• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR. 4.0

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR. 4.0"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

KEMAHIRAN GENERIK DAN TEKNIKAL PERAKAUNAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEMESTER AKHIR DIPLOMA AKAUNTANSI

Nor Rizan binti Mohamad Idris

(rizan@polisas.edu.my)

Raja Mahani binti Raja Sulaiman

( rajamahani@polisas.edu.my)

Wan Maimunah binti Wan Ishak

(maimunah@polisas.edu.my)

ABSTRAK

Sumber guna tenaga kemahiran generik (KG) dan teknikal dilihat sebagai salah satu elemen dalam melahirkan modal insan yang berkualiti bagi sesuatu institusi pengajian tinggi. Bagi merealisasikan ke arah negara maju, Malaysia telah membangunkan sumber tenaga melalui pendidikan teknikal dan Vokasional melalui institusi pengajian tinggi Politeknik dalam melahirkan graduan bagi pasaran kerja, yang menekankan aspek pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lain dalam aktiviti kurikulum atau bukan kurikulum. Kepentingan kemahiran-kemahiran dalam bidang serta kemahiran generik adalah penting untuk memenuhi kehendak bakal majikan. Maka kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk melihat tahap kemahiran generik dan tahap kemahiran teknikal perakaunan (KTP) dalam kalangan pelajar semester akhir Diploma Akauntansi, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) Kuantan. Kajian juga ingin melihat adakah terdapat perbezaan kemahiran dari aspek jantina. Kajian yang dijalankan pada Mac 2017, telah dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan analisis min bagi melihat tahap kemahiran yang dimiliki. Ujian Mann Whitney – U digunakan bagi melihat perbezaan kemahiran yang dimiliki mengikut jantina. Seramai 108 responden telah terlibat dalam pengajian yang dipilih secara rawak berstrata. Analisis menunjukkan responden menguasai tahap KG dan KTP yang tinggi. Namun dalam aspek tertentu seperti kemahiran berkomunikasi terutamanya yang menggunakan bahasa Inggeris, para pelajar hanya menguasai secara sederhana sahaja. Analisis juga menunjukkan terdapat perbezaan KG di antara pelajar lelaki dan perempuan. Pelajar lelaki lebih menguasai KG berbanding pelajar perempuan. Tiada perbezaan KTP di antara pelajar lelaki dan perempuan. Oleh itu, bakal graduan perlulah berusaha mempersiapkan diri sebelum memasuki alam pekerjaan yang sebenar..

Kata Kunci : kemahiran generik (KG), kemahiran perakaunan (KP), kemahiran teknikal perakaunan (KTP), graduan perakaunan

1. Pengenalan

Pengeluaran pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia keseluruhannya mencatat trend yang semakin meningkat. Pada tahun 2000, jumlah keseluruhan pelajar yang berjaya dihasilkan oleh IPT di Malaysia termasuk IPTA, IPTS, Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR), politeknik dan kolej Komuniti seramai 116,673 orang. Data yang diperolehi pada tahun 2011 mencatatkan jumlah pengeluaran pelajar seramai 198,625 orang (Kementerian Pengajian Tinggi, 2012). Peningkatan bilangan graduan yang tidak disertai dengan peluang pekerjaan boleh menimbulkan tanggapan bahawa tenaga kerja yang dihasilkan tidak sepadan dengan keperluan pasaran. Kesukaran graduan mencari pekerjaan dan pengangguran di kalangan siswazah berkait rapat dengan kekurangan kebolehpasaran graduan dalam menceburi bidang pekerjaan (Nooriah, et, al. 2012). Institut Akauntan Malaysia (MIA) dalam Laporan Tahunan 2012, menyatakan negara masih kekurangan akauntan bertauliah dan masih memerlukan kira-kira 60000 akauntan menjelang 2020 (Berita Harian, 2014).

(2)

Pengetahuan dan kemahiran ini penting bagi memastikan tugas bakal graduan perakaunan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan memuaskan hati semua pihak seperti pelabur, pengguna maklumat perakaunan dan sebagainya. Graduan yang mendapat pendedahan dan kemahiran generik (KG) yang secukupnya akan berupaya memenuhi kehendak majikan dan mampu menunjukkan prestasi kerja yang baik (Stone, Vairam dan Chandler, 2006).

