• Tidak ada hasil yang ditemukan

Abstrak. Kata kunci : pendidikan keusahawanan, pendidikan teknik dan vokasional, kemahiran keusahawanan, kompetensi keusahawanan.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Abstrak. Kata kunci : pendidikan keusahawanan, pendidikan teknik dan vokasional, kemahiran keusahawanan, kompetensi keusahawanan."

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

1292

KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DI DALAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Suhaila Aliman, Suhaida Binti Abdul Kadir & Zaidatol Akmaliah Lope Pihie Fakulti Pendidikan Universiti Putra Malaysia

___________________________________________________________________________ Abstrak

Pendidikan Keusahawanan penting di dalam merangsang pertumbuhan ekonomi Negara. Pendidikan keusahawanan membantu pelajar menguasai kemahiran keusahawanan. Terdapat beberapa definisi Kemahiran keusahawanan. Kemahiran keusahawanan merujuk kepada aktiviti-aktiviti pengetahuan praktikal untuk menubuhkan dan menjalankan sesebuah perniagaan sehingga berjaya.Terdapat tiga elemen di dalam kemahiran keusahawanan iaitu kemahiran peribadi, kemahiran pengurusan dan kemahiran teknikal. Pengajaran dan pembelajaran mengikut teori atau model di dalam pendidikan keusahawanan membantu memberi panduan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menjurus ke arah memperolehi output atau hasil yang diharapkan. Kemahiran keusahawanan dianggap penting untuk pendidikan teknik dan vokasional di dalam menghasilkan pelajar yang berkemahiran di dalam bidang keusahawanan. Perbandingan sukatan mata pelajaran keusahawanan di sekolah menengah dengan perspektif teori dilakukan untuk melihat perbezaan atau persamaan terhadap tiga elemen di dalam kemahiran keusahawanan.

Kata kunci : pendidikan keusahawanan, pendidikan teknik dan vokasional, kemahiran keusahawanan, kompetensi keusahawanan.

___________________________________________________________________________

PENGENALAN

Pendidikan keusahawanan dianggap penting di dalam membantu merangsang pembangunan ekonomi, meningkatkan sosio ekonomi dan menyumbang kepada peluang pekerjaan di Malaysia. Pendidikan keusahawanan juga merupakan salah satu strategi utama untuk membantu meningkatkan potensi masyarakat di Malaysia menjadi usahawan (Ahmad, 2013). Berdasarkan Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh, Malaysia, 2012 mendapati kadar pengangguran pada tahun 2012 adalah sebanyak 396.3 iaitu 3.0%. Manakala pada tahun 2011 adalah sebanyak 391.4 iaitu 3.1% dan 404.1 iaitu 3.3% untuk tahun 2010. Menurut (Ahmad, 2013) masalah pengangguran di kalangan lepasan graduan menjadi isu utama di Malaysia. Peningkatan institusi pendidikan setiap tahun menyumbang kepada peningkatan yang luar biasa terhadap bilangan graduan dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Corresponding author. Tel: +60133225524

(2)

1293

Setelah tamat pengajian, graduan-graduan ini akan mencari pekerjaan dan tidak semua akan berjaya mendapat peluang pekerjaan. Oleh yang demikian, institusi-institusi pendidikan di Malaysia perlu membantu membangunkan kemahiran keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar.

Pendedahan awal pendidikan keusahawanan adalah penting untuk membantu melahirkan lebih ramai usahawanan pada masa hadapan. Keusahawanan dianggap sebagai jalan penyelesaian terhadap masalah pengangguran. Pembangunan modal insan merupakan agenda penting di Malaysia seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015). Modal insan penting bagi pembangunan sesebuah Negara dan menjadi teras kepada inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif. Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kini berada di peringkat awal untuk membangunkan sistem pendidikan yang mampu menghasilkan modal insan yang berdaya saing di peringkat global pada abad ke-21. Di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga dinyatakan keusahawanan merupakan salah satu unsur di bawah kemahiran memimpin. Keusahawanan dikaitkan dengan kebolehan pelajar untuk mengambil inisiatif, mewujudkan dan membangunkan sesebuah perniagaan secara berdikari dan sanggup membuat pelaburan daripada sumber sendiri, serta terdorong untuk memastikan hasil tersebut mendapat keuntungan.

