (consciousness) berbanding keadaan tidak sedar (unconsciousness).

(17)

Referensi

Dokumen terkait

Lihat Aman, ”Pemikiran Hatta tentang Demokrasi, Kebangsaan, dan Hak Azasi Manusia”, dalam MOZAIK, 1 Juni 2006.. Java, Jong Celebes, Jong Sumatera dan lain sebagainya,

Dari analisis yang dilakukan terhadap kuesioner nordic body map, dan data lain seperti data denyut jantung pekerja serta waktu proses yang digunakan, maka dapat

Candidates for the A Level Further Mathematics examination use the List of Formulae and Statistical Tables (MF10).. The MF10 list is sent out to Centres as needed in a stationery

Biaya yang di berikan setiap pemanen dengan ketentuan sebagai berikut :  Para pemanen yang telah melakukan kegiatan panen pada suatu blok sesuai teknis panen

Jumlah alokasi waktu pada prota diisi sesuai dengan jam pelajaran efektif Matematika yang ada di suatu Sekolah Dasar yaitu jumlah pekan efektif satu tahun x alokasi

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui: (1) terdapat tidaknya perbedaan yang signifikan hasil belajar kognitif siswa yang mendapatkan pembelajaran dengan model

Berdasarkan uraian latar belakang diatas serta melihat betapa pentingnya sebuah budaya dan religiusitas seseorang terhadap kinerja sumber daya manusia atau

Pada pratikum kali ini, yaitu pratikum Pengaruh Frekuensi Terhadap Induktor Yang Dialiri Arus AC, pratikan akan mengukur besarnya nilai Arus terukur (Iterukur) , Impedansi terukur