1.1 Pernyataan Masalah

Dalam proses melahirkan graduan untuk pasaran kerja, IPT perlu menekankan aspek pengetahuan dan kemahiran khusus merangkumi KG bagi memenuhi kehendak pasaran terkini. Gabungan ilmu pengetahuan dan kemahiran jurusan diikuti oleh KG menjadikan seseorang graduan itu lebih produktif. Justeru, graduan perlu meningkatkan produktiviti kemahiran dalam diri supaya lebih berkualiti dan mempunyai keterampilan yang tinggi untuk mengisi kekosongan jawatan di pasaran pekerjaan (Mustafa dan Lailatul, 2006). Di samping kemahiran teknikal bidang, graduan juga perlu cemerlang dalam konteks kemahiran insaniah (Pua, 2014) Hazilah, et. al. (2013). Graduan-graduan perakaunan perlu mempunyai kemahiran yang melampaui (beyond ) kemahiran teknikal bidang sahaja. Ini yang diperlukan oleh pihak majikan (Marie dan Lyndal, 2008). Kajian oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada tahun 2005 mendapati antara kelemahan graduan tidak diambil bekerja adalah kemahiran komunikasi yang lemah. KG adalah elemen kemahiran yang perlu ada dalam diri graduan (Marlina dan Shaharom, 2010). Dengan kadar pengangguran 32.48% bagi lulusan tahun 2014 sehingga pertengahan tahun 2015, angka itu membimbangkan (Kajian Pengesanan Graduan POLISAS, 2015). Oleh itu, penyelidik ingin menjalankan kajian dalam kalangan pelajar-pelajar semester akhir Diploma Akauntansi di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Semambu (POLISAS) bertujuan untuk mengenalpasti kebolehpasaran graduan perakaunan dalam pasaran pekerjaan dengan melihat tahap kemahiran yang dimiliki oleh pelajar dalam aspek KG, KTP dan perbezaan berdasarkan jantina sebelum menceburi bidang pekerjaan.

1.2 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah mengenalpasti tahap kemahiran generik (KG) dan tahap kemahiran teknikal perakaunan (KTP) yang dimiliki oleh pelajar sebelum menceburi bidang pekerjaan serta mengenal pasti perbezaan KG dan KTP berdasarkan jantina pelajar.

1.3 Skop Kajian

Skop kajian ini tertumpu kepada pelajar semester akhir Diploma Akauntansi Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan. Kajian ini tidak melibatkan politeknik-politeknik lain di Malaysia. Pemilihan populasi dalam kalangan pelajar perakaunan semester akhir adalah kerana responden bakal menempuhi alam pekerjaan tidak lama lagi.

2.0 KAJIAN LITERATUR

2.1 KG yang diperlukan oleh Graduan

Pembangunan modal insan yang mempunyai kemahiran tinggi sangat penting dalam menyumbang kepada pembangunan sesebuah negara (Norasmah, et. al. 2011). Bagi melahirkan modal insan yang cemerlang berasaskan pengetahuan, peningkatan produktiviti dan sikap berdaya saing, KG perlu ada dalam diri seseorang individu

(3)

(Mohd Hasil, et. al. 2015). KG merangkumi elemen kognitif yang berkaitan dengan kemahiran bukan akademik seperti kepimpinan, kerja berkumpulan, komunikasi dan menyelesaikan masalah merupakan elemen yang dikenal pasti bagi memenuhi keperluan dalam dunia pekerjaan (Mohd Hasril & Norasmah, 2010). Kemahiran ini menekankan seseorang graduan perlu memenuhi keperluan kemahiran dalam menghadapi cabaran dunia adaptasi perubahan, serta pemikiran kritikal dan mempunyai keyakinan diri sebelum memasuki pasaran terbuka (Pua, 2014 ). Menurut kajian oleh Mimi Hamiza (2013) terdapat beberapa kualiti peribadi pekerja yang dilihat oleh majikan yang produktif dan berpengetahuan luas selain mempunyai kemahiran dalam bidang akademik. Menurut Zakaria (2011) serta Norasmah & Mohd Hasril (2010) berpendapat seorang graduan perlu mempunyai ciri-ciri dan sikap yang positif, kecerdasan emosi, kebolehan mencipta, bekerja dalam kumpulan dan berupaya menyesuaikan diri. Elemen KG dalam memenuhi sumber manusia yang berkompeten dan keperluan global serta matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi mengimbangi modal insan dari segi jasmani, rohani dan intelek (Uk Raai, et. al. 2014). Oleh itu, keperluan KG sangat penting dalam melahirkan graduan yang mempunyai kebolehpasaran di Malaysia. Majikan pada masa kini memerlukan pekerja yang mempunyai elemen-elemen KG. Pelajar sendiri perlu mengetahui kemahiran-kemahiran yang menjadi asas utama dalam KG bagi persediaan menggilap dan meningkatkan kemahiran dan kompetensi diri dalam KG bagi persiapan ke arah bidang pekerjaan (Norasmah, et al. 2010). Sangat membimbangkan apabila seramai 68,115 penganggur adalah dari golongan siswazah sebagaimana yang dilaporkan oleh Jobs Malaysia pada tahun 2009 (Muhammad Hazrul, 2012). Hal ini menimbulkan persoalan kenapa penganggur ini tidak dapat menampung permintaan pekerja mahir yang diingini oleh negara. Kelulusan akademik pekerja mahir negara dilihat tidak mampu menjanjikan sebarang keistimewaan dalam mendapatkan kerja dalam industri. Majikan mengambil berat tentang keperluan kemahiran multi skills yang patut dimiliki oleh graduan dengan tuntutan pekerjaan dalam era sekarang. Kualiti kerja pekerja mahir diperlukan dalam usaha meningkatkan produktiviti industri dan membangunkan ekonomi Negara (Aziyati, 2003). Menurut Mustafa (2006), institusi pengajian dan latihan perlu menilai bentuk kursus dan pengajian supaya relevan dengan keperluan semasa. Dalam memenuhi permintaan keperluan tenaga mahir dan berdaya saing pada abad ke-21, IPT perlu menyediakan program pengajian yang menekankan kepada aspek pengetahuan dan kemahiran khusus dalam pengajian yang merangkumi KG bagi memenuhi kehendak pasaran pekerjaan pada masa kini. Majikan tidak hanya mementingkan kemahiran teknikal atau hard skills sahaja tetapi juga kepada kemahiran employability atau soft skills. Graduan perlu mempunyai ciri-ciri yang kreatif dan inovasi, mahir berkomunikasi, kebolehan menyelesaikan masalah, mencuba sesuatu yang baru dan cekap membuat keputusan, (Pua, 2014). Kajian yang dijalankan oleh University of Western Australia pula mendapati pelajar perempuan lebih mempunyai kesedaran untuk menguasai KG sewaktu berada di tahun satu berbanding pelajar lelaki. Responden juga didapati kurang menguasai KG seperti kemahiran komunikasi secara lisan, bekerja dalam kumpulan, berfikir secara kreatif dan sifat bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara. (Nur Amirah, et. al. 2006).