Gibb (1999) mencadangkan terdapat tiga objektif utama memperkenalkan pendidikan keusahawanan; Memupuk pengetahuan yang luas terhadap keusahawanan, memperoleh cara berfikir seorang usahawan dan mengetahui cara bagaimana untuk memulakan dan mengendalikan sesebuah perniagaan dengan berkesan. Beliau juga menyatakan bahawa walaupun kita tidak boleh mengajar seseorang untuk menjadi seorang usahawan, kita masih boleh mengajar kemahiran keusahawanan yang diperlukan untuk berjaya.

Menurut (Fuchs, Werner, & Wallau, 2008) sekolah memainkan peranan utama di dalam memupuk kemahiran keusahawanan di kalangan pelajar bagi menghasilkan lebih ramai usahawan pada masa hadapan. Pihak kementerian dan pakar berkaitan perlu bersama-sama memastikan hasrat tersebut tercapai dengan melaksanakan program-program yang dapat memberikan pendedahan dan kemahiran di dalam bidang keusahawanan.

(3)

1294 Konsep Kemahiran Keusahawanan

Menurut (Adeyemo, 2009) Kemahiran keusahawanan ditakrifkan sebagai keupayaan untuk mencipta sesuatu produk baru yang boleh dipasarkan dengan menumpukan kepada masa, usaha, kewangan dan risiko. Kemahiran keusahawanan juga adalah keupayaan individu untuk mengeksploitasi idea dan mewujudkan perusahaan (kecil atau besar) bukan sahaja untuk kepentingan peribadi tetapi juga untuk kepentingan masyarakat dan negara.

(Pyysiäinen, Anderson, McElwee, & Vesala, 2006) menyatakan kemahiran keusahawanan merujuk kepada pengetahuan praktikal yang diperlukan untuk menubuhkan dan menjalankan sebuah perniagaan sehingga berjaya. Ia melibatkan bidang-bidang seperti bidang kewangan, perakaunan, pemasaran dan pengeluaran.

Terdapat juga kajian yang tidak menggunakan istilah kemahiran keusahawanan tetapi sebaliknya menggunakan istilah Kompetensi keusahawanan. (Mitchelmore & Rowley, 2009) berpendapat terdapat pelbagai definisi untuk kompetensi. Istilah kompetensi dikaitkan dengan kemahiran, kepakaran, kepintaran dan kecekapan di dalamsorotan kajian.

Kajian Lepas berkaitan Kemahiran Keusahawanan dan Kompetensi keusahawanan

Kajian Huraian 1. (Gourdazvan d & Khoshtinat, 2011) Kemahiran Keusahawanan 1. Kemahiran peribadi:

Mengawal emosi , menerima risiko,mencipta inovasi, berupaya mengatasi setiap perubahan yang berlaku secara tiba-tiba, tabah, sentiasa berusaha, berkepimpinan dan berpandangan jauh.

2. Kemahiran pengurusan

Merancang, menentukan sasaran, membuat keputusan, berhubung dengan pihak lain, Mengurus hal berkaitan pengurusan

pemasaran, kewangan, perakaunan, pengawalan, perundingan, dan pembangunan.

3. Kemahiran teknikal

Menulis, komunikasi lisan atau bukan lisan, penilaian atau penyeliaan alam sekitar, pengurusan perniagaan, teknologi, kemahiran interpersonal, kemahiran audio, keupayaan untuk organisasi, mewujudkan rangkaian pengurusan (pengurusan korporat), preceptorship (pengajar atau

(4)

1295

penasihat), bekerja secara berpasukan.

2. (Elmuti, 2012)

Kemahiran Keusahawanan 1. Kemahiran teknikal

Menulis, komunikasi lisan atau bukan lisan, dan berkaitan teknikal. 2. Kemahiran pengurusan perniagaan

Merancang, membuat pemasaran dan perakaunan serta membuat keputusan.

3. kemahiran peribadi

Membuat inovasi, mengambil risiko, dan ketekunan

3. (Chang, 2013) Kemahiran Keusahawanan 1. Kemahiran Teknikal.

Mengurus operasi, mengurus bekalan dan pengeluaran, mengurus ruang pejabat, mengurus sumber bangunan dan reka bentuk tempat kerja, mengurus aset dan peralatan dan mengurus teknologi dan proses pengeluaran.

