• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kolej Kediaman Lestari: Penelitian Kemudahan Golongan Orang Kurang Upaya (OKU)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kolej Kediaman Lestari: Penelitian Kemudahan Golongan Orang Kurang Upaya (OKU)"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Kolej Kediaman Lestari: Penelitian Kemudahan Golongan

Orang Kurang Upaya (OKU)

Mohd Reduan Bin Buyung

1

, Haryati Binti Shafii

2

.

1

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

1

reduan_1986@yahoo.com,

2

haryati@uthm.edu.my

ABSTRAK

Selaras dengan aspirasi pendidikan tinggi negara iaitu menghasilkan insan cemerlang tanpa mengira geografi, jantina atau latar belakang sosioekonomi maka satu pengkajian terhadap keperluan kemudahan golongan orang kurang upaya (OKU) di kolej kediaman secara khusus perlu dilakukan. Pertambahan bilangan golongan orang kurang upaya (OKU) dalam masyarakat turut menpengaruhi pertambahan pelajar golongan orang kurang upaya (OKU) di institusi pendidikan tinggi seperti universiti. Ianya merupakan satu faktor keperluan terhadap kemudahan OKU kolej kediaman ditambahbaik sewajarnya. Perancangan dan pembangunan kolej kediaman perlu mempertimbangkan kemudahan khusus untuk golongan orang kurang upaya (OKU) yang lengkap dan sempurna. Konsep kolej kediaman lestari merupakan satu konsep kelestarian menyeluruh dalam menyediakan kemudahan yang pelbagai kepada pelajar normal dan OKU. Objektif kertas ini adalah untuk meneliti dan mengenalpasti permasalahan yang wujud terhadap kemudahan OKU di kampus khasnya di kolej kediaman. Metodologi yang digunakan dalam kertas ini adalah secara tinjauan literatur. Penelitian terhadap kemudahan OKU pada masa kini perlu bagi memastikan kelemahan dan permasalahan yang timbul bagi menyediakan kemudahan yang sempurna dan berkualiti pada masa hadapan. Penulisan ini juga akan menbincangkan kemudahan OKU dalam konteks konsep kolej kediaman

lestari. Pengkajian diperingkat awalan berkaitan

kemudahan OKU diharapkan dapat membantu dari mengenalpasti kelemahan yang ada dan dapat diwujudkan satu garis panduan menyeluruh dalam pembangunan kolej kediaman lestari.

Kata kunci – kolej kediaman, golongan kurang upaya dan kemudahan

1. PENGENALAN

Pembangunan lestari merupakan pembangunan yang menyeluruh dan memenuhi keperluan masyarakat. Ianya meliputi terhadap segala keperluan dan kehendak masyarakat. Dalam konteks membangunkan kemudahan kolej kediaman, pertimbangan terhadap kemudahan untuk golongan orang kurang upaya (OKU) adalah sangat penting. Masyarakat secara umumnya terdiri dari pelbagai latar belakang, ini termasuklah golongan kurang upaya (OKU). Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (2015), definisi OKU adalah seseorang yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang apabila berhadapan dengan pelbagai halangan mungkin

tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam masyarakat.

Menurut Mohamad, Zulkifli, Mohd. Yusoff & Hasan Adli (2014), Akta OKU 685 yang dikuatkuasakan pada tahun 2008 mendefinisikan istilah “orang kurang upaya‟ sebagai mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan keberkesanan mereka dalam masyarakat. Manakala menurut Shakil Hameed, (2012), berdasarkan tafsiran oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperolehi sepenuhnya atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu atau tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan sama ada diri dari fizikal atau mental dan sama ada ia berlaku semenjak lahir atau kemudian dari itu.