2.2 KTP yang perlu dimiliki oleh graduan

Pembangunan sumber guna tenaga teknikal menerusi pendekatan pendidikan teknikal dan vokasional adalah untuk menggilap potensi serta bakat dalam kemahiran teknikal boleh menjamin Malaysia memperolehi nilai pasaran kerja yang lebih

(4)

kompetitif di masa hadapan. (www.academia.edu dicapai pada 31 Mei 2019). KTP termasuklah kemahiran membuat penyata kewangan, pengurusan, mengaudit, percukaian dan interpersonal. Kemahiran ini termasuklah berkenaan angka, analisis risiko dan keputusan (decision and risk analysis) serta pengukuran (measurement) pelaporan dan pengetahuan dalam konteks undang-undang (Mohammed Naim dan Tengku Akbar, 2011). KTP yang perlu dikuasai oleh graduan mungkin berbeza dari segi ukuran kepentingannya. Setengah pengkaji menemui bahawa responden menyatakan kemahiran perakaunan kewangan dan kos lebih penting daripada percukaian, namun ada pengkaji yang menemui bahawa bidang pengauditan adalah bidang yang perlu dikuasai oleh graduan (Mohammed Naim dan Tengku Akbar, 2011). Kajian oleh Halil dan Mohd Soffi (2006) menyatakan bahawa dalam golongan akademik di universiti tempatan terdapat lebih 80% responden bersetuju bahawa kemahiran perakaunan kewangan, pengauditan dan percukaian adalah sangat releven untuk graduan. Kajian juga dijalankan dalam kalangan para majikan yang dipilih daripada senarai syarikat daripada Institut Akauntan Malaysia (MIA), mendapati bahawa majikan kurang bersetuju bahawa graduan yang baru bekerja itu dapat menyelesaikan kerja yang diberikan dengan memuaskan. Para majikan juga mengharapkan graduan tahu tentang standard-standard perakaunan (financial reporting standards) serta mampu mengaplikasikannya dalam perekodan rekod-rekod kewangan (Christopher et.al, 2009)

3.0 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Rekabentuk Kajian

Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif berdasarkan kaedah pengumpulan data menggunakan soal selidik. Soal selidik digunakan kerana dianggap kaedah yang sesuai untuk mengumpul data disamping tidak melibatkan kos yang tinggi.

3.2 Persampelan Kajian

Populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar semester akhir Diploma Akauntansi POLISAS. Jumlah populasi adalah seramai 143 orang dan seramai 108 orang adalah dipilih sebagai sampel kajian berdasarkan Jadual Persampelan Krejcie dan Morgan (1970). Sampel berkenaan dipilih kerana responden tersebut bakal menamatkan pengajian dan bakal melangkah ke alam pekerjaan yang bersesuaian dengan tajuk kajian ini. Kaedah persampelan rawak berstrata telah digunakan bagi memilih sampel kajian seperti ditunjukkan dalam jadual 3.2.1 di bawah.