2. Kemahiran pengurusan.

kemahiran pengurusan, termasuk perancangan, mengatur, dan menyelia; kemahiran pemasaran, termasuk keupayaan untuk mengenal pasti pelanggan dan pasaran dan melibatkan diri dengan pelanggan;

kemahiran pengurusan kewangan; kemahiran undang-undang;

kemahiran pentadbiran seperti menyelaraskan struktur dan strategi organisasi; kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

3. Kemahiran keusahawanan.

keupayaan untuk membangunkan satu konsep dan rancangan perniagaan; pengimbasan alam sekitar;

mengenalpasti peluang dan rangkaian nasihat. 4. Kemahiran kematangan peribadi

kesedaran diri; akauntabiliti; emosi menghadapi dan kreativiti 4.(Pyysiäinen et

al., 2006)

Kemahiran Keusahawanan 1. kemahiran peribadi:

(5)

1296

inovasi, inisiatif, pengambilan risiko, keupayaan untuk berurusan dengan pihak lain dengan mudah, menerima cabaran, mengambil tanggungjawab dan mencari peluang dengan bijak.

2. kemahiran interpersonal

berinteraksi dengan orang lain secara berkesan,berkomunikasi dengan berkesan, berunding, mempengaruhi dan menunjukkan sifat kepimpinan. 3. Kemahiran Proses:

keupayaan untuk merancang dan mengatur, menganalisis, mensintesis menilai dan melaksanakan setiap rancangan

Kajian Huraian

5. (Onstenk, 2003)

kompetensi Keusahawanan

1. Keupayaan untuk mengenal pasti dan menganalisis peluang pasaran dan mengendalikan risiko

2. Kemampuan untuk berkomunikasi, memujuk dan berbincang dengan pelanggan, pembekal, pesaing, pembekal perkhidmatan dan pihak berkepentingan yang lain dalam persekitaran perniagaan, memahami keperluan dan harapan pihak-pihak terlibat.

3. Berupaya mewujudkan hubungan dengan pihak-pihak yang terlibat di dalam perniagaan.

4. Membangunkan tingkah laku, peribadi dan ciri-ciri keusahawanan yang berkesan sepanjang penglibatan di dalam dunia perniagaan

Berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji terlibat, terdapat tiga kemahiran keusahawanan yang utama iaitu;

(i) kemahiran peribadi

Mengawal emosi , menerima risiko,mencipta kreativiti dan inovasi, inisiatif, berupaya mengatasi setiap perubahan yang berlaku secara tiba-tiba, tabah, tekun, sentiasa berusaha,

(6)

1297

berkepimpinan, berpandangan jauh, mudah berurusan dengan pihak lain, menerima cabaran, mengambil tanggungjawab, mencari peluang dengan bijak.

(ii) kemahiran pengurusan

Merancang, menentukan sasaran (mengenal pasti dan menganalisis peluang pasaran dan mengendalikan risiko), mengatur , melaksanakan setiap rancangan, menyelia, , menganalisis, mensintesis, menilai, membuat keputusan, menyelesaikan masalah, berhubung dengan pihak lain, mengenal pasti pelanggan dan pasaran, mengurus hal berkaitan pengurusan, kewangan, perakaunan, pengawalan, perundingan, undang-undang, pemasaran, dan pembangunan serta menguruskan hal pentadbiran seperti menyelaraskan struktur dan strategi organisasi.

(iii) kemahiran teknikal.

Menulis,berkomunikasi lisan atau bukan lisan, kemahiran pengurusan teknologi, kemahiran audio, keupayaan untuk organisasi, mewujudkan rangkaian pengurusan (pengurusan korporat), bekerja secara berpasukan. Berinteraksi dengan orang lain secara berkesan,berkomunikasi dengan berkesan. Mengurus operasi, mengurus bekalan dan pengeluaran, mengurus ruang pejabat, mengurus sumber bangunan dan reka bentuk tempat kerja, mengurus aset dan peralatan dan mengurus teknologi dan proses pengeluaran.

Kerangka Teori

Model Pendidikan Keusahawanan seumur hidup Ashmore (1986)

Pendidikan keusahawanan terbahagi kepada lima tahap . Setiap tahap memberikan kemahiran yang berbeza bermula dengan kemahiran asas, kesedaran kompetensi, aplikasi kreatif, permulaan perniagaan dan perkembangan.

