• Tidak ada hasil yang ditemukan

kita semua berkehendakkan sesuatu yang baik dan kita hendaklah mengubah segala kekurangan serta mengganti segala yang mundur dan ketinggalan untuk

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "kita semua berkehendakkan sesuatu yang baik dan kita hendaklah mengubah segala kekurangan serta mengganti segala yang mundur dan ketinggalan untuk"

Copied!
33
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

“kita semua

berkehendakkan

sesuatu yang baik

dan kita hendaklah

mengubah segala

kekurangan serta

mengganti segala

yang mundur dan

ketinggalan untuk

menjadi lebih baik

dan maju mengikut

zaman”

(3)

“Pendekatan Baharu Memajukan Desa”

 Hari ini, kehidupan masyarakat termasuklah di luar bandar adalah semakin mencabar.

 Dari peranan membangunkan fizikal

kampung, hinggalah memperkasakan modal insan telah menjadi keutamaan bagi memastikan usaha menggembleng sumber-sumber kekayaan baru yang terdapat di persekitaran desa dapat direalisasikan.

 Usaha ini bukan mudah malah amat mencabar kerana memerlukan kekuatan minda dan daya inovasi serta tahap pengupayaan yang tinggi.

(4)

 Berpegang kepada kepercayaan bahawa keupayaan dan kegigihan manusia (human factor) adalah penentu kejayaan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menerusi INFRA telah membuat inovasi dalam pendekatan latihan kepada kumpulan sasarnya yang terdiri dari pemimpin, penggerak dan masyarakat kampung.

 Ianya dilakukan melalui program latihan secara in-situ dan hands on untuk menghasilkan Pelan Tindakan Desa.

(5)

 Manusia mempunyai sifat semulajadi

untuk merancang kerana manusia

dikurniakan akal serta daya usaha untuk bertindak.

 Menurut Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, 1995, perkataan “rancang” dari segi bahasa bermaksud atur, susun, fikir, agak, kita, timbang dan cadang.

 Merancang bolehlah diertikan sebagai “berfikir atau mengatur terlebih dahulu sebelum bertindak”.

(6)

 Dalam Islam, usaha manusia untuk mengubah keadaan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran kepada lebih baik adalah digalakkan  hasilnya terserah kepada ketentuan dan kehendak Allah Taala jua.

“Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak mereka merasakan sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang telah mereka lakukan supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”. (Surah Ar-Rum, 30:41)

(7)

 Oleh itu, perancangan ialah usaha yang baik daripada manusia untuk manusia bagi mencapai keredhaan pencipta (Allah Taala).

 Usaha ini bertitik tolak daripada kehendak dan inspirasi manusia untuk mengubah situasi sedia ada kepada yang lebih baik dan mengelakkan keburukan yang timbul daripada tindakan yang tidak bertanggung jawab.

(8)

Menurut Oxford Dictionary of Current

English, “pelan” bermaksud kaedah atau

prosedur yang dirumuskan terlebih dahulu sebelum sesuatu perkara itu dilaksanakan.

 Pelan juga bermaksud peta, lukisan, gambar rajah dan juga rancangan atau rencana.

 Pelan merupakan hasil daripada

perancangan. Perancangan ialah proses berfikir yang sistematik dan munasabah yang didasari ilmu bagi mengatur tindakan.

(9)

 Pelan tindakan (PT) lazimnya dirangka untuk tindakan segera atau jangka pendek, fokus kepada kawasan kecil atau pada perkara yang spesifik.

 Maka, PT perlu terperinci dalam menjelaskan cadangan tindakan  tempoh perlaksanaan, pihak yang melaksana serta implikasi kos atau sumber lain.

 PT  satu dokumen yang mengandungi pernyataan tentang masalah dan potensi pembangunan sesuatu kawasan serta cadangan dalam bentuk program atau projek pembangunan jangk pendek (lazimnya).

 PT mengandungi peta atau rajah tertentu yang menyokong atau menjelaskan suatu cadangan (kaedah, tempoh dan kos).

(10)

 PTD merupakan perancangan strategik yang direncanakan oleh komuniti bagi kampung masing-masing.

 Dalam kata lain, PTD ini adalah umpama

Rancangan Lima Tahun Malaysia yang

menjadi asas kepada perancangan jangka panjang setiap kampung.

 PTD disediakan menurut proses

perancangan yang sedia diterimapakai dan disandarkan kepada kajian-kajian teoritikal dan pengalaman praktis di luar negara termasuk di negara-negara maju.

(11)

 Proses perancangan ini kemudiannya disesuaikan dengan keadaan setempat setelah diuji dalam projek perintis di beberapa kampung di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada tahun 2007.