Jadual 3.2.1 Jadual Pengiraan Pemilihan Sampel

Kelas Populasi Pelajar Sampel

DAT 6A 33 33/143x108= 25 DAT 6B 44 44/143x108= 33 DAT 6C 34 34/143x108= 27 DAT 6D 32 32/143x108=24 Jumlah 143 108 3.3 Instrumen Kajian

Borang soal selidik cara digunakan untuk mengumpul maklumat mengenai pembolehubah yang dikaji. Penggunaan soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas yang diberikan oleh sampel kajian kerana ia tidak dipengaruhi oleh geraklaku penyelidik. Instrumen kajian yang digunakan diadaptasi daripada

(5)

Mohammed Naim dan Tengku Akbar (2011). Ia mengandungi beberapa bahagian seperti ditunjukkan di dalam jadual di bawah :

Jadual 3.3.1 :Pembahagian Item Dalam Soal Selidik

Bahagian Persoalan Kajian Bil. Item

A Maklumat diri responden 3

B Persoalan kajian 1 : Tahap kemahiran generik dimiliki oleh

pelajar sebelum menceburi ke alam pekerjaan 8 C

Persoalan kajian 2 : Tahap kemahiran teknikal perakaunan yang dimiliki oleh pelajar sebelum menceburi bidang pekerjaan

10

Soalan-soalan yang bertujuan mengenalpasti KG dan KTP responden telah dikemukakan dan responden diminta untuk memilih jawapan berdasarkan Skala Likert daripada skala 1 (Sangat Tidak bersetuju) sehingga 5 (Sangat Bersetuju).

3.4 Kajian Rintis

Kajian rintis dilakukan sebelum kajian sebenar dijalankan untuk menilai kebolehpercayaan item-item soal selidik sebelum kajian sebenar dijalankan dan untuk mengetahui sejauh mana responden memahami item-item yang dikemukakan. Ini bertujuan supaya penyelidik dapat menjadikannya sebagai panduan memperbaiki item-item yang dikemukakan sebelum kajian sebenar dijalankan. Kajian rintis perlu dilakukan dengan menggunakan sampel yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan sampel sebenar yang hendak diuji. Saiz sampel kajian rintis tidak perlu besar tetapi memadai untuk memenuhi perbincangan awal yang berkesan tentang ujian iaitu 10 hingga 20 orang (Mohamad Najib, 1999). Di dalam kajian ini, kajian rintis telah dijalankan ke atas 20 orang pelajar semester akhir di POLISAS yang mana dibahagikan secara rawak iaitu 25 orang bagi kelas DAT 6A, 33 orang bagi kelas DAT 6B, 27 orang bagi kelas DAT 6C dan 24 orang bagi kelas DAT 6C. Hasil kajian rintis adalah seperti ditunjukkan di dalam jadual 3.4.1 di bawah :

Jadual 3.4 .1 : Alpha Cronbach

Bil Item Alpha Cronbach

1 Tahap kemahiran generik (KG) 0.789

2 Tahap kemahiran teknikal perakaunan (KTP) 0.847

Menurut Uma Sekaran (2003), pekali kebolehpercayaan yang melebihi 0.6 adalah diterima. Semakin tinggi pekali koefisien atau pekali sesuatu item itu, maka semakin tinggi tahap kebolehpercayaan item tersebut. Nilai Cronbach Alpha bagi KG adalah 0.789 dan KTP adalah 0.847 menunjukkan tahap kebolehpercayaan yang baik.

3.5 Analisis Data dan Perbincangan

Data-data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dengan melihat frekuensi dan peratusan untuk maklumat demografi seperti jantina, umur serta CGPA responden. Manakala bagi menjawab tahap KG dan KTP pula, data dianalisis menggunakan analisis min. Min adalah nilai purata yang diambil bagi mewakili nilai yang banyak.

(6)

4.0 ANALISIS DATA

4.1 Latar belakang Responden

Jadual 4.1.1 : Analisis Profil Responden

Profil Responden Sub Profil Bilangan Peratus (%)

Jantina Lelaki Perempuan 37 71 34.3 65.7 Umur 18-20 21-23 24-26 15 88 5 13.9 81.5 4.6 CGPA 3.50-4.00 3.10-3.49 2.51-3.00 2.10-2.50 11 36 55 6 10.2 33.3 50.9 5.6

Jadual di atas menunjukkan profil responden dengan majoriti adalah perempuan iaitu seramai 71 orang (65.7%) dan selebihnya adalah lelaki seramai 37 orang (34.3%). Terdapat seramai 88 orang (81.5%) adalah responden yang berumur antara 21-23 tahun, 15 orang (13.9%) adalah di antara 18-20 tahun dan selebihnya 5 orang (4.6%) adalah di antara 24-26 tahun. CGPA diatas pula menunjukkan 55 orang (50.9%) daripada responden mempunyai CGPA di antara 2.51 - 3.00, manakala seramai 36 orang (33.3%) pula mempunyai CGPA di antara 3.10 - 3.49. Selebihnya pula seramai 11 orang (10.2%) mempunyai CGPA di antara 3.5 - 4.00 dan bakinya 6 orang (5.6%) mempunyai CGPA di antara 2.10 - 2.50.