Tahap 1- memberikan kemahiran asas, mengenalpasti opsyen kerjaya dan kefahaman mengenai konsep perniagaan bebas dan ia adalah bagi pelajar-pelajar di peringkat rendah, menengah rendah hinggalah ke peringkat menegah atas. Tahap ini seharusnya ditawarkan kepada semua pelajar kerana ia memberikan kesedaran kepada mereka bahawa sesiapa sahaja boleh mencapai kejayaan dan menjadi usahawan asalkan mempunyai kemahiran.

(7)

1298 Model Pendidikan Keusahawanan Jamieson (1984)

Mengkategorikan keusahawanan kepada dua kategori iaitu pendidikan keusahawanan dan pendidikan dan latihan untuk peniaga kecil.

Pendidikan keusahawanan bertujuan untuk membekalkan peluang untuk mempelajari perniagaan dan pelbagai teori berkaitan dengan ciri-ciri yang diperlukan untuk menjayakan keusahawanan. Gravan memberi penekanan pada pendidikan dan latihan untuk perniagaan kecil dan mengkategorikan kepada tiga kategori mengikut jenis latihan.

Kategori I – berkaitan dengan kesedaran pendidikan dan kebiasaanya dilakukan sekolah menengah.

Kategori II – Menerangkan pendidikan dan latihan untuk tuan punya perniagaan kecil. Latihan dalam kategori ini termasuk kemahiran kewangan, masalah pemasaran dan isu perundangan

Kategori III- mengenal pasti peyambungan pendidikan untuk perniagaan kecil. Pendidikan dalam kategori ini lebih direka bentuk khas untuk membolehkan usahawan meningkat dan kemas kini kemahiran mereka.

Kompetensi keusahawanan Bettencourt (1980)

Empat kategori Kompetensi keusahawanan pelajar sekolah menengah; 1. Kompetensi am

Pengurusan am perniagaan, etika perniagaan, undang-undang perniagaan dan hubungan perniagaan

2. Kompetensi Pengurusan

Penubuhan dan pembinaan syarikat, penyediaan kertas perancangan perniagaan, peranan pengurus syarikat, penyediaan mesyuarat, pengurusan pekerja, pengurusan stok dan insuran.

3. Kompetensi pemasaran

Promosi dan pengiklanan, penentuan harga produk dan aktiviti jualan 4. Kompetensi kewangan dan perakaunan

(8)

1299

Model pengajaran dan pembelajaran di dalam pendidikan keusahawanan (Fayolle & Gailly, 2008)

Model pengajaran untuk pendidikan keusahawanan ini merangkumi pelajar, objektif, kandungan dan kaedah pedagogi.Terdapat lima persoalan yang berkait iaitu;

(1) Mengapa (objektif, matlamat)? (2) Untuk siapa (sasaran, pelajar)? (3) Untuk setiap keputusan (penilaian)? (4) Apa (kandungan, teori)?

(5) Bagaimana (kaedah, pedagogi)?

(1) Mengapa (objektif, matlamat)?

Objektif dan matlamat pendidikan keusahawanan perlu berkait kepada pembelajaran dan keperluan sosial. Pendidikan keusahawanan menjadi sumber keperluan kepada pelbagai bidang termasuk kerajaan, institusi pendidikan, firma-firma dan individu-individu yang berminat menjadi usahawan. Objektif pembelajaran boleh dikaitkan dengan pembentukan peribadi, kesedaran, pemikiran atau budaya ke arah usahawan. Keusahawanan membantu individu untuk mengembangkan bakat dan kreativiti, belajar berdikari dan memperolehi kebebasan berfikir untuk mencapai impian di dalam bidang keusahawanan. Oleh yang

Tahap Ontologi

Apakah kepentingan pendidikan keusahawanan? Apakah kepentingan pendidikan dalam konteks keusahawanan?

Apakah peranan pengubal dan guru?

Untuk setiap keputusan Penilaian TAHAP PENDIDIKAN Untuk siapa? Pelajar Sasaran Bagaimana? Kaedah Pedagogi Apa? Kandungan Mengapa? Objektif

(9)

1300

demikian, onjektif dan matlamat pendidikan keusahawanan perlu ke arah untuk melibatkan proses pemindahan dan pembentukan pengetahuan, teknik tertentu dan kemahiran untuk meningkatkan potensi keusahawanan pelajar dan menjadikan pelajar lebih berfikir, menganalisis dan bertindak sebagai usahawan dalam pelbagai konteks. Pendidikan keusahawanan merupakan satu pendekatan yang sangat baik untuk membantu masyarakat mengetahui apakah perniagaan sebenarnya,bagaimana caranya ianya berfungsi, membentuk pendekatan yang sistematik dan belajar berfikir untuk menjadikan sesuatu firma lebih global dari pelbagai perspektif.