Peluang melanjutkan pelajaran bagi golongan OKU merupakan satu peluang untuk mereka membina masa hadapan yang lebih cerah melalui pendidikan tinggi. Dalam membangunkan modal insan yang berpengetahuan tinggi dikalangan masyarakat seharusnya tidak meminggirkan golongan OKU. Faktor ketidakupayaan fizikal mereka perlulah diatasi melalui perancangan fizikal yang lestari. Menurut Toran, Mohd Yasin, Tahar & Sujak (2009a), melalui pengajian tinggi, golongan ini berpeluang untuk meningkatkan ilmu, memperkembangkan kemahiran sosial, memperolehi kelayakan akademik dan berpeluang untuk menjana minda mereka. Walaubagaimanapun, masih terdapat institusi yang belum bersedia sepenuhnya menerima pelajar istimewa ini. Apabila pelajar ini memasuki sesebuah institusi yang tidak menyediakan kemudahan sewajarnya pasti akan mengundang masalah kepada golongan OKU. Justeru itu, bagi membantu pelajar OKU hidup dengan selesa dan konduktif sepanjang pengajian mereka maka perhatian khusus dalam penyediaan kemudahan dan fasiliti di kolej kediaman yang sesuai memenuhi keperluan kepada mereka perlu dibangunkan secara menyeluruh. Kekurangan yang terdapat pada mereka tidak wajar dijadikan halangan untuk memperolehi kecemerlangan dalam akademik di universiti.

(2)

Kolej kediaman yang selesa dihuni bukan sahaja untuk penghuni yang mempunyai perkembangan tipikal (tidak mempunyai kurang upaya) malah ianya meliputi pelajar OKU. Fasiliti yang tidak mengambil pertimbangan golongan OKU akan memberikan halangan kepada mereka untuk menjalani kehidupan seperti orang lain. Toran, Mohd Yasin, Tahar & Sujak (2009b), mengenal pasti halangan bagi pelajar-pelajar di Institut Prngajian Tinggi Awam (IPTA) disebabkan oleh empat sumber iaitu 1) persekitaran fizikal, 2) proses kemasukan ke pusat-pusat pengajian tinggi, 3) akses maklumat semasa pengajian dan 4) tahap kesedaran yang rendah dikalangan kakitangan akademik dan sokongan. Halangan-halangan ini memberikan akan meningkatkan lagi tahap kesukaran yang dialami oleh golongan OKU. Bagi mengkaji permasalahan berkaitan kemudahan OKU di kolej kediaman maka perlulah mengenalpasti terlebih dahulu ketegori kurang upaya atau kecacatan. Terdapat dua jenis kecacatan iaitu kecatatan fizikal dan kecacatan mental. Dalam kajian ini menumpukan kepada kecacatan fizikal. Kecacatan fizikal menurut Mahir Razali et al. (2014) adalah seperti berikut: 1) Ketidaksempurnaan fizikal iaitu kehilangan mana-mana anggota badan seperti kehilangan kaki, tangan dan sebagainya, 2) Ketidaksempurnaan penglihatan iaitu kehilangan penglihatan, kerosakan retina, kornea, kerosakan saraf pengluhatan atau ketiadaan bebola mata.dan 3) Ketiadaan kesempurnaan pendengaran dan percakapan iaitu kerosakan gegendang telinga dan ketiadaan kotak suara.

Golongan OKU dan kemudahan kolej kediaman mempunyai perhubungan rapat disebabkan tanpa kemudahan yang disediakan oleh kolej kediaman mereka ini tidak dapat menjalani hidup dengan sebaik mungkin seperti manusia normal. Syed Ali & Bullare (2014), bermula tahun 2008, pihak kerajaan mula memberikan perhatian yang serius terhadap golongan orang kurang upaya ini. Usaha serius ini dapat dilihat melalui pelbagai pengubahsuaian yang berlaku di kampus-kampus utama universit di Malaysia. Menurut Ameer Sultan et al. (2012), kemajuan sebuah bangsa dapat dilihat daripada betapa hebatnya penyediaan fasiliti pendidikan yang ada pada bangsa tersebut kerana melalui pendidikan karakter sebuah bangsa terbentuk. Kemajuan sesebuah institusi juga dapat dilihat secara fizikal melalui kelengkapan kemudahan yang sempurna. Ia bukan sahaja meningkatkan nama institusi malah lebih penting melancarkan proses pembelajaran pelajar. Perancangan dan reka bentuk kemudahan golongan OKU seharusnya dijadikan antara pertimbangan utama dalam pembangunan kolej kediaman. Oleh itu, satu garis panduan kolej kediaman lestari yang mempunyai pertimbangan khusus bagi kemudahan OKU perlu dikaji bagi menambahbaik kehidupan OKU di kolej kediaman dan meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