4.2 Ujian Kebolehpercayaan

Pengiraan Alpha Cronbach adalah penting yang merupakan alat yang digunakan dalam kajian sebenar. Jadual 4.2.1 menunjukkan keputusan ujian kebolehpercayaan di dalam kajian yang telah dijalankan.

Jadual 4.2.1 Cronbach Alpha

Pembolehubah Faktor Item Cronbach Alpha

Tidak bersandar Kemahiran generik 8 0.784

Kemahiran teknikal perakaunan 10 0.843

Jumlah 18 0.869

4.3 Persoalan Kajian 1 : Apakah tahap KG yang dimiliki oleh pelajar sebelum menceburi bidang pekerjaan ?

Persoalan yang pertama ialah untuk mengenalpasti tahap KG yang dimiliki oleh pelajar sebelum menceburi bidang pekerjaan. Bagi menjawab persoalan ini, data dianalisis menggunakan ujian min untuk menilai tahap KG yang dimiliki. Tafsiran min yang digunakan adalah merujuk kepada tafsiran min seperti jadual di bawah.

Jadual 4.3.1 Jadual Skor Min

Skor Min Tahap

1.00 – 2.00 Rendah

2.01 – 3.00 Sederhana Rendah 3.01 – 4.00 Sederhana Tinggi

4.01 – 5.00 Tinggi

(7)

Jadual 4.3.2 di bawah pula menunjukkan item yang telah dijawab oleh responden. Jadual 4.3.2 Tahap kemahiran generic

Bil Kriteria Min

1 Saya dapat mengemukakan pandangan bertulis dalam Bahasa Inggeris 3.77

2 Saya dapat mengemukakan pandangan bertulis dalam Bahasa Melayu 4.26

3 Saya dapat membuat persembahan lisan dalam Bahasa Inggeris 3.81

4 Saya dapat membuat persembahan lisan dalam bahasa melayu 4.41

5 Saya memahami interpersonal (komunikasi 2 hala) dan kumpulan dinamik 4.18

6 Saya berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapi sewaktu

menyelesaikan tugasan yang diberikan

4.11

7 Saya boleh menganalisis data maklumat yang diberikan apabila diminta 4.10

8 Saya mampu melakukan tugasan secara berkumpulan 4.31

Min keseluruhan 4.12

Berdasarkan jadual 4.3.2 diatas, jumlah keseluruhan min adalah 4.12. Dapatan menunjukkan kemahiran responden dalam aspek KG adalah tinggi. Ini sangat baik dalam prospek kerjaya mereka. Pelajar yang mempunyai KG adalah sangat diperlukan oleh para majikan. Menurut Christina dan Tuan Mohd (2009), graduan perlu mempunyai KG untuk menyediakan diri sebagai seorang tenaga kerja yang berkualiti. Ini seiring dengan kajian yang dijalankan oleh Marliana dan Ahmad (2011) dan Ahmad et.al. (2009) yang menunjukkan kepentingan KG dalam penyediaan diri ke pasaran pekerjaan. Min tertinggi adalah 4.41, di mana responden bersetuju bahawa mereka mampu membuat pembentangan (presentation) dalam Bahasa Melayu. Namun, apabila melakukan pembentangan (presentation) dalam Bahasa Inggeris, min menunjukkan kemahiran mereka hanya sederhana tinggi. Begitu juga bagi kemahiran memberikan pandangan dalam Bahasa Inggeris. Aspek ini agak membimbangkan memandangkan keperluan kepada pengetahuan dan kemahiran berbahasa Inggeris untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran pekerja terutamanya peringkat antarabangsa. Kajian oleh Halil dan Mohd Soffi (2006) menunjukkan bahawa majikan amat mengharapkan graduan yang baru menceburi bidang pekerjaan agar mempunyai kemahiran (proficient) dalam Bahasa Inggeris. Ahmad Yuzaidi (2003) menyatakan persekitaran yang baik perlu disediakan untuk menggalakkan penguasaan Bahasa Inggeris supaya perkembangan bahasa tersebut dapat berjalan dengan lancar.