(2) Untuk siapa (sasaran, peserta)?

Pendidikan keusahawanan mempunyai kepelbagaian pelajar. Ia termasuk pelajar dari pelbagai ciri-ciri demografi, peringkat penglibatan dan aspirasi dalam proses keusahawanan. Ia merupakan salah satu persoalan yang sukar dan menimbulkan masalah berkaitan rekabentuk dan pelaksanaan pendidikan keusahawanan. Oleh yang demikian, pengubal kurikulum perlu memahami pelajar yang terlibat dan mendapatkan maklumat umum mengenai pelajar mereka seperti ciri-ciri psikologi, latar belakang dan persekitaran sosial pelajar (Be'chard dan Gre'goire, 2005b). Program atau kursus pendidikan keusahawanan perlu direka dengan merujuk dan memahami profil dan latar belakang pelajar terutamanya dari segi pendedahan keusahawanan.

(3) Untuk setiap keputusan (penilaian)?

Penilaian merupakan satu dimensi penting dalam sesuatu rangka kerja. Isu-isu dan cabaran berkaitan penilaian program pendidikan keusahawanan memberi panduan kepada pemilihan kriteria penilaian dan membantu memperoleh pengukuran yang berkesan. Pemilihan kriteria penilaian berkait dengan kepelbagaian objektif yang digubal dari program pengajaran keusahawanan(Gartner dan Vesper, 1994). Kriteria penilaian boleh dikaitkan dengan pengetahuan tertentu, kemahiran dan alat tertentu, tahap kepentingan, kesedaran dan kecenderungan,tahap penglibatan di dalam kelas atau motivasi dan lain-lain lagi berdasarkan program yang penganjur hendak laksanakan dan mengikut kemampuan mengukur.

(10)

1301

Berdasarkan (Hindle, 2007) and (Johannisson 1991) melalui peringkat pembelajaran, terdapat tiga dimensi utama di dalam struktur kandungan pendidikan keusahawanan iaitu profesional, rohani dan teori.

Dimensi professional meliputi;

(1) Tahu-apa: apa yang perlu dilakukan sekiranya perlu membuat keputusan dan bertindak dalam keadaan tertentu.

(2) Tahu-bagaimana: bagaimana untuk menangani keadaan tertentu.

(3) Tahu-siapa: siapakah yang sangat diperlukan dan manakah rangkaian yang diperlukan dalam konteks tersebut.

Dimensi Rohani perlu membolehkan seseorang individu meletakkan diri mereka di dalam ruang iaitu dengan mengenal pasti keadaan keusahawanan dan masa berkaitan fenomena keusahawanan.

1) Tahu-sebabnya: apa yang menentukan tingkah laku dan tindakan manusia, usahawan sikap, nilai dan motivasi.

(2) Tahu-apabila: bilakah masa yang sesuai untuk pergi ke hadapan? Apakah situasi terbaik yang yang menyumbang kepada profil saya? Adakah ini merupakan projek yang baik untuk saya?

Dimensi teori merujuk kepada teori-teori dan pengetahuan saintifik yang diperlukan untuk menguasai dan memahami fenomena keusahawanan, melengkap dan mengukuhkan kandungan yang berkaitan dimensi professional dan rohani. Berdasarkan objektif dan profil pelajar, kandungan setiap kursus keusahawanan perlu ditakrifkan dengan jelas melalui gabungan tiga dimensi iaitu professional, rohani dan teori.

(5) Bagaimana (kaedah, pedagogi)?

Kaedah pengajaran dalam program pendidikan keusahawanan berdasarkan persoalan dalam rangka kerja iaitu bagaimana?(pedagogi), mengapa?(objektif) dan apa? (kandungan). Pedagogi merupakan satu cara untuk mencapai objektif. Selepas objektif dipersetujui dan kekangan tertentu dikenal pasti,kaedah pengajaran yang sesuai perlu dipilih. Pemilihan kaedah pedagogi untuk setiap kursus pendidikan keusahawanan perlu bergantung kepada objektif, ciri-ciri pelajar dan kekangan dalam konteks institusi.