:

Kolej kediaman sewajarnya menjadi sebuah kawasan yang menyediakan segala kemudahan untuk penghuni yang mempunyai pelbagai latar belakang termasuklah pelajar dari golongan orang kurang upaya (OKU). Menurut Shafii, Seow & Mat Yassin (2013a), pihak pentadbiran kolej perlu menyediakan segala keperluan dan kemudahan untuk pelajar-pelajar seperti kefe, bilik bacaan, kemudahan internet yang cekap, pengangkutan dan sebagainya. Segala kemudahan ini dapat membantu pelajar untuk belajar dengan lebih selesa.

Penyediaan kemudahan golongan OKU masih berada pada tahap belum memuaskan. Masih terdapat banyak kelemahan dalam aspek perancangan dan reka bentuk kemudahan ini. Menurut Toran, Mohd Yasin, Tahar & Sujak (2009c), Prasarana fizikal, kemudahan pengangkutan, tempat tinggal, dan kemudahan mengakses maklumat untuk golongan pelajar kurang upaya di universiti masih lagi pada tahap kurang memuaskan dan tidak mesra OKU. Malah menurut Tiun (2003a), menyatakan kampus induk Universiti Sains Malaysia tidak begitu mesra kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk berdikari. Dalam kajian terdahulu juga menunjukkan masih terdapat banyak kelemahan dalam penyediaan kemudahan OKU. Perkara ini dibuktikan dalam Mahasan (1997), kebanyakan sekolah di Britain, kolej dan universiti tidak menyediakan peluang dan kemudahan kepada golongan kurang upaya. Apabila kemudahan-kemudahan ini tidak mampu dicapai atau diakses oleh OKU maka persoalan yang timbul adalah bagaimana mereka mampu menjalani kehidupan seharian.

Perkembangan ke arah menyediakan kemudahan kepada OKU pada masa kini dilihat semakin bergerak pesat. Namun, ianya dilihat masih belum mencukupi bagi membela golonggan OKU terutama terhadap kemudahan di kolej kediaman. Dalam satu kajian lain oleh Lau, Muhamad & Chew (2011), masalah akses kepada perkhidmatan dan kemudahan awam masih lagi membelenggu golongan ini yang seterusnya membataskan pergerakan dan menghalang integrasi mereka ke dalam masyarakat. Kemudahan-kemudahan yang tidak dapat diakses dengan baik dan selesa ini akan mengganggu proses pembelajaran OKU di kampus seterusnya mengundang kemerosotan akademik. Penyataan ini disokong oleh Shalini & Seow (2011) bahawa kebanyakan kemudahan yang disediakan hanya dimonopoli oleh orang normal dan kadang kala mereka tidak diberikan keutamaan hanya kerana tergolong sebagai OKU. Kesan daripada itu, akan menjejaskan akses OKU seterusnya mempengaruhi kemerosotan kualiti hidup di universiti. Oleh itu, menjadi satu keperluan bagi membangunkan sebuah kolej kediaman yang lengkap dengan prsarana kemudahan OKU bagi memastikan proses pembelajaran dan kehidupan di kampus berlangsung dengan selesa dan konduksif.

(3)

.