4.4 Persoalan kajian 2 : Apakah tahap KTP yang dimiliki oleh pelajar sebelum menceburi bidang pekerjaan ?

Persoalan kajian yang kedua ialah untuk mengenalpasti tahap KTP yang dimiliki oleh pelajar sebelum menceburi bidang pekerjaan. Bagi menjawab persoalan kajian ini, sepuluh soalan telah dijawab oleh responden.

Jadual 4.4.1 Tahap kemahiran teknikal

Bil Kriteria Min

1 Mengetahui cara menyediakan penyata kewangan 4.11

2 Mengetahui cara menyediakan penyatuan akaun 4.05

3 Berkebolehan menganalisis penyata kewangan 4.00

4 Menyediakan penyata kewangan mengikut standard piawaian perakaunan 3.97

5 Mempunyai pengetahuan dalam menentukan dan menganalisis kos

kawalan

4.07

(8)

7 Berkebolehan menganalisis data untuk menilai risiko 3.93

8 Memahami undang-undang cukai yang berkaitan 3.99

9 Memahami asas-asas percukaian 4.12

10 Memahami asas-asas pengauditan 4.19

Min keseluruhan 4.04

Berdasarkan jadual 4.4.1 di atas, jumlah keseluruhan min adalah 4.04 menunjukkan tahap KTP responden adalah tinggi. Responden mempunyai keyakinan bahawa kemahiran mereka dalam konteks teknikal perakaunan adalah tinggi. Min tertinggi bagi item 10 iaitu ‘Memahami asas-asas pengauditan’ adalah kerana responden terdiri daripada pelajar semester akhir yang telah menjalani latihan praktikal. Ini akan membantu mereka dalam memahami dan meningkatkan kemahiran dalam aspek ini. Kajian oleh Halil dan Mohd Soffi (2006) menunjukkan 95% daripada majikan menyatakan pelajar perakaunan amat perlu melalui latihan industri sebagai platform untuk mereka meningkatkan KTP. Min bagi item 4 iaitu ‘Menyediakan penyata kewangan mengikut standard piawaian’ menunjukkan pelajar mempunyai keyakinan tentang KTP mereka. Walaupun ia adalah sederhana tinggi, namun min yang ditunjukkan mengarah kepada sangat mahir. Namun adalah penting jika pandangan dilihat dari sudut majikan. Ia tidak selari dengan kajian oleh Halil dan Mohd Soffi (2006) dalam kalangan majikan terhadap pekerja baru dalam bidang perakaunan, yang mendapati bahawa majikan kurang berpuashati dengan prestasi kerja yang ditunjukkan.

4.5 Persoalan kajian 3 : Apakah terdapat perbezaan kemahiran generik dan kemahiran perakaunan dalam kalangan pelajar mengikut jantina.

Jadual 4.5.1 : Kemahiran generik Test Statisticsa

Jadual di atas menunju kkan dapatan inferensi

bagi persoalan kajian ini. Analisis mengikut

jantina menggunakan ujian Mann Whitney U menunjukkan nilai p(0.006) < nilai alpha 0.05. Ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari segi KG dalam kalangan pelajar mengikut jantina. Analisis menunjukkan kemahiran pelajar lelaki adalah lebih baik (mean rank 65.92) berbanding pelajar perempuan (48.55). Ini tidak selari dengan kajian yang dijalankan oleh University of Western Australia yang mendapati pelajar perempuan lebih mempunyai kesedaran menguasai KG berbanding pelajar lelaki (Nur Amirah, et. al. 2006).

Jadual 4.5.2 : Kemahiran teknikal perakaunan Test Statisticsa

Jantina N Mean Rank Sum of Ranks Kemahiran teknikal perakaunan Lelaki 37 57.18 2115.50 Mann-Whitney U 1214.500 Perempuan 71 53.11 3770.50 Wilcoxon W 3770.500 Total 108 Z -.643

Asymp. Sig. (2-tailed) .520

Jantina N Mean Rank Sum of Ranks Lelaki Perempuan Total 37 65.92 2439.00 71 48.55 3447.00 108 Kemahiran Generik Mann-Whitney U 891.000 Wilcoxon W 3447.000 Z -2.753

(9)

a. Grouping Variable: Jantina

Jadual di atas menunjukkan dapatan inferensi bagi melihat perbezaan KTP di antara pelajar lelaki dan perempuan. Analisis menggunakan ujian Mann Whitney U menunjukkan nilai p(0.520) > nilai alpha 0.05. Ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi KTP dalam kalangan pelajar mengikut jantina. Namun begitu, kemahiran pelajar lelaki adalah lebih baik (mean rank 57.18) berbanding pelajar perempuan (53.11).