(11)

1302 III Aplikasi Aktif

Perubahan dalam kemahiran dan sikap Main Peranan Simulasi Aktiviti berstruktur Diari/Buku Log Kerja Lapangan Projek Lawatan II Aplikasi Reflektif Perubahan Dalam Penghargaan

Tayangan filem Dialog Perbincangan terhad

Kajian Kes

Pengajaran berasaskan penyelesaian masalah Pengajaran terancang

IV Teori Aktif

Pembelajaran secara berkumpulan Perbincangan secara berdebat

Makmal

Analisis/Penilaian/pengukuran Tutoran

I Teori Reflektif

Perubahan Ilmu Pengetahuan Kuliah

Pembacaan Edaran Peperiksaan

Bahagian I – memberi tumpuan kepada perolehan pengetahuan. Pelajar dijangka akan mempelajari teori-teori tertentu dan berkebolehan untuk menjelaskannya.

Bahagian II – Memberi penekanan kepada penggunaanya. Pelajar menggunakan teori-teori bersama dengan kemampuan mereka untuk situasi sebenar.

Bahagian III – Memberi focus ke atas perubahan sikap dan perkembangan kemahiran di mana pelajar diharap dapat menggunakan konsep teoridi dalam situasi sebenar/simulasi. Bahagian IV – Memberi tumpua kepada perubahan di dalam pemahaman, di mana pelajar mencuba dan mewujudkan teori-teori dan hipotesis.

Kepentingan Kemahiran Keusahawanan di dalam Pendidikan Teknik & Vokasional Hasil Kajian (Järvi, 2012) `mendapati kemahiran keusahawanan berkait rapat dengan bidang vokasional. Kepakaran kemahiran vokasional yang ada perlu mempunyai kaitan dengan kemahiran keusahawanan. Fenomena keusahawanan ini bergantung kepada keadaan, suasana dan hubungan sosial di antara perniagaan-perniagaan. Ini mengambarkan bahawa

(12)

1303

keusahawanan perlu dipupuk melalui faktor-faktor seperti pengetahuan keusahawanan, pengalaman praktikal dan pendedahan dengan perniagaan-perniagaan yang sedia ada.

Menurut (Ibadan & State, 2011) Pendidikan teknik dan vokasional membawa kepada kemahiran praktikal yang bukan sahaja untuk menghasilkan produk tetapi turut sama menyumbang kepada kemahiran asas keusahawanan. Pendidikan teknik dan vokasional merupakan satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan ekonomi kerana melahirkan tenaga mahir yang pakar menghasilkan produk-produk atau perkhidmatan yang mana ianya boleh dikomersialkan.

Menubuhkan perniagaan berkaitan bidang seperti pedandan rambut, pastri, automotif, elektrik memerlukan pemilik mengikuti latihan khusus di dalam kursus tersebut dan ia mungkin kritikal untuk dilaksanakan kerana agak terpencil. Oleh demikian adalah penting untuk memastikan bahawa keusahawanan diserapkan ke dalam pendidikan vokasional dan budaya keusahawanan dipupuk melalui sistem pendidikan teknik dan vokasional (Commission, 2009) Kemahiran keusahawanan perlu diterapkan ke dalam diri setiap individu terutamanya pelajar supaya mereka dapat berdikari untuk mencari peluang pekerjaan selepas tamat tempoh pembelajaran. Kemahiran ini penting bukan sekadar untuk mudah diterima bekerja di bawah majikan, tetapi bekerja sendiri dengan kesanggupan menerima risiko terhadap sesuatu yang diusahakan. Kemahiran keusahawanan penting terutamanya dalam pendidikan teknik dan vokasional iaitu selari dengan matlamat PTV dalam memenuhi permintaan industri (Sri Mas Zarith et al., 2011)

Dorongan untuk menjadi usahawan boleh ditingkatkan melalui faktor-faktor persekitaran, terutama melalui program-program pendidikan dan latihan keusahawanan (Zaidatol Akmaliah & Afsaneh, 2010). (Fuchs, Werner, & Wallau, 2008) berpendapat sekolah memainkan peranan utama di dalam memupuk kemahiran keusahawanan di kalangan pelajar bagi menghasilkan lebih ramai usahawan pada masa hadapan

Sukatan Mata Pelajaran Pengajian Keusahawanan Di Sekolah Menengah Teknik Di Malaysia dengan perspektif teori

Berdasarkan perspeltif teori dapat dirumuskan bahawa Kemahiran Keusahawanan meliputi tiga aspek utama iaitu Kemahiran Peribadi iaitu ciri-ciri peribadi yang perlu oleh seorang usahawan, Kemahiran Pengurusan merangkumi kemahiran-kemahiran pengurusan perniagaan seperti merancang, menyelia, menganalisis dan lain-lain lagi manakala

(13)

1304

Kemahiran Teknikal melibatkan kemahiran yang diperlukan ketika melaksanakan sesuatu perniagaan iaitu seperti penggunaan teknologi, kerja berpasukan dan sebagainya.