5.0 KONSEP KOLEJ KEDIAMAN

MELENGKAPKAN KEMUDAHAN BAGI GOLONGAN KURANG UPAYA (OKU)

Kolej kediaman merupakan salah satu komponen penting dalam universiti. Kolej kediaman juga dikenali sebagai nadi kehidupan kepada kampus. Darus (2006), bahawa kolej kediaman merupakan sebahagian daripada komponen utama di dalam institut pengajian tinggi yang menyediakan kemudahan penginapan dan makanan serta mengadakan aktiviti-aktiviti pembangunan pelajar kepada mahasiswa di universiti. Malah sekiranya kolej kediaman tidak dapat menampung keperluan pelajar ia akan memberikan kesan yang buruk dalam kehidupan pelajar di kolej kediaman. Pengalaman buruk hasil dari kolej kediaman yang tidak selesa akan memberikan kesan terhadap proses pembelajaran.

Kolej kediaman lestari merupakan satu konsep kolej kediaman yang memenuhi keperluan penghuni bagi mencapai keselesaan. Menurut Shafii, Seow & Mat Yassin (2013b), kualiti perancangan dan reka bentuk perlulah efektif dalam memenuhi keperluan pelajar khususnya dalam konteks penyediaan persekitaran yang konduksif untuk pembelajaran di samping pembangunan sahsiah. Menyedari kepentingan dalam merancang kemudahan bagi OKU di kolej kediaman maka konsep kolej kediaman lestari adalah sebuah konsep yang membangunkan kolej kediaman secara menyeluruh. Ini bermakna kemudahan yang melibatkan golongan OKU merupakan satu elemen penting yang dipertimbangkan dalam membangunkan kolej kediaman lestari. Perkara ini bersesuaian dengan matlamat pendidikan negara untuk meningkatkan tahap pendidikan tinggi pelbagai lapisan masyarakat. Menurut Laporan Kajian Pengesanan Graduan (2011), pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) juga sentiasa menyelia kemajuan akademik dan keselesaan setiap pelajar OKU agar mereka mendapat kemudahan yang sewajarnya

Menurut Ismail (2015), konsep persekitaran tanpa halangan (Barrier -free Environment) diperkenalkan oleh jururancang bandar di negara maju dalam menyediakan persekitaran yang selesa dan selamat bagi golongan istimewa. Tiga perkara utama yang perlu ada dalam persekitaran tanpa halangan fungsi iaitu (functionality), keselamatan (security) dan keselesaan (comfort) pada ruang yang disediakan. Konsep ini menekankan persepaduan dan penggunaan yang optimum prinsip-prinsip reka bentuk yang menjurus kepada pembinaan dan penciptaan persekitaran yang berfungsi, selamat dan selesa serta responsif kepada keperluan pengguna. Selaras dengan Jadual 1, 2 dan 3 menunjukkan konsep perancangan kemudahan OKU ynag boleh dijadikan sebagai rujukan.

Jadual 1. Konsep perancangan kemudahan bagi golongan orang kurang upaya (Aksesibiliti). JPBD

(2015)

Aksesibiliti Catatan

‘Ramp’  Semua ‘ramp’ mesti dihubungkan dengan laluan GKU dan berterusan tanpa halangan.

 Kecerunan maksimum 1:15 dengan kelebaran minimum 1800 mm.

Permukaan ‘ramp’ rata dan tidak licin Handrail’ dan ‘grab bar’ Handrail’ (ukurlilit 40 mm – 50 mm disediakan bersama ‘ramp’).

 Ketinggian handrail adalah 2.4 kaki (700 mm) dan 3 kaki (900 mm).

 Tanda ‘braille’ perlu disediakan di permulaan dan hujung ‘handrail

Laluan khas / pejalan kaki dan kaki lima

 Laluan pejalan kaki secara terus dan tanpa halangan perlu disediakan.

 Saiz lebar minimum adalah 1500 mm.

 Permukaan laluan pejalan kaki tidak licin.

 Tekstur permukaan di pintu masuk dan keluar berbeza dengan tekstur laluan biasa.  Ketinggian laluan pejalan

kaki yang tidak disediakan ‘kerb’ ialah maksimum 10 mm

Anjung masuk ke bangunan

‘Ramp’ dan ‘handrail’ perlu disediakan paling hampir dengan anjung masuk sesebuah bangunan.