5.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, hasil yang diperolehi menunjukkan ketiga-tiga objektif yang telah ditetapkan telah tercapai. Kajian mendapati terdapat perbezaan KG di antara pelajar lelaki dan perempuan. Pelajar lelaki lebih menguasai KG berbanding pelajar perempuan. Namun, tiada perbezaan KTP di antara pelajar lelaki dan perempuan. Manakala tahap KG dan tahap KTP yang dimiliki oleh pelajar sebelum menceburi bidang pekerjaan juga tinggi kecuali aspek-aspek tertentu. Sesungguhnya kemahiran yang dimiliki oleh para graduan amat bernilai dalam dunia pekerjaan pada masa akan datang bagi memenuhi kehendak majikan. Kriteria yang diperlukan oleh majikan meliputi aspek penguasaan bahasa, komitmen yang tinggi dalam penyelesaian masalah, memahami prosedur pekerjaan, bekerjasama serta kemahiran-kemahiran teknikal dan pengalaman yang dimiliki oleh graduan tersebut. Selain itu, penguasaan kemahiran asas seperti dalam bidang ICT, kebolehan berfikir secara kreatif dan kritis, pendedahan kepada latihan dan lain-lain adalah suatu tuntutan ke atas graduan bagi memenuhi dan meningkatkan tahap kebolehpasaran mereka. Dalam era k-ekonomi, adalah tidak mencukupi bagi seseorang graduan untuk menamatkan pengajian dengan hanya memiliki kelulusan akademik yang tinggi semata-mata. Diharapkan keseimbangan antara kemahiran teknikal dan generik akan memberi nilai tambah bagi meningkatkan prospek kebolehpasaran graduan. Adalah diharapkan kajian-kajian akan datang boleh dijalankan bagi melihat kecekapan persembahan (presentation) termasuklah aspek kemahiran Bahasa Inggeris memandangkan kepentingan bahasa tersebut di alaf ini.

RUJUKAN

Ahmad Asrul Ibrahim, Azah Mohamed dan Asraf Mohamed Moubark (2009). Status Kebolehpasaran Graduan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem, UKM. Seminar Pendidikan Kejuruteraan dan Alam Bina. Kongres Pengajaran dan Pembelajaran UKM. 68-76.

Ahmad Yuzaidi Abdul Wahab (2003). Hubungkait antara Kesediaan dan Kemahiran Penggunaan Bahasa Inggeris di Dalam Pengajaran di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional Johor Bharu. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana

Christina Andin dan Tuan Mohd Has’wadi (2009). Penerapan Kemahiran Generik Dalam Pengajaran dan pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Kursus Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan UTM. Diakses di http://prints.utm.my/10520/1

Christopher G.J., Rishma V. dan Sung W.Y. (2009). Employers Expectations of Accounting Undergraduates’ Entry-Level Knowledge And Skills In Global Financial Reporting. American Journal of Business Education. 2.8.85-102.

Halil Paino dan Mohd Soffi Puteh (2006). A Study On Accounting Curricular and Future Accounting Graduates. Gading Business and Management Journal. 10(2).13-30

(10)

Hazilah Mohd Amin, Johari Jaafar, Zaihosnita Hood, Saidah Saad dan Hamizah Mohd Amin (2013). Kemahiran Insaniah Pelajar Prasiswazah : Analisis Perbezaan Jantina. Dicapai di www.icfai.org/upprograms/main/Co-Curriculur

Kajian Pengesanan Graduan POLISAS 2015 : Graduat 2014. Dicapai di www.aplikasi02.polisas.edu.my/jka/portal-1l5g diakses pada 19 Mei 2015.

Krejcie, R.V., & Morgan, D.W., (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement. 30. 607-610

Malaysia.2010. Perangkaan Pengajian Tinggi Malaysia 2009. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Malaysia perlukan 60 000 akauntan menjelang 2020 ( Berita Harian, Mei 2014) dicapai di www.beritaharitanonline.com diakses pada 19 mei 2015

Marie H.K dan Lyndal D. (2008). What skills and Attributes Does An Acounting graduate Need? Evidence From Student Perceptions and Employer Expectation. Journal of Accounting and Finance. 48. 279-300.

Marliana Musa dan Ahmad Esa (2011). Tahap Penguasaan Kemahiran Generik Dalam Kalangan Pelajar Tahun Akhir Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Pendidikan UTHM. Journal of Techno Social. UTHM. 77-94

Marlina Ali dan Shaharom Noordin (2010). Hubungan Antara Kemahiran Berfikir Kritis Dengan Pencapaian Akademik Dalam Kalangan Pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Jurnal Teknologi. 52. 45-55

Muhammad Hazrul Ismail (2012). Kajian Mengenai kebolehpasaran Siswazah Di Malaysia : Tinjauan Dari Perspektif Majikan. Prosiding PERKEM.2. 906-913 Mohamad Najib Abdul Ghafar dan Tay Siok Beng (2011). Kaitan Antara Kepimpinan

Kerja Berpasukan Pengetua Dengan Kepuasan Kerja Ketua Panitia Daerah Kluang. Journal of Education Management. 1. 87-102

Mohammed Naim Chaker dan Tengku Akbar Tengku Abdullah (2011). What Accountancy Skills Are Acquired At College?. International Journal of Business and Social Science. 2.18. 193-199.