Kandungan sukatan Mata Pelajaran Pengajian Keusahawanan bagi aliran teknik di Sekolah Menengah Teknik memberi tumpuan kepada pengenalan kepada keusahawanan, sejarah perkembangan keusahawanan di Malaysia, Penganalisaan ciri-ciri keusahawanan, penggunaan Komputer dalam keusahawanan, menyediakan Rancangan Perniagaan dan amalan etika keusahawanan oleh pengusaha dalam perniagaan.

Terdapat persamaan di antara teori dan sukatan Mata Pelajaran Pengajian Keusahawanan bagi aliran teknik di Sekolah Menengah Teknik sukatan. Namun demikian sukatan Mata Pelajaran Pengajian Keusahawanan bagi aliran teknik di Sekolah Menengah Teknik lebih ke arah pendedahan dan bukanlah secara mendalam. Berbanding dengan perspektif teori, ketiga-tiga aspek kemahiran keusahawanan perlu dipelajari oleh pelajar secara mendalam kerana ketiga-tiga aspek tersebut perlu dikuasai oleh pelajar untuk membantu pelajar menceburi pekerjaan dan mendorong pelajar melibatkan diri di dalam perniagaan. Dari perspektif teori, pengajaran dan pembelajaran untuk menguasai kemahiran keusahawanan perlu ke arah perpusatkan murid. Latihan praktikal perlu diberi penekanan supaya pelajar dapat mengaplikasi pengetahuan yang telah dipelajari dan merasai sendiri pengalaman yang telah dilalui.

Kesimpulan

Kemahiran keusahawanan berkait rapat dengan pembangunan modal insan. Justeru itu pendidikan di Malaysia perlu berusaha untuk memupuk pembangunan kemahiran keusahawanan pelajar. Pendidikan teknik dan vokasional memainkan peranan penting di dalam melahirkan pelajar yang mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam sesuatu bidang. Dengan adanya kepakaran dan kemahiran ia dapat membantu pelajar untuk menghasilkan produk-produk atau perkhidmatan. Bagi mengkomersialkan produk-produk atau perkhidmatan, pelajar perlu didedahkan dengan kemahiran keusahawanan. Kemahiran keusahawanan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kemahiran teknikal, pengurusan dan peribadi. Pelaksanaan Pengajaran dan pembelajaran keusahawanan sangat penting untuk membantu pelajar menguasai kemahiran keusahawanan. Kepentingan ketiga-tiga aspek kemahiran keusahawanan perlu diberi perhatian sewajarnya bagi melengkapkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran keusahawanan sebelum menceburi bidang pekerjaan atau melibatkan diri dengan perniagaan.

(14)

1305 Rujukan

1. Adeyemo, S. A. (2009). Understanding and Acquisition of Entrepreneurial Skills : A Pedagogical Re-Orientation for Classroom Teacher in Science Education. Journal of Turkish Science education, 6(3), 57–66.

2. Ahmad, S. Z. (2013). The need for inclusion of entrepreneurship education in Malaysia lower and higher learning institutions. Education + Training, 55(2), 191– 203. doi:10.1108/00400911311304823

3. Chang, J. (2013). Assessing students' entrepreneurial skills development in live projects. Journal of Small Business and Enterprise Development, 20(1), 225–241. doi:10.1108/14626001311298501

4. Commission, E. (2009). Entrepreneurship in Vocational Education and Training.

Final report Of The Expert Group.

5. Elmuti, D. (2012). DOES ENTREPRENEURSHIP EDUCATION HAVE A ROLE IN DEVELOPING ENTREPRENEURIAL SKILLS AND VENTURES ’ EFFECTIVENESS ? Journal of Entrepreneurship Education, 15, 83–99.