 Pintu masuk ke bangunan (lebar minimum 1,800 mm).  Pintu kaca mempunyai tanda

yang jelas di paras 800 mm-1,500 mm

Permukaan laluan bertekstur

 Menggunakan ‘dot-type block’ untuk memberi amaran.

Line type block’ asas kepada menunjuk arah laluan

(4)

Jadual 2. Konsep perancangan kemudahan bagi golongan orang kurang upaya (Reruang). JPBD (2015)

Reruang Catatan

Tempat letak kereta khas (TLK)

 Mesti disediakan dan dihubungkan dengan laluan GKU dan beserta ‘step ramp’ selebar 1,000mm.

 Jumlah ruang TLK khas ialah 1:100 kenderaan biasa.  TLK khas disediakan dengan

keluasan ruang 3,300mm lebar x 6,600mm panjang. Jadual 3. Konsep perancangan kemudahan bagi golongan orang kurang upaya (Kemudahan Sokongan).

JPBD (2015) Kemudahan

Sokongan

Catatan

Papan tanda  Peletakan mendatar dengan ketinggian minimum 2000mm dari paras jalan.  Warna, tulisan dan saiz

papan tanda mesti jelas dan boleh dibaca.

 Menyediakan papan tanda bertulisan ‘braille’.

Bangku ‘fixed’ atau ‘built-in’ dan meja

 5% bangku di tempat awam dikhaskan untuk GKU.  Reka bentuk yang selesa,

ketinggian yang sesuai dan selamat

Dalam satu kajian oleh Tiun (2003b), telah mencadangkan resolusi berkaitan kemudahan fizikal OKU dikampus iaitu:

 Semua tangga harus disediakan dengan railing bagi memudahkan pergerakan OKU dan railing tersebut seharusnya bebas daripada sebarang halangan

 Semua kaki lima harus bebas daripada halangan seperti kasut, kerusi atau apa-apa jua halangan  Pejabat am asrama ataupun pusat pengajian harus

diletakkan ditingkat bawah bagi memudahkan aksesibiliti OKU

 Kawasan penting seperti Dewan Budaya, Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), censelori dan pusat kesihatan harus mempunyai akses seperti ramp yang mencukupi bagi membolehkan golongan OKU menikmati kemudahan perkhidmata yang disediakan

Lif dilengkapi dengan huruf Braille dan panduan suara bagi membantu mereka yang cacat penglihatan

 Kuanter layanan yang sesuai (mengikut ukuran ketinggian) bagi mereka yang berkerusi roda harus disediakan

 Tandas khas dengan kemudahan mengikut spesifikasi seperti jenis lantai dan kepala paip yang sesuai untuk OKU harus diadakan di bangunan-bangunan utama

 Tempat meletak kenderaan OKU diadakan dibangunan-bangunan penting

 Semua peralatan seperti suis seharusnya disediakan pada kedudukan yang boleh dicapai oleh mereka yang berkerusi roda

 Ruang yang luas di perkhidmatan kuanter bagi membolehkan pergerakan kerusi roda dengan selesa

 Menutup longkang-longkang yang terdedah kerana ia bukan sahaja membahayakan keselamatan OKU tetapi warga kampus

Asas kepada pembangunan kolej kediaman yang selesa dihuni oleh OKU adalah melalui perancangan yang rapi dalam penyediaan kemudahan-kemudahan di kolej kediaman. Antara fungsi asas kolej kediaman ialah menyediakan perkhidmatan dan kemudahan penginapan, menjaga kualiti dan perkhidmatan pemakanan yang disediakan dan akhir sekali menyediakan kemudahan pelajaran yang kondusif (Mohd Tahir, Mohd Yusof & Mohd Nawi, 2011). Oleh itu, kolej kediaman lestari adalah sebuah kawasan kediaman yang selesa dihuni oleh semua jenis golongan pelajar tanpa mengira latarbelakang. Matlamat universiti melahirkan pelajar yang pintar dan bersahsiah tinggi juga dapat dicapai melalui kolej kediaman lestari. Perkara ini disokong oleh Mat & Boon (2010), menambah bahawa kolej kediaman adalah sebuah tempat yang sangat penting untuk merealisasikan matlamat untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi mempunyai kemahiran yang pelbagai dalam semua bidang.