 Penyediaan PTD berpaksikan pendekatan “participative‟ atau penglibatan turut serta masyarakat setempat.

 Masyarakat diberkan peluang dan kuasa yang seluas-luasnya untuk menentukan program di kampung masing-masing di samping berpeluang mengemukakan alternatif penyelesaian masalah-masalah yang dikenal pasti di kampung mereka.

(12)

Adalah berasaskan pendekatan pengupayaan  menerusi bengkel atau sesi “sumbang saran”.

 Mereka yang terlibat terdiri daripada pentadbir kampung (JKKK), wakil kumpulan belia, petani, peniaga, pengusaha, guru, profesional, agensi terlibat.

 Sebaiknya jumlah peserta tidak melebihi 20 orang.

 Penghasilan PTD adalah berpandukan “sistem bestari”, disusuli proses mengenal pasti masalah dan potensi kampung, merumuskan wawasan dan objektif pembangunan, menentukan cadangan pembangunan, membina sistem pengurusan pembangunan dan perlaksanaan serta pemantauan.

(13)

SISTEM BESTARI

Kenal pasti masalah dan potensi

Wawasan dan objektif pembangunan

Cadangan Pembangunan

Perancangan kemajuan Penyelesaian masalah

Pengurusan pembangunan Pembangunan dan pemantauan

(14)

SISTEM BESTARI (SB)

 Elemen penting dalam SB:

i. Maklumat asas keadaan kampung (maklumat fizikal, sosial, ekonomi termasuk kegiatan atau projek sedia ada yang dilaksanakan penduduk.

ii. Peta  menunjukkan lokasi kampung, gunatanah, topografi, dan saliran.

iii. Dasar dan strategi pembangunan daerah, negeri dan negara yang berkaitan dengan pembangunan kampung.

iv. Agensi yang terlibat dalam pembangunan kampung (kerajaan/swasta, peranan dan nama pegawai bertanggungjawab).

v. Ilmu yang diperlukan untuk menghasilkan cadangan (hasil penyelidikan, Al-Qur’an, etc.)

(15)

Kenal pasti masalah dan potensi

Contoh pernyataan masalah: Kampung Melayu Raya, Pontian (Ibrahim Ngah, 2003:57)

Aspek Ekonomi

i. Sumber kewangan yang terhad

ii. Kekurangan tenaga kerja kerana kurangnya penglibatan golongan muda dalam perlaksanaan program

pembangunan kampung

iii. Sikap golongan muda yang tidak proaktif dan tidak tunjuk minat untuk bersama-sama memajukan kampung

iv. Kurangnya komitmen agensi kerajaan dalam membantu memajukan kampung

v. Masalah pemasaran hasil pertanian kerana nilai harga yang rendah serta persaingan dengan kawasan luar

(16)

Kenal pasti masalah dan potensi

Contoh pernyataan masalah: Kampung Melayu Raya, Pontian (Ibrahim Ngah, 2003:57)

Aspek Sosial dan Kemanusiaan

i. Perpecahan hingga mewujudkan golongan yang bersikap anti pembangunan dan tidak memberi komitmen akibat perbezaan fahaman politik

ii. Kekurangan pakar tempatan yang boleh bertindak untuk merangka kertas kerja perlaksanaan program menjadikan apa yang berlaku tidak tersusun

iii. Ancaman dari luar terutama masalah sosial golongan muda seperti penagihan dadah, maksiat, mencuri motor, merokok dan sebagainya

(17)

Kenal pasti masalah dan potensi

Contoh pernyataan potensi: Kampung Melayu Raya, Pontian (Ibrahim Ngah, 2003:57)

i. Prospek pelancongan tani dengan keadaan kampung kaya dengan keluaran produk pertanian dan dusun seperti

durian, rambutan dan dokong dan lain-lain ii. Tanah pertanian yang subur

iii. Kedudukan yang strategik iaitu hampir dengan pusat pelancongan dan rekreasi Gunung Pulai

iv. Perusahaan kecil dan sederhana (IKS) yang berasaskan makanan

v. Perusahaan penternakan ikan air tawar disokong oleh kewujudan kawasan berair dan tasik dan anak sungai

(18)

 Dalam mengenalpasti masalah dan potensi kampung, pandangan dan penglibatan daripada pelbagai kumpulan masyarakat dalam kampung amatlah diperlukan.

 Untuk mendapat perancangan yang berkesan, masalah yang wujud di kampung serta puncanya perlu dikemukakan dengan jelas, terperinci dan penuh kejujuran.