6. Fayolle, A., & Gailly, B. (2008). From craft to science: Teaching models and learning processes in entrepreneurship education. Journal of European Industrial Training, 32(7), 569–593. doi:10.1108/03090590810899838

7. Fuchs, K., Werner, A., & Wallau, F. (2008). Entrepreneurship education in Germany and Sweden : what role do different school systems play ? Journal of Small Business and Enterprise

8. Development, 15(2), 365–381. doi:10.1108/14626000810871736

9. Ibadan, T. P., & State, O. (2011). ENTREPRENEURSHIP EDUCATION AS A STRATEGY FOR NATIONAL. Journal of Research in Education and Society, 2(2), 135–143.

10.Järvi, T. (2012). Teaching entrepreneurship in vocational education viewed from the regional and field perspectives. Journal of Vocational Education & Training, 64(No 3), 365–377.

11.Jabatan Perangkaan Malaysia (2011) Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh

12.Khoshtinat, B. (2011). Study of Relationship between Entrepreneurial Skills and Organizational Entrepreneurship. Australian Journal of Basic and Applied Sciences,,

5(4), 165–172.

13.Kementerian pelajaran Malaysia (2012) Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

14.Mitchelmore, S., & Rowley, J. (2009). Entrepreneurial competencies : a literature review and development agenda. International Journal of Adolescence and Youth,

16(1998), 92–111. doi:10.1108/13552551011026995

15.Onstenk, J. (2003). Entrepreneurship and Vocational Education. European Educational Research Journal, 2(1), 74–89.

16.Pyysiäinen, J., Anderson, A., McElwee, G., & Vesala, K. (2006). Developing the entrepreneurial skills of farmers: some myths explored. International Journal of Entrepreneurial Behaviour & Research, 12(1), 21–39. doi:10.1108/13552550610644463

17.Sri Hayati Musa Kamal (1996) Persepsi Guru Terhadap Keperluan pelajar dan Keupayaan Mengajar Kemahiran Keusahawanan dalam Mata pelajaran elektif Vokasional dan Teknik .

(15)

1306

18.Tam Phuan Khow (2006) Persepsi Guru Terhadap Kompetensi Keusahawanan, Keupayaan Guru Mengajar dan Kaedah pengajaran Keusahawanan Dalam Mata Pelajaran Vokasional Di Sekolah Menengah Negeri Pahang.

19.Bahagian Pembangunan Kurikulum (2003) Sukatan Pelajaran Pengajian Keusahawanan Kementerian Pelajaran Malaysia

20.Zaidatol Akmaliah, L. P., & Afsaneh, B. (2010). Entrepreneurial attitude and entrepreneurial efficacy of technical secondary school students. Journal of Vocational Education and Training, 62(3), 351–366. doi:10.1080/13636820.2010.509806

Referensi

Dokumen terkait

Pengadaan tanah sangatlah erat kaitannya dengan ganti kerugian karena di dalam proses pengadaan tanah tidak akan pernah lepas dengan adanya masalah ganti

Mengikut Kerry Johnson & Lin Foa (1989), gol reka bentuk pengajaran ialah untuk membangunkan perisian dengan lebih baik, cepat dan lebih berkesan bagi alatan

Pengamatan klinis terhadap anak sapi neonatus dilakukan pada beberapa saat sebelum diberi kolo- strum atau susu sapi dalam 1 sampai 2 jam pertama setelah lahir..

Berdasarkan hasil penelitian dapat disimpulkan bahwa perlakuan taraf penambahan tepung kunyit dan umur berbeda memberikan jumlah bakteri coliform dan konsistensi feses yang

4.7 Monitoring Hasil Kromatografi Kolom dengan Metode KLT Analitik 4.7.1 Monitoring Hasil Fraksi Kolom Pembuatan Fasa Diam Cara Basah Hasil yang diperoleh dari kromatografi kolom

1. Penjatuhan sanksi pidana terhadap pelanggaran lalu lintas di wilayah hukum pengadilan negeri sungguminasa merujuk pada Undang-Undang nomor 22 tahun 2009 tentang

HASIL DAN PEMBAHASAN Dari hasil pengamatan yang dilakukan dilapangan dan analisis di laboratorium serta melakukan analisis mengenai kesesuaian lahan maka kesesuaian lahan aktual

Artinya adalah apabila moderasi intellectual capital dengan corporate social responsibility mengalami kenaikan sebesar satu satuan, maka akan menyebabkan value of the firm