Konsep kolej kediaman lestari merupakan inisiatif membantu usaha membangunkan infrastruktur atau kemudahan yang sesuai dan lengkap bagi semua golongan masyarakat termasuk golongan OKU. Pembangunan kemudahan yang selesa diakses memerlukan satu garis panduan bagi memastikan ianya mencapai matlamat. Menurut Shafii Shafii, Seow & Mat Yassin (2013c), konsep yang mendasari kolej kediaman lestari membawa kepada kesejahteraan hidup penghuninya. Penghuni mempunyai maksud menyeluruh dan bukan terhad kepada pelajar normal sahaja. Memenuhi keperluan dan keselesaan semua penghuni adalah matlamat utama pembangunan kolej kediaman lestari. Ianya akan memastikan kualiti hidup penghuni normal dan OKU berada pada tahap yang memuaskan. Bagi memastikan kolej kediaman lestari mempunyai pertimbangan khusus pelajar OKU maka penelitian terhadap konsep perancangan kemudahan golongan OKU perlu dilakukan.

(5)

6.0 PERBINCANGAN

Berdasarkan penelitian terhadap kajian literature mendapati masih terdapat pelbagai kekurangan dalam penyediaan kemudahan-kemudahan kepada golongan pelajar OKU. Kekurangan ini termasuklah kemudahan yang tidak dapat diakses, kemudahan yang tidak menepati keperluan dan kekurangan kualiti. Ismail (2015), kemudahan asas mesra OKU perlu diwujudkan kerana golongan ini sangat memerlukan fasiliti-fasiliti yang boleh diakses dengan mudah dan selamat. Penyediaan kemudahan yang memenuhi keperluan OKU membolehkan golongan OKU ini berdikari dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar. Mereka juga tidak perlu terlalu bergantung dan berharap kepada pertolongan orang lain untuk menjalani aktiviti seharian.

Kolej kediaman menyediakan kemudahan OKU sejak dari awal perancangannya mampu mengelak masalah lain pada masa hadapan. Jika penyediaan kolej kediaman tidak menitik beratkan kemudahan OKU diperingkat perancangan sudah pasti memerlukan pengubahsuaian pada masa hadapan melibatkan kos yang tinggi. Syed Fadzil (2004a), bahawa bangunan yang direka bentuk dengan tidak mengambilkira kehendak penghuni, sering menimbulkan masalah terutama dari segi pengubahsuaian. Kehendak penghuni ini termasuklah golongan OKU disebabkan mereka bukan sahaja perlu menjalani program pengajian seperti pelajar normal malah perlu juga menghadapi masalah berkaitan fizikal mereka. Keselesaan dan kesesuaian kemudahan-kemudahan OKU inilah yang akan membantu mereka menghadapi cabaran hidup di kampus seterusnya menjalani proses pembelajaran dengan selesa tanpa gangguan dan halangan.