Mohd Hasril Amiruddin, Noorazman Abd. Samad, Norasmah Othman (2015) An Investigation Effects Of Mastery Learning Strategy on Entrepreneurship Knowledge Acquisition among Aboriginal Students. Procedia Social and Behavioral Sciences 204, 183-90.

Mohd Hasril Amiruddin, Norasmah Othman (2010) Meninjau Keperluan Pendidikan Keusahawanan Berdasarkan Kepada Perspektif Belia Orang Asli di Selatan Malaysia. Seminar 2nd World Congress On Teacher Education For TVET 2010. Mohd Najib Abdul Ghaffar (1999), Penyelidikan Pendidikan, Kuala Lumpur Dewan

Bahasa Dan Pustaka

Mustafa Dakian dan Lailatul Insyirah (2006) . Cabaran-cabaran untuk membina kerjaya dalam bidang perakaunan di kalangan pelajar diploma akauntansi politeknik . Tesis Sarjana UTM.

Nooriah Yusof, Zakiah Jamakuddin dan Norain Mat Lazim (2013). Persepsi Pelajar Prasiswazah Terhadap Kebolehpasaran Graduan dan Persaingan dalam Pasaran Pekerjaan. Jurnal Personalia Pelajar 16. 77-92

Nur Amirah Amiruddin, Dr Wan Salihuh Wong Abdullah, Dr Wan Abd Aziz Wan Mohd Amin (2006). Perbezaan dalam Dimensi Kemahiran Generik Pelajar Baru KUSTEM, National Student Development Conference (Nasdec)

Penilaian Kemahiran Teknikal berasaskan Model Kompetensi Bagi Sumber Guna Tenaga Menerusi Pendekatan Pendidikan Teknikal dan Vokasional Di Malaysia (www.academia.edu di akses pada 31 Mei 2019)

(11)

Pua Poh Keong (2014). Tahap kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan tahun Akhir Di Politeknik KPM. Tesis Sarjana tidak diterbitkan. UTHM

Stone,D.N, Vairam Arunachalam dan Chandler,J.S. (2006). Cross Cultural Coparisons : An Empirical Inventigation of Know;edge, Skill, Self Efficacy and Computer Anxiety In Accounting Education. Issues In Accounting Education. 1192). 345-353

Uk Raai Chen, Alias Masek, Mohd Hasril Amiruddin (2014) Kajian Gaya Pembelajaran dan Motivasi terhadap Pencapaian Pelajar Diploma Kejuruteraan di Politeknik. Prosiding Persidangan Pendidikan (Penyelidikan dan Inovasi) dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (CiE-TVET 2014) Kali ke-4.

Uma Sekaran (2003). Research method for business: A skill building approach. 4th edition, John Wiley & Sons.

Referensi

Dokumen terkait

Makanan yang paling banyak dikonsumsi oleh ikan sepat siam baik yang berukuran kecil maupun besar adalah mikroalga dari Kelas Bacillariophyceae berjenis Diatoma, Melosira, dan

pri čemer pomenijo: LCC - skupna sedanja vrednost stroškov življenjskega cikla posamezne alternative I - sedanja vrednost osnovnih investicijskih stroškov 21 Repl - sedanja

Fungsi Save, adalah fungsi yang digunakan untuk menyimpan citra hasil deteksi tepi, atau dapat juga digunakan untuk menyimpan citra yang telah diolah dengan beberapa jenis operasi

Pertama, dari segi semantis, baik pada diatesis pasif bahasa Jepang maupun bahasa Indonesia, pendamping inti yang berperan penanggap adalah yang mengalami suatu peristiwa

Berdasarkan hasil pengamatan yang telah dilakukan, aktivitas guru pada penerapan model Siklus Belajar ( Learning Cycle ) ini, menunjukkan adanya peningkatan aktivitas

Retribusi Terminal adalah pelayanan atas penyediaan tempat parkir untuk kendaraan penumpang bis umum dan mobil barang, tempat kegiatan usaha, fasilitas lainnya di

Dalam kesempatan ini juga, dengan menghayati bahwa kehidupan dan pertumbuhan jemaat di GKI Kemang Pratama adalah tanggung jawab kita bersama, marilah dalam rasa syukur

638/BPBD/2016 tanggal 26 Agustus 2016 tentang Perpanjangan Penetapan Status Siaga Darurat Penanggulangan Bencana Asap Akibat Kebakaran Hutan dan Lahan di Provinsi