 Sebarang usaha untuk menyembunyikan masalah yang dihadapi akan hanya menjauhkan usaha daripada penyelesaiannya.

(19)
(20)

Wawasan dan objektif pembangunan

 Wawasan pembangunan ialah situasi ideal yang hendak dicapai pada masa hadapan.

 Suatu bentuk pernyataan umum tentang arah tuju perubahan atau pembangunan yang dikehendaki kampung.

 Objektif pula merupakan penjelasan lebih terperinci tentang aspek pembangunan yang hendak dicapai dan sebaiknya mempunyai pernyataan yang membolehkan kita mengukur pencapaiannya.

 Wawasan lazimnya dibuat dalam 1 ayat sahaja manakala objektif boleh merangkumi sehingga 5 atau 6 pernyataan.

(21)

Wawasan dan objektif pembangunan

 Contoh Pernyataan Wawasan Pembangunan Kg. Melayu Raya, Pontian (Ngah, 2003:60)

Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu, maju dan persekitaran yang indah bagi

mencapai kejayaan dunia dan akhirat

 Contoh Pernyataan Objektif Pembangunan Kg. Melayu Raya, Pontian (Ngah, 2003:60)

a. Mempelbagaikan kegiatan ekonomi berasaskan potensi sumber sedia ada di kampung

b. Melahirkan insan, keluarga dan masyarakat yang bertaqwa supaya berupaya menghadapi cabaran pembangunan semasa dan akan datang

c. Memenangi anugerah kampung terbaik pada peringkat nasional menjelang 2005

d. Mewujudkan suasana persekitaran yang indah dan mapan

(22)
(23)

Cadangan pembangunan

 Di dalam PT, sebahagian besar cadangan adalah berbentuk projek atau program jangka pendek / untuk tindakan segera terutama untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk.

 Cadangan dibahagikan kepada 2 iaitu:

i. Cadangan projek, program atau peraturan bagi menyelesaikan masalah semasa (jangka masa pendek/segera).

ii. Cadangan bagi meningkatkan kemajuan

kampung berasaskan potensi yang telah

dikenalpasti dan juga wawasan kampung (dinamakan perancangan kemajuan  jangka masa panjang).

(24)

Penyelesaian masalah

 Cadangan dalam kategori ini adalah berpandukan masalah yang dihadapi. Untuk menghasilkan cadangan yang baik, situasi masalah perlu dikenalpasti dan difahami dengan terperinci (ciri masalah dan puncanya)

 Kaedah penyelesaian dikenalpasti sama ada berpandukan pengalaman sendiri di masa lalu ataupun menurut kaedah penyelesaian yang pernah dijalankan di tempat lain.

(25)

Perancangan Kemajuan

Contoh cadangan pembangunan. Kampung Melayu Raya (Ngah, 2003:61)

Cadangan program pembangunan

kampung Rasional cadangan

Ekonomi

• Penubuhan koperasi kampung yang

diuruskan di bawah JKKK • Masalah kewangan yang terhad • Mewujudkan organisasi yang bertindak

untuk mengurus atau mengendalikan pelancongan tani serta menjalinkan kerjasama dengan agensi awam/swasta • Mempromosi kampung sebagai pusat pelancongan tani melalui pelbagai media massa dan kemudahan ICT

• potensi sebagai pusat pelancongan tani

(26)

Perancangan Kemajuan

Contoh cadangan pembangunan. Kampung Melayu Raya (Ngah, 2003:61)

Cadangan program pembangunan

kampung Rasional cadangan

Sosial dan Kemanusiaan

• Mengadakan program pembangunan insan dengan sasaran utama adalah terhadap golongan remaja kampung

sebagai persediaan menghadapi ancaman luar terutama dalam kes-kes masalah sosial

• Masalah sosial golongan remaja

• Mengadakan program/kursus ke arah mengubah pemikiran penduduk serta mencuba aplikasi teknologi moden yang sesuai dalam pertanian dan penternakan

• masalah kurang pendedahan luar dan sikap pasif terhadap pembangunan

(27)

Perancangan Kemajuan

Contoh cadangan pembangunan. Kampung Melayu Raya (Ngah, 2003:61)

Cadangan program pembangunan

kampung Rasional cadangan

Persekitaran

• Mengadakan gotong-royong untuk

memperindah persekitaran kampung • potensi sebagai pusat pelancongan tani

Pentadbiran

• Memperkemas jentera pentadbiran kampung, wujudkan jawatankuasa penyelaras kegiatan baharu yang dicadangkan.