Didapati juga terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh OKU dalam melibatkan kemudahan-kemudahan yang disediakan. Menurut Jabatan perancangan bandar dan desa (JPBD 2015), masalah utama yang mereka hadapi ialah kemudahan tersebut tidak selamat, tidak mudah untuk sampai ke satu-satu destinasi dan peletakan sesuatu kemudahan itu jauh untuk dikunjungi. Masalah-masalah ini tidak sepatutnya menganggu tumpuan OKU dalam menjalani kehidupan di kampus malah sekiranya tidak ditangani dengan betul mampu membawa kepada kemudaratan kepada mereka seperti kemalangan dan kecederaan. Menurut Toran, Mohd Yasin, Tahar & Sujak (2010), Akta OKU yang dilancarkan pada 2008 menyatakan bahawa OKU tidak boleh dikecualikan dari sistem pendidikan umum atas asas ketidakupayaan mereka. Oleh itu, sewajarnya pembangunan kolej kediaman yang selesa mampu memberikan perhatian terhadap pertimbangan OKU. Kemudahan yang mengikut keperluan dan keselesaan bagi OKU

7.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, pembangunan kolej kediaman lestari turut mempertimbangkan kemudahan-kemudahan bagi golongan OKU. Pertimbangan terhadap kemudahan OKU ini mampu memberikan keselesaan dan

membolehkan mereka berdikari sepanjang pengajian mereka. Justeru itu, kolej kediaman lestari bukan sahaja memenuhi keperluan pelajar OKU malah ianya juga mampu meningkatkan kedudukan kualiti hidup pelajar OKU supaya mereka dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dan pembangunan diri dengan selesa seterusnya meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka.

PENGHARGAAN

Penulisan ini adalah sebahagian daripada hasil penyelidikan awal bagi grant RAGS vot.R008 daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Penulis menzahirkan ribuan terima kasih kepada KPM, ORICC dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang meluluskan dan menyokong kepada pembentangan makalah ini.

RUJUKAN

.

[1] Ameer Sultan, B.A., Ibrahim, N. A., Mohd Napiah, M.K. & Mohamad Shahini, M.M.A. (2012). Perpustakaan

Universiti Sains Malaysia Dan Masyarakat: Inisiatif Pendidikan. Universiti Sains Malaysia

[2] Abas, M.A, (2014). Persepsi Komuniti Peniaga di

Kejiranan Universiti Sains Malaysia, USM Terhadap Amalan Kitar Semula Sisa Pepejal. Dicapai Pada April 6,

2014, Dari

http://www.academia.edu/6603004/Persepsi_Komuniti_P eniaga_di_Kejiranan_Universiti_Sains_Malaysia_USM_ Terhadap_Amalan_Kitar_Semula_Sisa_Pepejal

[3] Darus, F.M. (2006). Budaya Penyelenggaraan Kemudahan Kolej di Kalangan Mahasiswa: Kajian Kes di Kolej Melati, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

Universiti Teknologi MARA

[4] Jabatan Kebajian Masyarakat (2015) Dasar Orang

Kurang Upaya. Dicapai Pada April 6, 2015, Dari

http://www.jkm.gov.my/content.php?pagename=dasar_or ang_kurang_upaya&lang=bm

[5] Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan. (2012)

Bahagian Orang Kurang Upaya. Dicapai Pada April 6,

2015. Dari http://jkmns.ns.gov.my/index.php/2012-09-21-08-27-37/bahagian-orang-kurang-upaya

[6] Tiun, L.T. (2003). Aksesbiliti Orang kurang Upaya. Penerbit Universiti Sains Malaysia

[7] Toran, H., Mohd Yasin, M.H., Tahar, M. M. & Sujak, N. (2009). Sokongan Dan Halangan Yang Dihadapi

Pelajar-Pelajar Kurang Upaya Di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi Di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia

[8] Shafii, H., Seow., T. W & Mat Yassin., A. (2013). Ruang

Kemudahan Untuk Pelajar Di Kolej Kediaman Lestari : Satu Kajian Literatur. Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia

[9] Shalini, S. & Seow, T. W. (2011). Kajian Penyediaan

Fasiliti Orang Kurang Upaya (Oku) Di Institusi Kerajaan Di Nusajaya, Johor Bahru. Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia.

[10] Shakil Hameed, N. (2012). OKU Masih Dipinggir Sertai

Pelbagai Sektor Berita Harian

[11] Syed Ali, N. & Bullare, F. (2014). Peranan Integriti

dalam Sistem Sokongan Orang Kurang Upaya Fizikal. Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia

Sabah

[12] Syed Fadzil, S.F.(2004). Garis Panduan Reka Bentuk

Bangunan Asrama Di Universiti Sains Malaysia.

Universiti Sains Malaysia.

[13] Lau, P.L., Muhamad, A.S. & Chew, F.P. (2011), Peranan

Kaunselor dan Perkhidmatan Kaunseling Kerjaya bagi Orang Kurang Upaya . Dicapai Pada April 20, 2015. Dari

http://atikan-jurnal.com/wp-content/uploads/2011/12/06.lau_.poh.lie_.cs_.um_.my_.p df

(6)

Maklumat Pekerjaan Graduan Orang Kurang Upaya (OKU). Dicapai Pada April 20, 2015. Dari http://graduan.moe.gov.my/skpgreport/Penerbitan/Kajian

%20Susulan%202011/9_Bab%207-Profil%20Dan%20Maklumat%20Pekerjaan%20Graduan %20Oku.Pdf

[15] Mohamad, S. P., Zulkifli Mohd M. Y.. Yusoff & Hasan Adli, D. S. (2014). Pengajaran Dan Pembelajaran

Al-Qur’an Bagi Golongan Kelainan Upaya Mental: Analisis Dari Sumber Tradisi Islam. Universiti Malaya

[16] Mahasan, H. (1997). Sambutan Masyarakat Terhadap

Orang Kurang Upaya : Persepsi Mereka Sendiri Di Pusat Pemilihan Samarahan. Universiti Malaysia Sarawak

[17] Mohd Tahir, L, Mohd Yusof, S & Mohd Nawi, S. (2011).

Peranan Pihak Pengurusan Kolej Kediaman Dalam Mempertingkatkan Pembangunan Pembelajaran Pelajar.

Universiti Teknologi Malaysia

[18] Mat, N. & Boon, Y. (2010) Tahap Kepuasan Pelajar

Terhadap Pengurusan Asrama Di Kolej 9, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Universiti Teknologi

Malaysia

[19] Ismail, A.M. (2015). Aksesibiliti Oku Di Institusi

Masjid-Masjid Daerah Tanjong Malim, Perak. Dicapai Pada

April 20, 2015. Dari

https://www.academia.edu/8299095/Aksesibiliti_Orang_ Kurang_Upaya_di_masjid

Referensi

Dokumen terkait

Arylien, dkk (2014) melakukan penelitian tentang gaya belajar, menyimpulkan bahwa terdapat pengaruh yang signifikan antara gaya belajar visual, auditorial dan kinestetik

Transformasi (pergantian) kepemimpinan pesantren yang terjadi pada sebagian besar pesantren adalah berdasarkan keturunan. Apabila pengasuh pesantren yang

SDN Gilianyar terletak di kecamatan Kamal kabupaten Bangkalan Madura. Kondisi lingkungan di daerah SDN Gilianyar merupakan lingkungan masyarakat yang mayoritas

Dan penelitian ini diharapkan dapat dijadikan sebagai referensi bagi Public Relations Organisasi atau pun penanggungjawab Perusahaan dalam membuat keputusan atau kebijakan

Pancing yang digunakan nelayan ada 2 jenis yaitu a) pancing bergalah, panjang galah 3 sampai dengan 5 m, terbuat dari bahan fiber dan dilengkapi alat penggulung. Tali pancing dari

Responden dalam penelitian ini adalah petani yang menanam cengkeh, metode pengambilan sampel yang digunakan adalah metode acak sederhana (simple random sample

Pegadaian (Persero) Cabang Karombasan yang mempunyai praktek dari beberapa faktor guna membawa sistem informasinya yaitu; factor yang mempengaruhi (SDM), fail yang digunakan

Oleh karena itu, dapat dilanjutkan uji Duncan untuk mengetahui perlakuan paling baik, menunjukkan bahwa pemberian ekstrak daun kedondong konsentrasi 0% memiliki