• organisasi JKKK yang kukuh dan berkebolehan

(28)

Contoh: Cadangan Program Pembangunan Insan

Nama Program Elemen

program Sasaran Pelaksana/ penganjur dan punca modal Program pembangunan insan • Program/ kursus motivasi • Kursus latihan kemahiran • Ceramah agama • Pertadingan mambaca Qur’an dan sebagainya

Golongan remaja • Pihak JKKK • Badan luar (swasta)

(29)

Contoh: Cadangan masa dan kos perlaksanaan

Program Masa perlaksanaan Tempat Kos • Program/ kursus motivasi • Kursus latihan kemahiran • Ceramah agama • Pertadingan mambaca Qur’an dan sebagainya •2 kali / tahun •1 kali / 6 bulan •Mingguan •1 kali / 3 bulan Balai raya Balai raya Masjid / padang sekolah Masjid • RM250 / kali •RM250 / kali •RM50 / kali •RM200 / kali

(30)

Pengurusan pembangunan

 Menentukan sistem pengurusan dan organisasi, peranan dan tanggungjawab pihak terlibat, keperluan logistik (ruang, peralatan, perhubungan, etc).

 Secara dasarnya JKKK adalah badan yang bertanggungjawab dalam pengurusan perlaksanaan PTD.

 Pelan yang dihasilkan perlu dibentang semula dalam mesyuarat JKKK untuk persetujuan.

 Strategi perlaksanaan dan pembahagian tugas perlu diputuskan oleh mesyuarat JKKK dan diminitkan. Dengan itu, perlaksanaan PTD menjadi agenda penting yang dibangkitkan dalam mesyuarat JKKK.

(31)

Pengurusan pembangunan

 Pihak JKKK perlu mewujudkan Jawatankuasa Khas berkaitan perancangan dan pelaksanaan PTD. Pemilihan ahli dan AJK perlulah mereka yang berilmu dan berkemahiran sesuai dengan bantuan pakar dari luar.

 AJK berperanan mengatur strategi perlaksanaan PT, memantau perlaksanaan, membina sistem bistari dan semakan semula PT.

 Setiap cadangan yang dihasilkan Jkhas PTD perlu dikemukakan kepada mesyuarat JKKK untuk persetujuan.

 Pembentukan JKKecil bagi mengurus dan memantau perlaksanaan di peringkat projek/aktiviti.

(32)

Pembangunan dan pemantauan

 Perlaksanaan projek perlu dipantau secara berterusan oleh individu / AJKKecil yang ditugaskan. Antara perkara yang perlu dipantau adalah:

a. Projek/program dilaksanakan mengikut jadual

b. Mendapatkan punca atau sebab jika projek itu tidak dilaksanakan mengikut jadual

c. Mengenalpasti masalah perlaksanaan projek

d. Membuat tindakan susulan bagi melancarkan perlaksanaan projek / menyelesai masalah yang timbul e. Melaporkan kepada Jkhas PTD tentang pemantauan dan

(33)

Kemudahan asas, infrastruktur dan ameniti cukup dan

lengkap Pembasmian kemiskinan (tiada berpendapatan <RM600) Pendidikan minima (SPM) Kadar jenayah rendah

Masyarakat berdikari dan bersatu padu

Tiada pengangguran ketara

Tiada tanah terbiar

Referensi

Dokumen terkait

Pengembangan kepariwisataan di kota bontang lebih mengarah ke jenis wisata air dimana hal ini didukung potensi daerah bontang yanq banyak memiliki wisata yang berhubungan dengan

Humbang Hasundutan Pendidikan Jasmani dan Kesehatan 42 15071902710300 HONDA SIHOTANG Kab.. Humbang Hasundutan Guru

Hal inilah yang sangat mempengaruhi siswa dalam pembelajaran lebih khususnya membaca Alquran.Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengetahui kemampuan siswa membaca Alquran

Berdasarkan tujuan-tujuan tersebut penulis membuat kerangka penelitian disertai beberapa hipotesa mengenai wallpaper “Ragnarok” Online Games versi Indonesia yaitu

Internet disebut sebagai pusat informasi bebas hambatan karena dapat menghubungkan satu situs informasi ke situs informasi lainnya dalam waktu yang singkat.. Internet

ProfileActivty.java import android.app.ProgressDialog; import android.content.Context; import android.content.Intent; import android.net.Uri; import android.os.Bundle;

1) Cadangan Devisa, Produk Domestik Bruto, dan Kurs dollar Amerika Serikat secara simultan berpengaruh signifikan terhadap impor bahan baku industri di Indonesia pada

Apabila hasil pengukuran menunjukan hasil yang mencurigakan, panitia berhak untuk meminta peserta melakukan tes dengan pihak medis dan melampirkan hasil dan surat pernyataan